Sabtu, 9 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PULAU TAWAR

Posted: 09 Oct 2010 11:07 PM PDT

PULAU TAWAR


Apa nak ditakutkan????????

Posted: 09 Oct 2010 06:24 AM PDT

Saman Felda idea pembangkang

SUNGAI TEKAM – Tindakan mengumpulkan 559 peneroka dari enam tanah rancangan di Wilayah Jengka, bagi tujuan menyaman Felda dan Felda Technoplant atas dakwaan penyelewengan serta pembayaran peratus perahan tidak sekata adalah sia-sia dan tidak munasabah.

Sebaliknya, Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKKR)/ Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Wilayah Jengka, yang terdiri daripada 37 rancangan Felda melihat tindakan itu hanyalah taktik Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi meraih undi dan sokongan peneroka.

Menurutnya, ia adalah gimik politik oleh parti itu dengan cuba menjadi jaguh kampung membangkitkan isu pembayaran perahan, yang kononnya tidak sekata, diselewengkan dengan hak peneroka itu tidak pernah diperjuangkan.

"Apa yang dinyatakan mereka itu adalah sepenuhnya tidak berasas dan tidak benar, kerana isu pembayaran peratus perahan sememangnya telah dibincangkan bertahun-tahun lamanya oleh ketua-ketua rancangan di bawah pertubuhan gabungan ini.

Ulasan:-FELDA dengan peneroka memang tidak dapat dipisahkan.Hampir setiap hari ada saja berita tentang peneroka dan FELDA keluar di media massa.Jadi orang ramai termasuk PENEROKA FELDA harus membuat penilaian.

Sebelum dari ini,tidak satu rancangan FELDA pun dalam Malaysia yang terfikir untuk membuat dakwaan terhadap FELDA.Tetapi selepas KES di FELDA Kemahang,makin ramai yang buka mata.Bukan apa,mungkin mereka dah sedar HAK dan KUASA mereka.

Tentang dakwaan bahawa mereka-mereka ini telah dihasut oleh pembangkang,kami ada pendapat kami sendiri.

Sekiranya apa yang didakwa oleh Peneroka FELDA itu,walau di mana pun,TIDAK BENAR,maka FELDA tidak sepatutnya TIDAK PERLU runsing atau bimbang apa-apa.Kenapa mereka perlu takut kalau PERKARA2 yang dinyatakan oleh para peneroka tidak benar?Ataupun mereka cuba menyembunyikan PERKARA SEBENAR?

Jadi pada kami,peneroka ada hak,dan FELDA tidak perlu bimbang apa-apa.Kalau itu semua tidak benar,maka FELDA tidak akan rugi apa-apa dan akan mendapat lebih kepercayaan dari peneroka.BETUL????

Salam Perjuangan

Posted: 09 Oct 2010 11:06 PM PDT

Salam Perjuangan


UMNO, 'KAPAL YANG SEDANG ROSAK' - KU LI

Posted: 09 Oct 2010 05:02 PM PDT

2 Dzulka'edah 1431 H | 10 Oktober 2010

(Admin : Sedang mencari-cari bahan untuk blog ini, terjumpa artikel daripada Tengku Razaleigh Hamzah, menarik untuk dibaca)

- Petikan ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi


"
Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab 'eksklusif'. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti 'Tanah Air'.

Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.


Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya."


Artikel penuh di sini

KERAH SELURUH PETUGAS - PRESIDEN PAS

Posted: 09 Oct 2010 04:21 PM PDT

2 Dzulka'edah 1431 H | 10 Oktober 2010

Berikutan dengan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri
(DUN) N.45 Galas, Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan DUN untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November 2010.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di DUN Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di DUN Galas.

Saya menyeru kepada seluruh ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas dari Pakatan Rakyat
yang berada di seluruh negara dengan kepakaran yang berbagai itu supaya dapat turun ke DUN Galas, Kelantan untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di DUN Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti. Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak
dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi.

Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerakerja yang kemas, serta kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun. InsyaAllah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 09 Oct 2010 09:11 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR

Posted: 09 Oct 2010 08:27 AM PDT

121 Sekolah Agama Siap Dalam Tempoh Empat Tahun
BATU PAHAT, 19 Feb 2010:
  Kerajaan negeri akan memastikan pembinaan 121 sekolah agama tambahan yang menelan belanja kira-kira RM200 juta, siap dalam tempoh empat tahun.

Gambar oleh Hairul Abu Bakar
Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani mengendalikan jengkaut sebagai simbolik pecah tanah di tapak cadangan sekolah agama Seri Gading Batu Pahat sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Sri Gading.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata projek pembinaan sekolah agama tambahan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu 25 buah pada setiap fasa, membabitkan kos antara RM1.6 hingga RM1.8 juta bagi sebuah sekolah.

"Johor kini memiliki 135,000 pelajar sedangkan pada masa ini kita cuma ada 500 sekolah agama di seluruh negeri.

"Menyedari kekurangan  ini, pembinaan 121 sekolah tambahan diharap dapat menyelesaikan masalah berkenaan, katanya ketika melawat tapak pembinaan sekolah agama Sri Gading, sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Sri Gading, di sini, semalam.

Katanya lagi, kerajaan akan memulakan pembinaan segera 50 sekolah agama di kawasan yang keperluannya mendesak termasuk di Sri Gading dan Parit Yaani.

Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan  program penyelenggaraan bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan yang memuaskan.

sumber: http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=853&Itemid=78

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

121 Bangunan Baru Sekolah Agama Akan Dibina PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah Shahroni   
Rabu, 11 November 2009 18:45 | 303 hits
 
JOHOR BAHRU: Sebanyak 121 bangunan baru sekolah agama di negeri ini akan dibina di negeri ini untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah setiap tahun.
Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata sejumlah RM200 juta diperlukan untuk tujuan itu dan pembinaannya dijangka selesai dalam tempoh dua tahun.

"Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bangunan sekolah agama yang semakin kritikal sehingga ada guru dan pelajar yang terpaksa menumpang di bangunan sekolah kebangsaan, masjid dan juga rumah kedai.

"Kerajaan negeri sedang berusaha mencari dana untuk tujuan itu dan jika perlu akan menggunakan peruntukan kerajaan pusat untuk membina dahulu bangunan sekolah berkenaan dan membayarnya semula selepas 10 tahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Agama Bandar Seri Alam di Pasir Gudang, semalam.

Jelasnya lagi, untuk menaik taraf pembelajaran di sekolah agama kerajaan negeri telah membuat semakan semula terhadap kurikulum dan kandungan kitab yang digunakan sekarang untuk disesuaikan dengan tahap keupayaan murid.

Katanya, sukatan itu akan dipinda secara berperingkat dan sebagai permulaan kitab untuk murid darjah satu, dua, empat dan lima sudah mula diterbitkan sejak tahun lalu.

Abdul Ghani berkata, menjelang 2010 semua murid sekolah agama di negeri ini akan belajar dengan menggunakan sukatan pelajaran yang baru.

Menurutnya, sehingga hari ini kerajaan negeri Johor telah membina 389 sekolah agama dengan menggunakan peruntukan sendiri.

"Sistem sekolah di Johor sudah wujud hampir 100 tahun dan pada masa ini 218,000 murid dan 5,000 guru terbabit dengan sistem persekolahan itu," katanya.

Abdul Ghani turut mengumumkan pemberian peruntukan RM350,000 untuk pembinaan surau di Sekolah Agama Bandar Seri Alam bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

__________________________________________________________________________________

Sukatan Pelajaran Baru Sekolah Agama Kerajaan Johor

Sukatan Pelajaran Baru Sekolah Agama Kerajaan Johor - Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) 2008

Sejarah perubahan Kurikulum Sekolah Agama Kerajaan Johor bermula pada tahun 1994 di mana Kerajaan Negeri pada ketika itu telah memutuskan agar tahap umur pelajar Sekolah Agama Kerajaan Johor diubah daripada tahap umur 9 tahun untuk kemasukkan ke Darjah 1 kepada tahap umur 7 tahun sebagaimana yang diamalkan di sekolah-sekolah kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor melalui Jawatankuasa Penyemak Kitab Sekolah Agama Negeri Johor telah membuat semakan semula Sukatan Pelajaran Sekolah Agama Kerajaan Johor yang sekian lama digunakan agar ianya bersesuaian dengan tahap umur murid Sekolah Agama yang akan memulakan Darjah 1 pada usia 7 tahun. Hasilnya, mulai awal tahun 2008 Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) 2008 telah diperkenalkan. Dimana pelaksanaan kurikulum tersebut dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Sebagai Permulaan, pada tahun 2008 semua murid Darjah 1 Sekolah Agama Kerajaan Johor telah mengikuti kurikulum baru. Kitab baru berdasarkan kurikulum KBSA 2008 juga telah digunakan di seluruh Sekolah Agama mulai bulan Mac 2008.

Manakala pada tahun 2009, kurikulum baru KBSA 2008 dilaksanakan pula bagi murid Darjah 2, Darjah 4 dan Darjah 5. Mulai tahun 2010 ini, kurikulum baru KBSA 2008 dilaksanakan pula untuk murid Darjah 3 dan Darjah 6.

Sesungguhnya perubahan kurikulum bagi Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor ini merupakan satu tindakan yang bertujuan meningkatkan tahap pembelajaran serta memastikan semua kanak-kanak yang berusia 7 tahun sudah dapat memulakan persekolahan di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Implikasi kewangan yang cukup besar terpaksa ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti bilik darjah dan bangunan tambahan sekolah serta bilangan guru bagi menjayakan hasrat murni ini.

Namun tidak dinafikan bahawa perubahan ini juga telah melibatkan perubahan kepada penggunaan kitab-kitab baru bagi memenuhi KBSA 2008 yang terpaksa ditanggung oleh pihak ibubapa. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah memperuntukkan sejumlah RM 2.0 juta untuk membiayai Skim Pinjaman Kitab (SPK) Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Di mana melalui SPK ini para pelajar dari golongan miskin akan diberi pinjaman kitab setiap tahun.

Sesungguhnya perubahan kurikulum yang dilakukan ini diharapkan isi kandungannya dapat difahami dengan lebih mudah sesuai dengan peringkat umur pelajar.

sumber: http://www.1endau.net/utama.htm






PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 09 Oct 2010 09:05 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Dun Galas Pas mungkin letak calon orang asal-DS Nizar

Posted: 09 Oct 2010 06:51 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 9 Okt – PAS tidak menolak kemungkinan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyatakan kemungkinan itu sekiranya Umno meletakkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Dun itu.

Nizar yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS berkata demikian pada majlis dialog di sini malam tadi yang turut dihadiri seorang lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Daripada keseluruhan 11,000 pengundi di DUN Galas, lebih 1,700 daripadanya adalah Orang Asli.

Sementara itu, Lim kesal dengan tuduhan bahawa DAP anti-Islam yang dilemparkan dalam satu ceramah anjuran sebuah bahagian Umno baru-baru ini.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah, Lim berkata "Islam merupakan agama rasmi negara ini dan kalau DAP anti Islam sudah lama (pemimpin DAP) dipenjarakan." – Bernama

misbahul munir

Posted: 09 Oct 2010 09:03 PM PDT

misbahul munir


BENARKAH UMNO PEMBELA ISLAM ?

Posted: 08 Oct 2010 09:48 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 09 Oct 2010 07:19 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Pantai berahi : Teluk Bidara lokasi seks, hidu gam

Posted: 09 Oct 2010 07:18 AM PDT

PASANGAN mengambil kesempatan keadaan kawasan tepi pantai yang berbukit dan belukar untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.

Sejak terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan tiga tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang dahulunya seakan terpisah dari dunia luar mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang.

Arus kemodenan yang melanda turut membawa unsur kurang sihat ke kampung ini yang sebelum ini bergantung kepada bot penambang sebagai pengangkutan utama untuk ke Kuala Dungun bagi mengelak menempuh perjalanan sejauh 20 kilometer.

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.

"Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.

Amir (tiga dari kiri) menyoal sepasang kekasih di kawasan bukit di tepi Pantai Teluk Bidara.

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh.
Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam.

"Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.

Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.


PAS LENGGONG

Posted: 09 Oct 2010 07:18 PM PDT

PAS LENGGONG


Wang ehsan untuk warga tua

Posted: 08 Oct 2010 09:56 PM PDT

Datuk Musa Sheikh Fadzir
dah dato tentu tuale tu. mesti layak lah dan boleh terima.
Dia tu dah Dato dan Datuk
nak dapat Datuk mestilah yang handal. Tak payah seratus pun tak ape. kalau dia tak terima pun tak mengapa.
tapi yang paling dimusykilkan sekarang ialah duit yang dipulangkan itu sudahkah diterima balik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang?
atau masuk kantong siapa?


Minta Lim Guan Eng Siasat sama dia dapat?

Posted: 08 Oct 2010 09:50 PM PDT

Kita harap YAB LGE siasat samada Datuk Musa Sheikh Fadzir juga tersenarai mendapat wang ihsan. Semak juga yang lain dalam gambar itu.

PELAKON VETERAN UMNO??Pulangkan balik duit pemberian kerajaan Negeri Pulau Pinang...


Kenalkah anda dengan veteran UMNO ini? Layak pula dia dapat bantuan dari kerajaan negeri Pulau Pinang? Mengapa dia layak?Tidakkah dia kaya?Kenapa haknya tidak diberikan kepada orang lain yang memerlukan?Memanglah dia warga emas tapi tidak adakah simpatinya kepada wargaemas lain yang lebih memerlukan?

AM petik dari wall fb
"PENCACAI UMNO - BUKAK BIJIK MATA LUAS LUAS...

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir "BERLAKON JADI WARGA EMAS"....

GUNA OTAK DAN JANGAN GUNA BONTOT UNTOK MENILAI..!"

DPPK PARIT

Posted: 09 Oct 2010 07:14 PM PDT

DPPK PARIT


“ MALAYSIAN FIRST LADY” ANTARA DILEMA DAN KRONIKALITI DIDALAM UMNO

Posted: 09 Oct 2010 03:50 AM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 09 Oct 2010 07:08 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


AIR OH AIR

Posted: 09 Oct 2010 07:31 AM PDT

YAB. Dato'Sri Ustaz Azizan bin Abdul Razak kelihatan sedang memberi taklimat berhubung dengan isu kenaikan tarif air oleh SADA yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon.

Amatilah baik-baik tentang kenaikan tarif tersebut.

Para pembaca blog cuba baca dan faham kenyataan atau penerangan ini

Yang ini juga

Pun yang ini

Siti Zailah | Home

Posted: 09 Oct 2010 03:12 PM PDT

Siti Zailah | Home


Qurban 1431H

Posted: 09 Oct 2010 09:13 AM PDT

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 09 Oct 2010 03:10 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


Plilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi

Posted: 09 Oct 2010 08:25 AM PDT

KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini

Posted: 09 Oct 2010 08:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang jam 3 petang ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan petang ini.

"Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.

"Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu, Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan untuk bertugas.

Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan sehingga ke hari membuang undi," katanya.

Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa pimpinan DPPP.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Oct 2010 03:04 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BANDUAN PEJUANG PROTES & DEMO DIANUGERAH HADIAH NOVEL KEAMANAN !

Posted: 09 Oct 2010 02:32 PM PDT



9 Oktober 2010 Oslo, Norway - Seorang banduan dari China Liu Xiaobo 54 semalam tealh dinugerah hadiah Novel Keamanan atas usaha memperjuangkan hak asasi manusia.
Beliau dihargai atas usaha kerasnya yang tidak melibatkan keganasan untuk mempertabatkan hak-hak asasi manusia di China.

Xiaobo telah dipenjara pada 2008 kerana membantu menganjurkan protes dan menulis satu dokumen dikenali sebagai Charte 08 .Antaranya menyeru kepada perubahan politik.
Begitu juga saranan dan desakan pada kebebasan berhimpunan dan meluah ekpresi dan beragama.
Kalau di Malaysia Pejuang PKR seperti DS Anwar Ibrahim, Zunar dan pejuang PAS serta pejuang DAP sewajarnya layak menerima anugerah ini. Tetapi anugerah ISA selalunya yang diperolehi.

FIKIR SERATUS KALI, BILA PILIH KU LI

Posted: 09 Oct 2010 03:52 AM PDT

Ada blogger BN kata jika anda meletakkan Razaleigh, dan Razaleigh menang ia lebih banyak menggambarkan kemenangan Razaleigh sendiri bukan BN.Kemenangan itu memberi gambaran kepada pencapaian dan pengaruh peribadi Razaleigh per se bukan pengaruh Barisan Nasional atau UMNO.

Ini disebabkan perkiraan untuk menempatkan Razaleigh haruslah difikirkan semasak-masaknya agar kemenangan atau kekalahan yang UMNO/BN terima nanti benar-benar berupaya menjadi kayu pengukur dan memberi gambaran sebenar kepada kekuatan BN amnya dan UMNO khususnya.

Sedemikian penyokong BN mencadangkan agar seorang calon muda yang berpotensi ditonjolkan sebagai calon BN di Galas, bukannya Razaleigh sendiri agar bukan sahaja dia yang akan belajar malahan BN pun akan mendapat suatu pengajaran yang berguna daripada keputusan yang dicapai itu.

Sebagai Pengarah PRK Galas ...Ku Li diharap sangat oleh orang-orang BN agar melakukan pengorbanan beliau tentang calon yang paling sesuai untuk menggalas harapan penyokong BN di Galas.

BERITA AUTA ATAU FAKTA ? SAPA CAYA ?

Posted: 09 Oct 2010 03:36 AM PDT

Di bawah ini adalah komen blogger penyokong BN. Teman baca rasa nak muntah kecuali beita ini benar.
1. MULA-MULA, saya ingat apa yang penulis rasa ne, penulis sahaja yang berfikiran sedemikian. Rupa-rupanya, ramai yang bercakap mengenai sukarnya membeli Utusan Malaysia sekarang.

2. Dua hari lalu,ketika penulis sarapan di warung Kg. Baru, penulis sempat membeli beberapa akhbar arus perdana termasuklah Utusan Malaysia. selepas bersarapan, penulis lalu di depan kedai penjual akhbar tersebut...tetiba seorang mak cik yang rasanya peniaga di situ bersuara..." alamak kenapa pak cik tak simpankan saya dulu, tak pe lah pak cik ada yang dah dibaca tak, orang ramai kat warung akak ne cari Utusan..."

Namun, dia balik dengan kecewa dan muka masam.

3. Di sekitar KLIA dan Sepang, seawal 10.00 pagi akhbar Utusan Malaysia sudah habis di pasaran.

4. Ketika di Kuching minggu lalu, akhbar Utusan Malaysia kosong di rak buku Lapangan Terbang Kuching.

5. Sekejap lagi penulis akan meronda-ronda di bandar Tawau, harap-harap akhbar Utusan Malaysia masih ada di pasaran. Seseorang mencadangkan penulis membuka Utusan.Online sahaja. Namun, ianya tidak ada rasa. Suratkhabar mesti ada suratnya dan akhbarnya.

6. Beberapa blog rasanya pernah membangkitkan isu ini, tetapi pihak Utusan Malaysia hendaklah lebih peka dengan mencetak lebih lagi.

7. Apakah ini menunjukkan penanda aras orang-orang Melayu telah kembali semula kepada perjuangan sebenar dan mula meninggalkan pakatan rapuh dan parti baling kerusi.

8. Mengapakah Anwar Ibrahim sangat takut kepada Utusan Malaysia, memberi amaran kepada Zaid Ibrahim, tetapi dijawab semula oleh Zaid Ibrahim bahawa beliau Tidak Bersetuju Dasar Parti Memboikot Utusan Malaysia...
Tulisan : Al-Azharri

AHLI PARLIMEN BATU SAPI TERBUNUH!

Posted: 09 Oct 2010 02:29 AM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 09 Oct 2010 01:23 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


KuLi Sah Pengarah PRK Galas Umno

Posted: 08 Oct 2010 07:54 PM PDT

PEMUDA BESUT

Posted: 09 Oct 2010 01:19 PM PDT

PEMUDA BESUT


Blog Pemuda Besut Bebas Dari Serangan Malware ???

Posted: 09 Oct 2010 08:56 AM PDT


Rasa rasanya blog ni dah bebas dari serangan malware.Hari ni baru perasan,mohon respon rakan rakan untuk mengesahkanya....terima kasih

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 09 Oct 2010 01:06 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Siapa pun calon Umno , Pas tetap lawan-Nik Aziz

Posted: 09 Oct 2010 09:08 AM PDT

ansarullah

Posted: 09 Oct 2010 11:13 AM PDT

ansarullah


Pemuda, Puteri kesal kenyataan Tengku Adnan

Posted: 09 Oct 2010 06:01 AM PDT


KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pemuda dan Puteri UMNO kesal dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membuat kritikan terbuka terhadap kedua-dua pergerakan itu melalui media.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tiada masalah untuk menerima kritikan atau teguran tetapi ia perlu spesifik dan tidak sepatutnya dibuat secara umum kerana ia tidak akan membantu sesiapa pun.

Tengku Adnan semalam menyatakan kesedihannya terhadap Pemuda dan Puteri UMNO yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.

Beliau berkata, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan tersebut mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.


P/S:- Inilah kenyataan yang perlu di fahami dan dinilai oleh semua rakyat tak kira kaum dan agama.Apabila teguran dibuat dari dalam,maka segala kata-kata yang dikeluarkan selalunya adalah benar dan tidak perlu didakwa-dakwi lagi.

Di sini kita melihat bahawa Pergerakan Pemuda dan puteri UMNO(yg merupakan sebahagian dari UMNO!)berjuang lebih kepada untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan dan HABUAN lain.Ini telah dijelaskan oleh orang lama dalam UMNO,Tg Adnan.

Kalau dilihat dari pengalaman beliau,jarang ada berita dalam UMNO yang tidak boleh dipercayai.Jadi terimalah bahawa,Pemuda dan Puteri UMNO adalah mereka-mereka yang hanya mengejar jawatan bukannya BERJUANG untuk RAKYAT.Jadi,golongan INIKAH yang masih dimahukan oleh RAKYAT untuk memimpin mereka??????

Dan lagi satu,dalam UMNO memang tidak pernah SUNYI dengan PERGADUHAN. Tak kira di mana,hatta di Jerantut sekalipun.Jadi mereka ini sudah tidak boleh diharap lagi.Umpama HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI! Bukan nak diharap menguntungkan rakyat,cuma MEMBESARKAN perut mereka sendiri!!!!

Batu Gajah Mari

Posted: 09 Oct 2010 11:12 AM PDT

Batu Gajah Mari


Jamuan PAS Batu Gajah Meriah !!

Posted: 08 Oct 2010 11:31 PM PDT





Program sambutan hari raya idil fitri PAS Kawasan Batu Gajah pada hari Jumaat malam telah berlangsung dengan penuh kejayaan dengan sambutan masyarakat sekitar Batu Gajah diluar jangkaan. Lebih 1000 orang telah hadir ke jamuan tersebut. Apa yang menjadi kegusaran sebelum program berlangsung dimana kebimbangan tiada sambutan daripada masyarakat telah dinafikan apabila berlangsungnya program tersebut.

Seawal jam 8.00 mlm kawasan khemah telah dipenuhi orang rami berpusu-pusu hadir, apa yang menarik perhatian adalah kehadiran golongan wanita dan pemuda-pemudi yang hadir pada malam tersebut. Ini melambangkan bahawa PR mendapat sokongan dan dokongan daripada golongan wanita dan pemuda dan memberi impak yang amat baik kepada PR dalam PRU 13 nanti, InsyaAllah.



Kehadiran V Sivakumar dan rakan dari DAP dan PKR


YDP Pas Kawasan Batu Gajah menyampaikan ucapan


berpusu- pusu rakyat hadir







gambar lain menyusul..

Persiapan sempena Jamuan Hari Raya PAS Batu Gajah

Posted: 08 Oct 2010 10:45 PM PDT


isi duit raya


kerja dalam jemaah


memasang banner


Nisa' turut membantu


pemuda-pemuda yang sedia membantu walaupun tak dapat upah

pemuda



Haji Ismail turut membantu persiapan

Pas CawanganSurada

Posted: 09 Oct 2010 11:07 AM PDT

Pas CawanganSurada


Galas: Ku Li belum putus jadi calon

Posted: 09 Oct 2010 01:00 AM PDT

Malam 28 Jun: Anwar mengeletar, pucat lesi

Posted: 09 Oct 2010 12:52 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 09 Oct 2010 09:25 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini

Posted: 09 Oct 2010 04:53 AM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang jam 3 petang ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan petang ini

"Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.

"Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu, Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan untuk bertugas.

Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan sehingga ke hari membuang undi," katanya.

Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa pimpinan DPPP.


Pantai berahi : Teluk Bidara lokasi seks, hidu gam

Posted: 08 Oct 2010 04:06 PM PDT


PASANGAN mengambil kesempatan keadaan kawasan tepi pantai yang berbukit dan belukar untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.

Sejak terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan tiga tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang dahulunya seakan terpisah dari dunia luar mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang.

Arus kemodenan yang melanda turut membawa unsur kurang sihat ke kampung ini yang sebelum ini bergantung kepada bot penambang sebagai pengangkutan utama untuk ke Kuala Dungun bagi mengelak menempuh perjalanan sejauh 20 kilometer.

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.

"Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.

Amir (tiga dari kiri) menyoal sepasang kekasih di kawasan bukit di tepi Pantai Teluk Bidara.

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh.
Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam.

"Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.

Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.



KHIDMAT MERU

Posted: 09 Oct 2010 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


SAMBUTAN HARI RAYA DI PDS

Posted: 09 Oct 2010 04:12 AM PDT
















Satu sambutan hari raya telah di adakan di Pusat Dakwah Serantau (PDS), Sungai Merab, Bangi.
PDS yang di tubuhkan bagi mewujudkan satu wadah tarbiyah untuk melatih kader-kader muda dalam bidang dakwah yang bertenaga, berilmu pengetahuan, yang komited dan berdikari bagi menyahut cabaran dakwah kontemprorari.
PDS yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia mendapat perhatian dan kerjasama beberapa tokoh akademik di peringkat kebangsaan dan atarabangsa.







WOULD TO BE PILGRIMS WERE CELEBRATED

Posted: 08 Oct 2010 10:55 PM PDT











More than 53 would to be pilgrims were celebrated at the Hambali Hall hosted jointly by the Working Comittee of Masjid As Syariff Meru and the Public Service Center of the State Assembly.
Each of the guest was presented with a piece of long towel and financial token.
In his short speech, YB Dr Abd Rani reminded the guests that Islam did not impose the pilgrimage to Mekah to perform the Hajj as merely a ritual act.
However there are some philosophies and divine guidances that should not only be studied, but be practised in their everyday life before we will all be called to answer to Allah.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 09 Oct 2010 07:15 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


JAMUAN AIDILFITRI PEMUDA PAS MERBOK 1431H

Posted: 08 Oct 2010 09:57 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kaw Merbok dgn berbesar hati ingin menjemput pemuda-pemuda Pas dari seluruh Parlimen Merbok ke majlis jamuan Idul Fitr' bertempat di kedai restoran Md Noor(aktivis Pemuda Pas) pada 11 oktober 2010, jam 8.30mlm. Lokasi tersebut bersebelahan Dewan Cina, jalan menghala ke Tmn Bandar Baru, Sg Lalang sebelah kanan 500 meter dari simpang 3 traffic light jalan Sg Petani-A. Setar.Dewan Pemuda Pas Merbok juga mengambil kesempatan memohon jutaan maaf,zahir ,batin dan merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan pemuda selama ini. Selamat Hari Raya.

i n t a n h i j a u

Posted: 09 Oct 2010 07:08 AM PDT

i n t a n h i j a u


UMNO/BN GABRA, SELEPAS GALAS, BATU SAPI

Posted: 09 Oct 2010 03:12 AM PDT

SIAPAPUN CALON UMNO,PAS TETAP LAWAN - TOK GURU

Posted: 09 Oct 2010 02:49 AM PDT

KOTA BHARU, 9 Okt: Seperti pernah beberapa kali dinyatakan sebelum ini, PAS tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas biar siapa pun calon dipertaruhkan Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bertanding pilihan raya bukan menentang individu tertentu, namun menentang dasar perjuangan selain Islam.

"Kita tetap akan menentang Umno, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pagi tadi.

Ku Li dalam penjelasannya berhubung PRK Galas pagi tadi memberitahu menerima tawaran sebagai Pangarah Pilihan Raya namun belum memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon bertanding.

Bagaimanapun menurut Tuan Guru Nik Aziz, PAS akan tetap menyambut baik sebarang keputusan yang akan dibuat Tengku Razaleigh sama ada ingin menerima sebagai calon atau sebaliknya.

Namun katanya, jika Ketua Umno Gua Musang itu menerima tawaran calon tersebut bermakna beliau menerima pihak yang cuba menjatuhkan kedudukannya yang dilihat hanya layak diberi jawatan Perdana Menteri.

Mengulas program Hari Suami Isteri, beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah mencetuskan idea baru dalam institusi kekeluargaan di negara ini.

Menurutnya, Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain mengadakan program berkenaan sebagaimana lazimnya program Hari Ibu dan Hari Bapa dan seumpamanya diadakan.

Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr Fadhilah Kamsah turut diundang menjayakan program berkenaan.(harakahdaily)

UMNO DIBENCI KERANA MAIN SENTIMEN KAUM, AGAMA - MAT SABU

Posted: 08 Oct 2010 05:42 PM PDT



KUALA TERENGGANU, 9 Okt: Sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh pemimpin Umno sebenarnya telah menyebabkan parti itu semakin dibenci oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohmad Sabu berkata, Umno BN semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa apabila rakyat menolak segala permainan kotor perkauman dan agama.

"Jadi, ia bukan menjadikan alasan utama Umno untuk menjadikan sentimen perkauman untuk melaga-lagakan bukan Melayu dengan orang Melayu," ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Kuala Ibai, malam tadi.

Turut berucap ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Jelasnya, hubungan antara PAS dan DAP tiada masalah, bahkan ada di kalangan pemimpin DAP yang makan hasil 'air tangan' beliau semasa ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting.

Tambahnya, isu perkauman yang dimainkan Umno BN adalah permainan yang amat jahat dan mampu memusnahkan keharmonian kaum di Malaysia.

Menurutnya lagi, Umno rela mengorbankan perpaduan kaum asalkan mereka terus berkuasa.

Begitupun,ujarnya Umno gagal dalam usaha mereka menaikkan kemarahan kaum, terutama dalam isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, isu kuil di Shah Alam, isu kalimah Allah, isu doa pohon hidayah kepada Lim Guan Eng, isu ahli parlimen bukan Islam memasuki surau dan masjid serta isu wang ehsan di Pulau Pinang yang didakwa dari wang judi lumba kuda.

Sedangkan, katanya, pemimpin Umno adalah golongan yang melakukan pengkhianatan kepada Islam apabila meluluskan lesen judi, terutamanya Lesen Loteri Kebajikan Masyarakat, kasino Genting, judi lumba kuda dan lain-lain lesen judi.(harakahdaily)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 09 Oct 2010 03:16 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Lagi Cadangan : Kempen Mari Berzina Tanpa Mengandung

Posted: 08 Oct 2010 04:39 AM PDT



Ya Allah.... hanya itu ungkapan yang mampu di lahirkan... selagi diri ini masih bernyawa akan ku tegah Maksiat ...
Dewan Pemuda Pas kawasan Kota Raja amat mengutuk kempen seperti ini yang sememangnya jelas membelakangkan syariat Allah. Jika dilihat sebelum ini pelbagai cadangan telah diutarakan bahkan telah dilaksanakan tetapi ternyata gagal untuk menangani tidak lain dan tidak bukan gejala membuang bayi yang sudah sekian lama menular ibarat barah yang amat berbisa.

Nah Bukti kegagalan Sistem Perundangan yang sedia ada.

Koleksi Berita Buang Bayi (ke 29 pd 20/9/2010)

Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13. Bayi seperti ini tidak didaftar di Pejabat Pendaftaran. Adapun yang didaftarkan tahun lepas, bilangan bayi Melayu luar nikah adalah seramai lebih dari 17,000 orang !!, purata setiap negeri lebih 1000 orang !! Dan 5 lalu lalu berjumlah hampir 80,000 bayi Melayu-luar-nikah !!

Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur

KUBANG PASU 19 Sept. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di sini, semalam.
Tidak cukup dengan itu, seorang gadis dipercayai ibu bayi berkenaan telah berpura-pura kononnya 'menemui' seorang bayi di belakang rumah tersebut kira-kira pukul 8 malam semalam.
Difahamkan, bayi tersebut dibuang ibunya sendiri yang merupakan seorang penuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini.
Gadis tersebut yang berusia 20 tahun, dikatakan melahirkan bayi tersebut di rumahnya namun bertindak membuang bayinya di belakang rumah itu bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui ramai.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusoff memberitahu, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, hasil siasatan, polis kemudian menahan seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan.
"Pelajar terbabit ditahan di kawasan berhampiran dan dia ketika ini menerima rawatan di hospital sama," katanya.
Ibrahim berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
ARKIB : 15/09/2010

Keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi

15/09/2010 9:10pm
Oleh AZRAN FITRI RAHIM KOTA BHARU 15 Sept. – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan ditinggalkan di beranda rumah keluarga itu, hari ini.
Bayi seberat 2.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad, 50, selepas diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira pukul 8 pagi.
Mohssin yang pulang bercuti di rumah keluarganya di kampung berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus membuka pintu dan mendapati bayi perempuan yang diselimut dengan kain lampin serta tuala itu diletakkan di atas beranda rumahnya. – Utusan.
ARKIB : 15/09/2010

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

15/09/2010 9:11pm
Oleh SOPI SAMAILE SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah.
Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.
Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hingga 10 malam. – Utusan

Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan

15/09/2010 9:12pm
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR IPOH 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini.
Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk pemeriksaan lanjut. – Utusan
Menyambut 10 Malam Terakhir Ramadan …

Gambar baby yang dibuang di tiang papan tanda, Astagfirullahazim….

Ogos 29, 2010
oleh syahrilkadir


* gambar Jidin Giding
Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam
Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam
apalagi nak dikata…
KOLEKSI BERITA KE 24 pada 27/8/2010
Sepasang suami isteri yang baru pulang dari solat terawih menemui seorang bayi perempuan yang berusia seminggu ditinggal didepan rumah pasangan tersebut.
sumber dari berita harian
Kejadian berlaku kira pukul 11 malam. Bayi yang seberat 1.4.kilo itu lengkap berbalut dengan lampin dan selimut. Lapuran bayi dibuat di pejabat polis berdekatan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Tengah semalam.

Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala buang bayi terus berlaku.
Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini.
Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya.
Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya.
Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.
"Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 bagi membantu siasatan.
Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun

(Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun).
MELAKA 17 Jun – Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 12 Mei lalu, seorang remaja, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut menggenakan denda RM8,000 kepada Muhammad Safiuddin, 19, selepas remaja lelaki itu dan pasangannya, seorang pesalah juvenil berusia 15 tahun mengekalkan pengakuan bersalah mereka atas tuduhan tersebut.
Muhamad Faizal yang membuat keputusan di kamarnya turut mengarahkan remaja perempuan itu membayar jaminan bon sebanyak RM2,000.
Pesalah juvenil terbabit turut dikenakan syarat wajib berada di rumah sebelum pukul 6 petang selama dua tahun dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali selama dua tahun.
Ketika pertama kali didakwa di mahkamah pada 18 Mei lalu, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi itu di tepi sebatang sungai di Taman Melaka Baru di sini.
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 dan pukul 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor memberitahu, keputusan menjatuhkan hukuman penjara maksimum itu dibuat memandangkan kes tersebut adalah berat.
Ujarnya, Muhamad Faizal menyatakan hukuman setimpal yang dijatuhkan bukan hanya untuk pesalah semata-mata tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada masyarakat tentang kesalahan serius yang dilakukan itu.
Kata pendakwa raya itu lagi, ini kerana pada pandangan Muhamad Faizal, kedua-dua tertuduh bukan sahaja melakukan hubungan seks tanpa nikah malah menyembunyikan kelahiran bayi mereka dan secara tidak langsung menyebabkan bayi itu meninggal dunia.
Sementara itu, sebelum hukuman dijatuhkan, Farah Wahida menghujahkan bahawa perbuatan kedua-dua tertuduh bukan sahaja memberi impak negatif kepada masyarakat malah lebih teruk lagi, kedua-dua tertuduh mempunyai rancangan untuk membuang bayi mereka.
"Kedua-dua mereka telah merancang untuk membuang bayi itu dengan bukti lokasi bayi ditanam jauh daripada orang ramai termasuk sebuah peralatan cangkul yang digunakan untuk menggali lubang," katanya.
Turut hadir dalam prosiding tertutup itu ialah dua penasihat dari Mahkamah Juvenil iaitu Rizal Abdullah dan Zainon Mohd. Ali yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi

TERTUDUH (menutup muka) hadir di Mahkamah Majistret, Melaka semalam atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi.

MELAKA 18 Mei – Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.
Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.
Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah.
"Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran," katanya.
Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar.
"Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah," katanya.
Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing.
Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.
Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.
Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit.

Remaja tanam bayi


MUHAMMAD Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara mengebumikannya, di Alor Gajah, Melaka, 18 Mei. – Utusan/ABDUL RAZAK LATIF
Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my MELAKA 17 Mei – Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya.Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah.Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir.Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.Yang mengejutkan, dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.Difahamkan, sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia sebelum ditanam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu."Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan," katanya di sini hari ini.Tambahnya, doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi."Terperanjat dengan kata-kata doktor itu, ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang hari yang sama," katanya.Susulan daripada itu, Mohd. Adnan memberitahu, polis menahan teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi di Terengganu.Tambahnya, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu, polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan harinya."Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.8 meter di tebing sebatang sungai sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat."Siasatan mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala," katanya.Berikutan itu, polis menahan pasangan terbabit di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.

Lagi mayat bayi ditemui

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.
Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.
Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air.
Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki.
"Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.
Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu kerana masih bertali pusat.
Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.
Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang.
"Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras," katanya.

Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis

Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.

SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau.
Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.
Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.
Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.
"Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.
"Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu.
"Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.
"Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui," katanya.
Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.

Bekas pelajar UiTM mengaku buang bayi

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi lebih dua tahun lalu.
Tertuduh, Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Yusoff Yunus.
Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.
Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Jan 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial tertuduh dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh tidak mampu membayar wang ikat jamin tersebut dan di hantar ke Penjara Pengkalan Chepa.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp. Marzita Subaker. – Bernama
Oleh Mohd Fadly Samsudin
HILANG akal! Itu gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah sehingga 'bunting' anak haram lalu membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan.
SIASAT...anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai
SIASAT…anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai
TIDAK BERHATI PERUT...bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu, Kepong.
TIDAK BERHATI PERUT…bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu, Kepong.
Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan, jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.
Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah, lebih buruk berbanding haiwan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (Surah Al-Israa' ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. Justeru, Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.
Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan, adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi, ia ibarat di persimpangan, antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Sebagai manusia waras, tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama.
Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Tong sampah, kubur, semak, sungai, kaki lima, lubang tandas, malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi.
Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana 'dimamah' haiwan liar.
Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti 'tolong kebumikan mayat ini.' Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam, masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup, apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.
Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga. Bukan saja manusia dan haiwan, malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam. Firman Allah dalam bermaksud: "Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka." (Surah al-Ahzab ayat 36) Justeru, ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri 'lesen' berkenaan akan merencatkan pembinaan watak dalam diri anak mereka. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat, tetapi bukan kepada Allah s.w.t. Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika. Maka mereka perlu bijak memilih jalan kehidupan yang sempurna. Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.
"Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan).
"Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan," katanya.
Beliau berkata, Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina.
"Zina adalah dosa besar. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah.
"Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan," katanya.
Menurutnya, manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. "Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu," katanya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'araf ayat 179)

Mayat bayi ditemui dalam longkang

KUCHING 6 Mac – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama.
Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.
Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini.
"Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kock Keong berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

SEGAMAT 1 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini.
Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut.
Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
"Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita.
Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi.
Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.
ARKIB : 23/02/2010

Banyakkan Rumah Perlindungan

Apakah hak perlindungan dari segi kelahiran bayi menurut undang-undang ke atas ibu yang hamil di luar nikah ini?NOOR AZIAH: Sebenarnya semua wanita sama ada yang berkahwin atau pun tidak berhak kepada penjagaan semasa mengandung dan melahirkan anak. Penjagaan mengikut piawaian antarabangsa kerana kita sebahagian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Kita juga menandatangani konvensyen berkaitan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di mana artikel 12 menjelaskan bahawa:1) Negara yang menjadi ahli kepada konvensyen hendaklah membuat cara sesuai untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam hal kesihatan untuk memastikan, dan berasaskan kesamarataan di antara lelaki dan wanita, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk perancangan keluarga;2) Apa pun yang dinyatakan oleh para (1), negara ahli hendaklah memastikan setiap wanita mendapat perkhidmatan kesihatan berhubung dengan kehamilan, semasa berpantang dan selepas melahirkan anak, memastikan semua perkhidmatan adalah percuma di mana-mana yang perlu serta pemakanan yang berkhasiat semasa mengandung dan menyusukan anak.Jika dilihat dari konvensyen ini, Malaysia terikat dengan artikel 12 kerana kita telah menandatangani dan meratifikasi CEDAW. Maka setiap wanita mempunyai hak mendapatkan perkhidmatan kesihatan semasa mengandung, semasa melahirkan anak dan semasa menyusukan anak.Perlindungan yang mereka berhak perolehi adalah hak perkhidmatan kesihatan. Oleh yang demikian, tanpa mendiskriminasi, semua wanita yang hamil berhak kepada perlindungan ini dan hospital di Malaysia mesti atau wajib memberikan mereka perkhidmatan tersebut.Jika yang hamil luar nikah, Akta Kanak-kanak 2001 membuat peruntukan perlindungan bagi gadis yang mengandung luar nikah di mana seksyen 41(2)(d) membenarkan kanak-kanak perempuan berumur bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah ditempatkan di tempat selamat di atas permohonannya sendiri untuk ditempatkan sedemikian.Dua peruntukan ini memberi perlindungan perundangan kepada ibu yang mengandung tanpa nikah terutama jika ibu tersebut masih kanak-kanak.Di hospital atau di rumah perlindungan, tentu mereka mendapat jagaan yang rapi untuk membolehkannya melahirkan anak dengan selamat dan semasa mengandung mendapat jagaan yang rapi termasuk makanan berkhasiat.Bagi gadis di bawah 16 tahun, kehamilannya adalah disebabkan rogol (kesalahan jenayah mandatori – mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun) dan pelaku boleh dihukum penjara dan rotan.Bagi wanita Islam, jika kehamilan tidak disebabkan rogol malahan kerana perzinaan secara suka sama suka, maka ia adalah suatu kesalahan jenayah syariah jika didakwa dan disabitkan.Pasangan yang berzina boleh dipenjara sehingga 3 tahun, atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. Jika wanita tersebut sedang hamil, hukuman boleh ditangguhkan sehingga beliau melahirkan anaknya.Apakah punca sebenar kes-kes begini berdasarkan kajian?NOOR AZIAH: Saya baru selesai menjalankan kajian yang bertajuk 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia'. Kajian ini saya buat bersama tiga rakan yang lain iaitu Dr. Che Norlia Mustafa, Mohd Al Adib Samuri dan Hafilah Musa.Dalam kajian, saya menemu bual 58 responden yang hamil luar nikah dari sebuah rumah perlindungan. Apabila ditanya kenapa mereka mengandung luar nikah mereka menjawab sedemikian:Alasan / Punca Kejadian dan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf
  • Suka sama suka (23 kes)

  • Terlalu percayakan lelaki sebagai kekasih (8 kes)

  • Suka bebas/terlalu bebas (6 kes)

  • Ingin mencuba seks (3 kes)

  • Kurang didikan agama (2 kes)

  • Dirogol (11 kes)

  • Pengaruh kawan-kawan (7 kes)

  • Sebab-sebab lain seperti tekanan keluarga, diabai ibu bapa, jika mengandung ibu bapa akan bagi kahwin dan lain-lain.Bagaimana mengambil jalan tengah antara membantu ibu yang hamil luar nikah dengan hukuman?NOOR AZIAH: Sebenarnya tiada jalan tengah dalam isu mengandung luar nikah. Kita semua manusia yang dijadikan Allah sebagai hambanya. Kita semua ada peranan masing-masing dalam kehidupan seharian kita di dunia ini.Dunia kita hari ini telah terlalu moden dan mendidik anak di dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini bukanlah suatu perkara yang mudah.Perlakuan seks bebas di kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi. Ini bukan soal tiada didikan agama atau ibu bapa kurang peka. Godaan amat besar dan anak-anak kita teruja minda, emosi dan iman.Bagi kanak-kanak perempuan, jika hamil luar nikah, mereka tidak ditangkap. Mereka diberi perlindungan jika berumur bawah 18 tahun. Bagi yang atas 18 tahun, biasanya juga tidak ditangkap kecuali selepas melahirkan anak, mereka tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak kerana tiada surat nikah.Mereka boleh mendaftarkan kelahiran anak dan memberi anak nama tapi anak tak ada nama ayah. Itupun setahu saya Jabatan Pendaftaran Negara tak pernah lapor kepada pejabat agama pun. Biasanya tindakan pendakwa syarie akan dibuat berasaskan siasatan dan aduan.Sebenarnya menjadi kewajipan semua orang Islam menghalang kemungkaran berlaku. Dalam kes ini ia telah berlaku. Yang perlu ialah pesalah menjalani hukuman dunia terhadap kesalahannya.Sebagai orang Islam, dia mesti tahu bahawa berzina itu berdosa besar dan mesti dihukum. Jika tiada tindakan diambil, maka yang melakukan kesalahan tidak akan merasa berdosa dan bersalah. Salah tetap salah.Tetapi anak luar nikah yang dilahirkan itu tidak bersalah. Maka jika ibunya tidak berkemampuan maka kerabatnya berkewajipan melindungi anak tersebut dan jika tiada, maka kerajaanlah bertanggungjawab terhadapnya.Sebagai langkah pertama, ibu yang mengandung luar nikah hendaklah dipastikan sebab dia mengandung luar nikah. Jika sah kerana zina, dia mesti menjalankan hukuman selepas melahirkan anaknya.Dia juga perlu dibantu untuk boleh hidup berdikari selepas menjalani hukuman. Hukuman itu pula mesti memberi kesan kekesalan, keinsafan dan bukan rasa benci terhadap agama atau penghukumnya.Masyarakat kita umumnya sukar memberi sokongan kepada mangsa terlibat. Adakah ini turut menyumbang kepada peningkatan kes membuang bayi?NOOR AZIAH: Masyarakat kita masyarakat yang berpegang kepada adat dan agama. Namun dalam masa yang sama kita lebih senang menghukum dari membantu mangsa.Kata orang "berat mata memandang, lebih berat bahu memikul". Tiada seorang wanita pun mahu mengandung luar nikah jika diberi pilihan. Semuanya berlaku di atas kehendak Allah dan kita mesti melihatnya sebagai pengajaran dan perlu diambil iktibar.Malangnya kita manusia yang sangat lemah. Apabila kejadian seperti ini berlaku, kita tuding jari, cari salah siapa. Dah berlaku, semua orang salah… ibu bapa salah, masyarakat salah…pemimpin salah, semua salah…Jangan cari salah.Cari macam mana nak hindar dan baiki keadaan. Sebab itu apabila tahu saja mengandung, anak gadis panik. Lari dari rumah, cuba gugurkan dan akhirnya jika semua ikhtiar gagal, mereka buang bayi.Fikiran mereka buntu dan mereka tiada siapa nak mengadu. Semua salahkan mereka, mereka juga malu. Saya yakin memang sikap kita secara tak langsung menyumbang kepada pembuangan bayi.Bagi yang tidak kena batang hidung, mereka tidak melihat perlunya diwujudkan rumah persinggahan untuk golongan ibu hamil di luar nikah ini. Kata mereka, ia hanya akan mendorong lebih banyak kes sedemikian. Benarkah NOOR AZIAH: Rumah Perlindungan atau Persinggahan untuk ibu yang hamil sangat perlu kerana ia boleh mengurangkan jumlah pembuang bayi. Tapi ia mestilah tanpa syarat dan no question ask?Kita bukan nak galakkan mereka berzina. Itu anggapan yang biasa dibuat masyarakat umum. Itu anggapan salah. Rumah ini boleh menyelamatkan nyawa ibu dan anak.Kita boleh beri peluang untuk anak tak sah taraf hidup normal sebagai anak angkat. Ibu yang terlanjur boleh diberi peluang kedua membaiki hidupnya dan memulakan kehidupan yang baru. Mesti ada modul yang sesuai untuk memperbaiki diri dan sahsiah mereka.Kehamilan tidak akan berlaku tanpa penglibatan lelaki. Apa pula tindakan yang perlu diambil ke atas lelaki terlibat.NOOR AZIAH: Kata orang Inggeris, It takes two to tango. Yang malangnya, wanita membawa bukti yang jelas. Kita ada teknologi.Kita boleh buat DNA pada anak dan pada lelaki yang dikatakan menyebabkan seseorang wanita itu hamil. Kita hadapkan kedua-duanya ke mahkamah, jika Islam, lelaki mesti menjalani hukuman juga.Satu lagi ialah mereka patut diperintahkan membayar nafkah anak tak sah taraf tersebut bukan kerana nasab tetapi sebagai hukuman. Itu lebih berkesan kerana mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.Saya pernah cadang dulu lelaki membayar diat (denda) kepada wanita yang dihamilkannya itu. Dia juga perlu membayar pampasan kepada anak biologinya. 

  • Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah

    13/02/2010 3:02pm
    AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini.
    Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi.
    Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. – Utusan

    Buang bayi tindakan kejam

    Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
    pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 11 Feb. – Betul-betul kejam. Kalau tak nak, bagi saja pada kita! Demikian reaksi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
    "Saya bangun pagi tadi, terus baca tentang kes ini, ia betul-betul kejam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.
    Shahrizat ditemui pemberita selepas melancarkan jurnal antarabangsa Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), di sini hari ini.
    Beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah sehari kemudian.
    Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.
    Shahrizat berkata, kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.
    "Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini.
    "Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai," katanya.
    Beliau berkata, kerajaan dan banyak lagi pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan wanita dan keluarga menyediakan bantuan kepada mereka yang tidak ada saluran lain untuk meminta pertolongan.
    "Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Kalau tak mampu hendak menjaga anak yang baru dilahirkan bagi pada kita, kita boleh jaga. Tolong jangan buat macam ini. Rumah-rumah perlindungan kita juga banyak.
    "Setidak-tidaknya datang berjumpa pemimpin tempatan, Wanita UMNO pun boleh kalau sudah tidak tahu ke mana hendak minta bantuan lagi," katanya.
    Ketua Wanita UMNO itu memberitahu pergerakan itu dan NGO mempunyai kaunselor yang boleh membantu mereka yang bermasalah.
    "Banyak orang nak bantu, kalau tak mampu bawa ke hospital atau balai polis. Saya percaya hospital akan terima," tegasnya.
    Apa yang penting bagi Shahrizat, perbuatan kejam dan tidak bertanggungjawab seperti membuang bayi tidak boleh dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini.
    Mengulas mengenai NIEW, Shahrizat berkata, pertubuhan itu akan menjadi penggerak kepada wanita di negara ini dan seluruh dunia untuk meneruskan perjuangan dalam isu-isu wanita.
    Katanya, NIEW juga diyakini dapat meningkatkan imej wanita terutama di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam segala hal.
    "Kadang-kadang imej negatif terhadap wanita menjadi masalah kerana persepsi yang tidak dapat dihakis. Jadi NIEW perlu berusaha gigih untuk meningkatkan martabat wanita," katanya.

    Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting

    09/02/2010 pada 11:39 pm · Dikirim dalam Isu Semasa, Kekejaman Terhadap Bayi
    Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan, berdekatan Juru Autocity, di sini, semalam.
    Lebih memeranjatkan, penjenayah berkenaan boleh dikatakan 'baik hati' apabila meletakkan ubat anti semut, gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.
    Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum ditanam di belakang sebuah kilang.
    Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah merah itu.
    Beliau berkata, kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan menunggang motosikal dalam keadaan laju.
    "Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah tertanam.
    "Berdasarkan fizikalnya, bayi ini cukup sifat dan berambut nipis, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
    Menurutnya, bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.
    Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119 atau balai polis berhampiran.  ~~myMetro
    Mayat bayi dalam tong sampah
    Oleh HAMIMAH HAMID
    utusanperak@utusan.com.my
    Seorang anggota polis mengangkat mayat bayi perempuan yang ditemui oleh pekerja Majlis Bandaraya Ipoh ketika memungut sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby, Ipoh, semalam.

    IPOH 30 Dis. – Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby di sini hari ini.
    Bayi malang itu dijumpai oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang sedang bertugas memungut sampah di kawasan tersebut.
    Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pekerja MBI itu yang sedang menjalankan rutin harian terkejut apabila menemui mayat bayi berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi dan terus melaporkannya kepada polis.
    "Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
    "Sehingga kini belum ada suspek yang ditahan," katanya ketika dihubungi di sini.
    Sehubungan itu, Azisman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau menghubungi talian   05-2451500  untuk membantu siasatan.
    Mayat bayi itu, katanya, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

    "Dan apabila anak-anak yang ditanam hidup-hidup menyoal 'Kerana dosa apa dia dibunuh' " (Surah At-Takwir : 8 – 9). Sejarah berulang. Jahiliyah Arab di zaman Nabi saw kini berulang di Zaman Internet, tidak mustahil berulang jika umat menjauhi petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

    Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemui tertanam di tanah perkuburan

    buang-bayi
    ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi perempuan yang dijumpai di Tanah Perkuburan Islam, Senawang, Seremban, semalam.

    SEREMBAN 30 Mac – Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pagi ini mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.
    Mayat bayi yang baru berusia 14 minggu itu ditemui tertanam oleh seorang penjaga kubur setelah ternampak kesan tanah gembur serta kotak dipercayai bekas menyimpan mayat bayi malang itu di tanah perkuburan berkenaan.
    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, penjaga kubur itu kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja mengesan sesuatu yang aneh di tanah perkuburan tersebut.
    "Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, penjaga kubur berkenaan membuat laporan polis tidak lama kemudian. Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi tanah perkuburan itu.
    "Hasil siasatan awal, polis menemui satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat berkenaan dengan bahagian dalamnya terdapat kertas surat khabar dan bongkah tanah serta kesan lendir dan darah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
    Menurut Saiful Azly, polis kemudian menggali lokasi tanah itu dan menemui mayat seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 minggu dibungkus dengan kain putih seperti dikapankan dan ditanam di tanah perkuburan itu.
    Difahamkan, Tanah Perkuburan Islam Senawang tersebut masih belum beroperasi untuk sebarang pengkebumian.
    "Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit, kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah," tegasnya.
    Ketika ini, kata beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab.
    Sehingga kini juga, tambah Saiful Azly, belum ada tangkapan dibuat dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.
    Dipercayai, bayi malang itu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan dan ditanam di tanah perkuburan itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
    "Polis juga sedang mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan akan menunggu laporan bedah siasat," jelasnya.
    Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu dan menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

    Bayi lelaki baru lahir ditemui

    MERSING 21 Mac  – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat sini hari ini.
    Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, bayi malang itu ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10.30 pagi.
    "Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat dan tubuhnya masih berdarah," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
    Menurutnya, bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. Dia kini dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut.
    Katanya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

    SUNGAI PETANI 14 Mei – Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali berulang. Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil.

    Seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai mengandung anak luar nikah sanggup menyembunyikan bayi lelakinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan di bawah katil di rumahnya, sebelum ditemui polis malam tadi.
    Bayi lelaki yang cukup sifat seberat dua kilogram itu dipercayai dilahirkan pagi Sabtu lalu dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, dekat sini.
    Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini itu kemudian meninggalkan mayat bayi tersebut di bawah katil tanpa pengetahuan sesiapa.
    Dia kemudian meminta bantuan saudaranya menghantar ke hospital kerana mendakwa 'sakit perut'.
    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kejadian itu hanya disedari oleh pegawai perubatan Hospital Sik yang merawatnya dan mengesan tali pusat bayi masih tertinggal dalam rahim wanita berkenaan.
    Menurutnya, wanita itu dikatakan tidak mahu memaklumkan kejadian tersebut kerana khuatir dimarahi oleh ahli keluarganya.
    "Curiga dengan tindakan wanita itu, pegawai perubatan hospital kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.
    "Polis yang memeriksa rumah wanita itu menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat dibungkus dengan tuala dan diletakkan bawah katil," katanya.
    Kejadian buang bayi sebelum ini berlaku di Perak pada Isnin lalu apabila mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di Masjid Simpang Lima, Kerian bersama wang tunai RM150 untuk urusan pengkebumian.
    Sementara itu, Hashim memberitahu, ketika ditemui, bayi tersebut dalam keadaan hampir reput dan berbau busuk.
    Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
    Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
    Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala wanita berkenaan ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan dalaman.
    Kembali lah ke Jalan Allah
    Berhukum lah dengan Hukum Allah

    CINA ISLAM (林川興)

    Posted: 09 Oct 2010 01:17 AM PDT

    CINA ISLAM (林川興)


    Ku Li setuju jadi pengarah pilihan raya BN di Galas

    Posted: 09 Oct 2010 03:46 PM PDT

    1 Zulkaidah 1431H.

    Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengesahkan menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN bagi dewan undangan negeri Galas.

    Beliau berkata demikian setibanya daripada bercuti di luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pagi ini.

    Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.

    Bagaimanapun pemimpin veteran Umno itu berkata, keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    "Kita belum mengadakan mesyuaratpun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan.

    "Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya.

    Pelantikan Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

    Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional.

    Mengenai dakwaan Pas bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Ku Li berkata beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu.

    Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ditetapkan pada 4 November ini, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Oktober ini.

    Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, dari PAS akibat barah usus pada 27 September lalu.

    Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

    Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang dimenangi oleh Razaleigh. Selain Galas, DUN Nenggiri dan Paloh juga terletak di bawah parlimen Gua Musang

    Malaysiakini/-

    MP Batu Sapi terbunuh dalam kemalangan

    Posted: 09 Oct 2010 03:39 PM PDT

    1 ZulQaidah 1431H.

    Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

    Mendiang berusia 54 tahun.

    Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

    Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

    Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

    Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

    Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

    Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

    Kehilangan besar

    Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

    Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pemergian Edmund sebagai kehilangan besar untuk rakyat dan negeri Sabah.

    "Beliau adalah seorang pemimpin yang dedikasi dan komited terhadap tanggugjawabnya sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth.

    Musa yang juga Pengerusi BN Negeri berkata beliau dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan juga PBS atas pemergian itu.

    Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut berada di situ, berkata "kehilangannya adalah amat menyedihkan bagi negeri dan negara terutama PBS. Beliau juga kawan rapat saya".

    Benarkah UMNO pembela Bahasa Melayu?

    Posted: 09 Oct 2010 08:48 AM PDT

    1 ZulQaidah 1431H.
    Mohd Hafez Sabri

    IPOH, 8 Oktober, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussain hari ini mempersoalkan benarkah dakwaan bahawasanya Umno sebagai pembela dan penegak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia ini?

    Beliau menjelaskan, jika dilihat kepada realiti yang dihadapi bahasa ibunda selama berada di bawah pemerintahan umno serta hasil dari keluh-kesah dan rintihan para pejuang bahasa sejak berdekad lalu, ianya menggambarkan kepada kita bahawa Umno ialah sebuah parti yang tidak mempedulikan nasib bahasa Melayu.

    " Buktinya kita melihat peristiwa demi peristiwa protes dan kecaman keras pejuang bahasa sering bersambungan sejak sekian lama. Demonstrasi Keranda 152 tanggal 3 Mac 1967 adalah contoh klasik protes rakyat terhadap sikap tidak bertanggungjawab Umno dalam isu bahasa."

    " Para pejuang bahasa berarak ke kediaman Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan bantahan kepada Majlis Tertinggi Umno yang bersidang pada hari itu. Mereka mendesak Umno mempertahankan bahasa Melayu, ekoran perbahasan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 di Parlimen."

    " Bagaimana pun peristiwa bersejarah itu nyata tidak mengubah sikap liberal Umno terhadap isu bahasa. Penodaan Dasar Bahasa Kebangsaan masih berterusan hingga kini, terutama oleh pemimpin Umno sendiri," tegas beliau

    Selain itu beliau juga menegaskan rakyat sudah tentu masih mengingati bagaimana pemimpin kerajaan menghina pendirian pejuang bahasa dengan memperkenalkan beberapa istilah yang amat dipertikaikan. Antaranya, tema Hari Kebangsaan 'Budaya Penentu Kecapaian' yang dipertikaikan tata bahasanya, tagline 'Saluran Infotainmen Anda' untuk RTM, istilah 'boulevard' dan 'presint' di Putrajaya yang sepatutnya memanfaatkan istilah bahasa Melayu.

    Selain itu pengenalan dasar pembelajaran yang mengutamakan bahasa Inggeris (BI) dan mencabar kedaulatan bahasa Melayu, seperti dasar PPSMI, cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM, bahasa pengantar Bahasa Inggeris di universiti dan banyak lagi.

    Bagi saya Umno kini tidak dapat lagi menipu rakyat dengan menggambarkan bahawa mereka adalah pembela bahasa melayu hal ini kerana rakyat Malaysia mengetahui rentetan sejarah pengkhianatan umno terhadap bahasa melayu, bagi saya jika dibiarkan umno terus berkuasa berkemungkinan besar bahasa melayu sudah tidak dapat dimartabatkan lagi di bumi Malaysia ini, tegas beliau.

    Umno dibenci kerana main sentimen kaum, agama

    Posted: 09 Oct 2010 08:45 AM PDT

    1 ZulQaidah 1431H.
    Warta Rakyat

    KUALA TERENGGANU, 9 Okt: Sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh pemimpin Umno sebenarnya telah menyebabkan parti itu semakin dibenci oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohmad Sabu berkata, Umno BN semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa apabila rakyat menolak segala permainan kotor perkauman dan agama.

    "Jadi, ia bukan menjadikan alasan utama Umno untuk menjadikan sentimen perkauman untuk melaga-lagakan bukan Melayu dengan orang Melayu," ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Kuala Ibai, malam tadi.

    Turut berucap ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

    Jelasnya, hubungan antara PAS dan DAP tiada masalah, bahkan ada di kalangan pemimpin DAP yang makan hasil 'air tangan' beliau semasa ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting.

    Tambahnya, isu perkauman yang dimainkan Umno BN adalah permainan yang amat jahat dan mampu memusnahkan keharmonian kaum di Malaysia.

    Menurutnya lagi, Umno rela mengorbankan perpaduan kaum asalkan mereka terus berkuasa.

    Begitupun,ujarnya Umno gagal dalam usaha mereka menaikkan kemarahan kaum, terutama dalam isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, isu kuil di Shah Alam, isu kalimah Allah, isu doa pohon hidayah kepada Lim Guan Eng, isu ahli parlimen bukan Islam memasuki surau dan masjid serta isu wang ehsan di Pulau Pinang yang didakwa dari wang judi lumba kuda.

    Sedangkan, katanya, pemimpin Umno adalah golongan yang melakukan pengkhianatan kepada Islam apabila meluluskan lesen judi, terutamanya Lesen Loteri Kebajikan Masyarakat, kasino Genting, judi lumba kuda dan lain-lain lesen judi.

    Terkini Dan Gempar - 1000 Ahli MCA Serta PKR

    Posted: 09 Oct 2010 08:29 AM PDT

    1 ZulQaidah 1431H.

    Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng (gambar) mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai PKR, disertai 1000 Ahli2 MCA.

    Lee, yang popular dengan panggilan "doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara.

    Lee ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.

    "Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya.

    Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008.

    Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lalu apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya.

    Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu.

    Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini

    Posted: 09 Oct 2010 01:11 AM PDT

    1 Zulkaidah 1431H.

    Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang jam 3 petang ini.

    Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan petang ini.

    "Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau.

    Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.

    "Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang ditetapkan," katanya.

    Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu, Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan untuk bertugas.

    Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

    "Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan sehingga ke hari membuang undi," katanya.

    Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa pimpinan DPPP.

    Jantung Kita Yang Tidak Mengenal Penat

    Posted: 08 Oct 2010 04:39 PM PDT

    29 Syawal 1431 H
    Oleh: Dr. Azman Ibrahim

    Bagi kita, jantung adalah organ asas. ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit atau kira-kira empat puluh juta kali setahun. untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kita dan kemudian lepaskannya, kemudian terus buat genggaman dan lepaskannya. Berapa minit kita dapat berbuat begitu?

    Jantung kita, yang bersaiz sebesar penumbuk kita, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kita tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti sekalipun ketika kita tidur.

    Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyelenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.

    Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari.

    Tahukah kita berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kita merasa penat sekiranya kita cuba mengeringkan sebuah tab mandian menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kita tidak dapat melakukan tugas sukar ini.

    bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti.

    Kita, misalnya akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kita perlu berbaring atau berehat tetapi jantung kita tidak pernah letih. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah Allah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih.

    Nasihat dan Panduan Akad Nikah di Masjid

    Posted: 08 Oct 2010 04:33 PM PDT

    29 Syawal 1431 H
    Oleh: Ahmad Baei Jaafar

    Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita bersyukur kerana sudah menjadi tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan.

    Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.

    Tetapi dalam keghairahan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah ini, mereka lupa beberapa pantang larang. Ada beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa dalam masjid terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:

    1. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita.

    2. Niat iktikaf di Masjid.

    3. Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid.

    4. Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan.

    5. Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan.

    6. Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.

    7. Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Dewan Solat masjid.

    8. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.

    9. Jika boleh, hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.

    10. Jangan bergambar atau berposing untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid.

    Panduan ini tidaklah susah untuk dipatuhi, namun masih terdapat lelaki atau perempuan yang sering mengabaikannya. Masih terdapat perempuan yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan suasana masjid. Ada yang mempamerkan wajah mekap yang mempesonakan, bahagian dada yang masih tidak ditutup sepenuhnya meskipun sudah mengenakan kain tudung.

    Manakala lelaki pula ada yang memakai rantai dan gelang. Semua itu adalah haram bagi lelaki walaupun bukan dibuat daripada emas. Perhiasan perempuan itu tidak layak untuk lelaki kecuali gelang yang disahkan untuk perubatan. Kita tidak pasti sama ada mereka ini degil atau tidak tahu tentang hukum tersebut.

    Eksklusif : Bandar Baru Dabong

    Posted: 08 Oct 2010 04:27 PM PDT

    29 Syawal 1431 H
    Oleh: Mr. President

    Apa jadi dengan Projek ini??

    Pernah disiarkan di dalam HARAKAH suatu tahun dahulu. Kenapa sekarang ini senyap sepi??? Mentang-mentang ianya di Dabong, semuanya jadi tak kena...

    KUALA KRAI, 13 Feb - Dabong yang terkenal dengan keindahan Gunung Stong bakal menjadi pusat pertumbuhan utama di pedalaman Kelantan apabila sebuah bandar baru dibina di kawasan tersebut.

    Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bandar baru itu dirancang di kawasan seluas 65 ekar yang terletak tidak jauh daripada jambatan baru Dabong - Jelawang.

    Katanya, pelbagai infrastruktur bakal dibina di kawasan tersebut antaranya, masjid, pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan, taman perumahan, balai polis, kompleks sukan, hentian bas dan stesen minyak.

    "Saya berharap cadangan untuk membina masjid dan balai polis hendak dibuat di kawasan berdekatan bagi membolehkan mereka yang ditahan di lokap boleh mendengar azan dari masjid.

    "Selain itu, perlu dipastikan lokasi masjid juga tidak jauh dari stesen minyak bagi memudahkan pelancong yang singgah dapat meninjau kawasan masjid. Kita perlu fikir cara bagi membolehkan orang bukan Islam juga berminat untuk berkunjung ke masjid," katanya pada program taklimat sempena lawatan kerja ke Majlis Daerah Dabong (MDD) semalam.

    Selain itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan mencari kaedah sesuai untuk menarik kedatangan pelancong asing yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Dabong. Terdapat tiga lokasi pelancongan utama di Dabong iaitu Gua Ikan, Gunung Stong dan Lata Kertas.

    Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga kesal kerana kawasan rekreasi terbabit dicemari dengan unsur-unsur vandalisme.

    Hadir sama, anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan,

    Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Haji Mohamad Ibrahim, Yang Dipertua MDD, Haji Mat Jusoh Hussin, Penyelia DUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim dan ahli-ahli majlis daerah.

    Pekan Dabong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kota Bharu dan 80 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya simpang tiga Kuala Krai – Gua Musang di Sungai Syam ke Dabong dan Jeli – Jelawang - Dabong.

    Mohamad berkata, bandar baru dicadangkan di Dabong memandangkan kedudukan pekan lama begitu sendat dan tidak sesuai lagi dibangunkan kerana terhalang dengan Sungai Galas dan landasan kereta api.

    "Kita menjangka sekiranya penduduk Dabong mencecah 25,000 orang, pekan lama yang ada sekarang tidak sesuai lagi untuk menampung

    jumlah tersebut," ujarnya. Bilangan penduduknya sekarang sekitar 13,000 orang. Pada sebelah malamnya, Menteri Besar mengisytiharkan MDD secara rasmi bagi menggantikan nama lamanya Majlis Daerah Kuala Krai Selatan.

    Peghelih La...

    Posted: 08 Oct 2010 11:04 PM PDT

    Peghelih La...


    Pulak dah..... P185 Batu Sapi

    Posted: 08 Oct 2010 10:48 PM PDT

    Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

    Mendiang berusia 54 tahun.

    Menurut the Star Online, Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

    Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

    Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkahwin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

    Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

    Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

    Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya.

    Kisah tariff air di Kedah

    Posted: 08 Oct 2010 09:40 PM PDT


    Macam-macam kisah timbul di negeri jira kita di Kedah. Terbaru tentang tariff air. Ikuti kupasan Setpol MB Kedah:


    Tiada ulasan:

    Pengikut