Rabu, 1 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 01 Jun 2011 03:34 PM PDT

Kadar inflasi 0.27%? Guan Eng: BN tipu diri

Posted: 01 Jun 2011 05:13 AM PDT

MERDEKA REVIEW

Barisan Nasional menipu diri sendiri dan menipu rakyat sekiranya mereka memberitahu bahawa kadar inflasi hanya 0.27% berikutan kenaikan tarif elektrik, kadar percuma kepada 900,000 pengguna yang menggunakan elektrik kurang dari RM20 setiap bulan menjelang akhir 2011 serta penarikan balik subsidi minyak. Bagaimana Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa inflasi hanya akan naik sebanyak 0.27% apabila semua pihak merasakan bahawa kenaikan harga komoditi asas meningkat melebihi 0.27%?

Penarikan balik subsidi minyak telah menyebabkan pengusaha pengangkutan awam menaikkan kos pengangkutan dan harga ikan melambung kerana para nelayan berpandangan bahawa ia terlalu mahal untuk menggerakkan bot mereka ke laut. Bagi BN, dengan menyatakan kenaikan inflasi sebanyak 0.27% bukanlah menggambarkan situasi sebenar dan merupakan ciri-ciri individu yang membenarkan dasar-dasar yang salah yang boleh merugikan Malaysia.

Perdana Menteri, Najib Abdul Razak telah menggariskan tiga kriteria di mana ia perlu dipraktikkan oleh agensi kerajaan agar lebih berinovasi:

  • Ia boleh memberi impak yang hebat terhadap bangsa
  • Penjimatkan kos dan pemendekan kitaran masa; dan
  • Penambahbaikan sistem penyampaian.

Sementara penarikan balik subsidi terhadap rakyat miskin akan membawa impak yang besar terhadap bangsa, penolakan untuk meminta "Independent Power Producers" (IPPs) untuk berkongsi bebanan tidak akan membawa kepada penjimatan kos, pemendekan kitaran masa ataupun penambahbaikan dalam sistem penyampaian. Walaupun pakar ekonomi menyatakan persetujuan bahawa pengurangan subsidi akan meningkatkan tahap kecekapan, setiap pengurangan tidak setara yang akan memberi implikasi kepada golongan berpendapatan rendah tetapi bagi syarikat korporat ia hanya akan menjadi lebih kaya dan menyebabkan distorsi yang menafikan keberkesanan keuntungan.

Sehingga akhir 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi bagi kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, dengan hampir RM19 bilion subsidi gas tahunan kepada IPPs dan sektor elektrik komersil. Sementara kerajaan boleh mendakwa bahawa IPP harus menanggung sejumlah bayaran untuk gas, penjimatan subsidi oleh Kerajaan Persekutuan boleh dilakukan dengan menamatkan pembelian janakuasa oleh IPP.

Malaysia menikmati jidaran penggunaan tenaga tertinggi di dunia 52.6%, tidak perlu untuk TNB membeli janakuasa dari IPP yang mana TNB tidak memerlukannya. Sekiranya TNB tidak diperlukan untuk membeli janakuasa yang tidak perlu, maka subsidi gas dapat dijimatkan. Kini, Petronas menjual gas kurang dari 30% harga pasaran.

Jadi bagaimana Perdana Menteri mahu mengembangkan budaya inovasi di Malaysia jika kroni-kroni dan amalan-amalan kapitalis serta anti persaingan dibenarkan di negara ini?

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP.

Wakil rakyat diingat jangan promosi diri di Parlimen

Posted: 01 Jun 2011 05:11 AM PDT

Ketika spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini semakin hangat, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinasihatkan supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform "angkat bakul" diri mereka untuk menghadapi pilihan raya.

NONEYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata semua wakil rakyat sepatutnya menggunakan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu untuk berhujah demi kepentingan rakyat bukannya bercakap sesuka hati demi kepentingan politik diri.

"Sungguh pun mereka mempunyai visi dan misi tersendiri dan hendak menyuarakan pendapat di dewan yang mulia serta bertanggapan bahawa kemungkinan besar pilihan raya ke-13 akan datang, jangan sekali-kali guna kedua-dua Dewan menjadi platform hendak meraih simpati rakyat.

"Jangan menggunakan tindak-tanduk dengan cara hujah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada keselamatan dan ketenteraman negara," katanya dalam satu temubual di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Menurut Abu Zahar, semua wakil rakyat tidak kira di Dewan Rakyat atau Senator di Dewan Negara mestilah menghormati kemuliaan dewan berkenaan mengikut etika, Perlembagaan Persekutuan dan peraturan dewan.

NONE"Kalau seseorang itu berhujah dengan bijaksana dan idea yang konkrit, kami alu-alukan, ini yang diharapkan oleh semua rakyat tetapi jangan datang ke dewan yang mulia ini dengan sifat tak tentu arah, bersifat emosional, bersifat perkauman yang boleh menggugat ketenteraman dewan," katanya.

Abu Zahar berkata, setiap wakil rakyat juga perlu memegang prinsip ketika mengangkat sumpah yang mengatakan setiap Anggota Parlimen perlu memahami, menghayati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Dalam lafaz angkat sumpah mereka di depan Yang Dipertua kedua-dua Dewan sebelum menjadi wakil rakyat, mereka mesti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini sumpah ikrar yang dibuat oleh semua wakil rakyat sebelum mereka boleh duduk mewakili rakyat di dalam dewan yang mulia ini.

NONE"Saya nak tegaskan di sini, setiap Ahli Dewan Rakyat terutamanya mesti memahami dan jangan mengingkari lafaz ikrar sumpahnya, kalau dia datang ke dewan bercakap tanpa ada batasan, tiada perkara yang baik dan melanggar peraturan, itu sudah melanggar prinsip asas seorang wakil rakyat," katanya.

Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 13 Jun hingga 28 Jun depan selepas ditangguhkan pada 7 April lalu manakala Dewan Negara akan mula bersidang pada 4 Julai hingga 12 Julai depan selepas ditangguhkan pada 28 April lalu.

Zaid Ibrahim, KITA kini tukang karut Umno?

Posted: 01 Jun 2011 05:05 AM PDT


Wira Arjuna

Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan BN.

zaid ibrahim, KITA, umnoNamun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks 'Datuk T'.

Mungkin kerana "sambutan" orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

'Anak emas'

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid pernah digelar 'kaki kuda' dan 'kaki arak' oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam PKR dan menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

azlanNamun, Zaid menjadi 'anak emas' Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana pendaftar pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

azlanBegitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Agenda KITA

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

azlanKetika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan Isnin lalu pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai 'ilham' menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

azlanKesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan oleh mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Orang 'bijak pandai'

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Datuk Sharyzl Eskay – satu daripada tiga 'Datuk T' yang mendalangi video lucah itu.

NONEZamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan 'membela' nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang 'bijak pandai' seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

NONEAlangkah baiknya jika kereta Rolls Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit keperitan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Rakyat dibebankan

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya .

NONEYang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

Permohonan PKR cabar ROS - 8 Jun ini

Posted: 01 Jun 2011 04:49 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Jun ini untuk mendengar permohonan awal PKR bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan ROS sebagai responden.

Jika mereka berjaya mendapatkan kebenaran itu, mahkamah akan mendengar hujahan substantif PKR berhubung kes berkenaan.

PKR juga diberi tempoh sehingga 9 Jun untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada ROS mengapa parti itu tidak boleh dibubarkan.

Salah seorang peguam PKR Fadiah Nadwa Fikri memberitahu media tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Azrul Darus dan kes itu dijadual didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

PKR tuntut jawapan berhubung kematian Sarbani

Posted: 01 Jun 2011 04:29 AM PDT

Regina Lee

PKR hari ini menghantar memorandum kepada ketua polis negara bagi menuntut jawapan berhubung kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed.

NONENaib presiden parti itu N Surendran yang menyerahkan memorandum berkenaan kepada ibu pejabat polis di Bukit Aman pagi ini mempersoalkan mengapa tiada tangkapan ataupun pendakwaan berhubung kes tersebut setakat ini.

"Tidak ada tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis yang boleh mengembalikan keyakinan orang ramai ataupun apa-apa yang dilakukan bagi menyelesaikan kes itu," katanya.

Rakan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga hadir bersama mahu tindakan segera dan juga jawapan daripada SPRM berhubung mengapa kes berkenaan masih belum diselesaikan.

"Mereka bukan sahaja berhutang jawapan kepada kami tetapi juga kepada balu Ahmad Sarbani," katanya.

Sarbani, 56, dijumpai mati di tingkat satu ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April selepas secara sukarela ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau adalah penolong pengarah di Jabatan Kastam Selangor dan adalah antara 62 orang yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi membanteras gejala rasuah yang dijalankan ke atas pejabat Kastam seluruh negara.

Namun balunya, Masiah @ Maziah Manap yang membuat laporan polis pada 2 Mei lalu mendakwa seorang pegawai kastam secara tidak langsung memberitahunya bahawa Sarbani dibunuh oleh seorang pegawai SPRM.

Menurut Surendran, dakwaan itu sangat serius tetapi SPRM terus membisu.

Astora Jabat tanding p'raya Thailand

Posted: 01 Jun 2011 04:27 AM PDT

Abdul Rahim Sabri
Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.

NONEAstora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya.

"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Astora - bekas ketua pengarang Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga dariapda dijangka memberi tentangan sengit.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.

"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.

NONELebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak menembak hampir setiap hari.

Senator MCA: MTV saluran media maksiat?

Posted: 01 Jun 2011 04:22 AM PDT

Salhan K Ahmad & Norain Saleh
Bantahan PAS terhadap penganjuran konsert rock MTV World Stage Live di Shah Alam menerima kecaman dari MCA yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai cubaan untuk memaksa nilai agama mereka ke atas penganut lain.

NONETimbalan menteri belia dan sukan, Senator Gan Ping Siew berkata, PAS juga sepatutnya tidak mengeluarkan kritikan ke atas penganjuran konsert berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

"(PAS) menggunakan prejudis mereka seperti biasa ke atas perkara yang mereka sendiri tidak faham," katanya yang merujuk kepada bantahan yang disuarakan ahli parlimen PAS, Khalid Samad sebelum ini.

Khalid sebelum ini juga turut membangkit semula pesanan yang ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor yang tidak mahu Shah Alam menjadi bandar maksiat.

Mengulas kenyataan itu, Gan berkata pandangan yang diutarakan berhubung isu berkenaan perlulah rasional dan tidak bersandarkan andaian semata-mata.

Tutup semua televisyen

"Jika kita membuat andaian bahawa menganjurkan satu acara antarabangaa di Shah Alam... Anda pasti mempunyai niat tertentu untuk fikir bahawa ia adalah satu kegiatan maksiat. Oh, tolonglah.

"Adakah anda maksudkan MTV merupakan stesen media maksiat? Jadi adakah kita perlu tutup semua televisyen kita?

"Ia satu kerugian kecil untuk menganjurkan kegiatan maksiat di mana sahaja di dunia, berbanding (jika) I-City atau Malaysia (membayar) harga lebih mahal," katanya.

NONEKatanya lagi, timbalan menteri belia dan sukan itu juga berkata, program itu turut dipromosikan menjadi sebahagian daripada aturcara kementerian.

Sekiranya program seperti itu dipertikaikan, bagaimana pula dengan acara kebudayaan, soalnya.

Jika ada aktiviti maksiat, atau jenayah di sini, bukan saja kerajaan negeri, kerajaan persekutuan juga tidak akan menyokongnya, kata Gan lagi.

"Kadang-kadang ada orang yang hendak menunjuk-nunjuk (playing to the gallery) dan kepada orang kawasan mereka.

"Macamlah (program) ini tergolong dalam perkara negatif," katanya dalam satu sidang media di I-City, Shah Alam hari ini.

Perkara negatif

Katanya, penganjur program kontroversi itu telah memastikan bahawa tiada perkara negatif seperti alkohol dan rokok dipromosikan dalam konsert berkenaan.

azlanSementara itu, ketua pegawai eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, beliau tidak mengetahui mengenai pesanan yang didakwa telah ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor.

"Tapi tindakan kerajaan negeri melulurkan status taman antarabangsa kepada I-City menunjukkan mereka telah mengambil kira perkara itu," katanya lagi dalam sidang media sama.

Konsert menampilkan kumpulan rock 30 Seconds From Mars itu akan turut disiarkan melalui saluran MTV Asia Tenggara pada tengah malah 8 Ogos.

Liwat II: Anwar mohon lucutkan hakim lagi

Posted: 01 Jun 2011 04:13 AM PDT

Kuek Ser Kuang Keng

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga.

"(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi," kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.azlanPasukan pembelaan akan mengemukakan permohonan esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Katanya, butiran permohonan akan diberikan kepada wartawan esok.

"Prosedur memerlukan kita memfaikan usul dengan salinan penghakiman yang disahkan. Kami telah menulis kepada hakim pada 18 Mei memintanya tetapi hanya menerimanya hari ini," katanya.

Pihak pembelaan berharap permohonan akan didengar pada Isnin depan sebelum perbicaraan bermula.

Bulan lalu, hakim memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap Anwar dan mengarahkan tertuduh mempertahankan dirinya.

NONEHakim Zabidin juga berkata, beliau mendapati bahawa keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Ini kali ketiga bagi Anwar untuk melucutkan Zabidin sebagai hakim yang mendengar kes itu.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan maran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

azlanKedua-dua permohonan itu ditolak.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.

Rasionalisasikan dasar memihak korporat sebelum potong subsidi rakyat

Posted: 01 Jun 2011 04:12 AM PDT

KPRU

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan tarif elektirk secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 mahupun pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi telah mengingatkan kerajaan bahawa tekanan inflasi semakin mendesak. Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap 6 bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual oleh Petronas kepada pengeluar tenaga.

Pengumuman kerajaan bahawa 4.4 juta atau 75% pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik memang dalam jangkaan. Akan tetapi, kerajaan secara sengaja mengabaikan satu fakta, iaitu harga barangan harian dan makanan akan meningkat susulan daripada pengumuman tersebut. Hal ini kerana pihak industri pengeluaran makanan yang menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik dijangka memindah kos berkaitan kepada pihak pengguna.

Pandangan sedemikian juga disahkan oleh ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia (RAM) Yeah Kim Leng yang mengatakan bahawa walaupun sebahagian besar isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka tetap akan menghadapi bebannya apabila pengeluar dan peniaga memindakan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

KPRU ingin menekankan bahawa kenaikan tarif elektrik dengan kuantum yang tinggi pada ketika inflasi cukup membebankan rakyat adalah kurang wajar. Dalam konteks kenaikan kos atau harga barangan utama dan barangan harian lain beberapa kali sebelum ini, kenaikan tarif elektrik kali ini akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna.

Misalnya, mulai Julai 2010, harga minyak RON97 mula dinaikkan sehingga RM2.15/liter pada 2 November 2010, RM2.30 pada 1 Disember 2010, dan RM2.50 pada 4 Januari 2011. Harga minyak RON97 terbaru mencecah RM2.90/liter.

Minyak RON95 mula diperkenalkan dalam pasaran domestik pada 1 September 2009 untuk menggantikan RON92. Harganya bermula pada RM1.75/liter dan seterusnya dinaikkkan kepada RM1.80. Dalam tahun 2010, harga minyak RON95 telah meningkat sebanyak dua kali. Harga terkini minyak RON95 adalah RM1.90/liter, dan dijangka akan naik lagi dalam masa yang singkat.

Dalam tahun 2010 sahaja, harga gula telah naik mendadak sebanyak 55%. Pada Januari 2010, harga gula hanya berada pada paras RM1.10/kg, kemudian naik sebanyak tiga kali, iaitu 20 sen dalam Jan 2010, 25 sen dalam Julai 2010 dan 20 sen dalam 4 Disember 2010 sehingga RM2.10/kg. Pada 10 Mei 2011, harga gula sekali lagi naik sebanyak 20 sen menjadikan harga runcit sebanyak RM2.30/kg. Ekoran itu, Persatuan Kedai Kopi Wilayah Persekutuan-Selangor telah menaikkan harga minuman daripada RM1.20 secawan kepada RM1.40 secawan mulai 1 Jan 2011.

KPRU ingin memaklumkan bahawa fenomena kenaikan harga bukan sahaja berlaku ke atas barangan tertentu, malah kesannya besar merangkumi sektor yang luas, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Barangan

Harga Sebelum 2010 (RM)

Harga 2011(RM)

Kenaikan

Pakaian cita

30-50%

Tayar Baru

200

210

3-7%

Tayar Celup

10-15%

Minuman panas bancuhan

+0.20

16%

Kacang Kuning

3/kg

5/kg

67%

Kacang

4/kg

7/kg

75%

Kacang Hitam

5/kg

14/kg

180%

Kacang Merah

4/kg

7.5/kg

88%

Kacang Hijau

4/kg

7/kg

75%

Halia

4/kg

7/kg

75%

Cili Kering

7/kg

10/kg

43%

Bawang Putih

4/kg

10/kg

150%

Bawang Besar

1.2/kg

3.2/kg

167%

Kentang

1.8/kg

3/kg

67%

Nescafe dan Milo

30.00

31.50

5-6%

Gula

1.1/kg

2.30/kg

110%

Minyak RON95

1.75 /liter

1.90/liter

11%

Minyak RON97

2.05/liter

2.90/liter

41%

(Sumber: Sinchew Jit Poh, Malaysiakini, 2011)

Ekoran itu, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 mencecah 2.2%, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Indeks Harga Pengguna (CPI) kemudian melonjat ke 3% pada Mac 2011, dan seterusnya 3.2% pada April 2011, menjadikan kadar inflasi setinggi 2.9% sepanjang bulan Januari hingga April tahun 2011.

Perkembangan ini sejajar dengan unjuran dalam Laporan Tahunan Bank Negara bertarikh 24 Mac 2011 bahawa kadar inflasi akan mencatat 2.5%-3.5% bagi tahun 2011.Peningkatan kadar inflasi jelas akan memberikan impak negatif seperti menjejaskan kuasa membeli dan meningkatkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya kepada golongan yang kurang berdaya dan berupaya.

Satu lagi faktor penting yang telah diabaikan oleh kerajaan ialah kadar kenaikan gaji dan pendapatan boleh guna rakyat tidak dapat menyaingi kadar kenaikan inflasi. Mengikut Laporan Bank Dunia, purata kenaikan gaji sebenar di negara ini hanyalah sekitar 2.6% dari tahun 1994 hingga tahun 2007.

Satu lagi kajian yang bernama Reshaping Economic Geography Report in East Asia, an East Asian and Pacific region companion volume to the World Development Report 2009 juga menunjukkan kadar kenaikan gaji secara purata selepas krisis ekonomi 1997 di Malaysia hanya sekadar 1.9%.

Selain itu, walaupun Robert Walters Global Salary Survey 2011 mengunjurkan kenaikan gaji sebanyak 5-30% di Malaysia bagi tahun ini, tetapi unjuran tersebut hanya merujuk kepada golongan professional daripada sektor ICT, akaun, kewangan, bank, logistik dan penjualan yang jauh lebih selesa dari segi kehidupan dan pendapatan boleh guna.

Hakikatnya, pada tahun 2010, antara lebih 10 juta tenaga kerja di Malaysia, hanya 3.76 juta orang rakyat yang layak membayar cukai. Dengan kata lain, hampir 6.4 juta rakyat Malaysia tidak mampu membayar cukai pendapatan peribadi. Golongan 6.4 juta ini membentuk lapisan rakyat miskin, seperti yang disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai '40% isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan dengan purata pendapatan hanya mencapai RM1,440'.

Jika pengagihan pendapatan diteliti mengikut subjek pekerja, satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja di Malaysia mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Hampir 34% pekerja memperoleh gaji di bawah garis kemiskinan yang bermaksud seramai 1/3 pekerja bergaji di bawah paras kemiskinan

Golongan sebeginilah yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, kekurangan peluang pekerjaan, tekanan harga barang dan sewa rumah yang melambung serta masa depan yang muram. Akibatnya, dasar rasionalisasi subsidi secara tergesa-gesa ini memang tidak banyak menggoyangkan gaya hidup golongan atasan dan elit, tetapi kehidupan rakyat biasa terjejas dan terbiar papa kedana.

KPRU berpendapat pemotongan subsidi wajar dilaksanakan sekali dengan 'rasionalisasi' dasar kerajaan sedia ada yang bersifat berat sebelah. Pengurangan subsidi rakyat sewajarnya dilaksanakan selepas kerajaan menilai dan merunding semula perjanjian yang memberikan subsidi 'luar biasa' kepada korporat besar, antaranya termasuk perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Penjana Tenaga Swasta (IPP) yang memberikan subsidi sebanyak RM22 billion setahun. Jika tidak, langkah kenaikan kos kehidupan rakyat tersebut bukan sahaja akan mewujudkan persepsi ketidakadilan dan kurang 'legitimate', malah dilihat sebagai menjalankan penjajahan berbentuk ekonomi terhadap golongan rakyat marhaen.

Imam Muda patut bersihkan dalaman Astro

Posted: 01 Jun 2011 04:10 AM PDT

Pok Deng

Saya nak komen sedikit aktiviti yang dilaksanakan dalam pertandingan Imam Muda.

Keseluruhannya memang baik. Walau bagaimanapun saya ada perkara yang perlu Imam Muda kena laksanakan. Saya lihat aktiviti Imam Muda ini banyak membuat kerja-kerja luar (out-door activities), antaranya membuat kerja-kerja amal, membuat operasi-operasi JPJ, menangkap mereka yang membuat maksiat, menjadi khatib semasa solat Jumaat serta menyempurnakan urusan jenazah. Semua kerja-kerja amal itu ialah kerja-kerja outdoor.

Ini bermakna tugas-tugas amal luar dari Astro. Dan saya berpendapat, mengiring dan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam, JPJ dan lain-lain agensi kerajaan tidak seharusnya dijadi sebahagian kurikulum dalam Imam Muda. Lebih murni dan lebih baik jika kurikulum Imam Muda ini diajar dalam aktiviti ketenteraan dan dalam urusan pengurusan perniagaan.

Justeru itu Mursyid dan Imam Muda terlupa untuk melakukan aktiviti wajib dalaman Astro. Dengan lain perkataan Imam Muda wajib bersihkan dalam rumah sendiri sebelum pergi membersihkan luar rumah.

Jika tidak, projek Imam Muda hanya sia-sia sahaja di mana tuan masih belum membersihkan dalaman Astro. Jika benar Imam Muda berhasrat untuk menghapuskan maksiat di luar sana, cuba bersihkan maksiat dalam Astro dulu seperti maksiat drama-drama Melayu yang banyak mengandungi perkara khurafat, hiburan melampau dan Akademi Fantasia.

Tuan-tuan bukan tidak tahu bahawasanya mereka yang melakukan semua ini anak Melayu Islam. Cuba tegur merek ini. Barulah anda semua dan tuan-tuan True Imam Muda.

Tiada arahan wartawan bukan Islam pakai tudung

Posted: 01 Jun 2011 04:07 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam.

"Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini.

Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan.

Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita.

"Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

"Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam.

"DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik.

Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung.

Boleh ambil tag media muktamar PAS hari ini

Posted: 01 Jun 2011 04:06 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pihak media boleh mengambil tag media pada hari ini di Tingkat 3, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini mulai jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang.

Jurucakap urusetia media, Mohd Shahir Abu Hassan memberitahu, bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh berjumpa beliau di Auditorium MBSA, Shah Alam malam ini.

Katanya, tag media itu bagi membolehkan untuk membuat liputan pada mana-mana muktamar sama ada Dewan Pemuda, Muslimat ataupun Ulamak.

Tambahnya, sempena muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

Antaranya, kata beliau ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan berbaju T (T-shirt).

"Wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan digalakkan memakai skaft bagi bukan Islam, dilarang memakai gaun atu skirt pendek," jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, rakaman audio video dan CD atau kaset hanya dibenarkan semasa majlis perasmian atau sidang media sahaja.

Tambahnya, tiada rakaman audio video dibenarkan semasa sesi pembentangan dan perbahasan muktamar berlangsung, hanya gambar sahaja dibenarkan.

Justeru, sebarang masalah boleh menghubunginya di talian 019-2153225.

Buktikan tarif elektrik naik tidak beban pengguna

Posted: 01 Jun 2011 04:05 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicabar memberikan satu formula bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan 4.4 juta pengguna domestik.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, dakwaan kerajaan itu sangat tidak masuk akal kerana kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa hari ini saling berkait dengan kenaikan harga barang lain.

Menurutnya, kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga petrol RON97, harga gula dan disusuli kenaikan tarif elektrik tapi pendapatan rakyat tidak bertambah, akta gaji minima masih belum dilaksanakan.

"Kerajaan perlu sedar pendapatan rakyat tidak bertambah. Bukan tarif elektrik sahaja yang naik. Sebelum ini harga minyak naik, harga gula naik ditambah pula kenaikan tarif elektrik.

"Mustahil tidak membebankan rakyat. Saya nak tahu formula apa yang dipakai untuk mengatakan bahawa kenaikan tarif elektrik kali ini tidak menjejaskan isi rumah sedangkan kenaikannya saling berkait dengan harga barang lain," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan tarif elektrik baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dilaporkan berkata, kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.

Anuar bagaimanapun menolak kenyataan itu kerana katanya kebanyakan isi rumah sangat bergantung kepada penggunaan elektrik menyebabbkan sukar untuk mereka mengurangkan perbelanjaan bagi bil elektrik.

"Kita sekarang ini bukan zaman pakai lampu minyak tanah tapi zaman semua benda pakai elektrik. Di dapur terutamanya banyak pakai perkakas elektrik.

"Sudah pasti susah semua orang nak berjimat. Takkanlah sebahagian pakai elektrik sebahagian pakai minyak tanah, pakai dapur arang, dapur arang, langkah itu tak praktikal zaman ini," katanya.

Menyentuh mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik ini, beliau menyifatkan ianya sebagai penafian semata-mata untuk menjaga kepentingan syarikat korporat.

"Kerajaan memang selalu menafikan apa yang mereka buat tapi biasanya yang dinafi itu yang mereka buat.

"Mereka lebih menjaga kepentingan golongan kapitalis, syarikat-syarikat besar dariapda menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Rakyat seperti Burung Kakak Tua

Sementara itu, beliau berkata kerajaan seolah-olah menutup kesalahan mereka menggunakan media massa dengan memberikan pelbagai tips penjimatan keapda rakyat.

"Saya perhatikan pihak kerajaan melalui media mereka sangat apologetik memberikan bermacam-macam tips untuk mengurangkan penggunanan untuk menjimatkan elaktrik.

"Ini menunjukkan bahawa tak dapat dielakkan lagi bahawa kenaikan tarif elektrik ini pasti akan meninggalkan kesan tersendiri kepada perbelanjaan isi rumah," katanya.

Menurutnya, rakyat melalui media juga disuruh menjadi seperti burung kakak tua dengan sentiasa mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan kerajaan walaupun ternyata membebankan mereka.

"Apa yang kerajaan buat semua rakyat kena sokong. Tidak boleh berkata tidak.

"Rakyat disuruh jadi seperti burung kakak tua yang mengikut apa yang tuannya suruh kata. Disuruh kata selamat pagi, kata selamat pagi. Disuruh kata pergi berambus, kata pergi berambus," katanya.

Amat malang katanya apabila Malaysia yang mengaku sebagai nagara demokrasi masih membentuk rakyat menjadi pengikut sahaja.

"Saya dukacita apabila negara demokrasi tapi rakyat dibentuk supaya hidup dalam negara fasis, mesti ikut kata pemerintah. Macam negara komunis rakyat mana boleh lawan cakap pemerintah," katanya.

Naib Presiden PPP intai kerusi parlimen Kuala Krai?

Posted: 01 Jun 2011 04:02 AM PDT

M Faqih

KUALA KRA: Tanpa perlu pendidikan tinggi, pemimpin yang tidak dikenali pun boleh menjelma sebagai 'dewa' apabila mempunyai hubungan rapat dengan Presiden parti.

Itulah yang berlaku dalam Umno sejak dahulu sehingga sekarang. Antaranya Datuk Ramzi Abdul Rahman tidak dikenali sebelum mempunyai hubungan rapat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pernah dilantik sebagai setiausaha kepada Pak Lah ketika menjadi orang nombor satu kerajaan Malaysia.

Kelibatnya dalam politik bermula di Tumpat, kampung asalnya. Namun di Tumpat beliau tiada tempat untuk berada di kedudukan tinggi.

Nasib menyebelahinya apabila dilantik sebagai ketua penaja Umno Kuala Krai menggantikan Datuk Wan Zaid Wan Abdullah, yang dikatakan tidak sebulu dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dan selepas Pak Lah diketepikan Datuk Seri Najib Razak dengan bantuan Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih setahun lalu, tiada lagi kedudukan istimewa buat Ramzi.

Malang juga bagi dirinya selepas menyiapkan rumah agam di puncak bukit di Jelawang, Dabong tiba-tiba beliau ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Beliau tewas biar pun berdepan dengan calon bukan popular dari PAS, Arifabillah Ibrahim.

Malah kedudukan Ramzi tergugat lagi apabila ura-ura Wan Zaid berusaha keras bagi mendapatkan semula kedudukannya di Kuala Krai.

Dan sekarang muncul pula Datuk Nik Sapiea Nik Yusof, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) dikatakan sedang mengintai peluang di parlimen Kuala Krai.

Pada pilihan raya umum lalu BN diwakili tokoh tidak dikenali pengundi tempatan iaitu Datuk Dr Che Musa Che Omar bagi mempertahankan kerusi parlimen Kuala Krai, namun tewas kepada Dr Mohd Hatta Ramli.

Ramzi pula gagal mempertahankan Dun Dabong pada pilihan raya umum lalu.

Keributan yang mulai melanda Kuala Krai sekarang menyebabkan Umno bahagian itu terpaksa mencipta gimik baru bagi menarik perhatian ramai.

Lalu dicetus program ceramah dan majlis penyerahan borang kononnya seramai 38 bekas ahli dan penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Program itu diadakan di Taman Sri Nal, Batu Jong. Pada majlis itu seorang penduduk yang didakwa sebagai ahli PAS, Stahan Awang menyerah borang permohonan ahli Umno kepada Ramzi.

Namun keghairahan tersebut hanya mampu bertahan sehari apabila PAS Cawangan Setaphonal menafikan Stahan sebagai ahli PAS di cawangan tersebut.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tidak ada ahli PAS di Setaphona yang bernama Stahan seperti dilaporkan menyertai Umno baru-baru ini.

Katanya, ahli PAS yang berdaftar di cawangan itu hanya 25 orang dan bukan 38 orang seperti didakwa Stahan.

"Lagi pun tiada cawangan bernama Ladang Setaphona seperti dilaporkan media tempatan semalam. Hanya ada cawangan Setaphonal dan Lubuk Jong di mukim tersebut," ujarnya ketika dihubungi di sini.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, dakwaan Umno kononnya tiada kemudahan disediakan kerajaan negeri di Taman Sri Nal tidak berasas.

Katanya, peruntukan RM20,000 dilulus beberapa tahun lalu bagi membesar madrasah di taman tersebut untuk keselesaan penduduk.

Selain itu membaiki jalan, membina longkang dan pelbagai kemudahan lain disediakan.

"Sebenarnya Umno di Kuala Krai cuba menyembunyikan krisis dalaman yang berlaku sehingga terpaksa mencipta gimik kononnya ada ahli PAS menyertai Umno," ujarnya.

Menurutnya juga pemimpin Umno dikatakan bimbang dengan kehadiran Nik Sapiea agak kerap berulang alik ke Kuala Krai sekarang.

Malah golongan veteran Umno lebih mengenali Naib Presiden PPP itu berbanding dengan ketua Umno bahagian sekarang.

Tarif elektrik: Jaminan Muhyiddin ditolak

Posted: 01 Jun 2011 03:58 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

"Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah," kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar).

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

"Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,"ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

Pemimpin PAS: Hanya khabar angin, Nasharudin tidak tarik diri

Posted: 01 Jun 2011 03:56 AM PDT

Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR— Nasharudin Mat Isa masih dalam persaingan mahu mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS, kata beberapa pemimpin parti sambil menegaskan, khabar angin sengaja disebarkan kononnya beliau sudah pun menarik diri.

Khabar angin itu bertiup kencang sejak dua hari lalu. Pemilihan diadakan 5 Jun ini sempena muktamar kali ke-57.

Desas-desus itu juga dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanya sebahagian daripada kempen pemilihan.

Pada pemilihan kali ini selain Nasharudin, jawatan nombor dua parti Islam itu turut ditandingi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Nasharudin tidak tarik diri, beliau tetap bertanding dan saya sudah sahkan sendiri dengan beliau melalui panggilan telefon.

"Beliau akan tetap bertanding, khabar angin ini mungkin hanya untuk kempen," kata Harun kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan juga mengesahkan Nasharudin kekal bertanding.

"Saya dimaklumkan beliau masih dalam saingan, itu (dakwaan) khabar angin sahaja. Sudah dua hari khabar angin macam ini disebarkan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider petang semalam Nasrudin yang mempertahankan jawatannya tanpa cabaran berkata, tiada usaha ke arah kompromi bagi mengelakkan saingan jawatan nombor dua PAS itu.

"Kalau tidak ada kompromi pun tak mengapa... kalau nak kompromi itu hak mereka," kata Nasrudin yang menekankan Pemuda PAS tidak mengadakan usaha ke arah berkompromi.

"Lebih efisien jika perwakilan sendiri yang membuat pilihan," katanya lagi.

Nasharudin yang menyandang jawatan timbalan presiden sejak 2005 tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Pada pemilihan kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden disandang sejak 2002.

Kata Harun lagi, beliau ada menemui Nasharudin baru-baru ini, namun soal tarik diri daripada pertandingan tidak pernah dibangkitkan.

"Saya ada jumpa dengan beliau (baru-baru ini), hanya perjumpaan biasa sahaja dan soal nak tarik diri itu tidak pernah dibangkitkan.

"Jadi saya pelik apabila ada yang mengatakan Nasharudin akan menarik diri," katanya lagi.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Terengganu itu tidak menolak perkara itu akan berlaku sekiranya wujud pakatan untuk memberi laluan kepada calon lain.

"Setakat yang saya tahu Nasharudin tidak akan tarik diri tapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.

"Kemungkinan itu (untuk tarik diri) ada kalau ada pakatan, saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu," katanya.

Menurut maklumat yang diterima The Malaysian Insider, kononnya ada usaha-usaha yang dilakukan golongan ulama untuk memujuk Nasharudin agar menarik diri dengan tujuan untuk memberi laluan kepada Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh dan Harun.

Selangor perkenal Skim Pemilikan Kediaman Persendirian

Posted: 01 Jun 2011 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hari ini meluluskan Skim Pemilikan Kediaman Persendirian bagi memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium fleksibel.

Akhir tahun lalu kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku yang bertujuan memudahkan golongan muda pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan memiliki rumah mendapat sambutan positif daripada pelbagai persatuan pengguna.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, skim yang berkuat kuasa mulai hari ini adalah hasil kajian bersama pejabat tanah dan galian, pejabat daerah, dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijangka dapat melengkapkan Skim Pemberian Geran yang bermula sejak tahun lepas.

"Kajian telah dibuat setelah kerajaan negeri mendapati bahawa tidak ramai rakyat Selangor dapat menikmati sepenuhnya skim pemberian geran kerana tidak mampu membayar premium," kata beliau.

Katanya, melalui skim itu, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran RM1,000.

"Mereka yang memilih cara ini, hanya perlu menjelaskan keseluruhan premium, mengikut harga semasa, jika hartanah itu dipindahmilik, dijual," katanya.

Menteri Besar menambah, skim itu juga memberi peluang kepada mereka yang membayar premium penuh dalam tempoh enam bulan dari tarikh tempoh notis dikeluarkan untuk diberikan diskaun 30 peratus secara automatik.

Khalid juga berkata, skim itu boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah.

"Bagaimanapun pindah milik melalui mahkamah, turun milik dan perwarisan adalah dibenarkan," katanya lagi.

Khalid juga berkata, skim tersebut hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik kediaman persendirian dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersial.

Katanya, inisiatif itu adalah satu reformasi oleh pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bagi menyelesaikan masalah rakyat dalam pemilikan hartanah.

"Ini adalah kali pertama sebuah kerajaan negeri di Malaysia memperkenalkan skim mudah bayar demi menggalakkan pemilikan harta persendirian," katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan negeri berharap ia dapat menolong mengurang beban rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang makin meningkat, terutamanya dengan peningkatan harga minyak dan elektrik.

Katanya, skim itu akan dilancarkan sepenuhnya pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Bot karam: 17 PATI selamat, tujuh masih hilang

Posted: 01 Jun 2011 03:53 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA TINGGI – Seramai 17 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia selamat manakala tujuh lagi masih hilang apabila bot pancung yang mereka naiki karam akibat dipukul ombak besar dalam kejadian di kedudukan 3.5 batu nautika selatan Tanjung Ayam, perairan Pengerang, dekat sini awal hari ini, lapor Bernama Online.

Laporan setakat tengah hari tadi menyebut 13 orang diselamatkan dan 18 orang masih hilang.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Abdul Razak Johan berkata, kejadian kira-kira 4.30 pagi itu berlaku ketika bot kayu membawa 24 penumpang lelaki termasuk tekong itu dalam perjalanan keluar dari satu 'laluan tikus' di Sungai Rengit di sini untuk ke Pulau Batam, Indonesia.

"Bot pancung itu dipercayai bergerak dari Sungai Rengit kira-kira 2 pagi. Bot itu kemudian karam apabila dimasuki air selepas terkena ombak kuat akibat pergerakan laju sebuah feri berhampiran," katanya hari ini.

Abdul Razak berkata Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 7.45 pagi tadi oleh Pasukan Bertindak Maritim Singapura (MSTF) sebelum menyalurkan maklumat itu ke pusat kawalan APMM bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat melibatkan dua bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sebuah bot Pasukan Gerakan Marin dan APMM menggerakkan empat buat bot, sebuah kapal serta dua helikopter.

Katanya, daripada 17 mangsa yang selamat, tujuh daripada mereka diselamatkan sebuah kapal dagang dari China 'MT Hua Tuo', enam mangsa diselamatkan bot APMM, tiga mangsa diselamatkan TLDM manakala seorang lagi oleh pengawal pantai Singapura.

Kesemua mereka katanya selamat selepas berpaut pada tong minyak, serpihan kayu bot dan tong air yang terdapat di dalam bot berkenaan.

Menurut Abdul Razak kesemua lelaki berumur 26 hingga 46 tahun itu kini ditempatkan di Kompleks Jeti Penumpang dan Marina Awam di sini, untuk direkodkan keterangan kecuali seorang daripada mereka yang berumur 28 tahun dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Rengit untuk menerima rawatan akibat melecur di perut.

"Kesemua mereka akan diserahkan ke pihak Imigresen untuk siasatan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan usaha sedang digiatkan untuk mencari tujuh lagi mangsa yang masih hilang," katanya.

Katanya, mengikut keterangan kesemua mangsa, selain bot yang mereka naiki, terdapat sebuah lagi bot berlepas bersama-sama mereka dari Sungai Rengit yang membawa kesemua pendatang asing tanpa izin wanita.

Beliau berkata, ekoran kejadian berkenaan, APMM akan mempertingkatkan rondaan di sekitar perairan Pengerang bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku kerana dipercayai ramai pendatang asing tanpa izin akan keluar dari negara ini melalui jalan tikus menjelang musim perayaan akan datang.

Pemuda PAS buka pintu kepada Hata Wahari

Posted: 01 Jun 2011 03:52 AM PDT

Oleh Latifah Kasmuri


Hata dilaporkan akan melepaskan jawatannya sebagai presiden NUJ. — gambar fail
KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan jika bekas presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia Mohd Hata Wahari mahu menyertai PAS.

Ketua Penerangannya, Heraman Samsudeen berkata, parti Islam adalah medium terbaik buat beliau meneruskan perjuangan bagi mengangkat suara-suara wartawan yang tertindas dan juga mengembalikan hak kebebasan akhbar di negara ini.

"Berjuang bersama PAS sebagai satu pasukan adalah lebih baik dari terus bersendirian dan Pemuda PAS Wilayah bersedia membantu beliau jika beliau benar-benar berminat menyertai PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Herman turut berkata, Pemuda PAS Wilayah juga bersedia menemui beliau bila-bila masa untuk berbincang mengenai hal itu.

"Harapan DPPWP, semoga beliau memilih tempat yang lebih baik untuk meneruskan perjuangan dan PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menjadi ahli," ujar Herman lagi.

Hata dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau sedia menimbang untuk menyertai parti politik bagi meneruskan perjuangannya selepas tidak lagi terlibat dengan NUJ.

Bekas wartawan kanan Kumpulan Utusan itu berkata beliau masih belum membuat keputusan parti yang mahu disertainya.

"Setakat ini, saya berjuang secara individu dahululah. Lagi pun parti politik mana nak terima saya. Lainlah kalau PAS tawar, saya boleh pertimbangkan," katanya.

Semalam, Hata dilaporkan akan melepaskan jawatannya sebagai presiden NUJ berkuat kuasa serta-merta selepas dipecat Kumpulan Utusan.

Pemuda PAS, Umno boleh saing tanpa politik fitnah

Posted: 01 Jun 2011 03:49 AM PDT

Oleh G Manimaran

Panelis Wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman (dari kiri) Khairy Jamaluddin, Nasrudin Hassan dan Dr Asri Zainul Abidin semalam. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR — Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik tempatan, yang kelihatan 'panas' sejak tiga tahun lalu, secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata.

"Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita," kata beliau dalam nota rumusan hasil Wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman di Shah Alam semalam.

"Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

"Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu," kata beliau lagi.

Selain Nasrudin, anggota panel wacana itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin dan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Nasrudin menyifatkan ia sebagai US$ yang menarik dan menjadi lembaran baru dalam perkembangan intelektual yang mempertemukan pemimpin dari dua parti yang berlainan ideologi, biar hanya di peringkat pemuda.

Kedua-dua Nasrudin dan Khairy penggal pertama mengetuai sayap masing-masing. Nasrudin telah menang bertanding tanpa cabaran dan akan melangkah ke penggal kedua esok secara rasmi.

Mengambil kira hasil perbincangan itu, kata Nasrudin, ia menjadi permulaan yang baik dan positif untuk terus menyuburkan budaya intelektual di negara ini.

"Sekitar tajuk yang diwacanakan hari ini (semalam), semua pihak bersetuju agar fitnah diperangi, fitnah ditolak dan fitnah tidak wajar disuburkan dalam sosial, ekonomi dan politik tanah air kita.

"Kita mahu menuju ke alam politik yang matang dan dewasa pemikiran para politikusnya. Politik yang telus dan tulus. Politik yang berakhlak dan beradab. Politik hujah dan fakta bukan politik lucah dan fitnah, politik jijik dan keji," jelas beliau.

Kata Nasrudin, jika kesemua pihak tidak mengira PAS atau Umno menjauhi politik kotor dan cemar ini, insya-Allah negara akan lahir sebagai sebuah negara sejahtera dan harmoni serta rakyatnya bestari dan damai.

"Iklim politik baru yang diharapkan ini tidak akan tercapai hanya dengan satu pihak bertindak, sebaliknya semua pihak termasuk NGO mestilah akur dan tunduk kepada prinsip politik yang berasas kehendak pencipta iaitu Allah Azza wa Jalla," katanya.

Tambah beliau, "sebijak mana kita, parti mana yang kita wakili dan seramai mana pengaruh kita, sekali-kali kita tidak berhak untuk mengetepikan landasan syariat untuk kita menggerakkan agenda politik kita."

"Tergelincir dari landasan wahyu Allah itulah meletakkan kita dalam jerangkap fitnah yang tidak berkesudahan," katanya lagi.

"Insya-Allah bagi pihak saya, segigihnya saya mahu membina para pemuda PAS agar mewarnai perjuangan suci untuk menegakkan Islam di atas tanah air ini dengan membentuk medan politik yang disinari hidayah atau petunjuk Allah Azza wa Jalla.

"Sebagaimana kita tidak mahu orang lain memfitnah, maka demikianlah kita tidak mahu kita turut terjebak dalam budaya fitnah. Justeru kita mesti mulakan dari diri kita dan parti kita," katanya lagi.

Pun begitu kata beliau, ia tidak bermakna PAS dan para pemudanya akan diam membenarkan segala kemungkaran dan kefasadan yang berlaku di pentas politik tanah air.

"Membongkar penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selaku pemegang amanah rakyat mestilah dilaksanakan asal sahaja ia bertunjangkan bukti yang kukuh, maka ia bukan fitnah malah ia adalah satu kewajipan," katanya.

Isu biasiswa: Kerajaan biaya 86 pelajar cemerlang SPM di IPTS

Posted: 01 Jun 2011 03:47 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR — Seramai 86 pelajar cemerlang SPM yang gagal memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diberi tempat di kolej dan universiti swasta tempatan, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.

Mereka akan ditaja oleh kerajaan mengikuti pengajian di dalam negara.

Kata Nazri (gambar), perkara tersebut telah diputuskan pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Perdana Menteri dan Kabinet bersetuju bahawa mereka yang memperoleh 9A+, yang tidak menerima biasiswa untuk ke luar negara, kerajaan telah memutuskan untuk menghantar mereka ke IPTS (institusi pengajian tinggi swasta) tempatan, kesemua 86 orang.

"Jika kita menghantar mereka ke luar negara, kos untuk membiaya mereka akan meningkat kepada RM52.1 juta, tetapi dengan menawarkan mereka (tempat di) IPTS, kosnya RM21.6 juta... IPTS, juga akan membawa mereka ke luar negara," kata Nazri.

Kickdefella: Bukan masa bagi saya jawab dakwaan blog pro-Umno

Posted: 01 Jun 2011 03:46 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali "Kickdefella" berkata, "belum sampai masa" bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding kerusi naib presiden PAS.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan "kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding."

"Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab," kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada "orang Husam".

"Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya," kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Selain itu, blog tersebut juga bertanya sama ada Syed Azizi ada bertemu dengan Husam di China bagi merancang strategi untuk kemenangan Husam dalam pemilihan PAS.

"Semoga Kickdefella jawab semua seolan ini dan nyatakan secara jujur kepada semua pembaca-pembaca blog di tahap manakah sebenarnya hubungannya dengan Husam," katanya.

Dakwaan itu ditimbulkan ketika menjelang hari pengundian pemilihan pusat pada hujung minggu ini.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, kali ini bertanding jawatan naib presiden, kerusi yang pernah dipegang sebelum bertanding kerusi timbalan presiden pada 2009.

Syed Azidi pernah berkhidmat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pegawai perhubungan awam dan dilihat rapat dengan Husam.

Sehubungan itu, beliau pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti akhir 2009.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang "pemimpin yang istimewa."

"Saya masih percaya Husam seorang yang istimewa, adalah seorang pemimpin yang istimewa," katanya.

Demo anti-Lynas: Rakyat diugut, kereta dipecah

Posted: 31 May 2011 04:46 PM PDT

Lee Long Hui & Joseph Sipalan

Anggota jawatankuasa 'Selamatkan Malaysia' memutuskan tidak berjumpa dengan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dijadualkan hari ini kerana bimbang terhadap ancaman dan ugutan daripada kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pro-Lynas sejak semalam.

NONEPengerusi jawatankuasanya Tan Bun Teet berkata situasai sekarang menjadi tidak lagi terkawal dengan ugutan fizikal daripada kumpulan pro-Lynas yang memecahkan kereta kepunyaan penunjuk perasaan anti-Lynas.

"Kami menelefon panel itu pada jam 2.30 bagi memaklumkan bahawa kami tidak lagi akan menghadiri mesyuarat kerana bimbang dengan keganasan yang dipamerkan," katanya ketika dihubungi.Perhimpunan aman membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan hari ini hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali itu.

Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang kononnya berkelah di pantai itu.

NONEMereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis 'Save Malaysia' beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.

Dalam kenyataan medianya kemudian, Tan berkata: "Kumpulan penceroboh itu di hadapan kehadiran polis mengeluarkan kata-kata kesat ke atas mereka yang berhimpun dengan aman dan cuba mengasari mereka.

"Ketua kumpulan kami ditendang dari belakang dan malah seorang daripada mereka cuba mencekik ketua kami... Jika tidak kerana tindakan pantas oleh polis sisinya, beliau mungkin menghadapi kecederaan parah," kata Tan.

"Tindakan tidak bertamadun di hadapan polis secara terangan membelakangkan hak asas seseorang rakyat.

NONE"Sama ada dirancang ataupun kebetulan, ia menjadi proses di mana panel IAEA cuba mendengar pandangan mereka yang terbabit satu bahan jenaka.

"Kami sebuah NGO dan kami ingin meluahkan pandangan kami berhubung isu Lynas. Tetapi mendedahkan diri kami dengan risiko yang mungkin mengancam keselamatan kami, kami memutuskan tidak mahu terbabit dengan sesi hari ini."

Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah

Posted: 31 May 2011 04:38 PM PDT

Abdul Rahim Sabri & Norsyafinas Ahmad Sukri
Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

NONEMengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'

Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

NONETokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, NONEPAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.

Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai

Posted: 31 May 2011 04:34 PM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara.

Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan.

Suasana tersebut berlaku lantaran Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan berlangsung di kolej itu selama tiga hari, mengiringi suara para perwakilan membahaskan pelbagai perkara bagi memantapkan lagi perjuangan parti, sekali gus menyemarakkan lagi semangat para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan para petugas semakin sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu.

Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama para pelajar, manakala di tingkat bawahnya dikekalkan dewan besar untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan yang dinamakan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Nama dewan tersebut dipadankan dari nama Presiden PAS sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum digantikan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham yang cukup besar terhadap perjuangan PAS.

Bagi Muktamar PAS Ke-57, dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar dalam PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan.

Justeru, bagi pihak panitia muktamar dan para petugas, perlaksanaan kerja-kerja utamanya pasti turut tertumpu ke atas dewan itu untuk dihias indah, dilengkapi pelbagai keperluan termasuk pentas utama, pemasangan sistem pembesar suara, sistem hawa dingin yang sempurna.

Begitu juga dengan keperluan utama lain termasuk pemasangan lampu-lampu yang bersesuaian serta mencukupi, penyusunan kerusi yang teratur untuk diduduki para perwakilan, hiasan landskap yang indah dipersekitarannya dan sebagainya.

Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu kerana di tingkat itulah nanti yang menempatkan ruang rakan-rakan media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat.

Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir selesai, dengan anggaran melebihi 90 peratus telah terlaksana, untuk menyambut mesra dan ceria kedatangan para pemimpin utama parti dan para perwakilan yang mewakili 180 kawasan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Begitu juga dengan penyediaan tempat parking kenderaan kepimpinan utama PAS di luar bangunan Kolej dan tapak 105 buah gerai perniagaan untuk disewa para peniaga, kini telah terlaksana dengan baik yang antara lainnya dengan pemasangan khemah-khemah bersesuaian berwarna putih dan agak ceria bagi mewarnai suasana.

Pada muktamar tahun ini, pihak panitia turut terpanggil membuka kaunter derma darah yang ditempatkan di suatu penjuru, bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan darah.

Sepanjang tinjauan dilakukan, para petugas kelihatan bertungkus lumus melaksanakan kerja masing-masing, dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dan rakan-rakannya yang diamanahkan dengan kerja-kerja persiapan di dalam dewan, turut berpeluh menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki.

Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri turut berkunjung ke kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah terlaksana dan dimaklumkan cukup berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh para petugas.

Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan.

Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan serta doa.

Biaqpila

Posted: 01 Jun 2011 03:11 PM PDT

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Khalid Jaafar (gambar memegang kertas) mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu. Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.

"Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut," kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, saham bumiputera diperuntukan melalui Dasar Ekonomi Baru, cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi mengangkat martabat ekonomi di kalangan bumiputera.

Namun katanya, akibat perbuatan Umno yang sanggup mengkhianati orang Melayu sendiri, menyebabkan bangsa itu masih terkebelakang dalam soal ekonomi dan pegangan ekuiti.

"Mereka (Umno) tidak layak bercakap pembelaan orang Melayu, kerana mereka tidak bermoral untuk membela orang Melayu.

"Saham bumiputra sebenarnya rancangan dalam DEB, yang kita tahu DEB itu sendiri dirumuskan untuk mengangkat martabat orang Melayu, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak amalan rasuah dan khianat yang dianjurkan Umno punca saham Bumiputra hilang.

"Menteri sendiri mengaku DEB gagal, ini semua kerana rasuah, khianat yang dilakukan Umno. Sebab itu Pakatan Rakyat menolak DEB, tetapi kita pula dituduh pengkhianat," katanya.

Menurut Khalid, sekiranya siasatan dijalankan, beliau percaya banyak lagi pengkhianatan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dapat didedahkan.

"Siasat dulu ke mana hilangnya saham Bumiputra, saya pasti banyak lagi dapat dibongkarkan kerana mungkin juga ianya bersiri. Tambahan pula jumlah yang dilesapkan itu terlalu besar," katanya.

Isu saham bumiputera ditimbulkan sejak Mac tahun lalu oleh Pakatan Rakyat. Ia berdasarkan pengakuan perdana menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan saham bumiputera hanya tinggal RM2 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

PKR sejak Febuari lalu mendesak supaya kerajaan merombak satu mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham berkenaan, serta mengumum senarai penerima 1.5 bilion unit saham khas tersebut tahun lalu.

kl-today

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOKFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut