Khamis, 5 Mei 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Skuad Prihatin DPPKR melawat Mangsa kebakaran

Posted: 05 May 2011 03:12 AM PDT

Tanggal 3 Mei jam 9.40 malam yang lalu 12 unit rumah di Kampung Jalan Kebun telah ditimpa ujian Hangus dalam kebakaran. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian, semua penghuninya dapat menyelamatkan diri.

Pemilik rumah sewa Hj Huhammad Norhisham Mahfut berkata kebakaran tersebut berlaku dengan sangat pantas menyebabkan beliau dan penduduk setempat tidak sempat menyelamatkan apa-apa, termasuk barangan milik penyewa yang tinggal di situ. Kesemua mangsa kebakaran ditempatkan di penempatan sementara di Surau Al Falah Jalan kebun. Pihak Ahlijawatankuasa surau juga dilihat bertungkus lumus menguruskan laporan-laporan yang perlu di buat.

DPPKR melalui Skuad Prihatin yang sememangnya berperanan dalam perkara-perkara kebajikan turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa diatas kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

Difahamkan selepas majlis tersebut pihak JKKK dan MPP Zon 11 dengan kerjasama Masjid An Naim bermesyuarat bagi melicinkan proses pemindahan dan akan membantu semampu mungkin mangsa kebakaran. Semoga usaha DPPKR yang kerdil ini diberkati Allah dan mampu meringan sedikit bebanan yang ditangung keluarga berkenaan.

Tiada ulasan:

Pengikut