Sabtu, 9 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 09 Oct 2010 01:15 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


PRK Batu Sapi Sabah

Posted: 09 Oct 2010 12:34 AM PDT

MP Batu Sapi-Sabah: Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (BN) meninggal pada usia 54 tahun setelah terbabit dalam kemalangan pagi tadi.sini

Rumah Terbuka Ranting Matang Gelugur

Posted: 08 Oct 2010 07:28 PM PDT



30 Sept Ranting Matang Gelugur di dalam DUN Kuala Sepetang telah menganjurkan rumah terbuka Aidil Fitri. Walaupun ranting ini dan sekitarnya didiami oleh masyarakat melayu, namun kehadiran tetamu menunjukkan bagaimana eratnya ahli keadilan Bukit Gantang dalam bermasyarakat. Kaum cina dan india turut hadir pada rumah terbuka ini.


Naib ketua cabang yang juga ketua angkatan muda dalam ucapannya juga menegaskan perlunya rakyat Malaysia memahami adat budaya kaum lain dan bertoleransi dalam bernegara. Semangat ini telah tersemai sejak penubuhan keadilan pada 4 April 1999. Muafakat yang diamalkan pada majlis ini juga perlu dijadikan contoh pada program-program lain.


Pada majlis ini juga beberapa penduduk yang kurang berkemampuan dibantu dengan peyamaian sumbanganan keperluan harian yang didermakan oleh badan koperat dan individu: Terima kasih daun keladi kami uncapkan kepada semua penderma.










Anwar Ibrahim

Posted: 08 Oct 2010 07:17 PM PDT

Anwar Ibrahim


Tukar Akuan Bersumpah Satu Kesalahan

Posted: 07 Oct 2010 10:15 PM PDT

Dari tv Selangor

Majlis Peguam Malaysia menegaskan adalah satu kesalahan jenayah untuk mana-mana individu menukar akuan bersumpah yang dibuat secara sukarela.

Presidennya Ragunath Kesavan mengulas tindakan bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, yang semalam menukar kenyataan bersumpahnya dua tahun yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, kepada tuduhan fitnah liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahimi mendakwa beliau dipaksa membuat dua akaun bersumpah itu namun peguam-peguam terbabit Latheefa koya dan Saiful Izham menafikan sebarang paksaan dikenakan ke atas bekas pembatuan anwar itu.

“Kalau individu itu secara sukarela buat akuan tersebut, dan kemudiannya beliau menukarnya pula, maka dia sudah melakukan kesalahan kerana dia telah membuat akuan bersumpah yang tidak betul,” kata Ragunath.

Ragunath menegaskan bahawa tindakan menukar akuan bersumpah akan hanya menjejaskan kredibiliti individu tersebut kerana dia secara tidak langsung membuktikan bahawa dia memberi sumpah yang tidak benar.

“Itu bermakna keterangan yang dia bagi selepas ini tidak lagi kuat,” jelas Ragunath dengan nada bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia tidak akan mengambil tindakan terhadap peguam Latheefa Koya yang dituduh Rahimi memaksa beliau untuk menandatangi akuan bersumpah yang mengaitkan Najib dan Rosmah kepada Saiful Bukhari Azlan.

Ragunath berkata tiada tindakan akan diambil selagi tidak ada laporan khusus dibuat terhadap Latheefa Koya kepada Majlis Peguam.

“Pada peringkat ini, hanya tuduhan sahaja. Kalau ada laporan lanjut dibuat, maka pihak kami akan mempertimbangkannya. Setakat ini tiada laporan dibuat,”

Kedudukan Dr Lee Chong Beng

Posted: 07 Oct 2010 10:08 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat mengambil perhatian serius pengumuman Dr Lee Chong Bee baru keluar dari MCA.

Ertinya beliau mohon dan diterima sebagai anggota KEADILAN semasa beliau masih menjadi ahli MCA, tanpa memaklum hal ini. Ini satu kesilapan.

Lebih serius, Dr Lee telah dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang.

Biro Politik KEADILAN telah membincang kes Dr Lee ini. Kami akan membuat keputusan tentangnya setelah mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Sekretariat.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
8 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 08 Oct 2010 11:22 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nak tengok apa ada dalam rumah Perdana Menteri ?

Posted: 08 Oct 2010 01:03 AM PDT

Nak tengok banyak mana perabot, sofa, kerusi, meja, hiasan, TV dan lain-lain dalam rumah seorang Perdana Menteri ? Tengok dan nilai sendiri pada pautan berikut http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/10/berkunjung-ke-kediaman-perdana-menteri.html

Terengganu hebat maksiat, pantai berahi, seks, dadah

Posted: 07 Oct 2010 05:11 PM PDT


Apa nak jadi dengan negeri Terengganu Darul Iman. Namanya yang cantik, negeri orang beriman sepatutnya tetapi semakin hari semakin banyak gejala maksiat, gejala sosial, dadah, sihir dan macam-macam lagi. Ayah Pin pun suka dan dah kembali duduk Terengganu. Apakah rakyat Terengganu tidak ingin menjadikan Terengganu betul-betul tempat orang beriman ?

PANTAI BERAHI DI DUNGUN
Berita Harian 8 Okt 2010

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.

"Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh.
Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam.

"Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.

Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Pantaiberahi/Article

LOKASI SEKS DI PANTAI TERENGGANU

Berita Harian 5 Okt 2010 - Jeti pelancongan di Merang kini terbiar dan menjadi sarang maksiat. Jeti, benteng pemecah ombak Pantai Merang tidak berfungsi. Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jeti dan benteng pemecah ombak tinggal yang berada kira-kira dua kilometer dari jeti yang digunakan sekarang di Muara Sungai Merang, juga didakwa penduduk sudah menjadi lokasi pasangan kekasih gelap memadu asmara.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Lokasiseks/Article


10 TANGKAPAN SEHARI DI PANTAI TERENGGANU, PASANGAN BERBOGEL

The Star 5 Julai 2010 menyatakan 10 pasangan ditangkap setiap hari oleh sukarelawan pencegah maksiat di pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang. Pasangan yang ditangkap ini sedang melakukan aksi di belakang pokok kelapa, belakang batu, dalam kereta dan ada kalanya di pantai secara terbuka.

Dalam kebanyakan kes tangkapan , pasangan ini ditangkap tanpa memakai sebarang pakaian. Dan kebanyakan mereka adalah merupakan para pelajar dari institusi pengajian tinggi.

Sukarelawan pencegah maksiat yang berumur 48 tahun berkata dia telah menangkap 1,200 pasangan (2,400 orang) sejak mula menjadi sukarelawan pada tahun 2004.

Tapi beliau sudah mengatakan beliau tidak sanggup lagi melakukan kerja tersebut kerana ianya tiada kesudahan.

Monday July 5, 2010

10 COUPLES CAUGHT NAKED DAILY ON TERENGGANU BEACHES

KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice volunteers along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are increasingly becoming favourite haunts for sexual trysts.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/5/nation/6607657&sec=nation

PENAGIH DADAH TERENGGANU MENINGKAT 1,366.67%

Kosmo 21 Sep 2010 KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm


20 LAGI PUSAT KARAOKE BARU DI TERENGGANU DARUL IMAN

KUALA TERENGGANU 22 Sep 2010 : Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_berita/20100922162452&sec=mstar_berita

TAK SIAP-SIAP MASJID DI TERENGGANU

Berita Harian 1 Sep 2010 - KUALA TERENGGANU: Terbengkalai lagi. Harapan penduduk Kampung Bukit Besar, di sini untuk menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Raja Bukit Besar tidak kesampaian apabila projek RM7.1 juta gagal disiapkan walaupun sudah dua kali dilanjutkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek pembinaan yang dimulakan pada 21 Januari 2008, menggusarkan lebih 3,000 penduduk daripada beberapa kampung dan harapan mereka untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid baru tidak kesampaian.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Taksiap-siap/Article

JETI NELAYAN UZUR DI TERENGGANU YANG KAYA HASIL MINYAK

Berita Harian 26 Ogos 2010 - CHUKAI: Seramai 40 nelayan dari Kampung Tengah di sini, merayu kerajaan menggantikan jeti pendaratan ikan di Sungai Limbong yang berusia lebih 20 tahun kerana lantai kayunya sudah reput.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Jetiuzur/Article


MAKSIAT BERLELUASA DI PANTAI TOK JEMBAL

Seorang pegawai penguatkuasa syariah yang enggan disebut namanya berkata masalah gejala sosial serta aktiviti maksiat semakin menjadi-jadi sejak hampir dua tahun kerajaan BN memerintah negeri ini.

Katanya, aktiviti tersebut berlaku bukan sahaja pada waktu malam atau di tempat tersembunyi malah turut berlaku di waktu siang serta di tempat-tempat awam.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=666:maksiat-berleluasa-di-pantai-tok-jembal&catid=13:dalam-negeri&Itemid=51

PANTAI 'RINGAN-RINGAN'

KUALA TERENGGANU: Penduduk di Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Batu Buruk dekat sini bosan dengan gelaran tidak enak, 'pantai maksiat' yang dilabelkan kepada kawasan berkenaan kerana ramai pasangan terutama remaja menjadi tempat itu sebagai lokasi memadu kasih, termasuk di bulan Ramadan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090909074756/Article/

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 08 Oct 2010 09:19 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Menjawab Fitnah Rahimi Osman

Posted: 08 Oct 2010 02:05 AM PDT

Press Statement In response to the allegation of duress by Rahimi Osman 7 October 2010 I wish to strongly state that at no point in time had I ever used any form of duress or undue influence on Rahimi Osman in relation to the statutory declarations that he signed. At all the material times, I [...]

Peguam: Kenyataan Rahimi Bohong Dan Fitnah

Posted: 08 Oct 2010 02:02 AM PDT

Dari Malaysiakini Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah kepada dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. "Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu [...]

KEADILAN Tiada Kaitan Dengan Percubaan Gagalkan Sidang Akhbar

Posted: 08 Oct 2010 02:01 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam. Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti. Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah [...]

Boon Chye menggesa Majlis Daerah Kampar pantau semua bangunan usang

Posted: 07 Oct 2010 07:28 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut