Isnin, 6 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 06 Jun 2011 03:14 PM PDT

Pakej Astro Naik Harga Sehingga RM15 Sebulan

Posted: 06 Jun 2011 01:24 PM PDT

P/s: Inilah yang terjadi jika sesuatu perkhidmatan itu dimonopoli oleh sesetengah pihak. Mereka boleh buat sesuka hati.

Khabarnya Anak Dara Najib Bakal Bersuamikan Anak VVIP Kazakhstan

Posted: 06 Jun 2011 07:30 AM PDT

Saya petik:
 

[HD] KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?

Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan.

Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini.


Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan.

"Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi," tulis Leonid Komarovskiy, seorang "wartawan" daripada New York di bawah artikel bertajuk "Borat is out of competition."

Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir "Nazarbayev" yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.


"Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai 'anak kepada President Nursultan Nazarbayev', telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa 'President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit," tulis Leonid lagi.

Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.

"Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev," dakwa Leniod lagi.


Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku.

"Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal,"
nasihat Leonid.

Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu.

Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov.

Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama....

Akhbar Australia Kaitkan Skandal Cetak Mata Wang dengan Adik Hishamuddin, Sepupu Najib

Posted: 06 Jun 2011 06:48 AM PDT

Saya petik:

KUALA LUMPUR: Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara didedah melibatkan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussien, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.

Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.
 

"Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan," lapornya.

Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia sehingga 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.

Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.

The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.

Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dolar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.

Menurut laman web itu, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.

Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.

Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.

Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.

Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindikit mencetak mata wang berganda.

Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.

Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan. 


 P/s: Eloklah, seorang terkenal di Mongolia, seorang lagi mula terkenal di Australia. JAHANAM negara!

Skandal Scorpene: Mahkamah Perancis Temukan Bukti Kukuh Penyalahgunaan Wang Rakyat Malaysia

Posted: 06 Jun 2011 05:30 AM PDT

Saya petik:

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.


Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis.

Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu.

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu.

Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Cynthia Gibrael, jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi.

Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya.

Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.

Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda.

Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia.

Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu.

Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang.

Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini. 

 P/s: Apa khabar Najib?

Pengundi BN Katakan Yahooo, Kerajaan Mansuhkan Diesel Super Subsidi

Posted: 06 Jun 2011 04:53 AM PDT

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi akan menyebabkan harga barang melambung dan kenaikan inflasi, kata Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Abdul Rahman Yusuf.

Beliau mengulas tindakan kerajaan menarik balik subsidi tersebut daripada kenderaan komersil seperti lori, kontena termasuk pengusaha bot nelayan laut dalam.

"Diesel merupakan nadi kepada sistem pengangkutan untuk lori komersil bagi membawa barangan dan produk kepada pengguna. Apabila harga diesel dinaikkan, ia akan beri kesan kepada semua jenis barangan, daripada sayur-sayuran hingga lah kepada barangan-barangan industri,"

"Apabila kerajaan memansuhkan subsidi diesel, ia akan menyebabkan harga barang pengguna naik berlipat kali ganda," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Menurut Abdul Rahman, keputusan menarik balik subsidi tersebut kepada nelayan laut dalam juga akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap hasil dan makanan laut.

"Saya turut difahamkan nelayan pesisir pantai di sesetengah tempat seperti di Terengganu juga tidak lagi menikmati subsidi diesel,
" ujarnya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan pada masa sama menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga barang danmengheret negara ke arah inflasi.

"Sudah tentu pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan berlaku inflasi disebabkan kenaikan harga barang yang bertambah parah," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial sebanyak 32 sen kepada RM1.80 yangperlu dibayar berkuat kuasa 1 Jun.

Berikutan itu, pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.

Sementara itu, Nelayan laut juga tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter dan perlu membeli minyak pada harga pasaran sebanyak RM1.80 seliter.

Kalangan persatuan pengguna menjangka kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan berikutan pemansuhan suubsidi diesel terhadap kenderaan komersial.

Penguna Persatuan Persatuan Penguna Islam Malaysia menyatakan pengusaha lori telah lama menikmati subsidi tersebut dan langkah pemansuhan itu akan menambahkan kos yang ditanggung mereka.

Sementara itu, Gabungan persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meramalkan pendapatan isi sumah yang digunakan untuk makanan naik di antara lima hingga 10 perats ekoran penghapusan subsidi tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan harga makanan di Malaysia naik sebanyak 30 peratus dalam masa suku pertama tahun ini.

Perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) menyatakan kesan kenaikan itu merupakan dua kali ganda harga purata makanan
dunia.

Kerajaan baru-baru ini menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, yang dilihat akan turut menyebabkan berlaku peningkatan mendadak harga barangan melibatkan semua industri yang menggunakan tenaga elektrik.

Ia merupakan usaha menarik subsidi yang diberi kepada rakyat ketika syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima subsidi RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

2 Syarikat Minyak di Indonesia Berlumba-lumba Turunkan Harga Minyak

Posted: 06 Jun 2011 01:30 AM PDT

Petikan berita KOMPAS.

Orang akan "pangkah" saya dengan mengatakan bahawa harga minyak di Indonesia masih lagi mahal berbanding dengan Malaysia. Betul!. Kalau kita lihat dalam artikel di atas, RON95 dijual sekitar Rp9.200 (bersamaan dengan AS1 dolar). Minyak di sana secara umumnya dijual tanpa subsidi kerana Indonesia terpaksa mengimport minyak untuk memenuhi kehendak tempatan. Situasi itu berbeza daripada Malaysia. Saya petik sebuah artikel menarik yang diambil dari blog Hot Powers (saya edit sedikit) yang mungkin dapat menjawab beberapa persoalan:

Di bawah ini ialah senarai harga petrol untuk 10 buah negara pengeluar minyak terpilih:

1. United Arab Emirates - $0.37/liter atau RM1.22 seliter
2.Baharin - $0.27/liter atau RM0.89 seliter
3.Qatar - $0.22/liter atau RM0.72 seliter
4.Kuwait - $0.21/liter atau RM0.69 seliter
5.Libya - $0.14/liter atau RM0.46 seliter
6. Arab Saudi - $0.12/liter atau RM0.39 seliter
7. Iran - $0.11/liter atau RM0.36 seliter
8. Nigeria - $0.10/liter atau RM0.33 seliter
9. Turkmenistan - $0.08/liter atau $M0.26 seliter
10. Venezuela - $0.05/liter atau RM0.16 seliter


Baiklah... mari kita lihat perbandingan harga mengikut mata wang negara masing2....
Sebelum itu, sebagai rujukan umum...

Nilai wang kertas terendah:
Malaysia = RM1
Indonesia = Rp1,000
Singapura = SD1
Thailand = Baht10

Jadi di bawah ini, aku akan highlightkan negara dgn harga terendah dgn mengambil kira nilai wang kertas terendah untuk setiap negara. Ingat, orang S'pura, Thai dan Indon x bayar pakai RM di negara mereka...

RON 95 per liter
Malaysia = RM 1.90
Indonesia = Rp 7,036.96 (RM 2.46)
Singapura = SGD 1.80 (RM 4.36)
Thailand = Baht 40.62 (RM 4.25)

Diesel per liter
Malaysia = RM 1.80
Indonesia = Rp 7,151.38 (RM 2.50)
Singapura = SGD 1.32 (RM 3.10)
Thailand = Baht 28.29 (RM 2.96)

LPG (gas memasak)
Malaysia = RM 1.90
Indonesia = Rp 5,721.11 (RM 2.00)
Singapura = SGD 2.67 (RM 6.42)
Thailand = Baht 18.45 (RM 1.93)

Gula

Malaysia = RM 2.10
Indonesia = Rp 10,011.84 (RM 3.50)
Singapura = SGD 1.57 (RM 3.80)
Thailand = Baht 26.76 (RM 2.80)

Harga2 di atas adalah menurut currency exchange pada hari ini (4/12/2010)...
Siapa2 yg ada keraguan. hangpa boleh semak sendiri....

TAKDE SATU PUN SENARAI BARANG2 DI ATAS YANG MENGESAHKAN HARGA DI MALAYSIA ADALAH YG TERENDAH.... HARKH THUI !!!

Tu lah pasal..... sikit sikit bezakan dengan negara jiran...
tak mau pulak buat comparison tangga gaji pekerja awam di Singapura.....
Contohnya.. polis pangkat konstable di Singapura dan Malaysia.....
Mengapa tak berani compare gaji... mengapa compare harga minyak pulak ??

Yang paling best kalau mereka buat comparison jumlah bonus yang diberikan oleh Singapura dan Malaysia.... hehehehe

Ada beranikah ???

Compare dua perkara... iaitu bonus dan tangga gaji pekerja awam...

Indonesia pengimport minyak (minyak tak cukup)
Singapura pengimport minyak (tak ada minyak tp gaji rakyat besar)


 P/s: Menarik! Di Singapura, rakyat di sana hanya membayar SD1.80 untuk seliter RON95. Macam RM1.80 sahaja di Malaysia. Memanglah kalau ditukarkan ke nilai mata wang Malaysia jumlahnya menjadi mahal, tetapi bayangkanlah gaji yang diterima oleh rakyat di sana!

Video Lucah Artis Ini Pula Akan Didedahkan

Posted: 05 Jun 2011 11:05 PM PDT

Bekas suami pertama penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dikatakan hampir mencapai satu perjanjian mega untuk menjual aksi panas video bulan madu mereka kepada sebuah laman web lucah.

Namun, peguam superstar itu yang terkenal dengan singkatan J-Lo, berharap untuk menyekat penyiarannya dengan menguatkuasakan satu injunksi kekal bagi menghalang Ojani Noa daripada mendedahkan pita berkenaan yang memaparkan penyanyi itu tidak berpakaian.

Noa yang berkahwin dengan J-Lo selama 11 bulan pada 1997, menemui satu aspek kelemahan dalam undang-undang injunksi itu minggu lalu menyebabkannya berusaha untuk menjual pita berkenaan bagi meraih keuntungan besar. 

Seorang hakim di sini menyokong teman wanita Noa ketika ini, Claudia Vazquez yang membeli rakaman 27 jam itu termasuk 20 minit rakaman bogel dengan harga AS$1 (RM3) daripada Noa. Vazquez menuduh J-Lo menjejaskan kehidupannya dengan menyekat rancangannya untuk menghasilkan filem yang mengambil adegan dari pita terbabit.

Pengurus Noa, Ed Meyer Meyer menegaskan, Noa boleh memasarkan rakaman panas itu kerana J-Lo yang membenarkannya merakam dan memberinya pita itu apabila mereka berpisah. Menurut Meyer, beberapa bidaan membeli video aksi panas itu bermula dengan tawaran beratus ribu dolar dan dijangka melonjak. Ketika mendedahkan bahawa banyak laman web lucah yang mahukan pita itu, Meyer berkata: "Jika ada tawaran menarik sudah pasti kami menerimanya."


Antara pihak yang berminat untuk membeli pita itu termasuklah Kate Miller dari web Pornhub, Kevin Blatt yang menjadi broker isu pita seks Paris Hilton tidak lama dulu, turut berminat untuk menonton pita berkenaan. Menurut laman web TMZ,  antara aksi panas bekas suami isteri itu termasuklah adegan memukul punggung.

P/s: Gila! Di manalah maruah jantan ini!?

Perkara yang Tidak Mungkin Dipraktikkan oleh UMCO: "Ahli Lakukan Dosa Besar Tidak DIlantik Sebagai Calon"

Posted: 05 Jun 2011 10:12 PM PDT

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dipetik oleh media berkata PAS akan terus berpegang pada pendiriannya untuk tidak melantik mana-mana ahli parti yang melakukan dosa besar bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, PAS kawasan dan negeri boleh mencadangkan mana-mana nama kepada PAS Pusat namun, layak atau tidak calon berkenaan hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. 

"Apa yang menjadi amalan bahawa seseorang yang layak atau tidak layak menjadi calon (pilihan raya) adalah mereka tidak melakukan dosa besar setakat diketahui serta tidak mengekalkan dosa kecil," katanya ketika penggulungan ucapan penangguhan Muktamar Agung PAS ke-57 semalam. 

Tambah beliau, calon PAS yang akan dikemukakan mestilah memenuhi kriteria khusus iaitu mempunyai kebolehan dan mudah diterima dalam masyarakat.

P/s: Kalau mahu guna pakai kriteria yang ditetapkan oleh PAS, silap-silap UMCO tiada calon dalam PRU. Kah kah kah!

Drama Liwat II: DSAI GAGAL Minta Hakim Tarik Diri Buat kali Ketiga

Posted: 05 Jun 2011 09:40 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk kali yang ketiga meminta mahkamah melucutkan Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar kes liwat beliau.

Hakim memutuskan bahawa permohonan pasukan pembela tiada merit untuk dipertimbangkan. Kata Mohd. Zabidin "mempertahankan dirinya",  "Permohonan tiada merit, oleh itu ditolak." 

P/s: Penghakiman sudah siap, macam mana mahu lucutkan hakim sedia ada!

Pendakwa Raya Halang Peguam Bela Temu BUal Saksi Kes Drama Liwat II

Posted: 05 Jun 2011 08:58 PM PDT

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Sankara Nair yang mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu bahawa pihak pendakwa raya tidak membenarkan pasukan peguam Anwar menemu bual kesemua 25 saksi yang dijanjikan kepada mereka.

Menurut Sankara, sehingga ke hari ini mereka hanya dibenarkan menemu bual hanya lima daripada 25 saksi yang dijanjikan pendakwa raya.

Malah mereka juga masih belum dibenarkan menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang pernah bertemu dengan Saiful, pengadu yang mendakwa kononnya diliwat Anwar.

Justeru, Sankara melahirkan keraguannya yang Anwar akan menerima perbicaraan yang adil apabila mahkamah kembali bersidang hari ini.

"Tangan kami terikat dalam usaha kami untuk menyiapkan pembelaan yang sempurna buat Anwar apabila pendakwa raya enggan memberikan kami kesemua saksi yang telah dijanjikan mereka," kata Sankara seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Khamis minggu lepas, Anwar turut memfailkan permohonan untuk mengenepikan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar perbicaraan kes Fitnah II atas sebab Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam penghakimannya.

Menurut pasukan peguam Anwar, Hakim Zabidin bertindak melakukan pra-penghakiman apabila menyatakan pendakwa raya sudah 'membuktikan kes mereka melampaui keraguan'.

Tidak cukup dengan perbicaraan yang berat sebelah, keluarga Anwar juga turut diancam nyawa mereka demi menghalang kemaraan Anwar dalam memimpin Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang merupakan anak sulung Anwar menerima ugutan bunuh ke atas anak perempuannya beberapa minggu lalu.

Ugutan itu pada mulanya berupa panggilan telefon yang meminta Nurul Izzah memujuk Anwar agar berhenti daripada politik jika beliau sayangkan nyawa anaknya. Ia kemudian disusuli SMS mengugut Izzah agar mempengaruhi Anwar berhenti daripada politik jika tidak mahu nasib yang buruk menimpa anaknya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berhadapan bahaya apabila kereta yang beliau naiki mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada Chemor, Perak April lalu.

Kemalangan itu disahkan oleh mekanik yang memeriksa kereta itu sebagai berpunca daripada perbuatan khianat pihak tertentu yang mencabut skru pada cakera brek kereta yang dinaiki Wan Azizah.

Hari ini, mahkamah akan kembali bersidang untuk mendengar kes Fitnah II.

Mahkamah dijangka terlebih dahulu mendengar permohonan Anwar untuk mengenepikan Hakim Zabidin daripada mendengar kes ini.

Ingat Cerita "Cucu Iblis"? Dia Dakwa Nenek yang Belasah & Herdik Atuk

Posted: 05 Jun 2011 08:13 PM PDT


Saya petik:

[HM] IPOH: "Saya terkejut dan terkilan dengan tindakan opah kerana hakikatnya, opah yang selalu memukul serta mengherdik atuk (datuk)," luah seorang lelaki yang digelar 'cucu iblis' oleh neneknya.

Dia yang hanya mahu dikenali Noor, 29, tidak sangka nenek yang membelanya sejak kecil, tergamak menggelarnya sedemikian serta menabur pelbagai fitnah terhadapnya.

Katanya, paling menyedihkan apabila dia dikatakan mendoakan supaya wanita warga emas itu meninggal dunia secepat mungkin kerana menyusahkan hidupnya dan memanggil wanita itu 'babi'.

"Saya begitu terkejut ketika membaca Metro Ahad pagi tadi (semalam) kerana saya adalah individu dimaksudkan dalam berita bertajuk 'Cucu hati iblis'.

"Mengalir air mata kerana sebagai umat Islam, saya tahu adalah dosa besar untuk menderhaka apatah lagi mendoakan perkara tidak baik kepada orang lain, terutama ahli keluarga sendiri," katanya sebak....

P/s: Siapa yang berkata benar?

Biaqpila

Posted: 06 Jun 2011 03:08 PM PDT

Kalau macam tu, syaitan pun respek mereka...


Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.

AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul "Mengutuk Fitnah Menggunakan Video" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba "solehkan, hiaskan video dengan sumpah", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.

Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, "Takkanlah tak betul?"

"Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka." Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.

Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk "Ulama Tersingkir" di muka surat depan. Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, "Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!"

Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina. "Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain? Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk."

Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu "liwat" kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia.

Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi:

Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.

Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.

Menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011:

Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

- Merdeka Review

marhaen

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOKFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut