Khamis, 5 Mei 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PRU 13 : Kami Sudah Sedia, Kata Anwar

Posted: 05 May 2011 01:45 AM PDT


AMPANG 5 MEI : Pakatan Rakyat telah bersedia dan sentiasa bekerja keras menghadapi Pilihan Raya Umum yang dijangka berlangsung tahun ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan beliau tentang prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan berdasarkan pencapaian mereka dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

"Saya percaya Pilihan Raya Umum akan berlangsung tahun ini. Kami mesti bersedia dan bekerja keras," kata beliau kepada wartawan di lobi Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Beliau hadir ke sini untuk memberi ucapan Wacana Ekonomi Negeri Selangor kepada pegawai Pihak Berkuasa Tempatan negei Selangor.

Menurut Anwar lagi, walaupun Pakatan gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Sarawak, namun yakin akan mencatat prestasi lebih baik di masa hadapan.

Jentera parti sentiasa bekerja keras dalam memberi pemahaman terhadap Buku Jingga dan dasar Pakatan Rakyat kepada rakyat di seluruh negara.

Justeru kata Anwar, adalah tidak betul sekiranya ada yang berpendapat Pakatan Rakyat gagal untuk menembusi kawasan luar bandar.

"Anda boleh buat analisis di Kuala Lumpur mengenai kami. Tapi jika pergi turun ke Ba' kelalan contohnya, boleh lihat 'trend' penduduk. Di situ tiada media alternatif hanya ada TV, " kata Anwar lagi.


Sumber: TVSNEWS

Mat Zain Gesa Putrajaya Tubuh Suruhanjaya Di-Raja Siasat AG

Posted: 05 May 2011 01:40 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 MEI : Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."

" Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.

" Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.

Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.

"Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya lagi.

Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.

Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.

Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.

" Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet'," katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.

" Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.

" Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang," katanya.

Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.

" Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.

" Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya lagi.

Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

Katanya, "sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali."-TheMalaysianInsider

Mahathir Perlu Kaji Sejarah MCA

Posted: 05 May 2011 01:35 AM PDT


SHAH ALAM 5 MEI : Dakwaan kononnya Malaysia akan menemui kehancuran apabila sokongan kaum Cina terbahagia dua adalah satu momokan yang cuba dimainkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam cubaan menakut-nakutkan rakyat di negara ini.

Hakikatnya kata ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, kestabilan negara tidak akan terjejas sama sekali walaupun rakyat tidak lagi menyokong MCA dan pemimpin parti itu bakal menolak jawatan dalam kerajaan, kerana sejarah membuktikan 'kekalahan' MCA tidak memberikan kesan kepada barisan kabinet Umno-Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Chin Tong sebaliknya menasihati bekas pemimpin nombor satu negara itu mengimbau kembali sejarah ketika MCA tewas teruk pada Pilihan Raya umum 1986 dan 1990 yang langsung tidak memberikan kesan kepada negara.

"Sebenarnya rakyat terutamanya di kalangan orang Cina tidak sokong MCA pada pilihanraya 1986 dan 1990.

"Dalam dua pilihan raya itu MCA kalah teruk dan juga dalam pilihan raya 1969. Tetapi pada 1986 dan 1990, tiada isu kestabilan langsung. Tiada isu kestabilan dan MCA masih dalam kerajaan, Umno masih kekal berkuasa, tiada isu kestabilan langsung," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Chin Tong mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir semalam yang memberi gambaran kestabilan negara akan terjejas tanpa sokongan masyarakat Cina kepada MCA.

Mahathir berkata kaum Cina perlu mengekalkan MCA dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan dan kerjasama pelbagai kaum negara ini berterusan.

Ironinya beliau sendiri terpaksa akur pada Pilihan Raya umum 2008, MCA terus menerima nasib malang, namun soal kestabilan negara tidak pernah disebut.

Justeru tegas Chin Tong, apa yang rakyat mahukan ketika ini tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India dan yang sebagainya adalah menuntut kerajaan bersikap adil, bersih dan bebas rasuah.

Jelasnya, begitu juga dengan isu wakil Cina dalam kerajaan yang dianggap bukanlah satu keutamaan kerana rakyat ketika ini bersikap terbuka dalam isu itu.

"Sekarang ini bukan tentang ada wakil Cina dalam kerajaan atau tidak tetapi dasar kerajaan haruslah adil dan dasar kerajaan haruslah menekankan isu kesaksamaan, isu keadilan dan juga tanpa rasuah. Itu tuntutan rakyat Malaysia," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Suhakam Gesa putrajaya Kaji Balik Akta Kawal Media

Posted: 05 May 2011 01:30 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 MEI : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi gesaan agar Putrajaya mengkaji semula undang-undang yang mengawal ketat media berikutan laporan terbaru Malaysia masih kekal sebagai negara dalam kategori tidak bebas.

Dalam laporan dikeluarkan kelmarin, Malaysia berada di tangga ke-143 daripada 196 negara yang diselidik dalam kajian tahunan mengenai kebebasan media, yang menunjukkan ia sebagai tidak bebas.

Malaysia diletakkan bersama dengan Angola dan Madagascar, yang memperoleh 64 mata. Negara yang memperoleh mata rendah dalam Indeks Kebebasan Akhbar dilihat sebagai negara paling bebas.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya tetap berpendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tanggungjawab dan peranan media harus dikaji balik dan hak akses yang saksama kepada maklumat harus dipertahankan.

"Dalam hubungan ini, suruhanjaya ingin melihat penubuhan segera Majlis Perundingan Media Kebangsaan, sebagai sebuah badan kawal sedia kendiri, yang akan diuruskan oleh pengamal-pengamal media, yang boleh menjadi galakan besar kepada kebebasan media sambil memastikan kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab," kata beliau.

Sehubungan itu beliau berkata undang-undang yang ketat seperti Akta Mesia Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji balik dan diambil pendekatan yang lebih liberal untuk meluluskan dan memperbaharui permit dan lesen penerbitan dan percetakaan, dengan dibolehkan proses memperbaharui lesen dan permit secara automatik.

"Dalam mempertahankan ketelusan dan akauntabiliti dan memastikan aspek semakan dan imbangan, suruhanjaya menekankan pendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tugasan media perlu dikaji balik," katanya.-TheMalaysianInsider

Kes Jambatan Bengkok Bukti Amalan Korup Umno-BN

Posted: 05 May 2011 01:25 AM PDT


SHAH ALAM 5 MEI : Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pemberian komisyen jutaan ringgit kepada kroni dalam sesebuah projek adalah amalan biasa pentadbiran Umno-Barisan Nasional.

Malah ujar Jui Meng amalan rakus meratah duit rakyat bukan hanya berlaku di Semenanjung malah sudah lama melarat ke Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.

Justeru katanya, kerajaan Pakatan Rakyat dalam dasar Buku Jingganya menekankan aspek pembasmian rasuah kerana ia memberi kesan yang begitu besar kepada negara.

"Oleh kerana itu, bila kita (Pakatan Rakyat) menjadi kerajaan, kita akan pastikan urus kelola yang telus dengan amalan tender terbuka dan tidak ada lagi amalan pemberian komiysen yang tinggi seperti RM20 juta serta tidak ada lagi harga yag dinaikan dengan begitu besar dan ketara,"katanya kepada Tv Selangor.

Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga mahu institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah pertanggungjawaban Parlimen termasuk dalam urusan pelantikan jawatan-jawatan tertingginya.

Ia adalah kesinambungan dari perang habis-habisan Pakatan Rakyat kepada pentadbiran bercorak rasuah yang diamalkan kerajaan sedia ada sejak sekian lama.

Tambah Jui Meng, walaupun SPRM sebelum ini menjadikan Hong Kong sebagai penanda aras untuk menangani rasuah di negara ini namun nampaknya Malaysia semakin jauh ketinggalan apabila indeks persepsi rasuah (CPI) negara meningkat dari tangga 47 pada 2009 kepada 56 pada tahun lalu.

"Tetapi nampaknya, SPRM tidak mengikut dan menjadikan Hong Kong sebagai contoh malah tertinggal jauh di belakang Hong Kong dan banyak yang harus diubah dalam kepimpinan SPRM sebelum kita mampu menjadi Hong Kong yang kedua," tambah Jui Meng.

Jui Meng berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan komisyen RM20 juta ahli pernigaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai 'jambatan bengkok' 13 tahun lalu yang pada hematnya melambangkan betapa dahsyat amalan rasuah di negara ini.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan saman yang dikemukakan oleh Eskay berhubung projek tersebut.

Datuk VT Singham dalam penghikamannya berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak.

Eskay memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

Idea pembinaan jambatan bengkok digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Menurut Jui Meng lagi, walaupun pentadbiran dahulu dibayangi dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang begitu dahsyat,namun Pakatan Rakyat katanya akan membuang sejarah silam itu dan menukarnya dengan sebuah kerajaan yang adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Malah katanya, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sudahpun membuktikannya di beberapa negeri yang ditadbirnya seperti di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Dengan hasil penjimatan ini kerajaan boleh menyalurkannya untuk pembangunan projek dan bantuan terus kepada rakyat seperti apa yang diamalkan di Selangor dan Pulau Pinang dan negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah,"katanya lagi.


Sumber: TVSNEWS

Polis Ugut Peguam "Jangan Sampai Jadi Macam SPRM"

Posted: 05 May 2011 01:20 AM PDT


PETALING JAYA 5 MEI: Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri yang membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat menerima ugutan dari seorang anggota polis ketika menjalankan tugasnya di Ibu Pejabat Polis Derah Gombak semalam.

Ugutan berbunyi "jangan sampai jadi macam SPRM" itu diterima Fadiah ketika mengambil keterangan anak guamnya, Mohamad Arif Abu Samah.

Peguam kepada Fadiah, N. Surendran berkata tindakan anggota polis berkenaan adalah perbuatan melampau yang salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa di
bawah Seksyen 503 dan Seksyen 506 Kanun keseksaan Imiditasi Jenayah dengan niat menakutkan individu dengan kematian.

"Kita memberikan tempoh 24 jam untuk menahan pegawai polis yang terlibat, ugutan ini bukan sahaja kepada individu tetapi terhadap sistem keadilan negara,
jika peguam diugut, rakyat akan menderita," katanya.

Pada sidang media yang diadakan di pejabat LFL hari ini, Surendran menjelaskan anak guamnya ada mencabar anggota polis berkenaan membuang beliau dari tingkap dan ia tidak dinafikan oleh pegawai berkenaan.

Tindakan agresif anggota polis itu kata Surendran jelas melangkaui batas undang-undang yang sepatutnya menjadi amalan mereka.

Ugutan untuk mencampak Fadiah keluar dari tingkap mirip kejadian yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu.

"Sekali lagi masalah daripada pihak kerajaan, Menteri Dalam Negeri kerana kerajaan terus-menerus melindungi pihak berkuasa setiap kali mereka melakukan
kesalahan. Jika berlaku seperti kes Teoh beng Hock, semalam anggota terbabit tanpa rasa takut mengugut peguam untuk menghumbannya keluar daripada tingkap,"
katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Jelas Surendran, ketika insiden itu, Fadiah menemui anak guamnya yang merupakan satu prosedur biasa terhadap mana-mana individu yang ditahan dan kehadiran
anggota polis dilihat bertujuan untuk mengganggu tugas pihak peguam.

Beliau memaklumkan kejadian ugutan ini tertakluk di bawah Seksyen 503 dan Seksyen 506 Kanun keseksaan Imiditasi Jenayah dengan niat menakutkan individu
dengan kematian, jika sabit kesalahan hukuman penjara selama 7 tahun boleh dikenakan.

Fadiah sebelum ini membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat ke atas remaja berusia 19 tahun yang membenarkan penahanan tanpa bicara
selama 60 hari.

Menurut Fadiah penggunaan undang-undang berkenaan untuk menahan remaja yang kini adalah anak guamnya begitu kejam memandangkan remaja berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah untuk disabitkan kesalahan.


Sumber: TVSNEWS

Dr Juanda Jangan Gopoh

Posted: 05 May 2011 01:15 AM PDT


SHAH ALAM 5 MEI: PAS menasihatkan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya jangan terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan yang mampu memberi implikasi besar terhadap persepsi masyarakat.

Parti itu turut berpendapat bahawa seorang mufti harus berpegang kepada prinsip tasawwur (gambaran sebenar) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi dalam soal pentadbiran negara dan politik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan medianya hari ini melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan mufti itu semalam dengan menyatakan penghalang penyatuan PAS dan Umno adalah penghianat.

Idris turut melahirkan kebimbangannya berhubung kenyataan berbaur politik Juanda yang akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama Umno-Barisan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin bersungguh-sungguh untuk menarik PAS keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila Umno-BN sekali lagi membuat tawaran kepada PAS untuk menyertai parti itu bagi membantu dalam pentadbiran berlandaskan Islam.

Namun dalam masa yang sama Umno-BN cuba untuk mempermainkan sentimen perkauman dan agama apabila menuduh DAP mengambil kesempatan keatas gabungan pakatan pembangkang.

"PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,"kata Idris dalam kenyataan medianya.

Menurut Idris lagi, PAS berpendirian bahawa prinsip penyatuan yang tidak berlandaskan Islam lebih-lebih lagi dengan parti yang telah mengkhianati amanah rakyat tidak akan tercapai.

Idris seterusnya menyarankan agar Juanda menggunakan platform mufti unttuk menasihati kepimpinan Umno-BN agar kembali melaksanakan amanah dalam pentadbiran.

Dalam pada itu Juanda yang memberi respon kepada portal berita Malaysiakini berkata PAS terlalu angkuh untuk menerima pelawaan Umno duduk semeja walaupun disuarakan sendiri presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, PAS tidak seharusnya tenggelam dengan nostalgia dan emosi lama.

"PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.

"Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi," ujarnya.


Sumber: TVSNEWs

Jambatan Bengkok : Mahkamah Tolak Saman Eskay

Posted: 05 May 2011 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 MEI: Mahkamah Tinggi hari ini menggugurkan saman RM20 juta ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutif Datuk Yahya A. Jalil berhubung peranannya dalam perjanjian projek jambatan bengkok di Johor.

Shazryl sebelum ini mengambil tindakan guaman pada Januari 2002 mendakwa syarikat Merong Mahawangsa dan Yahya melanggar kontrak perjanjian apabila gagal membayar RM20 juta kepada beliau selepas memperolehi hak projek jambatan bengkok Malaysia-Singapore International Gateway (SIG).

Dalam keterangannya kepada mahkamah beliau mendakwa meminta pertolongan dengan mendiang Tan Sri Megat Junid Megat Ayub selain membantu Yahya mendapatkan akses untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Yahya kemudian mengakui mengadakan satu pertemuan bersama Anwar di rumah menteri itu yang turut dihadiri Shazryl pada 1998 tetapi menyatakan tidak berbincang mengenai projek jambatan bengkok berkenaan.


Sumber: TVSNEWS

Pulau Pinang Naikkan Elaun Kaki Tangan Masjid

Posted: 05 May 2011 01:05 AM PDT

GEORGETOWN 5 MEI : Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.


Sumber: TVSNEWS

Selangor Adakan P'raya Tempatan Akhir Bulan Ini

Posted: 05 May 2011 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 5 MEI : Kerajaan Selangor akan memulakan projek perintis pilihan raya majlis tempatan di negeri itu pada akhir bulan ini.

Ia dijangkakan berlangsung selama dua bulan dan akan menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua kampung di Kampung Baru Sungai Jarom, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan di Pulau Ketam.

Mengulas lanjut mengapa hanya tiga kawasan yang terlibat dalam pilihan raya tersebut Exco Pembangunan Kampung Baru Dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata tiada alasan spesifik.

Bagaimanapun katanya, ketiga-tiga kampung baru itu secara rawak 'ditawarkan' oleh ADUN masing-masing.

Menurut Hian Wah lagi, projek perintis itu sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

"Jika ini berjaya, kita akan pertimbangkan mengembangkannya untuk memilih semua ahli majlis," kata Ean Yong.

Katanya, terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor.

Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung, kata ADUN Seri Kembangan itu.


Sumber: TVSNEWS

Tiada ulasan:

Pengikut