Khamis, 5 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 04 May 2011 11:41 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Isu Tanah Kota Belud

Posted: 04 May 2011 09:23 PM PDT

Salam,

Saya mengikuti perbincangan rakan-rakan Facebook mengenai isu tanah di Kota Belud. Isu ini penting untuk dibincang dan perlu ada perbincangan yang sihat.

Saya sekarang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan perdagangan antarabangsa dan akan kembali ke tanah air hujung minggu ini.
Selepas itu, insyaallah saya akan mengadakan perjumpaan mengenai isu ini agar kita semua dapat mendengar dan memahami pendirian dan pendapat semua pihak mengenai isu berkenaan.

Salam, DARD.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 04 May 2011 09:02 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


5 MEI 2011

Posted: 04 May 2011 08:02 PM PDT

AHMAD TAJA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA UNTUK 25 SEKOLAH DI PONTIAN

Posted: 04 May 2011 07:04 PM PDT

Penyatuan UMNO-Pas untungkan semua kaum

Posted: 04 May 2011 06:08 PM PDT

Mahfuz gagal kawal emosi

Posted: 04 May 2011 06:07 PM PDT

Kaum Cina diingatkan sokong BN

Posted: 04 May 2011 08:34 AM PDT

Tiada Wakil Cina Dalam Kerajaan Bukan Ugutan Tapi Hukum Politik Yang Logik

Posted: 04 May 2011 08:09 AM PDT

4 MEI 2011

Posted: 04 May 2011 07:37 AM PDT

umno bahagian cheras

Posted: 04 May 2011 01:50 PM PDT

umno bahagian cheras


Eskay cabar Anwar lakukan ujian poligraf pula...

Posted: 04 May 2011 12:42 AM PDT

TERUS terang saya katakan Anwar ini hebat orangnya. Hebat dalam permainan kata-kata. Hebat sebagai pemidato awam. Dan hebat dalam serba-serbi!


Jika orang Melayu mendengar pidatonya pasti mereka akan cair jiwa raga dan ternganga rongga mulut. Malah bukan orang Melayu sahaja, dia juga berjaya menggunakan kemahiran kata-katanya sehingga 'mat-mat salleh' Amerika dan orang asing pun jatuh hati kepadanya.

Pendek kata kemahiran itu bukan datang secara semula jadi, tapi melalui ilmu yang dipelajarinya.

Difahamkan dia mempelajari seni oratori atau pengucapan awam itu di Indonesia. Seni yang dipelajari oleh Anwar ini bukan seni pidato sembarangan, bahkan seni yang disokong oleh aura spiritual yang dapat menundukkan pendengar sekali gus mempengaruhi pemikiran dalaman pengikutnya.

Saya difahamkan kemahiran itu pernah dipelajarinya daripada seorang guru pidato awam terkenal di Indonesia yang bernama Prof. H. S. Soenarjo.

Dalam tempoh isu video seks itu membelenggu dirinya sekarang, beliau menggunakan talian hayatnya dengan merangka program jelajah untuk berpidato – bagi mempengaruhi orang ramai mempercayainya.

Seperti biasa, ramai yang mendengar pasti akan terpegun dengan gurindam kencananya. Orang Melayu terbuai-buai dengan antonasi suara dan gerak mimik wajahnya yang cukup meyakinkan.

''Saya difitnah, saya dikhianati, saya tidak bersalah, saya bukan lelaki yang berzina dengan perempuan Cina itu..." Orang ramai yang mendengar pidato bertenaga Anwar itu tergamam.

Hakikatnya, semasa beliau berkata begitu aliran darahnya berkocak-kocak. Naluri dalaman menyentap dirinya.



Anwar, sebenarnya kini sedang menghadapi satu situasi yang paling sukar dalam hidup dan karier politiknya dengan tuduhan terbaru berhubung video seks itu.

Nyawa politiknya kini di hujung tanduk. Semua orang yang melihat video aksi seks dengan pelacur Cina itu mengenali si pelakunya.


Difahamkan seorang pemimpin tertinggi Pas yang sudah melihat versi penuh aksi seks itu memberitahu "sahlah dia".

Yang pasti Anwar kini cukup tertekan. Datuk Shazryl Eskay Abdullah (Eskay) sudah pun bersumpah laknat mengatakan dia adalah lelaki yang memakai seluar jeans yang berjalan ke hulu ke hilir di dalam video itu.

Eskay bersumpah bahawa dialah di dalam video itu dan beliau bersumpah mengetahui siapa pelaku yang memakai tuala dan tanpa tuala di dalam video itu. Sumpah telah dibuat, namun tidak disambut oleh si pelakunya, yang dakwa oleh Eskay sebagai Anwar bin Ibrahim.

Setakat drama bersiri yang membelenggu Anwar ini, sudah dua sumpah laknat dibuat. Saiful Bukhari Azlan, pemuda lemah lembut yang mendakwa diliwat Anwar juga telah bersumpah laknat.


Kini Eskay pula, bekas rakan karib Anwar yang sudah tidak sanggup menutup kemungkaran sahabatnya itu.

Anwar, sehingga saat ini masih enggan bersumpah. Bersumpah kepada Allah Taala mengatakan dia tidak terbabit dalam perbuatan liwat atau pun berzina dengan pelacur Cina itu.
Tapi Eskay tetap mahu Anwar bersumpah.



Jika utidak mahu bersumpah dengan Allah Taala, Eskay mencabar Anwar melakukan ujian poligraf pula. Ia adalah ujian saintifik untuk menentukan sama ada orang itu berbohong atau bercakap benar.

Eskay mahu polis atau jurupoligrafi bebas melakukan ujian itu ke atasnya dan ke atas Anwar.

Dalam Cuit bertarikh 6 April lalu bertajuk: Episod malang dan bala Anwar: Rakyat berhak tahu! saya ada menulis mengenai kaedah poligraf ini. Tulisan itu dibuat dua hari setelah petikan pertama video seks tersiar di YouTube.

Ini petikannya: SAYA tertarik untuk memetik surah Yasin ayat 65 yang berbunyi: "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".

Ia membawa erti mulut manusia mungkin boleh bercakap bohong, mendusta, tapi tangan dan kaki akan menjadi saksi kepada pendustaan kita itu, kata sahabat seorang ahli matematik dan komputer sains yang percaya sejenis alat boleh membuktikan seseorang itu bercakap bohong atau tidak.

Katanya, apabila wayar-wayar dipasang di jari-jari tangan dan anggota badan maka orang itu akan diuji untuk bercakap benar atau bohong. Mesin itu dikenali sebagai poligraf (polygraph) atau alat kesan pembohongan, mungkin boleh menjadi salah satu alat ujian untuk kes-kes seperti itu.



Orang yang bohong biasanya boleh dikesan melalui dengupan jantung dan nadi, peluh di jari-jari, getaran di halkum dan lain-lain.



Ujian poligraf jarang-jarang dilakukan di Malaysia. Difahamkan ada beberapa agensi penguat kuasa mempunyai alat itu tapi hanya digunakan untuk urusan dalaman sahaja.



Pihak polis tidak menggunakan poligraf untuk mengesan peringkat awal pengakuan tertuduh dalam sesuatu kes.



Di Amerika ia banyak digunakan untuk orang yang disyaki terbabit dalam jenayah seksual. Ia juga banyak digunakan ke atas pesalah seksual yang dibebaskan secara parol atau di bawah pemerhatian.



Banyak mahkamah rayuan persekutuan di Amerika menyokong penggunaan poligram untuk pesalah seksual yang dibebaskan di bawah pemerhatian bagi menilai keinginan seks, pemikiran dalaman dan naluri.



United Kingdom juga dikatakan akan mewajibkan ujian poligram ke atas pesalah seksual yang dibebaskan atas jaminan.



Menurut sahabat tersebut, ayat Kursi itu dengan jelas membuktikan bahawa anggota badan lain kita tidak akan menipu sekiranya mulut asyik mengatakan dia difitnah, ditipu atau tidak melakukannya.



Walaupun poligraf ada kelemahannya, sahabat itu berkata, banyak kes yang boleh diselesaikan jika ujian tersebut digunakan dalam urusan siasatan dan forensik di Malaysia. Apa kata polis?



Setelah Eskay bersumpah laknat, kini beliau akan mencabar Anwar melakukan ujian poligraf pula. Sanggupkah Anwar?

Episod ini akan lebih mendebarkan, kita tunggu...



(Petikan akhbar Utusan Malaysia, 4 Mei 2011)

Dato Hj Rosol B Wahid

Posted: 04 May 2011 07:58 AM PDT

Dato Hj Rosol B Wahid


Program Himpunan Belia 1Malaysia Peringkat Dun Ajil 2011

Posted: 01 May 2011 05:43 AM PDT

Program himpunan belia 1 Malaysia peringkat dun Ajil 2011 yang bertempat d Tapak Perkelahan Belukar Bukit ( Kg. Betong ) pada 29 april 2011 begitu meriah dengan anggaran peserta berjumlah seramai 1000 org... Pada awal pagi di adakan beberapa aktiviti sukaneka.. antaranya adalah Galah panjang, balingan manja, polo air, tarik tali, sepak raga bulatan dan acara kemuncaknya adalah acara mengejar itik... pada sebelah petangnya program bermula dengan perarakan motosikal dari simpang felda mengkawang sehingga ke tapak perkelahan.. seramai kira-kira 60 buah moto mengiringi YB dato yang terut sama menunggang motosikal.....






Acara Polo Air













Acara Tarik Tali













Acara Balingan Manja







Apo Kono Eh Jang!

Posted: 04 May 2011 07:27 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Video Seks: Kenapa Anwar ‘Belalai’ Ibrahim Banyak Sangat Taichi?

Posted: 04 May 2011 05:10 AM PDT

Orang pembangkang ni tak sedarkah kenapa yang si Anwar anugerah tuhan ni (belalai) asyik mengelak sana sini bila diminta membuktikan dirinya bukan lelaki dalam video seks yang telah tersebar luas?

Dari desakan berbentuk keagamaan (sumpah), perundangan (saman) sehingga teknologi (poligraft), semuanya ditolak Anwar demi membuktikan bukan dirinya yang berada dalam video seks dengan pelacor China.

Alasan-alasan yang diberikan pulak, semuanya masuk dalam kategori mengelirukan. Ambik ajelah contoh bila Anwar menjawab soal sumpah, apa yang dikatakan "kalau ikut cara melayu kita sumpah atas nama angin nama api nama jembalang, tapi kalau sumpah nama Allah dont politicise the issue"'?

Apa yang kena mengena sumpah tu? Tang mana menjawab soalan kenapa dia taknak bersumpah?
Inipun, penganut agama pembangkang boleh telan dan terima bulat bulat apa yang dikatakan Anwar walhal jelas sangat menyimpang dari isu yang nak disuruh dia membuat nilah (bersumpah nama Allah swt tidak melakukan zina dengan pelacur).

Hebat Anwar tang sinilah, lain ditanya lain dijawab dan pengikut semua menerima saja tanpa mempersoalkan apa segala. Selain dari belalai ala-ala pelakon porn yang boleh menggagalkan nafsu makan kepada sesiapa yang melihatnya buat kali pertama.

Tak cukup dengan itu, wartawan tanya pun ditolaknya mikrofon, disindirnya majikan kawan tu sebagai perkakas UMNO malah ada wartawan yang dipersoalkan agamanya. Walhal kawan tu baru nak cakap Datuk Eskay baru serah DNA dan dia bila lagi. Tak habis soalan dah ditolak mikrofon, tak cukup dengan itu dihinanya pulak.

Macam ini ke jaguh, macam ini ka hero, macam inikah penyelamat Malaysia?

Nampak hebat, nampak megah tapi kalah dengan soalan wartawan. Kalau penulislah yang jadi wartawan tersebut, nescaya bukan soalan-soalan 'beralas' yang akan penulis ajukan tapi soalan yang lebih straight to the point. Elok Anwar berdoa orang macam penulis tidak jadi wartawan, kalau tidak tentu dia naya.

Silap-silap taknak jumpa wartawan langsung 1 tahun.

Penulis suka nak bertanya kenapa Anwar banyak sangat taichi. Wartawan pun berani tanya Perdana Menteri sama ada terlibat dalam pembunuhan Altantunya atau tidak dan dijawab Perdana Menteri dengan tenang dan tidak gelabah. Tak macam Anwar, ada jenis jenis soalan saja yang boleh ditanya atau dia sendiri tanya, dia sendiri jawab.

Lepas tu gebang besar yang Pakatan Rakyat akan beri lebih kebebasan media kalau berjaya memerintah.

Sinipun kita dah nampak yang Anwar bukanlah pemimpin yang ada kredebiliti. Tak sentuh lagi menyuruk belakang bini. Dalam BN, bila DS Rais Yatim dituduh merogol amah warga Indonesia, bukan isteri beliau (Datin Maznah) yang menjawab bagi pihaknya, sebaliknya beliau sendiri.

Nampak tu beza?

Video Seks Anwar: Bukti DAP Tak Layak Pimpin Melayu

Posted: 03 May 2011 05:33 PM PDT

Di antara 3 parti komponen Pakatan Rakyat ini, DAP paling kurang bercakap mengenai kesalahan moral yang ditonjolkan Anwar Ibrahim dalam kes video lucahnya. Sebabnya cukup mudah, DAP parti perkauman cina, pedulik apa dia soal zina semua ni!

Nampak sangat DAP tidak sensitif dengan hal ehwal orang Islam dan melayu. Mungkin dikalangan cina yang menjadi pengundi tegar DAP, soal berzina dan terakam dengannya bukanlah satu isu yang besar tapi DAP lupa dikalangan orang Islam yang membentuk kumpulan majoriti negara kita, ini adalah isu besar dan sensitif.

Tambah pulak orang itu nak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebab itu kita lihat yang paling awal mendesak supaya Datuk Eskay dan 2 yang lain ditangkap sebab menayangkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan terpilih pun ialah DAP.

Walhal bukanlah tujuan penayangan tersebut nak berseronok dengan filem lucah tapi nak menunjukkan kebenaran hitam pasal manusia anugerah tuhan ini.

Kita dok cerita dari segi moral dan agama, DAP dok cakap pasal undang-undang menayang video lucah pulak.

Soalnya sekarang macam mana DAP nak memerintah negara ini kalau soal yang menjadi asas di kalangan orang Islam pun DAP tak boleh nak kendalikan dengan baik. DAP dakwa dirinya multi racial, mampu berlaku adil kepada semua tapi nampak sangat tindakan DAP sekarang berlawanan dengan apa yang dia cakap.

Di Pulau Pinang kita dah lihat bagaimana DAP kurang atau tidak sensitif dengan keperluan orang melayu. Pernah satu ketika Lim Guan Eng membahagi-bahagikan bantuan fakir miskin di dalam tokong, memang tak salah dari segi undang-undang tapi bagaimana dengan adab dan sensitiviti?

Di Selangor, arak yang dirampas Jabatan Agama Islam mengikut saluran undang-undang yang sedia ada, diarah untuk dikembalikan semula kepada pemiliknya oleh Ronnie Liu – orang DAP merangkap kroni kanan Lim Guan Eng.

Dan ada beberapa insiden membabitkan pemimpin DAP masuk sehingga ke tengah masjid dengan diragui kebersihannya, berkaitan raja-raja melayu dan sebagainya.

Terbaru dalam soal video inilah. DAP gagal melihat isu video ini dari sudut sensitiviti orang Islam. Semasa kempen pilihanraya Tenang, DAP mengembar gemburkan kenyataan Presiden MCA mengenai keengganan Cikgu Normala (Calon PAS) bersalaman dengan pengundi lelaki nampak macam faham pasal Islam tapi hal yang lebih besar membabitkan zina ini DAP berpandangan lain pulak.

Jika tidak dari segi agama, DAP perlu menyoal Anwar dari segi moral. Bagaimana orang yang moral rendah seperti ini nak diangkat menjadi Perdana Menteri. DAP tidak meletakkan calonnya dari kalangan pelacur dan gigolo bersebab, bukan suka-suka taknak letak. Apakah sebab itu, kalau bukan sebab moral yang tidak sesuai.

Tapi bila isu video Anwar timbul, DAP kelihatan tidak peduli pun bakal Perdana Menteri ini kantoi dirakam menutuh!!

Pemimpin BN berlainan, walaupun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terdiri dari orang Islam/melayu tapi soal sensitiviti antara agama yang pelbagai memang diambil berat. Contoh seperti dalam isu novel Interlok. Itu menjadikan hanya BN saja yang mampu berlaku adil kepada semua kaum bangsa dan agama di Malaysia.

DAP mungkin boleh menjadi pemimpin kepada PAS (yang mana memang sekarang DAP memimpin PAS pun) tapi DAP tidak layak sama sekali untuk menjadi pemimpin orang melayu – golongan majoriti di Malaysia ini.

Mesej penulis satu saja, DAP tidak layak memimpin orang melayu atas kegagalannya memahami budaya dan sensitiviti orang melayu/Islam di Malaysia seterusnya mampu mencetus keadaan yang tidak tenteram dalam negara kalau ditakdirkan puak-puak ini memerintah besok.

Sama-samalah kita berdoa agar mimpi ngeri itu tidak berlaku.

Tiada ulasan:

Pengikut