Rabu, 1 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 01 Jun 2011 01:20 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Fitnah,Fitnah dan Fitnah

Posted: 01 Jun 2011 12:55 AM PDT

Mai pakat dengaq pendedahan khas YB Datuk Johari Abdul ini.

Untuk sebarang pertanya atau pengesahan tempat boleh hubungi En Faisal Zainal(017-5598674) atau En Khairul Azman 012-2863617

Berikutnya

Posted: 31 May 2011 09:34 AM PDT

Aktiviti berikutnya untuk pengundi Parlimen Bukit Gantang:

Ceramah penerangan yang akan dibawa oleh YB Azmin Ali dan YB Abdullah Sani.

Lokasi di Kampung Pasir yang terletak antara Taman Damai (Simpang) dan Taman Kaya.

Suara Sri Andalas

Posted: 31 May 2011 11:28 PM PDT

Suara Sri Andalas


Mencari Penyelesaian Pemberhentian Pekerja Estet Dunedin, Semenyih

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT

Shah Alam, 31 Mei 2011 - Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor telah diadakan di bangunan SSAAS Shah Alam bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah pemberhentian 9 orang pekerja estet tersebut ekoran penjualan estet tersebut yang terletak di Semenyih, Selangor.

Pihak estet  diwakili oleh beberapa orang pegawai pengurusan syarikat Inch Kenneth Rubber Plantation manakala pihak pekerja ladang di wakili oleh S. Arutchelvam dari NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit).

Pihak pekerja menuntut agar diberikan pampasan dan pembayaran ex-gratia yang setimpal kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan. Turut dibangkitkan ialah kemudahan penyediaan perumahan bagi pekerja-pekerja terlibat.   

Dr Xavier yang juga pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang Negeri Selangor menyarankan agar kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan selanjutnya bagi mendapatkan keputusan dan situasi 'menang-menang' bagi kedua-dua belah pihak. 
 

Pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor turut menghadiri mesyuarat tersebut.

KPRU: Kenaikan Tarif Elektrik Tingkat Inflasi

Posted: 31 May 2011 02:00 AM PDT

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan tarif elektrik secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 mahupun pelbagai pihak, termasuk pakar ekonomi telah mengingatkan kerajaan bahawa tekanan inflasi semakin mendesak.

Dalam pada itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap 6 bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual oleh Petronas kepada pengeluar tenaga.

Pengumuman kerajaan bahawa 4.4 juta atau 75% pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik memang dalam jangkaan.

Akan tetapi, kerajaan secara sengaja mengabaikan satu fakta, iaitu harga barangan harian dan makanan akan meningkat susulan daripada pengumuman tersebut. Hal ini kerana pihak industri pengeluaran makanan yang menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik dijangka memindah kos berkaitan kepada pihak pengguna.

Pandangan sedemikian juga disahkan oleh ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia (RAM) Yeah Kim Leng yang mengatakan bahawa walaupun sebahagian besar isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka tetap akan menghadapi bebannya apabila pengeluar dan peniaga memindakan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.[1]

KPRU ingin menekankan bahawa kenaikan tarif elektrik dengan kuantum yang tinggi pada ketika inflasi cukup membebankan rakyat adalah kurang wajar. Dalam konteks kenaikan kos atau harga barangan utama dan barangan harian lain beberapa kali sebelum ini, kenaikan tarif elektrik kali ini akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna.

Misalnya, mulai Julai 2010, harga minyak RON97 mula dinaikkan sehingga RM2.15/liter pada 2 November 2010, RM2.30 pada 1 Disember 2010, dan RM2.50 pada 4 Januari 2011. Harga minyak RON97 terbaru mencecah RM2.90/liter.

Minyak RON95 mula diperkenalkan dalam pasaran domestik pada 1 September 2009 untuk menggantikan RON92. Harganya bermula pada RM1.75/liter dan seterusnya dinaikkkan kepada RM1.80. Dalam tahun 2010, harga minyak RON95 telah meningkat sebanyak dua kali. Harga terkini minyak RON95 adalah RM1.90/liter, dan dijangka akan naik lagi dalam masa yang singkat.

Dalam tahun 2010 sahaja, harga gula telah naik mendadak sebanyak 55%.  Pada Januari 2010, harga gula hanya berada pada paras RM1.10/kg, kemudian naik sebanyak tiga kali, iaitu 20 sen dalam Jan 2010, 25 sen dalam Julai 2010 dan 20 sen dalam 4 Disember 2010 sehingga RM2.10/kg. Pada 10 Mei 2011, harga gula sekali lagi naik sebanyak 20 sen menjadikan harga runcit sebanyak RM2.30/kg. Ekoran itu, Persatuan Kedai Kopi Wilayah Persekutuan-Selangor telah menaikkan harga minuman daripada RM1.20 secawan kepada RM1.40 secawan mulai 1 Jan 2011.[2]

KPRU ingin memaklumkan bahawa fenomena kenaikan harga bukan sahaja berlaku ke atas barangan tertentu, malah kesannya besar merangkumi sektor yang luas, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:


(Sumber: Sinchew Jit Poh, Malaysiakini, 2011)

Ekoran itu, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 mencecah 2.2%, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.[3] Indeks Harga Pengguna (CPI) kemudian melonjat ke 3% pada Mac 2011, dan seterusnya 3.2% pada April 2011, menjadikan kadar inflasi setinggi 2.9% sepanjang bulan Januari hingga April tahun 2011.[4][5] Perkembangan ini sejajar dengan unjuran dalam Laporan Tahunan Bank Negara bertarikh 24 Mac 2011 bahawa kadar inflasi akan mencatat 2.5%-3.5% bagi tahun 2011.[6] Peningkatan kadar inflasi jelas akan memberikan impak negatif seperti menjejaskan kuasa membeli dan meningkatkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya kepada golongan yang kurang berdaya dan berupaya.

Satu lagi faktor penting yang telah diabaikan oleh kerajaan ialah kadar kenaikan gaji dan pendapatan boleh guna rakyat tidak dapat menyaingi kadar kenaikan inflasi. Mengikut Laporan Bank Dunia, purata kenaikan gaji sebenar di negara ini hanyalah sekitar 2.6% dari tahun 1994 hingga tahun 2007.[7]

Satu lagi kajian yang bernama Reshaping Economic Geography Report in East Asia, an East Asian and Pacific region companion volume to the World Development Report 2009 juga menunjukkan kadar kenaikan gaji secara purata selepas krisis ekonomi 1997 di Malaysia hanya sekadar 1.9%.[8]Selain itu, walaupun Robert Walters Global Salary Survey 2011 mengunjurkan kenaikan gaji sebanyak 5-30% di Malaysia bagi tahun ini, tetapi unjuran tersebut hanya merujuk kepada golongan professional daripada sektor ICT, akaun, kewangan, bank, logistik dan penjualan yang jauh lebih selesa dari segi kehidupan dan pendapatan boleh guna.[9]

Hakikatnya, pada tahun 2010, antara lebih 10 juta tenaga kerja di Malaysia, hanya 3.76 juta orang rakyat yang layak membayar cukai.[10] Dengan kata lain, hampir 6.4 juta rakyat Malaysia tidak mampu membayar cukai pendapatan peribadi. Golongan 6.4 juta ini membentuk lapisan rakyat miskin, seperti yang disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai '40% isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan dengan purata pendapatan hanya mencapai RM1,440'.[11]

Jika pengagihan pendapatan diteliti mengikut subjek pekerja, satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja di Malaysia mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Hampir 34% pekerja memperoleh gaji di bawah garis kemiskinan yang bermaksud seramai 1/3 pekerja bergaji di bawah paras kemiskinan.[12]

Golongan sebeginilah yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, kekurangan peluang pekerjaan, tekanan harga barang dan sewa rumah yang melambung serta masa depan yang muram. Akibatnya, dasar rasionalisasi subsidi secara tergesa-gesa ini memang tidak banyak menggoyangkan gaya hidup golongan atasan dan elit, tetapi kehidupan rakyat biasa terjejas dan terbiar papa kedana.

KPRU berpendapat pemotongan subsidi wajar dilaksanakan sekali dengan 'rasionalisasi' dasar kerajaan sedia ada yang bersifat berat sebelah. Pengurangan subsidi rakyat sewajarnya dilaksanakan selepas kerajaan menilai dan merunding semula perjanjian yang memberikan subsidi 'luar biasa' kepada korporat besar, antaranya termasuk perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Penjana Tenaga Swasta (IPP) yang memberikan subsidi sebanyak RM22 billion setahun.

Jika tidak, langkah kenaikan kos kehidupan rakyat tersebut bukan sahaja akan mewujudkan persepsi ketidakadilan dan kurang 'legitimate', malah dilihat sebagai menjalankan penjajahan berbentuk ekonomi terhadap golongan rakyat marhaen.


Sumber: Selangorkini

Selangor Atasi Masalah Guru Agama Kontrak Dan Sambilan

Posted: 31 May 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 31 MEI : Kerajaan negeri akan memohon pertambahan jawatan guru agama dinegeri ini bagi menyerap guru-guru berstatus kontrak dan sambilan supaya menjadi guru tetap.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri menyedari terdapat ramai guru agama dinegeri ini yang masih belum mendapat status guru tetap meskipun sudah lama berkhidmat.

Khalid berkata perkara itu akan diuruskan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi.

"Kerajaan Negeri bersetuju memberi sokongan penuh terhadap usaha mendapatkan waran jawatan tambahan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya mahu, Setiausaha Kerajaan Negeri memberi perhatian utama terhadap perkara ini.

"Saya sedar betapa ramainya guru di negeri ini yang masih berjawatan kontrak atau sambilan dan dengan yang demikian, Kerajaan Negeri mahu mengatasi masalah ini dengan segera," kata Khalid.

Khalid menambah, kerajaan negeri tidak pernah lepas tangan dalam urusan menjaga kebajikan guru- guru agama yang menabur bakti kepada anak- anak Selangor.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri turut berperanan dalam urusan pemberian gaji kepada guru-guru dibawah seliaan Jabatan Islam Selangor (JAIS).

"Untuk pengetahuan guru-guru, setiap RM1 gaji yang dibayar kepada guru-guru, hanya 30 sen daripada Kerajaan Persekutuan dan selebihnya, 70 sen datangnya daripada Kerajaan Negeri," jelas Khalid.

Bukan itu sahaja, kerajaan negeri sebelum ini meluluskan RM300 tambahan elaun kepada semua guru KAFA Integrasi yang bertugas di Semua Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor. Penambahan ini menjadikan jumlah elaun bulanan bagi kumpulan ini sebanyak RM 1,300.

Beliau turut menambah, segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran disamping mengadakan program- program peningkatan kerjaya untuk guru.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Khalid menyerahkan replika cek dari lembaga Zakat Selangor berjumlah hampir RM47 Juta.  Sebanyak RM26 Juta diserahkan kepada sumbangan bayaran guru- guru kafa Negeri Selangor setahun dan RM12.5 Juta untuk sumbangan dermasiswa pelajar luar negara (Mesir, Jordan dan Morocco).

Sementara untuk anugerah tokoh guru terbaik bagi kategori lelaki dianugerahkan kepada Mohd Dawam Dollah @ Hj Mohd Anuar dan untuk tokoh guru wanita dianugerahkan kepada Mistijah Nordin.

Bagi anugerah Pra Sekolah terbaik dimenangi oleh Pekan Sabak Bernam, Sekolah Rendah Agama (SRA) dimenangi oleh Sijangkang Kuala Langat, Sekolah Rendah Agama Integrasi dimenangi oleh SRAI Sungai Manggis Kuala Langat, KAFAi dimenangi oleh Taman Kemuning Kuala Langat dan MITS/SAM dimenangi oleh SAMT batu 38 Sabak Bernam.


Sumber: TVSNEWS

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 31 May 2011 11:21 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perubahan nyata di DUN Palong

Posted: 31 May 2011 07:45 PM PDT


Saya dan isteri saya, Hendon Jaafar, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, sampai di Bandar Seri Jempol jam 2.30 petang dan kami terus ke Masjid Bandar Seri Jempol menunaikan solat, Jamak Zohor dan Asar, selepas solat Sdr Rebin Birham menalipon saya bahawa beliau dan rakan-rakan pimpinan PKR DUN Palong sudah berada di Felda Palong 16 untuk upacara memacakkan papan tanda Ranting PKR Palong 14, 15 dan 16 di pintuk masuk ke gugusan Felda Palong.

Jam lebih kurang 3.15 petang, Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan bersama-sama dengan YB Chai Tong Chai, ADUN Chuah sampai dan upacara memacakkan papan tanda itu dimulakan.

Selepas upacara itu, kami terus beredar ke Felda Palong 9, untuk Perasmian Pelancaran "Mansuhkan Felda Plantation" dan "Penyerahan Borang untuk menjadi Peneroka Baru", dirasmikan oleh YB Datuk Kamarul Bahrain Abas.

Betul tidak saya sangkai. Kawasan rumah Sdr Salam yang didirikan dengan dua kanopi, tidak dapat memuatkan para hadirin yang begitu ramai.

Apabila dilancarkan Borang Menyertai Peneroka Baru oleh Kamarul Bahrain Abas, peneroka-peneroka dan generasi baru Felda beratur dengan penuh disiplin untuk mengambil borang-borang yang disediakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Sembilan.

Dari sana kami berlepas ke Felda Serting Hilir 7 ke rumah Sdr Karip, Ketua PKR Cabang Jempol yang juga Pengerusi Biro Felda Negeri Sembilan.

Selepas dihidangkan dengan makanan masak tradisi Negeri Sembilan, YB Kamarul Bahrain melancarkan pula Markas PRU PKR Cabang Jempol.

Selepas itu kami pergi ke rumah Ridzuan, Ketua PAS Cawangan Felda Serting Hilir 7 untuk majlis ceramah PR yang telah diaturkan.

Kehadiran peneroka-peneroka (tempatan) begitu ramai dan saya betul-betul merasakan bahawa satu perubahan sudah berlaku di kawasan Parlimen Jempol ini.

Setiap bulan saya datang ke kawasan Parlimen Jempol atas undangan PKR Cabang Jempol, dan saya tidak pernah mengalami kehadiran manusia yang ramai didalam program-program yang dianjurkan.

Ini jelas merupakan satu perubahan yang nyata. Pentingnya, mereka yang hadir itu adalah peneroka-peneroka tempatan dan bukan dari luar.

Malam tadi Sdr Rahman, YDP Pas Kawasan Jempol, Sdr Karip, Ketua PKR Cabang Jempol, Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, YB Chai Tong Chai, Adun Chuah, Sdr T. Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal, dan dua tokoh PKR Pusat, Dato Fauzi Abdul Rahman dan YB Dato Kamarul Bahrain menghadiri Majlis Ceramah itu.

Saya yang agak demam, batuk dan kehilangan suara tidak tergamak untuk tidak berceramah kerana sudah dkiwar-warkan bahawa saya akan mengupas isu GSA. Mereka sangat berharap.

Maka didalam keadaan suara saya yang tidak begitu keluar, saya berucap juga menerangkan GSA dan kuasa yang ada didalamnya untuk Kerajaan Negeri, yang mana Kerajaan Negeri berkuasa keatas tanah, keatas perlantikan pengurus Felda, pemberian geran tanah dan Felda hanya diberikan peranan didalam bidang pengurusan dan bukan berkuasa keatas tanah dan keatas peneroka-peneroka.

Saya meninggalkan majlis jam 10.30 malam untuk kembali ke Temerloh dan sampai di Temerloh lebihkurang jam 12.30 malam.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 31 May 2011 11:12 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Mesra Rakyat Melalui Sukan

Posted: 31 May 2011 08:58 PM PDT

 



Sivarasa telah sempat menghadiri program Badminton antara Pasakan Jemputan Pejabat ADUN Kota Damansara berlawan Pasukana Persatuan Penduduk Gugusan Matahari, Kota Damansara.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti sukan disamping peluang beramal mesra bersama penduduk penduduk tempatann.

Sebanyak 5 pasukan berugu lelaki dan 2 pasukan berugu perempuan dari setiap kumpulan bertanding dan berakhir dengan pasukan jemputan Pejabat ADUN menang 6 - 1. SYABAS
YB Sivarasa bersama YB Dr Nasir sempat memberikan pingat kepada semua pemain-pemain dari kedua-kedua pasukan yang bertanding.


Zulkifli Noordin

Posted: 31 May 2011 09:41 PM PDT

Zulkifli Noordin


TAZKIR BUAT MUKTAMIRIN

Posted: 30 May 2011 08:50 PM PDT

(Bersatu dibawah kepimpinan ulama')

Salam 2 all.

Teman mengambil kesempatan mengucapkan selamat dan ahlan wasahlan kepada 1,150 para perwakilan ke Muktamar Agong PAS ke 57. Kebetulan muktamar bermula pada 01 Rejab, bulan yang penuh dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam, termasuk peristiwa Isro' wal Mi'raj yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke 13 Kenabian. Satu peristiwa yang dirakam didalam Surah Al Isro': 1 . Begitu juga peristiwa pembukaan dan pembebasan semula Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada hari Jumaat 27 Rejab 583H.

Teman berdoa kepada ALLAH swt moga Muktamar Rejab 1432 ini membawa peristiwa besar kepada PAS dalam mengorak langkah memartabatkan Islam dalam negara bertuah ini.

PAS kini berada dipersimpangan jalan. Samada memilih untuk menjadi sebuah parti politik biasa sebagaimana parti politik yang bersepah didunia ini, yang mempertuhankan demokerusi demi sedikit kuasa, yang punya aqidah matlamat menghalalkan cara; atau

PAS boleh terus memilih untuk menjadi sebuah haraki Islamiyyah, yang berpaksikan kepada Al Quran dan sunnah, yang bertunjang kepada usrah dan tarbiyyah; yang politik menjadi alat, Islam sebagai matlamat; yang mempertuhankan ALLAH yang Satu; yang yakin dan percaya segala ketentuan adalah daripada ALLAH; yang punya aqidah bahawa tidak ada sebarang kekuatan dan daya melainkan dengan bantuan ALLAH; yang yakin Islam boleh berdiri sendiri tanpa perlu persekongkolan apatah lagi dengan kafir harbi!

Sempena muktamar besar ini, teman mengajak para muktamirin merenung sejenak dan menjawab 7 isu besar yang teman perturunkan disini. Teman percaya 7 isu ini perlu didebat dan dibahaskan, supaya PAS tidak terus dikalkatukan oleh silauan Putrajaya yang di obori golongan Al Kazeeb yang paling buruk akhlaknya dalam sirah politik dunia, sebaliknya semoga PAS terus dibimbing dan dihidayahkan dengan hudallilmuttaqeen:

1. PERJANJIAN PERSEFAHAMAN YANG MEMBUNUH PERJUANGAN ISLAM

Adakah para muktamirin sedar bahawa Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam telah dan akan membawa kesan dan implikasi serius kepada PAS, iaitu antara lain bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya dan memerintah. Jangan termakan pembohongan yang menyatakan bahawa Perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, PAS dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah tuhannya sebagai Perdana Menteri.

Itu semua putarbelit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar, Karpal Singh & Kitsiang (dengan kerjasama segelintir pengkhianat didalam dan luar PAS) telah menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan pembangkang jika memerintah. Persoalannya, adakah para muktamarin sedar Perjanjian ini sebenarnya menjadikan dasar asas perjuangan PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat dibakulsampahkan? Adakah para muktamarin bersedia melakukan pengkhianatan terhadap perjuangan tersebut? Tidak ingatkah perjuangan dan pengorbanan pejuang saperti Assyahid Ustadz Ibrahim Libya, Ustadz Zulkifli Mohamad dan ramai lagi yang membayar dengan nyawa semata-mata untuk berjuang menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah? Tidak sedarkah para muktamirin bahawa mereka sedang berdiri meni'mati sedikit "kejayaan" diatas darah para pejuang dan syuhada ini! Jawapannya mudah, jika PAS mahu kembali kepada perjuangan asal, para muktamirin harus bangkit dan menegaskan bahawa PAS perlu dan wajib mufaraqah daripada Pakatan Syaitan ini, dan berjuang bersendirian diatas kalimah Laa ila haillallah. Itulah yang dibuat oleh Rasulullah, dan itulah resepi kejayaan Sultan Salahuddin.

2. HAK KERAJAAN PAS MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM AKAN DINAFIKAN

Adakah para muktamirin sedar bahawa jika Pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri termasuk dibawah kepimpinan PAS tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang Islam, termasuk mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Inilah kesan secara langsung Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang telah ditandatangani, yang sentiasa diungkit dan dijadikan senjata menentang PAS dalam apa njuga isu yang melibatkan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat Islam. Jangan lupa apa yang terjadi di Selangor, sehingga kepimpinan cauvinis, extremis dan rasis DAP dengan biaDAP mendesak supaya Pesuruhjaya PAS Selangor dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang daripada jawatan Exco Hal Ehwal Islam semata-mata kerana beliau mahu melaksanakan apa yang beliau faham aspirasi perjuangan PAS yang asal. Jangan lupa usaha Kerajaan Tok Guru hendak mengharamkan judi di Kelantan dikritik hebat oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dan menerima kutukan daripada Karpal Singh dan kekawan DAPnya. Sehingga Anwar menegur Tok Guru supaya merujuk kepada kepimpinan PKR dan DAP dahulu sebelum buat sebarang keputusan mengenai perlaksanaan undang-undang mengharamkan judi tersebut. Adakah para muktamirin sedar itu adalah petunjuk ALLAH akan jenis pemerintahan yang akan berlaku jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan;

3. PAS LANGSUNG TIDAK DIHORMATI

Adakah para muktamirin sedar PAS langsung tidak dihormati oleh Anwar dan kekawan DAPnya. Jangan lupa apa yang terjadi di Kedah, apabila seorang ADUN DAP di Kedah (walaupun hanya seorang) dengan begitu biadap mengugut kepimpinan Kerajaan PAS Kedah supaya membatalkan perobohan pusat penyembelihan babi dan akhirnya membawa DAP Negeri Kedah keluar Pakatan pembangkang. Jangan lupa apa yang berlaku di Pulau Pinang bila mana Kerajaan DAP langsung tidak menghormati satu-satunya ADUN PAS YB Ustadz Salleh Man (dahulu YB Almarhum Ustadz Hamdan) dengan tidak memberi sebarang kedudukan pun kepada PAS, termasuk portfolio Exco Hal Ehwal Islam, Pengerusi Majlis Agama pun tak diberi. Jangan lupa penghinaan yang dibuat oleh Ketua Staf Lim Guan Eng yang melabel saudara Razali, seorang ahli Jemaah Islah Malaysia sebagai extremis dan teroris! Jangan lupa pengumuman sembrono Anwar mahu melantik Baru Bian, seorang Kristian sebagai Ketua Menteri Sarawak tanpa langsung merujuk kepada PAS. Lihat bagaimana DAP Sarawak langsung tidak memaklumkan, jangankan berbincang dan merujuk, kepada kepimpinan PAS apabila melantik kabinet bayangan di Sarawak? Tidakkah ini menyedarkan para muktamirin bahawa Pakatan pembangkang memang langsung tidak menghormati PAS!

4. ANWAR PENGANUT FAHAMAN PLURALISMA?

Para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan dan pengakuan terbuka daripada Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan bahawa dia menolak fahaman pluralisma. Buktinya, dalam ucapan di London School of Economics pada 18.03.2010 (sila rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/03/22/public-lecture-by-anwar-ibrahim-at-the-london-school-of-economics-march-18-2010/), Anwar berkata,

"saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan bahawa untuk pluralisma agama berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral untuk seseorang itu berkata kepada orang lain yang mempunyai kepercayaan lain daripadanya "kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami benar, kamu percaya kepada tuhan kamu, tetapi kepercayaan kamu tidak betul".

"Kitab agama sikh Guru Granth Sahab memberitahu bahawa orang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian membawa kepada Yang Satu akan menjadi bebas merdeka, tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan jatuh terbakar kedalam api neraka. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dalam nikmat kebenaran".

Kenyataan ini bercanggah sama sekali dengan Surah Al Kaafirun, dan firman ALLAH bahawa "sesungguhnya Aku yang mengutus Muhammad dengan agama Islam yang benar dan haq, dimenangkan diatas agama lain, walaupun tidak disukai oleh musyrikin (dan kaafirun)".

Sebaliknya kenyataan Anwar diatas jelas membawa implikasi dan kesan bahawa aqidah dan fahaman umat Islam yang menegaskan agama Islam itu benar , bahawa agama lain itu salah dan batil adalah salah dan tidak benar. Malah Anwar berkata orang berfahaman saperti itu akan dibakar oleh api neraka!!! Na'uzubillah min zalik.

Persoalan besar yang perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin, adakah PAS bersedia bersekongkol dan menjadikan penganut fahaman pluralisma saperti ini sebagai pemimpin, dan Perdana Menteri? Oleh itu sangat penting, malahan mejadi sesuatu yang wajib bagi para muktamirin untuk mendapatkan pengesahan terbuka Anwar mengenai fahaman pluralisma yang di anutinya. Jika ianya benar, maka wajiblah para muktamirin mengusulkan supaya PAS bermufaraqah daripada pemimpin saperti ini; yang bukan sahaja bergelumang dengan permasaalahan akhlak, malah aqidahnya mungkin boleh dipersoalkan. Kerana kata para ulama', penganut fahaman pluralisma ini jika tidak bertaubat adalah sesat dan murtad!

5. KARPAL SINGH: LANGKAH MAYAT DULU

Para muktamirin perlu mendapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Karpal Singh bahawa dia sudah membuang prinsip "langkah mayat saya dulu" jika PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam, bahawa beliau tidak menentang perjuangan PAS hendak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan. Janganlah para muktamirin lupa perisytiharan terbuka Karpal Singh bahawa "langkah mayat saya dulu" kalau PAS berangan nak menubuhkan daulah Islamiyyah dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Janganlah para muktamirin terpedaya dengan kelentong menyatakan itu bukan isu besar. Teman cukup yakin akan ada nanti kenyataan yang menyatakan PAS perlu fokus kepada memenangi pilihanraya umum dahulu, baru kita bercakap tentang negara Islam dan perlaksanaan syariat. Prinsip menang dulu balah kemudian wajib ditolak oleh para muktamirin. Fakta-fakta yang teman sebut diatas jelas membuktikan bahawa selepas menang pilihanraya, suara dan pendirian PAS memang langsung tidak akan dihormati. Silap-silap berbincang dengan PAS pun tidak akan dilakukan!

6. KITSIANG TIMBALAN PERDANA MENTERI

Adakah para muktamirin sedar bahawa jika PR memerintah bapak cauvinis dan extremis bernama Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kalau tak percaya, cuba mintak manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu supaya menafikan secara terbuka Kitsiang tidak akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pastikan Anwar buat penafian terbuka yop, kalau tidak nanti dengan PAS dia temberang lain, dengan DAP dia kelentong lain! Jangan biarkan Anwar & Kitsiang berdolak-dalik dan memutar kata perlantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihanraya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong sahaja. Pastikan Anwar & Kitsiang secara terbuka diatas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Biar satu dunia dengar, sebab memang trick Anwar dia akan bisik lain pada kita, dan cakap lain pada orang lain. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kitsiang!

7. KARPAL LOYER ANWAR?

Juga para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal Singh, Pengerusi DAP, apa rancangan dan agenda dia dalam beriya-iya membela manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini? Sebab dialah orangnya didalam Parlimen empat belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat kaikitangannya (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya menyiasat Anwar segera. Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat Azizan. Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan dan menjadi peguam menasihati mereka. Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya. Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar didalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak "selagi dapat picit teloq Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!". Kerana PAS sebagai parti berteraskan Islam sudah tentu tidak mahu ada diantara pemimpin sekongkolan mereka terpalit dengan pertuduhan jijik saperti itu;

Teman boleh bariskan banyak lagi perkara yang wajib dan perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin bagi Muktamar Agong ke 57 ini. Ini belum lagi kita membincangkan isu videoklip yang didedahkan oleh rakan baik Anwar sendiri Datuk Eskay. Cuma teman berharap jangan ada para muktamirin yang terpedaya dengan kompangan ini adalah isu qazaf. Sebenarnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan isu qazaf, sebab tiada siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Datuk Eskay cuma menyatakan bahawa beliau punya bukti berbentuk videoklip yang rakan baiknya Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Takkan itu termasuk dalam qazaf yop? Isu videoklip ini sengaja diputarbelitkan sebagai isu qazaf sebab hendak menutup kebenaran yang sudah begitu jelas!

Dan teman cukup yakin, jika sesiapa juga yang mempunyai sedikit keimanan dan ketaqwaan, bila menjawab soalan-soalan diatas, pasti akan terbuka dihati dan jiwanya bahawa tiada sebarang rumusan lain selain daripada menegaskan bahawa PAS wajib mufaraqah daripada Pakatan pembangkang, dan berjuang sendiri diatas platform Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Sesiapa juga para muktamirin yang melihat dengan mata keimanan akan dapat melihat dengan jelas bahawa pakatan pembangkang yang ada ini adalah satu pakatan songsang..dalam erti kata lain, ianya satu PALUT: Pakatan Luar Tabi'e yang akan memusnahkan dan merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Ingatlah pesan seorang ulama' besar bahawa Islam huwal Islam, Islam itu Islam, ia berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa kecuali ALLAH 'azzawajal.

Semoga Muktamar Agong ke 57 ini memberi kekuatan dan keberanian untuk para muktamirin dan ahli akar umbi PAS untuk melakukan perubahan besar, untuk melakukan hijrah aqidah, untuk kembali kepada perjuangan Islam yang berteraskan Al Quran & Sunnah. Kalau pejuang dahulu boleh berjuang selama 50 tahun bersendirian, mengapa pula para pejuang hari ini berasa ragu dan was-was. Semoga semangat bulan Rejab memberi nafas baru kepada para muktamirin sekelian.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos. Selamat bermuktamar. Grasias dan salam.


SOKONGLAH KEPIMPINAN ULAMA'


SAY NO TO ANWARINAS

TOLAK PAKATAN LUAR TABI'E



Zulkifli Bin Noordin
Selasa
27 Jamadil Akhir 1432
31 Mei 2011

Anwar Ibrahim

Posted: 31 May 2011 07:38 PM PDT

Anwar Ibrahim


Lesap RM52 bilion saham bumiputera, Umno khianat Melayu- Khalid Jaafar

Posted: 31 May 2011 01:26 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Khalid Jaafar mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu.

Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.

"Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut," kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, saham bumiputera diperuntukan melalui Dasar Ekonomi Baru, cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi mengangkat martabat ekonomi di kalangan bumiputera.

Namun katanya, akibat perbuatan Umno yang sanggup mengkhianati orang Melayu sendiri, menyebabkan bangsa itu masih terkebelakang dalam soal ekonomi dan pegangan ekuiti.

"Mereka (Umno) tidak layak bercakap pembelaan orang Melayu, kerana mereka tidak bermoral untuk membela orang Melayu.

"Saham bumiputra sebenarnya rancangan dalam DEB, yang kita tahu DEB itu sendiri dirumuskan untuk mengangkat martabat orang Melayu, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak amalan rasuah dan khianat yang dianjurkan Umno punca saham Bumiputra hilang.

"Menteri sendiri mengaku DEB gagal, ini semua kerana rasuah, khianat yang dilakukan Umno. Sebab itu Pakatan Rakyat menolak DEB, tetapi kita pula dituduh pengkhianat," katanya.

Menurut Khalid, sekiranya siasatan dijalankan, beliau percaya banyak lagi pengkhianatan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dapat didedahkan.

"Siasat dulu ke mana hilangnya saham Bumiputra, saya pasti banyak lagi dapat dibongkarkan kerana mungkin juga ianya bersiri. Tambahan pula jumlah yang dilesapkan itu terlalu besar," katanya.

Isu saham bumiputera ditimbulkan sejak Mac tahun lalu oleh Pakatan Rakyat. Ia berdasarkan pengakuan perdana menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan saham bumiputera hanya tinggal RM2 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

KEADILAN sejak Febuari lalu mendesak supaya kerajaan merombak satu mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham berkenaan, serta mengumum senarai penerima 1.5 bilion unit saham khas tersebut tahun lalu.

Kerajaan ‘Rompak’ Rakyat Bagi Suap Kroni, Kapitalis

Posted: 30 May 2011 11:43 PM PDT

Dari Malaysiakini

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai ‘rompakan di siang hari’ kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

“Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

“Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis," kata Rafizi kepada wartawan hari ini.

Tarif Elektrik Naik Bantut Daya Saing Negara

Posted: 30 May 2011 08:32 PM PDT

Dari Selangorkini

Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.

Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain.

" Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain. Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit.

Teresa berkata kerajaan persekutuan harus memikirkan pendekatan yang sesuai untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan tariff elektrik. Usaha juga harus dibuat oleh memastikan orang ramai tidak membazir menggunakan bahan tenaga itu.

" Saya ingin menyeru kerajaan melancarkan satu kempen untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan memberi lebih banyak insentif untuk menggunakan peralatan elektrik," kata beliau.

"Saya rasa kerajaan juga perlu menambah lagi insentif bagi orang ramai yang menggunakan alat elektrik supaya menggunakan alat yang menjimat tenaga seperti plug penjimat tenaga dan kuasa solar di mana boleh," tambah beliau.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara.

Selain itu harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak menyatakan subsidi yang diumpamakan seperti 'candu' harus dikurangkan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Kerajaan sebelum ini menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Harga barangan meningkat turut disebabkan tata urus kewangan negara, khususnya keghairahan mengadakan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan defisit negara antara yang tertinggi di rantau ini.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 31 May 2011 07:08 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


APAKAH INI BUKAN PEMBAZIRAN....

Posted: 31 May 2011 06:41 PM PDT

TUDUHAN SEMBRONO DARI PEMUDA SONGKOK TIGA JENGKAL

Posted: 31 May 2011 01:57 AM PDT

Satu tuduhan melulu mengenai pembinaan gereja terbesar di asia telah dilontar oleh Razlan Rafii, seorang ketua pemuda UMNO bahagian Seputeh.

Kenyataan Razlan melalui laman sosial twitternya adalah seperti di bawah;


Razlan dalam twitternya berkata, tapak pembinaan gereja terbesar di Selangor yang juga terbesar di asia adalah dalam kawasan Kinrara, merujuk kepada kawasan di bawah tanggungjawab YB Teresa Kok.

Tuduhan Razlan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab melayu untuk dijadikan sebuah gereja terbesar di asia. Ini adalah satu tuduhan yang sangat serius! Sudahlah dituduhnya kerajaan PR ambil tanah rizab melayu, dituduhnya pula tanah tersebut untuk pembinaan sebuah gereja. Tajuknya yang boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia - Tanah hak milik kekal melayu dijadikan gereja oleh kerajaan PR ?

Adakah tuduhan ini berasas ? Atau main hentam sembrono sepertimana UMNO membaling batu sembunyi tangan?

Sebelum saya meneruskan dengan lebih terperinci, persoalan yang harus difikirkan ialah ketika mula digazetkan tanah rizab melayu selepas penjajahan british berapa jumlahnya? Sekarang berapa pula bakinya? Siapa memerintah selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti?

UMNO sebenarnya masih tidak percaya betapa rakyat telah mengetahui siapakah yang bertanggungjawab menjadikan tanah rezab melayu berkurangan hampir separuh jumlahnya selama jubli emas pemerintahan UMNO.

Justeru itu, ingin saya menjawab balas tuduhan seorang ketua pemuda bahagian yang sepatutnya saya tidak perlu melayan. Tetapi oleh kerana melihat tuduhan ini sebagai sesuatu yang sangat serius hingga membolehkan mereka yang tidak punya maklumat akan memandang busuk kepada Pakatan Rakyat, maka saya jawab dalam bentuk point;

1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur

Tuduhan yang mengatakan tanah tersebut adalah dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;

Peta 1 - Selatan Kuala Lumpur

Lihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta Kuala Lumpur bahagian selatan.

Peta 2 - Map dari laman web CCC sendiri

Dengan dua peta di atas, boleh buat perbandingan yang menunjukkan kedudukan gereja terbesar asia adalah terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek gereja terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta ini di dalam kawasan persekutuan ? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL? atau Menteri Wilayah ??


2. Tanah rizab melayu ?

Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rezab melayu, maka kemarahan rakyat terhadap BN sepatutnya akan lebih parah. Tetapi fakta tetap fakta, tidak disembunyikan dalam pendedahan ini.

Tanah tapak pembinaan gereja tersebut adalah di bawah zon antarabangsa. Untuk pengetahuan, salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia ini ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah pihak saya mendapat kepastian apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil ini samada asalnya adalah salah satu tanah rezab melayu yang hilang tak berganti. Ini kerja UMNO ?


3. Kelulusan pembinaan.

Tuduhan Razlan dalam akaun twitternya juga meleset apabila ia bermaksud projek pembinaan gereja terbesar asia ini adalah di bawah kelulusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sekarang mari kita lihat apakah benar bagai dikata;

Lihat kenyataan di bawah yang saya petik dari sumber di sini ;
The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an

appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.
Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans wereapproved, we also received

approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt.

Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Tidaklah mahu sata terperincikan siapakah yang meluluskan gereja terbesar asia ini. Fikir sendirilah parti manakah yang menang besar dalam PRU tahun 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di asia. Hidup melayu !!

Jika anda nak lihat progress pembinaan, sila ke laman di sini . Anda boleh lihat bagaimana progress sebuah gereja terbesar asia terbina di bumi malaya di atas kelulusan pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal panjangnya. Tarikh bermula pembinaan ialah 15 Febuari 2008 iaitu hampir sebulan sebelum rakyat Malaysia menunjukkan kebangkitan tsunami 8 Mac 2008 !

contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008

Mungkin satu upacara 'doa selamat', ia berlaku pada 15 Feb 2008

Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar asia sebelum menawan negeri selangor ? Mungkin kita leka dan terlupa bahawa sebenarnya telah dijelaskan dalam perkara 1 - kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil bukan di dalam negeri selangor!


Cukuplah setakat 3 perkara saya jawab fitnah yang ditaburkan oleh seorang ketua pemuda bahagian. Saya jawab dengan fakta yang lengkap kalau pun kurang sempurna demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi.

Tanpa sedar, tuduhan liar sebegini bukan sahaja memburukkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat dengan perkara yang tidak benar, tetapi juga ia mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung sebaiknya.

Seperkara lagi yang terakhir. Kalau benarlah gereja terbesar asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV123 akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga sampai detik pilihanraya. Tetapi pembinaan gereja terbesar asia ini sunyi dari diberitakan ke seantero malaya, apakah maknanya ? Adakah 'mereka' yang sebenarnya curi tanah rezab melayu untuk bikin gereja ??

Wee Choo Keong

Posted: 31 May 2011 03:35 PM PDT

Wee Choo Keong


Parliamentary Questions For June Session

Posted: 30 May 2011 09:36 PM PDT

1.  Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan untuk: i.  menamakan kesemua GLC dan yang telah terlibat dalam perjanjian satu pihak dengan sektor swasta seperti antara Petronas dengan Omak Simfoni Sdn Bhd dan Omak Damai Sdn Bhd yang dikendalikan oleh Datuk Fathis, Datuk Fuad dan Datuk Farish dan antara MAS yang terlibat pembekal makanan; dan ii.  Apakah tindakan yang diambil [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 31 May 2011 11:06 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Lapangan Terbang Rembau, KJ, MB atau PM yang bohong

Posted: 31 May 2011 01:13 AM PDT



Memang pening kepala tengok kenyataan pemimpin Umno kat 1Malaysia ni. Yang Ketua Pemuda Umno kata tak ada lapangan terbang di Rembau akan dibina. Yang Menteri Besar kata akan di bina landasan pesawat. Yang PM pula kata akan dibina Lapangan Terbang TUDM di Sendayan. Sendayan ni pun dalam Parlimen Rembau di DUN Rantau.

Ke mereka semua ni tak pernah tahu bahawa di Rembau pernah ada lapangan terbang iaitu di DUN Paroi, juga dalam parlimen Rembau seperti dilaporkan pada Blog berikut http://twoflight.blogspot.com/

MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG
Sinar Harian Mei 2011 - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu akan ditunaikan oleh Kerajaan BN sebagai bukti kesungguhan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9115249.asp

PANGKALAN UDARA BAHARU TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DI SENDAYAN
Utusan Malaysia 28 Mei 2011 – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kawasan Sendayan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi yang akan ditutup tidak lama lagi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0529&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

LANDASAN PESAWAT KECIL DIBINA DI REMBAU
Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
http://amkns.blogspot.com/2011/05/majlis-letak-batu-asas-landasan-pesawat.html

Hospital 1Malaysia kurang doktor pakar dan alat canggih

Posted: 30 May 2011 09:17 PM PDT



Yang digembar gemburkan ialah Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Tapi perkhidmatan di hospital ada saja masalahnya, kurang doktor pakar, kurang peralatan canggih. Yang sorang tu janji nak buat Hospital Rembau sejak tahun 2008, yang ada hanya Batu Asas Hospital Rembau. Tak ada duit, cakap ajelah tak ada duit.

Cerita janji buat Hospital Rembau tahun 2008 belum lagi tertunai, tak usah banyak janji di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Rawatan kes sakit kritikal tidak seragam
Berita Harian 31 Mei 2011

TEKNOLOGI perubatan dalam negara diakui sudah mencapai satu tahap terbaik dengan kemampuan mengendalikan pelbagai kes serius tanpa perlu lagi dirujuk ke luar negara. Malah, dengan adanya Institut Jantung Negara (IJN), kes serius dan kritikal membabitkan organ penting itu sudah berjaya ditangani dalam negara.

Namun, dalam keupayaan membekalkan teknologi terbaik, masih ada kelonggaran yang wajar diberi perhatian iaitu membabitkan sistem operasi dan cara mengendalikan pesakit. Ia perlu dilihat semula kerana meskipun mempunyai teknologi hebat tetapi lemah dalam menangani pesakit, nyawa kadangkala hilang begitu saja kerana salah menafsir keperluan.

Saya merujuk kepada dua kes yang pernah berlaku dalam keluarga saya dan seorang daripadanya sudah meninggal dunia. Memang ajal maut di tangan Tuhan tetapi rasa begitu kecewa kerana kegagalan menguruskan pesakit dengan cekap menjadi antara punca sistem perubatan terutama di hospital kerajaan sering dipersalahkan.

Kedua-dua kes dalam keluarga saya hampir sama situasinya. Ibu saudara saya diserang darah tinggi yang memuncak sehingga dia pengsan di rumah dan apabila dihantar ke Hospital Kajang, tiada tindakan segera diambil, sekadar membiarkannya berehat di katil bilik kecemasan.

Esoknya, apabila secara tiba-tiba dia diserang strok, barulah ada usaha untuk memindahkannya ke Hospital Serdang kerana menurut doktor, Hospital Kajang tiada alat pengimbas untuk melihat kerosakan serius di kepala. Akhirnya, selepas disahkan seluruh bahagian dalam kepala dipenuhi darah, doktor hanya mengatakan, berserah saja...

Paling pelik, doktor di Hospital Serdang mengesahkan sudah menghubungi Hospital Besar Kuala Lumpur kerana mungkin di sana ada pakar yang lebih baik tetapi permohonan pemindahan itu ditolak kerana dikatakan pesakit itu sudah tiada harapan.

Kes kedua dan terbaru, ayah mentua saya sendiri dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kajang kerana tiba-tiba pitam dan disahkan mengalami serangan jantung serius. Malah, doktor di situ juga memberitahu tahap serangannya serius serta boleh membawa maut.

Dalam keadaan genting itu, mereka menghubungi Hospital Serdang dan IJN kerana di dua pusat perubatan itu ada pakar khusus untuk kes jantung. Namun, sekali lagi jawapan mengecewakan diterima iaitu dua pusat itu tidak menerima pemindahan pesakit dan sekadar memberi panduan kepada doktor di Hospital Kajang untuk terus memantau pesakit.

Ini yang pelik. Bagaimana dua pusat itu enggan menerima, sedangkan doktor sendiri mengesahkan pesakit dalam keadaan kritikal. Lebih kecewa apabila doktor di Hospital Kajang menasihatkan kami untuk menghubungi sesiapa yang dikenali bagi memudahkan proses pemindahan itu. Pendek kata, gunakan 'kabel lebih besar'.

Mujur, seorang daripada keluarga kami mengenali seseorang di Kementerian Kesihatan dan atas bantuannya ayah mentua saya berjaya dipindahkan ke IJN. Lebih pelik apabila tiba di IJN, dia disahkan kritikal dan pembedahan perlu dibuat segera. Bayangkan apa jadi jika kami tidak kenal 'orang dalam' dan rawatan oleh bukan pakar terus dibuat di Hospital Kajang.

Diharap senario ini diberi perhatian serius oleh kementerian supaya tidak pula nanti pisang berbuah dua kali. Kenapa pesakit yang disahkan kritikal perlu menerima lampu hijau terlebih dulu daripada hospital yang ada pakar sedangkan semuanya di bawah sistem hospital kerajaan. Bertindaklah supaya tidak lebih banyak nyawa melayang!

KELIRU DAN KECEWA,
Kajang Perdana, Selangor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rawatankessakitkritikaltidakseragam/Article

Polis tiada di balai, pemandu ambulans pula hilang

Posted: 30 May 2011 08:15 PM PDT



Adakah perkara ini hanya berlaku di balai polis dan pusat kesihatan di Perak saja, atau mungkin berlaku di beberapa tempat lain di 1Malaysia? Kenapa perkara sebegini boleh berlaku dikala kerajaan Umno BN melaung-laungkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat didahulukan untuk apa, pencapaian apa yang diutamakan?

POLIS TIADA DI BALAI, PEMANDU AMBULANS PULA HILANG
Utusan Malaysia 31 Mei 2011

SAYA ingin mengambil kesempatan melalui ruangan ini untuk meluahkan aduan mengenai dua perkara di kampung saya.

BALAI POLIS PADANG GAJAH, TRONG, PERAK.

Jenayah di kampung saya (Kampung Sungai Tinggi, Trong, Taiping, Perak) semakin menjadi-jadi. Orang kampung hidup dalam kebimbangan. Rompakan, kecurian, samun, penagihan dadah serta penipuan gores dan menang semakin berleluasa.

Terdapat satu kes di mana seorang mangsa menghubungi balai polis berhampiran untuk memaklumkan rumahnya cuba di pecah masuk.

Namun pegawai yang sepatutnya menyambut panggilan tiada. Untuk rujukan kejadian berlaku dalam lingkungan pukul 4 pagi. Balai polis terdekat ialah Balai Polis Padang Gajah, Trong, Perak.

Untuk makluman, walaupun telah banyak kali berlaku kes-kes jenayah namun pihak polis masih tidak mengambil tindakan drastik untuk membendung gejala ini.


PUSAT KESIHATAN SUNGAI KERANG, TRONG.

Ini mengenai pemandu ambulans hilang dari tugas. Satu kemalangan yang membabitkan kecederaan parah telah berlaku di kampung saya. Apabila di hubungi pihak pusat kesihatan, pemandu ambulans yang sepatutnya bertugas tiada.

Untuk makluman, beberapa buah kampung dalam daerah Trong merujuk kepada pusat kesihatan ini untuk perkhidmatan kesihatan.

Hampir satu jam mangsa terlantar namun bantuan ambulans tak juga tiba. Akhirnya mangsa terpaksa di hantar ke hospital dengan LORI PERSENDIRIAN.

Sekiranya mangsa telah mengalami kecederaan dalaman, pastinya ia akan lebih memudaratkan.

SAIFOL,
Trong, Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih Terabai 1Malaysia

Posted: 30 May 2011 08:15 PM PDT



Kesian nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di 1Malaysia ni. Tak apalah bergembiralah guru-guru 1Malaysia semua dengan Pengumumam Berita Baik Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2011 oleh PM dan TPM dengan kenaikan gaji hanya untuk Pengetua dan Penolong Kanan.

Kisah Berita baik hanya gembirakan pengetua, GPK di http://amkns.blogspot.com/2011/05/ramainya-guru-1malaysia-marah-pada.html

APA KESUDAHAN NASIB GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH?
Utusan Malaysia 31 Mei 2011

SAYA merupakan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah mencurahkan khidmat bakti sama seperti guru terlatih. Kami tidak terkecuali dalam melaksanakan tugas sama ada daripada segi kurikulum dan kokurikulum.

Malah kami juga dicerap atau dipantau oleh pihak pentadbir mahu pun pegawai pelajaran peringkat negeri.

GSTT juga tidak dibezakan oleh pihak pentadbir. Maksudnya apabila saya menerima tawaran sebagai GSTT, bermakna tanggungjawab dan amanah yang dipikul adalah besar dan tiada bezanya seperti guru tetap.

Pendek kata, segala program yang diatur oleh pihak sekolah, GSTT juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program berkenaan.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac lalu, seolah-olah memberi nafas kepada GSTT sehinggakan keesokan harinya terpampang di dada akhbar dan di kaca televisyen mengenai berita gembira untuk para GSTT.
Namun sehingga kini masih belum diketahui status sebenar kenyataan beliau.

Rata-rata masyarakat setempat umumnya mengandaikan bahawa kami bekas GSTT seolah-olah akan mendapat tawaran mengajar kembali setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran.

Hakikatnya, hingga kini status pengumuman berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya kepada bekas GSTT.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar persoalan tersebut dapat dirungkaikan.

Saya juga amat mengharapkan agar Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran memberi peluang kepada bekas GSTT untuk menyambung kembali perkhidmatan kerana rata-rata GSTT telah berkhidmat lebih dari setahun dan telah mempunyai pengalaman.

Beri kami peluang untuk mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa.

SUHANA
Sungai Petani, Kedah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 31 May 2011 09:08 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Semakin Cepat PRU, Semakin Dekat Perubahan

Posted: 31 May 2011 07:01 AM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut