Rabu, 18 Mei 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 18 May 2011 03:05 PM PDT

Hakim kesal banyak kes dadah libatkan Melayu

Posted: 18 May 2011 02:53 AM PDT

BERNAMA

Seorang hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melahirkan kekesalannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini melibatkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda berkata orang Melayu telah dididik sejak kecil bahawa dadah itu adalah haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam.

"Masalahnya kita orang Islam tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya. Islam menekankan bahawa yang utama ialah ilmu dan apabila ilmu tiada kita main-mainkan hukum agama.

"Doa kami agar awak ambil (hukuman) ini sebagai lembaran baru dan jalani kehidupan kamu mengikut undang-undang Allah dan bukan mengikut nafsu. Apa pun hukum dunia kita kena jalankan juga dan harap awak benar-benar insaf serta bertaubat nasuha," katanya.

Abd Rahim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun Fazizol Mohd Razali, 25, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang dekat sini, kira-kira 10.45 malam pada 21 Februari 2009.

Fazizol didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan asal mengedar mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Fazizol bagaimanapun menukar pengakuannya selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan.

Dalam prosiding yang sama, Abd Rahim melepaskan tanpa membebaskan rakan tertuduh, Mohd Zuhaili Husen, 30, daripada tuduhan yang sama.

Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Mohd Zuhaili yang berdiri di kandang tertuduh terus menangis dan memeluk Fazizol.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi sementara Fazizol diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusof dan Mohd Zuhaili diwakili peguam Suzanawati Ismail.

Demo di Utusan: AMK tak gerun dengan PERKASA

Posted: 18 May 2011 02:08 AM PDT

Ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia.

NONEKatanya, AMK juga akan meneruskan rancangan protesnya ke atas Utusan Malaysia pada Jumaat ini, namun mungkin dalam bentuk pertemuan dengan ketua pengarang akhbar berkenaan dan menyerahkan memorandum bantahan.

Rozan Azen berkata, langkah itu diambil memandangkan satu lagi protes yang lebih besar – ke atas Lynas Malaysia Sdn Bhd berhubung projek pemprosesan nadir bumi – akan diadakan pada hari yang sama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rancangan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, dan juga dakwaan bahawa protes yang dirancang AMK merupakan tindakan "biadap" dan "tidak menghormati kebebasan bersuara" Utusan.

Dakwaan berkenaan disuarakan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, Rozan Azen berkata AMK juga tidak akan tunduk dengan gesaan PERKASA supaya pergerakan itu disiasat kerana "gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu yang tidak memihak kepada (ketua umumnya) Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Jelasnya, AMK tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan dalam protes berkenan.

azlan"Kami tidak kata kami akan bakar Utusan. Kami hanya datang sebagai simbol protes, desak untuk bertemu dengan ketua pengarang Utusan dan hantar memo bantahan.

"AMK tidak gerun (dengan gesaan PERKASA) kerana kami matang dalam politik. Kami tetap akan hadir," katanya lagi ketika bercakap dalam satu sidang media di Wangsa Maju har

Teori cara Beng Hock bunuh diri

Posted: 18 May 2011 02:01 AM PDT

Subky Latif

DALAM sepanjang penyiasatan tentang kematian Teoh Beng Hock perkembangan yang tersiar mengaitkan dia membunuh diri.

Macam-macam teori dibuat cuba mengaitkan dia membunuh diri dengan terjun dari tingkat pejabat SPRM ke tingkat bawah yang dijumpai mati.

Oleh kerana tiada siapa yang melihat kejadian itu maka berbagai teori timbul baik tentang dia dibunuh dan dia membunuh diri.

Dalam semua penyiasatan itu saya belum terjumpa teori tentang cara dia terjun bagi membunuh diri itu.

Kalau dia dibunuh, maka tidak banyak yang hendak dibangkitkan bagaimana dia dicampakkan ke bawah dari tingkap di atas itu. Dia boleh dicampak hidup-hidup atau dia dilemparkan ke situ sesudah mati.

Tetapi dia terjun ikut tingkap itu macam mana. Saya terjumpa keterangan yang tersiar tentang teori dia melompak ke bawah.

Kalau dia melompat ikut tingkap tentulah dia memanjat tingkap di situ dan kemudian terjun dari tingkap itu ke bawah.

Bila dia memanjat tingkap tentu tangannya memegang mana-mana bahagian di tingkap itu baik di dinding sekitar bawah tingkap dan sebagainya. Biasanya kesan cap jari menjadi keterangan penting dalam banyak penyiasatan dan perbicaraan.

Mungkin ada tersiar hal ini tetapi saya mis atau tidak terbaca.

Apa pun saya percaya kalau dia membunuh diri dia mesti menjamah mana-mana bahagian tingkap itu dan kesan cap jari dan cap tangannya dapat membantu menyelesaikan parkara itu.

Tetapi jika kesan cap jari dan tangan itu tidak ada, maka bagaimana dia boleh terjun tanpa meninggal sebarang kesan cap jari dan tangan?

Adakah dia melompat dari lantai di bawah tingkap itu dan meloloskan dirinya melalui tingkap tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap itu?

Payah difikirkan ada orang berdiri di bawah tingkap boleh melompat ke paras tingkap dan meloloskan diri melalui tingkap.

Yang boleh dia berundur beberapa kaki dari tingkap dan kemudian berlari ke arah tingkap. Agak beberapa kaki dari dinding yang ada tingkap itu dia pun melompat melalui tingkap seperti yang selalu dilakukan oleh ahli sukan lompat tinggi.

Dengan cara itu dia boleh melompat tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap dan terus jatuh ke bawah.

Adakah boleh kita buat teori begitu? Dan orang dapat terimakah teori seperti itu?

Kalau dia memanjat tingkap sebelum terjun, dia misti pegang bahagian bawah tepi tingkap dan pegang bingkai tingkap baik yang di kiri atau di kanan. Dia tidak boleh berdiri di tingkap tanpa berpaut kepada bingkai tingkap. Kecuali dia berpaut kepada tepi bahagian bawah tingkap dan lonjak kuat-kuat dengan kakinya melepasi tingkap.

Apa pun kesan cap jari mesti ada di mana-mana di tepi tingkap. Kesan itu mungkin hilang atau padam disebabkan ramai orang kemudian datang berpegang pada bidang tepi tingkap untuk menjenguk bahagian lantai bawah tempat dia dijumpai mati.

Apabila ramai orang datang ke situ memegang tepi tingkap itu boleh menyebabkan kesan cap jari boleh hilang.

Tetapi pegawai-pegawai SPRM tentu peka tingkap yang dia dikira terjun dari situ tidak disentuh dan diraba kerana cap jari amat diperlukan dalam penyiasatan. Pegawai penyiasatan adalah lebih arif dalam kerja-kerja yang boleh menghilangkan kesan cap jari atau apa-apa kesan lain bagi dijadikan saksi keterangan.

Apabila kesan seperti itu hilang, maka payah hendak menguatkan satu-satu teori. Teori tanpa sokongan tidak menjadikan teori itu kukuh.

Kesan cap jari di sekitar tingkap itu amat perlu bagi menguatkan teori bunuh diri itu. Ia terpaksa bergantung kepada pendapat pakar dari isu-isu lain.

Apa pun kalau dia membunuh diri, maka cara dia terjun tingkap itu amat menarik dan semua orang mahu mengetahui bagaimana ia dilakukan. Memang ajaib bila kesan cap jari tidak disertakan kerana orang tidak terfikir manusia boleh jadi seperti burung terbang membolos tingkap yang terbuka.

Orang tidak tahu Beng Hock ada kepakaran kungfu boleh melompat jauh seperti yang disaksi dalam filem-filem Cina.

3 pemimpin PAS dibicara hari ini dan esok

Posted: 18 May 2011 02:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin PAS bersama 42 yang lain sedang dibicarakan hari ini dan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam kes himpunan Protes kenaikan harga minyak.

Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohamad Hatta Ramli serta 42 yang lain dituduh menyertai himpunan membantah kenaikan harga barang pada bulan Januari 2008 di perkarangan KLCC.

Ketiga-tiga mereka dibela oleh peguambela Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan yang sudah berjalan selama tiga tahun, namun sehingga kini ia masih di peringkat pendakwaan.

Seramai 36 saksi pendakwa telah memberi keterangan di mahkamah.

Selain ketiga-tiga mereka, turut didakwa adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Presiden PSM Dr Nasir Hashim, Setiausaha Agung PSM Arutchelvam, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Dr Badrulamin Baharon dari PKR.

Pakatan Rakyat prihatin kebajikan guru

Posted: 18 May 2011 01:56 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri yang sangat prihatin terhadap kebajikan guru-guru negeri itu.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam kenyataan sempena sambutan Hari Guru berkata, guru-guru Kafa telah menikmati beberapa kenaikan gaji walaupun Pakatan Rakyat baru memerintah selama 3 tahun.

Selain itu katanya, tawaran kenaikan RM500 untuk setiap guru dari dalam Buku Jingga juga memperlihat keprihatinan Pakatan Rakyat dalam memartabatkan guru-guru sebagai orang yang sanggup bersusah-payah,semata-mata untuk melahirkan generasi yang berilmu dan bakal menjadi pelapis kepimpinan negara.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan Selamat hari Guru kepada seluruh guru khususnya di Negeri Selangor.

"Tanggal 16 Mei pada setiap tahun telah dijadikan tarikh keramat untuk memperingati jasa dan pengorbanan para guru yang telah bersusah payah dalam memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk mendidik para generasi masyarakat menjadi orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa dan seterusnya melahirkan pelapis-pelapis kepimpinan baru yang akan mewarisi kepimpinan sedia ada.

"Pemuda PAS Negeri Selangor amat menghargai sumbangan guru-uru yang cukup bermakna kepada kami kerana di atas jerih perih guru-guru mendidik dan mengajar kami maka ada di kalangan kami kini menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPNS juga katanya berharap kerajaan negeri konsisten dalam menjaga kebajikan seluruh warga guru di semua peringkat bermula dari pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi di Selangor.

Dalam Buku Jingga yang dilancarkan di konvensyennya November tahun lalu, Pakatan mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru menjelang 100 hari, jika berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya sebagai menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

Pada kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau mac lalu,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba meniru Buku Jingga apabila berjanji memberi ganjaran Anugerah Tawaran Baru serta-merta sebanyak RM7,500 seorang kepada 586 guru besar yang mencapai prestasi cemerlang dalam membangunkan kualiti murid dan sekolah.

Pemberian berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.4 juta iaitu sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara.

Seramai 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang, manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang.

Isnin lalu, Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa guru-guru akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari tahun depan dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat menyifatkan tawaran-tawaran ini sebagai langkah 'melawan' Buku Jingga yang dilihat mampu menarik hati rakyat.

Umno parti talam dua muka

Posted: 18 May 2011 01:53 AM PDT

Aziz Muda
KUALA LUMPUR: Umno disifatkan sebagai parti talam dua muka, ekoran tuduhannya yang tidak berasas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, khususnya membabitkan isu peniaga Melayu di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menyifatkan demikian berkata, bukti Umno bersifat talam dua muka boleh dilihat apabila mereka mengatakan Kerajaan Pulau Pinang membelakangi kaum lain sekiranya diberikan pertolongan kepada orang Melayu.

Namun, menurut beliau, apabila kerajaan negeri menolong kaum lain pula Kerajaan Pulau Pinang akan dikatakan membelangi orang Melayu pula oleh Umno BN.

"Ini jelas menunjukkan Umno BN adalah parti talam dua muka. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serba tak kena pada mereka.

"Pada hal, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memang bertindak adil kepada semua kaum dan tidak pernah membelakangi apatah lagi menzalimi orang Melayu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Festival George Town 2011, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Umno BN bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus menzalimi peniaga-peniaga Melayu di negeri itu seperti yang disiarkan akhbar Umno, baru-baru ini.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, beliau berkata, dakwaan Umno BN itu dirujuk kepada peniaga-peniaga yang diberikan pilihan untuk berpindah ke tapak perniagaan lain yang lebih strategi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan ia melibatkan semua kaum.

"Jumlah peniaga-peniaga Melayu yang terbabit itu sebenarnya hanya kecil sahaja iaitu sebanyak 20-30 peratus sahaja, manakala selebihnya adalah kaum-kaum lain yang berjumlah 70-80 peratus.

"Jadi dengan itu, di mana bukti yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi orang Melayu, khususnya peniaga-peniaga Melayu?" tanya beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, katanya, peniaga-peniaga yang terbabit itu jelas tidak dizalimi. Sebaliknya, mereka diberikan pilihan sama ada mahu berpindah atau tidak.

"Peniaga-peniaga itu sendiri yang memilih untuk tidak berpindah. Jadi bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam hal ini," jelas beliau.

Di samping itu, tegasnya, selain mempunyai tapak perniagaan di kawasan itu, Kerajaan Pulau Pinang juga tahu, peniaga-peniaga itu sendiri juga turut mempunyai tapak-tapak perniagaan di kawasan lain di negeri itu.

"Itulah sebabnya mereka enggan berpindah, tetapi akhirnya dijadikan alasan pula oleh Umno BN untuk menuduh Kerajaaan Pakatan Rakyat dengan tuduhan seperti itu," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Umno BN agar tidak membuat tuduhan yang tidak berasas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana setiap dakwaan mereka itu sehingga kini sememangnya tidak mempunyai bukti langsung.

"Malah rakyat Pulau Pinang sendiri cukup faham dengan apa yang berlaku, sehingga setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akhirnya berpusing balik kepada mereka sendiri," tegas beliau.

Pakatan: BN lemah, tak adil PM dakwa rakyat ketagih 'candu subsidi'

Posted: 18 May 2011 01:49 AM PDT

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR — Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan "candu subsidi" yang memanfaatkan kroninya.

Beberapa pemimpin PR yang dihubungi juga mendakwa kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak telah menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi.

Malah, mereka juga memberi amaran bahawa tindakan menarik balik subsidi akan menyebabkan rakyat muflis, sebaliknya kerajaan perlu menggalakkan daya saing dan mengatasi manipulasi harga barangan.

Sehubungan itu, wakil rakyat PR mengesyorkan agar pentadbiran Najib menggunakan pendekatan holistik untuk memotong subsidi, dengan menggunakan sistem penstrukturan total dan mengurangkan subsidi bagi korporat besar berbanding pengurangkan skim dinikmati golongan miskin.

Kerajaan juga perlu melaksanakan majlis gaji minimum untuk menggalakkan gaji dan menyediakan sistem pengangkutan awam lebih baik untuk mengelakkan pergantungan pada kenderaan sendiri dan mengurangkan penggurangan minyak.

Ahli Parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, penggunaan istilah "candu" oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak bagi menggambarkan pergantungan pada subsidi adalah tidak adil memandangkan pentadbirannya tidak banyak bertindak bagi mengurangkan keadaan itu.

Katanya, dalang mengakibatkan manipulasi pasaran adalah kerajaan itu sendiri dengan memberi subsidi dan geran dalam jumlah besar kepada syarikat dan kroni.

"Dan, di satu sebelah, mereka menghukum dan mengaibkan rakyat dengan mengatakan mereka ketagih pada candu subsidi, yang mana ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang mereka berikan kepada kroni-kroni mereka," katanya.

Justeru, Dzulkefly juga menggesa kerajaan agar mempertimbangkan dasar-dasar yang diketengahkan oleh PR dalam Buku Jingga mereka di mana ia mengesyorkan penstrukturan holistik dalam sistem subsidi.

"Kami dalam PR faham bahawa pendekatannya bukan dengan mudah memutuskan subsidi... kami meminta agar diadakan penstrukturan holistik sistem subsidi.

"Cara mereka (BN) hanya sedikit demi sedikit, kaedah jangka pendek, jika mereka teruskan akan memaksa yang miskin terdedah kepada kesan ekonomi global," kata beliau.

Dalam ucapannya di London kelmarin, Najib berkata subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Dzulkefly, wakil rakyat Kuala Selangor berkata, penarikan balik subsidi total akan menyebabkan kos-kos tidak adil ke atas kumpulan-kumpulan sensitif seperti kumpulan berpendapatan rendah.

"Ini seolah-olah dasar neokonservatif memperkayakan kroni dan kumpulan berkemampuan tetapi pada masa yang sama memangsakan kumpulan miskin.

"Tanya Najib, menerusi cara ini, bukankah ia memburukkan lagi ketidakaseimbangan pengagihan kekayaan dan ekuiti?" kata beliau.

"Mereka tidak serius dalam matlamat mereka menstruktur semula subsidi di negara ini," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang bersetuju dengan Najib bahawa subsidi adalah umpama "candu" kepada ekonomi Malaysia tetapi mempersalahkan kerajaan atas kegagalannya menyediakan alternatif yang betul kepada pengguna sebelum mengurangkan akses kepada "candu subsidi".

Pua juga mendakwa pentadbiran Najib menggunakan pendekatan salah dengan memotong subsidi rakyat miskin tetapi pada masa yang sama memberikan subdisi dalam jumlah yang besar kepada sektor korporat.

"Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Najib ialah menjadikan candu ini eksklusif kepada kroni-kroni BN," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini kepada The Malaysian Insider.

Katanya, dalam usaha mengurangkan beban ketagihan kepada candu subsidi, alternatif-alternatif yang lebih baik harus diadakan seperti sistem pengangkutan awam.

"Pada peringkat sekarang, rakyat Malaysia menggunakan jumlah minyak pada amaun yang banyak, bukan kerana kita membayar harga lebih rendah berbanding dengan harga pasaran tetapi juga kerana kita tiada alternatif lain, terpaksa memiliki kenderaan kerana lemahnya infrastruktur pengangkutan," kata Pua.

Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan pemotongan subsidi kepada korporat besar seperti Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol daripada hanya membebankan golongan miskin.

Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago bersetuju dengan Pua sambil menambah, salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia pada umumnya ketagih subsidi ialah kerana kadar upah yang tidak bergerak.

Katanya, 34 peratus pekerja Malaysia memperoleh gaji bulanan di bawah garis kemiskinan RM700.

"Antara tahun 2000 dan 2010, gaji hanya mengalami kenaikan 2.6 peratus, bermakna sepanjang 10 tahun lalu, kenaikan gaji tidak bergerak dan gaji kita tidak sepadan dengan kenaikan kos," katanya lagi.

Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan membentangkan rang undang-undang majlis gaji minimum ketika sesi Parlimen akan datang dan menetapkan gaji minimum antara RM1,500 dan RM2,000.

Sebagai tambahan, katanya, program bantuan tunai seharusnya dilaksanakan untuk melengkapkan peranan majlis itu, menyasarkan kumpulan miskin dan mereka yang berpendapatan bawah RM1,000 setiap bulan.

"Akhirnya, perlu ada usaha besar di pihak kerajaan untuk mengurangkan rasuah di mana kerajaan kehilangan wang dalam jumlah yang banyak, memotong perbelanjaan besar seperti subsidi korporat-korporat besar dan mengawal aliran keluar wang haram," katanya lagi.

Katanya, jika kerajaan mahu mengurangkan manipulasi pasaran dan menggalakkan saingan, ia seharusnya menggunakan pendekatan yang sama ke atas syarikat-syarikat besar seperti IPP dan pemegang konsesi tol.

"Biar mereka bersaing di ekonomi global. Mereka juga seharusnya berdaya saing... jika mereka tidak boleh melakukan, maka sesuatu yang menyedihkan," katanya lagi.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan tidak harus menghukum rakyat atas ketidakupayaannya mengimbangkan bajet menerusi pemotongan subsidi, yang diperlukan oleh kumpulan sasaran.

Katanya, ketika ekonomi berada dalam kedudukan baik antara 2003 dan 2008, kerajaan telah gagal untuk memotong perbelanjaan, sebaliknya mengadakan projek-projek infrastruktur besar, sekali gus menyebabkan defisit bajet meningkat saban tahun.

Kata Adun Selangor ini, kerajaan tidak seharusnya mempersalahkan rakyat atas kelemahan mereka dan kegagalan melaksanakan strategi menggalakkan pertumbuhan yang dinamik ekonomi.

"Rakyat menderita ekoran inflasi yang tinggi, tiada gaji minimum, harga hartanah pula melambung... jadi mengapa membebankan rakyat," katanya.

Jihad: Salahkah saya beri ingatan, kata Ibrahim pertahan kenyataan

Posted: 18 May 2011 01:45 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan bersedia mengadakan perang jihad ke atas Kristian, yang dibuatnya minggu lalu, adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili keseluruhan masyarakat Melayu negara ini.

Ibrahim berkata, kenyataan itu merupakan satu mesej daripadanya kepada pihak yang selama ini mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan agar menghentikan segera perbuatan mereka itu.

Katanya, beliau tidak berniat menimbulkan rasa tidak hormat kepada agama lain tetapi kenyataannya semata-mata mahu mempertahankan kedaulatan agama Islam yang sebelum ini telah diganggu gugat oleh pihak tertentu.

"Saya berceramah di Kampung Changkat, Gombak dua hari lalu dan saya akui apa yang saya kata iaitu kalau posisi dominan dan kedaulatan Islam serta kedudukan orang Melayu terus diganggu gugat, saya bersedia berjihad ke jalan Allah.

"Mesej saya adalah supaya mereka hentikan melakukan perbuatan yang tidak patut itu. Bukan bererti saya nak menimbulkan atau tidak menghormati lain-lain kaum atau agama," kata dipetik Utusan Malaysia, selepas mengadakan perhimpunan secara aman bertujuan menerangkan isu jihad yang disertai kira-kira 500 ahli Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam.

Ibrahim (gambar) berkata, beliau bertindak sedemikian selepas timbul cerita tuntutan paderi di akhbar Utusan Malaysia yang kemudian dikecam oleh pelbagai pihak di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa tindakannya itu sebagai satu langkah awal untuk mengingatkan kepada orang ramai agar tidak lagi menyebut atau menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama.

"Saya buat kenyataan ini hanya apabila seorang ahli DAP yang hadir (pada majlis itu) membuat laporan polis dan selepas membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di akhbar yang mengatakan laporan Utusan Malaysia itu ada asasnya.

"Jadi salahkah apabila saya mengaitkan perkara ini untuk sekadar mengingatkan. Lainlah kalau saya mencetuskan sesuatu yang tidak ada. Memang saya patut dianggap salah atau patut diambil tindakan.

"Saya sedar apa yang saya kata dan bertanggungjawab dengan kenyataan yang saya buat kerana saya tahu ia untuk kebaikan negara dan rakyat serta keselamatan negara," katanya.

Ekoran kenyataan Ibrahim banyak pihak - pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menggesa kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

Antaranya, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

"Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional," kata beliau.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain.

Dalam ceramah hujung minggu lalu, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

"Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya.

Dalam reaksinya Ahad lalu, Hishammuddin berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini.

MB: Kelantan bina stadium baru 40,000

Posted: 18 May 2011 01:44 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah kompleks sukan yang turut memuatkan beberapa ruang solat bagi membolehkan penonton menunaikan tanggungawabjawab.

Menurut Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kompleks sukan itu akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Putih.

Selain membina kompleks sukan yang akan memuatkan sebuah stadium utama, jelas Nik Aziz (gambar) ia turut memuatkan ruang solat di beberapa bahagian stadium bagi memastikan penonton tidak lupa tanggungjawab masing-masing.

The Malaysian Insider difahamkan ketika perlawanan bola sepak yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, rata-rata penonton yang menyaksikan perlawanan itu menunaikan solat di pekarangan stadium serta di tempat duduk penonton.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanah air di mana kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, selain itu kita juga berhasrat agar stadium yang dibina turut memuatkan ruang solat di merata-rata bahagian bagi membolehkan penonton menunaikan solat dengan mudah dalam stadium," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan.

Jelas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, pentadbiran negeri pimpinannya tidak akan melupakan tanggungjawab terhadap tuntutan agama dan berharap penonton juga sentiasa begitu.

"Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh membangun bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Tambah beliau, reka bentuk kompleks sukan itu akan ditentukan oleh arkitek yang akan dilantik nanti.

"Reka bentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

"Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas tiga dasar iaitu bina, operasi dan pindah atau BOT.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

Guan Eng: Anwar akan kekal ketua pembangkang selagi MP

Posted: 18 May 2011 01:42 AM PDT

TERKINI

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen jikapun dipenjarakan atas tuduhan liwat kelak.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju agar Anwar terus memegang jawatan itu "selagi beliau masih Ahli Parlimen" dan sehingga tiada lagi ruang penyelesaian dari segi undang-undang.

"Selagi beliau (Anwar) masih Ahli Parlimen, beliau tidak akan digantikan," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Festival George Town 2011 di sini.

Lim (gambar) menegaskan walaupun Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat, Ketua Umum PKR itu masih mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan.

"Beliau tidak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya kerana beliau dipenjarakan. Sama seperti saya ketika saya dipenjarakan, saya masih Ahli Parlimen. Saya masih Ahli Parlimen sehingga rayuan saya diterima.

"Jadi jika anda akan dipenjarakan, anda boleh mengemukakan rayuan dan meminta agar diberi pengampunan. Saya telah menjadi Ahli Parlimen selama enam hingga sembilan bulan sehingga permohonan diberi pengampunan diterima," katanya.

Lim juga berkata perkara itu telah dipersetujui dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Anda boleh mempercayai saya. Ia juga dari semua pemimpin Pakatan Rakyat... saya boleh umumkan... saya boleh katakan. Perkara lain saya tidak boleh," katanya.

Lim bagaimanapun menolak daripada menjawab sama ada Pakatan Rakyat mempunyai apa-apa rancangan andaikata Anwar gagal rayuan.

"Kami akan umumkan bila tiba masanya," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat akan tetap bersama walaupun Anwar dipenjarakan.

"Kami tidak akan berpecah. Tidak kira sama ada ia positif atau negatif," katanya.

Apa sahaja khabar angin mengenai perpecahan Pakatan Rakyat, kata Lim, ia akan dipromosikan akhbar yang dimiliki Barisan Nasional (BN).

"Pakatan Rakyat teguh dan kami akan teruskan perjuangan untuk membawa perubahan Malaysia," katanya.

Kelmarin, Anwar diperintah membela diri atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Ini merupakan tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Kes Beng Hock: Nota misteri dianalisis semula

Posted: 18 May 2011 01:35 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Nota misteri yang diambil dari beg Teoh Beng Hock akan dianalisis semula.
KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Diraja yang sedang menjalankan siasatan berkaitan kematian Teoh Beng Hock mengarahkan supaya nota 'misteri' yang dijumpai dalam beg milik setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dianalisis semula oleh Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perkataan-perkataan yang telah dipadamkan.

Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan demikian selepas mempertimbangkan permohonan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah hari ini.

Beliau turut mengarahkan supaya perkataan-perkataan tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia oleh dua penterjemah mahkamah yang berkelayakan.

Nota kontoversial itu, yang diketengahkan sebagai bukti hampir setahun selepas kematian Teoh, mempunyai satu bahagian yang telah dipadamkan dengan pen.

Shafee memberitahu suruhanjaya bahawa langkah itu penting untuk menentukan keadaan mental penulis.

"Jika sesungguhnya ia adalah Teoh Beng Hock, maka ia akan menunjukkan bahawa dia berfikir beberapa minit sebelum kematian," kata beliau.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Shafee membuat permohonan itu pada 11 Mei lepas dan prosiding tergempar hari ini dijalankan untuk mendengar permohonan itu secara terbuka.

Prosiding suruhanjaya selesai pada 10 Mei lalu setelah mendengar keterangan 70 saksi.

Shafee pula dipetik berkata, analisis semula itu perlu dilakukan bagi menentukan keadaan minda Teoh sebelum mati dan apa perkataan yang telah dipadamkannya.

"Siapa jua yang memadamkan perkataan di bawahnya mestilah orang yang sama yang menulis nota itu. Perkataan yang dipadamkan akan membantu dalam membuat interpretasi.

"Saya meminta ahli kimia supaya memeriksa semula nota dan mendapatkan semula perkataan yang dibatalkan itu," katanya.

Nota itu dijumpai dalam beg sandang Teoh dan telah dianalisis pertama kali di Jabatan Kimia ketika prosiding inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam.

Analisis itu mengesahkan bahawa tulisan tangan pada nota itu milik Teoh.

Pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober 2009 iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Presiden NUJ: Saya kekal berkecuali, tidak sokong mana-mana parti

Posted: 18 May 2011 01:32 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


Hata berkata beliau tidak memihak dengan mana-mana parti politik. — gambar fail
KUALA LUMPUR— Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Hata Wahari menegaskan beliau terus bersikap berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

Sebaliknya jelas, Hata, beliau hanya menggunakan platform yang ditawarkan parti politik hanya untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa media dalam negara ini masih dikongkong dan dikuasai oleh parti-parti politik yang perlu dibebaskan.

"Saya sentiasa bersikap berkecuali, saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik... itu adalah intipati perjuangan saya selama ini dan dalam forum-forum yang saya sertai saya tidak minta orang ramai agar sokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

"Sebagai Presiden NUJ, saya tidak memihak mana-mana parti politik, saya hanya gunakan forum yang ditawarkan untuk memberitahu orang ramai bahawa media kita masih dikongkong... ini perjuangan saya, bukan untuk parti-parti politik, saya hanya cakap media kita harus dibebaskan baru kita boleh beri khidmat yang adil kepada parti-parti politik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas mempertahankan pendirian itu, Hata berkata, dakwaan mengatakan beliau memihak kepada Pakatan Rakyat adalah tidak benar sama sekali.

"Kalau anda datang ke forum saya, saya tidak suruh orang ramai sokong PAS, PKR atau Umno, saya hanya tuntut kebebasan media agar tidak dikongkong parti politik.

"Ini adalah prinsip saya, saya tidak sokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional dan saya mempunyai pendirian dan berkecuali dalam perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan akhir minggu lalu, yang meminta agar bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu mematuhi pendirian kesatuan itu untuk bersikap berkecuali dengan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Kata Anbalagan, sebagai kesatuan mewakili 1,400 ahli, bukan dasar kesatuan untuk cenderung menyokong mana-mana parti di negara ini.

"Majlis Eksekutif NUJ telah menjelaskan pendirian kesatuan untuk pengetahuan Hata pada mesyuarat Sabtu lalu.

"Kalau dia masih lagi bercakap atas platform pembangkang, terpulang kepada Majlis Eksekutif untuk menentukan kedudukannya kerana (perbuatan) Hata boleh menjejaskan imej NUJ," katanya.

Difahamkan, NUJ "kurang senang" dengan beberapa tindakan Hata yang dilihat cenderung menyokong pembangkang antaranya memberi kenyataan kepada portal-portal propembangkang.

Terbaru, Hata tampil berceramah di pentas PAS bagi menyatakan pandangannya terhadap Utusan Melayu.

Anbalagan berkata, pihak kesatuan telah meminta pandangan dan nasihat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja mengenai kedudukan Hata sebagai Presiden NUJ memandangkan beliau telah dipecat oleh majikannya.

Jelas Hata, beliau bersedia untuk menyertai mana-mana platform atau jemputan untuk menyampaikan ceramah oleh mana-mana parti politik demi memastikan media dibebaskan dari kongkongan parti politik.

"Perjuangan saya adalah menuntut kebebasan media secara keseluruhan termasuk bebas dari parti-parti politik. Sebagai contoh mana-mana pihak yang mahu terbitkan akhbar tidak perlukan permit.

"Tapi masalah yang ada sekarang jika akhbar itu menyokong Pakatan Rakyat nak dapatkan permit pun susah, itu sebab media ini tidak boleh dikongkong dengan parti politik, biar ia bergerak sendiri.

"Sekiranya mana-mana parti politik termasuk Umno sediakan platform kepada saya untuk bercakap perkara ini, saya tiada masalah," katanya.

Pembela :Individu Tiada Kuasa Tak Layak Isytihar Perang Jihad

Posted: 17 May 2011 11:05 PM PDT

TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Sementara kontroversi kenyataan 'perang jihad' disuarakan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali masih hangat diperbahaskan, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menegaskan, tiada individu yang layak untuk "melahirkan seruan jihad atau syahid" tanpa kuasa yang sah.

Justeru tegas Pengerusi Pembela Dr Yusri Mohamad, hanya pemimpin yang mempunyai kuasa rasmi dalam sesebuah negara Islam sahaja yang boleh bertindak demikian.

Oleh itu tambah beliau, tindakan mengeluarkan seruan jihad dan syahid boleh menimbulkan tanggapan salah terhadap Islam dan penganutnya.

"Hakikatnya, walaupun jihad dan syahid adalah prinsip-prinsip yang termaktub dalam agama Islam, prinsip-prinsip ini tertakluk rapi dengan syarat-syarat dan batasan syariat.

"Ia tidak boleh diisytiharkan dan ditentukan oleh mana-mana individu kecuali pemimpin yang mempunyai kuasa rasmi dalam sesebuah negara Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Yusri, sikap ekstrim terhadap agama harus dielakkan sebaliknya ditangani perkara itu itu dengan sebaik mungkin.

"Pembela juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak agar mengelakkan sikap ekstrim dalam menangani isu-isu berkaitan agama di negara kita.

"Ini termasuklah mengelakkan daripada mengeluarkan seruan jihad dan syahid kerana ia boleh di salah faham dan menimbulkan tanggapan yang salah terhadap Islam," katanya.

Dalam ceramahnya akhir minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Selain itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Ibrahim mempertahankan kenyataannya tempoh hari atas alasan ia pandangan peribadi dan sekadar peringatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Yusri berkata, kegagalan kerajaan bersikap tegas dan terlalu melayan tuntutan penganut agama lain adalah faktor yang menyebabkan kedudukan Islam semakin tercabar.

"Pembela merasakan bahawa kegagalan bertegas dan sikap terlalu melayan tuntutan dan dakwaan sesetengah pihak yang bercanggah dengan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah menjadi antara faktor yang menggalakkan lagi sikap dan tuntutan seumpama itu.

"Misalnya, ada yang mengaku akur dengan Perkara 3(1) yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi tidak henti-henti cuba menuntut kedudukan yang sama tinggi bagi agama-agama lain. Sering pula tuntutan ini dibuat dengan cara yang kasar dan dengan pendekatan konfrontasi yang menunjukkan sikap tidak hormat dengan falfasah peruntukan ini," katanya.

Justeru kata beliau, pihaknya memberikan sokongan penuh terhadap titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang mengingatkan agar tindakan tegas wajar diambil kepada mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan bidang kuasa Raja-raja Melayu.

"Pembela juga amat mengalu-alukan teguran Baginda bahawa falsafah tersirat di sebalik peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan bukan sekadar memperakui apa yang tersirat.

"Ini adalah kerana Pembela memperhatikan bahawa ada kecenderungan sesetengah pihak untuk akur kepada peruntukan yang tersurat tetapi sering disusuli sikap dan perbuatan yang bercanggah dengan semangat peruntukan Perlembagaan yang terbabit," katanya.

Kelmarin Sultan Azlan Shah bertitah status agama Islam dan bidang kuasa Raja dalam hal ehwal Islam tidak boleh sama sekali dipertikaikan.

Titah baginda, sebarang pengucapan yang mempertikaikan perkara itu perlu ditangani secara tegas dan pantas kerana kerukunan hubungan di kalangan warga pelbagai agama boleh terjejas.-The Malaysian Insider

Jangkitan Dada : Dr Mahathir Dimasukkan ke IJN

Posted: 17 May 2011 11:02 PM PDT

Ditulis oleh ZeanaAima

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau

Ketua TI-M : Tiada Pakatan Tubuh Negara Kristian

Posted: 17 May 2011 11:01 PM PDT

MALAYSIA KINI
KUALA LUMPUR : Transparency International - Paul Low menafikan terdapat sebarang pakatan untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan pada jamuan makan malam yang dihadiri paderi-paderi dua minggu lalu.

Low yang juga hadir sebagai tetamu jemputan pada majlis 5 Mei di Pulau Pinang itu berkata beliau sempat menyaksikan keseluruhan majlis itu dan ia bukan seperti apa yang dilaporkan oleh dua penulis blog dan akhbar Utusan Malaysia.

"Saya secara kategori mengesahkan tiada pakatan atau ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi atau melantik seorang perdana menteri Kristian pada petang 5 Mei ataupun pada bila-bila masa semasa persidangan itu.

"Saya belum diminta memberi sebarang kenyataan kepada polis semasa siasatan tetapi sudi berbuat demikian jika diminta," katanya ketika membacakan kenyataan medianya di ibupejabat TI di Kuala Lumpur pagi ini.

Laporan itu pertama kali muncul apabila dua penulis blog berdasarkan sekeping gambar yang agak kabur mendakwa majlis makan malam itu dianjurkan dengan hadirinnya berikrar untuk melucutkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Laporan itu disiarkan semula oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada keesokannya.

Seorang anggota DAP yang mengiringi ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, kemudiannya membuat laporan polis dan mengakui bahawa beliau yang merakamkan gambar yang disiarkan di blog pro-Umno itu.-Malaysiakini

UMNO BN Ketagih Ciplak Tawaran Buku Jingga

Posted: 17 May 2011 10:56 PM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM: Kritikan lantang kerajaan pemerintah sebelum ini kononnya tawaran 100 hari Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis meleset sama sekali apabila sedikit demi sedikit tawaran Buku Jingga itu diceduk UMNO BN.

Sebelum ini, idea memberikan insentif RM500 kepada golongan pendidik diciplak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan terbaru, cadangan pemansuhan tol turut digunapakai.

Berkuatkuasa semalam, kerajaan pemerintah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur- Barat (Metramac).

Pemansuhan tol ini dilakukan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang dijadualkan 31 Mei 2018.

EXCO Selangor, Teressa Kok menjelaskan Pakatan Rakyat sebelum ini akan mengadakan rundingan semula dengan syarikat konsesi tol bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat marhaen.

"Salah satu dasar yang disebut dalam Buku Jingga adalah berkenaan dengan tol. Kita akan merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuh raya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.

"Bila kita masuk Putrajaya antara perkara yang akan dilakukan ialah mengambil balik PLUS, menghapuskan tol, dalam tempoh tujuh tahun. Ini tersebut dalam Buku Jingga kita lihat hari ini juga dua tol di PJ dan Cheras , sudah ada dua plaza tol dihapuskan, dimansuhkan," katanya lagi.

Sebelum ini, kerajaan pemerintah melalui Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan pemberian insentif kepada warga pendidik tidak akan menyebabkan negara mengalami defisit seperti yang seringkali diwar- warkan.

Insentif sebayak RM7,500 kepada kira- kira 924 guru besar dari seluruh negara dilihat mirip kepada tawaran insentif RM500 kepada setiap guru dinegara ini.

Kegugupan kerajaan Najib terhadap kekuatan Buku Jingga dizahirkan apabila media arus perdana diarahkan supaya menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak — antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi mengambarkan seolah- olah negara akan bankrap jika tawaran Buku Jingga dilaksanakan.

Buku Jingga yang dilancar sempena konvensyen Pakatan Rakyat 2010 antara lain mengutarakan manifesto Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh 100 hari.

Teresa yakin kerajaan Najib tidak hanya menceduk dua idea sahaja dari Buku Jingga itu. Beliau pasti lebih banyak idea Pakatan Rakyat yang bakal diciplak UMNO BN untuk mencerminkan kononnya mereka adalah kerajaan pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat.

Hak Kerakyatan : UMNO BN Gadai Negara

Posted: 17 May 2011 10:52 PM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM : Tindakan memberikan hak kerakyatan sewenang- wenangnya kepada warga asing dilihat sebagai cubaan mahu menggadaikan negara.

UMNO Hulu Selangor sebelum ini dikesan menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan menyenaraikan 2000 nama warga asing yang dikenalpasti berpotensi menjadi pengundi BN pada pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Namun pendedahan itu dinafikan Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Mohamad Idris Abu Bakar dengan ugutan mahu menyaman PKR.

Ugutan saman itu bingkas disambut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang bertanggungjawab membuat pendedahan itu berkata, surat rasmi yang dihantar UMNO Hulu Selangor kepada KDN diperolehi dari seorang penjawat awam yang sudah tidak tahan dengan pengkhianatan kepada negara itu.

"Mereka ini adalah pengkhianat, pengkhianat kepada demokrasi, pengkhianat kepada perlembagaan, mengancam keselamatan negara kita dengan membawa warga asing.

"Kita tak marah warga asing yang datang untuk bekerja di sini tetapi kenapakah kerajaan yang rakus dan korup ini sanggup menggadai negara ini menjadikan mereka warganegara untuk mengekalkan kuasa mereka dalam negara," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menegaskan, UMNO perlu memikirkan strategi yang lebih baik, bukannya dengan melakukan perbuatan khianat kepada kedaulatan negara.

"Ini memang memundurkan politik melayu, memang UMNO suka nak memundurkan orang Melayu dengan politik bodoh, lucah dan porno.

"Bila pendatang itu digunakan sebagai warganegara, apa akan terjadi kepada persekitaran kita? Kalau perkara ini digunakan, maka negara kita akan lebih mundur daripada apa yang ada sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan seramai 1,400 orang yang hadir dalam program ceramah majlis penerangan Jelajah Selangor atau 'JELAS- Tawan Malaysia' malam tadi di Dewan Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS).

Altantuya : WikiLeaks Dedah Campur Tangan Politik Selamatkan Najib

Posted: 17 May 2011 10:49 PM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk "mengenakan" Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui Najib.

Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda menerima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.

Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa "hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh)."

Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu.

Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya.

Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman.

Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30.

Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa "tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.

Zaid: Segerakan siasatan DVD seks

Posted: 17 May 2011 10:46 PM PDT

Juga dedahkan hasil siasatan agar integriti negara dan polis terpelihara, ujar pemimpin parti Kita.

PETALING JAYA: Presiden parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa agar kes siasatan ke atas DVD seks 'Anwar' disiasat dengan kadar segera.

"Tanpa penyelesaian yang pasti, spekulasi, was-was dan persoalan yang tidak terjawab akan berterusan.

"Mengapa pihak polis keberatan untuk mengumumkan hasil penyiasatan dan pandangan pakar terhadap dua persoalan utama. Apakah kesahihan rakaman video tersebut? Adakah individu tersebut (ketua pembangkang) Anwar Ibrahim?" soal beliau dalam satu kenyataan media.

DVD seks yang dikatakan membabitkan Anwar didedahkan oleh kumpulan trio Datuk T iaitu mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Shuib Lazim dalam bulan Mac.

Rentetan itu, Shazryl turut membuat sumpah laknat bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar. Anwar bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Zaid turut menasihatkan pihak polis agar bersikap profesional dan menumpukan fokus terhadap penyiasatan kes.

"Polis tidak menimbangkan implikasi politik dari pendedahan maklumat ini. Mereka tidak perlu memutuskan siapa akan menerima kesan baik atau buruk kerana itu akan ditentukan oleh ahli politik dan para pengundi."

Zaid menambah bahawa keengganan pihak polis mendedahkan hasil siasatan akan meyakinkan rakyat bahawa polis bermain sandiwara politik.

"Rakyat akan bertanggapan bahawa isu ini adalah hasil fabrikasi dan penipuan oleh pihak polis dan diusahakan oleh pihak yang mahu memerangkap Anwar," kata Zaid.

Beliau menambah bahawa kes ini bukan hanya menjurus kepada Anwar dan wanita Cina.

"Ia melibatkan integriti dan kredibiliti kerajaan, sistem politik negara dan pasukan politik.

"Justeru, hanya kebenaran sahaja yang boleh mengembalikan ketulusan sistem negara ini."

Ibrahim Ali: Pemimpin PAS juga sokong Perkasa

Posted: 17 May 2011 10:20 PM PDT

Bagaimanapun, pemimpin PAS Kelantan, Datuk Husam Musa tidak menyokong sebaliknya risau dengan tindakan Perkasa memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.


PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mendakwa ada pemimpim PAS menyokong pertubuhan itu memperjuangkan agama Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas itu tidak mahu menamakan pemimpin PAS berkenaan.

"Ada pemimpin PAS yang saya jumpa menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan Perkasa menegakkan agama Islam dan hak orang Melayu," katanya dalam satu majlis anjuran pertubuhan itu di ibu negara petang semalam.

Kira-kira 300 ahli dan penyokong Perkasa menghadiri program tersebut yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, menurut Ibrahim pemimpin PAS Kelantan, Datuk Husam Musa tidak menyokong Perkasa memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.

Ibrahim mendakwa, bekas naib presiden PAS itu risau kerana peranan parti itu telah diambil alih oleh Perkasa.

Malah beliau juga mengulas mengenai kenyataan Husam supaya beliau (Husam) tidak menyibuk dalam isu jihad.

"Saya mahu Husam selesaikan dulu isu ladang rakyat, bazar Tok Guru yang menjadi perbualan rakyat Kelantan," tambahnya.

lsnin lalu dalam satu kenyataan media, Husam menasihatkan presiden Perkasa itu supaya tidak menyalahgunakan kalimah 'jihad' apatah

lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan kuasa Umno-Barisan Nasional.

Katanya, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah.

Ibrahim sebelum itu memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini.

Fitnah II: Najib, Rosmah akan diheret ke mahkamah- Peguam

Posted: 17 May 2011 10:15 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil untuk hadir memberi keterangan di mahkamah berhubung penglibatan mereka dalam kes Fitnah II.


Mereka akan dipanggil sebaik sahaja mahkamah bersidang untuk mendengar pasukan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan hujah pembelaan.

"Kita akan menemubual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Mereka adalah antara 30 saksi yang kita akan temubual," demikian dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair kepada wartawan selepas mahkamah menetapkan Anwar perlu membela diri hari ini.

Untuk rekod, pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini mengakui beliau bertemu Najib sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Selain Najib dan Rosmah, peguam bela juga akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan nasional, Ezam Mohd Nor dan bekas pembantu khas kepada Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar.

Menurut Sankara, Anwar akan menjadi saksi pertama pasukan peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

Manakala dua pakar DNA dari Australian yang membantu pasukan peguam Anwar, Dr David Wells dan Dr Brian MacDonald akan turut hadir sebagai saksi kelak.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan mengarahkan Anwar membela diri dalam kes berkenaan.

Beliau memutuskan perbicaraan untuk mendengar hujah peguam bela Anwar ditetap pada 6 hingga 30 Jun ini.

Anwar ketika ditemui pemberita selepas keputusan itu dibacakan, mendakwa hakim menjatuhkan hukuman terhadap beliau sebelum diarah membela diri.

Menurut Anwar, meskipun telah menjangkakan keputusan tersebut, namun beliau merasa terkejut dengan alasan hakim Zabidin yang menerima hujah pendakwaraya bulat-bulat dengan menyatakan pengadu, Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang berwibawa.

"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya," katanya.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor Hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara, Hasanuddin Hamid.

"Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas," katanya.

CIJ anjur Forum 'Ke arah media yang lebih beretika' 18 Mei di Auditorium Majlis Peguam

Posted: 17 May 2011 10:14 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Sempena bulan Mei yang diraikan sebagai bulan kebebasan media, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menganjurkan forum 'Ke arah media yang lebih beretika, bagaimana mencapainya' di Auditorium bangunan Majlis Peguam pada hari Rabu 18 Mei bermula jam 6 petang.

Antara panelis yang diundang adalah Abdul Jalil Ali, penasihat eksekutif editorial kumpulan media Karangkraf, Sharaad Kuttan, kolumnis, pensyarah kewartawanan dan Felo Asian Public Intellectual dan Wong Chin Huat yang merupakan pensyarah kewartawanan dan aktivis media.

Forum ini akan dipengerusikan oleh Andrew Khoo iaitu ketua jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam.
Perbincangan akan menyentuh berkenaan permasalahan sekitar isu dan had kebebasan media di negara ini dan mendapatkan pendangan terbaru dan kaedah penyelesaian.

Orang ramai dialu-alukan datang untuk mendengar pembentangan ahli panel dan memberi pandangan sendiri mengenai isu ini.

Sebarang maklumat lanjut, disyorkan untuk menghubungi pegawai program Pusat Kewartawanan Bebas, Siew Eng di talian 016 379 5901.

Najib digesa sahut debat khas dengan Anwar- AMK

Posted: 17 May 2011 10:13 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan debat khas dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, Najib perlu menerima pelawaan itu sekiranya beliau ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan demi kepentingan rakyat.

"Debat cara terbaik untuk memberi peluang kepada Anwar untuk menyatakan kebenaran kerana kita tahu media selama ini tidak pernah memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan fitnah yang dihadapinya.

"Sekiranya Datuk Seri Najib boleh diberi ruang di dalam radio untuk sampaikan misi dan visi, sepatutnya Anwar juga diberi peluang untuk menjelaskan segala-galanya kepada rakyat," ujar beliau kepada Keadilandaily.com

Baru-baru ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa Najib mengadakan debat khas dengan Anwar bagi menentukan kesalahan yang pernah dilakukan bapanya.

Pada masa yang sama, Izzah turut memohon Perdana Menteri mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan mendedahkan kesalahan yang dilakukan Anwar, khususnya dalam pentadbiran negara ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Izzah lagi, perancangan fitnah yang jahat dan jijik seperti isu liwat dan video seks tidak perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja mengaibkan keluarganya tetapi juga memburukkan imej negara di mata umum.

Mengulas lanjut, Azmizam berkata, debat itu boleh diadakan bukan sahaja menjurus kepada tuduhan peribadi, tetapi juga menyentuh masalah ekonomi dan politik semasa yang semakin haru.

"Debat itu nanti juga boleh menentukan ke mana arah tuju nak dihala kan Malaysia kerana kita tengok hala tuju Umno kini ke arah video lucah," ujarnya.

Tambah Azmizam, medan itu juga sesuai untuk merungkai apakah kesalahan yang pernah dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu masa dahulu.

"Kita ambil contoh semasa Mahathir menjadi perdana menteri. Jika saya pada masa itu Timbalan perdana Menteri, kalau lah saya nak selamatkan diri sudah tentu saya akan ikut saja arahan Dr mahathir.

"Sebagai Menteri Kewangan, Anwar boleh ikut saja arahan Dr Mahathir untuk mengguna pakai wang rakyat seperti Tabung Haji, Petronas dan KWSP untuk menyelamatkan konsortium perkapalan dan pelbagai projek mega melibatkan projek kroni Umno," katanya.

Tambah beliau, sejak Dr Mahathir mengambil alih kementerian kewangan, langkah itu diikuti perdana menteri selepasnya yang juga berkuasa penuh ke atas kementerian berkenaan.

"Jadi siapa yang nak check and balance. Ibarat saya ini Pengerusi persatuan penduduk, saya juga bendahari.

"Perkara itu berlarutan ketika zaman Pak Lah (Abdullah Badawi) sebagai PM, Khairy Jamaluddin berkuasa penuh dan banyak projek yang diperolehnya seperti ECM Libra. Dengan mudah dia menjadi jutawan segera sebab bapa mertuanya menteri kewangan.

"Di Zaman Najib pula, kita lihat Rosmah pula yang bermaharajalela malah lebih hebat dari Ketua Wanita Umno," ujarnya.

Kongres Buruh berlandaskan Buku Jingga 22 Mei

Posted: 17 May 2011 10:08 PM PDT

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM: KEADILAN akan menganjurkan Kongres Buruh pada 22 Mei ini bagi menuntut hak-hak buruh seluruh negara yang tidak pernah ditunaikan oleh kerajaan.

Program ini menggabungkan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Gabungan Kesatuan Sekerja dan diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.

"Di saat keadaan ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi, buruh terus menjadi mangsa apabila isu gaji minima gagal dilaksanakan di Malaysia.

"Isu golongan buruh harus terus mendapat tempat. Walaupun pelbagai jaminan ditaburkan kepada rakyat oleh kerajaan, namun hak-hak buruh tidak dipedulikan oleh kerajaan," kata Abdullah pada sidang media di Dewan Latihan, Jabatan Latihan dan Komunikasi (CCSB), semalam.

Forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga' akan dibarisi panelis antaranya Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran, Tuan Mohd Anuar Mohd Tahir dan Prof Dr.Abu Hassan Hasbullah.

Ia akan bermula jam 8 pagi hingga 2 petang dimulai dengan hujah setiap wakil kesatuan pekerja dan ahli akademik. Manakala sesi ulasan akan disampaikan Datuk Seri Nizar Jamluddin.

Resolusi dan tuntutan yang terhasil akan diserahkan kepada Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdullah menganggarkan kehadiran sehingga 5000 orang berdasarkan maklum balas dan sokongan daripada kesatuan sekerja dan NGO.

"Kita akan menghebahkan melalui facebook, blog, hantar melalui faks kepada kilang-kilang dan syarikat-syarikat supaya maklumat mengenai kongres itu diketahui ramai dan menjangkakan lebih ramai yang datang," ujarnya.

Industri Petrokimia di Johor: Kesan terhadap manusia dan alam sekitar

Posted: 17 May 2011 10:04 PM PDT

MERDEKA REVIEW

Pendahuluan

Media Taiwan melaporkan sebuah syarikat Petrokimia Taiwan, Kuo Kuang Petrochemical akan membina kilangnya di Malaysia atau lebih tepat lagi Negeri Johor setelah Presiden Taiwan, Ma Ying Jeou menolak permohonan mereka untuk membina kilang di Negara tersebut. Laporan tersebut turut mendakwa bahawa kilang ini akan dibina di sekitar daerah Pontian atau Pasir Gudang.

Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Mustapa Mohamad berkata Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) masih lagi belum menerima permohonan rasmi daripada syarikat tersebut. Namun begitu, berdasarkan kepada laporan Central News Agency, Taiwan, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata Malaysia mengalu-alukan Syarikat Kuo Kuang Petrochemical Technology untuk melaburkan di Negara ini dan membina loji minyak dan naphtha cracking. Beliau turut dipetik sebagai berkata Kerajaan bersedia menawarkan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kehendak industri petrokimia.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Daerah Pontian turut dilaporkan menyambut baik cadangan pelaburan ini walaupun belum menerima permohonan rasmi sehingga kini. Premier Taiwan, Wu Den Yih dalam satu kenyataan pada 23 April yang lepas turut mendedahkan bahawa beliau tidak menolak sebarang kemungkinan industri ini akan dipindahkan ke Malaysia.

Kesan terhadap manusia dan alam sekitar

Sebelum kita membuat keputusan untuk menyokong atau membantah pelaburan syarikat Kuo Kuang Petrochemical ini, kita seharusnya membangkitkan persoalan mengenai mengapakah Kerajaan Taiwan sendiri menolak rancangan pembinaan kilang petrokimia ini di Negara mereka?

Hal ini adalah kerana, kilang petrokimia ini akan melepaskan toksik berbahaya seperti Toxic Dioxin, Sulfida dan pelbagai lagi toksik kimia yang mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia. Industri Petrokimia ini melibatkan penggunaan sumber tenaga, air dan pelepasan gas nitrogen dioksida yang sangat tinggi. Operasi kilang Kuo Kuang Petrochemical ini mengakibatkan tahap pencemaran udara yang tinggi di Taiwan.

Profesor Zhuang Bing Jie dari Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar, National Chung Hsing University, Taiwan mendedahkan bahawa penilaian risiko penyakit kanser semakin buruk ekoran dari pembukaan operasi kilang petrokimia. Hasil kajian beliau mendedahkan seramai 339 hingga 565 orang mati ekoran dari masalah jantung, kanser paru-paru dan juga peningkatan di dalam penyakit berkaitan pernafasan.

Indeks Pencemaran Udara mencatatkan bacaan PM2.5 zarah – zarah halus dilepaskan ke atmosfera sekitar Taiwan. PM2.5 ini kebiasaannya mengandungi Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH), Polychlorinated biphenyls (PCB), logam-logam berat, bahan radioaktif, sulfur dan nitrogen dioksida yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit. Menurut Prof. Zhuang Bing Jie, indeks pencemaran PM2.5 ini boleh mengurangkan umur rakyat sebanyak 23 hari.

Jenis Bahan Kimia

Polycyclic Aromatic Hydrocarbon: Pelbagai jenis kanser
Polychlorinated Biphenyls (PCB): Ruam, kerosakan daya imunisasi, kanser hati, penuaan, pertukaran jantina
Kadmium: Penyakit tulang, osteoporosis
Merkuri: Kerosakan sistem saraf, pertumbuhan terencat, kehilangan ingatan
Uranium, Radium: Kerosakan ginjal, anemia, kanser
Sulfur dan Nitrogen Dioksida: Penyakit bronchitis, asma
Pestisid: Mutasi DNA, penyakit barah, kerosakan imunisasi

Dunia turut telah mencatatkan kejadian-kejadian yang meragut nyawa manusia dan juga menjejaskan kesihatan ekoran dari industri petrokimia ini.

  • Hampir 10,000 orang yang mati disebabkan oleh kebocoran gas toksik daripada tapak petrokimia di Bhopal, India pada 3 Disember 1984.
  • Letupan petrokimia mengeluarkan bahan toksik ke dalam Sungai Songhua, Harbin di China pada 13 November 2005, dengan melepaskan 100 tan benzene, nitrobenzene dan bahan toksik lain. Pencemaran ini mempengaruhi kawasan sebanyak 80 km sepanjang sungai. Kira-kira 10,000 penduduk Jilin telah diminta berpindah dari kawasan tersebut.
  • Di Kaoshiong, Taiwan, sebanyak 171 kes penyakit leukemia telah didapati menjangkiti penduduk-penduduk yang tinggal dalam lingkungan 3 km dari kilang penapisan petroleum antara tahun 1997 dan 2003. Kejadian kelahiran bayi kurang matang menjadi kelaziman pada ibu-ibu yang tinggal berdekatan tapak penapisan minyak.
  • Letupan kilang petrokimia di Texas, USA pada 24 Mac 2005 telah membawa maut kepada sekurang-kurangnya 14 orang dan terdapat 70 orang yang mengalami kecederaan.
  • Letupan di kilang pembuatan ethylene Sasol di Secunda, Afrika Selatan telah membawa maut kepada 6 orang pada 1 September 2004.
  • Letupan kilang petrokimia di Gresik, Indonesia telah mencederakan berpuluh puluh orang.

Kesan pencemaran terhadap alam sekitar cukup membimbangkan oleh kerana bahan- bahan toksik ini boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan sepsis hidupan laut yang sejurusnya menjejaskan rezeki golongan nelayan.

  • Di Sungai Mutiara, China, PCBs daripada penapisan minyak menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan dan jelas mengurangkan populasi kupang hijau (Perna viridis), tiram (Crassostrea rivularis) dan udang (Penaus orientalis).
  • Di Tarragona, Sepanyol, paras kadmium, plumbum, vanadium dan naftalena adalah tinggi dalam tanah di mana ia akan mempengaruhi industri pertanian.
  • Di Lanzhou, China, kajian mendapati kodok yang didedahkan kepada bahan pencemar petrokimia akan mengalami kerosakan genetik.
  • Di Turkey, kajian mendapati bahawa industri penapisan petroleum mencemarkan Sungai-sungai Kizilirmark dan menyebabkan peroksidaan pada otot dan tisu hati dalam ikan.

Penutup

Projek pelaburan berkaitan petrokimia ini boleh membawa peluang perniagaan yang sangat besar, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan yang banyak, namun begitu, kita turut membayar harga yang sangat mahal apabila alam sekitar, perairan dan kesihatan terjejas ekoran daripada perlepasan gas dan sisa toksik yang berbahaya. Kerajaan Taiwan sendiri menolak permohonan syarikat Kuo Kuang Petrochemical untuk membuka kilangnya di Taiwan atas alasan berbahaya kepada alam sekitar dan manusia namun, dua Pihak Berkuasa Tempatan di Johor ini sanggup menerima dengan tangan yang terbuka. Persoalannya apakah kaedah Penilaian Awal Kesan Persekitaran (PEIA) yang digunapakai di Negara ini lebih rendah piawaiannya berbanding Taiwan sehingga membolehkan Pihak Berkuasa Malaysia menerima projek ini dengan berlapang dada?

Penduduk di sekitar Tanjung Bin, Pontian juga pernah menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri berhubung isu pembinaan kilang petrokimia di kawasan mereka pada 10 Ogos 2009 namun, dengan pendedahan yang dilakukan oleh media-media Taiwan beberapa minggu yang lepas mengesahkan bahawa pihak Kerajaan sememangnya berminat untuk meneruskan projek petrokimia berbahaya ini tanpa mengambil peduli kemaslahatan rakyat.

Kerajaan seharusnya menolak sebarang rancangan pelaburan yang jelas boleh mendatangkan bahaya kepada alam sekitar, menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan yang lebih teruk lagi mengancam kesihatan rakyat.

*Kenyataan media oleh Er Teck Hwa (gambar kiri) selaku ahli parlimen Bakri pada 17 Mei 2011.

Biaqpila

Posted: 18 May 2011 03:03 PM PDT

Subsidi: Alasan kerajaan untuk naik harga RON95


KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.

Menurut Muhyiddin, RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu.

"PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat," ujarnya.

Beliau berkata, kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Katanya, Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it'am (bantuan beras kepada orang miskin).

"Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat.

"Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat?" soalnya.

Justeru, ujarnya PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin BN, tugas pemimpin (menteri) ialah khadam rakyat, bukan tuan rakyat.

Katanya, khadam yang dibayar dengan imbuhan yang besar setiap bulan tidak kurang RM50,000 mestilah berbaloi untuk memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Menurutnya, rakyat tidak cemburu dengan imbuhan yang diperolehi, dengan syarat mestilah dibayar dengan pembelaan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya, bukan dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

Baginya, jika tugas sebagai pemimpin hanya untuk ambil gaji dan beku otak untuk fikir menyelesaikan masalah rakyat, maka lebih baik diberi kuasa kepada mereka yang buta huruf.

Apa tidaknya, kata beliau gaji diambil, pembaziran dan ketirisan dibiarkan, apabila kerajaan tidak ada wang maka dibeban kepada rakyat.

"Kenapa jalan pintas yang diambil untuk tarik subsidi sehingga barang keperluan rakyat naik mendadak?

"Kenapa pemimpin BN tidak memerangi rasuah dan pembaziran?" soalnya lagi

Pemimpin BN, katanya tidak pernah mengambil nasihat dan memperbaiki segala teguran yang diberi setiap tahun seperti pembaziran dan ketirisan.

Tambahnya, teguran Ketua Audit Negara seperti negara kehilangan wang sebanyak RM28 bilion kerana ketirisan, sebanyak RM888 bilion wang haram hilang daripada negara perkara ini yang perlu diselesai dahulu.

"Sebelum potong subsidi rakyat kena potong dulu projek yang tidak menguntungkan majoriti rakyat seperti Menara Merdeka 100 tingkat (RM5 bilion), upah APCO Yahudi RM77 juta setahun, subsidi untuk IPP sebanyak RM 19 bilion setahun, Permata RM111 juta setahun," ujarnya.

Soalnya, ke mana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion).

Beliau menambah, jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain, tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya.

Persoalannya, kata beliau kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu. "Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat," ujarnya -HD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOKFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut