Salam Perjuangan Posted: 28 Apr 2011 11:03 PM PDT |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 28 Apr 2011 09:51 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 28 Apr 2011 09:19 PM PDT Penduduk mahu lampu jalan Posted: 28 Apr 2011 02:31 AM PDT Sinar Harian 28 April 2011 TITI - Rata-rata penduduk di sini, meminta pihak berkenaan memasang lampu jalan di persimpangan masuk ke Kampung Seperi dan Titi berikutan sering berlaku kemalangan. Seorang penduduk Kampung Seperi, Abd Ghani Abdul Talib, 60, berkata, keadaan jalan yang gelap pada waktu malam menyukarkan kenderaan keluar masuk ke kampung berkenaan. Menurutnya, simpang itu juga berdekatan dengan sebuah sekolah berasrama penuh yang sering digunakan pelajar dan pelawat. "Baru-baru ini, berlaku satu kemalangan di kawasan jalan ini melibatkan sepasang suami isteri. Suaminya meninggal dunia dan isterinya cedera parah. "Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat menyediakan kemudahan ini bagi mengelakkan perkara sama berulang lagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini. Katanya, selain itu, kawasan sekitar pintu masuk ke Kolej Komuniti Jelebu juga tidak dilengkapi lampu jalan dan menyukarkan pelajar untuk keluar masuk ke kawasan kolej. "Isu lampu jalan ini sudah lama dibangkitkan penduduk dan berharap agar ia dapat diselesaikan segera," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9024118.asp | |
PAS Kawasan Miri Posted: 28 Apr 2011 07:19 PM PDT PAS Dan Pakatan Harus Bersatu Untuk Tumpaskan BN Dalam PR13 !!! Posted: 27 Apr 2011 10:31 PM PDT Kenyataan akhbar PAS Miri28 April 2011 - Merujuk kepada laporan dan kenyataan Setiausaha agungnya DAP, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi. Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti. "Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tin ggi daripada 30 peratus," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur. PAS Miri menghargai pandangan dan pengakuan jujur seorang pemimpin tertinggi DAP yang mengatakan tanpa sokongan kaum bumiputera mana mungkin DAP dapat menang dengan selesa tanpa sokongan kaum bumiputera sama ada di Bandar atau di kawasan luar Bandar. Dengan kerjasama yang erat diantara parti kompenan dalam Pakatan juga antara faktor kemenangan besar DAP dalam Pilihanraya Sarawak yang lalu. Walaupun DAP menang besar dalam kawasan Bandar tidak semestinya kemenangan tersebut hanya sokongan dari pengundi Cina tetapi faktor yang disebut oleh Lim Guan Eng jelas menujukan bahawa Pakatan perlu kerjasama dan lebih terbuka lagi untuk semua kaum dan ini akan meningkatkan sokongan rakyat kepada Pakatan. Hanya dengan kerjasama yang erat saja semua parti dalam Pakatan boleh menang dalam pilihanraya. DAP atau mana-mana parti tidak akan berjaya kalau mereka bersendirian, ini sudah terbukti apabila DAP Berjaya menawan 2 Dun dalam kawasan parlimen Miri iaitu Pujut dan Piasau dimana dulu kawasan tersebut adalah kubu kuat SUPP/BN. Tanpa kerjasama dari rakan kompenan dalam Pakatan seperti PAS dan PKR maka susah untuk DAP menang dalam kawasan tersebut, inilah hasil yang dapat daripada kerjasama semua pihak dalam Pakatan. Untuk membuktikan bahawa DAP tidak bersifat perkauman dan hanya bertanding dalam kawasan Bandar maka kita perlu tunjukkan kepada rakyat dalam PR13 nanti bahawa rakan DAP dalam pakatan seperti PAS juga perlu diberi peluang yang sama untuk bertanding dalam kawasan Bandar untuk membuktikan bahawa PAS juga bukan parti ekstrimis dan perkauman. Di antara Bandar yang PAS aktif sekarang adalah Bandaraya Miri, PAS juga mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dapat membantu PAS dalam menggerakkan operasinya dalam kawasan Bandar. DHPP di anggotai oleh semua kaum termasuk Cina, Iban,orang ulu dan lain-lain. PAS yakin kalau Pakatan dapat memberi ruang untuk PAS bertanding dalam kawasan Bandar seperti Miri, Insy-Allah dengan kerjasama yang erat dan kukuh PAS dan Pakatan dapat buktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah gabungan yang lebih baik untuk semua golongan tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik. Tidak mustahil untuk PAS menang dalam kawasan Bandar sekiranya kerjasama yang erat dan kukuh diantara parti komponen dalam Pakatan dijalinkan dengan baik dan sokongan dari masyarakat cina dalam Bandar yang mempunyai banyak maklumat tentang PAS kalau dibandingkan dengan masyarakat luar Bandar yang masih jauh ketinggalan dari segi mendapat maklumat dan infrastructure. Dengan ini PAS sekali lagi menyeru agar Pakatan rakyat dapat bekerjasama dalam semua hal yang melibatkan kebajikan rakyat. Hanya dengan kerjasama yang erat dan kukuh dalam Pakatan saja harapan rakyat untuk melihat perubahan akan tercapai. Pakatan rakyat mesti buktikan yang Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih baik dari Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang dan dengan ini kita yakin Pakatan akan dapat diterima baik oleh semua golongan masyarakat. PAS dan Pakatan untuk semua. PAS Miri English version : A press statement from PAS Miri
Referring to the reports and statements from DAP secretary-general Lim Guan Eng said Statistics show that without support from non-Chinese voters, DAP would have won only six seats during the Sarawak polls. DAP said the statistics clearly show that the party's successes in Sarawak could not have been achieved solely with the backing of Chinese voters. PAS Miri appreciate the views and honest confession from a DAP top leader says without the support from non-Chinese wherever possible for DAP to win comfortably without the support of indigenous people in the town or in rural areas. With close cooperation among the component parties in the coalition is also the factor for DAP to success in the Sarawak general election recently. Although DAP won in the city area it is not necessarily the only winning support from Chinese voters, but other factor mentioned by Lim Guan Eng clearly directed that the coalition should be more cooperation and more open to all races and this will increase public support for the coalition. Only close cooperation with all parties in the coalition will win the election. DAP or any other party will not succeed if they are alone, when DAP has been proven successful in charming 2 Dun in Miri constituency of Pujut and Piasau where that this area is the stronghold of SUPP / BN. Without the cooperation of the component of the alliance partners, such as PAS and PKR, it is so hard for DAP to win in these areas, this could result from the cooperation of all parties in the coalition. To prove that DAP is not racist and only compete in the city area, so we have to show to the people in this coming general election (PR13) that the coalition partners, such as PAS should also be given equal opportunity to compete in the city to prove that PAS is not extremist and racist party . Among the City that PAS active now is Miri city, PAS also has PAS Supporters Association Board (DHPP) that will help PAS to drive the operations in the city. DHPP is belonging to all people, including Chinese, Iban, Orang Ulu and others. PAS sure if Pakatan give full support to PAS for competing in the town such as Miri, Insy-Allah with the close cooperation and strong Support from the coalition, Pakatan can prove that is to be a better combination for everyone regardless of race, religion and political affiliation. It is not impossible for PAS to win in the town area with the close and strong cooperation among the component parties in the coalition forged with the good and the support from Chinese communities in the city with a lot of information about the PAS when compared with the rural communities are still far behind in terms of getting information and infrastructure. With this PAS once again calling for PR to cooperate in all matters that affecting the welfare of the people. Only with close collaboration and strong in the coalition the people hope for change will be achieved. PR must prove that the Pakatan Rakyat (PR) is better than the Barisan Nasional (BN). With this we are confident that this coalition will be well received by all communities. PAS and the Coalition for all PAS Miri | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 28 Apr 2011 07:18 PM PDT “Mereka Menjadikan Sumpah-sumpah Mereka Sebagai Perisai, Lalu Mereka Menghalangi (manusia) Dari Jalan Allah..... Posted: 28 Apr 2011 09:15 AM PDT Trio 'Datuk T' mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa. Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar," katanya. Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah. Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral [UM 20/04/11]. Berdasarkan pendedahan di atas, nampaknya kes video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim itu telah melangkah ke babak seterusnya iaitu babak 'sumpah laknat' pula, demi membuktikan dakwaan pihak terbabit. Dalam babak sebelum ini, Ketua Polis Negara telah membuat pengesahan bahawa video tersebut adalah tulen setelah dilakukan ujian ke atasnya. Selepas itu pula, entah macamana video tersebut telah terlepas ke laman youtube. Pihak polis menafikan bahawa mereka yang memuatnaik video tersebut. Trio Datuk T juga menafikan yang mereka berbuat demikian. Aneh sungguh, video tersebut yang disahkan hanya ada dalam pemilikan Datuk T dan pihak polis sahaja, namun kedua-dua pihak menafikan memuatnaikkannya ke laman youtube! Jadi, entah siapalah yang melakukannya, hanya Allah dan pelakunya sahajalah yang mengetahui. Apa pun, beberapa babak telah berlalu sebelum kes ini mungkin dibawa ke mahkamah sebagai babak berikutnya. baca artikel penuh... di sini. | |
PAS LENGGONG Posted: 28 Apr 2011 07:15 PM PDT SK beri DNA pasal apa pula? Posted: 28 Apr 2011 03:54 AM PDT Barangkali ada teknology yang boleh memastikan DNA seseorang dalam vedio agaknya. Kalau begitu suruh Rahim tambi chik serah DNA dan minta compare dengan anak budak yang dibawah umur yang menyebabkan YAB Lim Guan Eng masuk penjara dulu. Semalam s k serah dna kenapa tidak diketahui. Harini wartawan haramjadah minta pula dna dari anwar. semoga laknat Allah ke atas wartawan itu. Kalau dia belum kawin semoga dia dapat laki seorang perogol. Kalau dah kawin ada anak semoga jjjjjjjjjjjjjj | Kenapa Gobala keluar PKR- Barangkali ini sebabnya. Posted: 27 Apr 2011 10:17 PM PDT Keputusan kes rayuan Gobala ditangguh April 28, 2011 Kes beliau ditangguh berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu. GEORGE TOWN: Keputusan kes rayuan Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng berkata keputusan kes rayuan itu yang sepatutnya dibuat hari ini, ditangguhkan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu. Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lalu selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikenakan denda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret. Beliau dituduh dengan sengaja menghalang Cif Insp V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira 12.20 tengah hari, 29 Jan 2002 dan ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town. Berikutan itu, Gobalakrishnan berdepan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Padang Serai. Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Malaysia, seseorang Anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000. Gobalakrishnan dan peguamya R.S.N. Rayer tidak hadir di mahkamah hari ini. – Bernama | Guru- Keringat di perah, pengiktirafan meleset. Posted: 27 Apr 2011 10:09 PM PDT Guru di panggil bertugas diluar elaun perjalanan untuk selepas 100km ialah tambang teksi 20sen/km. Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar Aziz Muda | KUALA LUMPUR, 27 April: Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar. Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini. Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini. Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN. Katanya, disebabkan realiti itulah, PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyusun perkara itu dengan kemas dengan menjanjikan pemberian elaun khas sebanyak RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberikan amanah oleh orang ramai memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 ini, seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. "Itu dah ditegaskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam Janji 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat, namun ia ditertawakan oleh kerajaan BN dengan mengatakan kerajaan akan bankrap jika dilaksanakan perkara itu. "Pada hal hujah kerajaan BN itu ternyata meleset kerana janji itu sendiri dibuat oleh Pakatan Rakyat setelah mengambil kira segala aspek termasuk kemampuan kerajaan dari segi kewangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Bernama hari ini melaporkan, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah. Katanya, penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka. Selain itu, beliau berkata, Cuepacs turut mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan. "Ini kerana kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis di Kangar. Cuepacs juga, katanya, mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang. "Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS memang bersetuju dengan tuntutan itu, malah ia bukan sahaja perlu mengambil kira penyelarasan gaji guru, tetapi juga penjawat-penjawat awam lain. "Malah dalam hal ini, PAS dan Pakatan Rakyat sendiri berharap agar sektor awam sendiri turut menyokong segala perkara yang dijanjikan seperti yang digariskan dalam Buku Jingga kerana itu semua telah mengambil kira segala keperitan hidup rakyat di semua peringkat," katanya. Selain itu, katanya, sektor awam dan orang ramai di semua peringkat juga perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana turut berhasrat untuk melakukan pelbagai kebaikan lain lagi jika diberikan mandat memerintah negara, termasuk untuk menangani masalah tol seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. "Kenaikan tol juga telah kita kenalpasti sebagai punca bebanan hidup rakyat. Jadi jika masalah tol dapat ditangani dengan baik, ia pasti akan turut mengurangkan bebanan hidup kakitangan awam dan semua pihak," tegas beliau. | | TV9 - Niat jahat. Posted: 27 Apr 2011 10:05 PM PDT Berita tentang kes DSAI. Di skrin tv tertera gambar DSAI dan tulisan " dipanggil untuk membela diri" tindakan itu seperti menghina mahkamah dan menghina DSAI. kerana itu celakalah sesiapa yang berada di TV9. Semoga Allah melaknat hangpa dunia hingga akhirat. | Di Pudu Raya pula lain ceritanya. Posted: 27 Apr 2011 10:04 PM PDT Lot Bazar Tok Guru kecil atas kehendak persatuan M Faqih | KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah. Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh. Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah. Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga. Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010. "Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit. "Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit. "Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini. Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh. Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga. Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit. Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar. Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi. "Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan. "Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin. Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK. Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru. Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun. Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga. "Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000. "Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya. Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah. | | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 28 Apr 2011 07:14 PM PDT Menjelang usia 33 tahun, kita bukan lagi anak bongsu Posted: 28 Apr 2011 07:04 AM PDT Esok 29 April 2011, untuk kali yang ke 33, PAS Kawasan Setiu akan mengadakan mesyuarat agong sebagai menunaikan tanggungjawab tahunan sebuah parti politik yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara dan yang lebih penting bagi melaksanakan amanah sebagai ahli sebuah gerakan Islam yang berjuang bagi meninggikan kalimah Allah. Sungguh! apabila kita dipilih oleh Allah sebagai pendokong perjuangan Islam ini, ia benar-benar suatu tuah anugerah Allah.
Setiu, kawasan bongsu dari segi usia. Dari PRU pertama 1959 hingga PRU ke 6 1982, Setiu masih dikenali sebagai DUN Setiu, PRU ke 7 1986 barulah Setiu wujud sebagai parlimen. Walaupun Setiu tampil sebagai kawasan parlimen bongsu di negeri Terengganu, tetapi ianya bukan suatu alasan untuk kita berlagak sebagai anak bongsu yang manja, apatah lagi usia kita telah menjangkau 33 tahun, suatu usia yang sudah cukup matang dalam kehidupan seorang insan. Dalam usia sebegini, banyak garam kehidupan yang telah dikecapi kemasinannya, kita telah melalui pengalaman pahit maung, jatuh bangun, suka duka, kemenangan dan kekalahan. Semua ini memantangkan kita. Lantas kita perlu tampil kehadapan dengan penuh keyakinan dan kemulian, bukan kerana diri kita, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokongi.
Tanpa kita melupakan sahabat seperjuangan yang telah mendahului kita mengadap Allah. Allahyarham Haji Lokman Abdul Kadir, YDP PAS Setiu yang pertama, Allahyarham YB Haji Mohamad Hitam, Bekas ADUN Langkap yang meninggal dunia ketika masih berkhidmat sebagai ADUN, Allahyarham Ustaz Rozali Ahmad, bekas bendahari PAS Setiu, Allahyarhamah Hajah Hamidah Daud, bekas ketua Dewan Muslimat PAS Setiu. Mereka semua telah mendahului kita dan kita yang masih tinggal meneruskan perjuangan ini sebelum kita juga akan dipanggil mengadap Tuhan Maha Pencipta. Pastinya tidak ada amal bakti yang lebih besar untuk kita bawa sebagai bekalan mengadap Allah lebih daripada bakti kita kepada perjuangan Islam.
Kita perlu bertekad untuk menjadikan Mesyuarat Agong ini sebagai titik perubahan (turning point). Kalau bukan di sini dan saat ini, di mana lagi? Mempertahankan kelesuan ciptaan sendiri tak akan banyak membantu kita dan orang lain tak akan mampu merangka suatu agenda perubahan bagi kita kalau bukan kita sendiri yang mengorak langkah. Kekalahan yang sebenar bukanlah kerana kita jatuh, tetapi apabila kita tidak mampu untuk bangun kembali setelah jatuh. Marilah kita bangkit sebagai seorang pejuang. Kekurangan masa lalu adalah pengalaman dan pelajaran. Kita perlu melihat hari depan dengan penuh harapan. Kata Mujahid Islam, As Syahid Syed Qutb. "Hari esok untuk Islam."
Setiap perkara dalam kehidupan ini telah ditentukan kaedahnya oleh Allah. Untuk meraih kejayaan dan kemenangan juga telah ditentukan pra syarat oleh Allah. Mematuhi pra syarat bermakna kita layak untuk diberi anugerah kemenangan, tanpa mematuhi pra syarat natijahnya pasti sebaliknya. Kata-kata Amirul Mukminin Khalifah Umar ketika menghantar tentera pergi berjuang perlu menjadi renungan. "Aku lebih takutkan dosa dan maksiat kamu kepada Allah, lebih dari takutkan kekuatan yang dimiliki musuh kamu..."
Para perwakilan perlu menjadikan ruang mesyuarat agong sebagai medan muhasabah terbaik. Ada kekurangan yang perlu ditampung, ada yang tiada perlu diadakan, ada yang terlebih perlu dikurangkan, ada yang baik perlu diteruskan. Perjuangan ini adalah milik kita bersama. Pemimpin yang melangkah ke hadapan, perlu sekali sekala menoleh ke belakang. Jangan terlalu laju sehinggan pengikut ketinggalan jauh dan jangan terlalu perlahan sehingga terpijak kaki... AllahuAkbar | |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 28 Apr 2011 07:07 PM PDT 10 Rakyat Malaysia terlibat dalam penyeludupan Dadah Posted: 27 Apr 2011 10:25 PM PDT 10 keldai dadah ditahanKUALA LUMPUR 27 April — Sepuluh rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand, semalam selepas didapati cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta).
Akhbar New Zealand Herald melaporkan, dadah jenis methamphetamine itu ditemui disorokkan dalam kasut suspek.
Laporan menyebut, kastam membuat tangkapan itu selepas menahan dua rakyat Malaysia daripada sekumpulan pelancong yang tiba di lapangan terbang tersebut pada tengah hari semalam.
Selepas diperiksa dan disoal siasat, pihak berkuasa mendapati mereka membawa methamphetamine atau 'P' dalam kasut masing-masing, sebelum bertindak mengesan kumpulan pelancong terbabit.
"Kesemua mereka didapati membawa antara 800 gram dan sekilogram P dalam kasut masing-masing. Nilai semasa P dianggar NZ$1 juta (RM2.4 juta) sekilogram," kata akhbar itu.
Lapan lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an dan lewat 60-an itu dijadual dihadapkan ke Mahkamah Daerah Manukau hari ini.
Laporan itu memetik Pengurus Siasatan Dadah Kastam Mark Day sebagai berkata, tangkapan tersebut membabitkan bilangan 'keldai dadah' teramai dalam satu operasi di New Zealand.
"Dengan menyertai kumpulan pelancong yang dilihat sebagai sah, penjenayah ini cuba mengikuti corak perjalanan yang biasa dilakukan pelancong agar tidak dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi," katanya.
Menurut Kementerian Luar Malaysia, sehingga 31 Mac tahun ini seramai 833 daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah kerana kes dadah. — BERNAMA | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 28 Apr 2011 03:42 PM PDT BALACI' PENZINA' YANG DISEGANI POLIS NAK BERSUMPAH KAT MASJID ! Posted: 28 Apr 2011 01:33 PM PDT Balaci UMNO merangkak Pencacai Najis dan Pak Pacak dalam bilik bersama pelaku seks video laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok. Beliau dan Pengerusi RISDA adalah perosak agensi kerajaan pejuang Pekebun Kecil dengan Menteri KKLW yang tak bertanggungjawab Safie Apdal Menteri kena mengena dengan Shuib salah seorang trio Datuk T. Sudah pasti Polis akan kata mereka tidak akan terlibat dan tak tahu menahu seperti yang berlaku di Carcosa. Cuma kalau ada deonstrasi dar pihak Pakatan Rakyat atau rakyat barulah Polis berduyun-duyun akan turun siap tambah penyembor air lagi. Bagaimanapun, BELUM PASTI sama ada 2 lagi anggota Datuk T - Pengerusi RISDA Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas ketua menteri Melaka) dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama. "Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah. Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk dengan berkata "Eskay (bersumpah) wakili semualah." 'Atas nama Allah, Rasulullah' Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya. Mungkin beliau tak jadi bersumpah kalau tokoh tidak membenarkan. Yang pelik kenapa Masjid di Sentul kenapa tak Masjid Putrajaya atau Masjid Besi di Putrajaya berdekatan rumah PM? Saiful liwat bersumpah pun paling lekeh di Masjid Kuala Lumpur. Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan. Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu. "Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya. | ORANG RAMAI TERKEJUT PEGAWAI SPRM MENIPU ! Posted: 27 Apr 2011 09:52 PM PDT CI: Pegawai SPRM berbohong Suruhanjaya diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mendapati seorang pegawai SPRM memberi kenyataan tidak betul kepada pihak polis mengenai masa dia meninggalkan Plaza Masalam pada hari itu Teoh dijumpai mati dua tahun lalu.
Pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14 menara komersial Plaza Masalam dan Teoh dijumpai mati koridor perkhidmatan tingkat lima pada 16 Julai 2009. Perselisihan masa tersebut, dibangkitkan oleh peguam Majlis Peguam, Cheow Wee ketika menyoal penolong pegawai penguatkuasa SPRM di Klang, Zukefly Aziz, yang merupakan saksi ke-55 RCI.
Cheow berkata Majlis Peguam mendapati dari rakaman CCTV bahawa Zukefly meninggalkan pejabat pada jam 6.59 pagi 16 Julai 2009 - bercanggah dengan kenyataan awalnya kepada polis yang dia meninggalkan pejabatnya pada jam 3.15 pagi hari tersebut.
Katanya, beliau membanding rakaman kenyataan polis polis baru-baru ini dan menemui percanggahan tersebut.
Zulkefly berkata, beliau tidak tahu tentang rakaman CCTV yang menunjukkan dia meninggalkan bangunan itu kemudian.
Cheow kemudiannya bertanya mengapa Zulkefly pergi semula ke pejabatnya (di Klang) pada 10 pagi 16 Julai untuk dua jam sahaja dan kemudian pulang ke rumah selepas itu?
Zulkefly menjawab dia sebenarnya tidak pulang ke pejabat hari itu.
Orang ramai di galeri awam itu kedengaran terkejut kerana dalam keterangannya semalam, Zulkefly berkata dia pergi ke pejabat pada 17 Julai 2009 melaporkan diri untuk bekerja.
Cheow kemudiannya bertanya sama ada beliau telah mengubah keterangannya?
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam keterangan hari ini, Zulkelfly memaklumkan beliau tidur di surau bangunan Plaza Massalam di tingkat 13 pada 3.15 pagi hingga 6 pagi namun selepas itu beliau kembali semula ke pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 tetapi beliau tidak mempunyai kad laluan untuk memasuki pejabat.
"Saya kemudiannya pulang ke pejabat SPRM Klang pada 7 pagi, 16 Julai 2009 untuk punch card dan terus pulang ke rumah," katanya.
Ketika disoal Cheow adakah beliau sedar rakaman percakapannya telah bercanggah dengan kenyataannya hari ini, Zulkelfly berkata: "Seminggu selepas rakaman itu saya sedar dan pada saya tiada 'point' yang relevent." Jawapan yang diberikan oleh Zulkelfly turut ditegur pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen agar memberi kerjasama yang baik untuk membantu suruhanjaya itu menyiasat kematian Teoh.
Zulkelfly turut bersetuju dengan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bahawa perkara ini berlaku mungkin disebabkan kecuaian beliau ketika memberi keterangan kepada pihak polis.
Sementara itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Yusmizan Mohd Yusof memberitahu suruhanjaya beliau tidak terlibat dalam operasi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan dan Kampung Tunku.
aya cuma pergi ke syarikat Kim Tan Enterprise pada 15 Julai 2009 dengan rakan sekerja, Shazlin untuk mengesahkan sama ada syarikat itu membekalkan buku sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sg Way," katanya ketika disoal peguam Edmund Bon dari Majlis Peguam.
Mohd Yusmizan memaklumkan beliau rapat dengan Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus namun selepas dua bulan kematian Teoh, Mohd Ashraf dilihat kurang bercampur dengan pegawai-pegawai SPRM yang lain.
Beliau juga bersetuju dengan Edmund bahawa Mohd Ashraf ada menghubunginya pada hari mayat Teoh dijumpai di tingkat 5, bangunan Plaza Malasam, pada 16 Julai 2009 namun panggilan yang diterima daripada rakan karibnya itu (Mohd Ashraf) hanya untuk memaklumkan mengenai ada rumah yang ingin dijual.
"Saya memang sedang mencari rumah untuk dibeli namun ketika Mohd Ashraf menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai rumah itu saya rasa tidak berminat dan saya hanya memberitahu kepada Mohd Ashraf mengenai kematian Teoh dan memintanya supaya datang ke pejabat SPRM, Selangor.
"Saya agak terkejut apabila Mohd Ashraf memaklumkan tiada sesiapa pun yang menghubunginya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu dan saya adala
Sementara itu, Zulkefly menafikan ada menghantar atau menerima kandungan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan sejawatannya meminta bersabar dua hari selepas kematian Teoh Beng Hock.
Zulkelfly berkata, ini adalah kerana telefon bimbit berkenaan bukan miliknya.
Penafian itu dibuat apabila buat pertama kalinya suruhanjaya itu memberi kebenaran kepada saksi membuat panggilan telefon semasa prosiding sedang berjalan.
Panggilan telefon itu dibuat oleh Zulkelfly pada 11 pagi hingga 11.15 pagi bagi mengesahkan kandungan SMS yang didakwa oleh peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam bahawa ia telah dihantar oleh Zulkelfly pada 18 Julai 2009 kepada pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail.
Cheow Wee kemudiannya membacakan kandungan SMS dalam prosiding kepada Zulkelfly yang terkenal dengan gelaran 'Ustaz Zul'.
"Sabar banyak-banyak bro. Gunakan pengalaman yang ada untuk selesaikan masalah...lari bukan jalan penyelesaian doa orang yang teraniaya tiada hijab di sisi Allah pasti pegawai atasan beri sokongan."
Bagaimanapun, selepas menelefon nombor yang diberi Cheow Wee, Zulkelfly memberitahu suruhanjaya itu pemilik nombor telefon yang sebenar ialah 'Zul', dan bukan dirinya berdasarkan penerima panggilan itu. -malaysiakini- | DAFTAR PEMILIH SPR NAFI ALAMAT PENGUNDI SEBENAR ! Posted: 27 Apr 2011 07:27 PM PDT SPR pamer Rang Daftar Pemilih tambahan mulai hari ini ?
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamer Rang Daftar Pemilih tambahan bagi suku pertama tahun 2011 untuk semakan orang ramai mulai esok hingga 4 Mei. Seminggu jer ! Apa yang kita boleh buat ! Bagilah 2 minggu sekurang-kurangnya untuk rakyat semak. Apa yang perlu kita semak ? 1. Nama pengundi baru - pastikan kita buat kaji selidik kewujudan pengundi itu dan rumah yang diduduki melalui alamat dalam daftar pemilih. Biasanya memang sukar kerana penggunaan lokaliti. 2. Nama pengundi yang bertukar tempat mengundi - Kita perlu ada pengkalan data seluruh Malaysia bagi mengesan duplikasi no kad pengenalan yang sama. Biasanya kalau guna pengkalan data setakat satu negeri , sukar mengesan orang yang sama wujud lagi di tempat yang lain. 3. Nama pengundi yang telah meninggal dunia atau mati. Sewajarnya kita semak benarkah penama sudah mati atau meninggal dunia? Pastikan periksa data induk lagi sekali agar kita dapat kesahihan rekod simati telah dibuang selepas Daftar Pemilih ini telah diterima kelak.
Yang rakyat geram dan fakta menyusahkan ialah penggunaan lokaliti . SPR menggunakan lokaliti jadi pengganti alamat. Contoh pengundi pengundi di taman rumah semi-detached tetapi lokalitinya bersama perumahan pangsapuri. Biasanya no. rumah akan bertindan atau sama padahal rumah berlainan taman dan jenis rumah. Ini dikatakan sengaja dibuat begitu agar lawan Barisan Nasional sukar mengesan pengundi semasa hari pengundian semasa pilihan raya. Kadang kala ada kes pelabagai bangsa dan berlainan agama menggunakan lokaliti yang sama. Dan ada juga kes di mana alamat pengundi memang tidak wujud apabila dibuat pemeriksaan. | PAKATAN RAKYAT SUDAH DAHULUI SARANAN & SOKONGAN PADA CADANGAN CUEPACS Posted: 27 Apr 2011 06:13 PM PDT Cuepacs Minta Kerajaan Selaras Gaji Seimbang Kenaikan Harga Barang
KANGAR, 27 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini,berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka,kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan. Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.
Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.
"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.
Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
BERNAMA | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 28 Apr 2011 03:32 PM PDT NAK TENGOK VIDEO SEKS 2... KLIK SINI... Posted: 28 Apr 2011 03:18 AM PDT Kepada yang belum tonton lagi boleh le klik sini.
| DATUK T AKAN SUMPAH DILAKNAT ESOK KAT MASJID AMRU AL AS Posted: 28 Apr 2011 02:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim — akan melakukan sumpah laknat esok. Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu. Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta. Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah laknat. "Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu. "Sekiranya Anwar masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video itu, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru al-As," katanya pada sidang media di sini. ..sekali lagi Masjid bakal dikotori oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab... | AWAT 'ARTIS' YG MASUK UMNO HARI TU TAK DAPAT 'DATUK'? Posted: 28 Apr 2011 12:18 AM PDT Sebelum ni kecoh pasak AC Mizal bakal dapat datuk daripada YM Sultan Pahang bersama-sama dengan Zul Katak. Tetiba artis yang dapatnya M. Nasir & Ramli MS. Dengar cerita dari Datin pada Datuk Akhbar yang dapat pingat bersama-sama . Nasir & Ramli MS hari tue, kes nafkah yang membuatkan YM Sultan Pahang murka untuk menganugerahkan datuk pada dia. Ac Mizal pernah ditahan berikutan kes tak bagi nafkah kat anak dia sebab apa guna dapat datuk kalau Dato tapi still tak boleh bagi nafkah kat anak lagi kan? Tapi kita tak tahu sejauh mana kebenaran kenapa Ac akan isu tak bagi nafkah tu,mungkin ada masalah dalaman atau masalh gelang yang didakwa tipu …. Apa pun buat AC Mizal moga-moga dah masuk UMNO nie dapat le kenen-kenen dari Najib agar dapat kenen-kenen mana-mana Sultan bagi Datuk kat hang….wakakakaka… | PANDANGAN YUSUF QARADAWI TENTANG RAKAM VIDEO SEKS Posted: 28 Apr 2011 12:05 AM PDT Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran: "Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis "barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya…." Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini! sumber : sebahagian petikan dari http://drmaza.com/home/?p=1379 | POLIS BOCORKAN VIDEO KEPADA BLOGGER UMNO? Posted: 27 Apr 2011 09:13 PM PDT "Bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?"- Rafizi Ramli. KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat. "Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?," "Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.comRafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis. "Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya. ... Kan Polis Malaysia terbaaaikkk.... | APA CER? VIDEO SEKS KEDUA DIDEDAHKAN OLEH WAKPARJOSUDORNO! Posted: 27 Apr 2011 06:51 PM PDT Apa lagi... itulah kerja Utusan Meloya mensensasikan Video Seks siri-2. Mungkin ini sebab itu Dr Haron Din mengharamkan membaca Utusan Meloya.
Rakaman bahagian kedua video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara berdurasi selama satu minit 47 saat diberi judul Papa Nurul Izzah Part II telah dimuatnaikkan oleh individu yang menggunakan nama 'wakparjosudorno' semalam. Rakaman ini merupakan sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.
Video ke dua ini seperti yang vedio yang pertama dulu yang turut memaparkan imej sekurang-kurangnya dua individu yang berbeza...
| MENATANG APA NADIR BUMI / TANAH JARANG? Posted: 27 Apr 2011 05:44 PM PDT Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai Loji Nadir Bumi (Rare Earth/Tanah Jarang) yang akan beroperasi di Kuantan dan yang terbaru di BUkit Merak pulak. Apa sebenarnya Nadir Bumi ini? Tuan-tuan tahu? Saya pun tak tahu?. Samada kita hendak membantah atau menyokong projek Nadir Bumi ini , mari terlebih dahulu kita belajar sikit mengenai Nadir Bumi. Apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ? Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan. Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum. Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah : Prometium - Bateri NuklearScandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasaYttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikroLanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kameraCerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramicPraseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatanThulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alihYtterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerahTerbium - Pembuatan lampu kalimantan, laserGadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRINeodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramikPemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman. Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini. Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman. Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang. Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia. | |
MP Pendang Posted: 28 Apr 2011 01:25 PM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 28 Apr 2011 11:20 AM PDT Polis restu Papa Gomo Posted: 28 Apr 2011 01:48 AM PDT Desakan demi desakan terus dibuat oleh Kedailan terhadap pihak polis untuk bertindak namun ianya terus dipandang sepi.. adakah Ahli-ahli Keadilan ini bukan rakyat Malaysia? Sedangkan mereka juga termasuk aku sendiri membayar cukai pendapatan untuk digunakan oleh pihak kerajaan UMNO/BN untuk membiayai seluruh jentera kerajaan.. Video Fitnah: Polis restui blogger Umno-BN
KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat. "Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?," "Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis. "Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya. Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim. "Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya? "Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan. "Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan," kata Surendran. | Bob Lokman nekat bersara dari dunia Hiburan hipokrit!! Posted: 27 Apr 2011 09:55 PM PDT Bob, Din Beramboi (allahyarham) dan Aflin semasa program Raja Lawak AstroOleh FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.
"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.
"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu. Bob Lokman kini menjadi pendakwah sepenuh masa | |
Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota Posted: 28 Apr 2011 11:08 AM PDT CERAMAH UMUM Posted: 27 Apr 2011 10:09 PM PDT Tarikh : 29 APRIL 2011Tempat : Surau al-Hidayah Cherating SawmillPenceramah : Ust Hamid Derani, YB Syed Mohammad Tuan Lonik, Ust Suhaimi Saad
DATANG BERAMAI-RAMAI!!! | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 28 Apr 2011 09:40 AM PDT Tidak selesa gerai sempit Posted: 28 Apr 2011 02:31 AM PDT Sinar Harian 28 April 2011 PEDAS - Peniaga gerai baru di Pekan Pedas memohon supaya Majlis Daerah Rembau dapat memasang 'awning' di bahagian belakang gerai. Pembantu gerai makan, Jamaliah Ariffin, 54, berkata, ketiadaan 'awning' menyebabkan kedainya terkena tempias hujan selain tidak tahan dengan cuaca panas sehingga menimbulkan rasa kurang selesa ketika memasak. Menurutnya, kebanyakan peniaga yang memulakan perniagaan sejak dua minggu lalu turut meluahkan masalah sama. "Justeru, kami memohon supaya pihak berkenaan memahami masalah yang dihadapi, sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik. "Kemudahan berniaga diberikan amat dihargai tetapi peniaga di sini berharap permohonan bagi mendapatkan 'awning' dapat diberi perhatian segera," katanya. Sementara itu, Lee Heng Guan, 51, pula berkata, peniaga bukan sahaja memerlukan 'awning' tetapi juga terpaksa memasak dan meletakkan barang di belakang gerai disebabkan sempit. "Buat masa ini, peniaga masih patuh dengan arahan iaitu hanya memasak di dalam gerai sahaja, tetapi kami berharap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan masalah ini dengan membenarkan kami menggunakan belakang gerai untuk memasak," katanya. Menurutnya, pihak berkenaan juga diharap dapat melihat sendiri keadaan di dalam gerai yang semakin sempit kerana dipenuhi peralatan memasak dan ruang membuat air turut tidak selesa. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9023290.asp | Majlis Makan Malam DUN Johol 1 Mei 2011 Posted: 27 Apr 2011 08:20 PM PDT MAJLIS MAKAN MALAM MTD JOHOL 1 Mei 2011 AHAD Jam 8 malam Di Dataran Ikhwan, Johol, N.Sembilan Bersama YB Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS Kupon RM20 Hubungi : Azman 0196400062, Saharuddin 0136769492, Mazlan 0162076037, Jamalullail 0196237822, Hj Aziz 0162073045, Zuraidah 0133545785 | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 28 Apr 2011 09:36 AM PDT Kembara Tarbawi Bersama Tuan Guru Presiden PAS 2011 Posted: 27 Apr 2011 10:07 AM PDT Buat kali kedua, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Program Tarbiyyah berbentuk 'OutDoor', iaitu Kembara Tarbawi Bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS, YB Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2011. Kembara ini akan diadakan di Cengal Besar, Hulu Dungun yang terletaknya Pohon Cengal yang Terbesar di Asia Tenggara.
Kali pertama, kembara ini telah diadakan di Ayer Putih, Hulu Kemaman pada tahun lepas, yang telah menampilkan lebih 30 buah kenderaan Pacuan empat roda 4X4, yang terdiri daripada pelbagai Kelab Pancuan Empat Roda, seumpama PADAT, RANGGOT dan lain-lain.
Kembara pada kali ini, akan dilancarkan sejurus selepas Kuliah Dhuha Tuan Guru Presiden di Rusila pada Jumaat, 13 Mei 2011, pada jam 10.30 pagi. Kemudian, kembara ini akan bertolak ke Masjid Kampung Nyior, yang Tuan Guru Presiden akan menyampaikan Khutbah Jumaatnya di masjid tersebut, dan semua peserta akan berjamu selera tengahari di sana.
Selepas itu, Kembara akan bertolak ke Felda Ketengah Jaya, untuk agenda Hi-Tea Bersama Tuan Guru Presiden. Satu agenda yang semata-mata untuk mendekatkan lagi masyarakat Felda dengan Tuan Guru Presiden.
Sesungguhnya Kembara ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani, mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan peserta dan memupuk kesedaran serta rasa pertanggungjawaban terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik.[Gambar - Kembara Tarbawi 2010]
Setelah berada di Ketengah Jaya, kembara akan terus ke Cengal Besar. Di sanalah, para peserta Kembara berpeluang berada di sisi Tuan Guru Presiden, terutama melihat peribadi Tuan Guru secara lebih dekat lagi.
Akhirnya, kembara ini akan berakhir pada jam 02 petang, yang akan dipenuhi agenda-agenda yang menarik ketika berada bersama Tuan Guru Presiden di Cengal Besar.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kembara ini, bolehlah merujuk kepada Ketua Urusetia, Ust Faisal Mizan Ambak di talian 019-9085023, atau Pengarah Kembara ini iaitu, Saudara Wan Mohd Hadib Wan Zain di talian 013-9395693.
Jom Kite Bersama Tok Guru!
Ustaz Mohd Azizul Hashim Setiausaha Kembara Tarbawi 2011
Baca dari sumber
p/s : Nantikan kemunculan posting akan datang : Koleksi gambar sekitar program Kembara Tarbawi 2010....dikumpul dari laman sesawang alternatif. | |
PAS Kawasan Gerik Posted: 28 Apr 2011 09:05 AM PDT |
Pemuda PAS Merbok Posted: 28 Apr 2011 07:44 AM PDT DPPKM SOKONG TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG KEKAL PRESIDEN Posted: 27 Apr 2011 10:11 PM PDT
PAS Kedah akan terus menyokong dan mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Abdul Hadi adalah orang yang paling layak memimpin PAS ketika ini kerana berjaya membawa banyak perubahan kepada parti.
"Beliau telah membawa kejayaan besar kepada PAS. Di bawah beliau, kita dapat menawan Kedah...kita juga dapat mengekalkan Kelantan. Beliau juga berjaya meyakinkan ahli-ahli untuk bekerjasama dan berganding bahu di bawah Pakatan Rakyat. "Dulu kita susah nak bekerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat," kata menteri besar Kedah itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.
Ditanya sama ada beliau berhasrat bertanding jawatan tertinggi parti dalam pemilihan itu, Azizan berkata beliau menyerahkan kepada anggota parti untuk mencalonkannya bagi sebarang jawatan.
"Saya pernah jadi naib presiden tetapi kemudian pemilihan lepas saya tak bertanding. Saya hanya tunggu orang calonkan saya untuk saya bertanding," katanya.
Mengulas mengenai kemungkinan pemilihan kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit, Azizan berkata pemilihan dalam PAS sengit sejak
dahulu lagi tetapi kurang mendapat perhatian media. Beliau turut menafikan wujud kem dalam PAS berdasarkan keadaan semasa yang membayangkan banyak individu mahu merebut jawatan tertinggi dalam parti itu.
"Setakat yang saya tahu..tak ada kem-kem dalam PAS. Tapi kalau di luar pengetahuan saya, saya tak tahulah," katanya. | |
PAS Kulaijaya Posted: 28 Apr 2011 07:28 AM PDT |
PAS KUALA KANGSAR Posted: 28 Apr 2011 07:05 AM PDT |
i n t a n h i j a u Posted: 28 Apr 2011 07:03 AM PDT VETERAN PAS TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA Posted: 28 Apr 2011 05:49 AM PDT TELUK INTAN, 28 April - Seorang veteran PAS Kawasan Teluk Intan, Haji Asmui bin Ridzwan telah meninggal dunia pagi tadi. Beliau meninggal dunia di kediaman beliau di Kg. Selabak dekat sini. | Kenangan : Allahyarham Hj. Asmui semasa menerima Anugerah Jasamu Dikenang daripada YB Hj. Mahfuz Omar. |
Allahyarham merupakan bekas ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas PAS Cawangan Kg. Selabak dan juga merupakan penggerak utama kepada PASTI di sana. Kawasan halaman rumah Allahyarham sering menjadi tempat ceramah oleh pihak PAS Teluk Intan.
Sebagai menghargai jasa Allayarham terhadap parti, pihak PAS Kawasan Teluk Intan pernah menganugerahkan sijil Jasamu Dikenang semasa mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Teluk Intan pada 26 April 2009. Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YB Datuk Mahfuz Omar selaku perasmi mesyuarat.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Kg. Selabak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Selabak selepas solat Asar. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Teluk Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan kawasan dan cawangan.
PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah...
intanhijau.blogspot.com | |
Dun Kijang Posted: 28 Apr 2011 03:44 AM PDT |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 28 Apr 2011 01:42 AM PDT |
Pas Kawasan Tanjung Malim Posted: 28 Apr 2011 01:24 AM PDT Perpaduan Pakatan Rakyat Menggusarkan UMNO-BN - DS Nizar Posted: 27 Apr 2011 11:04 PM PDT 27 April -UMNO BN bersungguh-sungguh mengadakan fitnah bahawa Pakatan Rakyat yang didokong oleh Pas, PKR dan DAP sering bertelagah dalam menentukan sesuatu isu atau sering tidak sekata dalam menyatakan pendirian sesuatu isu. Media BN sering mengetengahkan putar belit fakta bagi menggambarkan keadaan yang tidak selesa itu. Akhirnya, mereka berharap Pakatan akan berpecah dan Umno BN dapat manfaatnya. DS Nizar menambah, namun, usaha ini sebenarnya tidak akan berjaya kerana rakyat kini sedar akan segala tipudaya Umno BN dan mereka mengakui sukar untuk mempengaruhi terutama golongan yang mesra IT. Beliau berkata demikian ketika memberikan kuliah Maghrib di Surau Ehsaniah, Kampung Rasau, Slim River, malam tadi. Terdahulu beliau bersama rombongan serta diiringi oleh YDP Pas Kawasan, Tn Hj Aminuddin Zulkipli serta barisan jawatankuasa telah menziarahi AF Ustaz Hashim Hamud yang terlantar sakit akibat kencing manis di rumahnya, di kampung Gapis. Selesai memberikan kuliah Maghrib, beliau bergegas pula ke Tapah untuk memenuhi satu lagi jemputan ceramah. Rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan kegembiraan dapat bertemu DS Nizar Jamaluddin dan berdoa agar beliau terus dapat menerajui pemerintahan Perak selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 28 Apr 2011 01:22 AM PDT Pusat jangan politikkan isu air Posted: 28 Apr 2011 01:20 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
GUA MUSANG, 28 April: Kerajaan Pusat diingat tidak bertindak seumpama 'lontar batu sembunyi tangan' terhadap isu air di negeri Kelantan.
Ingatan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada majlis penerimaan permohonan milik tanah peneroka Felda Chiku, Aring dan Perasu, di sini.
Katanya, sudahlah bantuan tidak diberikan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masaalah itu, pada masa yang sama memburukkan kerajaan negeri kerana tidak mampu menyelesaikan isu air.
"Cara ini amat tidak adil, sudahlah kita (kerajaan Pusat) tidak mahu membantu kerajaan negeri, pada masa yang sama memburukkannya pula kononnya kita (kerajaan negeri) gagal menangani masaalah air.
"Kalau negeri lain kerajaan Pusat boleh membantu secara percuma melalui peruntukan 'geran' dengan nilaian ribuan juta, kenapa pada Kelantan tidak boleh dilayan cara yang sama?"soalnya lagi.
Tambah Husam, kerajaan Pusat membantupun tidak sampai RM600 juta dalam tempoh 11 tahun, itupun dalam bentuk pinjaman dan bukannya berupa geran.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan Kerajaan Pusat menghentikan permainan politik terhadap isu air, kerana sumber itu amat penting pada kehidupan manusia.
Jelasnya, sejarah Islam pernah menceritakan bagaimana seorang wanita dijamin masuk syurga apabila membantu seekor anjing yang kehausan di padang pasir.
Menurutnya lagi, masaalah air berlaku hampir di setiap negeri termasuk Pahang sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.
"Namun kerana dendam politik yang tidak pernah berkesudahan Kelantan sentiasa ditekan dan diperbesarkan dalam segenap isu dan masaalah, walaupun negeri lain menghadapi isu yang lebih besar,"ujarnya.
Hanya RM10 untuk miliki tanah
Terdahulu Husam menerima 142 borang permohonan milik tanah peneroka bagi membolehkan mereka mempunyai geran tanah sendiri.
Mereka bukan sahaja bakal mempunyai geran tanah, sebaliknya kerajaan negeri telah mengistiharkan keputusan yang mengejutkan peneroka terbabit apabila mereka hanya perlu melunaskan RM10 daripada RM3,523 premium yang perlu dibayar.
Langkah ini dbuat kerajaan negeri untuk membolehkan semua peneroka memiliki tanah yang mereka terokai itu.
Harakahdaily/- Oleh : Rizal Tahir | PKR gantung Murali Posted: 28 Apr 2011 01:00 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PETALING JAYA, 28 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keanggotaan Murali a/l Subramaniam dari Cabang Puchong berkuatkuasa serta-merta.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jawatankuasa telah menerima aduan daripada empat anggota PKR pada tahun 2010 dan setelah mengadakan pendengaran dan mendapat penjelasan daripada S. Murali, secara sebulat suara mendapati beliau bersalah atas beberapa dakwaan.
Jelasnya, kesalahan itu kerana mengkritik kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengenai peruntukan Kerajaan Selangor terhadap Sekolah-Sekolah Tamil di dalam media, merusuh atau mengganggu perjalanan dialog yang dipengerusikan Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor di Annexe SUK Selangor serta mengetuai sekumpulan orang menyerang Kumareval a/l Subrayan dalam dialog tersebut dan bersikap kasar terhadap Teresa Kok ketika beliau melawat Sekolah Tamil di Puchong.
"Justeru, keputusan Jawatankuasa Disiplin tentang Sdr Murali telah dimaklumkan kepada Biro Politik pada 27 April 2011, dan dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Pusat, Biro Politik memutuskan untuk menggantung keanggotaan Murali dengan serta-merta," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Harakahdaily | Misteri Tisu Dalam Video Lucah Babak Dua Posted: 28 Apr 2011 12:45 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 28 APRIL : Sejurus selepas video lucah babak kedua Datuk T dinaikkan di Youtube semalam, pelbagai "kecacatan" mengenai rakaman itu terdedah, sama seperti video babak satu yang disebarkan sebelum ini untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain wajah pelaku utama video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' tidak jelas, susuk badan pelaku dan gaya rambutnya terus menguatkan hujah bahawa Datuk T dan juak-juak Umno termasuk media arus perdana menabur fitnah yang begitu jijik sekali.
Faktor paling menonjol dalam klip terbaru adalah visual yang jelas menunjukkan seorang individu membaling kertas tisu ketika orang yang dikatakan mirip Anwar memakai seluar dalamnya.
Sebelum itu pelaku dalam video seks dilihat bersedia memakai seluar dalamnya apabila beliau tiba-tiba berhenti, meletakkan kembali seluar dalam itu di atas katil.
Beliau kemudiannya mengambil kotak tisu di meja bersebelahan katil untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan.
Ketika ini rakaman menunjukkan wanita berkenaan menuju ke bilik air.
Jelas kelihatan dalam video - segumpal tisu kemudian dilontar - mungkin disasarkan ke dalam tong sampah yang berhampiran terletak di bawah meja.
Pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.
Gumpalan tisu yang dilontar itu jelas kelihatan pada saat 0:45 hingga 0:47 dalam video yang disunting itu.
Ia menjadi petunjuk penting kehadiran orang ketiga dalam bilik itu, sekurang-kurangnya ketika pelaku yang dikatakan mirip Anwar dan wanita berada dalam keadaan bogel.
Persoalannya adakah logik Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel malah melakukan aksi seks dan kemudian menawarkan kertas tisu kepada individu berkenaan.
Dalam video pertama yang dimuatkan di Youtube 4 April lalu, bayang-bayang yang begitu ketara di dinding bilik mengundang hujah, kamar berkenaan diterangkan dengan lampu perfileman.
Kamera night vision pula digunakan untuk mendapatkan rakaman hitam putih yang hanya menunjukkan wajah pelaku secara samar-samar.
Tv Selangor/-
| Dua pegawai kastam ditahan bersama 7kg ganja Posted: 28 Apr 2011 12:45 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KANGAR 28 April – Polis menahan dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini dan merampas tujuh kilogram ganja di kawasan letak kenderaan berat Bukit Keteri di Padang Besar dekat sini malam tadi.
Kedua-dua pegawai berusia 42 dan 44 tahun itu ditahan pukul 9.30 malam, dipercayai sedang menunggu pembeli di kawasan tersebut. – Utusan | Email 1Malaysia: Rocky sambut saranan Mahathir Posted: 28 Apr 2011 12:30 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 April: Penasihat editorial The Malay Mail, Datuk Akhirudin Atan atau Rocky Bru (gambar) menjadi pemimpin media yang pertama menyahut nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad agar media utama bercakap benar.
Dalam tulisan terbaru dalam blognya, Rocky mengkritik pedas langkah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib memberikan projek email 1Malaysia kepada Tricubes Berhad, syarikat yang sedang hadapi masalah kewangan.
Sebelum ini media melaporkan Tricubes adalah syarikat yang sedang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan telah diberikan amaran akan dikeluarkan dari penyenaraian Bursa Malaysia jika tidak menyelesaikan masalahnya.
Syarikat milik penuh kerajaan, Mavcap telah melabur sebanyak RM5.3 juta untuk projek email 1Malaysia ini.
Tricubes adalah anak syarikat kumpulan CIMB Berhad pimpinan Datuk Seri Nazir Razak.
"Keputusan yang baik untuk Tricubes, tetapi pil yang pahit untuk 15,000 pekerja Pos Malaysia," tulis Rocky dalam blognya.
Langkah Mavcap disifatkan Rocky sebagai tindakan penyelamatan yang menggunakan sepenuhnya wang pembayar cukai negara ini.
Sebelum ini, Najib secara peribadi memberi jaminan kepada rakyat Malaysia tidak ada wang awam digunakan untuk projek ini.
Jaminan ini diberikan Najib dalam satu kenyataan melalui Twitter beliau ketika pelbagai pihak bimbang wang awam digunakan untuk projek ini bagi menyelamatkan syarikat yang ada kaitan dengan keluarga beliau itu.
Ekoran itu Najib didakwa telah menipu rakyat Malaysia.
Rocky, penyokong tegar Tun Dr Mahathir, dalam postingnya kali mempertikaikan kenapa projek tidak dibuka kepada umum untuk dibida.
"'Kerajaan sepatutnya membuat perkara yang betul. Kerajaan sepatutnya meminta Pos Malaysia, Myeg dan lain-lain syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk membuat proposal baru bagi projek email 1Malaysia ini," tulis Rocky.
"Ingatlah, 15,000 pekerja Pos Malaysia boleh mengubah keputusan pilihan raya di luar bandar," tambah Rocky dalam tulisannya.
Menjelang pilihan raya umum 2008, sumbangan Tun Dr Mahathir dianggap antara sumbangan bermakna dalam memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat.
Mahathir telah menjadikan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi sebagai 'beg tinju' apabila beliau mengkritik setiap tindakan Abdullah terutama segala aktiviti menantunya, Khairy Jamaludin.
Harakahdaily | Polis tembak mati tiga lelaki rakyat Indonesia Posted: 28 Apr 2011 12:20 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
MARAN 28 April — Polis menembak mati tiga lelaki warganegara Indonesia selepas dipercayai merompak sebuah rumah peneroka di Felda Jengka 18 di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira 3 pagi, sepasukan polis mengejar tiga lelaki terbabit yang melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.
Beliau berkata, suspek yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang anggota polis sebelum ditembak mati di ladang kelapa sawit berhampiran Felda Jengka 18. — Bernama
| 3 maut dalam serangan terbaru ke atas bas tentera laut Pakistan Posted: 28 Apr 2011 12:00 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KARACHI: Sekurang-kurannya tiga maut manakala 15 yang lain cedera selepas sebuah bas tentera laut terkena bom tepi jalan di bandar pelabuhan Karachi hari ini, serangan ketiga seumpama itu minggu ini.
"Bom yang diletakkan di tepi jalan itu meletup apabila bas tentera laut Pakistan melaluinya. Seorang pejalan kaki terbunuh manakala 15 yang lain cedera," kata pegawai kerajaan negeri, Sharfuddin Memon.
Pegawai tentera laut pula berkata, seorang doktor wanita dan pegawai tentera laut turut terbunuh manakala sembilan pegawai lain cedera. "Seorang doktor wanita dan seorang pegawai mati syahid dalam serangan itu dan sembilan lagi pegawai cedera," katanya.
Kelmarin, dua bas yang membawa pegawai tentera laut Pakistan turut dibom di Karachi, menyebabkan empat orang terbunuh. - AFP | Guru takmir umpama cahaya pada masyarakat Posted: 27 Apr 2011 11:30 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KEPALA BATAS, 28 April: Jasa dan pengorbanan guru takmir yang senantiasa memberikan ilmu di surau dan masjid seluruh Negeri Pulau Pinang tidak pernah dilupakan malahan selalu diingati kerana mereka ibarat cahaya yang menjadi pedoman kepada masyarakat.
Itulah antara kata-kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Ustaz Saleh Man ketika merasmikan Ijtimak Guru-Guru Takmir Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Takmir Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2011 di Auditorium Dewan Melinium Kepala Batas, kelmarin.
Baginya peranan yang dimainkan oleh guru takmir di surau mahupun di masjid tidak ternilai dengan wang ringgit walaupun wang merupakan sumber yang perlu ada untuk kehidupan masa sekarang.
"Jasa para Guru Takmir seluruh Pulau Pinang kita amat hargai maka hari ini Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) meraikan mereka sekali lagi pada majlis ijtimak yang diadakan setiap tahun, " ujarnya.
Menurut beliau, walaupun pendapatan guru takmir tidak setinggi mana namun pengorbanan masa dan tenaga amat penting semata-mata untuk memastikan masyarakat Islam terus beriman, bertaqwa dan hidup dalam keberkatan.
Tidak dinafikan, teguran mereka menerusi kuliah yang diberikan kadang-kadang tidak boleh diterima oleh segelintir masyarakat tetapi hasil ketekunan serta berhemah rata-rata yang tidak faham mengenai ilmu Islam dapat menerima dengan ikhlas.
"Sebenarnya ramai lagi orang Islam sendiri yang tidak mahu hayati Islam secara menyeluruh, maka timbul konflik berkaitan sesuatu perkara. Setelah diberikan secara berhemah kini dah ramai faham," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.
Harakahdaily/- Oleh : Mohd Sabri Said
| Laluan motosikal antara Km18.1 dan Km19 Lebuhraya Persekutuan hala KL ditutup sebulan Posted: 27 Apr 2011 09:45 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Laluan motosikal antara Km18.1 dan Km19 dekat persimpangan Subang Jaya menghala Kuala Lumpur di Laluan II Lebuhraya Persekutuan akan ditutup mulai hari ini sehingga 27 Mei.
Plus Expressway Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jalan akses keluar ke kawasan pembangunan perniagaan dan stesen petrol di lokasi itu.
Menurutnya semua penunggang ke laluan itu akan dilencongkan ke laluan kecemasan sepanjang tempoh tersebut.
Pengguna dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik yang disediakan di samping mengikuti arahan petugas PLUS di kawasan berkenaan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai penutupan itu boleh menghubungi PLUSLine dengan menelefon 1800-88-0000.
Sinar Harian/- | Kerajaan perlu telus dalam isu Lynas Posted: 27 Apr 2011 09:00 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 April: Sebelum mempertimbangkan panel 'pakar bebas' antarabangsa, kerajaan mestilah bersikap telus kenapa membenarkan Lynas membina dan mengendalikan kilang nadir bumi.
"Dan kenapa Lynas begitu yakin bahawa penelitian semula selama satu bulan akan mengesahkan ia selamat," kata Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Abdul Aziz Raja Adnan bahawa AELB akan mendapatkan pertolongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk memilih pakar bagi mengkaji keselamatan projek kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
Pertama, katanya IAEA ditubuhkan untuk menggalakkan penggunaan tenaga nuklear dan bertindak sebagai polis untuk memeriksa sama ada sesebuah negara itu menjalankan program senjata nuklear secara terselindung.
Pada hakikatnya, kata beliau IAEA membantu negara membangun dalam rancangan mereka untuk membina loji tenaga nuklear.
"Berdasarkan mandatnya ia adalah merupakan satu khayalan untuk membayangkan bahawa IAEA berada dalam kedudukan untuk meletakkan bersama panel "pakar bebas" antarabangsa untuk menjalankan kajian yang tidak dapat dipertikaikan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Begitu juga, tamnbahnya dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang ditubuhkan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk mengawal penggunaan tenaga nuklear.
Peranan AELB adalah untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan dan penggunaan tenaga nuklear dan aktiviti berkaitan di negara ini.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata, AELB telah mengeluarkan lesen kepada Lynas untuk membina dan menjalankan kilang memproses nadir bumi, menyedari sepenuhnya bahawa sisa thorium radioaktif akan dihasilkan.
Malah, ujarnya AELB akan membuka pejabat cawangannya di Gebeng.
Kedua, tambah beliau lagi kerajaan merancang untuk membina dua buah reaktor nuklear.
"Dalam hubungan ini jelas terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kerajaan akan menggunakan thorium sebagai bahan api untuk reaktor nuklear yang dirancang," katanya.
Jelasnya, perlu diingat bahawa Malaysia tidak memihak kepada simpanan plutonium atau uranium berpusat antarabangsa, ini akan menjadi peluang keemasan untuk mendapatkan akses untuk kuantiti thorium yang tidak terhad di tempat sendiri untuk bahan api reaktor nuklear yang dirancang.
Ini juga, katanya lagi bermakna reaktor nuklear kemungkinan besar akan ditempatkan di kawasan Kuantan atau berdekatan di mana laporan akhbar baru-baru ini mendedahkan bahawa salah satu loji nuklear akan ditempatkan di Temerloh.
Ketiga, jelasnya thorium boleh digunakan untuk menghasilkan uranium.
Tambahnya, thorium boleh digabungkan dengan americium untuk membuat reaktor nuklear mudah alih.
Bagaimanapun, ujarnya americium dilaporkan berbahaya dan toksik sepertimana plutonium.
"Ia akan menjadi satu kesilapan besar dan boleh membunuh jika kita mengambil jalan ini untuk menghasilkan loji tenaga nuklear," katanya.
Harakahdaily | SPRM kesan saksi bantu siasatan Posted: 27 Apr 2011 08:50 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PUTRAJAYA, 28 April: Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang saksi bagi membantu dalam satu kes siasatan.
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu saksi berkenaan adalah Abd Rashid Jaffar, 46, (gambar) dengan nombor kad pengenalan 650316-01-5677 yang beralamat terakhir di No 39, Jalan KP 1/2, Taman Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang, Selangor dan No. 56, Parit Hj Abd Salam, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Sehubungan itu mohon kerjasama kepada sesiapa yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi berkenaan, menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Kanan Penguasa Roslan Deraoh di talian 03-88800632 atau 012-4275673.
Untuk makluman saksi itu dikehendaki bagi membantu dalam satu kes siasatan SPRM.
Harakahdaily | Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar Posted: 27 Apr 2011 08:30 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 27 April: Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar.
Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini.
Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN.
Katanya, disebabkan realiti itulah, PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyusun perkara itu dengan kemas dengan menjanjikan pemberian elaun khas sebanyak RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberikan amanah oleh orang ramai memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 ini, seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.
"Itu dah ditegaskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam Janji 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat, namun ia ditertawakan oleh kerajaan BN dengan mengatakan kerajaan akan bankrap jika dilaksanakan perkara itu.
"Pada hal hujah kerajaan BN itu ternyata meleset kerana janji itu sendiri dibuat oleh Pakatan Rakyat setelah mengambil kira segala aspek termasuk kemampuan kerajaan dari segi kewangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Bernama hari ini melaporkan, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Katanya, penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka.
Selain itu, beliau berkata, Cuepacs turut mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.
"Ini kerana kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis di Kangar.
Cuepacs juga, katanya, mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.
"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS memang bersetuju dengan tuntutan itu, malah ia bukan sahaja perlu mengambil kira penyelarasan gaji guru, tetapi juga penjawat-penjawat awam lain.
"Malah dalam hal ini, PAS dan Pakatan Rakyat sendiri berharap agar sektor awam sendiri turut menyokong segala perkara yang dijanjikan seperti yang digariskan dalam Buku Jingga kerana itu semua telah mengambil kira segala keperitan hidup rakyat di semua peringkat," katanya.
Selain itu, katanya, sektor awam dan orang ramai di semua peringkat juga perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana turut berhasrat untuk melakukan pelbagai kebaikan lain lagi jika diberikan mandat memerintah negara, termasuk untuk menangani masalah tol seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.
"Kenaikan tol juga telah kita kenalpasti sebagai punca bebanan hidup rakyat. Jadi jika masalah tol dapat ditangani dengan baik, ia pasti akan turut mengurangkan bebanan hidup kakitangan awam dan semua pihak," tegas beliau.
Harakahdaily/- Oleh : Aziz Muda | Artis Bob Lokman memilih PAS Posted: 27 Apr 2011 08:00 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
ORANG lulus Universiti Azhar dengan ijazah PhD, bertabur firman dan hadis di hujung jarinya, tidak memilih PAS sebagai medan mengembangkan ilmu dan jihadnya.
Antaranya memilih Umno. Atau Allah memilih mereka menjadi Umno.
Yang Allah pilih menjadi ahli PAS ialah artis penulis lirik Bob Lokman. Dunia Bob dulunya di alam wayang. Tetapi dia memilih menjadi ahli PAS.
Bukan mudah bagi seseorang untuk memilih menjadi PAS. Menjadi hafiz dan PhD. Pengajian Islam belum tentu Allah pilih dia jadi orang PAS, tetapi Bob Lokman, sebagai penulis lirik Allah pilih jadi orang PAS.
Bob Lokman boleh bersyukur atas pemberian Allah itu. Dan umat Islam seluruhnya bersyukur kerana Bob Loman mula menjadi aktivis PAS.
Dia mengaku pilihannya betul setelah ada yang mencemik pemilihannya itu. Itulah ujian awal yang Bob hadapi. Dan mula gelaplah gambar dan karya seninya dari dada TV dan media perdana.
Tetapi Bob tetap memberitahu, setiap kali dia hendak meninggalkan, setelah berada dalam PAS, dia tahu langkahnya adalah betul dan mula merasai manisnya berpolitik dalam PAS.
Orang lain belum merasa manis itu, tetapi Bob sudah merasa manisnya.
Sudah ada rakan-rakan artisnya mula mendekatinya dan mahu mengikutnya.
Begitulah ada orang menyertai PAS kerana mengikut kuliah Tok Guru Mursyidul Am Dato' Nik Aziz. Ada yang masuk kerana terasa sedapnya kata-kata mantik Ustaz Fadzil Noor. Demikian juga memahami Islam melalui kuliah Ustaz Abdul Hadi.
Tetapi ada juga kerana mengikut daya jelas Bob Lokman.
Seperti saya menanda tangani borang menyertai PAS 30 tahun dulu, saya didorong oleh pelakun filem Yusuf Suria. Saya berbuat bersamanya dengan Dato' Asri, pemimpin PAS masa itu.
Tiba-tiba Yusuf berkata kapada saya di depan Dato' Asri, 'I ini bukan orang agama, tetapi I mahukan Islam. You orang beragama, tetapi pasal apa tak mahu ikut Islam?'
Saya tidak dapat memberi jawapan. Lalu dia menyuakan borang PAS kepada saya. Saya ambil borang itu dari tangannya. 'Isi!' suruhnya.
Dato' Asri mengambil borang itu, dia minta kad pengenalan saya. Diisinya borang itu. Saya pun menjadi ahli PAS dan mula merasa manisnya berjuang dalam Islam.
Kira-kira 35 tahun dulu pelakon Yusuf Suria yang banyak berlakon di bawah arahan P.Ramlee dan menyokong kuat Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato' Harun Idris menjadi ahli PAS.
Ke sana ke mari dia menggalas borang PAS. Ramai orang ditemuinya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur diajaknya masuk PAS. Saya tengok beberapa pelakon kecil dan pelakun tambahan yang datang makan di gerainya, Restoran Semporna mengisi borang menjadi ahli PAS.
Dia rajin masuk ke luar-luar bandar berceramah mengajak orang masuk PAS.
Yusuf mahu jadi orang baik. Dia tidak banyak mendapat didikan agama. Jika ada orang PAS yang ada masa, boleh menumpukan penuh masa kepada Yusuf, dia boleh jadi aktivis Islam yang gigih.
Malangnya PAS ketika itu bertempur antara yang menyokong dan menentang Dato' Asri, maka tidak yang dapat membeberi masa untuk membimbing artis-artis yang menyertai PAS masa itu.
Beberapa tahun selepas itu Jamal Mohamad yang dikenali sebagai Jamal Kerdil. Dia meninggalkan terus dunia hiburannya. Isterinya membawanya ke sana ke mari di seluruh negara memenuhi jemputan mengadakan ceramah PAS.
Dia tidak berapa sihat. Selalu masuk hospital. Tetapi bila keluar hospital selalu menghadhirkan diri dalam kegiatan PAS. Dunia hiburannya sudah terputus baginya. Dia tidak suka lagi diingatkan dengan zaman dunia hiburannya.
Bintang-bintang terkenal seperti Tompel, Ibrahim Din dan P.Ramlee yang baik dengannya, kalau boleh nama-nama itu tidak boleh disebut di depannya. Dia tidak suka dikaitkan dengan masa lampaunya.
Di hari tuanya dia tinggal di Dengkil. Dia hari-hari tuanya dengan mengingati kebesaran Allah. Semangat PASnya masih tinggi.
Jika Bob Lokman mahu tahu akan manisnya menyertai politik PAS mengikut pengalaman dan pandangan seorang bekas seorang artis, pergilah berkunjung ke rumah Pak Jamal Kerdil di Dengkil.
Tanya dia tentang manis dan indahnya PAS.
Harakahdaily/- Oleh : Subky Abdul Latif | Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin Posted: 27 Apr 2011 07:30 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.
Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.
" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T," kata Saifuddin kepada TVSelangor.
" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.
Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.
" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka," kata beliau.
Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk "memperketatkan" fakta kes.
Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.
Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.
Gandingan 'Datuk T" iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana "mahu menyelamatkan negara" .
Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk "membinasakan" Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.
Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.
Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.
" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri," kata Saifuddin.
Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, " kata Saifuddin.
Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.
Tv Selangor/-
| Keadaan Rasuah Negara Membimbangkan Posted: 27 Apr 2011 07:12 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 28 APRIL: Budaya rasuah yang semakin berleluasa di Malaysia kini berada dalam keadaan yang membimbangkan seolah-olah ia tidak dapat dibendung lagi, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Malah katanya, budaya ini juga mula menular sejak 24 tahun lalu terutamanya ketika berada dibawah pemerintahan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Nizar berkata, gejala rasuah ini bukan sahaja akan menyebabkan keruntuhan sistem pentadbiran negara malah ia turut disifatkan seperti najis.
"Budaya rasuah telah wujud dalam Negara kita sejak 20 hingga 23 tahun yang lepas. Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhithaudden sendiri mengakuinya bahawa rasuah telah lama berleluasa di negara ini. Ini bermakna ia bermula sejak bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin negara pada ketika itu, sekali gus berkembang dan terus membiak," katanya.
Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, sebagai contoh pengalaman di Rusia dan Filipina termasuk Arab yang dahulunya mempunyai tamadun sendiri turut tumbang berikutan desakkan rakyatnya sendiri yang menolak rasuah.
"Ya, memang benar rasuah boleh menjatuhkan tamadun. Sekiranya rasuah ini tidak dibendung dan dibasmikan di Malaysia, maka kita juga mungkin akan turut sama jatuh," katanya.
Nizar berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Shah Alam, semalam.
Turut serta dalam wacana tersebut adalah adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginajar dan Zulkifli Bujang sebagai moderator dari Bernama TV.
Jelas Nizar, perubahan yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menukar Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Nizar berkata, tindakan tersebut sedikitpun tidak memberi apa-apa kesan yang baik seperti mana yang dijanjikan kepada rakyat.
"Apabila penerajuan SPRM diambil, rakyat Malaysia dijanjikan dengan satu paradikma baru dimana amalan bukan sahaja akan dikurangkan malah ia akan terus dibasmi," katanya.
"Malangnya, apa yang kita lihat sekarang indeks rasuah semakin hari semakin menurun dan terus menurun," ujarnya.
"Janji yang ditaburkan kepada rakyat selepas Parlimen meluluskan Akta SPRM dan jawatankuasa ditubuhkan ia bukan sahaj gagal malah rasuah terus berleluasa," tegasnya.
Mengulas lebih lanjut, Nizar berkata sewajarnya SPRM dan Peguam Negara tidak berada di bawah nasihat Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.
Soalnya, bagaimana mungkin kedua-dua badan itu boleh menyiasat perkara yang menyentuh kepentingan politik pemimpin-pemimpin Umno-BN.
Tegasnya, oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meminta semua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis, Pengerusi Felda, Petronas dan sebagainya haruslah dilantik oleh dan diletakkan di bawah Parlimen.
Menjawab soalan sama ada PAS ingin meniru bentuk kebangkitan rakyat di negara luar untuk melakukan demontrasi jalanan sehingga tertumbangnya pemerintah zalim, Nizar dengan tenang menidakkannya.
"Pakatan tidak pernah meminta rakyat untuk meniru kebangkitan rakyat sehingga jatuh beberapa negara terbabit kerana rasuah dan salah laku.
"Rakyat inginkan perubahan dalam hal-hal berkaitan rasuah, contohnya, kenapa hanya ikan bilis sahaja yang terkena siasatan dan hukuman sedangkan bagaimana dengan isu Khir Toyo dan Taib Mahmud," ujarnya.
Lebih 200 orang hadir bagi menyaksikan wacana rasuah ini sehingga menyebabkan kelancaran majlis ini beberapa kali terganggu dengan pekikan kuat dipercayai dilakukan kumpulan sorak yang dibawa oleh pihak tertentu untuk membuat bising terutamanya ketika Nizar memberikan hujah mantapnya.
Ketika Dr Ary Ginanjar berkata, malangnya dalam suasana wacana itu, iblis dan syaitan juga turut serta, mereka tidak ingin agar rasuah itu dibanteras.
Tv Selangor/- | Lima Terbunuh Kereta Api Gelincir dihempap Pokok Posted: 27 Apr 2011 06:45 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
TAIPEI 28 April – Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 84 penumpang terdiri daripada pelancong warga China cedera apabila kereta api yang dinaiki dihempap oleh sebatang pokok tumbang ketika melalui kawasan pergunungan di tengah Taiwan.
Menurut pegawai biro perhutanan Taipei, kereta api berkenaan ketika itu sedang melalui kawasan hutan di lereng Gunung Ali sebelum sebatang pokok tumbang lalu menghempap empat gerabak.
Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian setakat ini seramai lima orang, manakala 84 cedera dengan 42 orang parah.
AFP | Lagi Serangan Tentera Yemen, Sembilan Terbunuh Posted: 27 Apr 2011 06:30 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SANAA 28 April – Seramai sembilan orang terbunuh dan lebih dari 100 mengalami kecederaan apabila pasukan tentera Yemen melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-rejim di Sanaa semalam.
Menurut sumber, lapan mayat yang terkorban sudah dibawa ke sebuah hospital swasta manakala satu lagi di bawa ke hospital umum berdekatan dengan kem protes yang aktif sejak tiga bulan lalu.
Sementara itu, 10 daripada 100 yang cedera mengalami kecederaan serius.
AFP | Lapan Tentera AS Terkorban Dalam Serangan di Kabul Posted: 27 Apr 2011 06:15 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KABUL 28 April – Lapan anggota tentera dan seorang kontraktor warga Amerika Syarikat (AS) terbunuh semalam apabila seorang pesara juruterbang warga Afghanistan melepaskan tembakan di pusat latihan NATO.
Walaupun serangan tersebut dipercayai bukan berpunca dari serangan pemberontak, namun ketidakstabilan keselamatan di Afghanistan sejak 10 tahun lalu ditekankan sebagai punca kejadian.
Dalam pada itu, serangan tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai usaha NATO untuk melatih pihak berkuasa Afghanistan bagi menyiapkan diri untuk mengawal keselamatan negara selepas tamat peperangan pada 2014.
AFP | Sikap Umno: Tak Dapat Tanduk Telinga dipulas Posted: 27 Apr 2011 06:00 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 April: Sebagai warga Malaysia yang merdeka, rakyat mempunyai hak-hak kebebasan untuk menyokong mana-mana parti politik.
"Hak-hak ini dijamin oleh Perlembagaan," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya tindakan penganiayaan tidak direstui oleh rakyat dan lambat laun rakyat yang sedar akan menghukum Umno dengan menolak mereka di dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertukaran Cikgu Maarof Abdul Mutalib, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen, Segamat yang telah mendapat surat arahan tukar ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi.
Surat arahan daripada Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran itu bertarikh pada 28 Mac 2011 diterima oleh Guru Besar SMK Tenang Stesen pada 19 April, sedangkan arahan tukar itu berkuatkuasa pada 16 April.
Tambahnya, tidak pula dinyatakan sebab apa arahan perpindahan itu dilakukan, tetapi umum mengetahui bahawa Cikgu Maarof adalah suami calon PAS pada PRK Tenang yang lalu, Nomala Sudirman atau Cikgu Mala.
Katanya, tidak juga diketahui bahawa SMK Tanjung Pengelih ada terdapat kekurangan guru.
"Kita juga tahu bahawa Cikgu Maarof mendapat cuti sakit yang sah daripada sebuah Klinik Kerajaan semasa kempen PRU Tenang yang lalu.
"Apakah sebenarnya motif Jabatan Pelajaran Johor bertindak sedemikian?" soalnya.
Beliau juga mempersoalkan jika atas dasar tindakan disiplin kerana Cikgu Maarof dikatakan telah berkempen untuk isterinya, kenapa tindakan disiplin yang sama tidak diambil terhadap Markom Gilan kerana jelas beliau juga menyokong dan berkempen untuk calon Umno kepada guru-guru seperti yang tertera pada video Youtube di internet.
Malah, katanya PAS telah menghantar notis bantahan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung tindakan Markom itu.
"Tindakan double standard ini jelaslah bermotifkan politik balas dendam seperti kata pepatah – tak dapat tanduk telinga dipulas," ujarnya.
Tambahnya, tindakan itu sebenarnya ditujukan untuk Cikgu Mala, juga boleh ditafsirkan sebagai tindakan amaran kepada semua guru-guru supaya tidak terlibat dan menyokong parti-parti pembangkang.
Menurutnya, Umno sebenarnya sangat bimbang dengan tawaran imbuhan RM500 yang akan diberi oleh Pakatan Rakyat, seperti yang tertera di dalam Buku Jingga.
"DMPP tidak terkejut dengan tindakan tidak bertamadun ini. Tindakan yang kuat dipengaruhi Umno ini bukan satu kes baru dan terasing," katanya.
Malah, beliau menambah telah menjadi lumrah kepada para penyokong PAS dari kalangan guru-guru sejak dulu lagi, lebih dahsyat lagi ada beberapa penyokong PAS yang telah ditukarkan ke Sabah dan Sarawak semata-mata di atas inisiatif mereka terlibat dengan PAS.
Sesungguhnya, kata beliau telah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai para guru yang terlibat dengan Umno di peringkat bahagian dan negeri, bahkan terdapat mereka yang memegang jawatan-jawatan penting dalam Umno duduk dengan selesa.
"Mereka juga tidak pernah termimpi akan diambil tindakan disiplin. Anehnya Umno menabik dada bahawa mereka adalah sebuah parti yang sentiasa membela rakyat. Sedangkan tindakan penganiyaan terhadap guru-guru tersebut dicemuh oleh semua yang mempunyai pemikiran yang waras," ujarnya.
DMPP, tegasnya amat kesal dengan tindakan Umno yang tidak demokratik itu dan mendesak agar tindakan itu ditarik balik.
"Adalah satu tindakan yang mulia untuk berpatah balik jika kita tersilap melakukan sesuatu tindakan," ujarnya.
H/daily | Berpelukan Elak dihanyutkan Ombak Gergasi Posted: 27 Apr 2011 05:45 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
CASTLEROCK, Ireland Utara - Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.
DUA orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu (dalam bulatan) ketika ombak gergasi melanda sebuah jeti di Castlerock, Ireland Utara
Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut.
Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat.
Agensi
| Ninja Pantau Keselamatan Oorang Ramai Posted: 27 Apr 2011 05:29 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KENT, Britain - Seorang lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian hitam seperti ninja digelar sebagai penyelamat kerana sering menghulurkan bantuan kepada orang awam di jalan-jalan sekitar Royal Tunbridge Wells di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki dipercayai berusia 25 tahun yang memakai topeng dengan pakaian seperti atlet judo itu memerhatikan jalan-jalan raya, menegur setiap kesalahan orang ramai, sekali gus menjadi hero kepada penduduk di bandar Kent.
SEORANG kanak-kanak melihat aksi ninja yang berkawal di Royal Tunbridge Wells di Kent
Antara tugas yang dilakukan oleh ninja tersebut termasuk memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu dan memberi amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman.
Dia juga membantu warga tua untuk melintas jalan sehingga membuatkan ramai penduduk yang cukup berterima kasih kepada ninja tersebut.
Ninja itu juga memuat turun gambar dan videonya di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa dia ingin menegakkan keadilan di sekitar Kent.
"Ada segelintir orang di Facebook mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita tentang ninja ini. Tetapi saya akui, sayalah ninja itu.
Polis Kent Barat mengaku pihaknya tidak menyedari kemunculan ninja tersebut.
Namun, ia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri.
Agensi | Penjaga Gol ditumbuk Peminat Selepas Lepaskan Gol Posted: 27 Apr 2011 05:15 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
LONDON - Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu.
SEORANG remaja menumbuk muka penjaga gol, Cameron Belford kerana didakwa membiarkan bola membolosi golnya di stadium Chesterfield
Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.
Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan.
Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut.
Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama.
Agensi | Kerajaan perlu lulus gaji minimum Posted: 27 Apr 2011 02:00 AM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 27 April: Kerajaan sekali lagi diingatkan agar menjaga kepentingan golongan pekerja dengan meluluskan tuntutan gaji minimum yang sejak sekian lama disuarakan mereka.
Penyelaras Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (Protes), Dr Mohd MHatta Ramli (gambar) berkata, sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini seharusnya memberikan suatu perubahan ke arah meningkatkan kualiti dan taraf hidup pekerja yang berada di bawah paras kemiskinan.
"Sempena hari pekerja ini kita (Protes) harap segala tuntutan khususnya gaji minima ini diambil serius oleh para majikan untuk mengeluarkan para pekerja kita daripada kongkongan kemiskinan dan mula bergerak ke arah pendapatan sederhana, kalau pun tidak melebihi RM2,000 sebulan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bendahari PAS itu juga menegaskan, untuk memastikan golongan pekerja terbanyak ini dapat menyumbang kepada produktiviti negara, majikan seharusnya terlebih dahulu menimbangkan segala tuntutan mereka.
"Kita mengharapkan kumpulan pekerja yang teramai ini diperkasakan supaya kita mendapat pekerja yang produktif.
"Ini bermakna para majikan harus menimbangkan tuntutan-tuntutan yang wajar seperti gaji minima,elaun perumahan dan sebagainya supaya isu ini tidak membebankan para pekerja adan menyebabkan produktiviti mereka terjejas," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Krai.
Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan memberikan jaminan tidak akan menaikkan harga barang keperluan asas supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat menikmati hasil pendapatan mereka dengan lebih baik.
"Untuk menjaga kepentingan golongan pekerja ini, kerajaan seharusnya mengambil langkah yang drastik untuk menangani isu kenaikan harga barang dan berjanji tidak akan menaikkan harga-harga barangan penting seperti minyak dan sebagainya supaya pekerja dapat menikmati hasil pendapatan mereka lebih baik dan juga mengekang inflasi daripada terus naik," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam memberi tempoh selama dua bulan untuk kerajaan menurunkan harga barang yang telah naik selain menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.
Lim berkata, pengukuhan matawang negara lazimnya membawa kesan kepada dua perkara iaitu mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi lebih murah.
Namun anehnya apabila ringgit semakin kukuh, tiada tanda-tanda bahawa kadar inflasi akan berkurangan.
Lim berkata berdasarkan perangkaan kerajaan, kadar inflasi sejak tiga bulan lalu dicatatkan pada kadar 2.8 peratus.
"Kenapa kita tidak lihat harga barangan di luar negara turun tetapi di Malaysia harga barang terus naik? Adakah awak lihat harga tepung susu turun. Semua ini diimport.
"Kita adalah rakyat yang bertolak ansur. Kita beri dua bulan lagi untuk harga barangan turun. Jika tidak kerajaan mesti berikan jawapannya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP, dekat sini, semalam.
Harakahdaily/- Oleh : Hazayani Zakaria | Kawal permainan ganas komputer, telefon bimbit Posted: 27 Apr 2011 01:45 AM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 27 April: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya sentiasa berjaga-jaga dalam usahanya untuk mengawal ancaman permainan komputer dan telefon bimbit yang ganas ke atas masyarakat.
Presidennya, S M Mohamed Idris (gambar) berkata, banyak kajian sedia ada yang mengaitkan permainan online ganas dengan sikap keagresifan dalam kalangan kanak-kanak.
Tambahnya, terdapat juga kajian, tetapi amat sedikit yang mendakwa sebaliknya.
"Bagaimanapun penyelidik yang berkelayakan dan mereka yang membiayai kajian seharusnya memberitahu kita yang boleh diyakini," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, adalah sesuatu yang logik dan munasabah iaitu siapa sahaja terutama sekali kanak-kanak pada usia yang mudah terpengaruh dengan melihat atau melakukannya atau apa sahaja perkara yang negatif yang memenuhi masa mereka mempunyai kesan yang akan memberikan kesan merosakkan ke atas jiwa mereka.
"Kita telah melihat banyak jenayah remaja di negara barat yang dicetuskan oleh permainan komputer dan video ganas," ujarnya.
Menurutnya lagi, menafikan hakikat ini sepertilah menyembunyikan perkara sebenar dan tidak mempedulikan bahaya sebenar.
"Dalam masyarakat hari ini, termasuk Malaysia, kita mempunyai terlalu banyak "tindak balas" keganasan malah kepada insiden kecil seperti dalam kes pembuli jalan raya," ujarnya.
Di Thailand, katanya beberapa tahun yang lalu, seorang penjenayah telah meniru permainan komputer menyebabkan pengedar tunggal yang sah permainan itu telah menghentikan penjualan permainan itu dan memutuskan untuk tidak mengimport versi yang seterusnya, yang keempat daripada siri itu.
Katanya lagi, kini masyarakat sedang memasuki satu lagi dimensi dengan bidang baru berupa permainan melalui telefon bimbit.
Di Korea, tambahnya peratusan besar lebih daripada 700,000 kanak-kanak dengan telefon pintar menggunakannya untuk bermain permainan online, oleh itu telah membawa kepada kira-kira 50 persatuan ibu bapa di sana menggesa supaya larangan bermain permainan komputer online pada waktu malam bagi mereka yang berusia di bawah 16 tahun dikenakan juga kepada telefon bimbit.
Beliau berkata, tindakan proaktif untuk melindungi masyarakat Malaysia juga perlu jalan yang pintar, sebagai ganti melaksanakan sikap "tunggu dan lihat" untuk melihat jika jenayah seperti itu berlaku atau menuntut kaitannya sebelum mengambil langkah.
Tambahnya, "sampah masuk, sampah keluar" jelas menunjukkan kesan permainan ganas yang kini dengan mudah boleh diperolehi daripada komputer riba, i-Phones dan telefon pintar lain.
Justeru, ujarnya CAP menggesa pihak Kementerian mengambil langkah segera untuk menghapuskan permainan yang sama dan memberi amaran kepada pengguna terutama sekali ibu bapa akan pengaruh negatif terhadap anak-anak mereka.
Harakahdaily/- | |
Peghelih La... Posted: 27 Apr 2011 11:42 PM PDT Dunia Hiburan Hipokrit, Bob Lokman Nekad Bersara Posted: 27 Apr 2011 11:38 PM PDT Petikan mStar OnlinePETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS. Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya. "Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu. "Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu. Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu. Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti. Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari. "Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia. "Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya. Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya | Jom pi mengaji Posted: 27 Apr 2011 11:29 PM PDT | Hentikan Membodohkan Minda Melayu Posted: 27 Apr 2011 11:21 PM PDT Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita "Nasi lemak twice a week". Akhbar The Star pula memaparkan berita "Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion". Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.
Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama "Anwar Lelaki Y", Berita Harian "Lelaki Y Anwar" dan Sinar Harian "Anwar Lelaki Y". Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?
Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.
Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.
Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Manderin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
Suhaizan Bin Kayat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan