Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Selamat Bermuktamar...Takbir
- Tarif elektrik: Jaminan Muhyiddin ditolak
- Tiada arahan wartawan bukan Islam pakai tudung
- PANITIA MUKTAMAR DPP PUSAT KALI KE-52
- Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib
- Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah
- Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib
- PM digesa buang 'politik' selesai Royalti Kelantan
- PAS ganti Umno negara jadi lebih baik
- Pemuda PAS bantah Konsert MTV Word Stage
- Elektrik: BN bela IPP, bebankan rakyat
- Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai
Posted: 01 Jun 2011 01:29 AM PDT | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tarif elektrik: Jaminan Muhyiddin ditolak Posted: 01 Jun 2011 01:18 AM PDT KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul. Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku. "Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah," kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar). Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini. Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat. Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu. Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma. Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air. Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma. Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa. "Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff tersebut,"ujarnya. Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas. Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat. "Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tiada arahan wartawan bukan Islam pakai tudung Posted: 01 Jun 2011 01:18 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam. "Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini. Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan. Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita. "Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi. "Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam. "DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik. Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 31 May 2011 09:26 PM PDT | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PANITIA MUKTAMAR DPP PUSAT KALI KE-52 Posted: 31 May 2011 09:19 PM PDT
• Majlis Perasmian dibuat berasingan dengan ketiga-tiga dewan • Tempat Persidangan Pemuda (Majlis Perasmian dan Muktamar Penuh) : Auditorium MBSA, Shah Alam. • Perasmi : Timbalan Presiden PAS (YB Ust Nasharuddin Mat Isa) • Pengerusi jawatankuasa Usul : Suhaizan Kaiat. • Wakil Jawatankuasa Pemilihan : Dr Zulqarnain Lukman. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib Posted: 31 May 2011 09:18 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam. Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan. Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding. Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013: PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji TIMBALAN PRESIDEN 1. Mohamad Sabu, Hj 2. Nasharudin Mat Isa, YB 3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' NAIB PRESIDEN 1. Husam Musa , YB Dato' 2. Idris Haji Ahmad, Ustaz 3. Mahfuz Omar, YB Dato' 4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' 5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri 6. Salahuddin Ayub, YB AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj 4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz , 5. Ahmad Sabki Yusof, 6. Aiman Athirah Al-Jundi 7. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 8. Apandi Mohamad, Hj 9. Asmuni Awi, Hj 10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz, 11. Azman Shapawi, Ustaz 12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 13. Halimah Ali, YB Dr. 14. Hamzah Abdullah, 15. Hamzah Jaafar, Dr. 16. Hanipa Maidin, Hj 17. Hassan Ali, YB Dato' Dr. 18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah) 19. Iskandar Abdul Samad, YB 20. Kamal Ashaari, Ustaz 21. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 22. Khalid Abd Samad, YB Hj. 23. Khalil Idham Lim, YB 24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr. 25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 26. Mazlan Aliman, 27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 28. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB 30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 31. Mohd Anuar Tahir, Hj 32. Mohd Firdaus Jaafar, YB 33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 34. Mohd Nasir Mustafa, 35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz 36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji 37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr 38. Muhammad Husin, YB 39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 43. Norazli Musa, Ustaz Hj. 44. Normala Sudirman, 45. Nuridah Salleh, Ustazah 46. Razman Zakaria, 47. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 48. Rosidi Hussin 49. Sa'ari Sungib, YB Hj. 50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 51. Suhaizan Kaiat, 52. Wan Hasrina Wan Hassan, 53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah Posted: 31 May 2011 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mei: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh menerima saingan sengit apabila turut ditentang Timbalan Ketua dewan itu Siti Zailah Mohd Yusof untuk jawatan nombor satu muslimat itu. Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Mumtaz Mohd Nawi, AJK Muslimat Mastura Mohamad, Dr. Najhatussolehah Ahmad dan Normala Sudirman.Untuk kerusi Timbalan Ketua pula, bakal menyaksikan perebutan antara AJK Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud dengan Wan Hasrina Wan Hassan. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan. AHLI JAWATANKUASA KERJABagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian. Berikut adalah senarai penuh calon yang bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013. KETUA 1. Nuridah Salleh, 2. Siti Zailah Mohd Yusof, YB TIMBALAN KETUA 1. Siti Mariah Mahmud, Dr 2. Wan Hasrina Wan Hassan NAIB KETUA 1. Mastura Mohamad 2. Mumtaz Mohd Nawi, YB 3. Najhatussolehah Ahmad, Dr. 4. Normala Sudirman 1. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa 2. Aiman Athirah Al-Jundi 3. Asiah Ali, Dr. 4. Azizah Khatib Mat 5. Azlina Che Haron 6. Fatimah Wan Teh Amizan Baharuddin 7. Fatimah@Zainab Ibrahim, Toh Puan 8. Fazilah Abu Samah 9. Halimah Ali, Dr. YB 10. Kartini Ahmad 11. Khadijah Mahmud 12. Kintan Man 13. Mariam Abdul Rashid 14. Mastura Mohamad 15. Mumtaz Mohd Nawiv 16. Najihatussolehan Ahmad, Dr 17. Norazliza Abd Latif 18. Normala Sudirman 19. Norhayati Bachok 20. Norwani Ahmat 21. Rohani Ibrahim, YB 22. Rohaya Yaacob, Dr. 23. Rosni Adam, Dr. 24. Rosiah Salleh 25. Salbiah Wahab 26. Siti Aisyah Ghazali, YB 27. Siti Mariam Othman 28. Wan Obaidah Wan Omar, YB | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib Posted: 31 May 2011 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mei: Seperti dijangka, Nasrudin Hassan kekal menyandang jawatan Ketua Pemuda untuk sesi 2011 hingga 2013. Untuk jawatan timbalan ketua pula menyaksikan perebutan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan raya Pemuda Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Exco pemuda Nik Abduh Nik Aziz. Bagi jawatan Naib pula, menyaksikan dua AJK dewan Pemuda Nasir Zakaria yang akan berentap dengan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan. Bagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian. Berikut adalah senarai calon yang bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: KETUA 1. Nasrudin Hassan Thantawi TIMBALAN KETUA 1. Azman Shafawi 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Nik Abduh Nik Aziz 4. Suhaizan Kaiat NAIB KETUA 1. Nasir Zakaria, YB 2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdullah Abdul Karim 2. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB 3. Ahmad Fadhli Shaari 4. Firdaus Masod 5. Kamaruzuman Abdullah 6. Kamaruzzman Mohamad 7. Khairil Nizam, Ir. Hj 8. Khairul Faizi Ahmad Kamil 9. Khalil Abd Hadi 10. Lahirul Latigu 11. Mohd Suhaimi A. Aziz 12. Mohd Adram Musa 13. Mohd Akmal Kamaruddin 14. Mohd Fadli Ghani 15. Mohd Nasaie Ismail 16. Mohd Nazri Chik 17. Mohd Nor Hamzah, YB 18. Mohd Sany Hamzan 19. Mohd Yusni Mat Piah 20. Muhammad Hafiz Musa 21. Muhammad Sanusi Md Nor 22. Ridhuan Mohamad Nor 23. Rosly Allany 24. Safarizal Salleh 25. Salman Salleh 26. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre 27. Azharuddin Muhammad 28. Zaidy Abdul Taib 29. Zamakhshari Muhamad 30. Zawawi Abu Hasan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PM digesa buang 'politik' selesai Royalti Kelantan Posted: 31 May 2011 07:49 PM PDT PUTRAJAYA, 31 Mei: Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan di Perantauan Menuntut Royalti Kelantan (Royalti Kelantan) hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri agar hak royalti negeri itu dikembalikan segera. Penyerahan itu diketuai pengerusinya, Apandi Mohamad dan turut diiringi Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof dan Senator Mumtaz Mohamad Nawi. Memorandum itu bagaimanapun diterima Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Asrul Afendi. Selain mereka, turut hadir sama ialah Presiden Persatuan Anak Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada), Ali Hanafiah Mohamad dan AJK mereka. Dalam memorandum itu, mereka mahu Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan isu yang sudah dibawa ke mahkamah itu secara 'melampaui batasan politik sempit'. Perdebatan hak pembayaran itu menurut mereka harus diurus mengikut persetujuan yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974. Apatah lagi bayaran serupa telah telah diterima Terengganu seperti disahkan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dun Terengganu baru-baru ini dengan jumlah bayaran RM938 juta secara berperingkat. "Bahawa Datuk Seri Najib memastikan ditunai janji pengembalian hak wang royalti kerajan Kelantan sama seperti yang diperolehi kerajaan Terengganu,"antara kandungan tuntutan memorandum itu dipetik. Sehubungan itu, jawatankuasa ini mahu isu ini diselesaikan segera dan hak rakyat Kelantan dikembalikan seadilnya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PAS ganti Umno negara jadi lebih baik Posted: 31 May 2011 07:37 PM PDT SHAH ALAM, 31 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi hari ini menegaskan kesediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam usaha mentadbir negara ke arah yang lebih baik. Beliau yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan itu sesi 2011-2013 berkata, masyarakat dan rakyat sudah merindui satu kehidupan lebih harmoni di bawah panji perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS dan sudah lama muak dengan sikap Umno selama ini. Menurutnya, dalam PAS kini sudah wujud satu badan khas, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang meyakini dasar perjuangan PAS. Nasrudin berkata demikian ketika bercakap dan menyampaikan hujahnya di dalam Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang tadi. Turut menjadi panelis adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator. Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya. "Saya mempunyai nekad ingin membawa anggota PAS khasnya pemuda agar mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain," tegas Nasrudin. Dalam sesi sama, beliau mempertahankan akhbar Harakah yang disifatkan oleh Khairy sesat dan enggan menarik balik tuduhan itu, lantas Nasrudin mempersoalkan tindakan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia, lebih teruk dengan menyiarkan gambar lucah dan menjolok mata pembaca. Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik. "Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar. "Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu. Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit. Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video. Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka. Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka. Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah. Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemuda PAS bantah Konsert MTV Word Stage Posted: 31 May 2011 07:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah penganjuran satu program hiburan bertaraf antarabangsa, Konsert MTV Word Stage di i-City, Seksyen 7 Shah Alam, 24 Julai depan yang dikatakan bertujuan mempromosi bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa. DPPNS mahu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menarik balik kelulusan program tersebut kerana bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor. Ketuanya, Hasbullah Ridzwan (gambar) berkata, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ataupun pengurusan i-City dapat mematuhi garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri serta mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mempromosi Bandaraya Shah Alam selain daripada menganjurkan konsert secara terbuka. "Dewan Pemuda PAS Negri Selangor melahirkan rasa kecewa dan terkilan di atas kenyataan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media pada 18 Mei lalu yang mengatakan konsert ini untuk memperkenalkan Bnadaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, DPPNS amat bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir yang disiarkan dalam satu protal berita tentang kemungkinan wujudnya pengaruh negatif berbanding positif hasil daripada penganjuran konsert tersebut. "Janganlah kita menggadaikan maruah anak bangsa dan negara hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit pengiktirafan dunia antarabangsa. "Penganjuran konsert yang membabitkan artis-artis barat dan artis tempatan yang pro barat sudah pastilah berlawanan dengan hasrat Kerajaan Negeri di dalam melahirkan modal insan yang terbaik untuk negeri Selangor," katanya. Tambahnya, DPPNS yakin bahawa penganjuran konsert ini pasti akan menimbulkan rasa resah, gelisah dan amarah khususnya kepada penduduk setempat. "Kami dimaklumkan telah ada persatuan penduduk di persekitaran tersebut yang telah menyatakan bantahan mereka terhadap konsert tersebut," katanya. Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah '30 Second To Mars' iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit. Sehubungan itu, DPPNS akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert ini kepada Datuk Bandar Shah Alam dan Menteri Besar dalam masa terdekat ini. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mengambil tanggungjawab terhadap usaha-usaha mencalar imej dan agenda Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Elektrik: BN bela IPP, bebankan rakyat Posted: 31 May 2011 07:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP). Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7%. Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat. Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka. Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun (esok) sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat. "Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat. Tambahnya, tetapi nilai itu amat besar kepada pemain industri dan rakyat yang mengunakan elektrik 301kW ke atas. "Bagaimana pengusaha restoran dan peniaga-peniaga runcit pula?" soalnya. Menurutnya, mereka juga antara pengguna sumber yang banyak kerana beroperasi lebih dari 12 jam sehari. Maka, katanya tidak mustahil mereka akan meningkatkan nilai harga jualan mereka yang akhirnya rakyat sebagai pelanggan akhir juga terbeban. Beliau menambah, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan yang ditamat pada Disember 2011 pula akan menyebabkan sebahagian besar isi rumah dari 5.94 juta akan terkesan. Katanya, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya. Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka. Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa. Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB. "Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran," ujarnya. Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini. "Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat," katanya lagi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai Posted: 31 May 2011 07:34 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara. Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan. Suasana tersebut berlaku lantaran Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan berlangsung di kolej itu selama tiga hari, mengiringi suara para perwakilan membahaskan pelbagai perkara bagi memantapkan lagi perjuangan parti, sekali gus menyemarakkan lagi semangat para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi. Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan para petugas semakin sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna. Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu. Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama para pelajar, manakala di tingkat bawahnya dikekalkan dewan besar untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan yang dinamakan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor. Nama dewan tersebut dipadankan dari nama Presiden PAS sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum digantikan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham yang cukup besar terhadap perjuangan PAS. Bagi Muktamar PAS Ke-57, dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar dalam PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan. Justeru, bagi pihak panitia muktamar dan para petugas, perlaksanaan kerja-kerja utamanya pasti turut tertumpu ke atas dewan itu untuk dihias indah, dilengkapi pelbagai keperluan termasuk pentas utama, pemasangan sistem pembesar suara, sistem hawa dingin yang sempurna. Begitu juga dengan keperluan utama lain termasuk pemasangan lampu-lampu yang bersesuaian serta mencukupi, penyusunan kerusi yang teratur untuk diduduki para perwakilan, hiasan landskap yang indah dipersekitarannya dan sebagainya. Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu kerana di tingkat itulah nanti yang menempatkan ruang rakan-rakan media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat. Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir selesai, dengan anggaran melebihi 90 peratus telah terlaksana, untuk menyambut mesra dan ceria kedatangan para pemimpin utama parti dan para perwakilan yang mewakili 180 kawasan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan penyediaan tempat parking kenderaan kepimpinan utama PAS di luar bangunan Kolej dan tapak 105 buah gerai perniagaan untuk disewa para peniaga, kini telah terlaksana dengan baik yang antara lainnya dengan pemasangan khemah-khemah bersesuaian berwarna putih dan agak ceria bagi mewarnai suasana. Pada muktamar tahun ini, pihak panitia turut terpanggil membuka kaunter derma darah yang ditempatkan di suatu penjuru, bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan darah. Sepanjang tinjauan dilakukan, para petugas kelihatan bertungkus lumus melaksanakan kerja masing-masing, dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dan rakan-rakannya yang diamanahkan dengan kerja-kerja persiapan di dalam dewan, turut berpeluh menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri turut berkunjung ke kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah terlaksana dan dimaklumkan cukup berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh para petugas. Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan. Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pakatan Rakyat. Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan serta doa. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan