Jumaat, 22 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 21 Apr 2011 11:34 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


PRESS STATEMENT - 1999 Sex Video

Posted: 21 Apr 2011 08:40 PM PDT

Keadilan menggesa Ketua Polis Negara untuk mendedahkan siapa yang dikenalpasti siasatan polis di belakang video seks 1999 'Siapa Anwar'


Dalam sebuah artikel yang diterbitkan hari ini dalam portal Internet "The Malaysian Insider" yang ditulis oleh Shannon Teoh, seorang bekas pegawai polis Dato' Mat Zain Ibrahim mendedahkan sebuah video bertajuk 'Siapa Anwar' yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum November 1999.

Laporan polis dibuat berkenaan video tersebut. Dato' Mat Zain yang ketika itu mengetuai Jabatan Penyiasatan Jenayah, Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan dibuat berikutan laporan polis tersebut dan polis mengenalpasti sumber video seks 1999, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang video seks 1999 ini, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang pengederannya kepada orang ramai.

Beliau turut mencadangkan bahawa Tan Sri Rahim Ramy Chik mungkin dikaitkan dengan video yang muncul pada 1999, bermotifkan balas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan Anwar telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 daripada penjara Sg Buluh terhadap Rahim yang menuduh tindakan jenayah dan rasuah oleh Rahim, hanya tiga bulan sebelum kemunculan video 1999 tersebut.

Kami mengambil maklum bahawa polis telah mendedahkan butir-butir mengenai siasatan video seks terkini secara aktif dan luar biasa pada tempoh-tempoh yang tertentu.

Parti Keadilan Rakyat menggesa Ketua Polis Negara,Tan Sri Haji Ismail Hj Omar, untuk memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak dibelakang video seks 1999.

Keadilan juga menggesa KPN untuk memaklumkan kepada orang ramai apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang dikenalpasti dibelakang video seks 1999.



Sivarasa Rasiah

Ahli Biro Politik, Parti Keadilan Rakyat

Ahli Parlimen Subang

21 April 2011



Keadilan calls upon IGP to reveal person/s identified by police investigation to be behind the 1999 sex video called "Siapa Anwar"

In an article today published in the internet news portal "The Malaysian Insider" written by Shannon Teoh and entitled "Another alleged sex tape of Anwar in 1999, says ex-cop", the "ex-cop" Dato Mat Zain Ibrahim reveals ( or reminds us ) that a sex video entitled "Siapa Anwar " purporting to be connected with Datuk Seri Anwar Ibrahim was distributed in Kuala Lumpur a few days before the November 1999 General Election.

Police reports were lodged in respect of the sex video. Dato Mat Zain who was at that time the OCCI, KL (heading the Department of Criminal Investigation, KL ) informs us that an investigation was conducted pursuant to those police reports and that the police identified the source of this 1999 sex video, but could not identify the persons who were behind its public distribution.

He also makes the suggestion that Tan Sri Rahim Tamby Chik may be connected to this sex video which emerged in November 1999 motivated by revenge against Datuk Seri Anwar Ibrahim as Anwar had made a police report on 20.8.1999 from Sg Buluh prison against Rahim alleging criminal and corrupt conduct by Rahim, just three months before the emergence of the 1999 video.

We note that the police have been actively and unusually revealing details of the current sex video investigation at regular intervals.

Parti Keadilan Rakyat calls upon the Inspector General of Police, Tan Sri Haji Ismail Hj Omar , to reveal to the public the "source" that was identified by the police in 1999 to be behind the 1999 sex video.

Keadilan also calls upon the IGP to inform the public as to what action was taken against the person/persons identified by the police as behind the 1999 sex video.



Sivarasa Rasiah

Member of Political Bureau, Parti Keadilan Rakyat

Member of Parliament for Subang

21st April 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 21 Apr 2011 11:29 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kabinet Lengah Akta Perhubungan Kaum Lindungi Amalan Rasisme

Posted: 21 Apr 2011 01:45 AM PDT


SHAH ALAM 21 APRIL : Usaha kabinet melengah-lengahkan penggubalan Akta Perhubungan Kaum yang dicadangkan pada September 2008 dilihat sebagai tindakan melindungi kepentingan proksi Umno-Barisan Nasional (BN).

Pelaksanaan Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh kementerian dilihat lebih menjurus ke arah 'dwi-standard' tidak akan mengekang kemaraan individu yang berani menjulang pendekatan rasis di negara ini.

Oleh yang demikian, kesempatan ini diambil sewenang-wenangnya oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan melalui rencana bertajuk "Ayuh! Gerakkan 1Melayu 1Bumi" yang diterbitkan semalam.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren menyifatkan ulasan Zaini sengaja menimbulkan perasaan takut masyarakat Melayu kepada kaum Cina yang akhirnya akan memecah belahkan perpaduan.

Menurutnya, dengan menubuhkan Akta Perhubungan Kaum, maka unsur perkauman dan agama melalui sebarang medium dapat dikekang sekaligus menghindari pendekatan politik cetek yang sering dimainkan oleh Umno-BN.

" Bila ada akta seperti kita boleh ambil tindakan terhadap anasir-anasir seperti (Datuk) Zaini kerana editorial itu jahat dan salah. Kita tolak semua 1Melayu, 1Cina, dan 1India, semua kita tolak.

" Jika perkataan-perkataan atau kenyataan yang dikeluarkan, menyerang dan menyinggung satu kaum lain, maka tindakan undang-undang boleh diambil di bawah akta tersebut," jelas beliau ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.

Akhbar Utusan Malaysia dalam artikelnya semalam menyatakan perpaduan kaum Melayu agak ketinggalan berbanding kaum Cina.

Petikan itu kononnya berdasarkan analisis Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang menyaksikan kemenangan DAP di 12 buah kawasan majoriti Cina menjadi penyumbang terbesar peningkatan undi Pakatan Rakyat di negeri itu berbanding tahun 2006.

Ini menimbulkan keresahan bahawa kaum Cina akan merampas kepentingan negara sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara di Putrajaya.

Walhal menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata peningkatan undi bumiputera dan bukan bumiputera di Sarawak lebih memihak kepada calon PKR yang berbangsa Melayu (Islam).

Justeru Surendren mendesak agar rakyat terus menilai kejahilan Umno-BN dalam aspek perhubungan kaum di negara ini yang semakin memesongkan perhatian rakyat.

Akta Perhubungan Kaum 1976 termaktub dalam Parlimen United Kingdom untuk menghalang diskriminasi kaum yang pelbagai di negara itu.

Justeru Surendren tetap menyatakan pendirian untuk tidak berkrompomi dengan Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sewenang-wenangnya menekan rakyat dan kepimpinan Pakatan Rakyat, seraya menuntut ianya dimansuhkan.


Sumber: TVSNEWS

Rafizi : 1 Melayu, 1 Bumi Penghinaan Terbuka Dasar 1 Malaysia Najib

Posted: 21 Apr 2011 01:40 AM PDT


SHAH ALAM 21 APRIL: Selepas pencapaian memberansangkan Pakatan Rakyat dengan kemenangan 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu, slogan 1Malaysia yang dijaja oleh Perdana Menteri Najib Razak kini mula dipertikaikan.

Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap lidah rasmi parti itu kini mula mempersoalkan dasar tersebut melalui penulisan artikel setengah muka bertajuk "Ayuh! Gerakkan Segera 1Melayu, 1Bumi".

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihubungi Tv Selangor menyifatkan ianya sebahagian daripada sindrom gagal menerima hakikat menerusi keputusan luar jangka pengundi Cina terhadap parti Barisan Nasional (BN).

Katanya, senjata perkauman yang dijulang BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat di negara ini.

"Sedangkan itu satu analisa yang salah sebab kalau kita lihat secara terperinci, perubahan undi paling besar adalah daripada kaum bumiputera baik Islam atau bukan Islam di Sarawak kepada Pakatan Rakyat adalah pengundi PKR. Tapi tentu analisis ini tidak akan ditunjukkan sebab akan lari dari skrip perkauman mereka," kata beliau.

Jelas Rafizi, perubahan undi kepada calon-calon PKR beragama Islam sebanyak 15 hingga 17 peratus membuktikan sentimen kaum dan agama yang cuba dimanipulasi BN kepada pengundi di Sarawak tidak boleh diterima pakai.

"Maknanya Umno dan Utusan akan tenggelam dengan mesej perkauman sendiri kerana mereka sampai sekarang berada dalam sindrom tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat mahu prinsip ketelusan," katanya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati membuat sebarang kenyataan bagi mengelak daripada Umno-BN dan sekutunya memutarbelitkan fakta yang berkaitan kaum dan agama.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam artikelnya mencadangkan kepada Umno untuk melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu.

Penulisannya turut menyentuh bagaimana masyarakat Melayu telah hilang perpaduan berbanding kaum Cina selain memperlekehkan slogan 1Malaysia yang digembar-gemburkan Najib Razak.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat artikel dari lidah rasmi Umno-BN itu secara jelas mempermainkan dasar 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri sejak tahun 2009.

Katanya, Najib dilihat sebagai boneka dalam Umno-BN kerana gagal menyatupadukan mentaliti kepimpinan parti itu berhubung dasar beliau sendiri.

Tambahnya lagi, dakwaan bahawa DAP akan merampas kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan adalah tidak berasas justeru menyifatkan seruan Timbalan Ketua Pengarang Utusan itu sebagai menggangu-gugat ketenteraman awam.

"Tiada tolak ansur dalam perkara ini. Kalau dia tidak ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, ini bererti dasar 1Malaysia beliau adalah pembohongan dan kedua ia menunjukkan Najib tidak ada kuasa dalam Umno untuk memastikan dasar beliau diterima dalam parti sendiri," jelas beliau.


Sumber: TVSNEWS

Tricubes Ada Kaitan Dengan Adik Perdana Menteri - SAMM

Posted: 21 Apr 2011 01:35 AM PDT


SHAH ALAM, 21 APRIL : Hasrat kerajaan persekutuan yang mahu memberikan emel percuma kepada rakyat Malaysia terus menemui jalan sukar apabila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak terlibat dengan syarikat Tricubes.

Syarikat Tricubes adalah syarikat yang mendapat kontrak RM50 juta bagi membekalkan emel percuma kepada rakyat negara ini.

Badrul berkata, beliau akan mendedahkan nama tersebut dalam surat terbukanya kepada Najib menerusi laman blognya.

"Saya akan dedahkan esok melalui Surat Terbuka saya kepada Najib Tun Razak. Ia dimiliki oleh seoang lagi adiknya yang ada kaitan dengan CIMB . Kita diperingkat akhir nak cari link tersebut bagaimana milikan tidak langsung ini berlaku," kata badrul.

Badrul buat kesekian kalinya mempersoalkan kewajaran kerajaan persekutuan membelanjakan puluhan juta ringgit semata- mata mahu membekalkan emel percuma kepada rakyat Malaysia, walhal perkhidmatan itu boleh didapati secara percuma daripada enjin carian internet seperti yahoo.com, google.com, hotmail.com dan sebagainya.

"Kenapa perlu ada perbelanjaan RM50 juta untuk membolehkan rakyat Malaysia punya emel. Sedangkan sudah ada banyak provider-provider atau syarikat- syarikat yang menyediakan emel secara percuma yahoo, goggle dan sebagainya.

"Yang kedua lebih memeranjatkan syarikat terbabit bermasalah dari segi kewangan dan mungkin bankrap, untuk muffis jadi ini menyebabkan kita menambah keraguan lagi," soal Badrul.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.

Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Tricubes Berhad dikenalpasti sedang menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses menguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang dikesan.

Persoalannya mengapa Najib bertindak memberikan kontrak berskala besar itu kepada syarikat yang bermasalah

Semalam Ketua Pegawai Esekutif Tricubes tampil menjelaskan dana RM50 juta bukan disalurkan kerajaan persekutuan tetapi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Hakikatnya MAMPU tetap agensi kerajaan yang mengutip dana daripada cukai yang dibayar rakyat marhaen.

Najib terus dilabel sebagai mengutamakan kroni apabila Tv Selangor kelmarin melaporkan pendedahan Badrul bahawa seorang lagi adiknya Datuk Nazim Razak didakwa terlibat dengan projek pemuliharaan Masjid Kampung Baru.

Badrul turut menolak dakwaan Firma arkitek NRY Architech itu bahawa projek pemuliharaan itu dijalankan secara sukarela.

Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap firma tersebut.


Sumber: TVSNEWS

'Utusan, PERKASA Didakwa Apikan Sentimen Perkauman

Posted: 21 Apr 2011 01:30 AM PDT

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera menamatkan konsep 1Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chua
Bercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup "membalas susu dengan tuba".

"Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat.

"Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan," katanya.

Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat.

Mainan politik juak Umno

NONE
"Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina," kata ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari.

Ironinya, kenyataan itu timbul selepas rentetan siri artikel yang diterbitkan Utusan MalaysiaAhad lalu dalam ruangan 'Awang Selamat' yang menggesa kerajaan supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti-BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik juga.

NONE
Malah semalam, Timbalan Pengarang Ketua PengarangUtusan, Datuk Zaini Hassan pula mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Menurut Tian Chua semua gesaan itu hanyalah mainan politik juak Umno yang gemar mengeksploitasikan sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada Umno-BN.

"Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno," kata Tian Chua.

Soal khianat tidak timbul

gerakan women forum 080306 mah siew keong
Dalam perkembangan berkaitan, Gerakan juga membidas PERKASA dan menganggap kenyataan Abang Abdul Nasser itu sebagai bersifat 'pendedam dan rendah citarasanya".

Naib presiden parti komponen BN itu, Datuk Mah Siew Keong (kanan) berkata soal mengkhianati tidak timbul kerana masyarakat Cina di Sarawak tidak pernah membuat sebarang janji bahawa mereka menyokong BN.

"Lagipun, pilihan raya negeri Sarawak diadakan bagi membolehkan rakyat secara demokrasi melantik wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Mah juga menganggap kenyataan PERKASA itu berbaur perkauman dan tidak matang.

Chong Snr ceramah in kuching

"Kita sepatutnya menghormati keputusan majoriti. Ia adalah undi di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menolak parti pemerintah dan bukan hanya pengundi Cina.

"Kerajaan harus mendengar suara majoriti pengundi bandar, kajinya dan memperkenalkan perubahaan yang dapat diterima demi manfaat semua kaum," katanya.

Melayu tidak dihukum

Menurut Mah, meskipun pengundi di Kedah dan Kelantan yang majoriti mereka masyarakat Melayu menolak BN namun kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kedua-duia negeri berkenaan.

dap miri ceramah crowd big shot

"Tidak ada sebarang desakan dari mana-mana pihak supaya kerajaan meminggirkan kedua-dua negeri itu kerana pengundinya tidak menyokong kerajaan. Jadi, tolong jangan biarkan keputusan pilihan raya Sarawak menjadi satu isu perkauman.

"Mereka (penduduk bandar) mahu melihat dasar-dasar yang adil dan saksama; mereka juga prihatin dengan isu kebangsaan dan juga cara-cara kerajaan menangani masalah berkenaan," kata Mah.

Sementara itu, cadangan Utusan Malaysia supaya Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi dikhuatiri akan membawa kesan negatif terhadap akhbar itu sendiri.

NUJ: Jualan akhbar bakal merudum

Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), V Anbalagan ketika bercakap kepada TV Selangor berkata perkembangan itu pada hematnya, bakal menjejaskan pendapatan kaki tangan Utusan sendiri apabila jualan akhbar berkenaan terus merudum kelak.

utusan datuk t 200411 02
"Kalau berterusan boleh memungkinkan penjualan surat khabar itu akan turun dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin syarikat tidak mendapat keuntungan.

"Akhirnya yang rugi pekerja-pekerjalah kerana Utusan banyak mengeluarkan berita-berita seperti ini bukan? Ia membakar sentimen kaum bukan?" soalnya.

Menurut Anbalagan, pihak pengurusan Utusan Malaysia seharusnya memahami akhbar tersebut bukan sekadar dibaca oleh orang Melayu tetapi ia dibaca seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

NONE
"Utusan mesti faham surat khabar bahasa Malaysia bukan dibaca oleh orang Melayu sahaja. Ia dibaca oleh semua orang, semua kaum kerana bahasa Malaysia bukan milik orang Melayu maksudnya milik rakyat Malaysia," kata Anbalagan.

"Kenyataan seperti ini tidak memberi sebarang faedahlah dan saya bimbanglah sebab orang mungkin boikot atau tidak mahu membaca surat khabar ini. Saya juga bimbang sebab ramai ahli-ahli NUJ yang bekerja di sana," katanya.

Tambah Anbalagan, sepatutnya akhbar memainkan peranan membawa perpaduan tetapi malangnya Utusan Malaysia berperanan sebaliknya.


Sumber: Malaysiakini

Emel 1Malaysia Bukan Percuma Sepenuhnya

Posted: 21 Apr 2011 01:25 AM PDT

Walaupun telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, Tricubes Bhd, membayangkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan.

Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai".

Pengakuan itu dibuat selepas syarikat IT itu menjadi sasaran
pertanyaan media dan orang ramai mengenai pembiayaannya, butir-butir lanjut mengenai projek tersebut serta kemampuannya melaksanakan rancangan bernilai RM50 juta itu.

NONE
Dalam jawapannya melalui emel kepada senarai soalan dari Malaysiakini, ketua pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1Malaysia itu "tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna"

Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.

Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.

Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.

Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan, walaupun ianya tidak jelas siapa yang akan membayarnya, pengguna atau agensi-agensi terbabit.

Walau apa cara pembayarannya, ia akan membabitkan dana rakyat.


Sumber: malaysiakini

'Tidak Wajar Hadi Dicabar'

Posted: 21 Apr 2011 01:20 AM PDT

Pelan peralihan pucuk pimpinan parti itu akan berlaku apabila "tiba masanya", kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

"(Jadi) perubahan kepimpinan telah berjalan sebenarnya seiring dengan keperluan semasa," katanya.

NONE
Ketua penerangan PAS Johor itu berkata secara tradisinya amalan yang diamalkan dalam parti itu "sangat menghormati kepimpinan dan bukan budaya saingi-menyaingi" antara satu sama lain.

Sambil berkata, tidak pernah berlaku cabar-mencabar, Mazlan mengambil contoh peralihan kepemimpinan dari Yusof Rawa kepada Fadzil Mohd Noor sehingga kepada Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) berkata beliau tidak nampak kewajaran Abdul Hadi perlu ditukar.

"Kalau pun ada usaha (untuk mencabar presiden) mungkin dari satu dua kawasan, walaupun ianya tidak salah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mazlan mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia dicabar dalam pemilihan parti dalam muktamar parti itu bulan depan.

Ahli parlimen Marang itu dilaporkan mengalu-alukan mana-mana pemimpin yang mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut kerana tidak selamanya beliau akan memimpin parti itu.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya merebut jawatan presiden), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," katanya dalam satu laporan hari ini.

merlimau by election pas candidate announcement 240211 hadi awang
Sebelum ini, dilaporkan sejak awal mesyuarat kawasan bermula pertengahan Mac lalu, Abdul Hadi tidak menghadapi masalah untuk mempertahankannya selepas mendapat dua pencalonan minima. Antara kawasan mencalonlan beliau adalah Muar, Temerloh dan Parit.

Bagaimanapun, PAS Bukit Bintang mencalonkan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa untuk mencabar Abdul Hadi.

Husam, bagaimanapun, telah menolaknya dan sekadar mahu mempertahankan jawatannya dalam jawatankuasa PAS pusat.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pada hakikatnya, Abdul Hadi mendapat sokongan lebih 95 peratus kawasan untuk mengekalkan jawatan presiden.

"Saya yakin cubaan itu tidak memberi kesan kepada keseluruhan kawasan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa PAS Mohamad Hanipa Maidin juga bersetuju dengan Mazlan bahawa tidak nampak keperluan Abdul Hadi dicabarkan.

Bahkan, katanya, perwakilan dari kawasan "melihat kepimpinan Abdul Hadi diperlukan" pada masa kini.

hanipah maidin
"(Pelan peralihan) bergantung kepada perwakilan untuk membuat perubahan. PAS sebuah parti yang demokrasi, sesiapa sahaja boleh mencabar dan dicabar.

"(Tetapi) saya tidak nampak dalam masa terdekat ini, jawatan presiden akan dicabar... Saya tidak nampak dalam masa terdekat (perwakilan) membuat keputusan untuk menukar presiden parti.

"Mungkin kawasan Bukit Bintang special sikit, selalu buat kejutan, tapi saya tidak nampak sentimen itu memperngaruhi kawasan lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Sumber: Malaysiakini

Naib Presiden MCA Desak Taib Segera Undur

Posted: 21 Apr 2011 01:15 AM PDT

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

gan ping sieu on sport betting 250610 02
Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina," kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Mengimbas kembali peralihan sokongan di kalangan masyarakat Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat, Gan juga berkata kumpulan pelbagai etnik lain di Sarawak juga tidak lagi memberi sokongan padu kepada BN.

sarawak chief minister taib mahmud cast his ballot vote 1
Gan memuji tindakan SUPP - parti yang 'dibelasah teruk' oleh DAP - untuk menolak mana-mana ADUN Cina bagi jawatan kabinet negeri setelah ditolak oleh pengundi.

Beliau juga tidak berselindung dalam membidas DAP, khususnya setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng yang menurutnya mengamalkan 'strategi politik perkauman' apabila 'menghasut' rakyat Sarawak menentang SUPP dan melabelkan mereka sebagai 'samseng Taib'.

Beliau juga mendakwa Lim mengelirukan masyarakat Cina dengan mengambarkan seolah-olah MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Cina yang menggesa ADUN SUPP tidak menyertai kabinet Sarawak.


Sumber: Malaysiakini

Polis: Siasatan Kematian Sarbani Sudah Lengkap

Posted: 21 Apr 2011 01:10 AM PDT

Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu depan.

NONE
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lalu adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata, siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

NONE
"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

NONE
"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin.

- Bernama

Gesaan Batalkan Cuti Deepavali, Wesak Dibidas

Posted: 21 Apr 2011 01:05 AM PDT

Gesaan pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor agar cuti umum bagi Deepavali dan Hari Wesak dibatalkan dan dijadikan hari bekerja menimbulkan kemarahan masyarakat India yang menuntut kenyataan itu ditarik balik dan permohonan maaf dibuat.

NONE
Tan Sri William Cheng dilaporkan berkata 'terlalu banyak' bilangan cuti umum adalah tidak baik bagi dunia perniagaan.

Katanya, kerajaan perlu menimbangkan untuk membatalkan Deepavali dan Hari Wesak kerana hanya golongan 'minoriti' yang meraikan upcara berkenaan.

DAP dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka terkejut dengan pendirian seumpama itu dan melahirkan bantahan keras terhadap cadangan tersebut.

Naib pengerusinya, M Kulasegaran berkata penganut agama Hindu yang menyambut Deepavali dan peganut agama Buddha yang meraikan Hari Wesak bukan penduduk minoriti.

"Kedua-dua perayaan itu disambut oleh jutaan rakyat di negara ini," kata Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat.

NONE
Katanya, menjadi hak masyarakat perniagaan dan majikan untuk menjadikan produktiviti sebagai keutamaan, namun golongan itu tidak seharusnya 'merompak' penganut agama Hindu dan Buddha daripada cuti umum mereka.

"Malah, tidak ada sesiapapun yang sepatutnya merompak mana-mana bangsa atau kumpulan daripada cuti umum yang telah digazetkan," kata Kulasegaran sambil menambah majikan harus mencari jalan lain bagi meningkatkan produktiviti dan bukannya menarik balik cuti umum pekerja.

"Selain itu, cuti umum mengalakkan pertumbuhan ekonomi kerana lebih ramai yang akan melancong dan membanjiri pusat membeli-belah," katanya.


Sumber: malaysiakini

Saman Royalti Minyak: Kelantan Kemuka Rayuan

Posted: 21 Apr 2011 01:00 AM PDT

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya terhadap syarikat petroleum negara, Petronas berhubung dakwaan tidak dibayar royalti minyak dan gas.

Permohonan pertama adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.

NONE
Permohonan kedua pula adalah supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang.

Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil.

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu.

Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.

NONE
Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.

Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.


Sumber: Malaysiakini

AMK KEDAH

Posted: 21 Apr 2011 09:26 PM PDT

AMK KEDAH


KEADILAN selar Berita Harian bawa agenda jahat Umno

Posted: 21 Apr 2011 09:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan.

"Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai.

"Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik," kata Surendran.

Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

"Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi.

"Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional," Ujar Surendran.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali 'dipasang' (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

"Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini," katanya

Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya.

"Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat," jelasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11938

Anwar Ibrahim

Posted: 21 Apr 2011 07:19 PM PDT

Anwar Ibrahim


Anwar Mesti Dihapuskan…?

Posted: 21 Apr 2011 01:41 AM PDT

Oleh Tok Bahaman

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.

Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia – Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.

Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.

Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja – bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan”

Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.

Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.

Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS – DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah 'kui" atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!

Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.

Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi ! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah " Anwar " dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.

Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS – DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.

Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS – DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya "Anwar" dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai !. Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?

Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.

Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita disekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim!. Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.

Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat

Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal – model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu saparation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.

Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.

Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina – dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah.?

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Rafizi : 1 Melayu, 1 Bumi Penghinaan Terbuka Dasar 1 Malaysia Najib

Posted: 21 Apr 2011 12:16 AM PDT

Dari TV Selangor

Selepas pencapaian memberansangkan Pakatan Rakyat dengan kemenangan 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu, slogan 1Malaysia yang dijaja oleh Perdana Menteri Najib Razak kini mula dipertikaikan.

Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap lidah rasmi parti itu kini mula mempersoalkan dasar tersebut melalui penulisan artikel setengah muka bertajuk “Ayuh! Gerakkan Segera 1Melayu, 1Bumi”.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihubungi Tv Selangor menyifatkan ianya sebahagian daripada sindrom gagal menerima hakikat menerusi keputusan luar jangka pengundi Cina terhadap parti Barisan Nasional (BN).

Katanya, senjata perkauman yang dijulang BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat di negara ini.

“Sedangkan itu satu analisa yang salah sebab kalau kita lihat secara terperinci, perubahan undi paling besar adalah daripada kaum bumiputera baik Islam atau bukan Islam di Sarawak kepada Pakatan Rakyat adalah pengundi PKR. Tapi tentu analisis ini tidak akan ditunjukkan sebab akan lari dari skrip perkauman mereka,” kata beliau.

Jelas Rafizi, perubahan undi kepada calon-calon PKR beragama Islam sebanyak 15 hingga 17 peratus membuktikan sentimen kaum dan agama yang cuba dimanipulasi BN kepada pengundi di Sarawak tidak boleh diterima pakai.

“Maknanya Umno dan Utusan akan tenggelam dengan mesej perkauman sendiri kerana mereka sampai sekarang berada dalam sindrom tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat mahu prinsip ketelusan,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati membuat sebarang kenyataan bagi mengelak daripada Umno-BN dan sekutunya memutarbelitkan fakta yang berkaitan kaum dan agama.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam artikelnya mencadangkan kepada Umno untuk melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu.

Penulisannya turut menyentuh bagaimana masyarakat Melayu telah hilang perpaduan berbanding kaum Cina selain memperlekehkan slogan 1Malaysia yang digembar-gemburkan Najib Razak.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat artikel dari lidah rasmi Umno-BN itu secara jelas mempermainkan dasar 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri sejak tahun 2009.

Katanya, Najib dilihat sebagai boneka dalam Umno-BN kerana gagal menyatupadukan mentaliti kepimpinan parti itu berhubung dasar beliau sendiri.

Tambahnya lagi, dakwaan bahawa DAP akan merampas kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan adalah tidak berasas justeru menyifatkan seruan Timbalan Ketua Pengarang Utusan itu sebagai menggangu-gugat ketenteraman awam.

“Tiada tolak ansur dalam perkara ini. Kalau dia tidak ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, ini bererti dasar 1Malaysia beliau adalah pembohongan dan kedua ia menunjukkan Najib tidak ada kuasa dalam Umno untuk memastikan dasar beliau diterima dalam parti sendiri,” jelas beliau.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

J/kuasa Fatwa Pulau Pinang Tolak Video Fitnah, Nasihat Orang Ramai

Posted: 20 Apr 2011 08:01 PM PDT

Dari KeadilanDaily

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinangyang bersidang pada 7 April 2011 lalu, telah membincangkan mengenai isu penyiaran video lucah yang didakwa melibatkan ketua pembangkang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mufti Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Haji Hassan Ahmad, memutuskan bahawa penyiaran video lucah kepada orang ramai jelas bertentangan dengan Hukum Syarak.

Menurut AJK Fatwa berkenaan, rakaman video tidak boleh diterima sebagai bukti keterangan dalam Islam kerana ianya boleh direka dan dilakonkan semula.

Manakala mereka yang terlibat menyiarkannya adalah tidak bermoral sebagaimana firman Allah dalam surah berikut:

Surah an-Nur : ayat 4

"Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik".

Surah an-Nur : ayat 13

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu
pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta"

Surah an-Nur : ayat 23

"Sesungguhnya orang yang menuduh wanita-wanita yang terpelihara kehormatannya, yang tidak memikirkan sebarang kejahatan, lagi beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di Akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar".

Surah al-Hujarat : ayat 6

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan".

Oleh itu kata Jawatankuasa Fatwa tersebut berkata , orang awam dinasihatkan tidak menonton video itu kerana menurut Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam, rakaman video tidak boleh dijadikan hujah dalam pembuktian untuk menjatuhkan hukuman had zina.

"Malah orang yang menyiarkan video itu boleh dijatuhi hukuman had qazaf (tuduhan zina) jika gagal membawa empat orang saksi yang adil.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

BULETIN RAKYAT

Posted: 21 Apr 2011 11:40 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Kunjungan mesra rakyat (Dun Batang Kali - Rabu 20 Apr 2011)

Posted: 20 Apr 2011 06:49 PM PDT




Satu program kunjungan mesra rumah ke rumah telah dibuat pada Rabu 20 Apr lepas isya' ke kawasan Apartmen Dahli, Taman Bunga Raya, Bkt Beruntung. Sdr Nashruddin selaku Penyelaras Dun Batang Kali telah berkunjung ke rumah seorang ibu tunggal yg baru kematian suami dgn tangungan 8 org anak bersama Ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Pn Maria Bien, Tuan Hamiruddin Pardi semalam.  Kunjungan juga dibuat ke rumah anak khariah yang baru menyambut kelahiran anak TAWAS di kawasan yang sama. Turut sama didalam majlis tersebut adalah Naib Ketua Wanita PKR Hulu Selangor, Pn Norhayatie dan pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali.

Majlis yang turut diraikan oleh Pengerusi Surau Abu hanifah, Blok D Apat Dahlia dan Imam Surau berkenaan telahdiberikan penerangan berkenaan tawaran kerajaan negeri Pakatan Rakyat berkenaan Program Merakyatkan Ekonomi Selangos (MES). Majlis di surau berkenaan yang bermula dari solat maghrib di akhiri dengan kunjungan kerumah-rumah ahli khariat selepas solat isya'.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 21 Apr 2011 11:25 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kematian Sarbani, Kastam kecewa dengan siasatan polis

Posted: 21 Apr 2011 06:51 AM PDT


Kecewa Jika Kematian Sarbani Dianggap SDR

April 21, 2011

Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR – Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim Ahmad kecewa jika siasatan polis masih mengaitkan kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia dengan kematian mengejut (SDR).

Menurutnya, pihaknya agak sukar untuk menerima kenyataan yang tiada elemen jenayah dalam kes berkenaan dan berharap siasatan yang lebih menyeluruh dibuat.

" Memang payah nak terima kalau inilah hasilnya kerana kita percaya mungkin ada sesuatu di sebalik kejadian ini, tetapi dalam apa juga keadaan, kita tahu siasatan polis adalah telus dan adil," katanya pada mynewshub.my.

Polis hari ini sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu.

Dalam pada itu, Ibrahim turut berharap agar hasrat mereka untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

" Banyak yang ingin kita luahkan kepada beliau tentang apa yang kita buat dan apa yang kita rasa ketika ini, sebab adalah jelas yang kita juga menyokong inspirasi kerajaan untuk membanteras amalan rasuah dalam sektor awam.

" Cuma kita melihat, dalam menuju ke arah itu, harus jangan ada sebarang tindakan yang boleh melemahkan semangat pegawai kita untuk bertugas…dalam erti kata lain, jangan ada sebarang bentuk penganiayaan khususnya pada mereka yang tidak bersalah," katanya

Sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/04/21/kecewa-jika-kematian-sarbaini-dianggap-sdr/

Orang Melayu semua, sila baca riwayat hidup Almarhum Sarbani pada pautan berikut

http://amkns.blogspot.com/2011/04/riwayat-hidup-almarhum-sarbani-pegawai.html


Pemimpin PAS harus nilai diri sendiri, jangan kalut

Posted: 20 Apr 2011 11:30 PM PDT



Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.

"Pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan," kata ADUN Bukit Tuku itu, di Rantau Panjang hari ini.

Beliau berkata pemimpin PAS yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri agar dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi.

"Malah, pemimpin tertinggi sendiri sedia berundur jika mereka merasakan tidak berkemampuan untuk terus memimpin atas sebab-sebab tertentu, termasuk faktor usia atau kredibiliti dipersoalkan. Sebab itu tidak pernah berlaku perebutan dalam PAS," katanya.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/162077

Anak Khir Johari tempelak Tun Dr Mahathir

Posted: 20 Apr 2011 06:49 PM PDT



Dari Blog Zairil Khir Johari
Kenyataan Balas Terhadap Dakwaan Dr Mahathir
19 April, 2011

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Kenyataan penuh beliau di http://zairil.wordpress.com/2011/04/19/kenyataan-balas-terhadap-dakwaan-dr-mahathir/

Sudi-sudikan baca artikel berikut : Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas Pilihanraya Negeri Sarawak di http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

Utusan Malaysia pertahan Presiden PAS

Posted: 20 Apr 2011 05:57 PM PDT



Utusan Malaysia 21 Apr 2011 - Tetapi adakah Abdul Hadi seorang sahaja harus dipersalahkan? Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin yang dilihat begitu konsisten mempertahankan kerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan.

Jangan kita lupa Abdul Hadi merupakan orang yang paling teruk dihentam oleh pemimpin-pemimpin Pas apabila beliau mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Berikutan itu, walaupun cadangan berkenaan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam tetapi ia terpaksa dilupakan kerana penentangan yang diterima.

Justeru adalah tidak wajar jika apabila sesuatu yang buruk melanda Pas, beliau seorang sahaja hendak dipersalahkan.

Oleh itu apabila pihak yang mengatakan bahawa Abdul Hadi adalah liabiliti Pas, ia satu hujah yang boleh dipersoalkan kerana di dalam Pas bukan hanya beliau sahaja harus dilihat liabiliti.

Tetapi apa yang penting mereka sendiri perlu memikirkan wajarkah Abdul Hadi seorang sahaja yang harus dipersalahkan berikutan kedudukan Pas sekarang.

Mereka tidak harus terpedaya dengan 'mainan politik' secara halus yang mula bergerak menjelang pemilihan parti pada Jun ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

HIDUP UTUSAN MALAYSIA !

Protes Bible, Injil Bahasa Melayu kerja bodoh

Posted: 20 Apr 2011 05:56 PM PDT



Sebelum baca lebih lanjut, sila ambil nafas panjang, mengucap dan beristighfar. Buka minda, buka fikiran, baca betul-betul apa yang tertulis pada artikel yang bertajuk DARI PROTES ISU BIBLE DEPAN MASJID, LEBIH BAIK PERGI BERDAKWAH DI HULU SARAWAK.

Bersedia? OK sila baca artikel penuh pada pautan berikut http://mahaguru58.blogspot.com/2011/04/dari-protes-isu-bible-depan-masjid.html

N.Sembilan tak bankrap, tolonglah percaya

Posted: 20 Apr 2011 05:56 PM PDT



N.Sembilan tak bankrap, N.Sembilan tak bankrap, N.Sembilan tak bankrap. Tolonglah percaya, Tolonglah percaya, Tolonglah percaya. Pembangkang buat Tohmah ! Pembangkang buat Tohmah ! Pembangkang buat Tohmah !

Utusan 20 April 2011 - Kerajaan negeri tidak pernah bankrap serta berhadapan kesulitan membayar gaji kakitangannya seperti mana yang didakwa pemimpin pembangkang.

''Saya juga ingin menjelaskan hutang RM2.1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, yang mana RM1.8 bilion berkaitan air itu juga dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Menurutnya, untuk menukar semua paip lama di negeri ini juga menelan kos RM800 juta dan ia juga diluar kemampuan kerajaan negeri.

Jadi, Mohamad menegaskan, tohmahan yang dibuat pembangkang hanya untuk memburukkan kerajaan negeri yang terbukti berjaya menguruskan kewangan dengan baik,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Adakah Menteri Besar Negeri Sembilan gusar dengan Laporan Ketua Audit Negara yang terdapat di Blog YB Hj Taufek ADUN PAS Paroi pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Tiada ulasan:

Pengikut