Rabu, 27 April 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


MCA, Gerakan wajar keluar BN

Posted: 27 Apr 2011 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 April: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyeru MCA dan Gerakan agar mengambil langkah berani dengan keluar dari BN segera memandangkan mereka tidak lagi menjadi aset kepada BN sejak kebelakangan ini.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, bahkan Gerakan, MCA dan SUPP dianggap oleh Umno sebagai liabiliti kepada BN dengan siri-siri kekalahan mereka dalam pilihanraya yang diadakan sejak tahun 2008 dan terkini di Sarawak.

"DPPP berpandangan bahawa Umno yang menerajui BN menjadi punca rakyat menjauhkan diri daripada BN," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, dengan menanamkan semangat perkauman yang sempit, Umno suka agar rakyat mencurigai satu sama lain khususnya terhadap bangsa dan kaum yang lain.

Tambahnya, tindakan Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan Pejabat MCA demi untuk menyokong 'lidah rasmi' Umno iaitu Utusan Malaysia baru-baru ini pula mengesahkan lagi Umno merupakan parti perkauman yang melampau dan slogan '1 Malaysia' jelas retorik semata-mata.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, dengan keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, ditambah dengan keputusan dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina kepada MCA dan Gerakan semakin merosot.

Katanya lagi, MCA dan Gerakan bukan lagi parti tempat bergantung kaum Cina, sebaliknya pengundi Cina lebih bergantung harap kepada DAP.

Menurut, MCA dan Gerakan sekarang boleh diumpamakan sebagai 'rumah kosong'.

Ini, ujarnya ditambah dengan pengakuan Ketua Biro Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh bahawa masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

Puncanya, kata beliau kerana rakyat sudah jelak melihat tingkah laku pemimpin BN yang sombong, angkuh, zalim serta hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat hidup dalam penderitaan yang berpanjangan.

Tambahnya lagi, tambahan pula dengan kes-kes rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme yang diamalkan oleh BN sejak sekian lama menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap BN.

"Apa yang rakyat perlukan sekarang adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak," ujarnya.

Selain itu, ujarnya parti berasaskan perkauman seperti diamalkan oleh BN sudah tidak relevan lagi sekarang.

Beliau menambah, rakyat mahu melihat parti dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan.

Menurutnya lagi, perjuangan berasaskan perkauman sudah lama ditinggalkan kerana rakyat sudah boleh menerima bangsa atau kaum lain di negara ini.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah membuka minda rakyat dengan politik era baru yang berteraskan ketuanan rakyat tanpa mengira mana-mana bangsa dan PAS sendiri telah melebarkan 'uslub' dakwah kepada yang bukan beragama Islam tanpa mengadaikan prinsip yang dipegang selama ini sehingga bangsa lain boleh duduk bersama di dalam PAS.

"Situasi ini menyebabkan Umno BN merasa panik lalu cuba menjuarai isu-isu remeh yang melibatkan bangsa melayu tanpa mempedulikan perasaan parti komponen yang lain di dalam BN," ujarnya.

Beliau berkata, rakyat di mana-mana belahan dunia kini melaungkan slogan mahukan perubahan.

Jelasnya, di negara-negara Asia Tengah, perubahan sedang berlaku, dan ia sedang merebak ke Malaysia di mana di Sarawak, rakyat menzahirkan sentimen kebencian terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyebabkan penduduk bandar khususnya bangsa Cina menolak BN.

"Di Semenanjung hari ini, rakyat khususnya di kawasan bandar sudah membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang memiskinkan dan menekan rakyat. Perubahan itu mesti berlaku dan sedang berlaku," katanya.

Katanya lagi, sudah lebih 50 tahun BN memerintah dan semakin nyata ketempangan yang berlaku di negara kita dan BN dianggap sebagai sebuah kapal yang sedang menanti untuk karam.

"Dalam keadaan demikian, apakah perlu lagi MCA dan Gerakan berpaut kepada BN?" solanya

Justeru itu, ujarnya DPPP menyeru agar MCA dan Gerakan segera mengambil langkah keluar dari BN dan menyertai PR.

Tambahnya, Umno hanya memerlukan MCA dan Gerakan ketika pilihan raya sahaja demi untuk mendapatkan undi.

"Rakyat kini sudah menganggap PR adalah parti masa depan mereka. Hanya dengan cara inilah MCA dan Gerakan mampu kembali ke persada politik negara dan memenangi jiwa rakyat," katanya.


Sumber: Harakah daily

Khir Toyo Dakwa Cina Nak Hapuskan Hak Orang Melayu

Posted: 27 Apr 2011 01:40 AM PDT


SHAH ALAM 27 APRIL : Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mendakwa kempen 1 Melayu 1 Bumi adalah jawapan orang Melayu kepada usaha kaum Cina memperkasakan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Khir merujuk kepada kemenangan besar DAP menawan 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April lalu.

"Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui DAP bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keistimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," kata beliau dalam blognya hari ini.

DAP menegaskan bahawa corak pengundian menunjukkan kemenangan besarnya di Sarawak tidak berpaksi kepada undi Cina sahaja.

Sebalikny parti itu juga mendapat peratusan sokongan membanggakan daripada kaum Bumiputera di negeri itu.

Susulan pilihanraya negeri itu, Utusan Malaysia mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi untuk menyatupadukan orang Melayu dalam memperjuangkan agenda kaum itu.

Bagaimanapun cadangan itu tidak diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencanang slogan 1Malaysia.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno seperti Naib Presiden Zahid Hamidi menyokong cadangan Utusan itu.

Khir hari ini turut memberi sokongan kepada gerakan 1Melayu untuk menyatu padukan orang Melayu.

Beliau turut mempertahankan Perkasa yang akan melancarkan kempen 1 Melayu 1 Bumi Sabtu ini di Alor Setar.

"Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?" tanya Khir.

Menurut Khir, soal slogan 1 Melayu 1 Bumi itu boleh dianggap perkauman atau tidak, bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.

Jika konsep itu bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya.

"Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," tambah beliau.


Sumber: TVSNEWS

Perpaduan Pakatan Rakyat Gagal Ditandingi BN

Posted: 27 Apr 2011 01:35 AM PDT


SHAH ALAM 27 APRIL: Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 akan datang Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat semakin rancak dalam merancang agendanya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat(PR) sekali gus merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang adalah amat mustahil, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, ini kerana kekuatan PR dari aspek perpaduan tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana parti termasuk perikatan Barisan Nasional(BN).

"Apabila sokongan rakyat semakin sukar diperolehi Umno-BN akan cuba merencana pelbagai taktik kotor untuk menghancurkan perpaduan dalam PR iaitu antara PAS dan PKR khususnya.

"Jadi saya lihat politik Umno terlalu lemah kerana tidak mampu meyakinkan rakyat terhadap isu berkaitan Datuk Seri Anwar," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin Umno-BN yang dilihat bertindak memanipulasikan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berhubung pendiriannya terhadap kes fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media kawalan Umno-BN, Utusan Malaysia minggu ini dilapor memaparkan kenyataan-kenyataan jahat apabila cuba untuk melaga-lagakan Mustafa Ali dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pendirian Pas untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Tegas Mahfuz, beliau turut menolak sebarang dakwaan songsang berhubung perselisihan pendapat antara Pas dan PKR sehingga mencetuskan salah faham antara pemimpin tertinggi gagasan itu.

"Saya yakin bahawa apa yang dilihat oleh rakyat adalah kesetiaan Pas bersama PR," kata beliau.

Mahfuz menambah, beliau yakin rakyat sentiasa berfikiran positif berhubung pendirian dan sokongan tidak berbelah-bagi parti itu terhadap gagasan Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, peranan media alternatif amat diperlukan bagi melaporkan maklumat yang telus agar tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut berhubung siasatan polis terhadap penayangan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Mahfuz berkata Pas tidak pernah mengiktiraf mana-mana hasil siasatan polis seperti yang diumumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar baru-baru ini.

Jelasnya, ini kerana polis terlebih dahulu menunjukkan sikap pendakwaan terpilih terhadap Anwar.

"Pas tidak percaya apa jua bentuk keputusan yang dibuat polis terhadap hasil siasatan video seks ini kerana pihak berkuasa itu sedari awal telah memperlihatkan sikap memihak (Umno-BN).

"Ini sekali gus menunjukkan bahawa polis sendiri terlibat dalam konspirasi video fitnah itu semata-mata untuk memburukkan nama baik Anwar serta mencalarkan hubungan dalaman PR," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Caj RM0.50 Email 1Malaysia, Guna Wang Rakyat Pembayar Cukai

Posted: 27 Apr 2011 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 APRIL : Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan tindakan kerajaan mengumumkan inisiatif email 1Malaysia melalui Syarikat Tricubes Berhad kerana membebankan rakyat tanpa memikirkan kesusahan yang dialami mereka.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata meskipun rakyat tidak dibebani secara langsung, namun caj yang dikenakan terhadap agensi kerajaan yang terlibat tetap menggunakan wang rakyat selaku pembayar cukai.

"Apabila syarikat Tricubes Berhad mengumumkan bahawa agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna, maka sudah pasti duit itu duit rakyat.

"Kita mahukan kerajaan mengamalkan demokrasi sihat, tiada pembaziran, kebebasan media, hapus rasuah dan sebagainya. Tetapi yang jelas kerajaan mengamalkan kepentingan kepada kebendaan untuk menindas rakyat," ujarnya.

Beliau turut mempersoal idea email percuma tersebut sebagai agenda politik Barisan Nasional bagi menyebarkan dakyah mereka kepada pengguna internet, yang majoritinya golongan muda.

"Mereka sedar akan kebangkitan dan suara anak-anak muda yang memilih Pakatan Rakyat (PR), itu yang membuatkan mereka mencari jalan untuk mendekati golongan muda dengan kemudahan email tersebut," kata Muhd Nur ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, hari ini dilapor berkata, projek itu akan tetap dilancarkan Julai ini, dengan mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini- meskipun mendapat bantahan orang ramai.

Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna dan orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Beliau bagaimanapun menjangkakan terdapat bayaran tambahan terhadap pengguna jika mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

Projek Emel 1Malaysia itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ia dilaksanaka oleh sebuah syarikat IT bermasalah dari sudut operasi kewangan iaitu Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang dikategori sebagai syarikat GN3 di Bursa Malaysia.

Sehingga kini hampir 50,000 penguna membantah dan mengecam inisiatif tersebut di laman Facebook.


Sumber: TVSNEWS

TV3 potong interbiu dengan saya: RPK

Posted: 27 Apr 2011 01:25 AM PDT

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa belaiu 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006.

NONE
Selepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam
buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya.

RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmenyang disiarkan pada 13 April.

"Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?" soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas.

Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah diputarbelit.

rosmah mansor and altantuya murder case

Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana
interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah.

"Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan," katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut.

Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan.


Sumber: Malaysiakini

Pemantau pilihan raya pertahan dakwaan beli undi

Posted: 27 Apr 2011 01:20 AM PDT

Pemantau pilihan raya Sibu (SEW) hari ini menemplak SUPP yang mendakwa parti berpangkalan di Sarawak itu pada Isnin lalu sedang membayar gaji kepada pekerja Iban yang berkumpul di pejabatnya.

Sebaliknya, SEW mengulangi dakwaannya bahawa SUPP terbabit dengan pembelian undi berdasarkan apa yang mereka saksikan dan wawancara dengan lebih 10 orang masyarakat Iban di lokasi pada hari kejadian.

supp alleged money politic 250411 02
Penyelaras kumpulan itu, Boney Wong, yang menjalankan siasatan dengan seorang lagi rakan memberitahu Malaysiakini mereka melawat kaawasan berkenaan dan berbual dengan lebih 10 orang sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mereka yang ditemui tidak pernah menyebut mereka dibayar gaji daripada SUPP ataupun mereka bekerja untuk SUPP ketika pilihan raya.

"Apa yang mereka beri tahu kami ialah mereka dapat (bayaran pendahuluan) RM100 sebelum hari mengundi dan jika calon BN menang, setiap seorang akan mendapat bayaran tambahan RM400.

"Jadi mereka datang ke pejabat SUPP untuk mendapatkan baki wang setelah diminta berbuat demikian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Boney berkata ada juga mereka yang memberitahu SEW bahawa jika calon BN menang, semua pengundi berdaftar boleh menuntut 'baki' RM400 dengan membawa kad pengenalan mereka.

"Kebetulan, ada seorang wanita yang mengeluarkan segulung wang kertas RM100 dari begnya dan mula mengagihkan wang berkenaan kepada rakan-rakannya."

Katanya, wanita berkenaan tidak menyedari kehadiran anggota SEW dan terus mengagihkan wang tersebut tanpa berselindung.

Menurut Boney lagi, tindakan wanita itu selaras dengan apa yang dicerita oleh mereka yang ditemu bual di sana.

"Kami pertahankan pendirian berkenaan kerana ini ialah apa yang kami saksikan."


Sumber: Malaysiakini

AMK curiga Umno dikaitkan dengan blog papagomo

Posted: 27 Apr 2011 01:15 AM PDT

AMK hari ini meminta Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjelaskan kaitan mereka dengan beberapa laman blog yang didakwa telah menghina ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan berhubung video lucah.

Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata, pertubuhan berkenaan diminta berbuat demikian memandangkan timbulnya kecurigaan bahawa ia mempunyai kaitan dengan blog tersebut.

NONE

Rozan Azen berkata, kecurigaan itu timbul memandangkan blog papagomo.com itu turut memuatkan pautan ke lamanUmno Online dan juga PERKASA.

"Isu sekarang ini adalah untuk kenalpasti penulis blog ini. Kalau (Umno dan PERKASA) ada maklumat berkaitan, minta mereka kerjasama," katanya.

"Oleh kerana itu kita desak pihak berkenaan nafikan pembabitan mereka dengan penulis blog ini.

"Kalau terus berdiam diri, AMK anggap mereka bersubahat dengan jenayah siber ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas memberi satu keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pagi ini.

Beliau memberi keterangan selama kira-kira sejam hari ini susulanaduannya terhadap penulis blog papagomo.com yang didakwa terlibat menyebarkan satu video seks di Internet.

NONE

"Dalam keterangan saya, saya beritahu bahawa kali terakhir saya melawat laman papagomo ialah pada pagi tadi.

"Saya dapati papagomo masih teruskan siar video itu dan terus memburukkan Datuk Seri Anwar.

"Contohnya ditulis dalam laman itu 'boleh download video porno Anwar Ibrahim di papagomo'," katanya.

Video seks berkenaan dipercayai merupakan sedutan daripada video lucah yang ditunjukkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Selain laman papagomo.com, laporan itu turut menamakan laman pisau.net dan juga gerakanantipkr.blogspot.com sebagai pihak yang perlu disiasat berhubung penyebaran video berkenaan.

Dalam laporan itu juga, AMK turut menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas seorang pengguna Youtube yang menggunakan nama 'thepowercam' – individu yang memuatkan video pendek berkenaan di laman tersebut.


Sumber: Malaysiakini

Terus ceritakan yang benar

Posted: 27 Apr 2011 01:10 AM PDT

Propaganda, satu perkataan sentiasa dianggap negatif.

Namun, bagi penulis mereka yang berjaya menjalankan propaganda dengan sempurna akan memenangi peperangan minda. Inilah peperangan sebenar yang kita hadapi sekarang.

NONE
Jika BN lemah dari segi propaganda pada masa akan datang, maka pembangkang yang berjaya menggunakannya akan menang dalam peperangan minda itu.

Lihat sajalah bagaimana pembangkang menggunakan strategi propaganda yang bertalu-talu sehingga membentuk pemikiran rakyat untuk menolak BN, untuk menggambarkan dasar BN sebaliknya.

Awal-awal lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat propaganda bahawa pembangkang akan memerintah Sarawak. Malah beliau sudah menamakan Baru Bian sebagai bakal ketua menteri jika Sarawak berjaya diambialih.

NONE
Anwar dan penyokongnya menjalankan tugas menyerang kubu kuat BN di kawasan pendalaman terutama di mana ramai orang Melayu dan Melanau. Propagandanya ialah jika mereka mendapat tempat pada pilihan raya umum ke-12 di Semenanjung, maka tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak memilih mereka dalam pilihan raya negeri ke-10. Yang tidak diceritakannya ialah kegagalan pembangkang memerintah selepas diberi peluang.

'Sudah lama di tampuk'

Ditugaskan pula parti DAP untuk menggunakan strategi agresif di bandar dengan mensasarkan Tan Sri Taib Mahmud dengan konotasi sudah lama dalam politik.

NONE
Hakikatnya pemimpin pembangkang yang lama dalam politik tidak menjadi kebimbangan kepada mereka untuk diserang balik. Maka ditambah pula 'sudah lama di tampuk' yang menunjukkan seolah-olah Taib terlalu lama dan tidak buat apa.
Mereka tidak sekali-kali menyebut sumbangan Taib sebaliknya melabelkan beliau sebagai orang yang sudah terlalu lama dan perlu turun. Jika begitu, Pemimpin veteran DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh pun perlu turun.

Propaganda DAP agar rakyat terutama orang Cina membenci Taib dijalankan hampir setiap hari. Dalam ceramah mereka, Taib diperlihatkan sebagai seorang yang rakus, tamak dan hanya memikirkan kepentingan diri.

NONE
Dalam poster mereka, apa yang dibuat oleh BN tidak betul dan merugikan rakyat. Bayangkan mereka boleh memutarkan "Satu Malaysia menjadi Sapu Malaysia" dan kedua, mengaitkan dengan tohmahan rasuah.

Inilah propaganda pembangkang paling berjaya sehingga memikat hati pengundi di Sarawak.

Sentimen perkauman

Pendekatan propaganda ini ditujukan kepada kumpulan di atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon parti yang bertanding. Maka pembangkang terus mendodoikan kumpulan atas pagar ini dengan cerita buruk sehingga pengundi menterjemahkan dalam undi mereka.

NONE
Mereka juga memainkan sentimen perkauman termasuk mempersoalkan mengapa Tan Sri George Chan tidak berkahwin dengan Cina sebaliknya berkahwin dengan bukan Cina semata-mata untuk menambat hati pengundi Cina.

Apa salahnya berkahwin dengan orang Bidayuh atau Iban? Apakah ini bertentangan dengan masyarakat Cina yang tidak boleh berkahwin dengan kaum lain? Tujuannya inilah untuk menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina termasuk kepada pemimpin BN dari kaum Cina sekalipun.

Usaha pembangkang ini dipermudahkan lagi dengan strategi propaganda sebuah akhbar arus perdana berbahasa Inggeris yang sejak pilihan raya negeri ke-10 menulis kebaikan DAP termasuk artikel yang menampilkan calon muda yang berkelayakan.

sarawa election sibu guan eng with candidates
Apa BN tiada calon yang hebat ke?

Malah mereka juga sentiasa menulis DAP akan menang banyak. Inilah bantuan tidak rasmi yang diperolehi oleh DAP daripada akhbar yang dimiliki sebuah parti komponen BN, sehingga apabila Awang Selamat dalam tulisan di Mingguan Malaysiamenyentuh mengenai tindakan terhadap orang yang tidak mahu mengenang budi, wartawan akhbar berkenaan berani pula bertanya soalan kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein terhadap sikap akhbar berbahasa Melayu itu.

Teruskan agenda

Hairan bin ajaib bagi sesebuah akhbar yang dimiliki oleh parti komponen BN bertindak seperti akhbar penentang BN. Jika sesekali dibuat begitu boleh difahami kerana seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar media menegur kerajaan tetapi jika keterlaluan menyokong pembangkang atas apa sebab sekalipun, maka timbul pula tandatanya yang besar, apa sudah jadi dengan akhbar arus perdana itu.

Oleh itu, media arus perdana dan media elektronik perlu meneruskan agenda untuk menceritakan yang benar mengenai kerajaan BN terutama usaha yang dilakukan dalam mendahulukan rakyat.

NONE
Walaupun, ada pengarang yang menyatakan bahawa ini menyebabkan akhbar mereka tidak laku, maka mulalah bertanya kepada diri sendiri apakah mendapat keuntungan adalah KPI sebagai Ketua Pengarang.

Telah terbukti sebelum ini bahawa kerajaan sentiasa membantu mereka dalam semua keadaan termasuk ketika tiada duit untuk membayar gaji kakitangan kerana sikap pengiklan yang tidak mahu membantu akhbar Melayu atau RTM atau TV3.

Tepuk dada tanyalah selera.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Semakan kehakiman kartun Zunar ditangguh 11 Mei

Posted: 27 Apr 2011 01:05 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh baru untuk mendengar semakan kehakiman yang difailkanMalaysiakini.com dan penerbit buku, Sepakat Efektif.

Ia berikutan tindakan yang diambil dua pihak terbabit bagi mencabar pengharaman yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap dua buku kartunis Zunar iaitu '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'.

NONE
Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Mkini Dotcom, syarikat yang menguruskan portal beritaMalaysiakini dan penerbit Sepakat Efektif, yang mewakili kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque untuk mencabar pengharaman kedua-dua buku itu.

'1Funnya Malaysia' diterbitkan pada November 2009 dan ia merupakan rangkuman kartun satira politik Malaysia oleh Zunar yang diterbitkan Malaysiakini sejak Oktober 2006 sehingga November 2009.

Sementara, 'Perak Darul Kartun' yang diterbitkan oleh Sepakat Efektif pada November 2009. Ia adalah kompilasi karya kartun beberapa kartunis yang diketuai Zunar.

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan pencetakan, penghasilan, jualan, pengedaran, atau pemilikan kedua-dua buku itu atas alasan kononnya ia mengganggu ketenteraman awam.

zunar arrested under sedition act 240910 07
Mkini dalam permohonan berkata kartun '1Funny Malaysia' sudah diterbitkan di portal beritaMalaysiakini selama lebih dua tahun malahan ia sudah diedarkan selama lebih tiga bulan sebelum diharamkan.

Sepakat Efektif pula berkata 'Perak Darul Kartun' sudah diedarkan selama lebih enam bulan sejak November 2009 dan syarikat itu tidak pernah menerima sebarang laporan ia mengganggu ketenteraman awam.

Mereka memohon agar pengharaman ke atas buku itu diisytihar tidak sah kerana ia bercanggah dengan Seksyen 7 Akta Penerbitan dan Percetakan 1984, dan melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.


Sumber: Malaysiakini

PERKASA tubuh Briged Setia Negara dalam RELA

Posted: 27 Apr 2011 01:00 AM PDT

Pertubuhan pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah memperluaskan lagi peranan dalam perjuangan politiknya dengan menubuhkan unit khas - Briged Setia Negara - dalam Ikatan Relawan Rakyat (RELA), yang ekslusif untuk anggotanya.

NONE
Penyelaras PERKASA, Zainuddin Salleh memberitahu Komunitikini
bahawa briged tersebut ditubuhkan oleh ketua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor Disember tahun lalu.

"Satu kelulusan diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Disember tahun lepas untuk penubuhan briged tersebut," dakwa Zainuddin.

"Briged itu ditubuhkan eksklusif untuk anggota PERKASA Selangor," tambahnya.

Katanya, mereka yang menyertai PERKASA akan ditawarkan pilihan untuk menganggotai Briged Setia Negara.

NONE
Lamanweb PERKASA Selangor menunjukkan penubuhan briged tersebut diumumkan kepada anggotanya dalam satu majlis baru-baru ini.

Briged tersebut, menurut Zainuddin, tiada bezanya dengan unit-unit lain dalam RELA kecuali syarat untuk menganggotainya.

"Tugas dan pakaian seragam tetap sama," tambahnya.

Ditanya sama ada ahli Umno yang bukan anggota PERKASA dibenarkan menyertai briged tersebut, Zainuddin berkata, individu seumpama itu harus menyertai RELA secara terus.

Semakan di lamanweb PERKASA Selangor mengesahkan bahawa pertubuhan itu telah mengadakan satu taklimat mengenai briged berkenaan dalam satu majlisnya baru-baru ini, dengan Abdullah memakai berpakaian seragam RELA.


Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Pengikut