Ahad, 8 Mei 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 08 May 2011 03:37 PM PDT

PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily.

"Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

"Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini," kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.

Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Kristian agama rasmi?" ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Menjawab balas permainan Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan tersebut tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam.

"Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?Baca seterusnya di sini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SETIAWANGSA@KL

Posted: 08 May 2011 03:37 PM PDT

Banyak pihak dari Pakatan Rakyat termasuk Ahli Parlimen, Jeff Ooi sendiri telah menafikan tuduhan bahawa terdapat perhimpunan oleh paderi-paderi yang mahu menukar agama rasmi negara dari agama Islam ke agama Kristian. Ianya bermula dari tuduhan yang dibuat dari blog pro UMNO-BN. Ia kemudiannya disiarkan oleh Utusan Malaysia. Pada malamnya pula, TV telah menyiarkan ulasan-ulasan dari pemimpin-pemimpin NGO serta parti politik UMNO-BN (termasuk menteri) yang seolah-olah mengiakan kejadian tersebut walaupun telah dinafikan oleh Jeff Ooi. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati orang melayu khususnya dan rakyat amnya. Ia juga boleh menyebabkan ketegangangan kaum. Oleh kerana berita yang dikeluarkan dan ulusan-ulasan dari media dan pemimpin tertentu boleh menimbulkan keadaan huru hara maka saya fikir media dan pemimpin yang terlibat mesti diambil tindakan mengikut undang-undang. Polis perlu juga menyiasat media atau orang yang mengeluarkan berita atau kenyataan yang tidak betul ini walaupun seorang menteri.

Ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia dan seorang penulis blog berhubung dakwaan "berniat jahat" melalui laporan yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menukar agama rasmi negara.

Ooi yang juga anggota jawatankuasa pusat DAP mahu polis menyiasat Utusan Malaysia atas laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' yang menjadi tajuk utama akhbar berkenaan semalam.

Selain itu, laporan berkenaan juga dibuat berhubung laporan akhbar itu di halaman lima, bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'.

Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Laporan dalam Utusan Malaysia itu adalah berdasarkan tulisan di satu blog pro-Umno, Zakir Mohammed bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

Zakir dan seorang penulis blog yang tidak dikenali turut menyiarkan satu foto yang menunjukkan sekumpulan penganut agama sedang berdoa.

Bercakap dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini, Ooi menggesa Zakir dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada semua penganut Krisitan dalam tempoh 24 jam atas dakwaan yang dilemparkan itu.

Ooi berkata, Utusan Malaysia juga telah menyimpulkan dalam laporan berkenaan bahawa DAP terlibat dalam satu tindakan berbahaya dan mendakwa parti itu membawa strategi politik cauvinis Cina ke tahap yang tinggi dan sensitif.

Ooi juga berkata, penulis blog berkenaan juga cuba untuk menimbulkan sentimen anti-Cina di kalangan orang Melayu walaupun tidak kesemua masyarakat Cina merupakan penganut Kristian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut