Rabu, 29 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biaqpila

Posted: 29 Jun 2011 03:59 PM PDT

Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh

Posted: 29 Jun 2011 03:00 PM PDT


Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedPada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

MK

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO JARINGAN: MALAYSIA VS TAIWAN

Posted: 29 Jun 2011 09:26 AM PDT


MALAYSIA 2 - 1 TAIWAN... Pemain Malaysia meraikan jaringan gol pertama pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 malam Rabu. Gol itu dijaringkan oleh Kapten Pasukan Malaysia, Safiq Rahim (minit ke-28) pada perlawanan menentang pasukan Taiwan. - Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: MALAYSIA VS TAIWAN

Posted: 29 Jun 2011 05:30 AM PDT


:::::::SIARAN TV OFFLINE:::::::

PERLAWANAN TAMAT

MALAYSIA 2-1 TAIWAN

VIDEO JARINGAN:

Live Streaming TV1: KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PUSINGAN 1
MALAYSIA lwn TAIWAN
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
Rabu (29 Jun 11) 20:45 (GMT +8)


SILA KLIK PADA LINK INI JIKA TV DI ATAS TIDAK BERFUNGSI.
(((LIVE STREAMING FOOTBALL)))

SILA LIHAT JADUAL LIVE STREAMING

*BLOG INI TIDAK DIPANTAU KERANA KETIKA INI ADMIN SEDANG BERADA DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL,JIKA TERDAPAT SEBARANG KEROSAKAN TEKNIKAL HARAP DIMAAFKAN....

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Baca ni kalau nak kenai pengkhianat... kah!kah!kah!

Posted: 29 Jun 2011 03:00 AM PDT

Kerajaan sesebuah negara tu boleh diibaratkan macam sekumpulan bijak pandai yang duduk ditempat tinggi. Lagi tinggi depa dok, lagi terang la dunia depa pandang. Rakyat pulak boleh diibaratkan orang ramai yang tak terpilih dan duduk dibawah. Jadi depa tak nampak apa yang jadi kat ataih tapi orang ataih jelaih nampak apa yang jadi kat bawah. Sepatutnya la kan...

Tapi bila NGO Bersih buat tuntutan 8 perkara sejak 2008 dulu lagi, awat yang kerajaan tak bagi? Jangan salah paham, depa bukan tak nampak tapi depa buat buat tak nampak. Lalu terbitlah tuduhan dari TPiem bangsa Umno si Muhyiddin Yasin yang mengatakan penganjur Bersih khianat perjuangan rakyat. Betoi ka depa ni khianat dan hangpa tu dak? Persoalannya siapakah pengkhianat sebenaq?

TPiem Umno mau dok ingat yang menganggotai penganjur Bersih bukan mereka mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Kalau depa mau cari jalan selamat dan selesa lebih baik depa menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah. Kalau nak kira dari segi cerdik depa, tak leh cari makan la Berahim Ali ngan si KJ tuh... kahkahkah...

Salah tang mana bila dah rakyat bangkit tuntut pilihanraya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos? Awat kerajaan main aci menyorok pulak? Susah sangatkah nak buat. Kalau dah hangpa tak reti sangat, turun la... bagi Mat Sabu pulak yang pi ajaq hangpa camana cara nak perintah negara... kahkahkah... Tapi kalau dah Umno / BN masih tak bersedia nak terima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang khianat kepada rakyat.

Sepatutnya hangpa sebagai kerajaan yang dok di tempat tinggi dah matang nak tingkatkan ketelusan perjalanan pilihanraya. Bila dah hangpa tengok rakyat berarak masa Bersih 10 November 2007 lalu, hangpa kena sedaq dah, banyak yang hangpa buat tak betoi dan kantoi. Jadi dok nganga apa lagi, mau dok perbetoi laa...

Sapa yang betoinya khianat sejak amaran awai rakyat 4 tahun yang lepaih?

shalehudin.blogspot.com

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Perhimpunan Halal Jika Dibuat Pihak Yang Haram Jadah

Posted: 29 Jun 2011 12:00 AM PDT

DEY MACHA!!!
SESSI MEREMPIT DEPAN PEJABAT PKR KINI HALAL
KAH! KAH! KAH!

INILAH DIA MAT-MAT REMPIT DIDIKAN UMPORNO
DENGAN SEHELAI T-SHIRT PATRIOT
MEREKA SEDIA BERJIHAD DEPAN PEJABAT KOSONG
KAH!KAH!KAH!

PATRIOT KE PAKTUROT?
KAH! KAH! KAH!

PERHIMPUNAN DEPA TETAP HALAL
WALAUPUN NAMPAK MACAM HARAM JADAH
KAH! KAH! KAH!

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

CUKAI HARAM DALAM ISLAM?

Posted: 28 Jun 2011 09:00 PM PDT

Bila cukai yang dikutip untuk menambah kekayaan pemerintah zalim

Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim pada 21 Jun lalu.

Sekarang kita lihat pula antara kegunaan hasil cukai yang rakyat bayar kepada kerajaan.Pemimpin kita menggunakan sewenang-wenangnya duit cukai untuk kemewahan hidup dalam keadaan rakyat di bawah sedang gawat dan merana hasil kenaikan harga petrol dan barangan lain:

Lawatan rasmi perdana menteri dan isteri (2008-2011) = RM 17 juta

Penyelenggaran kediaman PM,TPM (2006-2010) = RM48 juta

Bil elektrik PM,TPM = RM160,000 sebulan

Bil air PM,TPM = RM33,000 sebulan

Dan berbagai-bagai lagi penyelewengan untuk menambah tembolok mereka dan kroni.

Ini yg dikatakan cukai yang dikutip untuk menambah kekayaan pemerintah zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat.Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya, jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah sudah biasa mengutip cukai sebegini.Kalau sudah jadi begini,jatuh halal atau haram kita membayar cukai?

Kerana terdapat hadis mengatakan:

"Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)" [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka" [HR Ahmad]

Jika ada ustaz atau ustazah ataupun ahli majlis fatwa yang ingin berkongsi ilmu dipersilakan memberi komen kepada artikel ini.

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Apabila Pemuda Patriot Berdemo Depan Pak Guard

Posted: 28 Jun 2011 06:00 PM PDT


Arakian, malam tadi, datanglah gerombolan manusia yang memanggil diri mereka PATRIOT. Datanglah mereka ke sebuah tempat bernama Tropicana, khabarnya mahu memprotes di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Namun, datangnya gerombolan Patriot ini adalah selepas orang pulang dari solat Isyak. Suasana malam yang aman damai di persekitaran Ibu Pejabat PKR itu telah diganggu dengan hiruk pikuk gerombolan PATRIOT itu.

Khabarnya, gerombolan itu dipimpin seorang manusia berperangai katak bernama Lokman Nor Adam. Pada satu masa dahulu, apa yang tidak dikatakan Lokman terhadap UMNO. Sekarang Lokman menjadi pendokong parti yang pernah diludah serta dihinjaknya.

Sehingga ke tahap menggangu ketenteraman malam Tropicana yang biasanya tenang dan stabil pada jam 10 malam ke atas.

Sayangnya gerombolan PATRIOT ini mungkin terlupa. Pada jam 10 malam, tiada siapa yang berada di Ibu Pejabat PKR kecuali hanyalah Pak Guard sahaja.

Jadilah tunjuk perasaan Pemuda Patriot itu tunjuk perasaan kepada Pak Guard sahaja.

Eloklah, kata saya. Dapatlah juga Pak Guard merasa teruja. Kalau tidak suasana malam tu sepi sesepi sepinya. Sekali sekala nak rasa juga bahang politik walaupun dalam keadaan sudah hampir tengah malam.

Sekian

Tulang Besi

malaysiawaves

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 29 Jun 2011 03:25 PM PDT

Risalah palsu BERSIH 2.0 diedarkan

Posted: 29 Jun 2011 06:42 AM PDT

Chan Kim Ming

Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.

Wartawan MerdekaReview diberitahu bahawa risalah kuning dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini. Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"

Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.

Setelah meneliti gambar yang ditunjukkan MerdekaReview, Wong Chin Huat menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH. Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!", katanya.

"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.

Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian. Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi.

Beliau berkata, BERSIH 2.0 hanya menyeru agar rakyat turun untuk berhimpun pada 9 Julai, sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Wong meminta agar rakyat memakai baju kuning, membawa bendera dan kamera, "Seandainya dihalang dan gagal menyertai himpunan BERSIH, ambillah gambar di tempat tersebut sebagai kenangan. Jangan memberi laluan kepada halangan yang berniat jahat," katanya.

*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

PSM dakwa tahanan wanita dikasari di lokap

Posted: 29 Jun 2011 06:40 AM PDT

Susan Loone Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa beberapa anggota wanitanya yang ditahan di lokap polis Kepala Batas sejak Ahad lalu dikasari dan diberi layanan buruk serta dinafikan hak melawat oleh keluarga mereka.

NONEAhli Jawatankuasa Pusat PSM V Selvam (kiri) berkata beliau menerima aduan daripada 14 tahanan wanita bahawa keadaan di penjara semasa tahanan reman mereka yang dijangka berterusan hingga 2 Julai ini adalah sebegitu buruk.

Selvam mendakwa seorang daripada tahanan itu juga 'ditolak dan diludah' manakala seorang lagi yang dikenali sebagai G Pakialetchumy mendakwa dia disepak pada bahagian kakinya.

Katanya, seorang tahanan lagi P Jody yang meminta air minuman tetapi diberitahu supaya minum air daripada mangkuk tandas di lokap itu.

"Seorang tahanan meminta air minuman untuk menelan pil sakit kencing manisnya tetapi secara sengaja diberikan air sirap," katanya kepada Malaysiakini di Kepala Batas, lewat malam semalam.

"Apabila wanita berkenaan dirah menukar pakaian mereka kepada pakaian lokap, anggota polis lelaki memerhatikan mereka," katanya.

Tahanan lain termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 13 aktivis lain yang dicekup polis di tol Sungai Dua pada Ahad lalu ketika kumpulan itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

'BERSIH 2.0 Australia' tak hirau amaran kerajaan

Posted: 29 Jun 2011 06:35 AM PDT

MALAYSIA KINI

Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demkian.

bersih rally 271207 02Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.

Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.

bersih rally in london 131107 defiance"Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.

"Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik," kata Maverick.

Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.

NONEMenurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.

"Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.

"Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini," katanya lagi.

Lagi pemimpin, aktivis BERSIH dipanggil

Posted: 29 Jun 2011 06:31 AM PDT

Ahli parlimen Pakatan Rakyat - Teresa Kok dan Mohd Firdaus Jaafar - turut menyertai senarai ahli politik dan aktivis politik yang dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

NONEMenurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan lawal hari ini, Teresa (kiri) - yang juga setiausaha organisasi DAP - dijadualkan memberi keterangan pada jam 3 petang di ibupejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Mohd Firdaus - ahli parlimen PAS Jerai - telah memberi kenyataan kepada polis Petaling Jaya semalam bersama dengan timbalan presiden PKR, Mohd Azmin Ali.

Timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin turut memberi kenyataan pagi ini.

Tindakan keras terhadap gabungan itu, yang menuntut pilihan raya bebas dan adil, menyaksikan 14 orang ditahan - termasuk dua ADUN PKR dan DAP - di Perak pagi ini.

Beberapa jam kemudian, kira-kira 20 anggota polis menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

NONEBeberapa aktivis terkemuka turut dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah; aktivis sosial Hishamuddin Rais; pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, dijadualkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur petang ini.

Speaker akui polis tidak minta kebenaran

Posted: 29 Jun 2011 05:41 AM PDT

S Pathmawathy Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menyiasat dakwaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa polis mencabuli kebebasan parlimen apabila mereka menyoal-siasat beberapa ahli parlimen pembangkang semalam.

NONE"Polis tidak boleh masuk kawasan Parlimen tanpa kebenaran speaker. Polis hanya boleh membekalkan perkhidmatan kepolisian atas permintaan pegawai parlimen, bentara dan speaker," kata Lim (DAP-Ipoh Timor) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Bisnes.

Hujah Lim, tindakan Lim mencatatkan kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lobi MP semalam mencabuli prinsip pembahagian kuasa.

Menurut Azmin beliau tidak menjangkakan kunjungan polis yang tidak diumumkan itu manakala Mohd Firdaus pula berkata dia 'dijemput' untuk merakamkan kenyataannya.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Menurut Pandikar (kiri) beliau juga mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas membacanya di media.

"Kami tidak terima sebarang permohonan rasmi daripada polis untuk berbuat demikian tetapi saya difahamkan daripada laporan akhbar bahawa kedua-dua pihak (polis dan MP) bersetuju berbuat demikian.

"Saya akan panggil mereka yang berkenaan untuk jelaskan apa yang berlaku," katanya kepada Lim.

Semalam, pasukan polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor mengambil kenyataan daripada Azmindan Mohd Firdaus berhubung ceramah mereka di Sabak Bernam pada 17 Jun lalu atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Lim menyataan alasan persetujuan kedua-dua belah pihak tidak boleh digunakan kerana tindakan polis itu jelas bertentangan dengan keistimewaan khas ahli dewan rakyat.

"Saya minta Jawatankuasa Khas Hak Asasi dan Kebebasan Parlimen patut melihat perkara ini dan mengadakan satu garis panduan yang sesuai," katanya.

Wardina belum tahu status kontrak dengan TV3

Posted: 29 Jun 2011 05:38 AM PDT

Salhan K Ahmad

Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu.

"Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini.

NONEDifahamkan, Wardina setakat ini tidak menghadapi masalah berhubung status kontrak berkenaan walau timbul persoalan mengenai sikapnya yang kini didakwa berani menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Persoalan itu dimuatkan dalam beberapa laman blog pro-BN, antaranya melalui anwaraidc.com dalam tulisan bertajuk 'Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar.'

Tulisan yang disiarkan pada Isnin itu antara lainnya menyebut, Wardina sebelum ini telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Beliau turut ditanya mengapakah sesetengah pihak mempertikai kehadirannya di program berkenaan, semata-mata kerana beliau berkhidmat dengan stesen milik kumpulan Media Prima itu.

Dengan pantas Wardina menjawab, itulah juga soalan yang ingin dikemukakannya.

"Saya sebelum ini pernah berjumpa (menteri besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka (penulis blog) timbulkan isu besar juga mengenai itu. Tapi kemudiannya (isu berkenaan) surut.

"Mereka faham tujuan saya berada di sana (berjumpa Nik Abdul Aziz), tiada cakap-cakap politik (berlaku)," katanya yang berharap isu yang kini panas diperkatakan itu akan kembali sejuk.

Wardina yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang apolitikal berkata, beliau turut menjadi sasaran mudah untuk dilabelkan sebagai pro-Pakatan kerana secara umumnya masyarakat Malaysia amat suka meletakkan label kepada seseorang.

"Kita juga menekan mereka jika mereka tidak bersetuju dengan kita, tapi semua orang ada hak untuk hidup di negara ini.

"Saya cuma ingin menghulurkan tangan dan menghubungkan jurang ini. Ianya OK jika kita ada perbezaan pendapat, ianya satu perkara yang baik.

"Tapi ianya menjadi isu yang sangat serius, dengan menakutkan mereka, tidak membenarkan mereka bercakap dengan orang lain, ramai rakyat yang akan ketinggalan," katanya lagi yang turut meminta maaf sekiranya kehadirannya di majlis berkenaan menimbulkan kekeliruan kepada stesen TV berkenaan.

Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR.

Seniman PAKSI dakwa polis hina Pak Samad

Posted: 29 Jun 2011 05:29 AM PDT

Jimadie Shah Othman
Sekumpulan seniman dan budayawan mendakwa tindakan polis menyiasat Datuk A Samad Said ekoran sokongan terbukanya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai ini adalah satu penghinaan terhadap sasterawan negara itu.

NONEMenamakan diri mereka sebagai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), mereka menyifatkan tindakan polis menyiasat A Samad atas akta hasutan dan akta polis sebagai tidak wajar dan menimbulkan curiga terhadap "manusia sebaik A Samad".

"Maka PAKSI berharap kepada pihak yang berkuasa agar tidak menggunakan kuasa yang ada secara sewenang-wenangnya dalam apa pun keadaan," kata presidennya Che Shamsuddin Othman.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dinsman malah meminta masyarakat umum membaca sendiri puisi A Samad yang dikatakan boleh menghasut dan mengganggu keselamatan itu.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Che Shamsuddin juga menggesa A Samad terus menikmati kebebasan berkarya agar dapat menyumbang sesuatu yang berharga.

NONEDitanya tentang tindakan kebanyakan seniman yang masih berdiam diri, Che Shamsuddin berkata beliau kesal dengan tindakan itu.

"Saya kesal, mereka membiarkan Pak Samad begitu sahaja," katanya yang juga dramatis terkenal.

Bagi A Samad sendiri, beliau menyifatkan golongan itu sebagai "menjaga periuk nasi sendiri."

Manakala setiausaha PAKSI, Hasni Abas pula membidas tindakan polis yang didakwanya bertanyakan jumlah bayaran yang diterima A Samad ketika membacakan puisi di majlis pelancaran BERSIH baru-baru ini.

"Mereka tanya berapa Pak Samad dibayar kerana membaca sajak. Ini satu penghinaan," katanya.

Maria: 'ISA tidak akan dapat halang BERSIH'

Posted: 29 Jun 2011 05:25 AM PDT

Joseph Sipalan Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tangkapan beramai-ramai tidak boleh dibenarkan menghalang masyarakat sivil daripada melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, kata ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu, Maria Chin Abdullah.

NONEBeliau menegaskan bahawa tindakan berterusan pihak polis terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH "tidak akan menghalang perhimpunan tersebut".

"Mereka (kerajaan) boleh menggunakan langkah-langkah pencegahan, di mana mereka telah mengancam untuk menggunakannya, tetapi perhimpunan tersebut bukan mengenai individu dalam BERSIH.

"Malah, jika mereka menangkap semua (pemimpin), ini adalah panggilan rakyat untuk pembaharuan," katanya kepada pemberita hari ini.

Polis serbu, geledah sekretariat BERSIH 2.0

Posted: 29 Jun 2011 05:23 AM PDT

Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.

Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

NONEMaria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Beliau yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam. Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

NONEAnggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.

Selain itu, butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

NONEBeliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

"Ini adalah hak asasi manusia, adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa," katanya.

Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas.

Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat.

Yakin BN akan tumbang kali ini

Posted: 29 Jun 2011 05:11 AM PDT

Mohamed Noor Jaafar

Saya tidak tahulah rakyat yang macam mana lagi yang akan menyokong dan mengundi Umno/BN pada pilihan raya umum akan datang, jika ini sikap dan perangai pemimpin yang memerintah negara ini yang boros dan membazirkan wang rakyat.

Tindakan pemimpin Umno yang menerajui kerajaan sekarang tidak langsung menggambarkan dia (kerajaan) mendahulukan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan'.

Saya yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan diterajui Najib dengan menyalahgunakan wang rakyat BN akan tumbang pada pilihan raya umum kali ini.

Sebanyak RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu.

Daripada jumlah itu hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu yang dibayar kepada Perbadanan Putrajaya dan RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Perkara itu terkandung dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 pula berjumlah RM17,118,650.58.

Tak tahulah kalau masih ada rakyat yang 'buta hati' masih termakan dengan gula- gula Umno/BN hingga sanggup merelakan apa saja yang dilakukan pemimpin mereka yang tidak tahu dosa pahala.

Pemimpin berpendidikan agama di kalangan pemimpin Umno juga 'membisu' tidak berani menegur kemungkaran yang dilakukan peneraju kerajaan kerana mereka bimbang hilang kedudukan dan jawatan dalam kerajaan.

Wang yang disalahgunakan kerajaan itu bukannya sedikit tapi berpuluh juta ringgit, alangkan bahagianya rakyat miskin jika wang itu digunakan untuk mensejahtera dan membahagiakan hidup rakyat.

Rakyat tidak sepatutnya terus membiar atau bersubahat dengan pemimpin seperti itu terus menerajui kerajaan.

Mulai bulan depan juga pengguna Astro dibebankan dengan kenaikan kadar penggunaan perkhidmatan televesyen berbayar kerana kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus bermula Januari 2011.

Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kenaikkan kadar perkhidmatan kerana kerajaan mengenakan cukai kepada syarikat yang dilesenkan menyediakan perkhidmatan televisyen berbayar itu.

Begitu juga dengan kenaikan harga barangan lain, syarikat terpaksa menaikkan harga barang kerana cukai yang dikenakan kerajaan dinaikkan selain kenaikan harga petroleum dan gas.

Syarikat tak sanggup mengalami kerugian sedangkan mereka terpaksa menanggung kenaikkan kos lain termasuk bayaran saman trafik dan Jabatan Pengakutan Jalan, serta cukai lain yang dikenakan.

Bagaimanapun semua kenaikan yang dikenakan kerajaan itu, rakyat yang akan menerima padah dan dibebankan dengan kenaikan harga barang.

Penulis adalah bekas wartawan dengan media tradisional.

Nurul Izzah: Di mana tanggungjawab 'Mahaguru'?

Posted: 29 Jun 2011 05:00 AM PDT

Nurul Izzah Anwar

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju berkenaan dengan Himpunan BERSIH 2.0 menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menyoal kredibiliti beliau selaku seorang Mahaguru yang disegani anak-anak buahnya.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Seni Silat Lincah yang dikatakan seramai 1 juta ahli ke Himpunan BERSIH 2.0 kerana ini jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Bukan sahaja Ahli Seni Silat Lincah sahaja, bahkan semua anggota-anggota pertubuhan silat di Malaysia ini dialu-alukan untuk hadir dan turun bersama bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di tanahair kita yang tercinta ini.

Yang menjadi kekesalan saya adalah apabila seseorang yang mendapat gelaran "Mahaguru" mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai satu amaran yang tidak bertanggungjawab seperti berikut:

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut"

Sewajarnya sebagai seorang "Mahaguru" menampakkan 'kebersihan' peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan. Tambahan lagi, seorang "Mahaguru" sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar.

Sikap yang ditunjukkan oleh seorang "Mahaguru" ini tidak langsung mencerminkan 'kebersihan' peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak Polis; sebaliknya yang dilihat adalah tekanan terbuka dan gangguan yang dikenakan menerusi tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman.

Saya yakin dan percaya, Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta. Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita.

Lampiran 1

Kenyataan dari Pemimpin Pertubuhan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

Sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. julai, 2011 ini. Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM], Tan Sri Omar Din Mauju memberikan kenyataannya dalam satu sidang akhbar berhubung pandangannya mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 semalam.

1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.

2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.

3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.

4. Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.

5. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.

6. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.

7. "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut" kata Omar Din lagi.

Bersih 2.0: Bila 1 juta pelancong domestik banjiri Kuala Lumpur

Posted: 29 Jun 2011 04:29 AM PDT

Ahmad Tajdid

Entahlah... Mengapa agaknya sesetengah pemimpin negara ini begitu kacau bilau pemikirannya apabila mengulas cadangan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, 9 Julai ini?

Bagaimana pula perhimpunan aman tanpa senjata yang dibenarkan Perlembagaan tiba-tiba boleh menjadi ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara sedangkan ianya hanya berlangsung selama 2 hingga 3 jam dan diadakan pada cuti hujung minggu pula.

Tak semena-mena, hampir seribu laporan polis dibuat NGO dan pertubuhan politik di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu sedangkan yang terjejas dalam kesesakan lalulintas (itupun jika polis enggan memberi kerjasama) hanyalah penduduk ibukota yang kebanyakannya tentu memilih untuk duduk di rumah jika tidak mahu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Lucunya antara yang membantah adalah Umno, Perkasa dan beberapa NGO pro-Umno, sedangkan merekalah yang saban minggu menganjurkan 'perhimpunan haram' di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan juga Perak ketika negeri-negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat.

Ada juga perhimpunan dan perarakan yang membawa pelbagai poster dan sepanduk mengecam kerajaan negeri. Tidak mudah dilupa juga perarakan membawa kepala lembu oleh ahli-ahli Umno Selangor ke Bangunan SUK di Shah Alam.

Mutakhir adalah komen dibuat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (yang kini dikenali sebagai "Menteri Curi-Curi Malaysia" ekoran skandal RM1.8 juta akaun Facebook kementeriannya) tentang perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut Ng, perhimpunan 9 Julai ini bakal menyebabkan sektor pelancongan negara kehilangan lebih RM1 bilion. Ini kerana, dakwa beliau BERSIH 2.0 boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu.

"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.

"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur seperti dipetik Malaysiakini.

Pelik juga difikirkan bagaimana perhimpunan aman selama 3 jam itu boleh menyebabkan pengurangan 20 peratus pendapatan industri pelancongan? Menurut Ng Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir 'perhimpunan haram' itu sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.

Lihatlah betapa jahilnya menteri berkenaan dalam memberikan hujah sehingga memperlihatkan bagaimana rapuhnya tahap keselamatan negara kita hingga perhimpunan aman pun boleh mengancam nyawa pelancong asing!

Adakah Ng berani membandingkan jumlah kemasukan pelancong asing ke Malaysia berbanding negara jiran Thailand dan Indonesia, sedangkan dua buah negara itu lebih kerap menghadapi demonstrasi rakyat?

Demonstrasi rakyat di Thailand sebagai contoh bukan sahaja berlangsung selama beberapa jam, malah mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan! Dan adakah pelancong asing telah serik untuk mengunjungi negara gajah putih itu kerana rakyatnya gemar berdemonstrasi? Sudah tentu tidak.

Bagi menjawab hujah Ng juga, sukacita disiarkan komen beberapa pembaca Malaysiakini:

"Orang pergi BERSIH ingat tak keluar duit ke? Naik bas, naik kereta, itu semua kena pakai petrol. Perut kosong nak kena diisi. Tekak dahaga nak kena basahkan. Itu semua kena beli guna duit! Jangan nak membohong kata akan rugi RM1 billion. RM1.8 juta yang kamu dah rembat untuk akaun Facebook tu apa cerita? *** Ingat kami bodoh?" - Che' Tat

Lebih menarik lagi komen seorang pembaca:

"Alamak! Yang jadikan kerugian kononnya berbilion ringgit tu sapa? Hangpa jugak.. Cuba bagi dia orang buat demo secara aman, tak payah simbah itu ini. Hangpa yang buat rosak tu semua. Tengok Indonesia, buat demo cool je. Tidak pun polis nak buat kacau bilau... Masa saya pergi ke sana, siap pemandu pelancong bagi tahu hari ni ada demonstrasi pelajar-pelajar. Tapi jangan risau, mereka tak ganggu orang... di sini demonstrasi secara aman... lagi ramai pelancong datang adalah... Malulah! Berbeza betul dengan Malaysia. Tak boleh buat demo langsung. Kalau 'orang depa' buat tak apa pulak...

"Cuba bila tv atau radio umumkan hari ini BERSIH akan mengadakan satu demonstrasi secara aman. Sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan tersebut, sila kawal tingkah laku anda agar tidak mencemarkan nama baik negara dan kawasan yang terlibat. Peniaga-peniaga juga digalakkan untuk membuka jualan dengan menempah khemah-khemah jualan. Siapa cepat dia dapat... Bukankah bagus begitu? Dapat tolong peniaga lain. Pasti orang yang berdemo itu lapar dahaga. Lepas berdemo, mereka pergi makan sama-sama. Bukankah bagus begitu? Tak ada kecoh-kecoh. Polis pun boleh makan laksa bawah pokok bersama orang yang berdemo." - Nora Abdullah

Begitulah komen-komen bernas pembaca yang sempat dirakam. Soalnya, mengapa Ng dan lain-lain pemimpin BN gagal melihat aspek positif perhimpunan itu.

Ketepikanlah sentimen politik sempit dan fobia hilang kuasa. Lihatlah perhimpunan BERSIH 2.0 dari sudut positif.

Bagi Ng Yen Yen, cuba bayangkan sejuta pelancong domestik yang bakal membanjiri Kuala Lumpur 9 Julai ini. Semuanya hadir dengan perbelanjaan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Kementerian beliau sendiri tidak perlu membelanjakan walau sesen pun wang negara untuk menarik kehadiran sejuta pelancong domestik ini.

Bayangkan apa yang akan diraih oleh para peniaga dan pusat membeli belah di Kuala Lumpur dengan kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Pastinya premis perniagaan mereka akan bertambah meriah dan kutipan hasil jualan berlipat kali ganda.

Apa yang pasti, negara tidak memerlukan pelancong asing untuk menjana ekonomi Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai ini!

Umno buat kecoh di hadapan IPD Kepala Batas

Posted: 29 Jun 2011 04:28 AM PDT

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS: "Polis boleh lihat siapakah yang biadap dan tidak menghiraukan keamanan dan kedamaian sebaliknya bersikap kasar, hiruk pikuk, bising dan samseng," kata Ketua Penerangan PAS Kepala Batas, Othman Ayob.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian penyokong Umno cuba mencetuskan kekecohan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas semalam untuk menghalang 30 keluarga mangsa tangkapan di Tol Sungai Dua berkampung di situ sebagai protes.

Katanya, jika tidak kawalan pihak polis sendiri pasti Umno dan Perkasa bertindak kasar dengan niat mahu mencetuskan provokasi supaya himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dibatalkan.

Padahal, katanya keluarga mangsa tahanan itu bukan mengadakan demontrasi, berpekik dan berteriak mengatakan sesuatu kepada polis tetapi hanya duduk berhampiran perhentian bas dengan menanti pemasangan khemah yang disediakan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kepala Batas.

"Kenapa Umno tiba-tiba datang seramai 300 orang buat bising dengan keadaan samseng, seolah-olah Malaysia ini mereka yang punya.

"Mereka patut merasai kehairanan kenapa polis bertindak begitu terhadap rombongan yang menaiki bas yang hanya datang untuk menghadiri program parti," jelasnya.

Baginya, pihak polis sepatutnya bertindak menangkap beberapa orang Umno yang memekik dengan kata-kata perkauman, bukannya mendesak keluarga mangsa tahanan bersurai.

"Mujurlah keluarga mangsa dan ahli parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat tidak melatah atau bertindak melawan sebaliknya berdiam diri sambil melihat telatah Umno," katanya.

Akhirnya, ujar beliau hasil campur tangan Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim yang berbincang dengan pihak polis keluarga mangsa dibawa ke Markas Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu untuk bermalam di situ.

Polis halau keluarga anggota PSM yang ditahan

Posted: 29 Jun 2011 04:25 AM PDT

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi.

Seramai 30 orang ahli keluarga mangsa 30 orang yang ditahan reman di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap tangkapan yang nyata bercanggah dengan tujuan asal rombongan terbabit yang hanya mahu menghadiri kempen 'Udah BN... Bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang dua hari lepas.

Bas yang turut dinaiki Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan polis di Tol Sungai Dua ketika ingin ke Sungai Ara untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau merupakan salah seorang pemidato malam tersebut.

Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan (kiri) kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo.

Berilah peluang untuk keluarga yang ditahan melawat atau bertanya khabar ahli keluarga bukan membiarkan mereka bersendirian menanggung masalah yang dicipta oleh polis kononya mereka hendak melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.

"Berilah peluang kepada waris melihat atau bertanya khabar mangsa dalam lokap polis. Apa salah mereka sehingga ditahan dan direman. Ini satu pencabulan hak," tegasnya.

Sementara itu, Bendahari Kehormat PSM, A. Sivarajan yang turut berada di lokasi berkenaan kesal kerana pihak polis baru bertindak setelah dua puluh laporan polis dibuat sejak pagi tadi di dua lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan IPD Kepala Batas.

Katanya, antara dua daripada dua puluh laporan polis itu ialah meminta pihak polis menyampai ubat penyakit jantung kepada Dr Jeyakumar Devaraj namun sampai tengah hari tadi belum diserahkan.

Tetapi, ujarnya setelah diasak dengan laporan polis barulah mereka membawa beliau ke hospital untuk rawatan.

Belau berkata, bukan sahaja Dr Jeyakumar Devaraj menghadapi masalah tersebut sebaliknya pemandu bas turut dinafikan menerima ubat harian.

"Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gentar terhadap Himpunan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sehingga menangkap secara mendadak," jelasnya.

Harakahdaily dimaklumkan seramai 7 orang masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, seramai 21 lagi di IPD Kepala Batas dan dua orang iaitu anak Dr Jeyakumar, Raveen dan rakanya, Thivyakumar masing-masing berumur 18 tahun kini berada di lokap Balai Polis Sungai Dua.

Utusan: PAS gesa bawa ke Majlis Raja-Raja

Posted: 29 Jun 2011 04:23 AM PDT

Harakahdaily

KUANTAN: PAS Pahang menggesa dan menaruh harapan besar pihak berkuasa agama untuk memanjangkan isu insiden penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk dipertimbangkan semoga tindakan yang berkesan dapat diambil bagi memelihara kesucian agama Islam dan kesejahteraan hidup rakyat.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu memorandum bantahan oleh seluruh ahli jawatankuasa PAS Pahang mengenai insiden yang dicetuskan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dua minggu lepas kepada Pejabat Mufti Pahang yang diterima oleh Datuk Seri Wan Wahid, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, semalam. (Gambar)

Penghantaran memorandum bantahan tersebut diketuai Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga timbalannya Nasrudin Hasan Tantawi bersama-sama ahli-ahli jawatankuasa PAS Pahang yang lain.

Dalam memorandum tersebut, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menerangkan bahawa penyiaran karikatur tersebut, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan oleh Utusan Malaysia telah menyebabkan berlaku kekecewaan, kegelisahan dan ketidaktenteraman masyarakat keseluruhan dan khasnya kepada umat Islam.

"Akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar antara yang tertua di negara ini dari segi penerbitannya. Penyebarannya begitu meluas. Namun akhir-akhir ini mereka menunjukkan sikap yang tidak bertanggung-jawab terhadap penyiarannya apabila menerbitkan banyak artikel sensitif membabitkan isu agama dan moral," katanya di dalam memorandum tersebut.

Pada 15 Jun yang lalu, Utusan telah menyiarkan karikatur yang dilukis seorang yang dikenali sebagai Miki. Beliau telah membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan seorang agamawan yang berimejkan seorang alim.

Agamawan tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi."

Gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.

Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut. Dialognya berbunyi "Bagus ... Alat itu pun boleh jadi bukti!".

Jelas Tuan Ibrahim, maksud dalam gambaran yang diberikan oleh karikatur tersebut adalah jelas bertentangan dengan perjalanan hukum syariah yang sebenar.

"Keadaan ini jika dibiarkan akan menimbulkan berbagai-bagai persepsi buruk masyarakat terhadap Islam.

Lebih membimbangkan lagi apabila ada di kalangan umat Islam terpengaruh dengan gambaran yang diberikan sehingga boleh merosakkan aqidah umat Islam itu sendiri yang sepatutnya dipelihara oleh semua pihak," terang beliau dalam memorandum tersebut.

Untuk mengelakkan insiden tersebut berulang, Tuan Ibrahim berkata PAS Pahang menyarankan supaya pihak berkuasa agama negara dapat menyediakan garis panduan syariah bagi mengawal dan mengawasi bahan-bahan penyiaran pelbagai media di negara ini.

"Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal dan memastikan mereka untuk menyiarkan bahan penyiaran yang lebih bertanggungjawab," jelas Tuan Ibrahim ketika melontarkan idea tersebut dua minggu yang lalu sejurus selepas insiden itu terjadi.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga menyelar kegemaran Utusan Malaysia yang kelihatan mempunyai minat yang mendalam dengan menjaja bahan berunsur porno (kelucahan melampau) seperti isu video seks, memuatkan berita-berita yang boleh mendatangkan ketegangan kaum secara melampau.

"(Ia) telah merosakkan usaha memelihara kesucian agama Islam, pembinaan akhlak umat serta perpaduan kaum di negara ini," kata beliau, sambil menambah bahawa tujuan memorandum bantahan tersebut dihantar adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan umat Islam keseluruhannya.

Pemberian wang ehsan hina Dewan Rakyat

Posted: 29 Jun 2011 04:22 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: 'Wang ehsan' yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat, kata Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat).

Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Petroleum (Cukai Pendapatan) Pindaan 2011, di Dewan Rakyat malam tadi, Kamaruddin berkata ia kerana wang ehsan itu tidak pernah diluluskan di Dewan Rakyat.

"Kalau kita kaji Datuk Seri Yang Dipertua, dalam akta petroleum ini, ada istilah-istilahnya. Yang tidak ada istilah 'wang ehsan'.

"Apa-apa tindakan yang kerajaan buat, yang Petronas buat, yang tidak ada dalam peruntukan rang undang-undang termasuk (pemberian) wang ehsan, itu bercanggah dengan undang-undang yang kita luluskan.

"Tidak ada pun wang ehsan yang kita (ahli parlimen) luluskan kepada mana-mana negeri," katanya.

Sehubungan itu katanya, pemberian kerajaan melalui pemimpin Umno atas nama wang ehsan adalah satu penghinaan kepada Parlimen.

Pada November tahun lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hanya akan memberikan wang ehsan kepada Kelantan, hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu dan bukannya bayaran royalti seperti yang dituntut kerajaan negeri itu.

Pemberian itu pula disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri itu, dan bukan melalui kerajaan negeri.

Wang Ehsan itu juga turut diberikan kepada Terengganu bagi menggantikan bayaran Royalti minyak sebelum ini.

Pindaan RUU selamatkan kroni

Sementara itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa pindaan RUU Petroleum (Cukai Pendapatan) itu hanya untuk "menyelamatkan" beberapa individu dalam syarikat yang berkepentingan bagi Umno BN.

Katanya ia termasuk anak bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahatir yang juga Pengerusi Eksekutif Kencana Energy Sdn. Bhd.

Selain Mokhzani dakwanya, seorang lagi adalah Pegawai Eksekutif Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd, Datuk Shahril Tan Sri Shamsudin.

"Kenapa nak pertahankan kroni-kroni ini. Ya dia Melayu, tapi tidak ada kah Melayu lain.

"Kalau insentif ini digubal untuk memberi manfaat kepada KWSP ke saya sokong, tapi kalau ini tujuan untuk selamatkan Mokhzani Mahathir, saya akan lawan habis-habisan," katanya.

Beliau merujuk Pindaan RUU itu yang akan membolehkan syarikat kontraktor yang dianugerahkan kontrak oleh Petronas mendapat "layanan khas" iaitu pengurangan cukai dari 38% kepada 25%.

Petronas sebelum ini mengumumkan telah menganugerahkan kontrak khidmat risiko (RSC) kepada tiga syarikat iaitu Petrofac Energy Developments Sdn. Bhd. (Petrofac), Kencana Energy Sdn. Bhd. (Kencana) dan Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd. (Sapura).

Ia bertujuan bagi aktiviti pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas di Medan Berantai yang terletak 150 kilometer di luar pantai Terengganu.

Azmin turut mempersoal kenapa Petronas tidak menjalankan sendiri projek itu sedangkan mereka mempunyai kepakaran.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata penganugerahan kepada tiga syarikat itu berdasarkan kemampuan teknikal dan kewangan mereka.

Ianya juga kerana projek tersebut kecil iaitu menpunyai 'marginal fields' kurang dari 30 juta Barrel.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, Azmin meminta undian belah bahagi diadakan dan menyaksikan PR mendapat 29 undi dan BN 45.

Bersih 2.0: Usahlah provokasi keterlaluan

Posted: 29 Jun 2011 04:19 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan dan pengamal media tertentu sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang huru-hara pada himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.

Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) sebagai merujuk kepada laporan berita bertajuk, "Batalkan Jika Tidak Mahu 'Perang' – Omardin" yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.

"Sejak pihak Dewan Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan Bersih 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah Umno, Utusan Malaysia.

Terbaru, seperti mana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.

Memetik daripada laporan berita tersebut: Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut," kata Omardin.

"Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini," kata Nasrudin.

Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran Bersih.

Ini, ujarnya adalah satu perkara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara.

Beliau menambah, ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan yang dimomokkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Lebih mengecewakan, ujarnya tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan.

Beliau yakin semua pihak mahukan negara yang aman.

"Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan," ujarnya.

Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN

Posted: 29 Jun 2011 04:17 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

"Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

"Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah," ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

"Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional," katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan.

Sepanduk solat hajat jadi mangsa vandalisme

Posted: 29 Jun 2011 04:15 AM PDT

Ismail Hashim

SHAH ALAM: Menjelang majlis solat hajat dan pidato khas yang bakal diadakan malam ini, beberapa sepanduk hebahannya menjadi mangsa vandalisme.

Objek yang menjadi sasaran penggemar vandalisme dan makhluk perosak itu adalah wajah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan lambang-lambang parti dalam Pakatan Rakyat.

Sepanduk pertama yang dikenal pasti dikoyakkan dengan kesan torehan adalah di Jalan Timun, jalan masuk ke Seksyen 24 dekat sini.

Lebih ganas apabila sepanduk serupa di Seksyen 11 dan sempadan Seksyen 16/17 disembur dengan cat kelabu berbentuk salib di atas wajah Mohamad.

Malah semua lambang parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah dilubangkan menjadikan sepanduk itu sudah tidak berfungsi.

Timbalan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Azli Yusof berharap pihak polis akan segera menyiasat selepas pemuda membuat laporan.

26 Jun lalu, banyak sepanduk mengiklankan Program Aspirasi di Seksyen 24 anjuran Umno Shah Alam menampilkan Dr Fazillah Kamsah dan enam artis, sehingga hari ini masih elok tergantung.

Malam ini, Dewan Pemuda PAS Selangor menganjurkan Solat Hajat dan Pidato Khas di Stadium Malawati bermula 7.30 malam.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman juga turut serta.

Dr Rani akan mengimamkan solat hajat yang diadakan di kawasan arena dalam stadium tersebut.

Program ini bermula pada pukul 6.30 petang lagi dengan ketibaan tetamu dari seluruh negeri dan diikuti solat Maghrib berjemaah.

Jam 9.10 malam, pidato bermula dengan hadirin akan dapat mendengar ucapan

Ustaz Nasrudin, wakil PKR dan DAP serta Dr Rani sebelum acara kemuncak, ucaptama dari Mohamad.

54 tahun Umno BN perintah tapi takut Bersih

Posted: 29 Jun 2011 04:14 AM PDT

Harakahdaily

PETALING JAYA: Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.

Katanya, kritikan rakyat terhadap kaedah pilihan raya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya.

Menurutnya, SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya.

Malah, kata beliau mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Lebih jauh, tambahnya persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan.

Justeru, pihaknya kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan Bersih yang sedang dilakukan sekarang.

Beliau juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman.

Lebih buruk, katanya ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini.

"Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu," katanya.

Tambahnya, PKR menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini.

Beliau berkata, adalah menjadi hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan.

Katanya, kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong.

"Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.

"Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa," ujarnya.

Ini, ujarnya akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur.

"Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak –pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula Umno terlalu takut dengan pilihan raya yang bersih," katanya.

Bersih: Edar bendera Malaysia pun ditangkap?

Posted: 29 Jun 2011 04:11 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal tindakan polis menangkap aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput, Perak pagi tadi.

Beliau mahu pihak polis menjelaskan apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga digari dan dibawa ke balai polis Sungai Siput.

"Saya mempersoalkan apakah alasan mereka ditangkap, adakah kerana pakai baju kuning atau baju merah atau sebab edar risalah parti atau bendera Malaysia?" soalnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.

Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih.

Khalil Idham yang juga Adun Titi Serong menyifatkan penangkapan itu sebagai melanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun.

"Saya menganggap penangkapan adalah secara tidak sah dan nmelanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bergerak secara sah sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Fasal 10(1)/b.

"Saya dan Adun-adun Pakatan yang lain datang untuk memberi sokongan moral kepada meraka, juga harap semua petugas Pakatan tidak lemah semangat untuk mengedarkan risalah di mana-mana saja," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju Bersih 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya kepada wartawan.

Impian Umno punah, peniaga dapat kunci Bazar esok

Posted: 29 Jun 2011 04:08 AM PDT

Aslani

KOTA BHARU: Usaha Umno menjadikan isu Bazar Tok Guru sebagai modal besar menjelang pilihan raya umum ke-13 kini punah apabila hampir kesemua peniaga menandatangani perjanjian memiliki lot niaga di situ.

Hampir kesemua 336 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Arked Uda telah menandatangani perjanjian pembelian lot kedai dan dokumen berkaitan urusan peguam.

Program menandatangani perjanjian itu diadakan mulai 27 Jun lalu dan dijangka berakhir esok.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, esok peniaga terbabit akan diserah kunci lot kedai bagi membolehkan mereka memindahkan barang.

"Sehingga hari ini sebahagian besar daripada 336 peniaga sudah menandatangani perjanjian dengan PMBK untuk memiliki lot kedai di Bazar Tok Guru.

"Dijangka pada Jumaat ini mereka boleh membawa masuk barangan jualan masing-masing," katanya di sini.

Sebelum ini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri berkaitan isu Bazar Tok Guru.

Malah berdasar kepada laporan media persatuan itu juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Kelantan termasuk pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli persatuan juga dilapor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penjualan Pasar Lama MPKB, namun tiada sebarang penyelewengan ditemui.

Isu perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB dan peniaga Arked Uda juga dimuatkan dalam akhbar Umno, Khabar yang disebar secara percuma di kaki lima masjid April lepas.

Biar pun dikecam hebat persatuan, kerajaan negeri tetap berusaha menyelesaikan bagi kebajikan peniaga termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.

Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Daftar awal boleh pilih

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.

Selain itu PMBK memperluaskan lorong di bahagian belakang di mana 29 lot kedai diroboh.

Khalili berkata, 29 lot diroboh bagi memberi keselesaan kepada peniaga biar pun PMBK kehilangan pendapatan lebih RM2 juta, di mana setiap lot bernilai RM88,000 pada harga semasa.

"Jumlah RM2 juta yang dimaksudkan hanya kehilangan pendapatan ekoran 29 lot kedai diroboh," katanya.

Beliau juga berkata, 96 peniaga yang mendaftar awal diberi peluang memilih sendiri lot tanpa perlu mengundi berdasarkan kepada polisi ditetapkan daftar dahulu dapat awal.

Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim setinggi tiga tingkat mempunyai 860 lot. Lot di tingkat satu dan dua ditawar kepada orang ramai yang berminat berharga antara RM84,000 hingga RM92,000.

Lebih separuh lagi lot di tingkat satu dan dua dibuka tawaran kepada orang ramai yang berminat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Jualan PMBK di talian 747 4545 atau 013 907 3209 (Norin) atau 014 507 9001 (Izziani).

Terima kasih kerana promosi percuma Bersih

Posted: 29 Jun 2011 04:06 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Walaupun ditekan dengan pelbagai asakan, PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis dan media BN kerana membuat promosi percuma untuk perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

"Apa pun kami berterima kasih kepada polis, pak menteri dalam negeri, Perkasa, pemuda Umno, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan bersih pada 9 julai ini.

"Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah," kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), AJK PAS Pusat.

Namun begitu, kredibiliti timbalan ketua polis negara dipertikaikan beliau dan disifatkan sebagai bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa.

Hanipa mempertikaikan "Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak?"

Hanipa membuat kenyataan itu ketika mengulas kenyataan Datuk Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, sebarang permohonan permit tidak akan dilayan untuk mengadakan perhimpunan Bersih.

Bagi beliau, kerajaan BN merestu tindakan polis yang menyalah gunakan kuasa itu.

Bagi Hanipa yang menang dengan undi yang besar dalam pemilihan pimpinan PAS Pusat baru-baru ini, hasrat menganjurkan perhimpunan bersih secara aman pada 9 julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen Polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program bersih .

Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan, katanya.

"Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan.

"Apa gunanya permohonan permit dipohon jika Timbalan KPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan," kata Hanipa.

Sebenarnya, kata Hanipa, kenyataan Timbalan KPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) .

"Jika Timbalan KPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan Timbalan KPN? Adalah jelas Timbalan KPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?" soal beliau.

Tuduhan lain terhadap bersih adalah perhimpunan bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan.

"Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebagai pak nujum di sini?" katanya.

Penganjur Bersih, jelas beliau, telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini.

Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari bersih sebaliknya boleh dihujahkan datang dari mereka yang ada ajenda buruk ingin mengganggu perhimpunan aman bersih, tegasnya.

Selanjutnya adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih.

Hanipa yang menang beberapa kes saman terhadap polis berkata, polis mesti jujur dan profesional.

"Adakah perhimpunan bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?" tambah Hanipa.

Katanya, Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula mempunyai rekod yang kotor mengganggu perhimpunan aman bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut.

Saksi-saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes bersih sendiri mengakui semasa di soal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan negara.

"Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin," katanya.

PKR ramal Putrajaya isytihar darurat halang Himpinan Bersih 2.0

Posted: 29 Jun 2011 04:03 AM PDT

TERKINI

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA— Kepimpinan PKR menjangkakan pentadbiran Najib akan mengisytiharkan darurat di ibu negara sebagai jalan terakhir bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang untuk didakan awal bulan depan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei berkata melihat pada perkembangan sejak beberapa hari lalu termasuk tindakan polis menahan aktivis Bersih 2.0 dan menyoal siasat pemimpin-pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat.

"Kita jangka mereka akan menggunakan apa juga cara termasuk mengenakan darurat," kata beliau pada sidang medis di sini hari ini.

Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata pihaknya yakin semua perkembangan semasa sedang menjurus ke arah Putrajaya akan mengambil tindakan terdesak ini.

"Kita sedang menjurus ke arah itu... ini tindakan mereka di Putrajaya, yang takut akan kehilangan kuasa.

"Namun begitu, tindakan ini tidak akan menyekat kemaraan rakyat yang sudah pun tahu mengenai hak mereka," kata beliau sambil menambah tindakan pihak berkuasa ini juga tidak boleh menghalang "api kemarahan" rakyat.

Sejak kelmarin polis menyoal siasat pemimpin-pemimpin politik dan Bersih 2.0 berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

Polis juga menyoal siasat pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang merancang untuk mengadakan perhimpunan balas membantah Bersih 2.0.

Selain itu polis sedang menyoal siasat 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, yang ditahan reman sejak Ahad lalu, di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Shuhaimi, setakat semalam antara 15 hingga 17 pemimpin PKR telah disoal siasat.

Shuhaimi juga berkata, kebebasan bersuara, melahirkan pendapat dan hak berhimpun di Malaysia saban hari semakin parah.

"Apa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas memperlihatkan ketakutan 'ngeri' pemerintah di Putrajaya.

"PKR Selangor musykil, apakah taraf demokrasi di negara ini yang sudah pun jatuh satu anak tangga di bawah kedudukan Myanmar mahu dipecahrekodkan dalam Malaysian Book of Records, hingga ke taraf Mesir era Hosni Mubarak?" katanya.

Dengan merujuk kepada tangkapan ke atas mereka yang menyertai program jelajah dan membeli atau menjual kemeja-T Bersih 2.0, Shuhaimi berkata, "mengapakah pihak berkenaan rela diperlakukan bagaikan 'gurka' Nepal zaman penjajah kepada pihak yang berkepentingan sedangkan tugas utama pasukan keselamatan adalah menjaga rakyat."

"Rakyat berhujah, tindak tanduk polis Malaysia kebelakangan ini tidak ubah seperti polis Israel yang menyekat kebangkitan rakyat Palestin satu ketika dahulu," kata beliau dan menambah, "pastinya ia adalah mengikut selera pimpinan Umno BN."

Katanya, rakyat kini tidak lagi dapat menerima 'peraturan baru pengharaman' pemakaian kemeja-T Bersih 2.0.

"Apakah ini satu jenaka yang cuba disogok oleh PDRM kepada rakyat?

"Ingin ditekankan bahawa pencabulan ini mesti ditentang dan dihentikan! Hanya negara kuku besi sahaja yang memaksakan 'peraturan gila' seperti ini," katanya.

Polis serbu pejabat Bersih

Posted: 29 Jun 2011 04:02 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menyerbu pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya, kata salah seorang anggota jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah.

Ketika ditemui di bangunan Parlimen pagi ini, beliau berkata, kira-kira 20 anggota polis sedang mengadakan serbuan ke atas pejabat mereka yang terletak di Lorong 4/48E, Petaling Jaya dan tiada waran awal dikeluarkan berhubung tindakan mereka itu.

"Polis menyerbu pejabat (Bersih 2.0) sekitar 12 tengah hari, tanpa waran. Kini mereka sedang mengambil butiran mengenai kakitangan," kata

Tiada ulasan:

Pengikut