PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 14 May 2011 09:05 PM PDT |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 14 May 2011 07:46 PM PDT ADUN Sura Ingati Hari Anggota Bomba 2011 Posted: 14 May 2011 07:44 AM PDT DUNGUN 14 Mei, Sabtu - Pengorbanan besar anggota bomba khususnya dalam tugasan dan operasi menyelamatkan nyawa dan harta benda seharusnya menerima pengiktirafan masyarakat.
ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli mengambil inisiatif menghargai peranan besar anggota bomba ini dengan menyampaikan simbolik penghargaan - sumbangan kek sempena Hari Anggota Bomba 2011. Setiausaha MTD Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed mewakili ADUN Sura menyampaikan sumbangan kek tersebut pada 12 Mei, baru-baru ini di Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, di sini. | Sidang DUN Terengganu : 21 Kes Curi Balak Dikesan Sejak 2006 Posted: 13 May 2011 07:29 PM PDT KUALA TERENGGANU - Sebanyak 21 kes kecurian kayu balak telah dapat dikesan di negeri ini dari 2006 hingga Mac 2011.
Kerajaan Negeri dalam jawapan bertulis kepada soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Sura) itu menjelaskan, kes kecurian balak adalah bersabit kesalahan yang melanggar Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984, iaitu mengambil hasil hutan termasuk kayu balak tanpa kebenaran dari kawasan Hutan Simpanan Kekal dan tanah kerajaan.
Menurut Kerajaan Negeri, pada 2006, sebanyak dua kes dikesan dengan tangkapan sembilan orang, 2007 pula tiga kes (dua tangkapan), manakala 2008 pula, terdapat empat kes (dua tangkapan) dan pada 2009, sebanyak tiga kes dikesan (dua tangkapan).
Sebanyak sembilan kes dikesan dengan jumlah tangkapan seramai 10 orang pada 2010. "Daripada 21 kes kecurian balak ini, hanya lima kes kesalahan itu adalah kesalahan hutan yang telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa raya untuk diambil tindakan.
"Sehingga kini belum ada kes yang dibuat pertuduhan di mahkamah kerana kelima-lima kes ini masih dalam penelitian Timbalan Pendakwa raya. Antara faktor menyebabkan bilangan kes kecil adalah kesukaran mendapat bukti dan saksi bagi disabitkan suspek dalam kejadian ini," katanya.
Sementara itu, Wan Hassan turut mengemukakan soalan bertulis mengenai berapa banyak sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli Kerajaan Negeri dan siapa pembekalnya serta berapakah kos yang terlibat.
Menurut Kerajaan Negeri, syarikat yang membekal sejadah ialah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460. Sejadah itu masih disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid seluruh Terengganu.
sumber : BuletinOnline.com
| |
DPPK PARIT Posted: 14 May 2011 07:34 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 14 May 2011 07:17 PM PDT Ketua Kaum Sepatutnya Dipilih Oleh Penduduk Bukan Dilantik Oleh Parti Pemerintah!!! Posted: 14 May 2011 07:05 PM PDT Jawatan Ketua Kaum Sepatutnya dipilih oleh Masyarakat Setempat
Jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun. "Tidak ada undian atau pilihanraya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri,". PAS Miri ada menerima aduan dan juga cadangan agar jawatan Ketua Kaum sepatutnya dipilih secara demokratik bukan oleh pihak tertentu saja. Mereka sepatutnya dipilih oleh penduduk atau di kalangan anggota masyarakat setempat. Dengan cara ini Ketua kaum dapat diterima oleh semua penduduk setempat dengan hati terbuka seperti mana pemilihan wakil rakyat semasa pilihanraya. Dengan pemilihan yang terbuka dan telus akan memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan tersebut, Kekuatan kepimpinan yang ada pada mereka juga menjadi tunjang kepada permuafakatan di kalangan anggota masyarakat dan seterusnya mewujudkan suasana harmoni di kalangan penduduk berbilang kaum. Dengan cara ini Ketua Kaum akan lebih bersikap adil untuk semua tanpa mengira fahaman politik membandingkan yang ada sekarang dipilih berdasarkan fahaman politik parti memerintah. Diharap perkara ini dapat perhatian dari pihak yang berwajib demi kebaikan untuk semua. The community leaders should be elected by local people The community leaders is not eternal life and has been confined for a period of four years. "No votes or elections to appoint the community leaders because the system now is based on the appointment in accordance with the agreement approved by the District Officer, Resident and State Secretary. "Miri PAS has received a complaints and suggestions for the post of the community leaders should be elected democratically by the non-specific course. They should be elected by the people or among members of the local community. In this way the community leaders to be accepted by all local residents with an open heart as the selection of representatives in elections. With an open and transparent elections will bring benefits to residents in the area. The strength of leadership which they have also become the cornerstone of the collaboration among community members and create harmony among people of different races. In this way the community leaders will be more fair to all regardless of political affiliation compare with the elected by the current ruling political party.Hopefully this proposal can be considered by the relevent authories for the sake and interests of all.
PAS Miri | Selamat Hari Guru Cikgu!!! Posted: 14 May 2011 03:39 PM PDT PAS Miri Mengucapkan Selamat Hari Guru
"Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu." PAS Miri ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei nanti kepada semua guru-guru. Merujuk kepada pendidik profesional peranan dan tugas utama guru pada umumnya adalah mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih dan menilai anak didiknya. Peranan guru sangat luas lebih-lebih lagi dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Pihak yang berwajib patut memberi perhargaan kepada guru-guru yang telah mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan Negara. Di antara masalah guru yang patut diberi perhatian oleh pihak berwajib: - Seperti memberi kemudahan asas dan tempat tinggal yang selesa kepada guru-guru yang mengajar di kawasan luar bandar dan di ulu pendalaman. - Kerajaan perlu menpertimbangkan permintaan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ketika ini dengan keperluan dan kekosongan supaya tidak timbul masalah sekiranya sistem pengurusan itu baik. Jangan biarkan masalah GSTT ini berpanjangan kalau perlu diselesaikan dengan segera. - Kepada guru-guru sandaran sekolah menengah yang tidak terlatih kita minta Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menunaikan janjinya terhadap mereka agar mereka diberi latihan perguruan dan dilantik semula seperti mana guru di Sekolah agama Islam dan Sekolah Rendah Kebangsaan. Kita berharap pihak yang berwajib dapat memberi perhatian yang serious masalah guru ini agar semua pihak yang terlibat dapat bekerja dengan selesa dan dapat mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin. Harapan kita dengan adanya guru yang terlatih dan professional anak didik yang bakal memimpin Negara di masa hadapan akan dapat memimpin dengan baik, amanah, adil dan dapat membangun Negara dengan lebih teratur dan bebas dari unsur-unsur negative seperti rasuah dan penyelewengan.Tanpa Guru yang mendidik dan mengajar kita semasa kita kanak-kanak dulu, siapalah kita pada hari ini. Terima kasih Cikgu. Dari PAS Miri English version PAS Miri wisher Happy Teacher Day
"May 16 was chosen as the Teachers' Day because on that same day in 1956, the Law Council of Federation of Malaya (Federal Legislative Council) has received the recommendations of the Education Committee Report (Report of the Education Committee) as an education policy for our country. The document, known as the Razak Report (Razak Report) has been the National Education Association since that day. " PAS Miri wish Happy Teachers Day to all teachers who will be celebrated on May 16. Referring to the professional educators, teachers in general, the main task is to educate, teach, guide, instruct, train and evaluate the students. The role of teachers is very extensive, more so in the era of globalization, the role of the teacher becomes more complex and challenging. The relevant authorities should give appreciation to the teachers who educate the children to become useful citizens for the nation and country. Among the problems that teachers should be given attention by the authorities are: - Give the basic facilities and comfortable living quarters for teachers who teach in rural areas and in upper land. - Government should consider the demand of the substitute (Not Trained Teacher) who is currently needed and the vacant problem does not arise if the management system is good. Do not let the problem enduring and need to be resolved quickly. - The Ministry of Education is required to fulfill the promise to back up the teachers of secondary schools who are not trained to be trained and appointed again as similar to the Islamic School and Primary School teachers. We expect the relevant authorities to give serious attention to the problem of the teachers so that all parties involved to work in comfort and to educate the children of the nation will be improved. Our expectations with the teachers who are trained and professional who will guide the students for the country in the future will be led by good, honest, fair leaders and to build a country with a more organized and free from negative elements, such as corruption and embezzlement. Without teachers who educate and teach our children when we were first, who are we today. Thank you teacher PAS Miri | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 14 May 2011 03:32 PM PDT |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 14 May 2011 03:32 PM PDT larangan meminta jawatan kepimpinan Posted: 14 May 2011 09:53 AM PDT
Maksud: Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" Hadith menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa.
Al-Qadhi al-Baidawi (meninggal 537H) dalam mensyarahkan persoalan meminta jawatan kepimpinan: "Tidak sepatutnya bagi yang berakal bergembira dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan dengan penyesalan". Berkata al-Muhallab (meninggal 435H) pula : Keinginan untuk memperolehi kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah. *2 Justeru itu, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang tamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik. Ini dapat menyelamatkan dua perkara bahaya: i. Amanah kepimpinan jatuh ke tangan mereka yang tidak takutkan Allah dan tidak memahami bahawa kepimpinan akan dipersoalkan di akhirat. ii. Berlakunya perebutan kuasa di kalangan ummat yang akhirnya membawa kehancuran. Persoalan kepimpinan di dalam Islam bukan sahaja melibatkan perkara kepakaran tetapi juga membabit persoalan keberkatan dan pertolongan Allah yang bakal turun kepada kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. Oleh itu dalam hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah Maksudnya: "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu" *3 Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari: "Maksud hadith di atas ialah sesiapa yang meminta jawatan pemimpin lalu diberikan kepadanya maka dia tidak diberikan bantuan disebabkan keinginannya…".katanya lagi: "Sesiapa yang tidak mendapat bantuan daripada Allah terhadap pekerjaannya maka dia tidak akan mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan tersebut. Oleh itu maka tidak sepatutnya diterima pemintaannya (untuk menjadi pemimpin)." *4 Dalam kata lain, sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan menolongnya jika dia memerintah. Sesiapa yang tidak ditolong Allah tentu dia gagal melaksanakan amanah seperti yang dikehendaki Allah, sama ada yang kecil ataupun yang besar dan dalam apa urusan sekalipun. Orang telah dipastikan dia tidak dibantu Allah adalah nyata kegagalannya dari awal lagi, maka wajar dia dihalang dari diberikan jawatan berkenaan. | Pengerusi UNESCO pun tolak PPSMI dan yang sewaktu dengannya. Posted: 14 May 2011 09:46 AM PDT Assalamualaikum.
Bahasa ibunda cemerlangkan murid. Pemantauan UNESCO buktikan kanak-kanak lebih mudah kuasai subjek sukar. PARIS: Kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova. Beliau berkata, penggunaan bahasa ibunda amat penting dalam pendidikan sekolah rendah, terutama untuk subjek sukar. "Kita menyaksikan bukti kanak-kanak mencapai keputusan lebih baik di sekolah apabila bahasa ibunda mereka digunakan. Kita telah melakukan pemantauan di banyak negara di dunia, termasuk Mexico, Peru dan negara lain.
"Saya tahu ia membabitkan kos tinggi dan sukar dilaksanakan termasuk menyediakan buku teks dan sebagainya, tetapi pelaksanaannya menyebabkan kualiti pendidikan bertambah baik apabila bahasa ibunda diguna pakai berbanding bahasa antarabangsa lain," katanya kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat UNESCO di sini, semalam. Berita Harian – 13 Mei 2011. Pada penulisan yang terdahulu saya pernah memetik deklarasi daripada laman web UNESCO yang menyentuh tentang penggunaan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di semua peringkat sebagai mengulas angan-angan daripada Hishamudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO di kala kerajaan menafikan hak Bahasa Melayu melalui PPSMI. http://lindunganbulan.blogspot.com/2007/10/hishammuddin-nak-jadi-ahli-lembaga.html Kali ini ianya ditegaskan lagi oleh pengarah UNESCO, Irina Bokova pada wawancara sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO kali ke-186 yang menyatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah kuasai subjek sukar dengan bahasa ibunda. Sekarang sudah jelas bahawa PPSMI menyukarkan pelajar untuk memahami sesuatu ilmu terutama sekali yang sukar. Dengan ini saya rasa tidak perlu lagilah kerajaan melayan tuntutan daripada pihak yang inginkan PPSMI. | Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah Posted: 14 May 2011 09:37 AM PDT
Oleh Ismail Hashim
SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.
AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.
"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini. Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar. Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik. Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya. "Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H. Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas. Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden. Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja. Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya. "Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya. Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir. Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok. "Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam. Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah. Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam. | SUKE-SUKE SUH SAYA BERCERAI.... APA HAL LU! Posted: 13 May 2011 06:54 PM PDT SHAH ALAM, 14 Mei — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi melahirkan kekecewaan kerana masih ada pihak yang terus mengaitkan lelaki dalam video seks, yang didedahkan trio "Datuk T" Mac lalu adalah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga memberitahu beliau dikecam oleh pelbagai pihak sehingga ada yang menyuruhnya agar mencari suami lain. "Saya kenal siapa suami saya... tengok badan pun saya tahu. Takkanlah saya tak kenal dia. Itu (lelaki dalam video) bukan suami saya. "Ada yang suruh saya cari suami lain dan bercerai dengan Anwar. Cerai itu memang dibolehkan tetapi ia tidak disukai Allah dan saya sendiri tidak suka," kata beliau lagi. | HISHAMUDIN NAK SAMAN ANWAR... SAMAN LA... Posted: 13 May 2011 06:35 PM PDT Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang berkaitan rakaman video lucah, yang didedahkan oleh "Datuk T" Mac lalu.
Hishammuddin memfailkan saman itu pada 26 April lalu melalui Tetuan Zul Rafique & Partners di Mahkamah Tinggi Sivil Baru di sini.
Pihak media memperoleh writ saman itu melalui carian semula fail. | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 14 May 2011 01:37 PM PDT |
PAS KOTA TINGGI Posted: 14 May 2011 01:23 PM PDT GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat Posted: 13 May 2011 07:33 PM PDT Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.
PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.
Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.
Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.
| Gula Naik 20 Sen, BN Gagal Posted: 11 May 2011 07:41 PM PDT Parti Islam Se-Malaysia PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).
Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen. Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol. PAS hairan kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011. Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta. Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja. Alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula. | |
Batu Gajah Mari Posted: 14 May 2011 11:38 AM PDT memang dasar celaka!! Posted: 13 May 2011 08:53 PM PDT Penganjur majlis ceramah ketua umum PKR, Anwar Ibrahim di Melaka mempertikaikan cara pihak polis menyelesaikan insiden yang hampir mencetuskan ketengangan di antara kedua-dua penyokong Pakatan Rakyat dan BN.
Ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa pihak polis tidak berlaku adil di dalam menyelesaikan suasana tersebut yang dianggapnya lebih memihak kepada penyokong BN.
Menurutnya, ceramah berkenaan yang sepatutnya diadakan di Duyong namun terpaksa dipindahkan ke markas induk PAS di Bukit Katil setelah mendengar dan mematuhi nasihat polis.
"Kita punya program malam ini setelah membuat perbincangan dengan polis terpaksa dipindahkan daripada Duyong ke Bukit Katil atas alasan perlu dibuat di Markas.
"Tetapi apabila kita membuatnya di Markas PAS mereka pula membuat provokasi. Tugas kita adalah untuk memaklumkan kepada polis untuk menghentikan perbuatan ini.
"Tetapi malangnya Ketua Polis Daerah Melaka Tengah datang dan mereka menyuruh saya leraikan ceramah yang sedang berlangsung tetapi dalam masa sama mereka tidak suraikan orang-orang yang melakukan provokasi tersebut," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehudin Abd Rahman.
Dalam insiden yang berlaku semalam, lebih 100 penyokong BN dikatakan telah melakukan provokasi terhadap lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang sedang mendengar ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keadaan yang dilihat hampir menimbulkan kekacauan setelah pihak terbabit melontarkan kata-kata kesat termasuk ada segelintir penyokong yang cuba membaling objek seperti botol air minuman.
Bagaimanapun, kehadiran anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan itu.
Menurut Shamsul, pihak polis sepatutnya bertindak terhadap mereka yang memulakan insiden terbabit sehingga mengganggu kelancaran ceramah.
"Bila kita lapor sesuatu kesalahan, pegawai polis harus ambil tindakan kepada orang yang melakukan kesalahan tetapi dalam kes ini kami yang buat ceramah, mereka langsung tiada permit untuk berhimpun kerana ini bukan markas mereka.
"Kalau boleh minta pihak polis berlaku adil, kita sudah bekerjasama dengan pihak polis, dan sekarang mereka lakukan provokasi kemudian kita minta polis campurtangan.
"Takkan kita nak campur tangan, kita boleh lakukan tetapi ia akan jadi satu kesalahan.
"Dalam kes ini mereka nampak cenderung memihak kepada BN sebab itu saya lawan kerana atas prinsip dan hak kita," katanya. | Kristian-Islam: DAP gesa Najib arah Utusan tarik balik laporan, mohon maaf Posted: 12 May 2011 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 Mei — DAP menggesa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf secara terbuka ekoran laporan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu. Selain itu, menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pihaknya juga mahu Utusan Malaysia menggantikan editor dan wartawan akbar itu yang terlibat dengan penyiaran laporan bersifat fitnah dan boleh merosakkan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan Najib. Kata beliau, hanya dengan cara itu Najib boleh membuktikan bahawa Utusan Malaysia tidak mendapat imuniti apabila mengeluarkan laporan salah dan fitnah. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Utusan Malaysia bebas dari imuniti dengan mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf kerana menyiarkan laporan palsu. "Selain itu, beliau juga harus menukar editor dan wartawan yang terlibat dengan laporan yang bahaya ini dan boleh membakar gagasan 1 Malaysia," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu. Akhbar berbahasa Malaysia milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu. Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu "pembohongan yang bahaya." Kata Lim, Utusan Malaysia berani bertindak mengeluarkan laporan yang tidak benar kerana akhbar itu didokong sepenuhnya oleh Umno malah agenda mingguan akhbar tersebut ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh diketuai Najib. "Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari, mendedahkan agenda-agenda dalam Utusan Malaysia ditetapkan Biro Politik Umno yang mengadakan perbincangan setiap Isnin untuk menentukan agenda mingguan akhbar itu. "Mereka yang berada dalam biro itu adalah Najib, timbalannya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, tiga naib presiden (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein dan (Datuk Seri) Shafie Afdal termasuk Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno (Datuk) Ahmad Maslan," katanya. Tambah Lim, beliau juga mencabar parti komponen BN untuk membantah tindakan Utusan Malaysia dalam mesyuarat Kabinet. "DAP mencabar menteri MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengemukakan bantahan tegas terhadap Utusan Malaysia dalam Kabinet. "Sekiranya mereka gagal berbuat demikian bermakna mereka adalah talam dua muka seperti Umno," katanya. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 14 May 2011 11:17 AM PDT SEJAK PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT Posted: 12 May 2011 03:11 AM PDT Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama Pakatan, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara. Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada Pakatan, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa Melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri dari Umno. Selama ini pemimpin Umno, menganggap mereka sahaja boleh menjaga Melayu. Sebenarnya yang rugi bila PAS bersama Pakatan ialah Umno. Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas.
Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat mereka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri ndustri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi korporat, Melayu merempat. Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno. Ulama muttaqin Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulama yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Sama ada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulama yang muttaqin. Ulama diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Datuk Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, bekas mufti kerajaan Selangor, diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulama yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulama mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulama yang Umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan Umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.
Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri Pakatan. Pemimpin Umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Masuk kantong sendiri Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri dikembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang Melayu senang , pemimpin Umno yang susah. Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan Pakatan yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno, walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun, tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut (presiden MCA) Dr Chua Soi Lek adalah bukti gagalnya Umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka. Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Merugikan UmnoKeadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni Umno. Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan, Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong. Melayu untung apabila PAS bersama dengan Pakatan, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela.
Ia berlainan daripada tindakan Umno. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. | PAS GANTI UMNO Posted: 11 May 2011 04:33 PM PDT Tuesday, 10 May 2011 23:29 Wartawan Buletin KEMAMAN - PAS mengucapkan terima kasih atas ucapan Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud dalam merasmikan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada Isnin 9 Mei. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, rancangan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan tingkap hidup rakyat yang dibentangkan dalam ucapan Tengku Sri Bendahara dalam ucapannya adalah amat baik. Namun, katanya, perancangan tersebut tidak akan berjaya sekiranya dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) "Kita (PAS) ucap terima kasih atas ucapan Tengku Sri Bendahara dalam pembukaan sidang DUN hari ini, rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan tingkat hidup rakyat Terengganu yang dicadangkan amat baik. "Namun kita tidak yakin rancangan tersebut akan berjaya sekiranya dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan BN,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan Isu Semasa di Kuala Kemaman, disini, semalam 9 Mei. [Gambar - Hj Hanafiah mengaminkan doa Ustz Idris Ahmad, dikhir Majlis Penerangan semalam] Beliau berkata demikian kerana menurutnya, kerajaan Umno/BN Terengganu telah membelanjakan RM10 bilion sejak mengambil alih dari pemerintahan PAS pada tahun 2004. Tetapi, kata beliau, rakyat tidak menerima impak ekonomi yang besar dengan perbelanajaan sebanyak itu. "sejak 5 tahun lalu kerajaan Umno/BN telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM10 bilion, tetapi tidak ada manfaat yang banyak kepada rakyat, "jelas bahawa kerajaan Umno/BN dibawah pimpinan Idris dulu dan Ahmad Said sekarang melakukan pembaziran wang rakyat sebanyak RM10 bilion,"tegasnya. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, sekiranya ia benar-benar dibelanjakan untuk projek-propjek ekonomi, sudah tentu rakyat mengecapi hasilnya, pengangguran dapat dikurangkan, dan pendapatan rakyat meningkat. "Kalau dibelanjakan perbelanajaan RM10 bilion, setiap tahun RM2 bilion bajet kerajaan negeri, bina kilang-kilang bagi peluang pekerjaan, buka kawasan pertumbuhan baru bagi menjana ekonomi, "pastinya setelah 5 tahun, rakyat Terengganu sudah senang,"jelasnya, Sebaliknya, kata beliau, berjuta ringgit dibazirkan kerana kerajaan melaksanakan projek-projek yang tidak telus, runtuh dan dan terbengkalai, menyebabkan rakyat rugi. "umpamanya membina pasar baru jertih atau jertih souq, pasar baru Binjai, kedua-duanya tergendala dan terbengkalai, membeli bas-bas yang tidak dimanfaatkan untuk rakyat, membeli kereta-kereta baru untuk pemimpin Umno. "Itu belum masuk wang rakyat berbilion ringgit yang dicurahkan kedalam muara sungai Terengganu untuk projek 'Monsoon Cup' dan Taman Tamadun Islam, yang masih rugi sehingga sekarang,"katanya. Mengulas lanjut, Haji hanafiah berkata, kerajaan PAS di Terengganu dan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri-negeri sejak tahun 2008 telah berjaya membuktikan kecekapan dalam pengurusan dan pentadbiran. "Tetapi kerajaan PAS (Terengganu) dulu (1999 - 2004) dan Pakatan Rakyat telah membuktikan mampu membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang diperintah dengan kejayan-kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor."katanya lagi. Oleh itu, PAS dan Pakatan Rakyat yang layak bagi melaksanakan pembangunan bagi negeri Terengganu sebagaimana dicadangkan. "Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang insyaAllah mempunyai amanah, dan mampu melaksanakan pembangunanan yang dicadangkan untuk negeri Terengganu pad masa depan,"jelasnya. Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menumbangkan umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang, supaya rancangan membangunkan Terengganu dengan kos berbilion ringgit itu dapat dilaksanakan oleh kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 14 May 2011 11:14 AM PDT Sekitar Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Posted: 14 May 2011 07:38 AM PDT | Sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Posted: 14 May 2011 07:00 AM PDT | Muslimat perlu sedia pelan untuk ke Putrajaya Posted: 14 May 2011 06:54 AM PDT PENGKALAN CHEPA, 14 Mei: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyarankan muslimat PAS negeri menyediakan pelan sebagai persiapan untuk ke Putrajaya. Katanya, pelan yang lebih berstrategi perlu diatur bagi menawan Putrajaya untuk menggantikan pentadbiran negara yang semakin zalim, khususnya terhadap kerajaan Kelantan yang tidak pernah adil sejak 21 tahun lalu. Husam seterusnya menambah, kejahatan kerajaan BN yang menafikan hak Kelantan seperti pembinaan lebuh raya di negeri itu, geran dari kerajaan Pusat untuk AKSB, penafian hak royalti dan lain-lain lagi perlu diubah oleh muslimat. "Pada masa yang sama kita juga menyeru muslimat Kelantan yang terbukti berani sentiasa bermunajat kepada Allah agar kerajaan Pusat menyerahkan royalti pada kerajaan negeri. "Usaha itu perlu dilakukan berterusan dan jangan hanya bila rasa perlu sahaja kerana tuntutan kita tidak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara," ujarnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan ke-38 di sini. Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Kelantan mengukir sejarah baru apabila semua kepimpinannya yang lalu berjaya mengekalkann kedudukan masing-masing setelah mereka menang tanpa bertanding. Kemenangan yang masih mengekalkan kedudukan ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya, Wan Ubaidah Omar dan naib, Rohani Ibrahim berlaku apabila tiada nama-nama baru dicalonkan untuk bertanding untuk merebut jawatan itu dari penyandangnya. Bukan itu sahaja, 10 anggota jawatankuasa sesi lalu termasuk isteri Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, masih mengekalkan kedudukan mereka apabila nama-nama mereka dicalonkan sekali lagi. Zailah ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat ke-38, menyifatkan ianya suatu sejarah baru dalam politik di negeri itu. "Ini juga membuktikan muslimat lebih menumpukan kemenangan pentadbiran Negara serta mengekalkan kedudukan kerajaan Kelantan berbanding perebutan jawatan apa lagi mewujudkan masaalah dalaman," ujarnya. | Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan Kali Ke 52 Posted: 13 May 2011 04:03 PM PDT | SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 2011 – KELANTAN BERGAYA SELANGOR HAMPA Posted: 13 May 2011 04:01 PM PDT Kelantan melangkah sebelah kaki ke Perlawanan Akhir Piala FA 2011 selepas MEMBELASAH Selangor 5 – 1 di Stadium keramat Selangor iaitu Stadium Shah Alam. Pada perlawanan tersebut Kelantan bermula garang setelah Sayap Berbisa Kelantan, Nurul Azwan Roya nyaris membuka tirai jaringan pada minit ke – 2 namun sepakannya terkena tiang gol pasukan selangor. Kelantan tidak menunggu lama untuk berada di depan setelah Ramzul Zahini Adenan berjaya menjaringkan Gol Pertama Kelantan pada minit ke 10″ Pada minit ke 19″ pula Azwan Roya sekali lagi mampu untuk menambah jaringan namun sepakannya sekali lagi terkena tiang gol pasukan Selangor. Gol kedua kelantan akhirnya menjelma pada minit ke 40″ selepas Ramzul menyempurnakan hantaran cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha untuk memberikan Kelantan selesa mendahului 2 – 0 Seakan tidak cukup dengan 2 gol, Kelantan menambah derita pasukan tuan rumah dengan jaringan ke 3 menerusi Kapten Kelantan Badhri Radzi atau Piya pada minit ke 43″. Tamat Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan selesa mendahului dengan gol 3 – 0. Bersambung babak kedua, Kelantan sekali lagi mampu menambah jaringan menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi tetapi sepakannya kemas kedakapan Penjaga Gol Selangor iaitu Saiful Amar Sudar. Minit ke 57″ pula Tendangan pemain sayap Selangor Amirulhadi Zainal di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat. Minit ke 65″ Giliran nor shahrul idlan talaha pula menambah jaringan namun sepakannya tersasar. Gol ke empat Kelantan akhirnya menjelma juga pada minit ke 67″ menerusi pemain sayap lincah Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan tidak cukup dengan itu Shahrul Idlan Talaha menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol ke lima kelantan pada minit ke 71″. Minit 90″ Amri yahyah menjaringkan gol saguhati kepada penyokong Selangor. Tamat Perlawanan Selangor 1 – 5 Kelantan. * Dianggarkan Penyokong Kelantan 40 ribu dan Penyokong Selangor 20 ribu di stadium shah alam. * Separuh Akhir Kedua akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed Ke IV pada 16 Mei 2011. | Aktivis Gegar dipukul ketika gantung baner royalti Posted: 13 May 2011 03:55 PM PDT KOTA BHARU, 13 Mei: Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) hari ini dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang menggantung kain rentang menuntut royalti minyak negeri itu di Masjid Kampung Sireh di sini tengah hari tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Hisyamuddin Ghazali (gambar) yang ditemani isteri dan ibu sedang memasang kain rentang tersebut tiba-tiba diserang lelaki yang tidak dikenali terbabit.
Menurut mangsa yang juga setiausaha Gegar, penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya dibelakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.
"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat dan luar jangka. Lelaki itu datang dan terus memukul saya.
"Tumbukkan ala komando menyebabkan saya pitam berberapa saat dan ibu saya ditolak terlentang diatas jalan raya di hadapan Masjid Kampung Sireh", ceritanya.
Selepas menumbuk mangsa beberapa kali di muka, mereka kemudiannya kembali menuju ke keretanya.
Namun selepas menyedari mangsa merakam gambarnya, lelaki tersebut meluru semula mendapatkan mangsa dan memukulnya.
Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian perut, kepala, mulut dan mata.
"Saya mengalami bengang di telinga, kabur mata kiri dan sakit di perut akibat ditumbuh di kepala dan perut.
"Adakah salah saya memperjuangkan Royalti untuk rakyat Kelantan?", soalnya sambil memberitahu beliau pitam beberapa minit sebelum bangkit mengambil gambar penyerang terbabit.
Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 1 tengahari tadi.
"Inilah budaya samseng yang Umno cuba bawa di Kelantan.. rakyat kelantan mesti bersatu dalam tuntutan royalti, kita mesti tuntut sampai dapat dari kerajaan zalim", tegasnya.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali takut untuk terus menuntut hak royalti Kelantan itu.
Tindakan bacul
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan perbuatan samseng tersebut sebagai bacul dan tidak bertanggungjawab dan yakin ada kaitan dengan pihak yang tidak senang dengan gerakan mendesak royalti Kelantan tersebut.
"Kita kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak dikenali memukul seorang aktivis Gegar pada hari ini.
"Perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan.," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengingatkan, hasil minyak merupakan hak milik Kelantan dan tindakan memunggah hasil mahsul ini tanpa sebarang bayaran royalti hanyalah merupakan tindakan perompak yang merompak dengan cara yang kononnya sah mengikut undang-undang.
Selain itu beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang terus membelakangi tuntutan tersebut namun dalam masa yang sama dapat menjelaskan bayaran royalti minyak kepada negeri Terengganu.
Sedangkan katanya perjanjian yang terpakai ialah perjanjian yang sama dan langsung tidak berbeza antara satu sama lain.
"Sewajarnya usaha-usaha NGO seperti Gegar harus disokong oleh semua pihak khususnya di Kelantan dan bukan menanganinya dengan cara samseng yang hanya mengesahkan sifat takut dan pengecut pihak-pihak tertentu.
"Lebih menyedihkan jika tindakan seperti ini dilakukan oleh anak Kelantan yang mengaku berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu, nampaknya slogan ini hanyalah retorik semata-mata," katanya.
Untuk rekod, Gegar adalah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 57 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang bermatlamat mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975. | Pelancaran Liga Dun Kelantan 2011 Posted: 13 May 2011 03:51 PM PDT | "Henti aibkan Anwar"- Nik Aziz Posted: 13 May 2011 03:44 PM PDT KOTA BHARU, 13 Mei: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.
Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.
"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,"ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.
Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.
Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.
Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.
"Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita," katanya. | Selamatkan Utusan Posted: 13 May 2011 03:43 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei: Walaupun jelas yang paling membuat kerosakan hasil dari laporan "Kristian agama rasmi" adalah Utusan Malaysia, namun Umno nampaknya sedang berusaha keras menyelamatkan akhbar mereka itu. Fokus diberikan kepada laporan salah yang dibuat oleh dua blogger yang pembacanya tidak seberapa dan Utusan selamat apabila hanya menerima satu surat amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Satu lagi media rasmi Umno, TV3 melalui Buletin Utama mereka malam tadi langsung tidak memberikan fokus kepada kesalahan yang dibuat Utusan tetapi memberikan fokus laporan kepada dua blogger pro-Umno yang malang itu. Kedua-duanya adalah blog Bigdog dan Marahku. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau melihat seperti wujud perancangan dalam isu ini untuk menyelamatkan Utusan dengan mengalih tumpuan kesalahan kepada dua blogger Umno yang menyiarkan tuduhan tersebut. "Saya melihat semacam ada persefahaman dan kerjasama terancang seolah-olah KDN pejam mata terhadap laporan fitnah Utusan," kata Salahuddin kepada Harakahdaily. Beliau juga berkata, seperti menjadi satu trend sekarang ini apabila tumpuan kini dialihkan kepada blogger Sebelum ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri mendedahkan bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) berkata, Ketua Pengarang Utusan akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin. Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri. Tahun lalu, akhbar China Press telah dikenakan hukuman gantung dua minggu oleh KDN di samping membuat permohonan maaf di muka depan ekoran kesilapan melaporkan berita perletakan jawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. (Utusan hanya membuat penjelasan dua para yang tidak jelas dalam muka dalamnya mengenai laporan "Kristian agama rasmi") Pada tahun 2008, wartawan kanan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana melaporkan ucapan Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang menyebut Cina di Malaysia hanya penumpang. Namun, Utusan yang telah mempercikkan api pertembungan agama apabila mendakwa DAP bekerjasama dengan Paderi Kristian untuk menjadikan Kristian agama rasmi hanya dikenakan surat amaran. Untuk meredakan ketegangan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menemui para pemimpin agama Kristian dalam satu majlis dialog makan malam semalam. "Kesilapan yang dibuat Utusan jauh lebih berbahaya dan berniat jahat dari China Press. Tetapi, Utusan dibebaskan hanya dengan satu surat amaran. Mengapa tidak ada tindakan yang lebih tegas kepada Ketua Pengarang dan wartawan yang menulis berita itu?" soal anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Lagipun, katanya, laporan Utusan itu dibuat hanya berdasarkan posting dalam dua blog pro-umno yang tidakpun cuba disahkan oleh Utusan. Bahkan, Utusan juga tidak mendapatkan penjelasan dari Jeff Ooi yang didakwa bersekongkol dengan beberapa paderi untuk melakukan tindakan itu dan tidak juga menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh DAP mengenainya, kata Nie Ching. Bagi beliau, semua yang berlaku ini adalah kerana double standard yang diamalkan oleh Perdana Menteri Najib walaupun dalam kempen politiknya Najib memasarkan dasar satu standard iaitu 1 Malaysia. "Perdana Menteri mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Utusan tidak menikmati imuniti dengan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada editor dan wartawan yang terbabit dalam laporan yang tidak bertanggungjawab ini," kata Nie Ching. Sebelum ini, Nie Ching juga menjadi mangsa Utusan ( gambar) apabila akhbar itu melaporkan beliau memberikan 'tazkirah' di sebuah surau dalam kawasan parlimennya. Padahal beliau hanya memberikan ucapan kepada pengundi di kawasannya dalam satu majlis yang diadakan di sebuah surau. | Hina Islam: PAS mahu presiden MCA dikena tindakan Posted: 13 May 2011 03:42 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei: Dua laporan polis dibuat terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek atas beberapa tindakannya yang didakwa menghina ajaran Islam. Laporan berasingan itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di IPD Kota Setar manakala satu lagi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor semalam. Mereka mendakwa, kenyataan yang dikeluarkan Soi Lek itu bukan sahaja bersifat menghina Islam, malah memprovokasi dan menyakiti perasaan umat Islam itu sendiri. "Kami dari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membuat laporan polis ini terhadap Presiden MCA, Dato Seri Dr Chua Soi Lek di atas kenyataan-kenyataan beliau sejak kebelakangan ini yang begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, permusuhan dan penghinaan terhadap Agama Islam selaku Agama bagi Persekutuan Malaysia," kata Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya. Berikut antara kenyataan presiden MCA itu yang dakwa mereka terlah menghina Islam. 1) Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan: "The Prime Minister and other Umno stalwarts are fully aware of MCA's stand on turning this country into a theocratic Islamic State" (sila rujuk laporan akhbar The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk 'MCA strongly against Islamic State'. Sila baca di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/2/nation/8592015&sec=nation). 2) Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan: "Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS". (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk 'Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands'. Sila baca di http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=6591:chua-slams-normala-azizah-for-wearing-gloves-when-shaking-hands&Itemid=2). 3) Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai ditutup pada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan: "Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It's quiet in Kota Bahru". (Sila rujuk akaun Twitter Dato Dr Chua Soi Lek bertarikh 17/11/2010. Sila baca di http://twitter.com/#!/drchuaSL). 4) Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi. Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata : "Do not be too optimistic that once PAS rules the government, the country will be free from corruption and other problems. Bear in mind, some of the most corrupted countries are Muslim-majority nations..... He noted that the book listed down the common characteristics of 57 Muslim-majority countries in the world which, among other things, claimed that the nations were less democratic because of its emphasis on religion. Although these countries have Cabinets and elections, they also have the Council of Muslim Elders, which enjoys absolute power to override the decisions or policies made by the government. Since these countries formulate their policy using religion as its basis, policies formulated will not be on par with the global development requirement". Sila rujuk laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010 di bawah tajuk 'Soi Lek fires broadside at Umno, PAS'. Sila baca di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/soi-lek-fires-broadside-at-umno-pas/). "Kami percaya sekiranya Dato Seri Dr Chua Soi Lek dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang provokatif yang menyentuh berkaitan agama Islam tanpa memperdulikan sensitiviti umat Islam di negara ini, lambat laun pastinya akan menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. "Kami juga percaya kenyataan-kenyataaan yang dinyatakan di atas bukanlah mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia, bahkan kami meyakini seluruh rakyat Malaysia menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentiment agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor Mahadzir Bin Mat Zili. Selain itu, mereka juga mendakwa kenyataan Soi Lek juga yang berjanji akan menjadi penyokong utama PKR jika parti tersebut mahu mengugurkan keistimewaan orang Melayu yang tercatat dalam perlembagaan negara boleh menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu. Justeru, mereka memohon agar Soi Lek disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan. | Pemimpin Umno macam pelawak tagih simpati rakyat Posted: 11 May 2011 06:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Mei: Tindakan Umno BN yang mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Pakatan Rakyat telah menyebabkan parti itu kini boleh disifatkan sebagai parti kurang upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina. Namun dalam masa yang sama, fitnah-fitnah yang diciptakannya berpusing pula menjadi bahan ketawa orang ramai, apabila ia ternyata tidak berasas, tetapi hanya sengaja diada-adakan bagi mengelirukan orang ramai. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terbaru Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya memperjelaskan lagi realiti itu, sehingga menyebabkan para pemimpin Umno kini turut disifatkan sebagai pelawak oleh pelbagai pihak. Menurut beliau, Umno BN boleh disifatkan sedemikian kerana yang menzalimi rakyat bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi parti itu sendiri ketika mereka memerintah Selangor dulu. Katanya, tetapi kini setelah Selangor berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap pihak boleh menilai sendiri betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti juga Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain telah melakukan pelbagai tindakan bagi membantu rakyat dalam segala aspek. "Ketika rakyat sendiri dapat melihatnya dengan jelas, mereka pula yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat menzalimi rakyatnya, jadi tak ke lawak tu namanya?" katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas perkara itu, hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini secara terang-terangan telah mengarahkan para pemimpin Umno BN melakukan apa sahaja untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, para pemimpin Umno antara lain telah menyambutnya dengan membuat tuduhan liar dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menzalimi rakyat Selangor sepanjang memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu. Menurut Mahfuz, tujuan Umno BN mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang sebenarnya bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi bagi membolehkan mereka membaham khazanah negeri Selangor bagi kepentingan mereka sendiri. Realiti itu bagaimanapun amat berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah melakukan pelbagai perkara bagi kepentingan rakyat Selangor berbanding semasa Selangor berada di bawah pemerintah BN dulu. Antara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor termasuklah memberikan air percuma kepada rakyatnya, warga emas yang meninggal dunia diberikan wang kifalah RM2,500, setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100 sehingga apabila berumur 18 tahun wangnya yang terkumpul sebanyak RM1,500. Selain itu, turut disediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya, di samping pelbagai perkara lain lagi yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang jelas menguntungkan setiap rakyatnya. "Jadi, dengan berbuat begitu, dari sudut manakah ukuran yang dibuat oleh Umno BN itu sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya? "Tidakkah itu lawak namanya? Sememangnya para pemimpin Umno BN kini cukup bijak berlawak dan mereka tidak ubah seperti pelawak-pelawak yang sedang berlawak dalam rancangan lawak Astro," ujar beliau sambil tergelak kelucuan. | Apa tindakan polis kepada Utusan, trio Umno Posted: 11 May 2011 06:19 PM PDT KUANTAN, 11 Mei: PAS menasihatkan polis agar jangan menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes yang sudah terang lagi bersuluh jenayahnya dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur sikap pihak polis yang semakin dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.
"Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno Barisan Nasional (BN) timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat," ujar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Beliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis "menjaga" demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas.
"Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan 'dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ianya menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.
Jikalau PR yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran," ujarnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Mengulas mengenai hujah polis yang mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana kalau pihak Pakatan Rakyat memohon sekalipun, permit tetap tidak diberi.'
"Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini ianya pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno," tambahnya.
Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut kelihatan dalam dua isu sensasi terbaru ini, iaitu kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan permainan berbahaya media tradisional milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melagakan penganut agama Kristian dengan orang Islam dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai 'negara Kristian'.
"Sebelum ini dalam isu klip video; sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.
Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan. Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?" soal Tuan Ibrahim, sambil menambil bahawa kini rakyat menunggu dan menghitung hari bila polis akan ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu seks video. | Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah Posted: 11 May 2011 06:18 PM PDT KOTA BHARU, 11 Mei: Tanpa usul periksa setiap kali timbul masalah berkaitan pembangunan tanah di kawasan hulu, media segera menuding jari ke arah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat. Mengapa ia berlaku begitu. Apa yang dilaporkan sekarang seolah-olah media meletak setiap kesalahan di bahu kerajaan negeri kononnya merampas tanah rakyat. Lalu media mempersendakan tindakan tersebut dianggap mereka bertentangan dengan konsep negeri berkebajikan yang diuar-uarkan di Kelantan sebelum ini. Maka mengambil kira tomahan tidak berasas terbabit Ladang Rakyat tidak teragak-agak mengambil tindakan saman kepada pihak yang sengaja menjaja cerita tidak berasas. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi (gambar) berkata, pihaknya bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang sering melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap agensi berkenaan. "Seperti disengajakan kebelakangan ini apabila timbul masalah pengambilan tanah, ada pihak terus menuding jari terhadap Ladang Rakyat. "Banyak laporan media massa sekarang mendakwa Ladang Rakyat merampas tanah rakyat. Sedangkan ada kawasan yang didakwa langsung tidak ada projek Ladang Rakyat. "Oleh itu kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang sering melemparkan dakwaan tidak berasas," katanya di sini. Pada Mac lalu akhbar melaporkan 100 penduduk Kampung Serian, Gua Musang bimbang kebun mereka dirampas syarikat yang membangunkan projek tanaman kelapa sawit milik Ladang Rakyat. Sedangkan setiap program pembangunan tanah yang mahu dilaksanakan Ladang Rakyat terlebih dahulu diadakan perbincangan dengan penduduk dan pejabat Tanah dan Jajahan. Malah kawasan yang dituntut penduduk dikeluarkan daripada lokasi bakal dibangunkan Ladang Rakyat. Misalnya kes di Kampung Serian dua tahun Ladang Rakyat berunding dengan peneroka dan hampir 2,000 ekar direzabkan kepada penduduk. Sejak diwujudkan pada 2006 Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat berjaya mengurangkan jumlah penduduk miskin di Kelantan melalui dividen pengagihan bulanan sebanyak RM200. Sehingga sekarang seramai 4,332 penduduk miskin mendapat manfaat tersebut di mana penerima dipilih melalui penghulu di setiap mukim. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan penduduk di Gua Musang berpeluang mendengar penjelasan mengenai dakwaan rampasan tanah rakyat pada ceramah khas pada malam 14 Mei ini di padang Majlis Daerah Gua Musang. | Menteri 'gula' patut letak jawatan Posted: 11 May 2011 06:17 PM PDT GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mencadangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Yaakob meletakkan jawatannya kerana gagal membendung kenaikan harga barangan keperluan asas khususnya harga gula. Ketuanya, Hasbullah Ridzwan ( gambar) berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen menjadikannya RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam menunjukkan satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen). Minggu lalu, harga petrol RON97 turut mengalami kenaikan sebanyak 20 sen menjadi RM2.90. Kerajaan bagaimanapun memberi jaminan bahawa harga barangan lain tidak akan naik ekoran kenaikan harga petrol ini. Namun jaminan itu ternyata tidak boleh digunapakai apabila harga gula turut mengalami kenaikan. Kerajaan memberi alasan bahawa ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun. "Alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tidak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, dekat sini hari ini. DPPNS juga tidak menolak kemungkinan harga barangan keperluan asas lain turut dinaikkan atas alasan merasionalisasikan subsidi kerajaan. Sehubungan itu, DPPNS menyeru rakyat negeri itu menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan rakyat didahulukan hanya tinggal slogan sahaja tapi taukeh dan kroni tetap diutamakan," katanya. Sebelum ini, Setiausaha DAP kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport. Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini. Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang mengulas keniakan harga gula dari sudut kesihatan pula menolak pandangan sesetenagh pihak bahawa kenaikan harga ini akan mendorong rakyat mengurangkan pengambilan gula dan mengurangkan masalah kesihatan. Katanya, rakyat akan tetap membeli gula walaupun harganya dinaikkan dan ini sudah tentu membebankan rakyat. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar tindakan kerajaan memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor tapi sangat berkira dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat. | |
PAS Kawasan Setiu Posted: 14 May 2011 09:45 AM PDT |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar Posted: 14 May 2011 09:41 AM PDT 7 Resolusi Konvensyen PAS Sabah Posted: 11 May 2011 10:44 PM PDT Demi mencapai keadilan sosial dan negeri berkebajikan di Sabah, dengan ini PAS Sabah telah meresolusikan 7 perkara bersempena Konvensyen PAS Sabah 2011. 7 RESOLUSI KONVENSYEN PAS SABAH Pertama: PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
Kedua: Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga;
Ketiga: PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah;
Keempat: PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak;
Kelima: PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah;
Keenam: PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya 'access' kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa;
Ketujuh: PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah.
'PAS untuk orang Sabah' | |
KHIDMAT MERU Posted: 14 May 2011 09:41 AM PDT PERASMIAN PEJABAT PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN Posted: 13 May 2011 08:16 PM PDT | DAKWAH ISLAM DI MANA SAHAJA Posted: 13 May 2011 07:44 PM PDT Bertolak dari keinginannya untuk mengetahui dengan lebih dekat prinsip dan kaedah perjuangan Islam yang sebenarnya telah mendorong Encik Nokio Hikota dari Kedutaan Jepun yang berpengkalan di ibu kota untuk menziarahi YB Dr Hj Abd Rani bin Osman di Pusat Khidmat Masyarakat Meru. Pertemuan yang mengambil masa 2 jam itu telah di manafaatkan oleh Encik Hikota bagi mengajukan berbagai persoalan tentang Islam dan falsafah perjuangannya yang masih kabur dalam pemikirannya. YB Dr Hj Abd Rani yang pada mulanya menyangkakan pertemuan nya dengan seorang pegawai dari Kedutaan Jepun itu hanya membincangkan perihal bantuan kemaanusiaan kepada mangsa-mangsa Tsunami di Jepun berasa sungguh terkejut apabila di beritahu oleh Encik Hikota bahawa bukanlah itu tujuan utama kedatangannya ke Meru. Dr Rani bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang Islam dan konsep perjuangannya kepada non-muslm dan moga-moga Islam dapat di fahami dan diterima oleh mereka.
| |
PAS TAMBUN Posted: 14 May 2011 01:13 AM PDT PESURUHJAYA PAS PERAK MENAMATKAN STATUS DUDA Posted: 13 May 2011 11:26 PM PDT Alahai sama padan.. semoga mengembalikan keceriaan AF Ust dan Jemaah.. Allahuakbar
Ajenya suka ngusik.. Kalau depan rakyat rakyat di luar kalau makan pakai tangan mungkin le nak tarik pengundi.. ni makan dengan kebanyakannya orang PAS nak tarik pengundi apanya, ikhlasnya dia .. Tolong jaga PJ kami baik-baik ye.. terima kasih | |
PAS Kawasan Padang Besar Posted: 14 May 2011 01:04 AM PDT Jawatankuasa Harian PAS Kawasan 2011-2013 Posted: 13 May 2011 10:28 PM PDT Atas( Dari kiri): Hj. Mohd Anuar Tahir (YDP), Wan Kharizal Wan Khazim (TYDP), Ustaz Yahaya Ahmad (NYDP), Ustaz Azamhari Mahamood (Ketua Urusan Ulama'), Shuhairi Samsuddin (Ketua Dewan Pemuda), Amnah Andul Rahman (Ketua Dewan Muslimat)
Bawah (Dari kiri): Sarudin Abu Bakar (Setiausaha), Dauu Hassan (Penolong Setiausaha), Ustaz Azmir Azizan (Penolong Setiausaha), Saad Seman (Bendahari), Bashir Ishak (Ketua Penerangan), Rosudin Kassim (Pengarah Pilihanraya) | Info Rakyat 1 Posted: 13 May 2011 10:26 PM PDT Klik di foto SEBARKAN!!
| GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat Posted: 13 May 2011 10:24 PM PDT Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.
PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.
Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.
Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | Gula Naik 20 Sen, BN Gagal Posted: 13 May 2011 10:21 PM PDT Parti Islam Se-Malaysia PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)
Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen. Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol.
PAS hairan kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011. Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja.
Alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | |
Salam Perjuangan Posted: 13 May 2011 11:23 PM PDT |
Peghelih La... Posted: 13 May 2011 11:17 PM PDT GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat Posted: 13 May 2011 10:17 PM PDT Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.
PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
Alasan Datuk Seri Najib yang mengatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.
Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.
Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | Info Rakyat 5 Posted: 13 May 2011 10:10 PM PDT Klik di foto SEBAR-SEBARKAN..... | Kunjungan wakil Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura Posted: 13 May 2011 09:45 PM PDT KANGAR - Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, Filbert Tay mengadakan keunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tengahari tadi pejabatnya di Kompleks PAS Perlis di sini. Dalam kunjungannya, beliau betukar-tukar pandangan berkaitan perkembangan semasa tentang politik dan sosial di Perlis serta di republik itu. Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Md Rejab dan Ketua Penerangan PAS Perlis, Ru'ssele Eizan. | Pemuda PAS Perlis buat laporan polis ke atas Soi Lek Posted: 13 May 2011 09:37 PM PDT KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis membuat laporan plis di IPD Kangar 13 Mei lalu ke atas kenyataan menghina Islam oleh Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek.
Laporan dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.
Turut mengiringi beliau AJK Pemuda PAS Perlis serta Kawasan-kawasan. | |
PAS TELUK INTAN Posted: 13 May 2011 11:14 PM PDT pas teluk intan wujudkan facebook Posted: 12 May 2011 10:06 AM PDT pas teluk intan wujudkan sebuah laman sosial facebook untuk rakyat khususnya sekitar teluk intan mahupun di luar teluk intan yang berasal dari teluk intan mengetahui perkembangan terbaru pas lebih tepat dan terpeinci. dengan adanya laman facebook ini juga akan dapat membantu banyak aktiviti yang di anjurkan pas kawasan teluk intan dan juga pusat khidmat n56 dun cangkat jong disebar khusunya kepada semua rakyat dengan lebih tepat dan betul. malaysia adalah sebuah negara yang sudah hampir 55 tahun merdeka akan tetapi media dan arus perdana yang ada tidak bebas seperti negara maju lain, seakan pas dan juga parti lain selain parti pemerintah tidak wujud di dalam negara ini. segala aktiviti dan program kita tidak langsung diceritakan mahupun kebajikan kepada rakyat, pembelaan dan juga pemerhatian... oleh itu lujnah it teluk intan akan mewujudkan seberapa banyak yang boleh sumber maklumat yang benar lagi tepat kepada rakyat agar mereka dapat membuat perbezaan bagi setiap pekara antara keadilan rakyat dan juga kezaliman terhadap rakyat. ini juga termasuk dalam hak rakyat iaitu bagi mendapat maklumat yang betul agar rakyat tidak ketinggalan dalam arus perdana dan pemodenan sumber maklumat masa kini | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan