CINA ISLAM (林川興) Posted: 06 Jun 2011 01:22 AM PDT Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan? Posted: 06 Jun 2011 01:15 AM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?
Inilah persoalan yang ditimbul oleh ramai wartawan termasuk yang menyertai rombongan Najib ke Kazakhstan semalam ini.
(Gambar: Noryana Najwa bersama ibu dan bapanya ketika menerima ijazah dari Universiti Georgetown, Washington, Mei lalu)
Ini kerana, menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.
Menurut laporan portal itu, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa telah ditawan hatinya oleh seorang bangsawan Kazakhstan ini.
Nooryana Najwa, 22, 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.
Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev – namun, menurut laman portal Eurasia, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan.
"Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi," tulis Leonid Komarovskiy, seorang "wartawan" daripada New York di bawah artikel bertajuk "Borat is out of competition."
Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir "Nazarbayev" yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.
"Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai 'anak kepada President Nursultan Nazarbayev', telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.
Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa 'President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit," tulis Leonid lagi.
Dalam tulisannya lagi, Leonid kata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.
"Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyat sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev," dakwa Leniod lagi.
Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku.
"Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal," nasihat Leonid.
Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu.
Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.
Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov.
Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama.
Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya. Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat. | 'Majlis fatwa mesti bincang tugu 1M'sia' Posted: 06 Jun 2011 01:00 AM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Pemimpin PAS menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia baru-baru ini.
Jawatankuasa itu membuat keputusan itu antaranya kerana khuatir ia boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).
Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf (kanan) berpendapat pembinaan tugu 1Malaysia dibimbangi menjadi 'objek penyembahan' seperti yang berlaku pada Tugu Negara.
"Malah saya lihat ia lebih kepada pembaziran dan melupakan kepentingan-kepentingan rakyat," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Muktamar PAS di Gombak baru-baru ini.
Dr Mujahid berkata, sebelum ini PAS ada membuat ketetapan dengan tidak bersetuju dengan tindakan bertafakur depan Tugu Negara.
"Menggunakan kaedah Saddul Zarai', iaitu menyekat daripada berlaku perkara yang lebih besar, maka (mungkin) ia menjadi asas fatwa (jawatankuasa fatwa Perlis), takut menjadi objek penyembahan," katanya.
Dr Mujahid bagaimanapun masih belum lagi melihat asas-asas perincian berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa fatwa negeri Perlis.
Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut bersetuju agar keputusan fatwa negeri Perlis itu dibincangkan MFK secara terperinci.
Bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu - yang ditemui selepas membuat pemilihan di Muktamar PAS - enggan mengulas lanjut berhubung fatwa tersebut.
Sebaliknya mereka meminta perkara itu dirujuk kepada tokoh ulama atau anggota Dewan Ulama yang lebih dianggap lebih layak memberikan pendapat berhubung perkara itu. | Nazri meracau dan kebingungan seperti baru bangun tidur Posted: 06 Jun 2011 12:45 AM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong.
Saya sangat terkejut dengan kenyataan terbaru dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menuduh PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.
Kenyataan tersbut bagi saya menggambarkan beliau sudah tidak ada modal untuk berkata-kata untuk mengulas tentang Mumtamar PAS yang baru berlangsung sehingga membuat andaian yang bukan-bukan seperti meracau dan kebingungan seperti baru bangun tidur. Apa lagi jauh jauh terpesong dari realiti yang sebenarnya.
Saya lihat Nazri berniat jahat dan cuba memecah belahkan ikatan yang teguh dalam Pakatan Rakyat dengan mengandaikan keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpin PAS terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.
Kenyataan Nazri ini saya lihat tidak lebih dari rasa kebimbangan kepada lonjakan penerimaan kepada PAS selepas PAS berjaya melalui Muktamar ke 57 dengan melantik pimpinan barunya bagi sesi 2011-2013 tanpa ada apa-apa unsur perpecahan dan pertelingkahan dalaman walaupun banyak jawatan yang dipertandingkan.
Nasihat saya supaya Nazri lebih baik diam dari bercakap banyak mengenai PAS, kerana lebih baik dia membuat andaian mengenai masa depan partinya sendiri yang berada dalam keadaan lemah dan bermasalah.
DRS. KHALIL IDHAM LIM PARIT BUNTAR,6 Jun 2011. | Brazil mampu seri Posted: 06 Jun 2011 12:30 AM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
GOIANIA,Brazil: Brazil, tuan rumah edisi Piala Dunia 2014, terikat tanpa jaringan dengan Belanda dalam perlawanan persahabatan kelmarin, hasil kehebatan penjaga gol masing-masing.
Pertembungan pertama kedua-dua pasukan sejak Belanda menewaskan Brazil 2-1 di perlawanan suku akhir Piala Dunia tahun lalu, bertukar menjadi buruk menjelang akhir perlawanan apabila pemain tengah Brazil, Ramires dibuang padang pada minit ke-79 hasil layangan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Arjen Robben.
Brazil yang mempertaruhkan aksi tiga penyerang mereka iaitu Neymar, Robinho (gambar) dan Fred, kelihatan lebih bertenaga pada separuh masa kedua tetapi gagal merobek gawang yang dijaga rapi penjaga gol baru Belanda, Tim Krul biarpun mencipta banyak peluang.
Fred, yang mensia-siakan kebanyakan peluang itu termasuk menyempurnakan hantaran cantik Neymar dari kiri gawang pada minit ke-57, diejek penonton mereka sendiri keluar dari stadium Serra Dorada apabila digantikan pemain berusia 21 tahun, Leandro Damiao. Belanda yang kehilangan pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder yang menjaringkan kedua-dua gol pada edisi 2010 akibat kecederaan, mempunyai dua peluang terbaik pada separuh masa pertama menerusi dua percubaan penyerang, Ibrahim Affelay yang berjaya diselamatkan penjaga gol Brazil, Julio Cesar.
"Kami berdepan kesukaran pada separuh mas pertama, gagal mengawal Affelay dengan baik tetapi gawang Belanda dua kali diselamatkan Julio dengan cemerlang," kata jurulatih Brazil, Mano Menezes.
Penyokong mengejek pasukan itu sebaik meninggalkan padang pada akhir babak pertama tetapi dua percubaan Neymar dalam tempoh kurang lima minit selepas separuh masa kedua, berjaya memenangi kembali hati mereka biarpun tetap menerima kejian pada akhir perlawanan.
Reuters
| Subsidi: Najib mesti jawab pendedahan Ani Arope Posted: 06 Jun 2011 12:15 AM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.
Katanya, EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16 sen/kWh.
Tambahnya, Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai 'Economic Plundering Unit' dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.
"Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkalkan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.
Beliau berkata, sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011.
Tambahnya lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.
"Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya lagi, 'Federation of Malaysian Manufacturers' (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04). Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand.
"Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi," katanya.
Justeru, ujarnya Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus 'membayar' bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia. | Ibu sakit, anak mati dibunuh Posted: 06 Jun 2011 12:00 AM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
NILAI: Ibu bertarung nyawa di hospital dan anak mati dibunuh. Itulah tragedi berdarah yang menimpa seorang pekerja restoran makanan segera apabila ditemui mati dengan kesan tetak di Flat Cempaka Puri, semalam.
Lebih menyedihkan, mukanya turut ditekup bantal tidur sebelum ditinggalkan pembunuh terbabit yang kemudian melarikan komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Azizul Ali, 29, ditemui terlentang di dalam bilik tidurnya dengan kesan kecederaan teruk di kepala dipercayai ditetak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata teman serumah mangsa berusia 20-an yang kebetulan baru menamatkan syif kerja menemui mayat mangsa di atas tilam di rumah flat tiga tingkat itu.
"Teman serumah mangsa yang kebetulan mahu mencari komputer ribanya di bilik mangsa terkejut apabila melihat mayat berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepala," katanya di sini, semalam. | Muslimat PAS seiring Ulamak, Pemuda Posted: 05 Jun 2011 11:49 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang baru sepakat untuk memacu dewan itu ke arah kecemerlangan seiring dengan Dewan Ulamak dan Pemuda.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, ianya sekaligus merealisasikan hasrat perwakilan yang mahukan DMPP lebih bersifat nasional.
"Perwakilan ingin membuat perubahan ke arah memacu Dewan Muslimat yang lebih cemerlang dan saya lihat bagaimana kematangan muslimat dalam membahaskan usul-usul yang dikemukakan.
"Kita lihat bagaimana gagasan muslimat mengharapkan kepimpinan yang lebih mantap untuk menerajui Dewan Muslimat," kata beliau.
Beliau bagaimanapun menganggap pertukaran pucuk pimpinan itu hanyalah sebagai "giliran tugas antara adik-beradik" dan perlu mengutamakan agenda memperkasa DMPP.
"Dengan pertukaran ini saya anggap tidak ada kalah dan menang sebab saya menyayangi Ustazah Nuridah seperti sahabat dan kakak kandung saya sendiri dan tidak ada pertelingkahan hati di antara kami.
"Kami hanya bergilir melaksanakan tugas, ibarat pemandu kereta yang bergilir-gilir memandu. Kalah dan menang bukan menjadi keutamaan tapi yang penting kita nak membina Dewan Muslimat yang lebih baik," katanya.
Saling melengkapi
Sementara itu, timbalan ketua, Dr. Siti Mariah Mahmud mahu DMPP menjadi gagasan yang bukan hanya membuat perubahan di peringkat dalaman parti tetapi turut mendapat tempat di hati wanita di luar parti.
"Kita tampung menampung di antara satu sama lain kerana tak ada seorang pun yang lengkap dan sempurna.
"Apa yang penting Dewan Muslimat perlu diupayakan supaya menjadi dewan yang boleh kita banggakan, ada autonomi, berdikari dan boleh dihormati oleh wanita lain dan boleh membawa sesuatu yang baru ke dalam masyarakat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Ditanya mengenai persediaan DMPP untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, beliau yakin DMPP mampu membuat persediaan yang lebih mantap jika jika ianya berlangsung agak lambat.
"Kalau PRU bulan Julai tak banyak benda yang kami boleh buat tapi kalau lambat sikit kami boleh buat persediaan yang lebih mantap," katanya.
Pasukan asal, cuma bertukar jawatan
Naib ketua Senator Mumtaz Md Nawi pula berkata, beliau tidak merasakan perbezaan ketara dengan perubahan dalam DMPP itu kerana ianya masih disertai individu lama, cuma bertukar jawatan.
Beliau yang mengekalkan jawatan itu juga menambah, mereka diberi amanah untuk meneruskan gagasan terdahulu yang semakin menunjukkan kejayaan.
"Pertukaran kepimpinan peringkat atas, ada apa-apa masalah cuma meneruskan lagi kepimpinan yang sedia ada kerana semua yang menang pun daripada ahli jawatankuasa dulu.
"Pasukan lama dan baru adalah gabung jalin yang mantap dan kita lihat daripada keputusan yang dibuat muslimat menggambarkan keseriusan mereka untuk pastikan gerak kerja yang sebelum ini bersifat diterjemahkan ke bentuk praktikal.
"Banyak gagasan yang telah dimulakan kepimpinan dahulu telah menampakkan kejayaan sedikit demi sedikit," katanya.
Ujarnya juga, ahli jawatankuasa yang dipilih juga merupakan individu yang cemerlang di peringkat negeri dalam pelbagai aspek.
"Mereka yang dipilih ini adalah orang yang sangat berpengalaman di negeri masing.
"Mereka telah terbukti dapat bercakap dan menyuarakan isu-isu dengan lantang.
"Jadi saya rasa ini satu barisan kepimpinan untuk menghadapi PRU 13," katanya.
12 AJK yang dipilih perwakilan pada muktamar DMPP kali ke-51 ialah Aiman Athirah Al-Jundi, Dr. Halimah Ali, Dr Asiah Ali, Aida@Nurul Huda Yusuf Rawa, Wan Ubaidah Omar, Kartini Ahmad, Mastura Mohamad, Normala Sudirman, Azizah Khatib Mat, Rosni Adam, Dr. Najihatussolehan Ahmad dan Siti Aisyah Ghazali. | 3 bantahan asas Perbadanan Kampung Baru Posted: 05 Jun 2011 11:30 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 6 Jun: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) berkata, ada tiga bantahan asas tentang Pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) yang akan dibentang di Parlimen untuk bacaan kedua dan ketiga kali ini.
Katanya, kebanyakan bantahan yang dikemukakan pemilik dan pewaris telah diambil kira dan telah ditambahbaikkan melalui pindaan yang dibuat.
Jelasnya, tiga bantahan asas iaitu pemansuhan MAS dalam Seksyen 57 telah dipotong dalam pindaan itu, kekebalan PPKB dari segi perudangan dalam Seksyen 51 telah dipinda kepada tertakluk pada undang-undang sedia ada dan (principal of natural justice) nasihat Badan Penasihat telah diambil kira dan perkataan "tidak mengikat" telah dipotong.
Katanya, berikut beberapa perkara yang perlu perhatian dan pertimbangan dalam pindaan tersebut antaranya, Seksyen 15 (2)(h) yang berkaitan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah, telah dimansuhkan sepenuhnya.
"Makin kabur kaedah pelaksanaannya sebab bercanggah dengan apa yang dibentangkan oleh RNC di Dewan Rakyat dulu," katanya.
Soalnya, kata beliau bagaimana mekanisma pengekalan hartanah.
"Adakah satu Badan Amanah akan dibentuk? Adakah MAS akan memainkan peranan sebagai 'penjaga' kepada hartanah?
"Jika ada pemilik yang hendak menjual hartanah mereka apa bentuk pampasan, jumlahnya dan apakah kerajaan akan ikut nilai semasa atau nilai kerajaan?
"Bagaimana kalau penduduk tidak berpuas hati, adakah boleh dicabar di mahkamah atau ada proses timbang tara (arbitartor)?" soalnya lagi.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana dengan proses pemindahan penduduk atau penempatan sementara jika tanah mereka diserahkan, yang masih kabur.
Lo' Lo' turut menyentuh mengenai mekanisme perlantikan ahli-ahli Badan Penasihat.
"Apakah peranan Wakil Rakyat, bolehkah dijadikan Ahli Perbadanan dalam maksud Seksyen 5(1) (h) itu atau setidak-tidaknya sebagai Ahli Badan Penasihat?
Katanya, kuasa masih mutlak kepada seorang manusia iaitu Menteri Wilayah.
Soalnya lagi, apakah kedudukan MAS yang tidak jadi dimansuhkan itu lebih tinggi dari Badan Penasihat atau selevel?
"Apakah MAS boleh overule mana-mana keputusan menteri yg tidak adil kepada penduduk Kampng Baru?
"Apakah keputusan MAS akan diberi keutamaan atau sama saja seperti Badan Penasihat, akan dikaji dan diteliti?
"Kita ke arah nak upgradekan MAS ni yang dah bersama sejak Kampng Baru ditubuhkan kerana menteri dan Kerajaan boleh bertukar ganti.
Baginya, perjumpaan yang bermula 3 Jun lepas, majlis penerangan itu adalah kosmetik kerana rang undang-undang sudah masuk ke Dewan Rakyat, melainkan rang undang-undang sedia ada ditarik semua sekali dan dibentangkan yang baru dengan pindaan kepada penduduk terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.
Menurtnya, mana mungkin sempat berbuat apa-apa pindaan terhadap rang undang-undang RUU persidangan parlimen mula 6 Jun.
Katanya, pindaan mesti melalui pejabat Peguam Negara sedangkan majlis penerangan beberapa hari sebelum sesi parlimen bermula.
"Saya tak fikir akan dibuat lagi pindaan meskipun pemilik dan pewaris membantah.
"Apakah kriteria Timbalan Pengerusi yang sebenar, selain dari mesti penduduk Kampung Baru.
"Kita bimbang jawatan ini diwujudkan semata-mata atas faktor politik Umno sahaja," katanya.
H/daily | Drebar teksi mengadu disamun wanita Posted: 05 Jun 2011 11:00 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dikatakan mampu memukau beberapa pemandu teksi di ibu kota dengan hanya menggunakan semburan minyak wangi sebelum menyamun mereka.
Wanita berusia awal 30-an itu dikatakan menahan mana-mana teksi dan meminta pemandu berhenti di kawasan sunyi sebelum menyembur minyak wangi sehingga mangsa tidak sedar apa yang berlaku.
Seorang pemandu teksi, Abdullah Talib, 46, berkata, dia kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit selepas disamun wanita terbabit.
"Teksi saya ditahan seorang wanita waktu malam dan tiba-tiba dia meminta saya memberhentikan kereta di kawasan sunyi berhampiran stesen LRT Sentul sebelum menyembur minyak wangi.
"Saya tidak ingat apa yang berlaku tetapi sebaik tersedar, saya dapati semua wang termasuk dompet dan telefon bimbit hilang, malah selepas itu saya turut mendapat maklumat beberapa rakan turut disamun dengan taktik yang sama di lokasi berlainan," katanya yang ditemui di Kampung Baru di sini, semalam.
Abdullah bersama beberapa pemandu teksi lain sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan pelbagai masalah yang membelenggu mereka.
Selain kisah dipukau dan disamun, pelbagai masalah lain diajukan kepada Muhyiddin termasuk terdapat beberapa lokasi di ibu negara yang dikawal kumpulan teksi tertentu sehingga menyukarkan pemandu teksi lain mencari rezeki di situ.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berkata, dalam pertemuan itu, Timbalan Perdana Menteri menasihatkan supaya semua persatuan pemandu teksi duduk semeja dan membincangkan isu dihadapi termasuk kepentingannya kepada orang awam atau penumpang.
"Timbalan Perdana Menteri menasihatkan kami supaya mengemukakan memorandum yang mengandungi semua masalah kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dan perkara ini yang akan kami lakukan," katanya. | Negara Berkebajikan bukan agenda baru PAS Posted: 05 Jun 2011 10:45 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Nampak sangat masih ramai yang tidak faham konsep Negara Islam. Justeru, tidak pelik mengapa setiap kali kalimah itu disebut, dapat kita dengar dan baca komen dan reaksi negatif serta tidak munasabah dari khalayak umum. Amat mendukacitakan apabila tanggapan serong terhadap Negara Islam bukan hanya datang daripada orang bukan Islam. Ia bahkan turut terpacul dari mulut orang-orang Islam sendiri. Oleh kerana pihak paling akrab kepada kalimah itu ialah PAS, maka pihak paling gemar mempertikai dan mempersendakan konsep Negara Islam setiap kali ia dibual bicarakan ialah para pemimpin dan penjuak Umno. Mereka terlalu angkuh di tampuk kuasa sehingga sanggup menganggap konsep pemerintahan berteraskan agama suci murni itu suatu ancaman kepada hegemoni kuasa Barisan Nasional (BN). Sentimen politik kepartian yang terlalu menebal di kalangan mereka pula menjadi tembok penghalang untuk mereka sekurang-kurangnya membuka sedikit minda dan memberi ruang untuk penjelasan pihak lain mengenai kewajaran menjadikan hukum dan peraturan Tuhan sebagai dasar pemerintahan. Mereka terlalu angkuh untuk memahami susur galur perjuangan PAS, jauh sekali untuk diharapkan menghayati bual bicara para pemimpin parti Islam ini sejak sekian lama. Sebab itu apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih ungkapan 'Membangun Negara Berkebajikan' sebagai tema ucapan dasarnya tahun ini, banyak pihak yang seakan hilang punca lalu mengulasnya secara sembrono dan tidak ketahuan hala. Mereka seolah-olah baru pertama kali mendengar ungkapan tersebut dari mulut para pemimpin PAS. Justeru ada yang secara boros terus menyimpulkan kononnya PAS telah berubah haluan perjuangan. PAS dikatakan tidak lagi berhasrat menubuhkan Negara Islam, sebaliknya menukar matlamat perjuangannya kepada sebuah Negara Berkebajikan pula. "Saya melihat penolakan konsep Negara Islam satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa PAS sanggup menggadai prinsip demi meraih kemenangan politik," ujar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. PAS dikatakan sudah lari dari prinsip perjuangan asal dan dikatakan hilang pedoman. Bahkan ada yang menuduh PAS menjual agama semata-mata kerana mahu mendapatkan pengaruh dan kuasa. "PAS sudah terpengaruh dengan DAP menyebabkan mereka sanggup menjual agama demi mencapai matlamat untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa, dan kalau soal Negara Kebajikan, BN sudah lama buat," ulas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ketua Menteri Melaka itu memang terkenal dengan sifat suka 'cakap lepas'. Sepertimana para pemimpin Umno lain, beliau juga ada tabiat suka membuat kenyataan secara boros, sembrono dan tanpa usul periksa. Sebab itu kekadang ada kenyataannya yang kedengaran lebih dungu daripada pelajar sekolah! Para pemimpin dan penjuak Umno bukan faham sangat pun apa itu Negara Islam. Mereka malah tidak pun sempat meneliti konsep Negara Berkebajikan dibentangkan Presiden PAS itu, tetapi tetap mahu mengulas berdasarkan kejahilan mereka. Sebab itu tidak menghairankan sekiranya pemimpin Umno menyifatkan tindakan PAS mengutarakan matlamat 'Membangun Negara Berkebajikan' itu sebagai menggugurkan misi perjuangan menubuhkan Negara Islam. Mereka memang tidak faham dan bercakap semata-mata atas serakah dan sentimen politik yang sempit. Lalu ada yang kata PAS berbuat demikian kerana takut hilang sokongan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. "Abdul Hadi tidak sebut soal Negara Islam kerana takut kepada pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Presiden PAS lebih nak jaga hati DAP. Ini satu tragedi dalam sejarah di mana PAS kini tersungkur dan menyembah DAP," itu pula ulasan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. Kesemua kenyataan pemimpin Umno dan polemik Negara Berkebajikan yang sengaja cuba dibentuk media arus perdana talibarut BN adalah berbekalkan fahaman yang cetek terhadap konsep Negara Islam. Di sana turut terserlah kedangkalan mereka mengenai titih baris perjuangan PAS. Konsep itu sebenarnya sudah bersebati di kalangan pendokong parti ini sejak sekian lama. Ia bukan ungkapan baru dicipta, jauh sekali untuk dikatakan ekoran mahu menyesuaikan diri dengan kehendak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Sesiapa yang benar-benar ikhlas mahu mengesahkan hakikat itu sebenarnya tidak perlu memusatkan sebegitu banyak pengkajian. Cukup sudah sedikit usaha meneliti kembali beberapa Ucapan Dasar Presiden PAS sebelum ini. Di sana sebenarnya sudah terakam sebagai bukti bertulis betapa konsep Negara Berkebajikan sudah pun menjadi bahan bual bicara pemimpin dan pendokong PAS sejak dulu. Ia dijadikan dua subtopik di dalam ucapan Tuan Guru Abdul Hadi pada 2007 bertemakan "Selamatkan Demokrasi, Tegakkan Keadilan'. Konsep Negara Berkebajikan dilontarkan sebagai penyelesaian kepada peningkatan bebanan hidup rakyat dan kebobrokan pemerintahan yang ada. Tuan Guru Presiden juga mengungkap kejayaan pemerintahan PAS di Kelantan dan sepenggal di Terengganu sebagai contoh apa yang telah mampu dilakukan parti ini dalam merealisasikan konsep Negara Berkebajikan, "mengikut bidang kuasa kerajaan negeri yang terhad". Perlu diingat bahawa pada tahun itu belum ada gagasan Pakatan Rakyat. PAS belum bersatu secara rasmi atau terikat dengan dua lagi parti, KeADILan dan DAP. Justeru, mana mungkin untuk dikatakan kemunculan konsep 'Negara Berkebajikan' adalah kerana meraikan pendirian dua parti rakan itu? Pembuktian konsep itu secara amali disebut sekali lagi dalam ucapan dasar bertajuk 'PAS Untuk Semua' pada 2008. "Walau pun menerima tekanan yang sedemikian, sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah dapat menunaikan sebahagian besar janji-janji pilihan raya yang bertemakan 'Negeri Berkebajikan' seperti pelaksanaan takaful kafalah di Kelantan, pembekalan air percuma di Selangor, penyerahan hak milik tanah di Perak dan cukai tanah di Kedah yang dikurangkan," baca ucapan itu. Soalnya, apakah Negara Berkebajikan ini suatu konsep amat berbeza dengan gagasan Negara Islam? Itulah yang menuntut pemahaman yang betul dari kita semua, khususnya mereka yang gemar mempersoalkan apa juga yang dilontarkan PAS. Sebetulnya, dua konsep ini perkara sama. Mungkin lebih tepat dikatakan bahawa Negara Berkebajikan merupakan salah satu ciri atau sifat kepada Negara Islam. Bukankah ia telah diperjelaskan para pemimpin PAS sebelum ini? Rasanya ia antara perkara termuat di dalam Memorandum Negara Islam yang pernah dikemukakan parti sedekad lalu. Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor merakamkan perkara ini dalam ucapan dasarnya bertajuk 'Memantap Iltizam, Menyemarakkan Kebangkitan' pada 2002. Beliau memperincikan tujuh perkara yang disifatkannya sebagai teras utama sebuah Negara Islam. Salah satu teras itu ialah Negara Berkebajikan yang jenuh diperkatakan kini. "Pemerintahan Islam pada sifat penghayatannya menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga apa yang dikatakan dengan pemerintahan Islam adalah ketika lahir di sana sebuah Negara Berkebajikan. "Pada sudut 'worldview' dan falsafahnya, penghayatan pemerintahan Islam itu adalah bertujuan untuk memakmurkan atau mengisti'markan mukabumi ini dengan kebajikan dan makruf serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan terhadap seluruh makhluk di atas mukabumi ini termasuk alam sekitar," ucapan Almarhum dipetik. Nah! Bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawa apa yang sengaja cuba dipertikaikan sesetengah pihak kini sebenarnya sudah lama diperkatakan PAS? Ia bukan suatu kompromi atau tindakan mengalah yang boleh disifatkan merugikan perjuangan PAS. Jauh sekali untuk dikatakan PAS telah menggadai prinsip perjuangan, semata-mata kerana tidak menyebutnya sebagai Negara Islam. Ia sebenarnya suatu kebijaksanaan yang menyerlahkan sifat keanjalan dan kesyumulan Islam yang mampu disesuaikan dengan perkembangan dunia. Konsep Negara Berkebajikan didokong Pakatan Rakyat. Ia menjadi sebahagian perkara disebut di dalam Buku Jingga yang merupakan dokumen dipersetujui bersama parti-parti pakatan pembangkang, termasuk KeADILan dan DAP. Ertinya, agenda PAS sudah disesuaikan dalam bentuk yang dapat diterima rakan-rakan tanpa ragu dan pertikaian lagi. Bukankah itu suatu keuntungan kepada perjuangan Islam? "Kita mulakan dengan perlaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan," kata Tuan Guru Abdul Hadi dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Jumaat lalu. | Umno Perak bimbang gelombang PAS Ganti Umno Posted: 05 Jun 2011 10:15 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
IPOH, 6 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menganggap program 'PAS Ganti Umno' menakutkan dan menggentarkan Umno Barisan Nasional negeri.
Sehubungan itu, setiausahanya, Salman Saleh merakamkan ucapan tahniah kepada penganjuran program besar PAS negeri yang bertemakan 'PAS ganti Umno' di dua lokasi yang terlibat iaitu Zon Utara di Padang Rengas pada 15 Mei yang lalu dan pada 29 Mei, Zon Selatan di Pasir Salak di dalam usaha mengumpulkan seluruh petugas parti bagi tujuan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Katanya, program itu membina semangat dan kekuatan baru untuk PAS Perak bagi persediaan petugas jentera pilihanraya parti yang memastikan untuk menumbangkan Umno BN nanti.
"Kami amat yakin program ini memberikan tamparan hebat buat Umno BN Perak yang masih bergelut dengan krisis dalaman mereka.
"Keduanya bagi kami, Umno BN tidak akan duduk diam dengan hanya melihat kejayaan program ini oleh PAS Perak dan yakin akan ada usaha-usaha bagi memburukan keadaan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, jelas fitnah-fitnah dengan usaha menakutkan rakyat sedang bergerak sekarang dan tidak mustahil ianya digerakan oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Umno BN.
Tambahnya, terlalu takut melihat gelombang yang dibina melalui program 'PAS ganti Umno' ini, Umno BN terdesak bagi menghalang kebangkitan rakyat Perak. | Wanita berpakaian lelaki ditangkap di Masjid Nabawi Posted: 05 Jun 2011 10:00 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
MADINAH: Polis di Masjid Nabawi menahan seorang wanita Saudi yang berpakaian lelaki selepas dia memasuki kawasan jemaah lelaki berhampiran makam Rasulullah (SAW).
Jurucakap polis, Fahd Al-Ghaman memberitahu akhbar Okaz, pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena pada 'lelaki' itu kerana bentuk badannya. Dia kemudian ditahan ketika meninggalkan kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.
Satu sumber berkata, penyiasat tidak yakin dengan dakwaan wanita itu bahawa dia hanya mahu melihat kawasan berkenaan.
"Wanita itu cuba melarikan diri apabila ditahan. Tetapi dia menyerah diri selepas lelaki yang ada bersamanya, berjaya ditangkap. Lelaki itu ialah suaminya," kata seorang pengawal masjid berkenaan.
Agensi | Pimpinan baru PAS menggerunkan Umno Posted: 05 Jun 2011 09:45 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Sebagai seorang ahli PAS seumur hidup, saya tidak mahu sesiapa pun memimpin PAS kecuali orang-orang yang bertaqwa. Apabila ulama ("berpendidikan aliran agama") yang dipilih perwakilan memimpjn PAS, biarlah ulama itu ulama yang bertaqwa. Apabila insan bukan ulama ("bukan dari pendidikan aliran agama") dipilih perwakilan memimpin PAS, biarlah insan itu insan yang bertaqkwa, Insha Allah.
Takdirnya, pada pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini, para perwakilan telah, buat kesekian kalinya, memilih insan yang bertaqwa untuk memimpin parti dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Kali ini, insan yang bukan dari aliran pendidikan agama (tidak semestinya mereka ini bukan ulama) telah dinobatkan sebagai Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden. Mereka memiliki kelebihan – dua orang dari mereka pernah melalui proses pentarbiyyahan Kem Kemunting dan kesemuanya adalah aktivis parti yang paling ketara (visible), terserlah dan berwibawa yang telah menjelajah seluruh pelusuk negara. Lebih dari itu, mereka telah menyertai pilihan raya dan menang dan mereka juga adalah jaguh demonstrasi di jalan raya. Kalau keadaan memaksa rakyat untuk turun ke jalan raya seperti mana yang telah berlaku di Tunisia, Mesir dan beberapa buah lagi Negara Arab, saya rasa inilah orangnya yang akan berada di barisan hadapan.
Mereka adalah ahli PAS yang telah melalui proses pentarbiyyahan yang panjang, lalu mereka itu kenal dengan apa itu Islam dan perjuangan Islam. Dari segi ilmu Islam dan ketaqwaan yang dimiliki, mereka sebenarnya layak dipanggil ulama. Lidah mereka sentiasa basah dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadith-hadith. Mereka kenal akan hukum hakam Islam. Di sana ada Majlis Syura Ulama yang memberi legitimasi kepada seluruh keputusan yang diambil parti. Sistem pembuatan keputusan yang wujud di dalam PAS memberi keanjalan yang luas bagi ahli-ahli memilih pemimpin. Sama ada yang dipilih itu "ulama" atau "bukan ulama," legitimasi perjuangan PAS dan segala tindak tanduknya tetap bersumber dan berpaksikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma Ulama. Harus diperhatikan bahawa kebanyakan gerakan Islam di dunia hari ini – dari Negara-negara Arab, Turki dan lran hinggalah ke Asia (India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia) – dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional.
Satu kejayaan besar dari sistem pentarbiyyahan PAS ialah ia telah berjaya "mengulamakan" golongan profesional dan yang bukan dari aliran pendidikan Islam dan ia telah berjaya pula "memprofesionalkan" golongan ulama dan yang dari aliran pendidikan Islam. Sesungguhnya, insan yang ada nilai di sisi Allah hanyalah insan yang bertaqwa. Inilah dia intisari daripada sistem pentarbiyyahan PAS – untuk mewujudkan insan yang bertaqwa, Insha Allah. PAS adalah parti bagi orang bertaqwa yang sentiasa tunduk kepada perintah Allah SWT.
Di luar sana ramai insan yang berstatus ulama. Ada ramai ulama di dalam Biro Agama UMNO. Di Pusat Islam ada ramai ulama. Di Majlis Agama Islam negeri-negeri ada ramai ulama. Tetapi perjuangan mereka (harus ditekankan, tidak semua) itu berbeza dengan perjuangan para ulama yang berada di dalam PAS. Ulama dalam PAS, yang bertaraf pemimpin nasional mahu pun pemimpin negeri, kawasan dan cawangan atau ahli biasa, semuanya insan yang bertaqwa, Insha Allah. Kalau mereka tidak memiliki ketaqwaan yang tinggi, mana mungkin mereka berada di dalam sebuah jemaah Islamiah seperti PAS. Mana-mana jemaah yang perjuangannya bermatlamat menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah, Qias dan Ijma Ulama sebagai perlembagaan dan undang-undang bagi ummah, maka itulah dia jemaah Islamiah dan sesiapa sahaja yang berada dan berjuang di dalam jemaah Islamiah, maka mereka adalah orang-orang bertaqwa, Insha Allah. Di dalam bahtera PAS hari ini terhimpun orang-orang bertaqwa dari setiap lapisan dan golongan masyarakat yang pada kalbu mereka sentiasa bersemarak kalimah "Lailaha Ilallah Muhammadur Rasulallah." Yang lebih menggerunkan musuh ialah sudah wujud pula golongan orang bukan Islam yang merestui perjuangan PAS dan mahu bersama-sama untuk melangsungkan perjuangan.
Umno bukan satu jemaah Islamiah. Ianya jemaah kovensional yang dasarnya "agama suku dan politik suku." Pemimpin-pemimpinya selalu melaungkan kata-kata "jangan campur-adukan agama dan politik." Pemimpin UMNO tidak pernah tahu bahawa berpolitik itu adalah cara hidup para nabi. UMNO, kerana dasarnya konvensional, cukup serasi dengan pendekatan "matalamat menghalalkan cara." UMNO menggunakan fitnah seks untuk menjatuhkan lawan. Ia memainkan isu perkauman supaya bila tercetus rusuhan kaum seperti "Peristiwa 13 Mei," maka bolehlah ia terus berkuasa. Dalam tempoh lebih daripada 50 tahun UMNO berkuasa ia telah merosakkan lembaga-lembaga utama di dalam masyarakat dan Negara seperti badan kehakiman, polis, tentera, badan pencegah rasuah, suruhanjaya pilihan raya dan sistem pendidikan Negara. UMNO gagal mengagihkan kekayaan Negara secara adil. Kebokrokan ini berlaku kerana ulama yang ada di dalam UMNO semuanya bisu. Mereka melihat kemungkaran dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka tetapi mereka tidak berani melarang. Malah, mereka tergamak pula mencipta hujjah dan hukum untuk memberi legitimasi kepada kemungkaran yang dilakukan.
Dengan menobatkan Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Husam Musa dan YB Mahfudz Omar ke barisan kedua dan ketiga di dalam hiraki kepimpinan PAS, bermakna para perwakilan terus memperkasakan gabungan kepimpinan ulama dan profesional di dalam parti. Sekali gus, para perwakilan menghantar isyarat-isyarat berikut kepada UMNO-BN:
- Revolusi rakyat yang dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional telah berjaya menumbangkan dua orang diktator paling liat dan "notorious" dalam zaman moden ini, iaitu,El Zine Abidine Ben Ali (Tunisia) dan Hosni Mubarak (Mesir), maka dengan memperkasakan gabungan pimpinan ulama dan profesional di dalam PAS, adalah diharapkan akan tercetus pula revolusi rakyat Malaysia yang kelak berkemampuan menumbangkan kerajaan zalim UMNO-BN dalam pilihan raya ke 13 ini.
- Personaliti yang dipilih memang terkenal sebagai "great mobilizer of people" (penggerak orang ramai yang berwibawa)." Mereka telah membuktikan kemampuan memobilisasikan puluhan malah ratusan ribu manusia untuk turun ke jalan raya memprotes kezaliman. Jika UMNO-BN mahu terus menodai sistem pilihan raya pada pilihan raya ke 13 ini, maka jangan dipersalahkan Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Husam Musa dan YB Mahfudz Omar, jika sekiranya rakyat turun ke jalan raya memprotes pilihan raya yang tidak adil.
- Dengan menambahkan golongan profesional di dalam hiraki kepimpinan PAS, pengundi bukan Melayu melihat bahawa PAS menjadi sebuah parti yang semakin mesra rakyat bukan Melayu. Pengundi-pungundi bukan Melayu, khasnya orang Cina dan India, telah lama menyuarakan bahawa mereka ingin melihat lebih ramai profesional menjadi pemimpin PAS kerana mereka berkeyakinan kejayaan pengurusan ekonomi Negara menuntut kehadiran golongan profesional yang bersih, berintegriti, bijaksana dan berilmu tinggi. Ulama memandu dan golongan profesional melaksana. Para perwakilan melihat bahawa jalan yang selesa untuk memenangi dan menambat hati orang bukan Melayu supaya bersama dengan PAS ialah dengan melakanakan apa jua perkara baik dan bermanfaat untuk semua yang mereka suarakan.
Pemerkasaan gabungan pimpinan ulama dan profesional di dalam PAS menghantar angin dingin ke dalam sum-sum UMNO. Ia menambahkan lagi kegerunan mereka untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya ke 13 yang akan berlangsung bila-bila masa selepas Muktamar PAS ke 57 ini. Tahniah kepada semua calon yang menang. Kepada yang kalah jangan pula berbalasungkawa kerana ruang perjuangan itu amat luas. | Tersembam disentap peragut Posted: 05 Jun 2011 09:30 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kantin Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) nyaris maut selepas menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal di Jalan Pengadang Baru, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Norhayati Ibrahim, 35, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, Fauzi Abdullah Abdul Ghani, 45, tersembam di atas jalan raya selepas cuba menahan beg tangannya disentap peragut terbabit.
Tindakan suami mangsa mengejar peragut berkenaan berjaya menghalang niat penjenayah daripada mengambil semula beg tangan mangsa yang tercampak di atas jalan.
Norhayati yang tinggal di Kampung Wakaf Mempelam ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia bersyukur kerana nyawa serta barangan berharga di dalam beg tangan itu dapat diselamatkan.
Menceritakan detik cemas itu, dia berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia langsung tidak perasan kehadiran suspek yang mengekori mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Kami berdua baru pulang menghadiri kenduri kahwin dan singgah di beberapa kedai untuk melihat barangan perabot di sekitar Jalan Pengadang Baru sebelum berhenti mengisi minyak di stesen berhampiran.
"Sebaik keluar dari stesen minyak itulah peragut menyambar beg tangan di atas riba. Saya sempat menguatkan pegangan beg tangan dan cuba melawan.
"Akibat disentap dengan kuat saya tersembam atas jalan manakala beg tangan pula tercampak di atas jalan. Suami bergegas membrek motosikal selepas melihat saya terlantar dan mengejar lelaki berkenaan serta menghalang beg dicapai peragut," katanya.
Sementara itu Fauzi Abdullah berkata, dia tidak sedar isteri sedang melawan peragut di belakangnya sehinggalah terdengar suara isterinya cuba melawan dan akhirnya terjatuh dari motosikal akibat disentap peragut terbabit.
"Hanya Tuhan saja tahu betapa cemasnya melihat keadaan isteri terlantar atas jalan raya yang agak sesak ketika itu, selepas melihat isteri bangun semula saya bergegas mengejar suspek yang cuba mengambil beg tangan isteri yang terjatuh.
"Meskipun beg tangan berjaya diselamatkan, saya gagal mengejarnya kerana peragut berpakaian baju coklat berseluar hitam itu lesap sebaik melalui lorong tikus di kampung berhampiran kawasan terbabit.
"Melihat keadaan motosikal Yamaha Ego warna hitam yang tidak dipasang nombor pendaftaran, memang lelaki ini sudah merancang jenayah itu," katanya yang akan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa. | Israel tembak penunjuk perasaan Posted: 05 Jun 2011 09:00 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
DAMSYIK: Tentera Israel menembak mati tiga orang dan mencederakan sembilan yang lain apabila melepaskan tembakan terhadap remaja yang cuba memanjat pagar kawat berduri di Bukit Golan, semalam.
"Tiga orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan sembilan yang lain cedera akibat tembakan tentera Zionis di Bukit Golan, wilayah yang dijajah rejim itu," lapor televisyen Syria.
Rakaman televisyen itu menunjukkan golongan remaja yang menunjuk perasaan cuba memanjat pagar kawat berduri itu sementara tentera Israel di atas kereta kebal melepaskan tembakan.
Remaja Syria dan Palestin mengadakan tunjuk perasaan bagi mengingati ulang tahun Perang Enam Hari 1967 yang menyaksikan rejim Israel menawan Bukit Golan.
Mereka turut melaungkan slogan dan melontar batu sambil memanjat pagar di beberapa lokasi dalam usaha memasuki wilayah berkenaan.
Pada 15 Mei lalu, tentera Israel menembak mati 12 orang dan mencederakan beratus-ratus penduduk Palestin yang berarak ke sempadan Israel dengan Lubnan, Syria dan Gaza dalam tunjuk perasaan mengecam pembentukan negara Yahudi.
Israel sebelum ini berikrar untuk mengalang tunjuk perasaan itu daripada berulang.
Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu memberitahu Kabinetnya, dia mengarahkan tentera Israel bertindak keras bagi melindungi sempadan, masyarakat dan rakyat Israel.
Reuters | Wanita maut kena renjatan pemanas air Posted: 05 Jun 2011 08:30 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
BANGI: Seorang wanita berusia 26 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca daripada alat pemanas air di bilik mandi rumahnya di Kampung Aman, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang baru bangun dari tidur masuk ke bilik air berkenaan untuk mandi.
Bagaimanapun, disebabkan mangsa tidak tahan dengan air yang terlalu sejuk, dia menggunakan alat pemanas air.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, ketika menghidupkan alat pemanas air itu badan mangsa berkemungkinan basah selain peralatan terbabit dipercayai rosak menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.
"Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu menjerit dengan kuat sebelum rebah. Jeritan kuat mangsa didengari ahli keluarganya sebelum mereka bergegas ke bilik air berkenaan," katanya. | Cedera dihempap batu nisan Posted: 05 Jun 2011 08:00 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
TRENTON (New Jersey): Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas cedera akibat dihempap batu nisan ketika dia melakukan seks dengan teman lelakinya.
Polis berkata, wanita berusia 39 tahun itu bersama teman lelakinya berada di satu tanah perkuburan untuk melawat kubur seorang anggota keluarganya.
Mereka disyaki melakukan seks di tanah perkuburan itu selepas itu.
Bercakap kepada wartawan, penyiasat, Kapten James Stevens berkata: "Mungkin ada kegiatan luar biasa yang mereka lakukan di tanah perkuburan itu." Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera parah.
Pihak pengurusan tanah perkuburan berkata, mereka menanti laporan polis sebelum membuat sebarang pendakwaan.
Agensi | ‘Opah pukul, herdik atuk’ Posted: 05 Jun 2011 07:45 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
IPOH: "Saya terkejut dan terkilan dengan tindakan opah kerana hakikatnya, opah yang selalu memukul serta mengherdik atuk (datuk)," luah seorang lelaki yang digelar 'cucu iblis' oleh neneknya.
Dia yang hanya mahu dikenali Noor, 29, tidak sangka nenek yang membelanya sejak kecil, tergamak menggelarnya sedemikian serta menabur pelbagai fitnah terhadapnya.
Katanya, paling menyedihkan apabila dia dikatakan mendoakan supaya wanita warga emas itu meninggal dunia secepat mungkin kerana menyusahkan hidupnya dan memanggil wanita itu 'babi'.
"Saya begitu terkejut ketika membaca sebuah akhbar pagi tadi (semalam) kerana saya adalah individu dimaksudkan dalam berita bertajuk 'Cucu hati iblis'.
"Mengalir air mata kerana sebagai umat Islam, saya tahu adalah dosa besar untuk menderhaka apatah lagi mendoakan perkara tidak baik kepada orang lain, terutama ahli keluarga sendiri," katanya sebak. | Posted: 05 Jun 2011 07:30 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
PADANG SERAI, 6 Jun: Keputusan pemilihan kepimpinan PAS yang telah berlalu baru-baru ini membuktikan bahawa parti tersebut berjaya menangani masalah yang cuba dicipta oleh Umno dan BN dalam isu ulama dan Erdogan yang cuba dikaitkan.
Apa yang telah diputuskan oleh para perwakilan, dilihat menggambarkan aspirasi sebenar mereka yang inginkan pembaharuan dalam organisasi yang diharapkan oleh masyarakat Melayu dan Islam sebagai pengganti kepada Umno yang telah memerintah negara sekian lama.
Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog dan ramah mesra dengan masyarakat di sini, semalam.
Katanya lagi, usaha Umno dan BN melalui media arus perdana untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS terutamanya bagi jawatan timbalan dan naib presiden tidak kesampaian, apabila calon-calon yang tewas tidak pun menunjukkan kekecewaan atas keputusan yang telah mereka terima.
"Sebaliknya Umno dan BN sendiri menggigit jari apabila melihat agenda fitnah yang ingin mereka lemparkan bagi mengeruhkan suasana pemilihan tidak menjadi realiti.
"Ini juga membuktikan kematangan yang ada dalam organisasi tersebut, berjaya menidakkan hasrat menggunung Umno dan BN yang ingin melihat berlakunya kecelaruan dalam pemilihan baru-baru ini," ujarnya lagi.
Malah, katanya gandingan antara muka baru dan muka lama mampu untuk membantu mencapai kejayaan yang diinginkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
"Syabas juga diucapkan kepada mereka yang berjaya mempertahankan jawatan sebagai naib presiden dan barisan kepimpinan dalam jawatankuasa yang menggandingkan muka baru dan juga lama," tegasnya lagi. | Pelajar dalang curi motosikal Posted: 05 Jun 2011 07:15 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
ADZMAN menunjukkan enjin dan rangka motosikal yang dirampas daripada lima remaja termasuk tiga pelajar sekolah di Alor Setar semalam.
ALOR SETAR - Kegiatan tiga pelajar sekolah bersekongkol dengan dua remaja yang gemar mencuri motosikal di depan rumah dan kawasan surau sejak awal tahun ini terbongkar apabila kelima-lima mereka ditahan di kawasan Anak Bukit di sini baru-baru ini.
Dalam operasi sejak 26 Mei lalu itu, polis menemui empat rangka, sebuah enjin dan sepasang rim motosikal.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzman Mohd. Jan memberitahu, siasatan mendapati salah seorang pelajar yang ditahan itu berusia 14 tahun dan disyaki menjadi dalang kegiatan tersebut.
Katanya, kegiatan mereka terbongkar selepas dalangnya diberkas penduduk ketika cuba mencuri motosikal di kawasan Anak Bukit pada pukul 3.15 pagi.
"Polis yang menerima maklumat kemudian telah membuat operasi diketuai oleh Inspektor Mohd. Hafeez Assad Mohd. Saad dan dapat menahan empat lagi rakannya berusia di antara 13 dan 19 tahun.
"Dalam serbuan itu, kita menemui tiga rangka motosikal di kawasan semak, manakala sebuah lagi rangka dan sebuah enjin di dalam tali air," katanya di sini semalam. | BN cemas: Realiti PAS ganti Umno di ambang mata Posted: 05 Jun 2011 07:00 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS?
Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?
Benarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?
Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.
Sebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.
Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.
Ulama kalah?
Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.
Lantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.
Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep negara Islam dan memilih moto negara berkebajikan.
Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu negara berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Rupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular.
Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.
Janda politik
Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno.
Cuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.
Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR.
Entah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang "meroyan".
PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang "janda politik".
Mungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.
Diterima di akhirat
Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.
Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.
Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan negara berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!
Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.
Pandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.
Penghinaan dayafikir Melayu-Islam
Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep negara berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep negara berkebajikan itu.
Namun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.
Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan PAS dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.
Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada Umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.
Maka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.
Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno!
M/kini | Pemimpin PAS: ‘Kami tak korban prinsip, Muhyiddin kena belajar dengan ulama’ Posted: 05 Jun 2011 06:45 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu belajar dengan ulama atau bertanya mufti sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai PAS kononnya ia sudah menggadai prinsip Islam, kata timbalan presiden baru Mohamad Sabu.
Sehubungan itu tegas beluau, dakwaan Muhyiddin yang mengatakan PAS sudah mengorbankan prinsip Islam kerana kepentingan politik adalah tidak berasas sama sekali.
"Muhyiddin perlu belajar dengan ulama atau berbincang dengan mufti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
"Dia tak boleh kata kita begitu kerana kepimpinan kita adalah ulama yang berwibawa yang merujuk kepada al-Quran dan Hadis," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin (gambar) semalam bahawa PAS sudah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir semalam ada meluluskan usul, yang dibawa Dewan Ulama, mengecam tindakan penayangan video seks itu dan dianggap sebagai satu fitnah.
"Jadi saya nak tegaskan di sini bahawa berbincang dengan ulama terlebih dahulu sebelum bagi pandangan.
"Perkara itu membabitkan zina dan kita tidak boleh beri pandangan sendiri," kata Mohamad.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang diucapkan oleh Muhyiddin adalah mereka yang tidak tahu akan prinsip dan keadilan dalam Islam.
"Dia (Muhyiddin) tak tahu prinsip keadilan Islam. Prinsip Islam ialah tidak dibenar mengaibkan orang lain. Itu prinsip Islam kita.
"Tuduhan terhadap (Datuk Seri) Anwar merupakan tuduhan yang melibatkan maruah," kata beliau yang mempertahankan kerusinya buat penggal kedua.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, seseorang Muslim juga tidak dibenarkan menghukum mana-mana pihak sesuka hati kerana dalam Islam tidak mengajar agar umatnya mengaibkan orang lain.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hanya ketawa apabila diajukan soalan mengenai kenyataan timbalan perdana menteri itu.
Katanya, Muhyiddin dan pemimpin Umno kini dilihat sudah mulai gelabah dan ia menunjukkan petanda kejayaan muktamar kali ini.
"Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno dilihat semakin menggelabah. Nampaknya muktamar kali ini berjaya membuatkan mereka kucar-kacir.
"Nasihat saya kepada Muhyiddin ialah lebih baik dia banyak belajar dari ulama jika nak bercakap mengenai soal zina dan qazaf," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini juga memberitahu, jangan disebabkan politik, asas agama tergadai.
"Apa yang dicakap Muhyiddin tidak langsung bersandarkan prinsip pada agama. Beliau patut rujuk pada ulama.
"Sama ada PAS mengetepikan Islam atau tidak, itu tidak muncul. Umno sedang dalam kegelabahan kerana perkara yang mereka cetuskan, masyarakat menolaknya," katanya. | Empat mayat penumpang bot karam ditemui Posted: 05 Jun 2011 06:30 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
ANGGOTA APMM meronda menggunakan sebuah bot bagi mencari mayat mangsa bot karam di Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi semalam.
KOTA TINGGI - Empat lagi mayat lelaki warga Indonesia yang hilang selepas sebuah bot pancung karam di Tanjung Ayam, Pengerang di sini ditemui semalam.
Salah satu mayat ditemui pada pukul 8 pagi semalam oleh penduduk kampung di pantai Sungai Rengit di sini diikuti satu lagi mayat di selatan Tanjung Stapa kira-kira pukul 9.52 pagi.
Dua lagi mayat ditemui oleh anggota Maritim Malaysia (APMM) di Teluk Ramunia masing-masing pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, kesemua mayat itu telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
"Berikutan penemuan itu, sehingga kini enam daripada tujuh mangsa tragedi tersebut telah ditemui selepas dua mayat dijumpai kelmarin dan Jumaat lalu," katanya. | Bertelagah baki wang hantaran Posted: 05 Jun 2011 06:00 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
KANGAR: "Maafkan sayang abang, abang sayang yang nak jadi wali itu tidak boleh terima abang lagi atas apa yang abang cakap keluarga sayang zalim."
Begitu antara kandungan SMS diterima jurujual kenderaan dikenali sebagai Aizat 37, daripada bakal isterinya menyebabkan majlis ijab kabul pasangan berkenaan yang sepatutnya diadakan kira-kira jam 10 pagi semalam, dibatalkan.
Semuanya berpunca daripada pertelagahan baki wang hantaran yang sepatutnya dipersetujui kedua-dua pihak dilangsaikan ketika majlis akad nikah semalam.
Justeru, Aizat yang berasa dirinya dipermainkan dan ditipu keluarga gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 10 pagi.
Aizat berkata, dia menerima SMS terbabit daripada bakal isterinya berusia 20 tahun yang dikenali sejak tiga bulan lalu jam 11.44 malam kelmarin iaitu 11 jam sebelum majlis akad nikah dijadual berlangsung di sebuah masjid di Simpang Empat, dekat sini. | Leher lelaki dijerut dengan baju Posted: 05 Jun 2011 05:30 PM PDT 4 Rejab 1432H. [MOD] -
ANGGOTA polis mengangkat mayat Kim Loong yang mati dijerut oleh pembunuhnya dalam kejadian di sebuah apartmen di Pandan Utama, Ampang Jaya
AMPANG JAYA – Rutin hidup seorang wanita tua adalah datang ke rumah anak lelakinya di sebuah apartmen di Pandan Utama di sini tiga hari sekali untuk mengemas dan mengambil baju kotor lelaki itu.
Bagaimanapun, semalam Yoke Ching, 65, tidak menyangka kunjungan ke rumah anak kesayangannya, Ng Kim Loong, 45, pada pukul 8 pagi di tingkat lapan apartmen tersebut membuatkan dia trauma apabila menemui mayat lelaki itu terlentang di atas katil dengan kaki dan tangannya diikat.
Leher pengurus sebuah kedai jam di pusat beli-belah Lot 10 Bukit Bintang di sini yang masih bujang itu turut dijerut selain terdapat kesan lebam di muka.
"Saya sangka dia sedang tidur ketika saya datang. Selepas tunggu di ruang tamu selama setengah jam, saya jadi pelik sebelum meninjau ke dalam bilik tidur.
"Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dia telah mati dengan tangan dan kakinya diikat. Lehernya pula dijerut dengan baju," ceritanya ketika ditemui di sini semalam. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan