Jumaat, 22 April 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 22 Apr 2011 03:05 PM PDT

Suruhanjaya Pilihanraya Raya SPR Tipu Undi Di Miri?

Posted: 21 Apr 2011 09:49 PM PDT

spr%2B2 Suruhanjaya Pilihanraya Raya SPR Tipu Undi Di Miri?

Berlaku di Miri, semasa pengiraan undi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap di atas kesalahan yang tidak diketahui hujung pangkalnya oleh polis dan berlaku kekecohan dimana SPR dituduh menipu undi.

Kami nak tanya satu je, apa sebab dia ditangkap? Berita ini tidak keluar di mana-mana media besar, jadi kami ingin kongsikan kepada anda.

Terdapat kekeliruan di sini, dimana jika dilihat daripada video , Pakatan Rakyat telah meminta pengiraan semula undi atas beberapa sebab yang telahpun dinyatakan kepada SPR, namun ditolak bulat-bulat.Ini adalah info yang kami terima dari beberapa sumber yang berada di tempat kejadian sewaktu proses pengiraaan undi dijalankan.
  • Pakatan Rakyat sedang mendahului calon SUPP sebanyak 1000+ majoriti selepas pengiraan peti undi terakhir.
  • Berlaku kejadian "blackout" tepat pada pukul 5 petang di dalam Stadium Bandar Miri dimana proses pengiraan sedang dijalankan.
  • Balckout kekal selama satu jam walaupun undi pos(sebanyak 500+ sahaja undi pos) telah tiba dan pengiraan tetap dilakukan.
  • Calon SUPP, menang dengan mojoriti 58 undi
  • Terdapat 158 undi rosak yang memihak kepada calon PKR
  • Tiada pengiraan semula dibenarkan oleh SPR

Kalau dilihat dari info diatas, kelihatan SPR memang menipu terhadap undian di Miri.Kami nak tanya, mengapa selalu sangat berlaku blackout sewaktu pengiraan undi dijalankan? Dah macam resam pula kejadian blackout ini.Dan yang paling menghairankan, bagaimana pula dengan undi pos yang hanya sekadar 500+, boleh merosakkan majoriti calon PKR yang sedang mendahului 1000+ majoriti sewaktu pengiraan kotak undi terkakhir?

Fikir logiklah nak kira undi dalam stadium sewaktu balckout.SPR,oh SPR. Kalau dah blackout tu, apa kata berhenti mengira undi sehinggalah masalah blackout tu dah selesai.Tak ada lah nampak SPR tidak berlaku adil.

Dan yang paling pelik, dengan hanya undi Pos 500+, boleh menidakkan majoriti 1000+ calon PKR, memang mustahil.Matematik mudah sahaja.Bukan pakai algebra.Kalupun semua undi pos memihak kepada calon SUPP, mustahil beliau boleh menang.dengan majoriti hanya dipisahkan 58 undi, wajar rasanya pengiraan undi di adakan semula.

Dan yang terakhir, atas alasan apa pula pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap? Inikah cara Polis menangani masalah?Bagitahulah dulu apakah kesalahan yang dilakukan sekurang-kurangnya.Perlu terus tangkap dan pegi balai sahaja.Tidak perlu libatkan emosi dan profesionalisme dalam menjalankan kewajipan.

Namun begitu, kami nak tanya pendapat anda.Mungkin ada orang Miri yang lain, yang sanggup berkongsi tentang apa yang terjadi semasa proses pengiraaan undi waktu itu?

Email 1 Malaysia?-Jadah Apa ni?

Posted: 21 Apr 2011 09:47 PM PDT

myemail.my  Email 1 Malaysia? Jadah Apa ni?

Heboh satu Malaysia pasal email 1 Malaysia ini.Dengan kos sebanyak RM 50 juta, pembangunan email 1 Malaysia ini akan dijalankan oleh Syarikat Tricubes Berhad, yang juga akan menbangunkan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.Masalahnya sekarang, adakah ianya perlu?

Oleh Lee Wei LianApril 19, 2011PUTRAJAYA, 19 April — Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Akaun e-mel itu akan membolehkan perhubungan langsung dan selamat antara rakyat dan kerajaan.

Ia sebahagian daripada perkhidmatan portal kerajaan sepusat.

Portal web itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.

Apakah fungsi sebenar-benarnya Email 1 Malaysia ni? Kalau nak diikutkan kenyataan dari laman web, MyEmail atau E-Mail 1 Malaysia adalah perkhidmatan mesej e-mel yang terbuka untuk semua Malaysia. Jika anda seorang warga negara Malaysia maka anda berhak untuk mendapat akaun MyEmail.

Tujuannya adalah, anda boleh mendapatkan berita terbaru dan berita tentang kerajaan terus ke inbox anda.Anda akan Jadi orang yang pertama tahu tentang inisiatif baru kerajaan, perkhidmatan atau dasar.Bagi anda, pentingkah semua ini? Pada pendapat kami, bukanlah kami nak bangkang, tetapi ada jalan lain yang lebih mudah dan murah.

Isu keselamatan dat juga perlu diperhatikan.Dan ianya juga bukannya perkara yang mudah dan murah.Apa terjadi kepada WauMail suatu masa dulu? Yang digodam sehingga habis 600,000 email akaunnya disalin oleh pihak tidak bertanggungjawab? Kami tak ragui kemampuan rakyat tempatan, tetapi dengan projek skala besar ini, ini mungkin satu masalah besar kalau tidak menggunakan tahap sekuriti yang maksimum.

Kerajaan Malaysia boleh sahaja menggunakan pakai atau bergabung dengan mana-mana nama besar dalam penyediaan email seperti Yahoo, dan Gmail, yang ternyata lebih murah kosnya.Bukan murah nak jaga datacenter dan server untuk 20 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.Bayangkan sahaja kos data yang terlibat.Belum kira kos server dan lain-lain lagiSoalnya sekarang, projek email 1 Malaysia ini guna duit dari Kerajaan atau tidak?

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,"

Itu adalah kenyataan Perdana Menteri berkenaan samada projek email 1 Malaysia ini menggunakan wang kerajaan atau tidak.tetapi perlu diingat,pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak. Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.Siapa Nazir? .Menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".

tricubes Email 1 Malaysia? Jadah Apa ni?

Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.

Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.

Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).

Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.

Cuma kami nak tanya lah, sekiranya projek 1 malaysia ini tidak berjalan dengan lancar, adakah akan berlaku Bailout dari kerajaan atau sebagainya? Pada hemat kami, berkemungkinan penganugerahan projek ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata bagi menyelamatkan syarikat tersebut daripada dikelaurkan dari senarai Bursa.Itu sahaja.

Dan dengan mendapat "backup" dari kerajaan, berkemungkinan besar Tricubes dapat mencari dana-dana untuk menghasilkan projek ini.Cuma kami sarankan, lebih baik Tricubes keluar dengan idea yang lebih segar.Kami pasti ini akan menjadi satu lagi projek berskala besar yang gagal.

Trio Datuk "T" Bakal Dipenjarakan?

Posted: 21 Apr 2011 09:42 PM PDT

Datuk T trio Trio Datuk T Bakal Dipenjarakan?

Trio Datuk 'T', yang telah menimbulkan kehangatan di seluruh negara akibat menayangkan video seks lucah yang dikatakan pelakunya adalah Anwar Ibrahim, bakal didakwa dan dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan menayang atau mengedar bahan lucah.

Berikut di bawah adalah kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani kepada Kosmo:

"Ada kemungkinan mereka akan didakwa kerana ia menjurus kepada pihak yang menayangkan video seks.

"Namun, ia bergantung kepada keputusan pejabat Peguam Negara,"

Sebenarnya, masih terdapat dua lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum laopran dapat dihantar ke Peguam Negara.Namun maklumat untuk 2 perkara tersebut tidak dapat didedahkan.

"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas siasatan) pada Khamis ini…sementara itu kami tunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang tidak boleh didedahkan dahulu,"

Apabila ditanya mengenai samada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku seks di dalam video lucah tersebut, ini jawapannya:

"Polis tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka. Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku."

Sememangnya, menayangkan video lucah, kepada orang awam, adalah salah di sisi undang-undang.Trio Datuk T barangkali tersilap percaturan strategi dalam kes ini.Sepatutnya ada cara yang lebih mudah.Jika benar anwar Ibrahim melakukan perkara sedemikian rupa, panggil sahaja Jabatan Agama Islam untuk menadakan serbuan.

Sudah pasti berita mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim ini dapat diselesaikan dengan cara yang mudah.Ditambah pula dengan video yang dikatakan tulen, ini dapat menguatkan lagi bahan bukti.

Apa-apa pun, biarlah Polis dan Peguam Negara yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah di dunia ini.Namun diakhirat, hanya Allah sahaja yang tahu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka LTAM Kurang Sambutan?

Posted: 21 Apr 2011 09:40 PM PDT

batu berendam airport LTAM Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka LTAM Kurang Sambutan?

Dalam berita baru-baru ini, Ketua Menteri Melaka, mengakui bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.Dan beliau menyalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka sebagai tindak berfungsi dengan sepenuhnya dalam menjalankan promosi.trans Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka LTAM Kurang Sambutan?

Biarpun ketika ini terdapat syarikat penerbangan Indonesia iaitu Riau Airlines dan Wings Air beroperasi di LTAM namun kelemahan dari segi promosi perkhidmatan tersebut telah menyebabkan ia gagal beroperasi menurut apa yang diharapkan.

LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

Entah dimana silapnya, LTAM ini tidak mendapat sambutan.Kalau nak diikutkan kadar kedatangan pelancongan ke Melaka, ianya naik saban tahun, sampaikan rakyat Negeri Melaka sendiri susah nak ke bandar akibat terlalu sesak.AirAsia sendiri tidak menyambut baik fungsi LTAM ini sendiri.

Pada hemat kami, faktor jarak memungkinkan mengapa LTAM ini tidak mendapat sambutan.Jaraknya yang terlalu dekat dengan Singapura dan juga LCCT, Kuala Lumpur, menyebabkan perkara ini berlaku.Hanya mengharapkan pelancong dari Indonesia sahaja, itu tidak cukup untuk memastikan LTAM dapat beroperasi pada kadar yang sepatutnya.

Ini bukanlah pertama kali projek di Melaka tidak mendapat sambutan yang mengharapkan.Berikut di bawah adalah antara beberapa projek di Melaka yang "hampir bungkus" ,dan tidak mendapat sambutan:

  1. Eyes On Malaysia
  2. Monorail Melaka
  3. Go-Kart
  4. Planetarium
  5. Arab City

Ali Rustam tidak perlulah menyalahkan sesiapa.Kadang-kadang idea yang nampak bagus di atas kertas, tidak mustahil ianya akan berjaya apabila dijadikan realiti.Yang penting, idea yang lebih 'reliable' diperlukan dalam merancakkan lagi ekonomi pelancongan negeri Melaka.

Melaka tak perlu berbelanja besar untuk menarik perhatian pelancong asing.Nama Melaka itu sendiri dah besar.Apa yang perlu dibuat, adalah pembangunan strategik, seiring dengan betapa pesatnya kadar pelancongan ke Negeri Melaka.Melaka tak perlu nak jadi "Malaysia" ke-2.

PAS Selangor: Tiada arahan calon Hadi sahaja

Posted: 21 Apr 2011 09:35 PM PDT

Jika ada orang kata kita tidak benarkan Hadi dicabar, ia tidak benar sama sekali - Roslan Shahir.


PETALING JAYA: PAS Selangor tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya kawasan-kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat agung masing-masing hanya mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden PAS pada Muktamar Jun ini.

"Jika ada orang kata kita tidak benarkan Abdul Hadi dicabar, ia tidak benar sama sekali. Persoalannya, adakah kawasan di Selangor yang mahu mencalonkan orang lain selain Abdul Hadi?," soal Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Beliau menambah, PAS negeri tidak mencampuri urusan mesyuarat PAS kawasan tetapi pertandingan apa-apa jawatan dalam parti hendaklah berpandukan kepada adab dan disiplin parti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan PAS Bukit Bintang yang mencalonkan Datuk Husam Musa mencabar Abdul Hadi untuk jawatan presiden.

Bagaimanapun, Husam yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan lalu mengumumkan hanya akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurut Roslan Shahir, sehingga hari ini sebahagian besar kawasan PAS di Selangor telah mengadakan mesyuarat agung masing- masing.


"Setahu saya PAS Kawasan Hulu Selangor, Kuala Langat, Kelang, Sepang, Kapar dan Serdang telah mengadakan mesyuarat masing- masing manakala yang lain diberi peluang sehingga akhir bulan ini," katanya.

Pada Muktamar di Shah Alam dua tahun lalu, Abdul Hadi menang tanpa bertanding jawatan presiden yang disandangnya sejak 2003.

Beberapa jawatan lain termasuk timbalan presiden dijangka menyaksikan pertandingan sengit dengan bekas naib presiden, Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding.

Penyandang, Nasharuddin Mat Isa bagaimanapun, belum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak.

Muktamar Tahunan Pemilihan PAS kali ini akan diadakan di Taman Melewar, Gombak, dekat Kuala Lumpur Jun depan.

Sivarasa: Siapa dalang disebalik 'Siapa Anwar'?

Posted: 21 Apr 2011 09:33 PM PDT

Beliau menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak dibelakang video seks 1999.


PETALING JAYA: Ahli Biro Politik PKR Sivarasa Rasiah menggesa pihak polis menyiasat siapa dalang di sebalik video seks bertajuk 'Siapa Anwar' yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diedarkan beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) November 1999.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau menggesa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak dibelakang video seks 1999.

"PKR menggesa KPN untuk memaklumkan kepada orang ramai apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang dikenalpasti dibelakang video seks 1999 itu," katanya.

Semalam, FMT memetik isi kandungan surat bertarikh 18 April daripada bekas pegawai polis Dato' Mat Zain Ibrahim kepada KPN meminta disiasat siapakah dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang diistilahkan sebagai Video Seks Pertama
1999.

Mat Zain mengakui bahawa selain dari Video Seks Kedua 2011 yang kononnya turut melibatkan Anwar terdapat Video Seks Pertama 1999 tetapi tidak dapat dikenalpasti siapakah yang mengedarkan kepada orang ramai menjelang PRU 1999.

Beliau turut mengaitkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dengan video yang muncul pada 1999, bermotifkan balas dendam terhadap Anwar.

"Ini memandangkan Anwar telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 daripada penjara Sg Buluh terhadap Rahim yang menuduh tindakan jenayah dan rasuah oleh Rahim, hanya tiga bulan sebelum kemunculan video 1999 tersebut," ujar Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

Yayasan Selangor lancar program usahawan baru

Posted: 21 Apr 2011 09:31 PM PDT

Yayasan bekerjasama dengan swasta menawarkan peluang peniagaan kepada rakyat.


PETALING JAYA: Yayasan Selangor hari ini melancarkan program pembangunan pendidikan sepanjang hayat dan pembangunan ekonomi serta bekerjasama dengan pihak swasta bagi menyediakan peluang perniagaan kepada rakyat.

"Program ini membuka peluang untuk menjadi usahawan dan perunding muda," kata Pengurus Kanan Modal Insan Yayasan Dr Kamal Kasan ketika menyampaikan taklimat kepada pegawai kanan Yayasan dan pihak media di sini pagi ini.

Program tesebut dilancarkan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki.

Dr Kamal berkata, "sekurang-kurangnya 1,000 ejen berpeluang merekrut tidak kurang 15,000 pusat gerakan di seluruh negara. Mereka pula merekrut tidak kurang 30,000 projek usahawan dalam setiap komuniti dengan andaian setiap komuniti ada dua produk.

"Usahawan-usahawan yang menyertai program ini disasarkan mendapat pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan," katanya.

Menurut beliau, syarikat swasta akan membiayai kos sebanyak RM3,000 bagi menganjurkan kursus keusahawanan ini yang dikendalikan oleh intitusi pengajian tinggi tempatan.

"Sementara pihak bank pula akan memberi pinjaman tanpa penjamin kepada usahawan terbabit setelah tamat latihan keusahawanan kelak," katanya.

Gesaan batalkan cuti Deepavali, Wesak dibidas

Posted: 21 Apr 2011 05:26 PM PDT

Gesaan pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor agar cuti umum bagi Deepavali dan Hari Wesak dibatalkan dan dijadikan hari bekerja menimbulkan kemarahan masyarakat India yang menuntut kenyataan itu ditarik balik dan permohonan maaf dibuat.

NONETan Sri William Cheng dilaporkan berkata 'terlalu banyak' bilangan cuti umum adalah tidak baik bagi dunia perniagaan.

Katanya, kerajaan perlu menimbangkan untuk membatalkan Deepavali dan Hari Wesak kerana hanya golongan 'minoriti' yang meraikan upcara berkenaan.

DAP dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka terkejut dengan pendirian seumpama itu dan melahirkan bantahan keras terhadap cadangan tersebut.

Naib pengerusinya, M Kulasegaran berkata penganut agama Hindu yang menyambut Deepavali dan peganut agama Buddha yang meraikan Hari Wesak bukan penduduk minoriti.

"Kedua-dua perayaan itu disambut oleh jutaan rakyat di negara ini," kata Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat.

NONEKatanya, menjadi hak masyarakat perniagaan dan majikan untuk menjadikan produktiviti sebagai keutamaan, namun golongan itu tidak seharusnya 'merompak' penganut agama Hindu dan Buddha daripada cuti umum mereka.

"Malah, tidak ada sesiapapun yang sepatutnya merompak mana-mana bangsa atau kumpulan daripada cuti umum yang telah digazetkan," kata Kulasegaran sambil menambah majikan harus mencari jalan lain bagi meningkatkan produktiviti dan bukannya menarik balik cuti umum pekerja.

"Selain itu, cuti umum mengalakkan pertumbuhan ekonomi kerana lebih ramai yang akan melancong dan membanjiri pusat membeli-belah," katanya.

Tambang keretapi Bukit Bendera naik 100 peratus

Posted: 21 Apr 2011 05:22 PM PDT

BERNAMA

Tambang keretapi Bukit Bendera akan dinaikkan sekali ganda iaitu sebanyak RM8 bagi orang dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak rakyat tempatan mulai 1 Mei ini.

lee kah choon penang pc 170609Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Datuk Lee Kah Choon berkata, tambang baru untuk pelancong asing pula ialah sebanyak RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Kadar tambang baru itu adalah disebabkan peningkatan kos operasi kereta api jenis elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang digerakkan dengan kabel, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perkhidmatan keretapi itu telah ditutup lebih setahun lepas dan kadar tambang sebelum ini ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak tanpa mengira pelancong tempatan atau asing.

Beliau berkata, bagi penduduk di Bukit Bendera, pengusaha dan pekerja di atas bukit itu, bayaran pas bulanan dikekalkan dengan harga RM24.

Lee berkata, kos operasi bagi setiap perjalanan keretapi ialah RM500 kerana ia menggunakan elektrik dan kos itu lebih tinggi berbanding keretapi kabel sebelum ini.

trainBeliau berkata, keretapi baru itu lebih laju serta menggunakan koc buatan Switzerland yang moden dan selesa untuk penumpang dan jadual perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai pukul 6.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

"Selepas menaik taraf, ia kini boleh membawa sehingga 50 penumpang dan mengambil masa selama 10 minit untuk perjalanan sehala, berbanding 30 minit sebelum ini," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa aspek keselamatan keretapi berkenaan adalah bertaraf antarabangsa.

Projek naik taraf keretapi oleh kerajaan persekutuan itu melibatkan kos RM73 juta bagi menggantikan jenis furnikular yang digunakan sejak 1923.

Bukit Bendera ialah salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di Pulau Pinang.

Naib presiden MCA desak Taib segera undur

Posted: 21 Apr 2011 05:20 PM PDT

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

gan ping sieu on sport betting 250610 02Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina," kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Mengimbas kembali peralihan sokongan di kalangan masyarakat Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat, Gan juga berkata kumpulan pelbagai etnik lain di Sarawak juga tidak lagi memberi sokongan padu kepada BN.

sarawak chief minister taib mahmud cast his ballot vote 1Gan memuji tindakan SUPP - parti yang 'dibelasah teruk' oleh DAP - untuk menolak mana-mana ADUN Cina bagi jawatan kabinet negeri setelah ditolak oleh pengundi.

Beliau juga tidak berselindung dalam membidas DAP, khususnya setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng yang menurutnya mengamalkan 'strategi politik perkauman' apabila 'menghasut' rakyat Sarawak menentang SUPP dan melabelkan mereka sebagai 'samseng Taib'.

Beliau juga mendakwa Lim mengelirukan masyarakat Cina dengan mengambarkan seolah-olah MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Cina yang menggesa ADUN SUPP tidak menyertai kabinet Sarawak.

SUPP berbelah-bagi untuk sertai kabinet

Posted: 21 Apr 2011 05:18 PM PDT

MALAYSIA KINI

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) nampaknya berbelah-bagi sama ada parti itu perlu menyertai kabinet negeri, selepas kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

NONEMasalah bermula Isnin lalu apabila timbalan setiausaha
agungnya, Wong Soon Koh mengangkat sumpah untuk dilantik semula sebagai menteri kabinet negeri.

Berikutan ini, jawatankuasa kerja pusat SUPP berkata, tindakan Wong (kanan) itu tidak direstui parti tersebut.

Sekarang, CWC sedang menimbang sama ada parti itu patut diwakili dalam kerajaan negeri selepas ia kehilangan sokongan masyarakat Cina apabila kalah 13 daripada 19 kerusi yang ditandingnya - kalah di semua kerusi yang ditandinginya di kawasan bandar.

Dalam tindakan yang dianggap pelik, presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan pula menyokong langkah Wong itu - sedangkan kedua-dua merupakan 'musuh' politik - sambil menambah bahawa pendirian CWC itu tidak mendapat restunya.

Tanda-tanda terdesak

Untuk mengelak keadaan menjadi lebih buruk, beberapa pemimpin akar umbi SUPP mencadangkan parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) supaya perwakilan memutuskan perkara itu.

NONE"Kami berharap agar EGM dipanggil sebelum mesyuarat agung
tahunan (AGM), jika tidak, ia akan terlambat," kata ketua SUPP cawangan Tanjung Datu SUPP Pung Teng Hong, seperti yang dilaporkan See Hua Daily News semalam.

Mesyuarat agung setiap tiga tahun itu, yang membabitkan pemilihan pucuk pimpinan, dijadual berlangsung akhir tahun ini.

Pong berkata, perpaduan parti kini terjejas ekoran tindakan Chan merestui keputusan Wong menerima jawatan menteri negeri, sedangkan ianya bercanggah dengan pendirian CWC.

Tambahnya, oleh kerana CWC telah memutuskan untuk mencadangkan wakil rakyat kaum Dayak - bukan Cina - untuk mengisi jawatan kabinet, maka ahli parti patut mematuhinya.

Turut menyokong pandangannya ialah naib presiden SUPP Lily Yong, yang berkata, kenyataan Chan merestui tindakan Wong itu adalah satu "pandangan peribadi".

"Ini adalah keputusan CWC - semua dari atas hingga ke bawah mesti mematuhi dan menghormatinya," katanya mengulas keputusan CWC tidak mencadangkan wakil rakyat Cina mengisi jawatan kabinet.

Satu lagi tanda kemungkinan berlaku perselisihan dalam parti itu termasuklah perletakan jawatan seorang ahli majlis perbandaran Miri yang diperuntukkan kepada parti itu.

Terdapat spekulasi bahawa lebih ramai ahli majlis bandaraya dan perbandaran dari SUPP akan meletak jawatan kerana parti itu tidak lagi mendapat sokongan pengundi di kawasan bandar.

Teknik psikik kembalikan ingatan pegawai SPRM

Posted: 21 Apr 2011 05:12 PM PDT

MALAYSIA KINI

Pendekatan baru digunakan oleh seorang anggota suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock, dalam percubaan untuk menyelami minda pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pertemuan terakhirnya dengan setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor itu.

Pakar patologi forensik, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom meminta penolong pegawai penguatkuasa SPRM, Bulkini Paharuddin menutup matanya dan kembali ke saat dia pertama melihat Teoh pada awal pagi 16 Julai 2009.

Prof Dr Mohamed Hatta, yang juga dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. menerangkan bahawa beliau mahu mencuba satu teknik baru ke atas Bulkini.

Beliau kemudian mengarahkan pegawai mahkamah supaya memalapkan lampu-lampu dalam bilik mahkamah di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada Jalan Duta, tempat siasatan itu dijalankan.

"Tutup mata anda, cuba relaks, dan gerak kepala anda ke bawah. Saya akan beri anda 40 hingga 60 saat untuk menenangkan diri anda," kata Prof Dr Mohamed Hatta dalam arahannya kepada Bulkini.

"Bayangkan anda dalam lokasi kegemaran anda... (kemudian) bawa fikiran anda perlahan-lahan ke 'episod tandas'."

Sesi itu berlangsung selama 10 minit sebelum prosiding berakhir pada 1.10 tengah hari.

Beliau adalah juga seorang anggota suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh, yang mayatnya ditemui di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu, pada 16 Julai 2009.

Teoh, 30, adalah setiausaha politik ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu Bernama melaporkan, selepas selesai sesi itu, Bulkini memberitahu suruhanjaya berkenaan bahawa lelaki yang ditemui berkemungkinan adalah Teoh berdasarkan seluar berwarna putih yang dipakainya sama dengan seluar yang dipakai oleh Teoh.

"Saya ternampak seorang lelaki Cina berseluar putih dan memakai baju berwarna hitam dengan kepala ditundukkan masuk ke dalam tandas dengan tangan kanan lelaki itu membuka pintu tandas berkenaan.

"Saya juga nampak seorang lelaki terbaring di atas lantai dalam keadaan ngeri dan lelaki itu turut memakai seluar berwarna putih dan berbaju hitam," kata Bulkini ketika diminta Mohamed Hatta untuk memberikan gambaran yang tercetus dalam mindanya.

Bulkini berkata pada awalnya beliau tidak menjangka lelaki Cina yang ditemuinya pada pukul 2.15 pagi 16 Julai 2009 itu adalah Teoh sehingga berita kematian Teoh disiarkan melalui televisyen.

"Selepas berita itu tersebar, saya mendapat gambaran kemungkinan lelaki yang saya temui adalah orang yang sama ditemui mati di bangunan SPRM berdasarkan kepada warna seluar simati yang berwarna putih.

"Jarang saya berjumpa lelaki memakai seluar warna putih dan selepas melihat gambaran si mati (Teoh) dalam TV, saya teringat kepada lelaki Cina yang saya temui turut memakai seluar putih," katanya.

Bulkini turut disoal peguam Christopher Leong dari Majlis Peguam mengapa dalam keterangan pertamanya kepada polis beliau tidak menyatakan mengenai pertemuan itu namun memberikan keterangan itu selepas tiga minggu setelah kematian Teoh.

"Selepas saya yakin bahawa seluar putih yang dipakai si mati adalah sama dengan warna seluar yang dipakai oleh lelaki yang saya ditemui, barulah saya membuat keputusan untuk memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu," kata Bulkini.

Bulkini, yang terlibat dalam temubual dengan Tan pada hari yang sama Teoh disiasat, menyifatkan Tan seorang yang panas baran.

Sifat Tan itu disedari apabila Tan memarahi isterinya di hadapan Bulkini dan beberapa lagi pegawai SPRM ketika mereka berjumpa dengan isteri Tan di tempat kerja isterinya, kata saksi itu.

Bulkini, yang fasih berbahasa Cina, berkata Tan memarahi isterinya dengan berkata: "Kau diam. Kau ikut sahaja cakap aku."

Bulkini turut memberitahu suruhanjaya bahawa Tan berkelakuan agak "luar biasa" dan ini terjadi ketika mereka berjumpa Tan di rumahnya di Bandar Mahkota, Cheras pada 15 Julai 2009.

"Ketika kami sampai di rumahnya, Tan bertindak menyelerakkan rumahnya dengan sengaja menjatuhkan barang seolah cuba mengenakan pegawai SPRM dan sepanjang mereka berada bersama, Tan asyik menggunakan telefon bimbitnya.

"Saya ada menegurnya supaya jangan menggunakan telefon bimbit, namun Tan menjawab 'kamu tiada hak untuk menghalang saya daripada menggunakan telefon', kata Bulkini ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Bulkini turut menolak dakwaan Tan yang beliau menggunakan kekerasan semasa menemubual Tan.

"Saya tidak melemparkan "pouch bag" kepada Tan dan saya juga tidak menggertaknya jika beliau enggan memberikan kerjasama.

"Dakwaan Tan bahawa saya memintanya berdiri selama beberapa jam adalah tidak munasabah kerana beliau duduk di kerusi dan saya duduk di atas lantai ketika temubual dijalankan," katanya.

Pengerusi suruhanjaya siasatan itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, memaklumkan prosiding hari ini bahawa tiada bukti yang menunjukkan setiausaha politik itu telah mendaftar untuk berkahwin dengan Soh Cher Wei.

Katanya siasatan itu dibuat oleh penyiasat persendirian Michael Leslie Squires selepas timbul isu bahawa Teoh akan berkahwin sehari selepas beliau ditemui mati.

Terdahulu, pegawai perisikan SPRM Hafiz Izhar Idris memberitahu suruhanjaya itu bahawa sepanjang perbualannya dengan Teoh di pejabat SPRM, Teoh hanya memaklumkan bahawa beliau belum berkahwin.

Saksi itu berkata isu Teoh akan mendaftarkan perkahwinan mereka pada 17 Julai 2009 tidak timbul kerana sepanjang perbualan itu, beliau hanya diberitahu tentang pekerjaan dan tempat tinggalnya.

Pada 17 Julai 2009 iaitu sehari selepas mayat Teoh ditemui, Soh memberitahu wartawan bahawa beliau sedang mengandung dua bulan dan pada hari tersebut sepatutnya mendaftarkan perkahwinan mereka di Alor Gajah, Melaka.

Anak Teoh kini berusia dua tahun.

Selain Foong dan Mohamed Hatta, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner, yang sebelum itu menyiasat kes berkenaan, membuat keputusan "terbuka".

Prosiding disambung Isnin ini.

PIBG: 'Pergaduhan perkauman' hanya dakwaan

Posted: 21 Apr 2011 05:02 PM PDT

Pengerusi persatuan ibu bapa dan guru SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, Anita Atan hari ini menafikan unsur perkauman menjadi punca kepada satu pergaduhan yang berlaku di sekolah berkenaan .

Sebaliknya, kata beliau, ia hanyalah satu dakwaan yang dibuat oleh bapa salah seorang pelajar terbabit.

Ketika ditanya, Anita juga berkata, pergaduhan itu juga bukan dicetuskan oleh perbuatan kata-mengata antara pelajar berkenaan.

"Bukan sebab itu, tapi punca lain... Kita tunggu hingga laporan polis selesai. Saya tak boleh nak komen apa-apa, tapi kita sudah dengar banyak sangat cerita.

"Itu dakwaan bapa tersebut, itu hak dia untuk bercakap. Dia boleh kata (pergaduhan tersebut) ada unsur seperti yang awak katakan.

"Orang yang bercakap itulah yang kata. Kalau tidak, tak ada apa-apa (dakwaan timbul). Dia dapat dari mana? Dialah yang kata (unsur perkauman) sedangkan siasatan belum habis lagi," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang bapa pelajar terbabit, Stephen Perumal Velu dalam satu laporan laman Free Malaysia Today yang menyebut, pergaduhan itu berpunca daripada tindakan sekumpulan pelajar yang memanggil pelajar India di sekolah itu dengan kata-kata yang didakwa menghina.

Menurut Anita lagi, bapa kepada pelajar berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan beliau menyerahkan isu itu untuk siasatan pihak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Anita juga berkata polis hari ini turut mengambil keterangan daripada 13 orang pelajar yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

Semalam, polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lain.

Dalam pada itu, Anita turut mengesahkan bahawa salah seorang daripada pelajar terbabit mengalami kecederaan akibat pergaduhan tersebut.

Pelajar terbabit telahpun mendapatkan rawatan dan pihak sekolah telah mendapatkan laporan perubatannya, tambahnya.

Othman Mustapha KP Jakim baru

Posted: 21 Apr 2011 05:00 PM PDT

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, dilantik ketua pengarah agensi itu berkuat kuasa Ahad ini.

Beliau menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang akan bersara wajib pada Sabtu ini selepas lebih tiga tahun memimpin Jakim.

Majlis penyerahan nota serah tugas jawatan berlangsung Khamis disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, lapor Bernama Online.

Jamil Khir berkata kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi kepimpinan Wan Mohamad yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan menjadi Ketua Pengarah Jakim sejak Julai 2007.

Jamil Khir berkata Wan Mohamad akan dilantik sebagai Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) berkuatkuasa serta merta selepas kepimpinannya terserlah ketika menerajui Jakim.

"Tugas beliau akan ada kesinambungannya, yang diharap dengan menerajui kedua-dua institut tersebut, akan memberi kesan yang lebih menyerlah," katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Othman berkata beliau akan sentiasa mendapatkan nasihat daripada menteri dalam melaksanakan perancangan dan strategi selain memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai dalam waktu yang ditetapkan.

Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah, dan telah menyertai dan berkhidmat di Jakim sebagai pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.

Beliau pernah menjadi Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Pengarah Jakim cawangan Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Rais: Bernama TV disusun semula dalam tiga bulan

Posted: 21 Apr 2011 04:59 PM PDT

KUALA LUMPUR — Stesen televisyen Bernama TV akan disusun semula dalam tempoh tiga bulan bagi memenuhi kehendak asasnya, kata kerajaan.

Sehubungan itu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, stesen televisyen bercorak berita itu yang dikendalikan secara usaha sama Bernama dengan pihak swasta kini mewakili kepentingan awam dan kerajaan.

"Saya telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri tindakan di sisi undang-undang telah diambil dan hak kepentingan Bernama TV itu dikembalikan oleh kerana tindakan-tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak yang berusaha sama itu belum lagi direalisasikan," kata beliau dipetik laporan media hari ini.

Utusan yang memetik laporan Bernama berkata kementerian itu sedang menyusun dengan Bernama TV tentang langkah-langkah yang boleh diambil supaya siarannya tidak terencat dan khidmat-khidmat media asasnya berjalan seperti yang dituntut.

Saluran berita Bernama memulakan siaran 24 jam pada Februari 2008 dengan menggunakan slogan "Baru & Benar". Kandungan rangkaian beritanya merangkumi berita terkini, bisnes, gayahidup, sukan dan hiburan serta program yang tidak hanya terhad kepada muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga dan kesihatan.

Kandungan beritanya sebahagian besarnya dalam Bahasa Malaysia sementara selebihnya dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil dengan jenama Berita@BERNAMA, News@BERNAMA, Xin Wen@BERNAMA dan Seithigal@BERNAMA.

Perkasa teraju gerakan '1Melayu, 1Bumi' disyor akhbar Umno

Posted: 21 Apr 2011 04:53 PM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR – Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang disaran akhbar milik Umno semalam sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

Dalam pendirian menyokong gesaan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa "selesa" lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.

"Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Gerakan ini akan menjadi sebahagian daripada perhimpunan Melayu ketiga Perkasa di Kedah 30 April ini, (yang diadakan) di Stadium Sultan Abdul Halim," kata Syed Hassan lagi.

Dalam tulisan ruangan Cuit semalam, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

"Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia," katanya.

Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

"Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini," katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, "sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru."

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi."

Ahad lalu, edisi Mingguan Malaysia menggesa Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud."

Awang Selamat berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi.

"Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Kemudian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Kata beliau, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak."

Syed Hassan juga berkata, orang Melayu juga berhadapan dengan risiko kehilangan hak dan keistimewaan di tangan kaum Cina melainkan mereka bersatu.

"Orang Cina memonopoli ekonomi sekian lama ... sekarang mereka mahu penguasaan politik.

"Orang Melayu mesti bersatu, kita mesti pertahan hak politik," kata Syed Hassan lagi.

Katanya, beliau tidak faham mengapa masyarakat Cina di Sarawak mengundi Pakatan Rakyat (PR).

"Apa masalah orang Cina di Sarawak? (Keadaan) mereka lebih baik berbanding yang ada di Semenanjung," katanya lagi.

Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu 'kisah sebenar'

Posted: 21 Apr 2011 04:05 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


Keluarga Ahmad Sarbaini tidak puas hati dengan hasil siasatan polis. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu "menyembunyikan" sesuatu daripada diketahui umum.

"Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

"Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar," katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

"Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

"Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

"Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya," tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.

"Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian," jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

"(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

"Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan," katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 22 Apr 2011 01:41 PM PDT

Ada masa teringat Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, bekas Presiden Pas. Banyak sisi yang dikupas oleh ramai orang terhadap beliau  secara peribadi dan kepimpinannya  dalam politik. 

Hari ini saya  hendak berkongsi pengalaman saya   mengikut kuliah tafsirnya di pagi Jumaat di Bangunan Pas Alor Star pada tahun  1983 hingga 1986.  Ada kelainan dalam tafsirnya. Setiap tafsirnya, beliau merujuk dari pelbagai kitab tafisr yang lain  dan di sebutkan nama kitabnya. Seperti ceramahnya, kuliah tafsirnya juga disampaikan secara perlahan, berhati-hati,  serius dan sesekali  disulam dengan contoh yang mencuitkan hati. Malah  beliau sempat  mengaitkan kuliah tafsirnya dengan  pelbagai  peristiwa semasa  Maka  kita sentiasa menanti apakah yang akan diungkapkan  oleh beliau satu persatu.

Salah satu  perwatakan  menarik  Allahyarham Ustaz Fadhil  ialah ketika  berjalan kaki. Beliau akan berjalan secara perlahan-lahan sambil memandang kiri dan kanan. Ini menyebankan beliau  boleh menyapa sesiapa yang beliau kenal atau orang lain pula  yang menyapa beliau.  Jangan hairan, jika beliau  hendak ke restauran, maka akan diajaknya kita makan atau minum bersama. Tak payah kita membuka cerita kerana maklomlah takkan kita nak memberi taklimat politik kepadanya. Beliau sendiri akan membuka kesah-kesah serius dan lucu dalam politik.

Apabila kita rapat dengan beliau, maka dia tahu siapa kawan rapat kita. Malah dia tahu apa nama gelaran sahabat kita. Ha ha. Kalau dia berjumpa sahabat ketat Mat Sabu di Alor Star, maka beliau pun akan bertanya "mana Imam". Maksudnya ialah mana Mat Sabulah tu. Ustaz Fadhil tau nama jolokan  Mohamad Sabu  di kalangan  sahabat-sababat  rapatnya. Ustaz Fadhil  tau Mohamad Sabu amat  minat dengan politk Iran tetapi tak pernah melemparkan tuduhan syiah kepadanya. Malah jika nak ceramah besar di Kedah, maka beliau sendiri yang talipon Mohamad Sabu untuk mengajak ceramah bersama.   Kalau Ustaz Fadil Nor  jumpa Mat Zain Janggut di Markaz Tarbiah, maka dia pun bertanya mana "Bakak Hak"   alias Penarik  Beca dan jika beliau berjumpa Bakak Hak dahulu, maka beliau bertanya dimana  Mat Zain Janggut pulak.  Maka kedua-dua Bakak Hak dan Mat Zain terasa  betapa Ustaz Fadhil Nor teringat dengan depa semua. Woooo

Ringkas cerita, ramai orang dapat "bermanja"  dengan Ustaz Fadhil Nor ketika beliau Presiden Pas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut