Ahad, 8 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 08 May 2011 01:23 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Soft launch

Posted: 07 May 2011 07:54 PM PDT

Dua program terdekat yang akan di kendalikan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang.

1. Ceramah "Aku Telah Ditontonkan Video Itu".

Program ceramah ini dijadualkan pada 28hb Mei 2011 yang akan diadakan di Taman Mewah Kamunting dalam Parlimen Bukit Gantang.

Pencermah yang telah mengesahkan kehadiran adalah Dato Johari Abdul ahli Parlimen Sungai Petani yang mana beliau telah dibawa oleh Dato T untuk ditontonkan video lucah di Carcosa Seri Negara.

Undangan lain  adalah Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan seorang peguam yang akan menjelaskan isu kazaf.


2. Minum Petang Dengan Nurul Izzah Anwar.

Program berkonsepkan santai dengan jamuan petang dan diselang seli dengan dialog bersama tetamu ini akan diadakan di restoran sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Izzah telahpun mengesahkan kehadiran pada program ini.

Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh sayap Wanita Keadilan Bukit Gantang ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 untuk setiap tetamu.

Tiket akan mula dijual pada 9hb Mei 2011 di pejabat Keadilan Bukit Gantang No 5 Lorong 1 Taman Molek Simpang. Atau boleh berhubung dengan En Thanga untuk maklumat lanjut Tel 012-75657594.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 07 May 2011 11:16 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Sembilan

Posted: 07 May 2011 06:45 PM PDT

Pengerusi
Karip Mohd Salleh

Timbalan Pengerusi
Salam Yusof

Timbalan Pengerusi Orang Asal
Romani Mohamad

Setiausaha
Haji Baharudin Arif

Bendahari
Sharifudin Husin

Ketua Penerangan
Othman Sentul

Ketua Unit Guaman
T.Kumar

Ketua Wanita
Kamariah bt Othman

Seramai 20 orang Ahli-Ahli Jawatankuasa mewakili rancangan-rancangan Felda di Negeri Sembilan turut dipilih didalam Mesyuarat Biro yang diadakan di Pejabat PKR Serting yang dirasmikan oleh YB Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan. Hadir sama dalam Majlis tersebut adalah Sdr Hj Suhaimi Said yang turut membentangkan kertas kerja mengenai Group Settlement Act 1960 dan Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.

Mansuhkan Felda Plantation! Beri Ladang dan Rumah Kepada Generasi Baru Felda

Posted: 07 May 2011 06:27 PM PDT

Fakta 1: Peneroka Asal - 112,635 orang menghuni di 317 Tanah Rancangan diseluruh Negara. Kesaeluruhan warga Felda termasuk generasi baru sudah meningkat melebihi 1 juta orang dan hampir 800,000 orang darinya adalah Generasi Baru.

Fakta 2: Jumlah terbesar daripada Generasi Baru tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan yang kecil.

Fakta 3: Jumlah terbesar daripada Generasi Baru tinggal bersama ibu-bapa mereka tanpa rumah sendiri.

Fakta 4: Sejak 1990, Felda mewujudkan Felda Plantation sebagai Estet Felda tanpa mengambil Peneroka baru. Seluas 380,180 hekar (840,000 ekar) tanah kerajaan-kerajaan negeri digunakan oleh Felda untuk Felda Plantation bercanggah dengan GSA dan ucapan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussain di Parlimen pada 27.4.1960; dan jika ladang-ladang Felda Plantation ini diukur dan dipecah-pecahkan kepada lot-lot berukuran 5 ekar, seramai 160,000 peneroka-peneroka baru dari kalangan generasi baru dapat diambil, dan mengurangkan sebahagian besar masalah anak-anak peneroka yang tidak bertanah. Dan inilah peluang kepada anak-anak peneroka untuk memiliki ladang sendiri dan tidak lagi bergantung kepada ladang milik ibu bapa mereka.

Fakta 5: Perwarisan mengikut GSA hanyalah untuk satu nama dan pindaan pada tahun 2002 membenarkan 2 nama, maka anak-anak peneroka yang selebihnya didalam sesuatu keluarga peneroka itu tidak akan mendapat bahagiannya keatas tanah ibu-bapa mereka.

Fakta 6: Pakatan Rakyat didalam Buku Jingganya menawarkan untuk memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari PR mengambil-alih Putrajaya dan ladang-ladang Felda Plantation itu akan ditawarkan kepada peneroka-peneroka baru dari Generasi ke-2 dan ke-3.

Fakta 7: Tanah yang luas di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak boleh digunakan untuk menampong peneroka-peneroka baru dari kalangan mereka yang layak termasuklah keperluan untuk orang Asal dan kaum-kaum bukan Melayu juga.

Fakta 8: Untuk persediaan perlaksanaan tawaran itu, Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau menyediakan borang-borang permohonan untuk menjadi peneroka baru apabila Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya dan memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari PR berkuasa. Borang-borang boleh diambil dari Pejabat PKR Cabang Kuala Krau, No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau dan sila hubungi 0199882115.

Nostalgia 3 - Ceramah-Ceramah PAS dihalang

Posted: 07 May 2011 05:08 PM PDT

Pada tahun 80-an itu mula-mula menunjukkan kebangkitan para peneroka Felda menuntut hak mereka. Walaupun mereka mahu berunding dengan Felda mengenai masalah yang menimpa mereka, peneroka-peneroka ini dicop sebagai pembangkang, tidak bersyukur dan dianggap menentang Kerajaan.

Sehingga 1984 seramai 3,605 peneroka-peneroka Felda telah disingkirkan dari Rancangan-Rancangan Felda diseluruh Negara semasa Rais Yatim menjadi Menteri yang bertanggungjawab.

Penyingkiran yang dilakukan itu tidak berpandu kepada peruntukan undang-undang GSA, tetapi diatas keserakahan nafsu pimpinan UMNO semata-mata.

Seseorang peneroka yang mempunyai pandangan kritikal terhadap kerajaan sudah dianggap melanggar peraturan dan diatas sebab itu semata-mata mereka dikeluarkan dari rancangan Felda kerana burukkan kerajaan.

Mereka campakkan undang-undang GSA yang menyatakan bahawa peneroka-peneroka yang berdaftar sebagai penduduk adalah pemilik in expectation of title dan kuasa untuk menyingkirkan mereka tidak terletak ditangan Felda tetapi kepada "Collector" di pejabat-pejabat tanah sebagai badan sah mewakili Kerajaan Negeri.

Tindakan-tindakan dari peneroka-peneroka Felda bagi menyatakan perasaan mereka dengan mengadakan ceramah-ceramah kelompok didalam rumah dihalang oleh Felda, JKKR dan cawangan-cawangan UMNO di rancangan-rancangan itu.

Didalam tahun 1984 saya telah dijemput hampir setiap minggu ke rancangan Felda untuk memberikan penerangan dan diantara tempat-tempat saya dihalang memberikan penerangan adalah di Felda Palong 8, Felda Jengka 4, Felda Jengka 23 dan Felda Jengka 15.

Halangan yang didatangkan oleh Pengurus-Pengurus Felda temasuklah memberi amaran kepada peneroka-peneroka yang menjadi tuan-tuan rumah untuk Majlis-Majlis Penerangan itu bahawa mereka menghadapi tindakan singkir dari Rancangan Felda.

Ada peneroka yang berani dan ada yang kurang berani. Peneroka-peneroka yang berani dan sanggup menghadapi risiko meneruskan juga ceramah-ceramah di rumah mereka dan ada diantara mereka yang selepas majlis-majlis itu menerima notis didalam Borang B iaitu untuk memberi sebab kenapa mereka tidak boleh disingkirkan dari rancangan Felda.

Selaku peguam juga, saya memberikan khidmat guaman percuma kepada mereka dan membawa kes-kes mereka ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya mereka dikembalikan semula menjadi peneroka-peneroka Felda.

Tetapi cubalah kita bayangkan bahawa mempunyai pandangan kritikal dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan UMNO sudah cukup untuk dijadikan alasan peneroka-peneroka ini dipecat dari Rancangan Felda, suatu kezaliman diluar batasan kemanusiaan.

Nama saya sudah menjadi "top" pada waktu itu sebagai seorang manusia yang tidak dikehendaki berada didalam kawasan rancangan Felda.

Maklumat-maklumat yang saya perolehi bahawa kehadiran saya didalam rancangan-rancangan Felda adalah menjadi risiko keselamatan, dan saya menerima amaran-amaran bahawa saya akan ditangkap/tahan jika saya tidak memberhentikan kegiatan menubuhkan cawangan-cawangan PAS di rancangan-rancangan Felda dan jika saya meneruskan aktiviti memberikan penerangan kepada peneroka-peneroka.

Sesungguhnya ramai dari peneroka-peneroka Felda menyertai PAS setelah mereka menghadiri majlis-majlis penerangan itu.

Setelah hampir 30 tahun, dan kini apabila saya pergi ke rancangan-rancangan Felda baik di Negeri Pahang, Negeri Sembilan atau pun Johor, ada-ada saja golongan yang sudah lanjut usia menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di rancangan Felda mereka semasa saya hadir memberikan majlis penerangan atau semasa saya merasmikan penubuhan cawangan-cawangan PAS di rancangan-rancangan mereka.

Apakah isunya yang saya terangkan kepada peneroka-peneroka Felda didalam majlis-majlis penerangan itu? Akan saya paparkan dihalaman blog ini setelah selesai saya menceritakan nostalgia-nostalgia tahun-tahun 80-an itu.

Tidak semua orang Asal tolak geran tanah

Posted: 07 May 2011 04:46 PM PDT

Setelah pandangan Sdr Yusri Ahon dipaparkan didalam blog ini, ramai diantara pejuang-pejuang Orang Asal menalipon dan berbincang dengan saya mengenai pandangan mereka terhadap isu tanah yang mereka hadapi.

Sdr Romani Mohamad dari Bukit Rok, Bera yang kini menetap di Bahau, Negeri Sembilan memberitahu saya bahawa Orang Asal sangat perlu kepada geran tanah khususnya keatas tanah kampong dimana mereka telah dirikan rumah untuk mereka dan keluarga, dan mereka juga sangat perlu kepada geran tanah keatas tanah yang mereka sudah jayakan samada dengan tanaman getah atau tanaman sawit.

Kami telah jayakan tanah-tanah itu tetapi walaupun berpuluh tahun kami menjayakan tanah-tanah itu, kami tetap tidak diberikan hak keatas tanah itu, kata Romani.

Ramai juga diantara Orang Asal yang menghubungi saya menyatakan bahawa Kerajaan BN meminggirkan orang Asal berhubung isu tanah.

Mereka bertanya kenapa tanah mereka tidak diberikan geran seperti tanah yang dimiliki oleh kaum-kaum lain, oleh jiran-jiran mereka diperkampongan Orang Melayu?

Orang Asal berpendapat bahawa jika Kerajaan boleh menempatkan begitu ramai Orang Melayu didalam Rancangan Felda dengan setiap seorang boleh memiliki dan akhirnya mendapat geran tanah keatas tanah ladang seluas 10 ekar dan tanah kampong seluas 1/4 ekar, kenapa Orang Asal tidak diberikan kemudahan yang sama?

Mereka kesal kerana banyak dari kawasan-kawasan yang diambil untuk Rancangan-Rancangan Felda melibatkan kawasan-kawasan rayau dan tanah-tanah adat mereka, tetapi mereka tidak diberikan sebarang keutamaan untuk mendiami tanah-tanah itu apabila dimajukan menjadi rancangan-rancangan Felda.

Mereka juga kesal kerana banyak dari kawasan-kawasan yang dulunya digazetkan sebagai Rezab Orang Asal kini sudah ditarik balik dan kawasan-kawasan itu tiba-tiba menjadi tanah kerajaan negeri dan diluluskan pula kepada orang-orang kaya memilikinya; dan ada pula tanah yang ditarik balik gazet itu diwartakan pula sebagai Rezab Perhilitan, dan dikawasan-kawasan Rezab Perhilitan itu dilarang samasekali Orang Asal memasukinya walaupun disana terdapat paya dan kebun getah mereka tempat mereka mencari rezeki.

Pandangan yang dibawakan oleh Yusri Ahon bahawa Orang Asal tidak mahukan geran tetapi mahukan tanah mereka di Wartakan adalah berhubung dengan tanah-tanah yang dahulunya dikenali kawasan rayau dan tanah-tanah adat. Kebanyakan Orang Asal mahukan tanah-tanah itu diwartakan dan dilarang kepada pihak lain dari mencerobohnya.

Tetapi amalan Kerajaan Malaysia pada hari ini tidak lagi mewartakan tanah seumpama itu dan tanah-tanah yang semasa Inggeris dahulu sudah direzabkan sebagai Rezab Orang Asal telah ditarik balik oleh kebanyakan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Maka sumber yang lebih menghampiri dengan kehendak Orang Asal adalah mereka mahukan tanah kampong dan tanah ladang mereka diberikan geran dan disamping itu mereka mahukan supaya tanah-tanah yang menjadi kawasan rayau dan tanah adat mereka diwartakan sebagai Tanah Rezab Orang Asal dan mereka menyandarkan harapan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak mereka.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 07 May 2011 11:13 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sabtu bersama Sivarasa

Posted: 07 May 2011 02:36 AM PDT

 

Sivarasa merasmikan Program Kitar Semula di Dataran Sunway, Kota Damansara.






Sivarasa sempat melawat Surau Kota Damansara Seksyen 4 berjumpa penduduk-penduduk tempatan yang termasuk Saudara Mohd Noor Mahzan.
Sivarasa juga berkesempatan memberi penghormatan terakhir kepada Sdr Mazli Mohd 42 tahun yang meninggal dunia pagi tadi.



Anwar Ibrahim

Posted: 07 May 2011 07:34 PM PDT

Anwar Ibrahim


Penasihat Ekonomi: Pemuda PAS Mahu Anwar Teruskan

Posted: 06 May 2011 09:46 PM PDT

Dari Harakah

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Anwar memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri dari tahun ke tahun.

Katanya, kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan pencapaian baik dari sudut ekonomi dibuktikan melalui lebihan pendapatan sebanyak RM124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010.

Tambahnya, manakala hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus.

"Ekonomi yang melonjak ini ditunjukkan melalui pengurusan kewangan yang telus dan baik, di samping dasar ekonomi negeri yang menjurus kepada mesra pelaburan dan ekonomi mesra rakyat negeri ini," ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Ini, ujarnya termasuk dasar program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan negeri ini antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.

Ini juga, katanya disokong oleh pelbagai lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Pendidikan.

Justeru, tegasnya DPPNS menolak sebarang bentuk perbuatan politik lucah di negara ini dan kita menuntut politik hujah.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada Anwar adalah permainan jahat pihak-pihak tertentu yang kini melihat Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan

Posted: 06 May 2011 09:36 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

8 Mei 2011 (Ahad)

Program 1
7.00 – 8.30 mlm – Solat Maghrib / Hajat dan Tazkirah Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Surau Kampong Petaseh, Jelebu

Program 2
8.00 – 11.00 mlm – Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua dan Pengundi

Lokasi: Pekan Simpang Pertang, Jelebu

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Elizabeth Wong Keat Ping
3. YB Hee Loy Sian
4. YB Anthony Loke Siew Fook
5. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas

Program 3
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Kampong Pilah Tengah, Kuala Pilah

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Anthony Loke Siew Fook
3. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YBhg Zulkefly Muhammad Omar
6. YBhg Siti Aisyah Sheikh Ismail

Kenyataan Rasmi Pimpinan Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia

Posted: 06 May 2011 07:39 PM PDT

Nota Admin

Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid UMNO' sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.

Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Berikut link format PDF:

Joint Statement BM 8-9-08-1


BULETIN RAKYAT

Posted: 07 May 2011 11:37 AM PDT

BULETIN RAKYAT


TS KHALID MENDENGAR DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

Posted: 06 May 2011 08:17 PM PDT

KAJANG 7 Mei – Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam  turun padang ke Daerah Hulu Langat bagi menyelami, mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat di daerah ini.
Pada sesi pagi, Menteri Besar menghadiri perhimpunan pagi bersama kakitangan awam di padang Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat yang dihadiri kira-kira 500 orang yang terdiri pegawai kanan kerajaan,ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun.
Pada perhimpunan selama sejam itu, Menteri Besar mengingatkan kakitangan awam supaya bekerja dengan jujur dan efektif kerana negeri Selangor telah melangkah jauh ke hadapan berbanding negeri-negeri lain.
Selepas itu, beliau mengadakan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Dewan Bandaran Kajang, untuk mendengar masalah dan cadangan bagi meningkatkan sistem pentadbiran negeri.
Pelbagai masalah yang diajukan termasuk masalah sistem perparitan, keadaan jalan yang teruk dan kemudahan infrastruktur yang tidak diselia dengan baik.
Menteri Besar, Exco dan Ketua-ketua jabatan kemudian menyertai orang ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Alang, Beranang. Selepas solat, Menteri Besar makan tengahari bersama jemaah di perkarangan masjid menerusi program Kenduri rakyat.
Beliau kemudian ke Dewan Orang Ramai Semenyih bagi menyampaikan sumbangan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Rakyat (MES) diikuti sesi dialog dengan orang awam.
Lebih 2,000 hadir sesi dialog itu dan mereka diberi peluang mengajukan pertanyaan secara terus kepada Menteri Besar, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPK).
Menteri Besar mengarahkan pihak terlibat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan setiap masalah dan aduan yang dikemukakan rakyat pada sesi dialog itu.
Menteri Besar berkata, beliau mengambil berat kekecewaan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang berlaku kerana  perancangan tidak betul oleh pentadbiran terdahulu.
"Kerajaan Negeri akan berusaha menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh," kata Menteri Besar.
Pada sesi petang, Menteri Besar melawat Kilang Sate Haji Samuri di Sungai Ramal Dalam dan dibawa melawat sekitar kilang dan diberi penerangan mengenai latar belakang sate Haji Samuri sehingga menjadi perusahaan besar.
Menteri Besar menyifatkan Haji Samuri sebagai contoh ahli perniagaan sejati yang bermula dari bawah dan kini mempunyai perusahaan besar serta menjadi majikan kepada 500 pekerja.
Program Khas Turun Padang diakhiri dengan Ceramah Perdana Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Bandaran Kajang.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 07 May 2011 11:36 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pegawai Kastam tak bunuh diri, ada SAKSI!

Posted: 06 May 2011 06:38 PM PDT


Rasanya akhbar Utusan, Berita, Metro, Kosmo, media TV3, TV1 tak berani nak keluar laporan akhbar New Straits Times dibawah ini. Terdapat petunjuk baru, saksi utama kes ini yang mengatakan Ahmad Sarbaini telah di bawa ke bilik siasatan oleh lebih seorang pegawai SPRM. Dan Ahmad Sarbaini tidak pernah dibiarkan sendirian dalam bilik tersebut. Keluarga Ahmad Sarbaini yakin 100 peratus, Ahmad Sarbaini tidak membunuh diri selepas bercakap dengan saksi penting tersebut.

Macamana orang menyampah baca Utusan tengok TV3, kes penting kematian pegawai kastam disisihkan, yang penting kes video porno.

KEADILAN UNTUK AHMAD SARBAINI !

Sedikit kisah hidup Allahyarham Ahmad Sarbaini di pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/04/riwayat-hidup-almarhum-sarbani-pegawai.html

NEW STRAITS TIMES

2011/05/06

By Hariz Mohd

harizm@nst.com.my

KUALA LUMPUR: The family of Ahmad Sarbaini Mohamed is now more convinced than ever that the former Selangor Customs Department assistant director did not commit suicide.

This is after they spoke to a witness who said Ahmad Sarbaini was never left alone when he was at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office on April 6 -- the day he was found dead.

The family had given the particulars of the witness to police to assist investigations into the case, which had been classified as sudden death.

Speaking on condition of anonymity, a family member told the New Straits Times yesterday that what was revealed by the witness contradicted MACC's statement on events which transpired on the day Ahmad Sarbaini was found dead.

Hours after the Customs officer was found sprawled on a badminton court at the Selangor MACC headquarters in Jalan Cochrane here, a statement was released by the anti-graft body.

Its investigations division director, Datuk Mustafar Ali, said Ahmad Sarbaini arrived at the complex on a motorcycle at 8.26am and waited for the investigation officer (IO) at the lobby until 9.30am.

An officer then escorted Ahmad Sarbaini to the IO's room and they waited there before he left the victim alone at 10.15am to look for the IO.

Ahmad Sarbaini, 56, was said to be missing from the room, and was found lying face down on the complex's badminton court two floors below by another MACC officer at 10.40am.

"This is contradictory to what the witness said," said the family member.

"This information was passed on to the police to help in the investigations.

"We also gave them the name of the witness and his contact number.

"We are now waiting for the outcome."

The family member, a man in his 50s, said he met the witness on April 9.

"The witness told me that Ahmad Sarbaini was accompanied by more than one MACC officer into the IO's room. He was never left alone.

"The witness also gave other important details, which have been passed on to the police."

He, however, did not want to divulge any information on the witness, fearing that it would jeopardise the investigation.

He said after talking to the witness, the family was now 100 per cent sure that Ahmad Sarbaini did not commit suicide.

Ahmad Sarbaini was among 62 Customs officers detained by the MACC nationwide on April 1 for investigation into graft allegations.

He was released on bail the next day.

Several days later, Ahmad Sarbaini went to the MACC office to meet the IO to discuss his case.

MACC had said that Ahmad Sarbaini was not summoned to the office, but that he came on his own will.

His family, friends and colleagues had dismissed the allegation that he committed suicide.

They suspected there was foul play involved in his death.

Ahmad Sarbaini was described as a pious man who was also the imam at the Customs quarters in Kelana Jaya where he stayed.

A colleague had said that he played tennis with the deceased the day before he died, and rejected the possibility that Ahmad Sarbaini was suicidal.

City Criminal Investigation Department deputy chief Assistant Commissioner of Police Khairy Ahrasa said they had recorded a statement from the witness.

"In fact, we spoke to him again recently after the Attorney-General's Chambers instructed that we question him further.

"The investigation papers were then re-submitted to the chambers yesterday and we are waiting for further instructions."

He added that to date, they had interviewed 44 people in connection with the case which was still classified as sudden death.

http://www.nst.com.my/nst/articles/10sarb/Article

Doktor-doktor pun semakin menyampah dengan Umno BN

Posted: 06 May 2011 06:20 PM PDT


Jangan salahkan para doktor yang semakin menyampah dengan kerajaan Umno BN. Keluhan mereka tidak didengari. Hospital Kuala Lumpur semakin sesak macam Bas Mini , macam ikan sardin dalam tin. Menterinya dok sibuk kalau orang Cina tak sokong MCA, tiada lagi orang Cina jadi Menteri Kabinet. Ayuh para doktor, jururawat, atendan hospital, luahkan kemarahan anda terhadap kerajaan Umno BN yang terlalu sibuk dengan politik hingga tidak mendengar keluhan anda dan para pesakit.

Artikel sebelum ini :

Begitu ramai lambakan doktor yang tidak terlatih di Malaysia http://amkns.blogspot.com/2011/03/dilema-para-doktor-di-nsembilan-pesakit.html

Umno hanya mampu bina Batu Asas Hospital Rembau saja, tapi tak ada duit nak bina Hospital Rembau, janji tinggal janji di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

BERITA HARIAN 7 MEI 2011

HKL 'hospital bas mini'

SEBELUM ini saya menolak persepsi orang ramai bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah hospital bas mini. Tetapi, bila melangkah kaki ke HKL, benarlah apa yang dikatakan. Antaranya, keadaan wad utama (aras empat, nombor 18) yang daif, penuh dengan pesakit, katil tidak tersusun serta tiada ruang menunggu bagi tetamu, tidak ubah seperti berada di dalam bas mini.

Lif seperti lif rumah pangsa. Disediakan tiga lif, tetapi hanya dua sahaja berfungsi dengan baik dan perlu berasak-asak.

Tempat letak kereta, rasanya jika dikenakan bayaran, perlulah keadaan jalan yang sempurna (tidak berlubang) dan berasa selamat jika meletak kenderaan di situ.

SIR LOOKMEN

Batu Caves, Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Guru-guru semakin benci, meluat dengan Umno BN, salah Muhyiddin

Posted: 06 May 2011 05:47 PM PDT


Nampaknya guru-guru di Malaysia ni semakin tertakin. Saban hari ada saja aduan, keluhan disiarkan dalam akhbar. Itu yang disiar dalam akhbar, belum lagi di facebook, blog, kedai kopi, pejabat guru, kantin sekolah. Dah menterinya sibuk dengan politik, sibuk anjur pertandingan tarian terkangkang-kangkang pelajar sekolah perempuan. Bila masa nak gaji beban guru.

Jangan lupa baca keluhan guru-guru kita di bawah ini yang pemimpin Umno tak ambil peduli kerana sedang sibuk dengan video porno, isu DAP pengkhianat Melayu dan sedang sibuk nak meminang PAS.

Artikel sebelum ini:

Kementerian Pelajaran galakkan pelajar sekolah perempuan sertai tarian terkangkang http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html

Para guru dah bosan dengan kerajaan Umno BN http://amkns.blogspot.com/2011/05/para-guru-dah-bosan-dengan-kerajaan.html

Murid guna E-Book, guru masih guna papan hitam (mahal rantai dari beruk) http://amkns.blogspot.com/2011/05/murid-guna-e-book-guru-masih-guna-papan.html

BERITA HARIAN 7 MEI 2011

Tugas pentadbiran jejas fokus guru

HASIL kajian daripada jawatankuasa mengkaji beban tugas guru telah ditanya banyak pihak. Sudah siapkah laporannya dan bila mahu diumumkan?

Kementerian Pelajaran wajar memberi penjelasan supaya kedudukan yang sebenarnya difahami dan diharap rumusan kajian dapat diterima guru dengan hati terbuka dan penuh rasa tanggungjawab.

Jadi tidaklah guru ternanti-nanti. Ini disebabkan penubuhan jawatankuasa itu sudah diumumkan sejak setahun lalu.

Ada pihak menganggap beban tugas ini seolah-olah memberi gambaran sikap guru yang kurang dedikasi menyebabkan tugas mereka dilihat begitu membebankan. Sebenarnya, kita perlu melihat perkara ini secara positif. Tidak wajar mengaitkan guru yang mempersoalkan beban tugas sebagai kurang komitmen. Malah, atas rasa tanggungjawab perkara ini dikemukakan agar tugas tambahan tidak terlalu banyak sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

Kebanyakan guru mendakwa mereka tetap mengutamakan tugas asalkan dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Jika ini tugas guru, mereka rela berkhidmat dengan lapang dada dan tidaklah dianggap sebagai beban.

Kita boleh berkata guru perlu dedikasi, serba boleh dan bijak mengurus masa agar dalam menjalankan tugas tambahan, tugas P&P tidak terabai. Adakah kita yakin seorang guru yang sibuk dan kepenatan menjalankan tugas pentadbiran, maka tugas P&P tidak terjejas?

Tugas hakiki bermaksud kemahiran mengurus kelas secara profesional agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tugas ini hendaklah dipastikan tidak terganggu dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut perancangan kerana inilah faktor utama menentukan kualiti sesebuah sekolah.

Jika guru terlalu sibuk dengan tugas pentadbiran, dikhuatiri fokus dan minat terhadap P&P semakin merosot. Kita tidak mahu ada guru yang tidak sempat membuat persediaan, menyediakan alat bantu mengajar, memeriksa buku latihan dan terlambat masuk kelas kerana terlalu sibuk dengan kerja pentadbiran. Yang pasti guru tidak dapat masuk kelas kerana bertugas di luar sekolah.

Ada masanya pihak pentadbir meminta guru menyiapkan laporan segera kerana ini arahan pihak atasan walaupun ketika itu guru ada tugas P&P. Pandai-pandailah guru bertindak menghadapi tugas yang semakin banyak asalkan semuanya beres. Mungkinkah dengan keadaan begini kita dapat mencapai pendidikan berkualiti?

Persoalannya sejauh mana seseorang guru itu mampu melaksanakan semua tugas dengan berkesan? Elok dibuat kajian untuk melihat hubungan antara tahap keupayaan guru dan keberkesanan hasil kerja. Kajian juga perlu menjurus ke arah mewujudkan garis panduan untuk pentadbir dalam pengagihan tugas tambahan kepada guru supaya tidak melampaui had maksimum yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

ZIN MARKAM,

Pontian, Johor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tugaspentadbiranjejasfokusguru/Article

BERITA HARIAN 7 MEI 2011

Guru jalankan tugasan luar terpaksa tinggal di asrama

BARU-BARU ini, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) melalui unit sukan mengadakan pelbagai pertandingan sukan peringkat negeri di seluruh negeri ini dan ramai guru terbabit sama ada menjadi jurulatih, pengurus pasukan, pengadil dan pengiring kepada peserta atau pelajar yang mewakili daerah masing-masing.

Malangnya, kami guru turut tinggal di asrama sekolah dengan tilam yang berkerak, tidak bercadar, berbantalkan lengan atau beg baju sendiri serta mandi di bilik mandi bersama pelajar.

Antara guru yang terbabit bersama peserta atau pelajar berada pada gred jawatan DG41, DG44, malah ada Guru Penolong Kanan DGA32 atau guru besar DGA34.

Saya kira tiada pegawai atau penjawat awam yang berada di gred 41 atau 44 akan tinggal di asrama, malah kumpulan ini akan berada di hotel.

Malang sungguh nasib guru, malah orang awam tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Lebih mendukacitakan, kami guru yang menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa pelajar ke tempat kejohanan sama ada di dalam daerah atau luar daerah tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan dengan menggunakan jarak perjalanan sebaliknya menuntut kadar satu tempat duduk teksi pergi dan balik saja, walhal kami mengangkut pelajar setiap hari pagi atau petang.

Kami juga dilarang menuntut sekurang-kurangnya lojing menggantikan tinggal di asrama sekolah, terdapat guru yang sudah tidak mahu tinggal di asrama kerana pada zaman persekolahan mereka sudah berlalu tetapi masih bersama pelajar tidur di tilam berkerak dan bantal busuk.

Baru-baru ini, sahabat saya yang mengiringi pelajar ke Karnival Muzik Sekolah Pahang turut mengalami perkara yang sama dan lebih malang bertugas mengawasi muridnya dalam tempoh yang panjang termasuk pada cuti umum sedangkan kakitangan awam lain seronok bersama keluarga masing-masing.

Diharap pihak Kementerian Pelajaran dan jabatan negeri masing-masing memikirkan bagaimana menjaga kebajikan guru yang menjalankan tugas di luar waktu pejabat dan di luar kawasan serta keselamatan mereka.

GURU SEDIH,

Temerloh, Pahang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurujalankantugasanluarterpaksatinggaldiasrama/Article

Tiada ulasan:

Pengikut