Selasa, 19 Julai 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


CERAMAH PASCA BERSIH 2.0

Posted: 19 Jul 2011 06:52 AM PDT













KENYATAAN BANGANG PAK MENTERI BOTAK

Posted: 19 Jul 2011 06:48 AM PDT

Cadangan Majlis Peguam supaya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan.

"Kita terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana SPR adalah badan yang bebas," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbarnya hari ini.

"Jika ia adalah okay dengan mereka, maka mereka (SPR) boleh berunding dengan kerajaan. Seperti mereka (NGO berkenaan) berjanji, tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011. - Mkini.
Bangang punya menteri, orang tanya pasai anggota SPR dia pi jawab meloncong pasai BERSIH pulak. Dah la tu, pi merawit pasai janji BERSIH takmau buat demonstrasi jalanan. Sedangkan realitinya BERSIH dah setuju nak berhimpun dalam stadium macam tawaran PM dan dah pilih Stadium Merdeka sebagai vanue yang paling sesuai tapi PM pulak mungkir janji tiba-tiba suruh tanya polis. Padahal dia sebagai PM boleh arahkan polis supaya bagi permit untuk himpunan tu dibuat dalam Stadium Merdeka.

Berbalik kepada jawapan BANGANG menteri tu, patutnya dia jawab cadangan Majlis Peguam supaya dilantik wakil NGO duduk sebagai anggota SPR. Langkah tu memang sesuai untuk menjadikan SPR MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM macam kehendak Perlembagaan.

Bukan takdak orang lain yang berwibawa contohnya macam beberapa orang individu yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM sebelum ni. Ramai yang mendapat kepercayaan orang awam yang jadi anggota SUHAKAM tu.

Memang la ikut perlembagaan anggota SPR tu dilantik oleh Agong tapi yang sebenarnya aku sangat-sangat yakin nama-nama tu dicadangkan oleh Umno. Lebih sesuai kalau Parlimen memperincikan klausa MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM tu dengan ciri-ciri yang jelas. Tak la jadi macam sekarang ni, Agong seolah-olah ingin dikambinghitamkan, padahal nama-mana tu dicadangkan oleh Umno BN.

Kalau tengok anggota SPR yang ada hari ni, memang tak heran kalau Pakatan Rakyat tak percaya dan meragui SPR. Pasainya semua yang jadi anggota SPR tu adalah bekas kakitangan kerajaan, bukan setakat kakitangan kerajaan biasa tapi pegang jawatan yang memang cukup rapat dan sinonim dengan Umno.

Kat bawah ni aku senaraikan nama anggota SPR dengan pengalaman depa yang cukup dekat dengan Umno kalau tak pun "si anjing Umno". Aku dapat maklumat ni dari blog Mutaligat.

Anggota Suruhanjaya Pilihanraya

1. PENGERUSI SPR : Abdul Aziz bin Mohd Yusof
- Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

2. TIMBALAN PENGERUSI SPR : Hj. Wan Ahmad bin Wan Omar
- Bekas Setiausaha Bahagian (Keselamatan/Hal Ehwal Politik), Jabatan Perdana Menteri

3. SETIAUSAHA : Kamaruddin bin Mohamad Baria
- Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan

4. AHLI SPR : Hj. Jamdin bin Buyong
- Bekas Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah

5. AHLI SPR : Hj. Zainal Abidin bin Hj. Mat Said
- Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

6. AHLI SPR : Hj. Mohamad Ramji bin Alli
- Bekas Pengarah KEMAS Negeri Sarawak

7. AHLI SPR : Dr.P.Manogran
- Bekas KSU, Kementerian Sumber Manusia

8. AHLI SPR : Christopher Wan Soo Kee
- Bekas Ketua Cawangan Khas,Kuala Lumpur


Pasai tu kot, laman web rasmi SPR takdak langsung ditulis biodata anggota SPR ni. Sepatutnya maklumat macam tu kena masukkan supaya orang awam boleh nilai.


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/07/kenyataan-bangang-nazri-aziz-pasai.html#ixzz1SYiRs69Q

Siapa Buta Sejarah

Posted: 19 Jul 2011 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.


Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.

Najib temui Pope Benedict XVI

Posted: 18 Jul 2011 07:33 PM PDT



ROM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Pertemuan Najib dengan Pope Benedict berlangsung sejurus ketibaannya di kediaman Pope itu yang terletak di hadapan tasik yang indah.

Selepas pertemuan peribadi itu, Najib memperkenalkan anggota rombongannya termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada Pope.

Najib kemudiannya menghadiahkan cenderamata kepada Pope iaitu sebuah buku bertajuk Najib dan sulaman songket yang dibingkaikan.

Perdana Menteri kemudiannya dibawa ke bilik berasingan bagi mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

UTUSAN penipu rakyat

Posted: 18 Jul 2011 07:30 PM PDT



Dakwaan sebuah akhbar milik Umno hari ini bahawa protes menuntut pembaharuan pilihan raya boleh mendedahkan negara kepada campurtangan kelompok pro-Yahudi, hari ini disangkal oleh aktivitis pilihan raya.

Lidah pengarang Utusan Malaysia hari ini menyebut: "Ketika gendang atas nama hak asasi manusia semakin kuat dipalukan ia memberikan kesempatan terbaik kepada kelompok pro-Yahudi untuk campurtangan di mana-mana juga negara Islam."

"Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan mana-mana pihak terutamanya puak Yahudi mencampuri urusan negara secara halus," tulis akhbar milik parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebarang dakwaan penglibatan Yahudi adalah isu yang sangat sensitif di Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Lidah pengarang tersebut dikecam oleh BERSIH 2.0, yang mengadakan perhimpunan di ibunegara yang menarik ribuan peserta pada 9 Julai lalu.

Polis bertindak menahan lebih 1,700 orang dan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan yang disokong oleh pembangkang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Sambil menyangkal dakwaan tersebut, seorang wakil BERSIH, Andrew Khoo (kanan) berkata ia menunjukkan percubaan berulang kali oleh sesetengah pihak dalam masyarakat untuk memecahbelahkan negara mengikut garis kaum dan agama.

"Dan kita mahu tegaskan bahawa pada akhir hari berkenaan, pada 9 Julai, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama tampil menyokong tuntutan pembaharuan pilihan raya."

Sebelum perhimpunan tersebut, Utusan melaporkan dakwaan bahawa protes itu disokong oleh kumpulan Kristian.

Menurut Khoo, akhbar berkenaan patut berhenti membuang masa memburuk-burukkan perhimpunan tersebut.

BERSIH menuntut beberapa perubahan dalam pilihan raya, seperti memperkenalkan dakwat kekal untuk menghalang pengundian lebih daripada sekali dan untuk menghapus perbuatan membeli undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula berkata pilihan raya di negara ini berjalan secara adil dan telus.

Keluarga Allahyarham Baharuddin gesa prosiding khas siasat kematian

Posted: 18 Jul 2011 07:28 PM PDT



Keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat terus mendesak agar satu prosiding khas atau siasatan dilakukan kerajaan berhubung kematian peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad dilakukan dengan segera.

Peguam keluarga Baharuddin berkata, keluarga mangsa telah membuat satu lagi laporan polis semalam untuk mendesak pihak berkenaan supaya tidak memutarbelitkan kematian Allahyarham.

Ahmad Jufliz Faiza berkata prosiding khas itu perlu memandangkan keterangan-keterangan saksi di tempat kejadian bercanggah dengan versi kematian Allahyarham yang dihebahkan oleh pihak polis

"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

"Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami.

"Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat," terang Jufliz dalam sidang media di sini hari ini.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani post mortem.

Sehingga kini, laporan post mortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tanda tanya kepada keluarga kerana laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya

Polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

"Kami amat hairan kami tidak dibekalkan laporan rasmi awal post mortem tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan rasmi kami," kata beliau lagi.

Lebih malang lagi, beliau yang turut ditemani oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Dr Tan Seng Giaw dan Pengerusi Biro Displin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong menyatakan, sehingga kini pimpinan kerajaan Umno-BN dan polis seolah-olah langsung tiada sensitiviti terhadap kematian Baharuddin.

"Amat menyedihkan sehingga hari ini, tidak ada sepatah pun perkataan takziah kami terima dari pihak polis mahupun kerajaan. Ini menunjukkan tiada langsung sensitiviti mereka ke atas kematian arwah Baharuddin Ahmad. Sebaliknya kami terharu, hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin PR telah meluangkan masa walaupun dengan jadual ketat telah datang ke rumah kami mengucapkan takziah," kata beliau.

Timbalan Ketua Polis Negara pelakon terbaik

Posted: 18 Jul 2011 07:24 PM PDT



GENTING HIGHLANDS: Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.
.. eloo brader... nak serah apakebendanya? ... dah belambak kat internet... anggota beribu ada.... suruh le mereka cari sendiri .... itu pun tak bolih ke??
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

... elo ... nak kerjasama..? ... nah Datuk Seri ... tengok kat sini ... tonton di sini.... read here.... watch it here.... Cukup tak?. Tak cukup lagi..? .... nak amik ... tengok puas-puas.... siasat yang ini juga...
"Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut.
"Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan polis telah panggil beberapa saksi untuk siasat enam tohmahan itu.
"Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin," katanya.
.... eh eh... pasal tak termasuk kes polis mengganas kat hospital pulak?... Satu dunia dah tahu... kes ini.... nak nafikan lagi ke?
Khalid berkata sekiranya perlu polis bersedia menayangkan video mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada perhimpunan itu.
"Sekiranya perlu kita akan siarkan video itu selepas jawatankuasa yang ditubuhkan selesai menyiapkan laporan berhubung perhimpunan itu," katanya.
Mengulas mengenai tangkapan yang dilakukan ketika perhimpunan itu, Khalid berkata tangkapan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang, jika mereka yang ditahan tidak berpuas hati dengan tugas polis, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah.
"Tangkapan yang dilakukan kebanyakannya kerana memakai baju Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil)…sebahagian besar tangkapan telah dibebaskan tanpa syarat dan sebahagian lagi kita siasat sebab ajak orang berhimpun.
Sementara itu, Khalid turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti dakwaan kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad, 59, akibat gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan itu supaya menyerahkan bukti itu kepada polis.
... aduhai.... nak bukti apakebenda lagi? ... ini macam statement nak bagi orang Felda keliru je..... cukup-cukup le brader kerja kona-kona ni..
"Kalau ada bukti tunjukkanlah…jangan sebarkan dakwaan itu tanpa ada kesahihan," katanya.
Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Baharudin itu yang menyertai perhimpunan haram di kawasan KLCC pada 9 Julai adalah akibat komplikasi jantung dan bukan berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu.

Penghargaan kepada Pihak Polis (Tiada dalam TV)

Posted: 18 Jul 2011 07:20 PM PDT




1. Pihak polis tau buat kerja
2. Orang ramai tak tau kerja polis
3. Air polis yang power boleh menyebabkan motor tumbang
4. Gerak Khas tak se-power polis dalam ini tayangan gambar
5. Gua dari kecik memang tak pernah pasang impian nak jadi polis
6. Polis pun makan nasik
7. Polis dan Buletin Utama berkawan baik
8. Polis pukul orang tanda sayang
9. Polis sikit, orang ramai tapi polis menang
10. Orang dah nak mati baru polis berhenti sekejap jadi polis dan jadi bengap
11. Polis tak peramah
12. Robocop pun tak macam ni
13. Kita kena terima hakikat bahawa ini semua kerja polis dan sebagai orang awam kita perlu kena pukul untuk membantu pihak polis.
14. Cubit peha najib peha polis terasa juga
15. Kerja polis ini semua bukan hasil bisikan iblis
16. A. Galak nak kira macam mana?
17. Kalau rumah gua kena masuk perompak memang la gua panggil polis. Kuasa jahat kena la lawan dengan kuasa jahat.

Tiada ulasan:

Pengikut