Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah |
- memang patut bayar cukai tanah,hak rakyat Kedah
- UTUSAN BERMAIN API- JOM PAKAT JANGAN DOK BELI DAH UTUSAN
- Muka baru terajui Pemuda PAS Sarawak- tahniah
- Anak muda, Jom Ubah
- Mengapa Rayuan rebet Cukai Tanah UUM Ditolak.
memang patut bayar cukai tanah,hak rakyat Kedah Posted: 07 May 2011 09:32 PM PDT Rakyat Kedah bantah beri rebat cukai pada UUMALOR SETAR, 26 April - Rata-rata rakyat Kedah yang ditemui tidak bersetuju jika Kerajaan Negeri Kedah menyambung semula rebat cukai tanah tapak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mendapat rebat selama tiga tahun iaitu sejak 2006 hingga 2008 dari kerajaan sebelum ini. Mereka menganggap cukai itu adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat Kedah yang memerlukan. Ini tidak pula bermakna mereka tidak menghargai sumbangan pendidikan tinggi di negeri ini. Encik Syukri Abdullah, 28, dari Sik berkata, cukai tersebut merupakan salah satu hasil kerajaan negeri maka memang patut kerajaan mengenakan cukai RM1.74 juta kepada UUM. "Kerana dengan duit hasil itulah yang digunakan untuk membantu rakyat. Sedangkan rakyat biasa, peniaga, pemilik rumah juga dikehendaki membayar cukai. "Tak patut UUM mempertikai kenaikan cukai tanah ini kerana sebelum 2006 semasa kerajaan sebelum ini pun sudah ada cukai tu. Ianya bukannya satu perkara yang boleh dijadikan isu sebenarnya. "Saya juga bersetuju, jika kerajaan negeri kenakan cukai RM1.74 juta tu, sebabnya hasil cukai tu akan dapat dinikmati oleh rakyat," katanya. Manakala, Encik Zulkifli Syafie, 50, dari Taman Wira Mergong melahirkan rasa bangga sekiranya kerajaan negeri mengenakan cukai tanah balik kepada harga asal selepas tamat tempoh rebat 2006 hingga 2008. "Semasa pemerintahan sebelum ini, mereka tidak pernah membangkitkan isu ini tetapi bila kerajaan sekarang memerintah mereka baru nak buat kacau. Saya yakin ini semua adalah gimik pilihanraya kerana mereka tiada isu yang menunjukkan bahawa kerajaan negeri sekarang tidak pandai memerintah. "Dan tentang isu air di UUM pula, kenapa semasa kerajaan sebelum memerintah, UUM tidak merungut pun pasal air, tetapi bila kerajaan sekarang memerintah, isu ini di bangkitkan pula?" katanya. Segar Karembaram, 50, dari Alor Setar bersetuju kerajaan negeri mengenakan cukai tanah sebanyak RM1.74 juta kepada UUM kerana ianya adalah untuk kegunaan rakyat seperti membantu mangsa banjir, membantu orang-orang miskin yang memerlukan. "Saya gembira dengan pentadbiran baru ni dan saya yakin kerajaan kerajaan negeri sekarang boleh memerintah lagi, kerana tidak ada banyak masalah, pentadbiran pun berjalan lancar, semua bebas saja, dan perayaan pelbagai kaum juga tidak diganggu," ujarnya. Sementara itu, Mohd Shahbudin Mahamood, 31, dari Mergong berkata, tidak patut UUM mempertikai mengenai cukai tersebut kerana itu merupakan hak kerajaan negeri dan ianya akan disalurkan kepada rakyat. Tambahnya, kerajaan negeri sekarang baru tiga tahun memerintah sudah melakukan pelbagai perubahan dan rakyat juga dapat melihat perbezaannya. Mengikut perjanjian asal, jumlah yang perlu dibayar UUM adalah sebanyak RM1.74 juta tanpa sebarang kenaikan harga. Pembayaran RM100 ribu setahun bagi tahun 2006 hingga 2008 yang dibuat oleh UUM adalah selepas Kerajaan Negeri masa itu meluluskan permohonan rebat oleh UUM. | ||
UTUSAN BERMAIN API- JOM PAKAT JANGAN DOK BELI DAH UTUSAN Posted: 07 May 2011 08:40 PM PDT
| ||
Muka baru terajui Pemuda PAS Sarawak- tahniah Posted: 07 May 2011 08:38 PM PDT
| ||
Posted: 07 May 2011 08:37 PM PDT
| ||
Mengapa Rayuan rebet Cukai Tanah UUM Ditolak. Posted: 07 May 2011 08:32 PM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA @ kedahla.blogspot.com BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM. Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011. Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai. Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai. Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00. Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00! Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun. Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat? Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah. Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan. USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku. Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik. Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut. Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak? Jawapannya begini: 1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan) 2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan. 3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air. 4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin. |
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan