Isnin, 4 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biaqpila

Posted: 04 Jul 2011 03:26 PM PDT

Penjual T shirt Bersih disambung reman

Posted: 04 Jul 2011 03:00 PM PDT

TUMPAT, 4 Julai: Pemilik D'Halal Shope Zakaria Wail, yang ditahan sewaktu menjual kemeja T di Dataran Ilmu 1 Julai lalu, ditahan reman lagi di IPD Tumpat semalam selepas ditahan reman dua hari di situ.

Zakaria sekali lagi ditahan reman di IPD Tumpat bermula hari ini sebaik sahaja dibebaskan tengah hari semalam selepas diikat jamin atas kesalahan yang sama, Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Rashid Yah, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku memandangkan tiada bukti Zakaria menghasut.

"Setakat menjual kemeja T Bersih belum boleh dikategorikan sebagai penghasut. Tiada langsung bukti yang boleh disabitkan dia seorang penghasut,"ujarnya.

Tambah Rashid lagi, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk keamanan di negara ini, masaalah social, rasuah dan lain-lain perkara buruk berlaku tetapi tidak diambil tindakan.

Beliau juga turut memberitahu, pada hari pertama tangkapan dibuat, kemeja T Bersih dan sebuah van telah dirampas.

"Namun semalam kereta dan kemeja T Bersih yang ada di rumah di Wakaf Bharu juga turut dirampas," ujarnya.

Ketika ditanya berhubung perkembangan Zakaria, Rashid memberitahu beliau sentiasa tenang dan biasa sahaja.

Beliau turut menyokong kenyataan anggota exco kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang berkata setiap tangkapan merupakan satu paku keranda BN.

Menurutnya, ini kerana tangkapan yang dibuat akan membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang bakal menggulingkannya sendiri.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Setiap tangkapan satu paku untuk keranda BN

Posted: 04 Jul 2011 05:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Julai: Setiap tangkapan polis terhadap aktivis Bersih menambahkan kebencian rakyat dan tangkapan itu adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan dikuburkan bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata demikian sebagai mengulas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liew, telah ditahan polis malam semalam selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau diberitahu oleh seorang lagi rakan Exconya, Teresa Kok, Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dalam ceramah itu.

"Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah.

"Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa," kata Iskandar dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, ada rakan-rakan yang marah kepada pihak polis, tetapi pada beliau, tidak perlu marah kepada pihak polis kerana mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN sahaja.

"Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Namun pada saya pula, pihak berkuasa elok meneruskan tangkapan.

"Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning.

"Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama," katanya.

Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN.

"Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya," katanya.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kita tak mau Ben Williams...

Posted: 04 Jul 2011 03:00 AM PDT

Alhamdulillah, lega rasanya...kita terikat 4-4 secara agregat dengan Taiwan selepas tewas 3-2 di Taipei tapi mengesahkan tiket ke pusingan kedua pra-Piala Dunia atas dasar dua gol di tempat lawan, bagi mengesah tiket menentang pasukan tanah air saudara-mara aku - Singapura, yang juga musuh ketat kita dalam bola sepak.

YANG MENARIK:

Dua gol bertaraf dunia beb...sepakan percuma jarak jauh Aidil Zafuan Abdul Radzak, disusuli sepakan lencong Safiq Rahim...kalau 10 tahun dulu, aku dah melompat-lompat...tapi dah umur macam ni, duduk senyum cukuplah...dok teringat buat liputan safiq dan aidil masa umur diaorang 17 tahun...

Beberapa hantaran kemas di penjuru...tengah dan build-up play yang menarik tetapi secara sporadic...

Prestasi Sharbinee Allawee Ramli...macam Sukan SEA 2009...

Aku rasa Abdul Hadi Yahaya boleh isi kekosongan Safee Sali...dia kurang experience aje.

YANG TAK MENARIK:

Kealpaan benteng, kesilapan kecil boleh bawa bencana. Mahalli Jasuli, Aidil kena lebih fokus. Dalam game genting, kalau boleh kena elak hadiahkan penalti kepada lawan.

Prestasi Vu Minh Tri, pengadil masa Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF, sedikit boleh dipertikaikan. Kekalahan 3-2 kepada Taiwan adalah kekalahan pertama pasukan negara sejak tewas di Jakarta...pengadil pun sama, secara kebetulan agaknya...Tiga penalti dalam satu game? aduh...

S. Kunanlan, alangkah sempurnanya anda jika anda boleh penetrate sayap kiri lalu buat umpanan lintang...coach Datuk K. Rajagobal nampaknya gemar Kunanlan, Baddrol Bakhtiar dan Ashaari Samsuddin di penjuru kiri...Fakri Saarani dan Amirulhadi Zainal pun boleh main sayap kiri...tapi tak salah kalau Raja pertimbang senaraikan seorang natural left-footer untuk bagi dimensi berbeza di sebelah kiri, macam Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar di bahagian benteng...betul Azmi Muslim cedera tapi tak salah kalau pertimbangkan Nurul Azwan Roya...bekas pemain Bawah 17 kebangsaan bawah Zainal Abidin Hassan dulu...coach Raja bersikap terbuka, sebab itu dia panggil Hadi dan Helmi Remeli yang diberi cap pertama pada usia 26 tahun...mungkin boleh bagi chance dekat Nurul Azwan...

Perlu atau tidak seorang pemain pertahanan membuat terpaan sekitar kawasan penalti sendiri hingga membuka ruang penyerang gelecek dan mendedahkan penjaga gol kepada situasi satu lawan satu?

Apapun kita harus ucap tahniah kepada Rajagobal, Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas dan semua pemain...yang penting kita layak. Tapi hujung bulan ni lawan Singapura...pada pra-Piala Dunia 1977, Malaysia tewas kepada Singapura apabila Mohammad Noh menyempurnakan penalti menewaskan R. Arumugam pada minit ke-32...apabila Quah Kim Song jatuh diterpa Yahya Jusoh (mengikut perencanaan jurulatih Singapura, Choo Seng Quee agar cari penalti)...Malaysia dibimbing M. Kuppan zaman tu...

Untuk rekod, kesebelasan Malaysia itu jam:

R. Arumugam, D. Devandran, Yahya Jusoh, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Wong Choon Wah, Yip Chee Keong, Abdullah Ali, Isa Bakar, James Wong...masa tu arwah Mokhtar Dahari injured, terlantar di hospital akibat pembedahan lutut, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melawat arwah di hospital

Singapura pulak: Eric Paine, Hasli Ibrahim, Syed Mutalib, Robert Sim, Samad Allapitchay, Zainal Abidin Manan, M. Kumar, Dollah "Gelek King" Kassim, S Rajagopal, Quah Kim Song, Mohammad Noh.

Mohammad Noh ni dulu stylo...ramai peminat...pendiam tapi di padang, elegant...digelar Allan Clarke Singapura..sampai Rahimah Rahim buat lagu untuk dia - Bintang Sukanku...syok dengar lagu tu

Singapore's poster boy, Mohammad Noh...before Fandi Ahmad took over the mantle

Jangan AFC lantik Ben Williams atau Minh Tri jadi pengadil sudah...

Yang lain kita serahkan kepada Rajagobal dan penolong-penolongnya...mereka lebih arif dan pakar...

p/s Coach Raja, happy birthday in advance!

Sumber:rizalhashim

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MARI KITA LIHAT JANJI MANIS UMPORNO

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

Dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menjanjikan sebuah Jambatan 2 Lorong di Manek Urai yang kosnya pada ketika itu dikatakan mencecah antara 10 hingga 15 juta Ringgit Malaysia.

Jambatan Manek Urai sebelum Pilihanraya Kecil dan Selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai masih kelihatan begini...


Sewaktu Pilihanraya Kecil Galas pula, Pimpinan UMNO/BN telah menjanjikan Pembinaan Rumah Mesra Rakyat di 1 lokasi yang telah ditetapkan oleh KERAjaan Pusat.

Sampai ke hari ni, lokasi yang telah ditetapkan itu masih begini...


Semalam dalam Lawatan Kerja sehari Perdana Menteri Malaysia ke Kelantan, Najib telah mengumumkan seperti berikut:
PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Beberapa bulan sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tok Guru Menteri Besar telah mengumumkan seperti berikut:Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru

Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Jangan lupa sejarah pembinaan Stadium di bawah KERAjaan Pusat...

Semalam juga Najib telah mengelentong para Pemandu dan Rakyat Pasir putih seperti yang dilaporkan disini.

Jadi kita ada soalan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang berkaitan dengan janji.

  1. Janji untuk bina Jambatan di Manek Urai bagaimana..?

  2. Janji untuk bina perumahan Mesra Rakyat di Galas bagaimana..?

  3. Janji nak bina Stadium kalau PAS tumbang, atau janji nak bina Stadium yang senang "tumbang"..?

  4. Janji Kerajaan Kelantan atau janji KERAjaan Pusat yang kita nak percaya & harapkan..?

Rasanya 2 soalan pun dah terkulat-kulat untuk Najib jawab, jadi Najib akan serahkan pada PenChaChai untuk jawab dalam ruangan komen dibawah dan rasanya PenChaChai tak kan jawab, PenChaChai akan spin pada isu lain macam biasa... apa-apa lahhh...

PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan.

Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal".Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.

Kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium dilaporkan sudah selesai

Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.

Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.

"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.

"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini.  

-Perisik Rakyat

ruhulamri

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GADIS BAWA BALIK TEMAN TIDUR KANTOI

Posted: 03 Jul 2011 09:00 PM PDT


KAMPUNG CACAR - Tindakan seorang jurujual pasar raya membawa pulang teman lelaki untuk dijadikan 'teman tidur' pada awal pagi sehingga menimbulkan syak jiran membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Lebih mendukacitakan, gadis terbabit yang berasal dari Bukit Besi itu dikatakan mula bekerja di pasar raya berdekatan sejak beberapa bulan lalu untuk menyara keluarga, namun usaha itu gagal menutup perbuatan sumbangnya yang mengaibkan maruah keluarganya.

Ketika serbuan, sepasukan Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Dungun bersama Polis Paka kira-kira jam 1.10 pagi itu, jurujual yang tamat sekolah menengah ketika dicekup di bilik tidur bersama teman lelakinya itu hanya memakai seluar pendek berbaju T, manakala teman lelakinya memakai seluar tanpa baju.

Pemeriksaan lanjut menemui sehelai seluar dalam dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan ia dirampas sebagai bahan bukti selepas dihadapkan ke mahkamah nanti.

Situasi itu menguatkan dakwaan bahawa dia sudah melakukan perbuatan tidak bermoral, walaupun mereka menafikannya.

Gadis berumur 18 tahun bersama teman lelakinya yang berasal dari Sabah itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun awal Ogos nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERSIH 2.0, APA YANG TAKUT SANGAT ???

Posted: 03 Jul 2011 06:00 PM PDT


Keadaan sudah macam kelam kabut dan hingar bangar. Suasana tidak semena-mena sudah menjadi tegang. Sana sini orang bercakap pasal Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9hb Julai nanti. Belum apa-apa lagi pihak polis sudah memulakan siri tangkapan. Ramai aktivis dan ahli-ahli politik khususnya pembangkang telah ditahan. Dipihak kerajaan pula, ramai ahli-ahli politik yang sudah bersiap untuk bersilat dan bergusti. Semuanya bertujuan hendak menggagalkan perhimpunan itu. Apa yang ditakuti sangat sebenarnya tentang perhimpunan itu? Penganjur BERSIH 2.0 telah berulang kali menyatakan perhimpunan ini akan diadakan secara aman. Mereka akan berarak secara aman. Tujuannya hanya untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong berkaitan ketidakpuashatian rakyat terhadap perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR kini. Itu saja. Tidak lebih dari itu.

Tapi, kenapa Kerajaan, khususnya UMNO/BN takut sangat? Sampai mengelabah dan meroyan tak tentu pasal. Ibarat 'kucing mati anak' kata pepatah Melayu, 'berlari kesana tak kena, berlari kesini juga tak menjadi.' Apakah BERSIH 2.0 itu laksana 'lembaga hodoh' atau 'hantu' yang paling digeruni? Sampai segala macam cara telah mula dibuat untuk menghalangnya? Tidak cukup dengan asakan dari media arus-perdana agar rakyat menjauhi perhimpunan ini, berbagai kempen 'memomokkan' perhimpunan ini juga telah dilancar. Pihak polis pula terus beraksi menangkap dan menahan aktivis-aktivis perhimpunan yang rata-rata hanya memperjuangkan kebersihan dan reformasi pada sistem pilihanraya yang ada. Itu saja. Paling terakhir kini, mereka yang pakai baju kuning pula menjadi sasaran. Seolah-olah kerajaan 'fobia' dengan warna kuning yang menjadi lambang gerakan BERSIH!.

Bagi saya, perhimpunan ini hanyalah sekaadar suatu manifestasi suara rakyat yang ingin berarak menunujukkan rasa tidak puashati terhadap Kerajaan, teutamanya SPR tentang sistem perjalanan pilihanraya dinegara ini. Ianya tidak lebih dari itu. Ianya dianjurkan oleh sebuah NGO yang non-partisan, dan tidak memihak kepada mana-mana parti politi. BN juga telah dijemput untuk turut serta, tetapi telah menolak jemputan tersebut dan kini nampak seolah-olah hanya disertai oleh parti-parti politik pembangkang sahaja. Kerana matlamatnya baik kepada semua pihak, ianya sudah tentu mendapat sokongan hebat dari parti-parti i pembangkang. Matlamatnya tidak lain dari menyatakan rasa tidak puashati rakyat agar dilakukan reformasi segera keatas perjalanan sistem piliharaya dinegara ini yang harus lebih bebas, adil dan telus. Sebanyak 8 perkara dasar di perjuangkan, antaranya reformasi undi pos; penggunaan dakwat jari kekal bagi pengundi,, agihan peluang akses kepada media yang lebih bebas dan telus, dan beberapa tuntutan lagi.

Semua tuntutan ini adalah bersifat universal. Ianya bukan sesuatu yang luar-biasa atau bermotifkan politik seperti didakwa oleh Keajaan. Jadi apa yang kita takutkan. Kita patut sokong, asal saja semua tuntutan ini memang sesuatu yang fitrah dan patut sangat diadakan dari dulu lagi. Kenapa kita mesti berhempas pulas menentangnya? Kenapa kita mesti desak agar perhimpunan ini dibatalkan kalau ianya adalah demi kebaikan bersama?

Tak perlulah PERKASA melalak tak tentu pasal menentang perhimpunan ini. Begitu juga Pemuda UMNO tak perlu bersilat sakan untuk menyatakan penentangan terhadap gagasan ini. Maha Guru Omar Din juga tidak perlu mengeluarkan ugutan dan ancaman yang berbaur hasutan, kononnya akan ada 'darah mengalir' jika perhimpunan ini diteruskan.

Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang, berpendirian dan berpengetahuan luas, saya rasa kita patut menyokong gerakan yang dibuat oleh BESIH. Memang menjadi matlamat kita selama ini pun ingin agar piliharaya diMalaysia diadakan dalam keadaan yang telus, bersih dan adil. Bila pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih dan telus, pemilihan kepimpinan yang dibuat menerusi pilihanraya itu akan lebih 'legitimate' dan berintegeriti. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini ada pemimpin yang hanya menang'melalui saluran undi pos' yang entah dari mana datangnya. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini setiap kali piliharaya diadakan, penyalahgunaa kuasa oleh pihak parti pemerintah mengekspolitkan jabatan-jabatan Kerajaan melobi undi dari rakyat. Hampir semua akses kepada media perdana dibolot oleh parti kerajaan sedangkan parti pembangkan g tidak langsung diberi peluang bercakap dan menyampaikan matlamat perjuangan mereka kepada rakyat walau dengan sebaris ayat pun menerusi media perdana yang dibiayai wang cukai dari rakyat.. Ugutan, rasuah dan sogokan mejadi teras dimana-mana pilihanraya. Parti politik pemerintah dengan sewenang-wenangnya menawarkan habuan dan janji manis bagi mendapatkan sokongan dan undi rakyat. Ini belum termasuk bab memperbaikki jalanraya, membersih longkong, membaikpulih bangunan dan mendiriaan surau dan masjid pun dibuat waktu nak pilihanraya.....

Rakyat sedang memerhatikan ini semua. Rakyat bukan lagi bodoh macam rakyat ditahun-tahuan 50an dan 60an dulu. Rakyat kini terdedah kepada maklumat, berilmu dan sudah boleh menilai apa yang betul dan apa yang salah.

Ketakutan yang melanda kerajaan berkaitan isu perhimpunan ini sebenarnya menampakkan yang banyak sangat 'kotoran' yang sedang berlaku setiapkali pilihanraya diadakan. Kalau boleh 'kekotoran; ini mahu dikekalkan demi kesimbungan kuasa politik mereka. Tapi sampai bila ?

Seperti kata pepatah: "Berani kerana benar, takut kerana bersalah". Jelaslah yang pihak keajaan BN sekarang merasa atkut kerana "bersalah". Fikir-fikirkan lah............

sallehhashim-klang

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ajijoi

Posted: 04 Jul 2011 03:12 PM PDT

PETALING JAYA, 4 Julai — Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, Bersih 2.0 akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong sambil berkata gabungan itu berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) yang baru sahaja balik daripada mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi ini mengumumkan pendirian itu pada sidang media di sini tengah hari ini.

Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan malam tadi ekoran titah Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.

"Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia," kata beliau dengan membacakan kenyataannya di sini hari ini.

Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara hari ini untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau enggan menyatakan apabila ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi telah dibatalkan memandangkan baginda menekankan bahawa demonstrasi jalanan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebaliknya kata Ambiga, satu pengumuman rasmi akan dibuat sebaik sahaja pertemuan itu menjadi kenyataan.

Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan atas permintaan baginda kelak, Ambiga berkata: "Ya."

Semalam, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

"Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda.

"Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda lagi.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.

Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut