Isnin, 4 Julai 2011

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Posted: 04 Jul 2011 12:23 AM PDT

Penjelasan mengenai program-program terkini Kerajaan Negeri Selangor sangat perlu buat masa ini. Oleh itu, Pakatan Rakyat Petaling Jaya Utara menganjurkan Program Pimpinan Bersama Rakyat pada 4 Julai 2011, Hari Isnin 9.00 malam di Dewan Blok C, Flat PPRT Lembah Subang, P. Jaya.

Oleh itu, rakyat serta masyarakat setempat di jemput hadir beramai-ramai untuk mendengar ulasan-ulasan dan penerangan dari pimpinan negeri Selangor.

Sila sebarkan !!!

PEMUDA PAS SELANGOR UCAP TERIMA KASIH KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG

Posted: 04 Jul 2011 12:22 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merafak sembah merakamkan ucapan terima kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang meminta supaya pihak kerajaan menangani setiap permasalahan yang membabitkan kepentingan rakyat secara berhemah dengan berunding dan tidak mengikut perasaan sepertimana masyarakat yang bertamadun. Titah ini menjurus kepada cadangan himpunan aman BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya pihak kerajaan, pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mematuhi saranan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong agar membuka semula pintu rundingan bersama Sekretariat BERSIH 2.0 bagi mempastikan perjalanan program tersebut berjalan lancar dan teratur. Janganlah pihak kerajaan, polis dan SPR dianggap sebagai orang yang tidak bertamadun hanya kerana ingin mempertahankan keangkuhan dan keserakahan nafsu mereka semata-mata.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sekali lagi mempertegaskan bahawa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan aman rakyat menuntut pembaharuan di dalam sistem pilihanraya di Malaysia dan himpunan ini akan berlangsung dan berakhir dalam keadaan yang tenang dan baik. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat menyanjungi keamanan dan keharmonian dan menolak sebarang usaha provokasi untuk melakukan huru-hara ataupun kekacauan.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA DEWAN PEMUDA PAS

NEGERI SELANGOR

04 Julai 2011


KEMENTERIAN PENERANGAN BIADAP

Posted: 04 Jul 2011 12:18 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia kerana secara tidak bertanggungjawab telah menyiarkan secara berleluasa iklan-iklan fitnah dan berbaur hasutan untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap Himpunan Aman BERSIH 2.0 di dalam media elektronik terutamanya RTM1 dan RTM2. Di dalam iklan-iklan tersebut, himpunan BERSIH 2.0 telah dimomokkan sebagai himpunan haram yang akan menyebabkan kerosakan harta benda, pertumpahan darah, huru hara, kacau bilau dan boleh menyebabkan para peniaga mengalami kerugian. Sepatutnya pihak Kementerian mengeluarkan iklan yang memperjelaskan hak-hak rakyat di dalam Negara yang berdaulat mengikut perlembagaan Negara bukannya memperbodohkan rakyat dengan menyiarkan iklan-iklan "sampah" untuk mempertahankan kuasa pemimpin UMNO/BN.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bertegas bahawa semua gambaran yang ditunjukkan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan rakyat jelata yang cintakan keamanan dan keharmonian yang menuntut supaya sistem pilihanraya di Malaysia ini diBERSIHkan daripada sebarang kekotoran penipuan dan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak yang "gila" untuk mempertahankan kuasa mereka. Sekretariat BERSIH 2.0 telah meminta supaya setiap rakyat yang akan hadir ke himpunan tersebut tidak melakukan sebarang provokasi, ancaman, ugutan, vandalisme ataupun melakukan kekasaran terhadap mana-mana pihak. Sekretariat BERSIH 2.0 juga terbuka untuk berunding dengan pihak-pihak tertentu seperti polis untuk memastikan program tersebut berjalan lancar dan teratur bahkan meminta supaya pihak polis sendiri yang menentukan jalan yang sesuai untuk perarakan himpunan tersebut.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya Kementerian Penerangan Malaysia menarik balik iklan-iklan fitnah tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kebiadapan mereka menyiarkan iklan-iklan tersebut. Sesungguhnya wang rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai telah disalah gunakan oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan diri mereka dan membelakangkan kepentingan rakyat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mendesak Menteri Penerangan, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau orang yang bermaruah dan berintegriti.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA DEWAN PEMUDA PAS

NEGERI SELANGOR

03 Julai 2011

Tiada ulasan:

Pengikut