Sabtu, 14 Mei 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Ajijoi

Posted: 14 May 2011 03:30 PM PDT

Selesai majlis diatas surau, semua jemputan dan hadirin dijamu dengan hidangan istimewa sediaan pihak surau. Nasi Briyani Hyderabad dan Kari Kambing menjamu tumpuan semua.

Empat khemah, balai lintang dan bawah surau penuh sesak. Meriah sungguh majlis malam ini. Ahli Jawatankuasa surau tersenyum puas kerana penat lelah mereka merancang dan mengusahakan kejayaan majlis meraikan perkahwinan Ustaz Bakar malam ini amat berbaloi.

Semua jemputan dan hadirin berpuas hati. Makan pun bertambah nampaknya.

UKP sedang memastikan makanan malam ini 'selamat'.


Pelajar-pelajar Ustaz Bakar dari Intim


Muslimat dibahagian bawah surau sibuk menyiapkan makanan untuk anak-anak

Senyuman manis pengantin yang diraikan, Hajah Nor Ain


Kaut, kak...kaut. Banyak lagi tu


Tong ais pun buat meja


Orang muda reti ke makan kambing?


Makan dan berbincang strategik. Tambah lagi Ki...


Ustaz Tanusi, Imam Zul dan Ustaz Jawahir


Yang bersampin, Ustaz Bahrin dan Ustaz Fisol melayan tetamu


YB Chang makan dengan tangan, dah biasa katanya


Pasangan pengantin digandingkan untuk bergambar. Jenuh menahan usikan muslimat


Cikgu Ali @ AlHusseyn senyumnya lagi lebar dari pengantin. Teringat dulu-dulu ke, teringin lagi sekali?


Gambar yang ramai tak sabar-sabar menatapnya. Terpaksa disumbatkan ke Facebook terlebih dulu untuk tatapan semua


Lebih dari pengantin ni. Kencing manis boleh makan kek ke?


Makan kambing malam Jumaat ni memang tak tidoq, kata Ustaz Fisol. Iye ke?..menung Chor Zulkarnaini


Haji Kassim pun tumpang seronok juga


Haji Haiyi. Takkan bentang budget pada Ustaz kot...?


Ustaz sedang menerangkan tentang amalan-amalan malam Jumaat pada Haris dan Faizul

Jaafar kalau bercakap mesti nak konar ke koperasi, tak percaya...tengok tangan dia tu


AJK makan kemudian sebagai meraikan tetamu dan jemputan. Nasib baik berbaki lagi


Dah habis makan, Imam Zul pun buat-buat mengantuk la pulak. Takkan tidur awal malam Jumaat...


YB Chan Ming Kai baru sampai. Tadi ada perjumpaan, katanya


Selesai makan, Ustaz Misbah buka ruangan forum


Haji Omar meraikan YB Chan untuk menjamu selera


Haji Isahak membantu menyusun kerusi dan mengemas


Pasangan pengantin pulang setelah selesai majlis. Ada yang gatal mulut bertanya, balik mana, ustaz?

*Mohon ampun dan maaf jika terdapat gurauan pada gambar-gambar yang hanya bertujuan untuk mengusik dan berjenaka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ALHUSSEYN

Posted: 14 May 2011 03:29 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama".

Kenyataan menteri tersebut seolah-olah lupa kepada soal siasat polis yang begitu lembab keatas surat akuan bersumpah RPK.

Surat Akuan Bersumpah RPK yang mendakwa tentang penglibatan "seseorang yang ternama" di Malaysia.Bukan RPK yang mendakwa begitu.RPK mendedahkan bahawa beliau menerima dari sumber tertentu yang amat boleh dipercayai.

Malah surat akuan bersumpah tersebut menyenaraikan beberapa nama yang turut berada ditempat kejadian pembunuhan wanita Monggolia itu.

Sehingga kini polis masih belum lagi memanggil mereka yang namanya tersenarai dalam surat akuan tersebut :

1) Rosmah Mansor, isteri PM Najib
2) Pemangku Kolonel Aziz Buyung
3) Isteri Pemangku Kolonel Aziz, Norhayati, ADC Rosmah.

RPK turut mendedahkan nama orang yang memberikan maklumat tersebut - Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam perisikan tentera yang kini telah digantung tugasnya.

Pihak tentera telah menafikan dakwaan RPK dan mengambil tindakan menggantung tugas pegawai tersebut sehingga selesai siasatan dilakukan.Telah genap sebulan berlalu, tetapi hingga kini masih belum ada apa-apa kenyataan berhubung siasatan tentera tersebut.

Adalah sesuatu yang janggal bila pihak tentera menafikan dakwaan RPK tetapi bertindak menggantung tugas pegawai tersebut.Dan laporan berkaitan siasatan tersebut terus menjadi tanda tanya umum, kenapa lewat sangat?

Dan polis apa buat? Bukankah ini kes melibatkan "seseorang yang ternama'?Rupa-rupanya, bukan polis sahaja yang lembab, Timbalan Perdana Menteri pun lembab!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut