Rabu, 18 Mei 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


KENYATAAN MEDIA : 60 orang pemuda PAS sertai UMNO

Posted: 17 May 2011 07:20 PM PDT

Merujuk kepada kenyataan yang bertajuk '60 orang pemuda PAS sertai UMNO' yang disiarkan Sinar Harian pada hari ini (17 Mei 2011), Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor (DPPKHS) melihat ianya hanyalah merupakan propaganda UMNO.

Untuk makluman, saudara Azhar yang menyerahkan kepada Dato' Idris hanyalah bekas ketua pemuda ketika PAS Sungai Tengi masih dalam peringkat penaja. Beliau telah meninggalkan PAS cawangan tersebut sejak lebih setahun lalu. Namun PAS cawangan langsung tidak merasakan kehilangan beliau kerana sebelum itu pun beliau tidak aktif menggerakkan PAS cawangan tersebut.

Selain itu, kenyataan bahawa beliau menyertai UMNO bersama 59 orang yang lain adalah meragukan.  Ini kerana semasa beliau meyertai PAS dahulu juga beliau menyatakan terdapat jumlah pemuda yang sama akan turut menyertai PAS. Namun apabila diminta menyenaraikan nama-nama pemuda yang dimaksudkan ternyata beliau gagal.

Di samping itu, sebelum beliau mengumumkan menyertai UMNO, jumlah ahli pemuda PAS cawangan Sungai Tengi hanyalah 45 orang. Bagaimana beliau boleh mengisytiharkan seramai 60 orang pemuda PAS menyertai UMNO?

DPPKHS juga berpendapat Saudara Azhar menyertai UMNO bukanlah dengan alasan sebagaimana yang dinyatakan. Sebaliknya disebabkan beberapa perkara yang ingin beliau perolehi melalui PAS cawangan Sungai Tengi tetapi tidak dapat dipenuhi kerana ina adalah untuk kepentingan peribadi beliau.

Ini juga membuktikan kelemahan pimpinan UMNO bahagian Hulu Selangor yang begitu terdesak untuk menunjukkan kekuatan mereka kepada pimpinan tertinggi mereka.Kesimpulannya DPPKHS ingin menyatakan bahawa kami sedikit pun tidak merasa tergugat dengan apa yang disiarkan.












MOHD NIZAM BIN MAT RAHIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

Tiada ulasan:

Pengikut