Lebih 50,000 orang hadir di majlis rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Jumaat.
Ia diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa selama satu jam menjamu selera dan beramah mesra dengan orangramai di majlis itu.
Turut sama, Naib-naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Majlis Tertinggi dan Exco-exco sayap parti.



Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden UMNO telah menyampaikan cenderahati kepada bekas ketua sayap antaranya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Tan Sri Aishah Ghani dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa mereka yang memperjuangkan agenda parti sejak dulu lagi.



Shahrizat berkata majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan di antara Pemuda, Wanita dan Puteri di samping dapat berkumpul dan beramah mesra dengan anggota UMNO di peringkat akar umbi.-8/10/2010