Membaca artikel Harakahdaily.net bertajuk [ DAP Akan Tolak Jemputan Umno Sertai BN ], semua rakyat pasti amat bersetuju dengan penolakan itu memandangkan modus operandi yang dijalan oleh Umno-BN saling tak tumpah sebagaimana yang pernah mereka lakukan terhadap PAS sehinggalah cubaan terakhir mereka tahun lalu digagalkan oleh Allah SWT.
Kini mereka mencuba nasib untuk menjemput DAP pula, namun pihak PAS khususnya PAS Ampang amat yakin dengan semangat dan jatidiri perjuangan yang ditunjukkan oleh rakan pakatan itu. Setiusaha Agung DAP dipetik sebagai berkata "bagi saya ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat" katanya kepada Harakahdaily.
Keadaan rumah yang ditawarkan untuk diperbaiki oleh Umno, namun ditolak oleh tuan rumah atas alasan beliau telah dibantu oleh kerajaan Pakatan Rakyat
Terdahulu, dalam lawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatannya ke Ampang pada 29 Mac lalu, seorang warga Kg. Tasek Permai berbangsa Cina telah menolak pelawaan Umno untuk membina rumah baru untuknya memandangkan rumah yang didiami oleh beliau telah terlalu usang seperti gambar di atas. "Terima kasih saja, sudah ada orang tolong saya!.." yang merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Kepada penduduk yang berkenaan dan yang sependapat dengan beliau, pihak DUN Lembah Jaya mengucapkan terima kasih dan tahniah.
"Terima kasih saja, sudah ada orang tolong saya!.."
1. Kertas kerja ini adalah untuk memahami asas 20 Imam al-Banna secara umum dan 10 usul pertama secara khusus. Untuk tujuan pembentangan, hendaklah ditumpukan kepada butiran yang dihitamkan sahaja. Para ahli usrah dikehendaki membaca dan memahami sepenuhnya sebagai kerja rumah.
2 – Saudara akan melihat kepentingan usul 20 dan kaitannya dengan gerakan Islam PAS
3 – Saudara perlu memahami dengan jelas peranan setiap ahli gerakan Islam demi menjayakan misi agung Islami di dalam memimpin umat manusia sejagat.
Muqaddimah
Usul Isyrin (20) yang ditulis oleh ustaz Hasan al Banna ini adalah dianggap di antara tulisannya yang penting, kerana usul isyrin ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh setiap muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya samada dalam hubungannya dengan al Khaliq atau hubungannya sesama manusia.
Usul isyrin ditanggap oleh para ulama sebagai penemuan penting kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam abad kini yang ditimpa pelbagai penyakit kesan daripada kemunduran tamadun, kemudian keruntuhan khilafah Islamiyah terakhir di Turki. Al syahid Hasan al Banna telah mengumpulkan dan meringkaskannya, kemudian mengemukakan penyelesaian yang perlu diikuti oleh umat Islam demi kebangkitan semula umat Islam.
Beliau menekankan kepada persoalan pokok keruntuhan tamadun Islam yang berpunca daripada kegagalan umat Islam memahami Islam yang sebenar. Daripada kesilapan awal itulah lahirnya pemikiran yang salah dantindakan – tindakan yang bukan membangun, bahkan semakin menjauhkan dan mengeluarkan umat Islam daripada janji tuhannya. Pangkal usul isyrin adalah penyatuan umat Islam.
Dalam Usul Isyrin ini, beliau menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian) sesama umat Islam, terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam al Quran danal Sunnah al nabawiyah.
Demikian juga dalam Usul Isyrin ini beliautelah menerangkan bahawa perbezaan pendapat adalah dibenarkan dalam perkara – perkara tertentu dalam ugama. Justeru pertikaian sesama sendiri yang membawa kelemahan dan kekalahan umat Islam boleh dielakkan jika mereka mengenal batas – batas yang telah ditentukan oleh syara' dengan sempurna.
Al mursyidul am dalam penyusunan kitab-kitabnya adalah benar dan menepati sebagaimana yang telah diajarkan oleh RasulullahsallaLlahu alaihi wasallam.Walaupun demikian kita mesti ingat bahawa tidak ada orang yang maksum melainkan para rasul alaihimussalam.
PAS yang merupakan jaringan kepada gerakan Islam seluruh dunia yang bergerak seiring membina ketamadunan umat yang baru sentiasa menjadikan pengajaran tokoh mujaddid ini sebagai pedoman di dalam pembinaan ahlinya ke arah kesempurnaan.
Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat berpesan kepada ahli-ahli pemuda PAS agar membaca dan mengulang – ngulang buku Risalah al Ta'aalim oleh al imam al syahid yang menjadi rujukan penting pembinaan jamaah dan umat itu sehingga ia bersebati dengan mereka dalam kefahaman dan tindakan.
Berikut adalah pengenalan seimbas terhadap usul isyrin, semoga ianya akan membantu menghidupkannya di dalam ingatan, seterusnya mampu dilaksanakan di dalam mengurus perjuangan, insya Allah.
Usul Pertama
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh dan mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.
Keterangan;
Usul pertama ini adalah asas paling utama. Ia memperkenalkan hakikat kesyumulan Islam pada maknanya yang asli. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Hakikatnya, ianya begitu ganjil untuk difahami oleh umat Islam di zaman keruntuhan tamadun dan khilafah.
Umat Islam waktu itu diserang fahaman sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat, lalu membutakan mereka daripada memahami nas – nas yang jelas. Hati umat menjadi tidak subur untuk Islam tumbuh dan berbuah dengan sempurna.
Al syahid Hasan al Banna telah datang menjelaskan hakikat dan telah mencurahkan tenaga yang banyak untuk menanam hakikat ini dalam jiwa umat Islam.
Ringkasnya, umat Islam mula melihat sesuatu yang telah lama menghilang iaitu tampilnya saudar muslim yang berada di mihrab dalam penuh khusyu', tekun, menangis dan merendah diri. Lantas kemudiannya ia dilihat sebagai seorang penceramah yang menyampaikan dakwah dan peringatan yang mengetuk gegendang telinga. Selepas itu dia dilihat di padang sebagai seorang ahli sukan yang pantas, berlari dan membaling bola atau berenang. Selang beberapa ketika dia kelihatan di pasar dan di tempat kerjanya melaksanakan tugas degan penuh amanat dan dedikasi.
Begitulah gambaran seorang muslim yang lahir daripada kefahaman Islam yang syumul dan sempurna.
Usul Kedua
Al Quran al karim dan Sunnah al Rasul adalah merupakan sumber rujukan untuk memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberat - beratkan dan tidak pula membabi buta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang thiqah dan dipercayai.
Keterangan;
Usul ini mempunyai kaitan dengan usul pertama. Selepas menegaskan kesyumulan Islam dalam segala aspek melalui usul pertama, usul keduaini pula menegaskan tentang sumber rujukan hukum - hakam bagi setiap aspek dan bidang kehidupan tersebut.
Walaupun terdapat sumber rujukan hukum yang lain seperti ijma', qias dan istihsan, Hasan al Banna tidak menyebutnya dalam usul ini kerana mahu mengembalikan dan menyatukan umat Islam di atas dua sumber utama yang telah disepakati secara ijma' oleh umat Islam tersebut. Lagi pula, sumber – sumber lain sebenarnya telah pun ditunjukkan dan disebut di dalam kedua – dua kitab utama tersebut.
Rujukan dalam memahami al Quran dan al hadis pula hendaklah melalui kaedah - kaedah bahasa Arabiyah dengan tidak memberat – beratkan atau meringan – ringankan secara membabi – buta. Ini adalah disebabkan al Quran telah diturunkan dalam bahasa Arabiyah. Begitu juga al Rasul yang bertutur dalam bahasa tersebut.
Oleh kerana cara capaian yang berbeza daripada al Quran, mengenali dan memahami al sunnah hendaklah pula bergantung kepada periwayatan daripada para ulama hadis yang thiqah dan dipercayai berdasarkan disiplinnya yang disepakati.
Sebenarnya, kegagalan memahami usul yang kedua inilah yang akhirnya menjebakkan umat Islam kepada kecelaruan di dalam memahami Islam yang akhirnya mencetuskan pertikaian yang tidak pernah luntur.
Ia juga telah membuka ruang kepada musuh – musuh Islam untuk memecah – belahkan umat Islam melalui tafsiran Islam yang bersumberkan otak manusia.
Usul Ketiga
Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syara'. Ia tidak boleh diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas ugama.
Keterangan;
Usul ketiga ini memanjangkan maksud usul kedua. Selepas menerangkan kewajiban bersumberkan dua rujukan utama di atas, usul ketiga menjelaskan beberapa perkara yang dianggap oleh segolongan umat Islam sebagai sumber rujukan tambahan, bagaimanakah dakwaan tersebut boleh thabit dan diterima atau gugur dan tertolak.
Ia menjelaskan bahawa iman yang teguh, ibadah yang sahih berserta mujahadah yang berterusan mampu memberikan kesan – kesan yang baik terhadap individu tersebut. Allah akan mengurniakan cahaya yang mampu menyuluhnya mengenali kebaikan yang tidak dilihat orang biasa. Dia juga akan mengecapi kemanisan iman yang luar biasa hasil usahanya bertaqarrub kepada Allah.
Maka berlakulah kurniaan ilahi seperti ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi yang benar ke atas hamba – hamba pilihanNya. Ia thabit dan tak boleh ditolak oleh umat Islam. Meskipun demikian, ianya bukanlah menjadi sumber hukum dan dalil kepada hukum syara' yang berdiri sendiri.
Jika ditanya, apakah faedah kewujudannya? Jawabannya adalah ya, ia diterima sekiranya tidak bertentangan dengan al Quran dan al Sunnah, lalu ia hadir untuk menguatkan kesahihan kedua – duanya. Ia menjadi cahaya di atas cahaya. Kesemua kurniaan tersebut adalah bersifat dzanni ( sangkaan ) yang belum terjamin kesahihannya.
Daripada usul ini diperhatikan beberpa perkara:
1)Menjaga sumber hukum syara' kekal bersih daripada percampuran yang meragukan.
2)Kesederhanaan Hasan al Banna di antara menerima dan menolak kurniaan ilahi tersebut.
3)Bertujuan menutup pintu daripada dimasuki dajal – dajal yang bertujuan mempermainkan pemikiran umat Islam.
4)Menyelamatkan umat daripada terperangkap dengan perkara – perkara khurafat.
Usul Keempat
Tangkal, azimat, jampi mentera, tenung, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi kecuali jampi daripada ayat - ayat al Quran atau jampi yang ma'thurat dan diterima daripada RasuluLlahsallaLlahu alaihi wasallam.
Keterangan;
Usul ini menumpukan kepada usaha membersihkan akidah umat Islam daripada kekeruhan, membebaskan hati daripada waham, dzan dan khurafat. Ia sering terjadi apabila kejahilan melata di kalangan umat Islam. Ia menyerang hati, pemikiran dan harta orang miskin.
Usul ini menjelaskan hakikat kesalahan umat Islam yang bergantung kepada unsur – unsur syirik yang menjauhkan hubungan dengan al Khaliq. Justeru umat Islam mestilah meninggalkan segala bentuk kepercayaan dan khurafat yang akan membantutkan kebangkitan mereka ke arah kemajuan yang diredhai.
Perkara – perkara tersebut diharamkan kerana ia bertentangan dengan akidah bahawa sanya yang memberi manfaat dan mudarat hanyalah Allah yang esa. Tiada pula yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah.
Usul Kelima
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam perkara yang tidak ada nas atau nas yang menerima pengertian yang pelbagai adalah diterima. Demikian juga pendapatnya dalam perkara yang berhubung dengan maslahat umum, ia boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapattersebut boleh saja berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Asal ibadat adalah taabbud (pengabdian diri) tanpa perlu melihat kepada makna yang tersirat, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.
Keterangan;
Ini adalah usul yang menerangkan mengenai siasah syar'ieyah, perkara yang harus atau sebaliknya bagi seorang imam/khalifah atau naibnya seperti menteri, qadhi dan ketua tentera.
Siasah syar'ieyah penting dijaga garisannya agar tidak berlaku perlanggaran yang boleh meminggirkan hukum – hukum yang jelas nasnya, menjejaskan hak – hak dan membuka ruang kepada pintu – pintu kejahatan dan kerosakan.
Seorang imam mestilah memiliki sifat – sifat tertentu. Paling penting memiliki pengetahuan yang mendalam tentang syariat Allah dan hukum – hukumNya. Dia mestilah ikhlas dan bukan mengikut hawa nafsu sekiranya dia bukan ahli ijtihad.
Ijtihad imam boleh berlaku pada perkara yang tiada nas, atau dalam keadaan wujud nas yang mempunyai andaian tafsiran yang berbeza, atau dalam perkara yang tidak disentuh nas yang menarik kebaikan dan menolak keburukan. Ia disebut al masoleh al mursalah.
Walaupun imam itu wajib dipatuhi tetapi ia mestilah dalam ruang lingkup ketaatan kepada Allah. Pilihan imam dalam perkara yang tiada nas tidak boleh diingkari.
Usul ini menjelaskan satu kaedah penting; Semua ibadah yang disyariatkan dan ditetapkan masa, tempat, syarat dan sebagainya adalah suatu yang bersifattaabbudi iaitu mematuhi perintah Allah semata – mata tanpa berpaling kepada hikmah, rahsia dan sebab disyariatkan. Walau bagaimanapun, kita beriman bahawa segala ibadah yang disyariatkan tetap ada hikmahNya yang hanya diketahui olehAllah.
23.4.11 Telok Pulai,KLANG ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama rombongan Briged Amal Selangor turun padang cari warga marhaen yang sakit, warga emas dan orang miskin untuk menyumbang sedikit bagi meringankan bebanan mereka serta menghibur hati mereka dengan kedatangan wakil rakyat mereka. Ada yang mahu kerusi roda yang baru kerana kerusi roda yang dipinjam daripada kenalannya sudah berkarat dan rosak.Payah untuk isterinya mengendalikannya. Seorang OKU berbangsa Tionghua tidak dapat membuka pagar rumahnya kerana beliau berada di atas kerusi roda kerana kaki kirinya sudah dipotong kerana kencing manis.Isterinya bekerja.Yang menjaganya ialah anaknya yang sakit mental!
menyantuni pesakit yang lengan hingga ke bahu kanannya bergerak tidak terkawal
Golongan remaja baru keluar daripada alam kanak-kanak yang bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa. Perubahan fizikal yang mendadak boleh menimbulkan kecelaruan dan ketegangan.Lazimnya secara tidak sedar mereka mengidentifikasi diri dengan figur-figur yang sering tertonjol dalam media massa tanpa mengambilkira positif atau negatif latarbelakang idola tersebut.Fenomena mengidolakan artis dan personaliti terkenal sinonim dengan remaja. Justeru, pemikir dan pengemudi masyarakat khususnya pemimpin negara perlu mempastikan ada program membentuk ikon-ikon positif yang dicorak sebagai contoh ikutan kepada remaja yang 'fragile' ini. Kewujudan artis-artis berwawasan akhirat seperti Maher Zain sedikit sebanyak membantu mendidik mereka yang minat seni dengan cara yang santai dan lebih berkesan.
Siapa yang menentukan acuan mana yang digunakan untuk membentuk remaja?
Apabila negara dilanda krisis keruntuhan akhlak, semua pihak meneropong remaja. Seolah-olah masalah dadah, rempit, masalah juvana, ponteng sekolah, kes buang anak,vandalisme dan seribu satu macam lagi masalah gejala sosial berpunca dan berkisar sekeliling perangai dan tindak tanduk mereka sahaja.
Ini persepsi kebanyakan remaja. Persepsi ini mencetus perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang memang pun sudah mempunyai ciri yang suka memberontak. Apabila kumpulan mereka dihentam, dikutuk dan dikritik bertalu-talu samada di corong radio, di kaca television mahupun terpapar saban hari di media cetak, gejolak perasaan malu bercampur marah akan meledak dan menyumbang kepada tindakan memberontak dan menatijah kerosakan harta benda kerana gangguan perasaan serta pengambilan dadah dan menghidu gam.
Majoriti remaja boleh mengawal kemahuan dan mengendalikan perasaan.Segelintir bermasalah besar menempuh hidup, lebih-lebih lagi yang berada dalam keluarga yang dilanda krisis..Iklim sekolah yang sekular dan terus menekan jiwa remaja diantara faktor penting yang mendorong seseorang bertindak diluar fitrahnya sebagai insan. Ketandusan input spiritual melumpuh daya tahan kepada serangan hawa nafsu yang menolaknya kepada tindak tanduk yang merugikan dirinya dan mendedahkannya kepada risiko bahaya akan datang bukan sahaja sekadar balasan di dunia tetapi akhirat. Rembesan hormone pertumbuhan(growth hormone) seiring dengan hormon seks yang memuncak diperingkat remaja akan mengakibatkan kadar perlakuan berkaitan dengan seks semakin sukar untuk dibendung.
Justeru, para pembuat dasar daripada kerajaan, pimpinan masyarakat, institusi pendidikan seperti sekolah, university dan pusat latihan kemahiran belia termasuk PLKN serta media massa, peniaga,ibubapa, PIBG, keluarga dan jiran tetangga, NGO memainkan peranan penting berkolaborasi secara sinergistik untuk melahirkan suasana kondusif yang boleh membantu remaja membangun secara positif dan memungkinkan mereka menjadi modal insan berkualiti yang produktif dan bukan insan liabiliti yang merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya..
Pihak pemerintah sebagai pentadbir harus merancangkan pelan strategik untuk membangunkan remaja berpotensi menjadi pemimpin pelapis bagi mempastikan pembangunan lestari yang mendapat restu Ilahi insyaallah. Rakyat pula harus memainkan peranan untuk memilih pemimpin rabbani yang bertunjangkan kejayaan ukhrawi dan mengemudikan ummat untuk mencapai kejayaan duniawi. Barulah konsep insan sebagai khalifah seperti yang disebutkan dalam surah Al BAQARAH AYAT 30 menjadi kenyataan.Inilah sebahagian tuntutan kepada manusia supaya khusyu' tunduk kepada arah perintah Ilahi agar 'good governance' boleh dilaksanakan.Justeru lengkap dan syumulnya Islam hingga menerangkan konsep urustadbir yang baik dalam Al Quran itu sendiri.
Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tentang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.
Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.
Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.
PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.
Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.
KETIKA saya ke Putrajaya tersesat ke satu jalan mati. Si hujung jalan mati di tebing sungai tersergam sebuah mini istana. Ia rupanya kediaman Timbalan Perdana Menteri. Ia bukan jalan masuk ke kediaman Tan Sri Muhyidin Yassin itu. Jalan itu sempit. Untuk pusing ke belakang pun sulit. Ia sesuai bagi penghuninya lari kalau dia diburu dari jalan masuk yang sebenar. Mengikut orang-orang di Putrajaya, Tan Sri Muhyiddin tidak tetap bermalam di situ dan dia belum betul pindah ke situ walau pun sudah lebih dua tahun jadi Timbalan Perdana Menteri. Saya diberitahu, mini istana itu sedang direnovasi. Mungkin itu yang menyebabkan TPM tidak menetap tetap di situ. Kononnya sebaik sahaja dia pindah ke situ, dia mengubah suainya. Rumah itu dibina untuk Timbalan Perdana Menteri ketika penjawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana malamnya sama banyak dalam dan luar negeri dan di dalam negeri pun dia ada rumah sendiri, maka kurang sangat dia bermalam di situ. Bila Tun Abdullah Badawi menjadi tuan baru bangunan itu, dia dikatakan membuat ubah suai. Apabila dia pindah ke kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Najib pun menjadi penghuninya. Cita rasa pasangan suami isteri itu biasanya lebih tinggi dari penghuni sebelumnya. Lebih banyak ubah suai dilakukan. (Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana) Tidak diketahui besar mana belanja renovasi itu. Tiba giliran Muhyiddin Yassin menjadi penghuninya, dia mengesahkan rumah itu tidak pernah siap. Sedang direnovasi lagi. Jika 50 tahun Barisan Nasional memerintah, jika gaya hidup demikian diteruskan, berapa puluh lagi mini istana itu akan menghadapi ubah suai. Ia mungkin kekal menjadi bangunan yang tidak pernah siap. Abdul Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam berceramah di Taman Melewar, Gombak. Dia menyebut satu peruntukan dalam bajet negara yang dibentang Najib ialah mengubah suai kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sebanyak RM65 juta. Wau! Banyaknya! Wang sebesar itu boleh membina sebuah kediaman yang kecil sedikit dari kediaman Perdana Menteri yang ada itu. Kalau dibina di tanah di luar Putrajaya bagi banglo sejuta ringgit sebuah, boleh dapat 65 buah. Apa lagi kurangnya kediaman Perdana Menteri yang ada itu? Adakah ia satu contoh mendahulukan rakyat? Atau ia mendahulukan Perdana Menteri dan anak-anaknya selama menjadi Perdana Menteri? Adalah betul ia bukan rumah Najib dan Rosmah. Ia kediaman Perdana Menteri dan bagi sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini. Orang tidak tahu akan keperluan renovasi sehingga RM65 juta itu. Tetapi yang dapat dikhayalkan itu tuntutan yang dibuat oleh Puteri Gunung Ledang apabila Raja Melaka meminangnya. Raja Melaka pun tak sanggup menunaikannya padahal baginda adalah raja. Ertinya dalam kediaman Najib itu ada ruh dan impian Puteri Gunung Ledang. Ia satu kehidupan kayangan yang fantasi. Impian Puteri Gunung Ledang itu satu kisah dongeng. Tetapi fantasi pasangan Najib ialah satu transformasi dongeng? Biasanya peruntukan RM65 juta itu tidak dibelanjakan mengikut nilai peruntukan itu. Ia boleh memberi komisyen hingga 30 peratus. Barisan Nasional terkenal dengan keberanian menggandakan peruntukan sesuatu projek, hingga yang sepatutnya murah menjadi mahal tang-tang-tang. Ia satu cara untuk menghalalkan lintah darat mengaut duit negara. Tunku Abdul Rahman Putra dulu anak Sultan. Sebagai Perdana Menteri dia tinggal di bangunan yang dinama Residensi di tengah Jabatan Perdana Menteri. Bangunan lama yang digunakan oleh Orang Putih dulu. Kerajaan ketika itu membina kediaman Perdana Menteri yang dinamakan Seri Taman di belakang Masjid Negara. Bila siapa Tunku enggan pindah. Rumah itu pun didiami oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Razak Tunku itu anak Raja. Tetapi agaknya kerana berjiwa rakyat, dia memilih kediaman yang sederhana. Tetapi anak rakyat yang menjadi Perdana Menteri, mungkin berjiwa raja, maka memilih gaya hidup dan impian bangsawan. Amat tidak sedap mendengar cerita kediaman Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang tidak pernah siap ini. Ia cerita yang berkembang dalam masyarakat. Ia boleh memburukkan imej pimpinan negara. Cerita yang saya dengar mungkin lagi memburukkan Perdana Menteri dan timbalannya. Maka wajar Perdana Menteri atas nama Menteri Kewangan membuat penjelasan supaya orang tidak bersangka tidak baik kepada pemimpin negara.
Menurut laporan en idris bin Saleh 26 April 2011 berhubung binatang ternakan seperti di bawah;
saya ingin buat aduan tentang binatang ternakan (lembu) yang selalu datang meragut rumput dan berkeliaran di depan lot kedai Taman rembau Permata.
Kemalangan pernah berlaku pada tahun lepas, membabitkan dua ekor lembu dan sebuah kancil remuk dan pemandunya cedera parah (berlaku di jalan utama , rembau-seremban (depan fresco).
Nyawa manusia boleh terkorban akibat kelalaian penternak (pemilik) kerana membiarkan ternakan mereka berkeliaran (10-20 ekor). Setiap bulan dua atau tiga kali lembu-lembu datang meragut rumput di sini. harap pihak berwajib ambil tindakan.
Unit aduan membuat siasatan dan telah menjumpai bukti yang kukuh antaranya gambar-gambar yang sempat di rakamkan di Taman Rembau Permata, Lorong 2 sekitar jam 2.30 petang
FOTO 1 - menganggu lalu lintas orang ramai
FOTO 2 - sekawan lembu dalam jumlah 10-20 ekor di kesan pada 26 April 2011 berkeliaran di Taman Rembau Permata
FOTO 3 - ibu lembu ini membawa anak..
FOTO 4 - ... meragut rumpu bersebelahan tangki air Taman Rembau Permata
FOTO 5 - Boleh mengundang padah (kemalangan)
PEMILIK BINATANG TERNAKAN INI DI MINTA TAMPIL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG SUDAH BERLARUTAN DAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PEMANDU JALAN RAYA.
LAPORAN E-ADUAN DALAM PORTAL MDR (MAJLIS DAERAH REMBAU) TELAH DIBUAT. NAMUN TIADA SEBARANG RESPON SETAKA HARI INI.PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM MERAGUT NYAWA PENDUDUK DI SINI.
SOALAN – SOALAN LISAN DAN BERTULIS PERSIDANGAN PERTAMA (PERASMIAN) PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12
SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI (OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)
HARI PERTAMA PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 25hb APRIL 2011 (ISNIN)
SOALAN 1
PUSAT KAFE SIBER BEROPERASI LEBIH MASA
Terdapat banyak Pusat Kafe Siber yang beroperasi di sekitar kawasan Senawang dan Paroi. Ada beberapa Pusat Kafe Siber sebagai contoh di Taman Matahari Height dan di Pusat Komersial Senawang yang didapati beroperasi sehingga jam 2 pagi.
a. Apakah waktu perniagaan bagi sesebuah Pusat Kafe Siber? Pihak manakah yang memantau operasi Pusat Siber Kafe ini samada dari segi waktu perniagaan mahupun bentuk perkhidmatan yang ditawarkan ?
b. Kenapakah rungutan yang dibuat penduduk sekitar melalui kaedah bertulis mahupun melalui saluran e-public tidak mendapat respon yang baik dari pihak yang berkaitan? Ini kerana tiada tindakan yang diambil terhadap pengusaha tersebut dan ia tetap beroperasi sehingga jam 2 pagi sehingga sekarang.
SOALAN 2
STATUS PEMBINAAN BANGUNAN SMK SENAWANG 3
Memandangkan SMK Senawang 3 masih "menumpang" sehingga kini di bangunan SMK Senawang , Taman Marida dan kini sekolah tersebut telah "menumpang" sehingga lebih 3 tahun lamanya.
a. Walaupun dimaklumi bahawa perkara ini di bawah tanggungjawab kerajaan pusat tetapi apakah usaha pihak kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah kelewatan ini? Kelewatan pembinaan bangunan sekolah ini bukan sahaja telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar-pelajar sekolah SMK Senawang 3 tetapi juga pelajar-pelajar di SMK Senawang, Taman Marida.
b. Berapakah jumlah sekolah di Negeri Sembilan yang masih "menumpang" kerana bangunan sebenar masih belum siap pembinaannya?
SOALAN 3
GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI DI NEGERI SEMBILAN
GSTT sangat diperlukan di ketiga-tiga Sekolah Menengah Agama Negeri di Negeri Sembilan bagi menampung kekurangan guru.
a. Berapakah orang GSTT yang ada pada tahun 2011? Adakah jawatan ini telah dibekukan dan surat perlantikan sebagai GSTT tidak dikeluarkan lagi?
b. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi membantu Sekolah Menengah Agama Negeri yang mengalami masalah kekurangan guru dan terpaksa mencari dana sendiri bagi menampung kos membayar gaji GSTT ini?
SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI (OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)
HARI KE 2 PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 26hb APRIL 2011 (SELASA)
SOALAN 1
PUSAT HIBURAN KELUARGA BEROPERASI LEBIH MASA
Berselindung di sebalik nama Pusat Hiburan Keluarga, terdapat 2 buah Pusat Hiburan keluarga yang beroperasi di Pusat Perniagaan Cempaka yang sering menjadi tumpuan anak-anak muda terutama pada hujung minggu. Walaupun banyak rungutan dari penduduk setempat berkenaan dengan pusat hiburan ini namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil.
a. Terdapat dakwaan dari pimpinan masyarakat setempat menyatakan tentang penglibatan pihak berkuasa dalam mempertahankan pusat hiburan daripada tindakan undang-undang. Apakah siasatan telah dijalankan oleh pihak yang berkaitan bagi mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap badan penguatkuasa undang-undang ini daripada berterusan?
b. Adakah pandangan dari masyarakat setempat khususnya kawasan majoriti orang Melayu Islam telah diperolehi sebelum meluluskan lesen dan premis bagi menjalankan pusat hiburan seperti ini?
SOALAN 2
TEKS KHUTBAH JUMAAT
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mula mengarahkan khatib-khatib seluruh Negeri Sembilan supaya membaca khutbah menggunakan teks yang telah disediakan oleh JHEAINS dan JAKIM. (a) Adakah pihak JHEAINS menyedari bahawa situasi atau masalah di sesuatu kariah tidak sama antara satu sama lain? Adakah JHEAINS tidak bersedia memberi sedikit ruang waktu di hujung khutbah pertama kepada para khatib supaya menyelitkan nasihat-nasihat berkaitan isu-isu setempat yang berlaku di kariah tersebut?
(b) Apakah tindakan yang akan dikenakan oleh para khatib yang gagal mematuhi arahan supaya membaca teks khutbah yang disediakan oleh JHEAINS atau JAKIM?
SOALAN 3
KOS PENGHANTARAN SEMULA PELAJAR-PELAJAR NEGERI SEMBILAN KE MESIR
Akibat situasi politik yang tidak menentu di Mesir, ramai pelajar-pelajar yang berasal dari Negeri Sembilan telah diarahkan balik ke tanahair.
(a) Berapakah jumlah pelajar yang telah balik semula ke Mesir dan berapakah pelajar yang masih berada di Negeri Sembilan? Apakah punca yang menyebabkan masih ada pelajar-pelajar yang belum balik ke Mesir?
(b) Berapakah jumlah kos yang telah dan akan dibelanjakan bagi menghantar semula pelajar-pelajar Negeri Sembilan balik ke Mesir?
SOALAN – SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS PERSIDANGAN DUN NS
PERSIDANGAN PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12
SOALAN 1
CUKAI TAKSIRAN
Cukai Taksiran adalah merupakan hasil tahunan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang digunakan untuk tujuan pengurusan, projek dan penyenggaraan setempat untuk manafaat pembayar cukai.
(a) Kenapakah pada tahun cukai taksiran setengah tahun pertama tahun 2011 perlu dibayar sebelum 28 Feb 2011 tanpa bayaran denda? Tindakan ini hanya membebankan pengguna yang perlu menjelaskan pebagai perbelanjaan awal tahun seperti yuran sekolah, yuran pengajian, saman ekor dan sebagainya.
(b) Berapakah hasil cukai taksiran yang dikutip oleh MPS pada tahun 2010 dan berapakah sasaran untuk tahun 2011?
(c) Berapakah tunggakan cukai taksiran MPS dan MPN setakat ini?
SOALAN 2
WABAK DENGGI
Penularan wabak denggi sekarang ini sedang melanda Seremban dan Senawang. Penubuhan COMBI adalah salah satu cara untuk mencegah penularan wabak ini. Walaupun sering diadakan gotong royong dan semburan asap , namun kes wabak denggi ini sering berulang.
(a) Apakah keputusan terhadap kaedah baru (menggunakan sejenis nyamuk lain) yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes
(b) Apakah tindakan yang dilakukan ke atas pemilik rumah atau bangunan yang membiarkan premis mereka yang kosong dipenuhi semak samun, hutan dan kemungkinan banyak bekas yang menakung air di dalam dan di luar rumah atau bangunan?
(c) Apakah tindakan agresif dan berkesan yang dilakukan terhadap untuk mencegah tempat pembuangan sampah haram di tepi jalan, lereng bukit, lembah, gaung, sekitar taman perumahan dan sebagainya.
SOALAN 3
KELAS KAFA dan KAP
Kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardhu Ain serta KAP atau Kelas Agama Petang adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan amalan dan ilmu agama Islam di kalangan pelajar sekolah rendah.
(a) Berapakah bilangan guru dan pelajar untuk KAP dan KAFA pada tahun 2011?
(b) Adakah terdapat mana-mana sekolah yang tidak dapat mengadakan KAP disebabkan kekurangan bilik darjah?
(c) Sila senaraikan semua KAFA beserta alamatnya yang terdapat pada tahun 2011?
(d) Berapa elaun yang dibayar kepada guru KAFA dan KAP oleh kerajaan negeri melalui JHEAINS dan yang dibayar oleh kerajaan persekutuan melalui JAKIM mulai tahun 2011?
SOALAN 4
PENIAGA-PENIAGA KECIL
Terdapat banyak warung dan gerai yang didirikan oleh para peniaga kecil akhir-akhir ini sekitar Senawang dan Seremban, namun hampir keseluruhan warung dan gerai ini didirikan di tepi jalan, di lereng bukit, tanah lapang dan sebagainya.
(a) Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu para peniaga kecil ini untuk memberikan kemudahan yang lebih baik, seperti mengadakan medan selera atau bengkel di tempat yang strategik iaitu laluan orangramai bukannya di jalan mati seperti di Taman Tuanku Jaafar?
(b) Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti mana-mana tanah tersepit, tanah tepi jalan, tanah padang terbiar yang boleh dibangunkan untuk membantu para peniaga kecil ini?
SOALAN 5
PEMASANGAN METER BAYARAN DI KAWASAN TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR
Terdapat beberapa kawasan letak kereta di sekitar Senawang dan Seremban sedang dalam proses pemasangan meter bayaran antaranya di sekitar Dataran Senawang (Pusat Komersial Senawang). Ini merupakan langkah MPS bagi meningkatkan pendapatan MPS.
(a) Senaraikan kawasan letak kereta yang baru yang telah diwartakan sebagai kawasan letak berbayar di Negeri Sembilan pada tahun 2010 dan tahun 2011.
(b) Sila nyatakan dengan terperinci butiran berkaitan dengan kontrak pemasangan meter bayaran bagi kawasan letak kereta berbayar yang diwartakan tersebut.
(c) Adakah pemasangan meter parking ini dan kutipan duit parking tersebut diserahkan kepada pihak swasta? Sila nyatakan secara terperinci berkaitan dengan kontrak tersebut iaitu dari segi nama syarikat yang berjaya, nama pemilik syarikat, harga bagi kontrak pemasangan tersebut dan bagaimana kos bagi mengutip duit bayaran tempat letak kereta tersebut yang perlu dibayar kepada syarikat berkenaan.
SOALAN 6
PENGHANTARAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) OLEH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Dalam beberapa perayaan utama negara kita seperti Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Tahun Baru, ramai rakyat Negeri Sembilan menerima SMS dari YAB Menteri Besar.
(a) Sila nyatakan kos yang terlibat dalam penghantaran SMS itu sepanjang tahun 2010.
(b) Sila nyatakan bagaimanakah maklumat berkaitan dengan pemilik nombor telefon bimbit itu diperolehi oleh pejabat Menteri Besar sedangkan semua maklumat peribadi pengguna telefon bimbit sepatutnya dilindungi oleh Akta Data Peribadi 2010.
SOALAN 7
PESERTA RANCANGAN TANAH FELCRA DI NEGERI SEMBILAN
Terdapat beberapa rancangan tanah yang diuruskan oleh FELCRA di Negeri Sembilan
(a) Sila nyatakan secara terperinci kawasan tanah rancangan FELCRA di Negeri Sembilan , keluasan tanah yang terbabit dan jumlah peserta yang terlibat.
(b) Walaupun FELCRA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Jadikan , apakah usaha kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu peserta-peserta FELCRA yang kini mengadu tentang masalah pemberian dividen yang rendah oleh FELCRA , beban hutang yang tinggi dan pendapatan bulanan yang rendah berbanding dengan harga getah dan kelapa sawit yang semakin tinggi hari ini.
(c) Adakah kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mencadangkan kepada FELCRA untuk mengkaji semula perjanjian yang dibuat antara peserta dan FELCRA sendiri?
SOALAN 8
TANAH FELDA PLANTATION DI NEGERI SEMBILAN
Terdapat banyak tanah di Kawasan Rancangan Tanah FELDA yang diserahkan kepada FELDA Plantation di Negeri Sembilan
(a) Sila nyatakan secara terperinci jumlah keluasan kawasan tanah yang diuruskan oleh FELDA Plantation di Negeri Sembilan dan nyatakan lokasinya.
(b) Walaupun FELDA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Apakah kerajaan Negeri Sembilan tidak berhasrat untuk menyemak semula pemberian tanah kepada FELDA Plantation dengan tujuan untuk menyerahkan tanah tersebut kepada generasi kedua dan ketiga FELDA?
SOALAN 9
PEMBELIAN TANAH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BAGI MENGGANTI TANAH DI KEM TENTERA UDARA SUNGAI BESI.
Tanah berkomersial tinggi di Kem Tentera Udara Sungai Besi telah diserahkan kepada pihak swasta untuk dimajukan.
(a) Terdapat perancangan oleh Kerajaan Pusat yang bercadang untuk membeli tanah di Negeri Sembilan bagi mengganti semula tanah di Kem Tentera Udara di Sungai Besi, dimanakah lokasi sebenar tanah yang akan dijual tersebut , berapakah harga dan keluasan tanah yang ingin dijual tersebut?
(b) Apakah kajian yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan sebelum menjual tanah tersebut kepada Kerajaan Pusat atau pihak swasta?
SOALAN 10
CADANGAN MEMBINA KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAN NEGERI SEMBILAN YANG BARU.
Difahamkan bahawa tapak pembinaan kompleks tersebut terletak di Bandar baru Sendayan.
(a) Apakah alasan-alasan kerajaan negeri membina kompleks pentadbiran yang baru sedangkan bangunan sedia ada masih elok dan sempurna (tiada kerosakan serius)?
(b) Dimanakah lokasi sebenar tapak kompleks tersebut dan siapakah pemilik tanah tersebut?
(c) Berapakah kos sebenar pembinaan kompleks tersebut dan dari manakah sumber kewangan bagi membiayai pembinaan kompleks tersebut? Berapa peratuskah proses pembinaan tersebut telah berjalan?
Ketika membahaskan usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab atas penyebaran VCD , gambar dan buku yang mengandungi bahan lucah yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Sudah sampai masanya untuk hentikan semua ini , rakyat sudah muak dengan P-Politik . UMNO mengajak rakyat kepada P-Politik iaitu politik porno tetapi kami , Pakatan Rakyat ingin membawa rakyat kepada budaya K-Politik iaitu "Knowledge Politik" yakni politik yang berdasarkan ilmu dan hujah".
"Walaupun kami diberi maklumat tentang skandal pihak tertentu di Negeri Sembilan, ada kes ditangkap khalwat, kes dengan isteri orang, kes dengan artis di hotel Port Dickson dan pelbagai kes maksiat yang lain tetapi pimpinan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk mensensasikan isu-isu peribadi kerana ia melibatkan maruah pemimpin dan ianya tanpa bukti yang sahih mahupun saksi yang adil".
Beliau turut menjelaskan pandangan Islam berhubung isu tuduhan zina ini dengan membacakan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur ayat 4 yang bermaksud "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan/lelaki yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka selama-selamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasik".
Persoalan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi yang adil ini bukan persoalan kecil kerana apabila isu ini diperbesarkan sebegitu rupa dengan penglibatan media massa secara terancang seolah-olah UMNO mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam soal yang melibatkan hukum-hakam Islam dan amaran tergolong sebagai fasiq seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran tersebut.
Penjelasan yang dikemukakan itu menyebabkan ramai wakil rakyat UMNO bangkit kerana cuba menganggu ucapan beliau tersebut.
Beliau turut menyentuh isu pembunuhan wanita Mongolia di mana dalam isu ini , Pakatan Rakyat tidak menuduh pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam pembunuhan tersebut tetapi PR mahu Perdana Menteri (PM) membersihkan nama beliau apabila banyak media antarabangsa mengaitkan pemimpin tertinggi negara itu dengan pembunuhan tersebut.
Untuk menjaga imej dan maruah negara Malaysia, sewajarnya PM mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut.
Sebagai bukti bahawa PR mengamalkan budaya politik ilmu dan hujah, beliau mengambil contoh dalam isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga , kita khususnya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat dan berhujah apabila PM mempersoalkan kewajaran tawaran PR tersebut.
Cabaran debat yang dikemukakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu tidak pernah disambut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.
ALOR SETAR – Rakyat Kedah digemparkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) menyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir ke Perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30 April ini.
SMS itu adalah seperti berikut, "Perhimpunan Melayu Kedah…pada 30April 2011 jam 3.00 petang di Stadium Suka Menanti Alor Setar, datang beramai. Kita gabungkan tiga pemimpin besar Melayu di satu pentas, YBhg Tun Mahathir, YAB Ustaz Azizan, YB Ibrahim Ali. DEMI KEDAULATAN MELAYU."
Setiausaha akhbar YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Helmi Khalid berkata, hebahan itu adalah tidak benar sama sekali dan Menteri Besar langsung tidak terlibat dengan perhimpunan ini.
Hebahan ini secara tempiasnya juga untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan dan sebagai propaganda pembangkang mengaitkan beliau dengan PERKASA.
"Ustaz Azizan tak akan hadir sama sekali untuk sertai perhimpunan itu dan ini adalah taktik pembangkang untuk kaitkan beliau dengan PERKASA.
"Diminta rakyat jangan percaya dengan propaganda ini," ujar beliau ketika dihubungi untuk mengulas isu ini.
Setiausaha politik YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor turut menafikan hebahan ini.
"Tajuk perhimpunan itu adalah Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara, jadi mereka guna nama Ustaz Azizan untuk tarik orang ramai datang, ataupun jika beliau tak hadir maka isu lain timbul seperti Ustaz Azizan tak sokong Melayu, kalau hadir pun ada isu juga," jelas beliau.
Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah bertemakan Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara akan diadakan pada 29 April hingga 30 April di Stadium Suka Menanti dan ucaptama perhimpunan disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.
Semalam YAB Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turun Padang ke Tapak Laluan @ jajaran LRT di Alam Megah.
Turut hadir ialah ADUN Sri Muda, Dato Bandar Shah Alam, Ahli Majlis dan Ketua-ketua Kampung.
Ia bagi menyelesaikan kes tertangguh mengenai laluan ini yang akhirnya akan memberi manafaat kepada kira-kira 700,000 penduduk di sekitar Subang, Puchong dan Bandar Kinrara dekat sini mungkin tidak perlu berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya selepas ini apabila jaringan terbaru perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) akan diperluaskan ke kawasan mereka.
Melalui jajaran baru itu, kedua-dua perkhidmatan LRT iaitu Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang.
Projek yang dijangka menelan belanja sehingga RM7 bilion dan siap menjelang tahun 2012 itu melibatkan sambungan dari stesen Sri Petaling bagi Laluan Ampang manakala dari Kelana Jaya bagi Laluan Kelana Jaya ke stesen terakhirnya di Putra Heights dengan tambahan 13 stesen baru.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana), Datuk Idrose Mohamed berkata, antara kawasan baru yang dijangka dilalui oleh LRT tersebut ialah di Bandar Kinrara, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Prima, USJ 8, USJ 21, SS 7, Taman Perindustrian Subang Jaya, Persiaran Murni, Taman Alam Megah dan Kompleks Kelana Centre Point.
Petikan Harakahdaily KUALA LUMPUR, 26 April: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.
Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.
Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.
Sekumpulan 10 rakyat Malaysia hari ini ditahan kerana cuba menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine ke New Zealand. Menurut pegawai kastam negara itu mereka didapati menyembunyikan dadah berkenaan di dalam kasut mereka.
Penyeludup yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an dan lewat 60-an, ditahan di lapangan terbang Auckland, semalam (waktu tempatan).
Kastam New Zealand berkata, mereka ditahan selepas mendarat di lapangan terbang berkenaan bersama-sama kumpulan yang melancong ke negara itu menerusi penerbangan dari Malaysia.
Pengurus kastam bahagian penyiasatan dadah, Mark Day, berkata penahanan itu adalah penyeludupan terbesar pernah dilakukan dalam satu tangkapan dengan membabitkan sempadan New Zealand.
Kerajaan diminta menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga seorang bekas akauntan bertauliah berkata perkara itu bercanggahan dengan norma ekonomi.
Hujah Lim, pengukuhan matawang negara lazimnya membawa kesan kepada dua perkara - mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi lebih murah.
Namun, yang anih apabila ringgit semakin kukuh, tiada tanda-tanda bahawa kadar inflasi akan berkurangan.
Lim berkata berdasarkan perangkaan kerajaan, kadar inflasi sejak tiga bulan lalu dicatatkan pada kadar 2.8 peratus.
"Kenapa kita tidak lihat harga barangan turun tetapi tetap BN atau barang naik? Adakah awak lihat harga tepung susu turun. Semua ini diimport.
"Kita adalah rakyat yang bertolak ansur. Kita beri sebulan lagi untuk harga barangan turun. Jika tidakj kerajaan mesti berikan jawapannya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
"Entah mana silapnya, ke mana wang untuk pergi?"
Semalam, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu RM2.995 berbanding dolar Amerika yang turut merudum berbading matawang antarabangsa yang lain.
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya.
Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas.
Beliau seterusnya memberikan peringatan bahawa dengan pendekatan baru ini jika pengguna jalanraya disaman, mereka perlu menjelaskannya.
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana secara tidak langsung ia mengesahkan perjuangan KASE selama ini bahawa tindakan menyorok di belakang tiang, menyorok di dalam belukar dan di atas jejantas dalam operasi perangkap laju yang disusuli dengan Saman Ekor adalah bukan suatu cara pendidikan undang-undang yang baik.
KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.
Walaubagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar.
Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar.
Pengumuman TKPN ini adalah suatu permulaan yang baik tetapi ia telah membuka beberapa persoalan lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan.
Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?
Notis Pol 170A atau lebih popular dikenali sebagai "Saman Ekor" dikeluarkan ekoran perlaksanaan perangkap laju secara menyorok oleh PDRM. Apabila TKPN mengumumkan teknik menyorok tidak lagi akan digunakan, apakah status "Saman Ekor" yang dikeluarkan dahulu?
Apakah status "Saman-saman Ekor" yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa "Saman-saman Ekor" yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira.
Ini kerana "Saman-saman Ekor" tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul.
KASE seterusnya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap hadlaju. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (APJ 2010) mula berkuatkuasa pada 1/2/2011.
Melalui APJ 2010 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi hadlaju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas. Sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.
Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap hadlaju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? Tidakkah ianya bertindih dengan AES?
Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju?
Rakyat Malaysia juga secara keseluruhannya perlu faham bahawa APJ 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 telah memperakui "Saman Ekor" malah penguatkuasaan "Saman Ekor" pada masa depan tidak lagi bermusim malah secara 24 jam tanpa henti.
Perlu diambil perhatian bahawa "Saman Ekor" di bawah APJ 1987 ialah Notis meminta maklumat di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tetapi di bawah APJ 2010, Saman Ekor adalah saman yang sah bukan lagi notis.
Walau pun PDRM mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyorok tetapi apa yang lebih teruk ialah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya selepas ini sudah diswastakan.
Akhirnya KASE mendesak kerajaan menghapuskira Saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyakkan kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.
Penulis adalah Naib Presiden PAS Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE).
KUALA LUMPUR 27 APRIL : Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan.
Laporan media menyebut, kertas siasatan itu dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah diminta mendapatkan keterangan daripada seorang lagi saksi sebelum Peguam Negara boleh menentukan tindakan selanjutnya.- The Malaysian Insider
EL-ARISH, MESIR 27 APRIL : Pegawai keselamatan Mesir berkata letupan di terminal gas di sempadan dengan Israel menyebabkan api menjulang dan memaksa penutupan saluran paip.
Ia adalah serangan kedua di terminal al-Sabil berhampiran bandar El-Arish.
Pada 27 Mac lalu, bahan letupan dipasang pada terminal itu oleh lelaki bersenjata tetapi gagal diletupkan. - AP
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Indonesia pada pukul 5.43 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di kedudukan 666 kilometer tenggara Ambon di Indonesia dan 1,674 kilometer tenggara Sarikei, Sarawak.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR, 26 April: Kemenangan 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah kerana DAP turut disokong oleh pengundi bukan Cina serta faktor pengundi bandar dan luar bandar.
Jelasnya, tanpa sokongan sekurang-kurangnya 25 peratus pengundi bukan Cina, DAP tidak akan dapat memenangi 12 kerusi itu.
"Tanpa sokongan daripada pengundi bukan Cina, kita tidak dapat menang 12 kerusi dan secara purata sokongan pengundi bukan Cina ialah 32 peratus. Ini analisa yang kita buat," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan para pemimpin Umno dan media mereka kononnya DAP menang di Sarawak kerana memainkan sentimen perkauman.
Sedangkan bagi DAP, mereka menjadikan isu penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Taib Mahmud sebagai modal kempen utama mereka.
Guan Eng berkata, DAP juga menang di kebanyakan kawasan bandar, berbeza dengan BN yang memenangi kerusi di pedalaman dan luar bandar.
Ini menunjukkan pengundi yang bermaklumat di bandar akan menyokong Pakatan manakala pengundi tanpa maklumat yang cukup di luar bandar boleh dimanipulasikan oleh BN.
"Perbezaan undi yang kita dapat bukan berdasarkan kaum tapi berdasarkan lokasi, faktor geografi iaitu luar bandar dan bandar. BN hanya menang di kawasan pedalaman.
"Yang paling tinggi DAP menang ialah Kidorong, kita dapat sokongan 63 peratus pengundi bukan cina dengan majoriti 7,000 undi. Tanpa sokongan bukan Cina DAP tak mungkin dapat undi sebegini," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Analisa ini tegasnya sekaligus menafikan dakwaan Umno BN bahawa DAP menang banyak kerusi di Sarawak kerana semangat perkauman.
Menurutnya, rakyat Sarawak sendiri yang mahukan perubahan dan menolak kepimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud yang penuh dengan salah guna kuasa.
"Percubaan Umno untuk cuba menjadikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebagai satu isu perkauman adalah satu tindakan terdesak yang cuba menafikan sebab sebenarnya mereka kalah di sarawak.
"Tiga sebab utama mereka hilang lapan peratus undi popular ialah rakyat sarawak mahukan perubahan setelah lama diperintah Taib Mahmud, tak mahu rasuah berterusan dan mahu urus tadbir yang baik," katanya.
DAP, PKR dan PAS berjaya mengurangkan lapan peratus undi popular BN daripada 63 peratus pada pilihan raya tahun 2006 kepada 55 peratus dalam pilihan raya baru-baru ini.
Namun yang menghairankan DAP adalah, BN berjaya mendapat 77 peratus kerusi walaupun undi popular yang diperolehinya hanya 55 peratus.
"Ini adalah satu kezaliman BN dalam persempadanan kerusi pilihan raya di Sarawak," kata Guan Eng.
DAP cabar Wan Ahmad
Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Wan Ahmad Wan Omar agar memberikan penjelasan yang lebih berhubung dakwaannya terhadap DAP.
Wan Ahmad mendakwa, seorang calon DAP telah memainkan sentimen perkauman apabila dalam satu ucapan tertutupnya berkata, "Sudah cukup orang Melanau menjadi Ketua Menteri."
Wan Ahmad berkata, dia hanya memetik kata-kata Menteri Penerangan, Datuk Sri Rais Yatim.
"Ini bukan kenyataan dari seorang pemimpin badan bebas seperti SPR.
"Saya menuntut Wan Ahmad memberikan penjelasan yang lebih lagi kerana penjelasan ini tidak cukup untuk beliau menuduh DAP bersikap perkauman kerana tidak ada bukti yang diberikan, hanya berkata Rais yang kata begitu.
"Jika tidak, saya difahamkan DAP Sarawak akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata beliau.
KUALA LUMPUR, 27 April: Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini dikejutkan dengan kenaikan yuran pengajian yang akan bermula semester 1 sesi 2011/2012.
Kenaikan itu disedari sendiri oleh beberapa mahasiswa termasuk pimpinan mahasiswa, SRC yang mendedahkan penyata yuran yang baru untuk mahasiswa Malaysia.
Mahasiswa UIAM dalam satu kenyataan menyatakan hal itu sangat dikesali mereka apabila diputuskan semasa cuti semester.
Dalam penyata yuran yang baru tersebut, kenaikan yuran pengajian bertambah sebanyak RM37.50 untuk setiap kuliyyah.
Jumlah kenaikan yang dibuat tidaklah terlalu melampau, namun satu penjelasan yang sewajarnya mesti diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada mahasiswa.
Mahasiswa tidak rela untuk membayarnya andai kenaikan tersebut sedikit pun tidak memberi manfaat kepada mahasiswa.
Berdasarkan penyata yuran yang baru juga, peningkatan yuran dikenakan adalah untuk menampung perbelanjaan transportation iaitu bas.
Pihak mahasiswa membantah setegas-tegasnya kenaikan yuran itu, antaranya kerana:
1) Mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas tidak sampai 10 peratus.
2) UIAM dikenali sebagai 'walking university', tidak wajar untuk memperuntukkan kewangan yang lebih untuk bas.
3) Yuran bas dikenakan, namun sebarang penggunaan bas untuk persatuan tetap dimasukkan dalam bajet kewangan program.
4) Penyediaan bas untuk program kegunaan persatuan-persatuan adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran, tanggungan kos di bawah penyeliaan pentadbiran bukan mahasiswa.
5) Manfaat bas tidak meliputi seluruh mahasiswa UIAM.
Mahasiswa tidak bersetuju sama sekali dengan kenaikan yuran yang dibuat oleh pihak UIAM.
Pada masa yang sama, pinjaman dan biasiswa masih seperti biasa tanpa kenaikan membuatkan mahasiswa merasai sedikit bebanan untuk membuat bayaran yuran yang baru ini.
Justeru, mahasiswa menggesa seluruh organisasi mahasiswa yang berdaftar mahupun tidak berdaftar untuk lebih responsif dan proaktif dalam menjaga kebajikan mahasiswa.
Perkara sebegini tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan hak mahasiswa.
Mereka berharap pihak pentadbiran lebih cenderung untuk melihat keadaan mahasiswa berbanding kepentingan sendiri.
IPOH: Bonda Raja DiHilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Che Puan Besar Datuk Wan Rafidah Wan Ahmad Rasdi mangkat di sebuah hospital swasta di sini, malam tadi.
"Allahyarham yang berusia 78 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 8.15 malam," kata jurucakap kerajaan negeri Perak.
Jenazah balu kepada Almarhum Raja Muda Musa itu selamat disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Zohor hari ini. - BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pada mulanya dianggap wira apabila mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri untuk mendapat rawatan di klinik di Bandar Baru Uda, di sini, kerana dikatakan akibat penyakit asma.
Namun, persepsi terhadap lelaki berusia lewat 20-an itu bertukar sejurus kemudian apabila dia gagal memberi penjelasan mengenai kesan jerut yang terdapat pada leher isterinya yang disahkan sudah meninggal dunia, sebelum melarikan diri.
Sumber polis berkata, ketika lelaki itu muncul di klinik berkenaan pada kira-kira jam 3 pagi semalam keadaannya memang agak mencurigakan kerana dia kelihatan seperti menggelabah.
"Malah dia bersungguh-sungguh meminta doktor memasang alat bantuan pernafasan kepada isterinya dengan harapan wanita akan kembali bernafas. Bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana menurut doktor isterinya sudah meninggal dunia ketika di bawa ke klinik berkenaan," katanya.
Sumber itu berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa, doktor menemui kesan jerutan pada leher wanita berkenaan dan sejurus dimaklumkan kepada lelaki itu, dia mula menggelabah dan keluar dengan alasan mahu menghubungi ahli keluarganya sebelum menghilangkan diri.
"Identiti lelaki dan wanita berkenaan tidak diketahui berikutan mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika mendaftar dan ditambah pula, ketika itu keadaan agak kelam-kabut," katanya.
Menurut sumber, kakitangan klinik itu kemudian menghubungi polis dan wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan kes disiasat.
"Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup klinik berkenaan untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit," katanya
KUANTAN, 26 April: Sesuatu fatwa yang ingin diputuskan perlu diselaraskan terlebih dahulu untuk mengelakkannya menjadi bahan gurauan dan mainan ketawa orang ramai, nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).
Dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menyelaraskan fatwa kerana ada yang tertakluk di dalam bidang kuasa negeri, namun perkara ini perlu diselesaikan dengan baik dan tegas kerana fatwa yang berbeza akan menyusahkan rakyat.
"Biasanya kalau asas pengharaman itu sama, maka tidak timbul fatwa berbeza antara negeri-negeri.
Akan tetapi, disebabkan tiadanya penyelarasan antara ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, maka terjadinya perkara seperti ada negeri yang terlalu laju dalam memberi fatwa berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi, implikasi daripada fatwa itu menjadi sangat besar," terangnya.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengambil contoh fatwa larangan merokok di Pahang sebagai hujah betapa pentingnya proses penyelarasan fatwa yang dicadangkannya.
"Seperti Pahang yang mengharamkan merokok, sedangkan negeri lain belum mengharamkannya. Ini bermakna kalau seseorang menghisap rokok, bilamana ia melepas terowong ke Pahang mesti dipadamkan rokoknya," katanya.
Disebabkan ketidaksetaraan fatwa seperti itu, ujarnya, akan menganiaya sesuatu fatwa sehingga menjadi satu bahan gurauan dan mainan tertawa orang ramai.
"Ini akan merendah-rendahkan sesuatu fatwa itu," tambah Tuan Ibrahim.
Beliau turut berkata perkara yang sama turut berlaku dalam isu fatwa tarian poco-poco di mana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terlebih dahulu memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk orang Muslim di negeri Perak telah menimbulkan pelbagai pertikaian daripada pelbagai pihak.
Perkara ini menjadi lebih mengelirukan untuk umat Islam, Jumaat lalu, apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Walaupun berbeza dengan fatwa negeri Perak, Abdul Shukor turut dipetik sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu menghormati keputusan negeri tersebut untuk mengharamkan poco-poco sejak Januari lalu.
Namun begitu, perkara ini dinafikan Harrusani hari ini.
Harussani terkejut
"Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.
"Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini... jadi bagaimana boleh kata macam itu," kata Harussani (gambar) yang dipetik The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan Abdul Shukor dan dimaklumkan media telah salah faham.
Dalam pandangannya terhadap perkara ini, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa bukan direka untuk menjaga hati mana-mana pihak dan dibuat berdasarkan garis panduan yang mengikuti peraturan syarak.
"Oleh itu, PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan," katanya.
Bagi golongan yang tidak dibekalkan asas agama yang cukup dalam memahami kaedah syarak, beliau menasihatkan mereka untuk membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah syarak untuk pengambilan sesuatu hukum sebelum membuat sebarang ulasan dan pertikaian terhadap fatwa yang dikeluarkan.
"Apakah mereka membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah pengambilan sesuatu hukum terlebih dahulu sebelum mempertikaikannya?
Namun, persoalan ini timbul mungkin kerana kegagalan kerajaan melalui kementerian menjadikan mata pelajaran agama sebagai mata pelajaran teras dalam mana-mana peperiksaan, sehinggakan ada golongan yang tidak memahami agama secara mendalam sanggup mempertikaikan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya dengan kesal.
MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.
Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.
TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer
Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.
"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."
Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.
Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.
Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja.
PHANOM DONG RAK - Ketegangan semakin memuncak di sempadan Thailand dan Kemboja selepas tentera kedua-dua negara meneruskan serangan pada hari kelima pertempuran, semalam.
Kerajaan Thailand dilaporkan turut menghantar tentera bantuan ke kawasan sempadan, kelmarin, selepas pertempuran berdarah selama empat hari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 pegawai tentera kedua negara.
Tentera Thailand memaklumkan orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak didapati berada di pangkalan operasi tentera Kemboja di sekitar kuil purba Preah Vihear yang menjadi rebutan kedua negara.
Kerajaan Thailand menggesa konflik perebutan kawasan di sempadan itu ditamatkan segera melalui perbincangan dua hala tetapi Kemboja enggan memberi kerjasama sebaliknya mahu ia diselesaikan dengan campur tangan Asean.
TRIPOLI - Serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dilihat langsung tidak memberi kesan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang muncul di kaca televisyen, kelmarin.
Mesyuarat antara Gaddafi dan pemimpin puak di Libya ditayangkan di televisyen beberapa jam selepas serangan Nato ke atas kediaman beliau, kelmarin.
"Serangan itu bertujuan menakutkan Gaddafi sekali gus membuktikan Nato mempunyai agenda politik tersembunyi," menurut jurucakap kerajaan.
Sementara itu, Itali mengumumkan negara itu bersedia melancarkan serangan udara ke atas Libya jika diperlukan.
KABUL: Tentera Nato di Afghanistan berkata, mereka membunuh 'seorang pemimpin kanan al-Qaeda' yang menjadi tokoh kedua paling dikehendaki di negara itu, semalam.
Menurut Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF), Abu Hafs al-Najdi - turut dikenali sebagai Abdul Ghani - terbunuh dalam serangan udara di wilayah Kunar, timur Afghanistan, 13 April lalu.
Kata pertubuhan itu, Abu Hafs bertanggungjawab menyelaras sejumlah serangan berprofil tinggi.
Bagaimanapun, jurucakap ISAF berkata, mereka tidak dapat menyatakan butiran serangan itu atas alasan keselamatan.
Dia juga tidak mendedahkan siapa tokoh paling dikehendaki dalam senarai mereka atas alasan perundangan.
Menurut ISAF, Abu Hafs biasanya beroperasi dari Kunar dan sering keluar masuk Pakistan.
PUTRAJAYA – Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.
Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.
NUR WAHIDA menunjukkan surat perintah TTPM supaya dia diberikan ganti rugi berikutan masalah kerosakan pada kereta yang baru dibelinya di Putrajaya
Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.
"Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.
"Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut," katanya.
IPOH, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun, Ustaz Mohd Hafez Sabri, dalam kenyataan medianya mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu.
Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Malahan PERKASA hanya dilihat vokal dan lantang di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sahaja.
Beliau menyatakan, kita serba maklum bahawa demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan oleh PERKASA adalah sekadar gimik politik yang dipimpin oleh ahli politik umno yang semakin dipinggirkan dalam arena politik negara. Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.
Beliau juga mempersoalkan apakah relevennya kemujudan PERKASA ini, sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun sebelum ini.
Selain itu beliau juga menyatakan PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir. Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri.
Beliau menyatakan lagi, pihaknya melihat jika PERKASA mahu membela nasib orang Melayu di Negara ini, terlebih dahulu PERKASA perlu memberi desakan dan tuntutan kepada parti pemerintah negara ini yang mana jelas dan nyata selama ini gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.
Memetik ucapan beliau, " Kami selaku Anak Muda Generasi baru melihat agenda politik yang membawa fahaman berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu sahaja.
Sedangkan agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang."
" Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara."
Beliau mempersoalkan apakah PERKASA adalah perkakas kepada UMNO, jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan adalah sama sahaja iaitu sentimen perkauman yang menebal dalam agenda perjuangannya.
" Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional.
" Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa? " soal beliau
Justeru,ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun itu sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa.
Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat adalah berpunca dari kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini kerana gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.
BANDUNG: seorang anggota polis ditangkap selepas dia menembak isterinya di kediaman mereka di Tasik Malaya.
Menurut polis, kejadian belaku sejurus selepas tengah malam ketika anggota terbabit membersihkan pistolnya.
Polis berkata, mereka masih menyiasat sama ada kejadian itu dilakukan dengan senjaga atau sebaliknya.
Bagaimanapun, satu sumber polis berkata, pasangan itu bertengkar sebelum kejadian. "Mereka bertengkar sebelum si suami bertindak melepaskan tembakan pada isterinya," kata sumber itu.
TAIPING – "Saya tidak sangka coretan 'Mempunyai firasat yang tidak berapa elok' tertulis di laman web sosial Facebook Abdullah Zubair Ismail seakan petanda dia akan meninggalkan kami," kata rakan sekerja, Mohd Noor Hisham Baharom, 48.
Abdullah Zubair, 27, yang berasal dari Taman Jitra, Kedah seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII mengajar bahasa Melayu dan sejarah serta guru Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) telah berkhidmat di sekolah terbabit selama setahun setengah.
Mohd Noor berkata, mereka menyedari kehilangannya apabila tugas arwah untuk memasang sistem siar raya (PA System) bagi perhimpunan sekolah tidak dilakukan seperti biasa dan diganti dengan guru lain.
"Kami sedih dengan pemergiannya kerana arwah seorang guru muda yang rajin dan komited dengan kerjanya, di samping tidak pernah merungut.
"Ini adalah kali keempat arwah ke bukit terbabit dan tidak menyangka ia kali terakhir," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mangsa dipercayai tergelincir di kawasan curam sejauh 30 meter dan dijumpai dalam keadaan tertiarap.
Menurutnya, terdapat kesan luka di dahi mangsa mungkin disebabkan hentakan dan mangsa ditemui lima kilometer dari kaki Bukit Larut.
"Mangsa ditemui jam 10.30 pagi dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya," katanya.
Seorang saksi, Wan Solahuddin Wan Abdul Kadir, 46, berkata, awalnya dia bersama pasukan Jabatan Hutan menemui mangsa, tetapi tidak menghampirinya.
Menurutnya, setelah mengesahkan itu mangsa, mereka menghubungi rakan sukarela lain untuk membantu.
"Kami nampak kesan tergelincir di batu, manakala kasut sebelah kanan mangsa tertanggal," katanya.
Isteri mangsa, Norziah Zulkifli, 26, berkata, dia tidak menyangka minggu lalu adalah kali terakhir dia bertemu suaminya, ketika arwah menghantarnya pulang ke Tanjung Karang, Selangor.
Norziah berkata, arwah menghubunginya pada malam Sabtu lalu memberitahunya, ingin ke Bukit Larut tetapi dia melarang.
"Arwah ketika itu akur dengan permintaan saya supaya tidak pergi, bagaimanapun pada pagi Ahad, arwah telefon semula beritahu dia hendak pergi makan, tetapi tidak beritahu akan ke bukit itu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Taiping, semalam.
Menurutnya, dia yang melangsungkan perkahwinan pada November 2009, kini mengandung empat bulan bekerja sebagai guru praktikal di SMK Sungai Burung, Tanjung Karang akan menamatkan praktikalnya Jun depan.
BUKIT MERTAJAM: Selepas 13 hari tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU), seorang lelaki yang menggemparkan Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila tiba-tiba hidup kembali selepas diisytiharkan meninggal dunia pada 14 April lalu, menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Ng Swee Hock, 65, meninggal dunia di hadapan isterinya, Lim Siew Hua, 56, serta anak lelakinya, Ng Kean Hooi, 27, dan Ng Kean Liong, 25, di rumah mereka di Kampung Tok Elong, Tanah Liat di sini, kira-kira jam 10.50 pagi semalam.
Mendiang dibawa pulang ke rumahnya semalam, menggunakan ambulans kira-kira jam 10.40 pagi dan selepas perbincangan, keluarganya meminta jururawat mencabut alat bantuan pernafasan walaupun mengetahui peluang untuk Swee Hock hidup tipis tanpa alat itu.
Upacara sembahyang yang dipercayai untuk memudahkan roh mendiang 'pergi' secara aman dilakukan keluarga sebelum jururawat menanggalkan alat pernafasan dan dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.50 pagi.
Siew Hua berkata, mendiang suaminya tidak sedarkan diri sepanjang menerima rawatan di HSJ dan doktor juga menyatakan peluang suaminya untuk hidup, tipis.
Katanya, hospital membenarkan mendiang keluar hospital kelmarin tetapi disebabkan nasihat ketua agama, mereka membawanya pulang semalam.
"Saya dan ahli keluarga tidak sanggup melihatnya terus menderita, hari ini (semalam) selepas tiba di rumah kami meminta jururawat menanggalkan bantuan oksigen," katanya.
Dalam kejadian 14 April lalu, Swee Hock dibawa ke HSJ selepas dia tiba-tiba berhenti bernafas di rumahnya dan pasukan perubatan melakukan 'ardio pulmonary resuscitation' selama 45 minit tetapi tidak pulih sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Namun, selepas beberapa jam, Swee Hock menunjukkan tanda bernafas dan dimasukkan ke ICU.
RAMADI, Iraq 27 April - Tujuh warga Pakistan terbunuh manakala 19 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dan kemudiannya terbalik.
Menurut pengarah Hospital Ramadi, Iyad Arak, seramai tujuh penumpang terkorban apabila bas berkenaan hilang kawalan lalu terbalik ketika dalam perjalanan dari Amman ke Baghdad, kira-kira 260 kilometer barat Baghdad.
Gambar hiasan
Sementara itu, seramai 19 penumpang turut cedera dalam kejadian itu dan semua mangsa terdiri daripada pekerja asing.
AMMAN 27 April - Pemimpin-pemimpin kerajaan Eropah menggesa Syria agar menamatkan keganasan menentang pemberontak selepas Presiden Bashar al -Assad menghantar kereta-kereta kebal dalam serangan ke atas pemberontak di bandar Deraa semalam.
Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi ketika mengadakan persidangan akhbar bersama Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy di Rom berkata, Eropah telah menggesa pihak berkuasa Syria agar segera menamatkan pergolakan yang berlaku.
Dalam pada itu, antarabangsa turut mengkritik pergolakan yang berlaku di Syria yang telah mengorbankan kira-kira 100 penunjuk perasaan Jumaat lalu dalam pertempuran dengan pihak berkuasa.
MELAKA TENGAH: Seorang lelaki bergelar Datuk, ditemui mati di sebuah resort di Tanjung Kling, dekat sini, pagi kelmarin, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan berkenaan.
Mangsa yang juga mualaf keturunan Cina, Datuk Mohd Alif Abdullah, 53, dari Skudai, Johor ditemui pekerja resort itu pada jam 10.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah.
Gambar hiasan
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata Datuk terbabit yang juga peniaga ayam di Pasar Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah ditemui dengan berpakaian kemeja-t putih dan berkain pelekat.
"Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian," katanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, semalam.
Chua berkata, siasatan awal mendapati kematian lelaki terbabit tidak mempunyai unsur jenayah, tetapi tidak menolak kemungkinan berpunca daripada masalah kewangan.
LONDON: Manchester United hampir melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas menang selesa ke atas kelab Jerman, Schalke 04 pada pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Arena AufSchalke, sebentar tadi.
Kemenangan di tempat lawan itu amat berharga sebelum United melayan Schalke di Stadium Old Trafford, mingggu depan dengan kelebihan dua gol di tempat lawan.
United membuka jaringan menerusi Ryan Giggs pada minit ke-67 manakala Wayne Rooney dua minit kemudian.
Kelab Inggeris itu mendominasi hampir keseluruhan permainan terutmama pada separuh masa pertama tetapi gagal memperoleh jaringan.
Separuh akhir kedua membabitkan dua gergasi Sepanyol pula akan diadakan pagi Khamis antara Real Madrid dengan Barcelona.
“Saya rasa Utusan pun tahu la. Lesen judi bukan diluluskan oleh kerajaan negeri, tapi oleh kerajaan persekutuan. “Kalau Utusan cakap macam itu, macam dia menepuk air kena ke muka sendiri,” – Lim Guan Eng KUALA LUMPUR, 26 April: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat laporan akhbar Utusan Malaysia semalam bertajuk ‘Pulau Pinang lubuk [...]
Parti Islam Semalaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tantang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.
Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.
Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.
PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.
Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan