Selasa, 14 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pulakdah!

Posted: 14 Jun 2011 01:52 PM PDT

PERKASA mahu Melayu tentang p'raya masjid

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu orang Melayu Pulau Pinang bangun dan menentang pelaksanaan pemilihan anggota
jawatankuasa masjid melalui pilihan raya kerana ia membawa kepada pepecahan umat Islam.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata dengan pelaksanaan kaedah baru itu, masjid selaku tempat suci dan penyatuan umat Islam akan tercemar apabila berlaku perebutan kuasa, berpuak-puak dan saling membenci dalam usaha memenangi pilihan raya itu.

"Tindakan kerajaan Pulau Pinang adalah tindakan untuk mundur kebelakang dan hanya semata-mata didorong oleh nafsu dan kepentingan politik yang telah mengatasi segala kepentingan dan lain-lain pertimbangan yang lebih rasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang minggu lepas mengumumkan pemilihan jawatankuasa masjid di negeri itu akan diadakan secara pilihan raya mulai tahun ini bagi menggantikan cara lama.

Ruslan berkata kaedah itu pernah dilakukan di Kelantan pada tahun 60-an dan 70-an, namun ia dihentikan kerana mengakibatkan berlakunya perbalahan dan pepecahan.

"Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Pahang di mana amalan tersebut juga telah dihentikan," katanya yang juga bekas ketua penerangan PKR.

Laporan berita ini bertarikh 13 Jun 2011

******************************************

Sekarang baca laporan berita berkaitan Ruslan Kassim pada September 1998

Beberapa hari sebelum perhimpunan agung UMNO pada Jun 1998, sebuah buku fitnah bertajuk '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri' muncul buat kali pertama dalam kancah politik Malaysia .

Tidak seperti kebanyakan surat-surat layang sebelum ini, buku 50 Dalil ini mempunyai penulis serta penerbit. Ini digalas oleh Khalid Jafri, bekas editor sukan Utusan Malaysia, Ketua Pengarang dari akhbar tabloid Harian Nasional yang sudah tidak wujud lagi, dan disytiharkan muflis.

Para perwakilan yang hadir ke sidang perhimpunan agung UMNO menerima satu salinan buku ini yang dimasukkan bersama dokumentasi parti dan diserahkan kepada mereka melalui beg percuma. Hal ini tetap terjadi walaupun satu perintah injunksi oleh hakim mahkamah tinggi dikeluarkan sehari sebelum itu yang menghalang pengedaran dan penyebaran buku fitnah ini. Itu adalah sesuatu yang sangat aneh dan ramai perwakilan cuba untuk membuat kesimpulan.

Ketua Pemuda UMNO dari Negri Sembilan, Ruslan Kassim, telah melakukan sedikit semakan dengan Pendaftar Syarikat, yang menghubungkan penerbit buku itu kepada bekas Ketua Menteri Melaka yang memalukan, Abdul Rahim Tamby Chik dan isterinya, Zabedah Abdullah.

Ruslan Kassim juga mendengar daripada UMNO Wilayah Persekutuan bahawa pihak sekretariat telah digunakan untuk mengedarkan buku ini. Ini merujuk kepada Setiausaha parti, Sabaruddin Chik.

Siapa sebenarnya dalang di sebalik drama ini, tanya Ketua Pemuda UMNO Negri Sembilan (Ruslan Kassim). Tetapi tidak seorang pun daripada dua Chik ini (Sabarudin Chik dan Rahim Tamby Chik) bersedia untuk mengakui apa-apa.

Impact International, Vol. 28 No. 9 (September 1998)

***********************************

Ruslan Kassim akhirnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pendedahan ini. Ya, ia dihukum dengan penahanan tanpa bicaraan di atas tuduhan melawan dua Chik - Thambi besar yang telah membawa masalah kepadanya, dan Sabarudin 'tukang kasut' (orang Melayu pasti tahu kenapa 'tukang kasut', tanya kepada mereka apa maknanya).

Ruslan Kassim bersumpah bahawa Anwar Ibrahim adalah korban dari fitnah. Dan ketika Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) dilancarkan ia bersama dengan parti itu dan menjadi Ketua Penerangan.

Ya, sebelum ia menjadi Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim adalah Ketua Penerangan apa yang sekarang disebut sebagai PKR. Ketika dia menjadi Ketua Penerangan PKR dia menyanyikan lagu lain, tetapi sekarang sebagai Ketua Penerangan Perkasa, ia menyanyikan sebuah lagu yang berbeza pula.

Dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, seluruh pembaca kesayanganku, inilah apa yang Islam sebut sebagai munafik.

Apakah Ruslan Kassim sekarang hendak memberitahu kita bahawa dia berbohong pada tahun 1998 bahawa Anwar Ibrahim bukanlah korban fitnah dan buku '50 Dahlil' itu adalah benar?.

Atau dia hendak mengatakan kepada kita bahawa dia tidak berbohong pada tahun 1998 tetapi ia tahu Anwar Ibrahim adalah mangsa korban fitnah dan masalah itu bukan masalahnya (tidak peduli) lagi seperti tahun 1998?

Apa pun, mana-mana pun kesnya, ia menjadikan Ruslan Kassim seorang yang munafik. Dia menentang pilihanraya bagi jawatankuasa masjid kerana ia menjaga kesucian Islam, itulah yang dia hendak beritahu kita.

Ia menghalangnya hanyalah kerana untuk menjaga kesucian Islam dan bukannya kerana alasan lain, terutamanya bukanlah kerana politik, tetapi kenapa segala perlakuan dan kata-katanya tidak menunjukkan seperti itu?

Dari perspektif Islam, seorang Muslim run with the hare and hunt with the hounds (sokong dengan kedua-dua belah pihak, dan berbalah dengan kedua-dua belah pihak) jelas merupakan orang munafik. Dan inilah apa yang dilakukan Ruslan Kassim. Dia menuduh UMNO kerana memfitnah Anwar. Dan dia ditahan kerana tuduhan ini. Tetapi dia bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO walaupun pendapatnya bertentangan dengan UMNO.

Apapun, sama ada Ruslan Kassim ini sebenarnya jahil tentang Islam atau cuba untuk memalsukan Islam. Dia sebenarnya cuba untuk mengatakan bahawa pilihanraya untuk pemilihan pegawai masjid adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebaliknya itulah sebenar-benar ajaran Islam. Diriwayatkan bagaimana masyarakat Madinah mengammbil masa sehingga keesokan harinya untuk menguburkan jasad Nabi Muhammad setelah ia wafat. Dan alasannya adalah kerana orang-orang Madinah berdebat (ada yang menggelarnya sebagai pertikaian Syi'ah) bagi menentukan pengganti atau Khalifah selepas Nabi.

Akhirnya disepakati bahawa Abu Bakar akan menjadi pengganti dan hanya selepas itulah mereka menguburkan jasad Nabi.

Tidak, mereka tidak mempunyai UMNO atau Jabatan Agama ketika itu di Madinah. Dan bukan UMNO atau Jabatan Agama yang memutuskan penggantinya. Ia adalah masyarakat di situ. Dan masyarakat Madinah telah memilih di dalam hal ini untuk memutuskan siapakah yang layak menjadi pengganti Nabi.

Jadi anda lihat, Islam telah menunjukkan sistem persetujuan/ijmak dan pemilihan untuk pemimpin, jawatankuasa dan sebagainya. Jadi apa yang dilakukan kerajaan Penang sangat Islamik. Masyarakatlah yang akan memutuskan pemimpin mereka dan jawatankuasa. Dan ini dilakukan melalui konsensus/persetujuan/ijmak dan pemilihan/pilihan raya.

Dengan menunjukkan kononnya sistem persetujuan dan pilihanraya itu tidak Islamik menunjukkan mereka yang berkata sedemikian itulah sebenarnya yang tidak mengikut Islam. Dan jika mereka mencadangkan sesuatu yang tidak Islamik dan kemudiannya berpura-pura mengatakan itulah cara di dalam Islam ini menjadikan mereka seorang Munafiq.

Itulah garis hadnya.

Kredit : m2day

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suhaizan Kayat

Posted: 14 Jun 2011 01:36 PM PDT

KENYATAAN PERKASA BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

Posted: 13 Jun 2011 06:22 PM PDT

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Selasa 14 Jun 2011

KENYATAAN PERKASA BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas bahawa beliau akan mengerahkan ahlinya dari seluruh negara untuk berarak pada hari yang sama bagi menyekat kemaraan Himpunan Bersih 9 Julai 2011 adalah membuktikan dengan jelas bahawa PERKASA adalah pertubuhan yang mahu kekacauan berlaku dalam negara kita. Malah kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. Polis perlu menyiasat Datuk Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka.

Sebenarnya Jawatankuasa Bersih 2 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga mahu membuat 8 tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mengembalikan demokrasi yang telah tercemar selama ini. Tuntutan tersebut adalah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas & adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Dalam Himpunan Bersih 2 suatu memorandum akan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Himpunan aman tanpa senjata adalah kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia seperti yang tercatat dalam perkara 10. Adapun perkara 27 Akta polis(akta 344) mengenai kuasa untuk mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diberi kuasa kepada pihak polis adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan bukannya menghalang kebebasan tersebut.

Pihak polis yang mempunyai kelengkapan mengawal rusuhan sebenarnya mampu mengawal keadaan dengan penuh hikmah. Pihak polis boleh menjaga keamaman Himpunan Bersih 2 dengan menyusun anggota polis di tepi jalan sepanjang himpunan menuju Istana Negara. Mereka yang didapati mewujudkan kekecohan perlu ditangkap. Jika pihak PERKASA dengan niat yang ikhlas mahu menghantar memorandum kepada pihak Istana maka mereka dibenarkan berhimpun dan berarak daripada laluan yang berbeza. Pihak polis perlu membuat perbincangan yang rapi dengan penganjur kedua-dua pihak. Saya yakin pihak polis yang mempunyai banyak pengalaman mampu mengawal keselamatan negara. Jika dua himpunan dapat berjalan serentak dengan aman maka saya penuh yakin pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Tetapi jika pihak polis hanya mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu maka polis akan dihina oleh semua pihak.

Himpunan aman tanpa senjata adalah keperluan kepada demokrasi yang adil. Ratusan ribu rakyat tidak akan menghadiri Himpunan Bersih 2 jika mereka tidak ada tujuan yang khusus untuk mendapat satu pilihanraya yang bersih dan adil. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga sering menganjurkan perarakan semasa Sambutan Maulidurasul atau upacara agama tertentu. Ribuan orang akan berarak di jalan raya. Mereka mendapat hak untuk berhimpun. Persoalannya mengapa Bersih 2 seolah-olah dinafikan hak untuk berhimpun secara aman?

Suhaizan Bin Kayat

Ketua Pemuda PAS

Negeri Johor

KENYATAAN PERKASA BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

Posted: 13 Jun 2011 06:21 PM PDT

019-7285174

Tiada ulasan:

Pengikut