Selasa, 19 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Ipoh Timor

Posted: 18 Jul 2011 09:09 PM PDT

Puteri Ipoh Timor


AL FATIHAH.....

Posted: 16 Jul 2011 08:16 PM PDT

Tanggal 15 Julai 2011 jam 12.15 tengahari adalah satu detik yang amat memilukan bagi keluarga Puteri UMNO Ipoh Timor kerana kembalinya seorang rakan seperjuangan menemui Pencipta Yang Maha Esa ......

Zalifah Kisman bukan sahaja ahli Puteri yang terkenal dengan komitmennya terhadap parti tetapi sebagai seorang sahabat dan kenalan, Allahyarhamah merupakan seorang yang mesra, baik hati dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakan-rakannya. Oleh kerana itulah, Allahyarhamah yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Ipoh Timor telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timor.

Semenjak Allahyarhamah disahkan mengidap kanser payudara pada Ogos 2010, Allahyarhamah tidak pernah kenal erti putus asa malah sentiasa menunjukkan semangat yang kental dalam berjuang melawan penyakitnya. Bukan itu sahaja, malah semangat beliau itu sentiasa dikongsikan dengan rakan-rakan sehingga kadangkala kita terlupa bahawa beliau sedang sakit. Walaupun dalam keadaan sakit, beliau terus memberikan komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Puteri.

Puteri mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan ahli-ahli syurga. Kami mohon kepadaMu Ya Allah, sebagaimana beliau banyak berbuat kebaikan di dunia ini, maka Engkau berilah balasan sebaik-baiknya kepada Allahyarhamah...... Moga dirimu tenang di sana.... Zalifah Kisman, pergimu tiada pengganti.... AL FATIHAH

KEMPEN CELIK JENAYAH PUTERI UMNO PERAK

Posted: 27 Jun 2011 07:46 PM PDT



Anjuran : Puteri UMNO Perak
Dengan Kerjasama : TESCO dan PDRM
Perasmian : YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Acara-acara menarik :

* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
(Pendaftaran dibuka mulai sekarang hingga hari program (bermula 9.00 pagi - 12.00 tghri)
(Masa pertandingan : 26.6.2011 - 12:30 tghri hingga 1.30 tghri)

* Demonstrasi Mempertahankan Diri (11.00 pagi)

* Slot Cegah Jenayah Bersama Kamal Affendi Hashim (9.30 - 11.00 pagi)

* Skuad Banteras Ragut & Rogol (B2R) (11.00 pagi - 12.00 tengahari)

SELAMAT HARI JADI KAK ROS !!

Posted: 20 Jun 2011 07:39 PM PDT




SELAMAT HARI JADI KAK ROS !!!! [19 JUN 1974]

Terimakasih atas segala ucapan & doa drpd semua shbt handai, sanak saudara yg jauh & dekat, yg hntar melalui fb/sms/mms, yg bg kad, yg call, yg buat surprise dll....Terima kasih semuanya....

"Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pd hujungnya & sebaik-baik amalku pd akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu denganMu (di hari kiamat)." (Hadis riwayat Ibnus Sunny)

GERAKERJA TRANSFORMASI PUTERI (GTP)

Posted: 18 Jun 2011 07:20 PM PDT


ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 18 Jul 2011 09:04 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


Kempen Sejuta Tandatangan berjaya

Posted: 18 Jul 2011 09:14 AM PDT

1.2m sign up in support of 1Malaysia concept

Posted: 18 Jul 2011 09:13 AM PDT

Kimma kumpul satu juta tandatangan

Posted: 18 Jul 2011 09:11 AM PDT

APMM tahan hampir 400 terlibat jenayah

Posted: 18 Jul 2011 09:08 AM PDT

umno bahagian cheras

Posted: 18 Jul 2011 01:23 PM PDT

umno bahagian cheras


Bersih ; Dr. Mahathir mungkin tidak bersetuju pandangan Marina - Syed Ali

Posted: 18 Jul 2011 12:14 AM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee tidak terfikir mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan sikap anak sulungnya, Datuk Paduka Marina yang begitu menyanjung perjuangan Bersih.

Katanya, Dr. Mahathir mungkin tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan Marina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa Marina sebagai terancam.

"Saya tak fikir begitu, Dr. Mahathir adalah pejuang UMNO dan sudah tentu beliau menentang keras usaha Bersih untuk melumpuhkan kerajaan BN," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali menyifatkan kenyataan Marina sebagai pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pendirian keluarga bekas Perdana Menteri berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Mungkin itu pandangan peribadi, tetapi saya bimbang kenyataan Marina boleh menyinggung perasaan Dr. Mahathir," ujar Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

"Dr. Mahathir mungkin tidak boleh menyekat hak Marina untuk bersuara tetapi sebagai anak bekas Perdana Menteri, tentu tindak-tanduk beliau menarik perhatian rakyat.

Katanya lagi, rakyat melihat situasi sedemikian sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau kecewa kerana Marina sejak kebelakangan ini dilihat begitu lantang mengecam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Katanya, sejak demontrasi haram Bersih baru-baru ini, Marina dilihat membabitkan diri secara langsung dalam perhimpunan tersebut dengan turut hadir menyertainya.

"Beliau mengecam kerajan secara terbuka, saya lihat seperti ada yang tak kena pada Marina," ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Marina dalam portal berita malaysiakini yang berkata BN berada dalam kedudukan panik dan merasakan kerajaannya terancam dan tidak boleh berfikir dengan jelas.

Marina dipetik sebagai berkata : " Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka.Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir, Tetapi bukan semua mereka,".

Kata Marina lagi, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan Bersih 2.0 sambil menyifatkan mereka melakukan perkara yang baik dan menjadi 1Malaysia.

Dalam hal ini, Syed Ali kecewa kerana Marina menggunakan malaysiakini sebagai medium untuk mengkritik kerajaan sedangkan portal berita tersebut sememangnya pro-pembangkang.

"Saya berasa hairan bagaimana Marina berbuat demikian sedangkan Dr.Mahathir sendiri pernah dikecam oleh malaysiakini dalam banyak isu sebelum ini," tambahnya.

Sebagai anak bekas Perdana Menteri tersohor katanya, Marina masih boleh menyuarakan pandangan dan kritikan beliau mengikut saluran yang betul tanpa mencetuskan kontroversil.

Hiburan di bulan Ramadhan : mengaku pejuang Islam tetapi kecut perut diherdik DAP

Posted: 17 Jul 2011 08:50 PM PDT

PAS akan mengeluarkan pelbagai fatwa dan dalil al-quran untuk menghentam kerajaan terutama UMNO jika terbabit dalam isu kebenaran mengunjungi pusat hiburan di bulan Ramadhan.

"Tetapi disebabkan ianya membabitkan pentadbiran PAS di Kedah, mereka berdolak-dalik dengan pelbagai alasan kerana ingin menjaga hati DAP walaupun terpaksa menggadaikan prinsip Islam, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Bertambah buruk tegasnya, pemimpin PAS akan memanipulasikan ayat-ayat al-quran untuk menghentam UMNO dan menghalalkan apa sahaja yang mereka lakukan walaupun memberi kesan negatif kepada umat Islam.

Katanya, tabiat buruk dan 'cakap tak serupa bikin' pemimpin PAS itu sudah menjadi perkara lumrah dan umat Islam yang waras pemikiran mereka dapat menilai sejauhmana kebenaran perjuangan PAS.

"Sifat pemimpin PAS yang suka bermuka-muka bukan perkara baru, inilah tabiat mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan mereka dan agama juga diperalatakan untuk memburukkan pemimpin UMNO," tegasnya.


Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, walau macamana pun lakonan PAS untuk menunjukkan mereka berjuang untuk Islam, akhirnya mereka akan tunduk terkulai kerana ditekan oleh DAP.

"Jadi kita tidak hairan dalam isu ini, biasalah kalau dah jadi keldai politik, garang macamanana pun ianya sekadar lakonan, akhirnya mereka seronok belakang dipijak pemimpin DAP," ujarnya.

Syed Ali kecewa kerana Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengaku sebagai ulama, rupa-rupanya takut kepada gertakan DAP.

"Mengaku kononnya pejuang Islam, tetapi apabila diherdik oleh DAP dalam isu pusat huburan di buan Ramadhan, mereka jadi kecut perut, inilah wajah hipokrit pemimpin PAS," tegasnya.

Kata Syed Ali lagi, apa sahaja isu membabitkan UMNO, mereka akan ekspolaitasikan isu tersebut tetapi jika terkena batang hidup PAS, mereka akan berdolak-dalik dengan pelbagai alasan.

Mengaku kononnya pejuang Islam, tetapi kecut perut diherdik DAP

Mengulas mengenai 500 mahasiswa menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu seperti yang didedahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi semalam, Syed Ali berkata ianya amat serius dan memerlukan tindakan selanjutnya oleh pihak berkenaan.

"Kementerian berkenaan kena tegas dalam soal ini, cari pendekatan berhemah dan puncanya mengapa mahasiswa tersebut cenderung memihak kepada gerakan anti-kerajaan," katanya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 18 Jul 2011 11:34 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Penipuan Kisah Cincin Berlian Jutaan ringgit Terbongkar

Posted: 18 Jul 2011 06:19 AM PDT

juak2 dorang ni…rasanya tolak makan dan minum je..lelain semua fitnah..   tq firdyfire   sila klik http://apanama2020.blogspot.com/

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia

Posted: 17 Jul 2011 07:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama. Maklumat itu … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 18 Jul 2011 08:01 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


tiada PRK ye...

Posted: 17 Jul 2011 11:42 PM PDT

Seperti dijangka banyak pihak, Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) pada Isnin memberitahu tidak perlu diadakan pilihan raya kecil biarpun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian penyandangnya, Dr Lo' Lo' Ghazali pada malam Ahad.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak ada keperluaan bagi suruhanjaya itu mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kerana penggal Parlimen ke-12 telah mencapai tempoh mandat tiga tahun pada 28 April lalu.
"Ya, memang tidak perlu diadakan pilihan raya kecil walaupun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa.
"Ia sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang," katanya yang dipetik dari mstar online.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.
Bagaiamanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, jenazah Dr Lo' Lo' selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Akram pada pukul 10.30 pagi dan solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Suasana sayu dan suram menyelubungi perkarangan masjid yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai sejak malam Ahad.
Kira-kira 2,000 orang termasuk beberapa pemimpin tertinggi PAS. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut kelihatan menziarahi jenazah.-18/7/2011

Tiada ulasan:

Pengikut