Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Sekitar Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
- Sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
- Muslimat perlu sedia pelan untuk ke Putrajaya
- Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan Kali Ke 52
- SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 2011 – KELANTAN BERGAYA SELANGOR HAMPA
- Aktivis Gegar dipukul ketika gantung baner royalti
- Pelancaran Liga Dun Kelantan 2011
- "Henti aibkan Anwar"- Nik Aziz
- Selamatkan Utusan
- Hina Islam: PAS mahu presiden MCA dikena tindakan
- Pemimpin Umno macam pelawak tagih simpati rakyat
- Apa tindakan polis kepada Utusan, trio Umno
- Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah
- Menteri 'gula' patut letak jawatan
Sekitar Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Posted: 14 May 2011 07:38 AM PDT |
Sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Posted: 14 May 2011 07:00 AM PDT |
Muslimat perlu sedia pelan untuk ke Putrajaya Posted: 14 May 2011 06:54 AM PDT PENGKALAN CHEPA, 14 Mei: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyarankan muslimat PAS negeri menyediakan pelan sebagai persiapan untuk ke Putrajaya. Katanya, pelan yang lebih berstrategi perlu diatur bagi menawan Putrajaya untuk menggantikan pentadbiran negara yang semakin zalim, khususnya terhadap kerajaan Kelantan yang tidak pernah adil sejak 21 tahun lalu. Husam seterusnya menambah, kejahatan kerajaan BN yang menafikan hak Kelantan seperti pembinaan lebuh raya di negeri itu, geran dari kerajaan Pusat untuk AKSB, penafian hak royalti dan lain-lain lagi perlu diubah oleh muslimat. "Pada masa yang sama kita juga menyeru muslimat Kelantan yang terbukti berani sentiasa bermunajat kepada Allah agar kerajaan Pusat menyerahkan royalti pada kerajaan negeri. "Usaha itu perlu dilakukan berterusan dan jangan hanya bila rasa perlu sahaja kerana tuntutan kita tidak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara," ujarnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan ke-38 di sini. Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Kelantan mengukir sejarah baru apabila semua kepimpinannya yang lalu berjaya mengekalkann kedudukan masing-masing setelah mereka menang tanpa bertanding. Kemenangan yang masih mengekalkan kedudukan ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya, Wan Ubaidah Omar dan naib, Rohani Ibrahim berlaku apabila tiada nama-nama baru dicalonkan untuk bertanding untuk merebut jawatan itu dari penyandangnya. Bukan itu sahaja, 10 anggota jawatankuasa sesi lalu termasuk isteri Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, masih mengekalkan kedudukan mereka apabila nama-nama mereka dicalonkan sekali lagi. Zailah ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat ke-38, menyifatkan ianya suatu sejarah baru dalam politik di negeri itu. "Ini juga membuktikan muslimat lebih menumpukan kemenangan pentadbiran Negara serta mengekalkan kedudukan kerajaan Kelantan berbanding perebutan jawatan apa lagi mewujudkan masaalah dalaman," ujarnya. |
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan Kali Ke 52 Posted: 13 May 2011 04:03 PM PDT |
SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 2011 – KELANTAN BERGAYA SELANGOR HAMPA Posted: 13 May 2011 04:01 PM PDT Kelantan melangkah sebelah kaki ke Perlawanan Akhir Piala FA 2011 selepas MEMBELASAH Selangor 5 – 1 di Stadium keramat Selangor iaitu Stadium Shah Alam. Pada perlawanan tersebut Kelantan bermula garang setelah Sayap Berbisa Kelantan, Nurul Azwan Roya nyaris membuka tirai jaringan pada minit ke – 2 namun sepakannya terkena tiang gol pasukan selangor. Kelantan tidak menunggu lama untuk berada di depan setelah Ramzul Zahini Adenan berjaya menjaringkan Gol Pertama Kelantan pada minit ke 10″ Pada minit ke 19″ pula Azwan Roya sekali lagi mampu untuk menambah jaringan namun sepakannya sekali lagi terkena tiang gol pasukan Selangor. Gol kedua kelantan akhirnya menjelma pada minit ke 40″ selepas Ramzul menyempurnakan hantaran cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha untuk memberikan Kelantan selesa mendahului 2 – 0 Seakan tidak cukup dengan 2 gol, Kelantan menambah derita pasukan tuan rumah dengan jaringan ke 3 menerusi Kapten Kelantan Badhri Radzi atau Piya pada minit ke 43″. Tamat Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan selesa mendahului dengan gol 3 – 0. Bersambung babak kedua, Kelantan sekali lagi mampu menambah jaringan menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi tetapi sepakannya kemas kedakapan Penjaga Gol Selangor iaitu Saiful Amar Sudar. Minit ke 57″ pula Tendangan pemain sayap Selangor Amirulhadi Zainal di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat. Minit ke 65″ Giliran nor shahrul idlan talaha pula menambah jaringan namun sepakannya tersasar. Gol ke empat Kelantan akhirnya menjelma juga pada minit ke 67″ menerusi pemain sayap lincah Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan tidak cukup dengan itu Shahrul Idlan Talaha menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol ke lima kelantan pada minit ke 71″. Minit 90″ Amri yahyah menjaringkan gol saguhati kepada penyokong Selangor. Tamat Perlawanan Selangor 1 – 5 Kelantan. * Dianggarkan Penyokong Kelantan 40 ribu dan Penyokong Selangor 20 ribu di stadium shah alam. * Separuh Akhir Kedua akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed Ke IV pada 16 Mei 2011. |
Aktivis Gegar dipukul ketika gantung baner royalti Posted: 13 May 2011 03:55 PM PDT KOTA BHARU, 13 Mei: Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) hari ini dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang menggantung kain rentang menuntut royalti minyak negeri itu di Masjid Kampung Sireh di sini tengah hari tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Hisyamuddin Ghazali (gambar) yang ditemani isteri dan ibu sedang memasang kain rentang tersebut tiba-tiba diserang lelaki yang tidak dikenali terbabit. Menurut mangsa yang juga setiausaha Gegar, penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya dibelakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa. "Kejadian berlaku dalam masa yang singkat dan luar jangka. Lelaki itu datang dan terus memukul saya. "Tumbukkan ala komando menyebabkan saya pitam berberapa saat dan ibu saya ditolak terlentang diatas jalan raya di hadapan Masjid Kampung Sireh", ceritanya. Selepas menumbuk mangsa beberapa kali di muka, mereka kemudiannya kembali menuju ke keretanya. Namun selepas menyedari mangsa merakam gambarnya, lelaki tersebut meluru semula mendapatkan mangsa dan memukulnya. Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian perut, kepala, mulut dan mata. "Saya mengalami bengang di telinga, kabur mata kiri dan sakit di perut akibat ditumbuh di kepala dan perut. "Adakah salah saya memperjuangkan Royalti untuk rakyat Kelantan?", soalnya sambil memberitahu beliau pitam beberapa minit sebelum bangkit mengambil gambar penyerang terbabit. Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 1 tengahari tadi. "Inilah budaya samseng yang Umno cuba bawa di Kelantan.. rakyat kelantan mesti bersatu dalam tuntutan royalti, kita mesti tuntut sampai dapat dari kerajaan zalim", tegasnya. Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali takut untuk terus menuntut hak royalti Kelantan itu. Tindakan bacul Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan perbuatan samseng tersebut sebagai bacul dan tidak bertanggungjawab dan yakin ada kaitan dengan pihak yang tidak senang dengan gerakan mendesak royalti Kelantan tersebut. "Kita kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak dikenali memukul seorang aktivis Gegar pada hari ini. "Perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan.," katanya dalam satu kenyataan. Beliau turut mengingatkan, hasil minyak merupakan hak milik Kelantan dan tindakan memunggah hasil mahsul ini tanpa sebarang bayaran royalti hanyalah merupakan tindakan perompak yang merompak dengan cara yang kononnya sah mengikut undang-undang. Selain itu beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang terus membelakangi tuntutan tersebut namun dalam masa yang sama dapat menjelaskan bayaran royalti minyak kepada negeri Terengganu. Sedangkan katanya perjanjian yang terpakai ialah perjanjian yang sama dan langsung tidak berbeza antara satu sama lain. "Sewajarnya usaha-usaha NGO seperti Gegar harus disokong oleh semua pihak khususnya di Kelantan dan bukan menanganinya dengan cara samseng yang hanya mengesahkan sifat takut dan pengecut pihak-pihak tertentu. "Lebih menyedihkan jika tindakan seperti ini dilakukan oleh anak Kelantan yang mengaku berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu, nampaknya slogan ini hanyalah retorik semata-mata," katanya. Untuk rekod, Gegar adalah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 57 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO). Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang bermatlamat mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975. |
Pelancaran Liga Dun Kelantan 2011 Posted: 13 May 2011 03:51 PM PDT |
"Henti aibkan Anwar"- Nik Aziz Posted: 13 May 2011 03:44 PM PDT KOTA BHARU, 13 Mei: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu. Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama. "Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,"ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu. Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera. Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar. Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi. "Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita," katanya. |
Posted: 13 May 2011 03:43 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei: Walaupun jelas yang paling membuat kerosakan hasil dari laporan "Kristian agama rasmi" adalah Utusan Malaysia, namun Umno nampaknya sedang berusaha keras menyelamatkan akhbar mereka itu. Fokus diberikan kepada laporan salah yang dibuat oleh dua blogger yang pembacanya tidak seberapa dan Utusan selamat apabila hanya menerima satu surat amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Satu lagi media rasmi Umno, TV3 melalui Buletin Utama mereka malam tadi langsung tidak memberikan fokus kepada kesalahan yang dibuat Utusan tetapi memberikan fokus laporan kepada dua blogger pro-Umno yang malang itu. Kedua-duanya adalah blog Bigdog dan Marahku. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau melihat seperti wujud perancangan dalam isu ini untuk menyelamatkan Utusan dengan mengalih tumpuan kesalahan kepada dua blogger Umno yang menyiarkan tuduhan tersebut. "Saya melihat semacam ada persefahaman dan kerjasama terancang seolah-olah KDN pejam mata terhadap laporan fitnah Utusan," kata Salahuddin kepada Harakahdaily. Beliau juga berkata, seperti menjadi satu trend sekarang ini apabila tumpuan kini dialihkan kepada blogger Sebelum ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri mendedahkan bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) berkata, Ketua Pengarang Utusan akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin. Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri. Tahun lalu, akhbar China Press telah dikenakan hukuman gantung dua minggu oleh KDN di samping membuat permohonan maaf di muka depan ekoran kesilapan melaporkan berita perletakan jawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. (Utusan hanya membuat penjelasan dua para yang tidak jelas dalam muka dalamnya mengenai laporan "Kristian agama rasmi") Pada tahun 2008, wartawan kanan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana melaporkan ucapan Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang menyebut Cina di Malaysia hanya penumpang. Namun, Utusan yang telah mempercikkan api pertembungan agama apabila mendakwa DAP bekerjasama dengan Paderi Kristian untuk menjadikan Kristian agama rasmi hanya dikenakan surat amaran. Untuk meredakan ketegangan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menemui para pemimpin agama Kristian dalam satu majlis dialog makan malam semalam. "Kesilapan yang dibuat Utusan jauh lebih berbahaya dan berniat jahat dari China Press. Tetapi, Utusan dibebaskan hanya dengan satu surat amaran. Mengapa tidak ada tindakan yang lebih tegas kepada Ketua Pengarang dan wartawan yang menulis berita itu?" soal anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Lagipun, katanya, laporan Utusan itu dibuat hanya berdasarkan posting dalam dua blog pro-umno yang tidakpun cuba disahkan oleh Utusan. Bahkan, Utusan juga tidak mendapatkan penjelasan dari Jeff Ooi yang didakwa bersekongkol dengan beberapa paderi untuk melakukan tindakan itu dan tidak juga menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh DAP mengenainya, kata Nie Ching. Bagi beliau, semua yang berlaku ini adalah kerana double standard yang diamalkan oleh Perdana Menteri Najib walaupun dalam kempen politiknya Najib memasarkan dasar satu standard iaitu 1 Malaysia. "Perdana Menteri mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Utusan tidak menikmati imuniti dengan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada editor dan wartawan yang terbabit dalam laporan yang tidak bertanggungjawab ini," kata Nie Ching. Sebelum ini, Nie Ching juga menjadi mangsa Utusan (gambar) apabila akhbar itu melaporkan beliau memberikan 'tazkirah' di sebuah surau dalam kawasan parlimennya. Padahal beliau hanya memberikan ucapan kepada pengundi di kawasannya dalam satu majlis yang diadakan di sebuah surau. |
Hina Islam: PAS mahu presiden MCA dikena tindakan Posted: 13 May 2011 03:42 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei: Dua laporan polis dibuat terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek atas beberapa tindakannya yang didakwa menghina ajaran Islam. Laporan berasingan itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di IPD Kota Setar manakala satu lagi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor semalam. Mereka mendakwa, kenyataan yang dikeluarkan Soi Lek itu bukan sahaja bersifat menghina Islam, malah memprovokasi dan menyakiti perasaan umat Islam itu sendiri. "Kami dari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membuat laporan polis ini terhadap Presiden MCA, Dato Seri Dr Chua Soi Lek di atas kenyataan-kenyataan beliau sejak kebelakangan ini yang begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, permusuhan dan penghinaan terhadap Agama Islam selaku Agama bagi Persekutuan Malaysia," kata Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya. Berikut antara kenyataan presiden MCA itu yang dakwa mereka terlah menghina Islam. 1) Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan: "The Prime Minister and other Umno stalwarts are fully aware of MCA's stand on turning this country into a theocratic Islamic State" (sila rujuk laporan akhbar The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk 'MCA strongly against Islamic State'. Sila baca di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/2/nation/8592015&sec=nation). 2) Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan: "Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS". (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk 'Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands'. Sila baca di http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=6591:chua-slams-normala-azizah-for-wearing-gloves-when-shaking-hands&Itemid=2). 3) Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai ditutup pada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan: "Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It's quiet in Kota Bahru". (Sila rujuk akaun Twitter Dato Dr Chua Soi Lek bertarikh 17/11/2010. Sila baca di http://twitter.com/#!/drchuaSL). 4) Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi. Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata : "Do not be too optimistic that once PAS rules the government, the country will be free from corruption and other problems. Bear in mind, some of the most corrupted countries are Muslim-majority nations..... He noted that the book listed down the common characteristics of 57 Muslim-majority countries in the world which, among other things, claimed that the nations were less democratic because of its emphasis on religion. Although these countries have Cabinets and elections, they also have the Council of Muslim Elders, which enjoys absolute power to override the decisions or policies made by the government. Since these countries formulate their policy using religion as its basis, policies formulated will not be on par with the global development requirement". Sila rujuk laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010 di bawah tajuk 'Soi Lek fires broadside at Umno, PAS'. Sila baca di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/soi-lek-fires-broadside-at-umno-pas/). "Kami percaya sekiranya Dato Seri Dr Chua Soi Lek dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang provokatif yang menyentuh berkaitan agama Islam tanpa memperdulikan sensitiviti umat Islam di negara ini, lambat laun pastinya akan menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. "Kami juga percaya kenyataan-kenyataaan yang dinyatakan di atas bukanlah mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia, bahkan kami meyakini seluruh rakyat Malaysia menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentiment agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor Mahadzir Bin Mat Zili. Selain itu, mereka juga mendakwa kenyataan Soi Lek juga yang berjanji akan menjadi penyokong utama PKR jika parti tersebut mahu mengugurkan keistimewaan orang Melayu yang tercatat dalam perlembagaan negara boleh menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu. Justeru, mereka memohon agar Soi Lek disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan. |
Pemimpin Umno macam pelawak tagih simpati rakyat Posted: 11 May 2011 06:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Mei: Tindakan Umno BN yang mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Pakatan Rakyat telah menyebabkan parti itu kini boleh disifatkan sebagai parti kurang upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina. Namun dalam masa yang sama, fitnah-fitnah yang diciptakannya berpusing pula menjadi bahan ketawa orang ramai, apabila ia ternyata tidak berasas, tetapi hanya sengaja diada-adakan bagi mengelirukan orang ramai. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terbaru Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya memperjelaskan lagi realiti itu, sehingga menyebabkan para pemimpin Umno kini turut disifatkan sebagai pelawak oleh pelbagai pihak. Menurut beliau, Umno BN boleh disifatkan sedemikian kerana yang menzalimi rakyat bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi parti itu sendiri ketika mereka memerintah Selangor dulu. Katanya, tetapi kini setelah Selangor berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap pihak boleh menilai sendiri betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti juga Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain telah melakukan pelbagai tindakan bagi membantu rakyat dalam segala aspek. "Ketika rakyat sendiri dapat melihatnya dengan jelas, mereka pula yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat menzalimi rakyatnya, jadi tak ke lawak tu namanya?" katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas perkara itu, hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini secara terang-terangan telah mengarahkan para pemimpin Umno BN melakukan apa sahaja untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, para pemimpin Umno antara lain telah menyambutnya dengan membuat tuduhan liar dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menzalimi rakyat Selangor sepanjang memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu. Menurut Mahfuz, tujuan Umno BN mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang sebenarnya bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi bagi membolehkan mereka membaham khazanah negeri Selangor bagi kepentingan mereka sendiri. Realiti itu bagaimanapun amat berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah melakukan pelbagai perkara bagi kepentingan rakyat Selangor berbanding semasa Selangor berada di bawah pemerintah BN dulu. Antara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor termasuklah memberikan air percuma kepada rakyatnya, warga emas yang meninggal dunia diberikan wang kifalah RM2,500, setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100 sehingga apabila berumur 18 tahun wangnya yang terkumpul sebanyak RM1,500. Selain itu, turut disediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya, di samping pelbagai perkara lain lagi yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang jelas menguntungkan setiap rakyatnya. "Jadi, dengan berbuat begitu, dari sudut manakah ukuran yang dibuat oleh Umno BN itu sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya? "Tidakkah itu lawak namanya? Sememangnya para pemimpin Umno BN kini cukup bijak berlawak dan mereka tidak ubah seperti pelawak-pelawak yang sedang berlawak dalam rancangan lawak Astro," ujar beliau sambil tergelak kelucuan. |
Apa tindakan polis kepada Utusan, trio Umno Posted: 11 May 2011 06:19 PM PDT KUANTAN, 11 Mei: PAS menasihatkan polis agar jangan menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes yang sudah terang lagi bersuluh jenayahnya dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur sikap pihak polis yang semakin dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang. "Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno Barisan Nasional (BN) timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat," ujar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan. Beliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis "menjaga" demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas. "Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan 'dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ianya menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya. Jikalau PR yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran," ujarnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Mengulas mengenai hujah polis yang mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana kalau pihak Pakatan Rakyat memohon sekalipun, permit tetap tidak diberi.' "Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini ianya pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno," tambahnya. Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut kelihatan dalam dua isu sensasi terbaru ini, iaitu kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan permainan berbahaya media tradisional milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melagakan penganut agama Kristian dengan orang Islam dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai 'negara Kristian'. "Sebelum ini dalam isu klip video; sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara. Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan. Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?" soal Tuan Ibrahim, sambil menambil bahawa kini rakyat menunggu dan menghitung hari bila polis akan ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu seks video. |
Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah Posted: 11 May 2011 06:18 PM PDT KOTA BHARU, 11 Mei: Tanpa usul periksa setiap kali timbul masalah berkaitan pembangunan tanah di kawasan hulu, media segera menuding jari ke arah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat. Mengapa ia berlaku begitu. Apa yang dilaporkan sekarang seolah-olah media meletak setiap kesalahan di bahu kerajaan negeri kononnya merampas tanah rakyat. Lalu media mempersendakan tindakan tersebut dianggap mereka bertentangan dengan konsep negeri berkebajikan yang diuar-uarkan di Kelantan sebelum ini. Maka mengambil kira tomahan tidak berasas terbabit Ladang Rakyat tidak teragak-agak mengambil tindakan saman kepada pihak yang sengaja menjaja cerita tidak berasas. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi (gambar) berkata, pihaknya bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang sering melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap agensi berkenaan. "Seperti disengajakan kebelakangan ini apabila timbul masalah pengambilan tanah, ada pihak terus menuding jari terhadap Ladang Rakyat. "Banyak laporan media massa sekarang mendakwa Ladang Rakyat merampas tanah rakyat. Sedangkan ada kawasan yang didakwa langsung tidak ada projek Ladang Rakyat. "Oleh itu kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang sering melemparkan dakwaan tidak berasas," katanya di sini. Pada Mac lalu akhbar melaporkan 100 penduduk Kampung Serian, Gua Musang bimbang kebun mereka dirampas syarikat yang membangunkan projek tanaman kelapa sawit milik Ladang Rakyat. Sedangkan setiap program pembangunan tanah yang mahu dilaksanakan Ladang Rakyat terlebih dahulu diadakan perbincangan dengan penduduk dan pejabat Tanah dan Jajahan. Malah kawasan yang dituntut penduduk dikeluarkan daripada lokasi bakal dibangunkan Ladang Rakyat. Misalnya kes di Kampung Serian dua tahun Ladang Rakyat berunding dengan peneroka dan hampir 2,000 ekar direzabkan kepada penduduk. Sejak diwujudkan pada 2006 Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat berjaya mengurangkan jumlah penduduk miskin di Kelantan melalui dividen pengagihan bulanan sebanyak RM200. Sehingga sekarang seramai 4,332 penduduk miskin mendapat manfaat tersebut di mana penerima dipilih melalui penghulu di setiap mukim. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan penduduk di Gua Musang berpeluang mendengar penjelasan mengenai dakwaan rampasan tanah rakyat pada ceramah khas pada malam 14 Mei ini di padang Majlis Daerah Gua Musang. |
Menteri 'gula' patut letak jawatan Posted: 11 May 2011 06:17 PM PDT GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mencadangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Yaakob meletakkan jawatannya kerana gagal membendung kenaikan harga barangan keperluan asas khususnya harga gula. Ketuanya, Hasbullah Ridzwan (gambar) berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen menjadikannya RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam menunjukkan satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen). Minggu lalu, harga petrol RON97 turut mengalami kenaikan sebanyak 20 sen menjadi RM2.90. Kerajaan bagaimanapun memberi jaminan bahawa harga barangan lain tidak akan naik ekoran kenaikan harga petrol ini. Namun jaminan itu ternyata tidak boleh digunapakai apabila harga gula turut mengalami kenaikan. Kerajaan memberi alasan bahawa ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun. "Alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tidak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, dekat sini hari ini. DPPNS juga tidak menolak kemungkinan harga barangan keperluan asas lain turut dinaikkan atas alasan merasionalisasikan subsidi kerajaan. Sehubungan itu, DPPNS menyeru rakyat negeri itu menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan rakyat didahulukan hanya tinggal slogan sahaja tapi taukeh dan kroni tetap diutamakan," katanya. Sebelum ini, Setiausaha DAP kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport. Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini. Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang mengulas keniakan harga gula dari sudut kesihatan pula menolak pandangan sesetenagh pihak bahawa kenaikan harga ini akan mendorong rakyat mengurangkan pengambilan gula dan mengurangkan masalah kesihatan. Katanya, rakyat akan tetap membeli gula walaupun harganya dinaikkan dan ini sudah tentu membebankan rakyat. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar tindakan kerajaan memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor tapi sangat berkira dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan