DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA |
POLIS JANGAN “DOUBLE STANDARD” Posted: 29 Jun 2011 12:37 AM PDT KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR POLIS JANGAN "DOUBLE STANDARD" Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa kesal dan kecewa di atas tindakan segerombolan pemuda UMNO yang diketuai oleh exco pergerakan pemudanya iaitu Lokman Nor Adam kerana cuba untuk mencetuskan provokasi dan huru-hara apabila berhimpun dan berkumpul di hadapan pejabat parti PKR di Tropicana pada lewat semalam. Perhimpunan tidak sah tersebut telah disulami dengan pelbagai ugutan, ancaman dan kata-kata yang berbaur hasutan. Apa yang menyedihkan pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ialah himpunan tersebut berlaku berhampiran dengan Balai Polis Tropicana dan anggota polis di situ hanya menjadi penonton dengan tiada sebarang tindakan dan tangkapan di buat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan MEMANTAU dan mengharapkan PENJELASAN daripada pihak polis tentang tindakan mereka terhadap perkara ini kerana terdapat 2 versi yang berbeza berkenaan tindakan polis untuk menangani perhimpunan yang membabitkan orang ramai. Sekiranya pihak UMNO/BN ataupun pihak yang pro kepada mereka, maka pihak polis akan memberikan kerjasama dan kawalan keselamatan yang baik untuk mempastikan perhimpunan berjalan lancar tetapi berbeza pula kaedahnya apabila pihak NGO dan parti pembangkang yang pro BERSIH cuba untuk mengadakan himpunan aman tanpa ada sebarang unsur-unsur provokasi, kecaman, ugutan dan kata-kata berbaur hasutan tidak pula mendapat kerjasama pihak polis malahan ada yang ditangkap di atas sebab-sebab keselamatan. Pihak polis sepatutnya tidak bersikap "double standard" di dalam menangani persoalan ini. Ini akan menjatuhkan maruah dan integriti pihak polis sebagai pasukan yang dihormati pada pandangan masyarakat sekiranya terus dipergunakan sebagai alat untuk meneruskan kesinambungan penguasaan kuasa pihak tertentu. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan pihak polis agar berlaku adil, telus dan berwibawa di dalam menangani isu yang membabitkan hak-hak rakyat Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. HASBULLAH MOHD RIDZWAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 29 Jun 2011 |
You are subscribed to email updates from DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan