Khabarnya ada kambing dah mula menggelupar lalu mula nak salahkan TNB dan sg kenyir. Padahal jauh dari tasek kenyir .....
KECOH AIR EMPANGAN TEMBAT TASIK KENYIR DI KAITKAN DENGAN BANJIR DI KELANTAN? Dakwaan mengatakan Empangan baru (Second Hyroelectronic Dam) di Tembat Tasik Kenyir adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan. INI ADALAH TIDAK BENAR kerana Both empangan (puah & tembat) masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai bekalan penuh. Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) & air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir.
Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir Jenagor Terus Sungai Terengganu dan laut. Ini tiada mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Tembat Kenyir.
Kenapa tidak di kaitkan dengan kemusnahan hutan di Lojing, Menyebabkan Kawasan takungan air di kawasan itu tertutup akibat kerakusan projek balak husam musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan?
Kerajaan Kelantan hari ini menyalahkan mereka yang melakukan pembersihan tanah dan pembalakan secara haram sebagai antara punca banjir buruk di negeri ini tahun ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengehadkan pembalakan kepada 5,960 hektar setahun, seperti ditetapkan oleh Lembaga Tanah Kebangsaan.
"Amalan pengurusan perhutanan kita juga menerima pengiktirafan MC&I SFM daripada badan dunia bebas manakala sebarang kawasan pembakalan baru diwajibkan menyediakan penilaian kesan alam sekitar (EIA), kata Ahmad dalam satu kenyataan media di sini.
"Pembalakan tidak terkawal mungkin disebabkan oleh pembersihan hutan secara haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.
Ahmad juga berjanji kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membasmikan kegiatan haram ini.
Ketika lebih 100,000 orang rakyat Kelantan terpaksa dipindahkan akibat bencana banjir terburuk di negeri ini, ada pihak yang juga menyalahkan pembalakan tidak terkawal yang menggondol hutan sekitar Gua Musang.
Selepas melawat mangsa banjir di Gua Musang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menyebut pembersihan hutan yang berleluasa sebagai faktor yang boleh memburukkan lagi banjir tahun ini
Maklumat dalaman yang kami perolehi menyatakan bahawa Ketua pembangkang telah 'membeli' beberapa bekas menteri kabinet dan bekas Ketua
Pengarang media arus perdana sebagai taktik terbaharu untuk menjatuhkan UMNO.
Mereka tidak dipelawa menyertai PKR sepertimana modus operandi yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya dikekalkan imej asal untuk memudahkan mereka melemahkan UMNO dari dalam.
Modus operandi kumpulan ini adalah menyerang kepimpinan UMNO yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Teori mereka, apabila Najib sebagai Presiden UMNO berjaya dilemahkan, maka dengan sendirinya UMNO akan kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14).
Taktik terbaharu Anwar itu dibuat selepas gagal menawan Putrajaya untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri pada Pilihanraya ke-13 (PRU 13).
Sebelum ini, Anwar menggunakan modus operandi mengunakan aktivis-aktivis PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggulingkan kerajaan, namun keputusan PRU 13 menunjukkan taktik itu kurang berkesan.
Harga terkini RON 95, RON 97 dan Diesel turun lagi mulai 12.01 pagi 1 Januari 2015.
Menerusi pekeliling yang telah diedarkan kepada seluruh stesen minyak di setiap negeri, harga minyak turun ke RM1.91 seliter bagi RON 95 manakala RM2.11 seliter bagi RON 97 dan RM1.93 seliter bagi Diesel berkuatkuasa mulai 12.01 pagi pada 1 Januari 2015.
Berbanding harga pada 1 Disember 2014 lalu, harga RON95 adalah harga RM2.26 seliter, RON97 (RM2.46 Seliter) dan Diesel (RM2.23 Seliter).
Penurunan masing-masing RM0.35 sen bagi RON 95 dan RON 97 serta RM0.30 sen bagi Diesel adalah berkait rapat dengan trend penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Penurunan ini juga selaras dengan kaedah pengapungan subsidi bagi RON 95 dan Diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sejak 1 Disember 2014 lalu.
Ia tidak ada kena mengena dengan kononnya kerajaan takut kepada desakan pembangkang. Sebaliknya penurunan harga ini adalah seperti janji kerajaan untuk mengkaji harga minyak setiap bulan berdasarkan pasaran global semasa.
Ia juga tidak ada kena mengena akibat fenomena bencana banjir ini atau berkat doa tok guru tertentu. Sebaliknya ia adalah rahmat yang besar bagi negara kita di sebalik bencana yang menimpa.
Kepada puak dan juak pemakan minyak pembangkang penurunan ini pasti menyebabkan mereka mati kutu kerana mereka tidak ada modal untuk menghentam BN.
Daripada dok pertikai harga minyak kononnya ia adalah taktik sementara kerajaan untuk menarik sokongan rakyat sebelum mengenakan cukai GST, adalah lebih baik kita gunakan kesempatan harga minyak yang rendah ini untuk bersama-sama beramal membantu mangsa-mangsa banjir.
Gunakan rahmat harga minyak yang murah ini untuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada mangsa-mangsa. Ingat setiap rezeki yang kita perolehi ada hak kepada golongan yang memerlukan.
Jangan gunakan harga minyak yang murah ini untuk menyorok bekalan minyak dan menjual atau seludup kepada warga asing di sempadan.
Ingat perbuatan tersebut dosa dan boleh mengundang pelbagai bentuk kemurkaan Allah.
Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, hari ini.
Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat.
"Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.
Sementara itu, penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.
Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.
Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur, Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.
"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.
"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang iaitu tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui di kampung itu, di sini hari ini.
Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.
"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.
"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.
Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.
"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.
Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.
"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.
"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya.
Wasabi Oyabun
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
AirAsia Indonesia mengaku serpihan yang dijumpai semalam adalah daripada penerbangan QZ8501 yang hilang, seperti yang disahkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan berkenaan berkata, serpihan pesawat Airbus A320-200 itu dijumpai di Selat Karimata, kira-kira 110 batu nautika ke barat daya Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perasaannya hancur luluh dengan perkembangan itu.
"Ini adalah detik yang amat getir bagi kami semua di Air Asia dalam menanti perkembangan selanjutnya tentang operasi mencari, tetapi perkara yang menjadi keutamaan kami sekarang ialah kebajikan anggota keluarga mereka yang menaiki QZ8501," katanya.
Kenyataan itu berkata, Air Asia Indonesia akan menjemput anggota keluarga terbabit ke Surabaya di mana sekumpulan penjaga kebajikan yang dedikasi akan ditugaskan membantu setiap keluarga bagi memastikan semua keperluan mereka dipenuhi. "Kaunselor, ahli agama dan pakar kerohanian juga diundang ke pusat keluarga untuk memberi apa jua khidmat yang diperlukan," katanya.
Kenyataan itu berkata, operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan dan siasatan lanjut terhadap serpihan yang dijumpai juga sedang dijalankan.
Presiden Indonesia Joko Widodo memberitahu media bahawa semua aset udara dan maritim akan digunakan dalam gerakan mencari secara besar-besaran bagi mengesan pesawat itu, yang hilang daripada pengesanan radar pada Ahad ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.
Katanya, fokus sekarang ialah memungut mayat mangsa tragedi itu. Penerbangan QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia komited untuk memberi segala bantuan yang mungkin dan terus menyokong usaha mencari dan menyelamat yang sedang dilakukan dengan diterajui Indonesia.
"Malaysia sentiasa bersama-sama dengan keluarga dan orang tersayang mereka yang menaiki pesawat berkenaan dan kami mengutuskan ucapan takziah kepada mereka.
"Ini adalah detik-detik yang amat memedihkan bagi mereka yang berkenaan dan kami amat sedih dengan tragedi ini," katanya.
Pesawat Airbus itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad waktu tempatan dan dijadual mendarat di Singapura pada 8.20 pagi. Ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia sekitar 7.24 pagi waktu tempatan. - Bernama
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Langit masih 'menangis' tanpa henti siang dan malam. Pun begitu dalam kedinginan cuaca, SS tetap menerima bahan cerita panas daripada rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air.
Jiwa SS tiba-tiba jadi pijar tatkala cerita ini dibisikkan ke telinga yang mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wanita di Internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri.
Memang tidak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua.
Artis itu pula bukan calang-calang orang, tinggi ilmu agamanya dan sering mengadakan ceramah di sana sini.
Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatutnya artis itu tidak mudah terasuk dengan hasutan duniawi. Malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri.
Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. Bagaimanpun khabarnya gambar itu sudahpun dipadamkan.
Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerangi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya.
SS: Kesilapan mengajar manusia erti hidup dan menambahkan kematangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20250#sthash.sOJu7zbm.dpuf
PASUKAN mencari dan menyelamat melaporkan penemuan bangkai pesawat QZ 8501 di dasar Laut Jawa semasa menjalankan operasi mencari dengan menggunakan kapal sonar hari ini.
Bagaimanapun seperti yang dipetik menerusi laporan dari portal berita CNN, keadaan sebenar pesawat tersebut masih tidak dapat dipastikan.
"Pasukan penyelamat tidak tahu sama ada pesawat tersebut masih berada dalam keadaan baik atau sudah berkecai," kata laporan terbabit.
Menurut jurucakap pasukan penyelamat, Hernanto, setakat ini usaha mencari dan mengesan mayat, serpihan dan bangkai pesawat masih dilakukan.
"Antara yang dicari termasuk kotak htam pesawat, dengan penemuan itu, punca nahas ini dapat dirungkai," katanya lagi.
Sementara itu, syarikat penerbangan AirAsia akan mengambil tanggungjawab penuh ke atas nahas pesawat QZ 8501.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, segala keperluan keluarga mangsa dan proses pengebumian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat sebagai tanda simpati dan kesal atas nahas yang menimpa pesawat tersebut.
"Kami (Air Asia) tidak akan lari dari tanggungjawab kami. Pihak kami akan berusaha mengenal pasti punca nahas, tetapi sekarang fokus utama harus diberikan kepada usaha mencari dan menyelamat mangsa," katanya .
Tony akan terus berada di Surabaya untuk bersama dengan keluarga mangsa nahas pesawat terbabit.
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki 'Mat Afrika' di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.
"Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.
"Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah," katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.
"Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.
"Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap," katanya.
Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.
Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
BANJIR luarbiasa melanda lima negeri di Semenanjung, negeri yang paling teruk Kelantan. Untuk pertama kali, ratusan ribu mangsa dipindah. Untuk pertama kali, banyaknya rumah hanyut. Untuk pertama kali, ramainya sukarelawan terlibat. Untuk pertama kali puluhan ribu anggota beruniform terlibat. Dan untuk pertama kali, seorang Menteri memandu helikopter meninjau banjir dan membantu.
Najib menjadi sorotan, atas sebab, semasa puncak banjir, NAJIB bersama Obama bermain golf di Hawaii.
Pembangkang terutama Lim Kit Siang mengambil kesempatan membidas Perdana Menteri itu. Selain Kit Siang ada juga pemimpin Kerajaan mengeritik Najib. Tidak kurang juga blogger "banggang" mengwar-warkan Najib terpaksa naik penerbangan Komersial dari Indiapolis, meninggalkan Jet Perdana Menteri untuk kegunaan Datin Rosmah Mansor.
Nampaknya, apa sahaja aktiviti Perdana Menteri yang bernama Dato Seri Najib Razak menjadi sorotan, ada yang memuji dan ada yang membidas.
Apa yang pasti, Najib bertindak demi kepentingan rakyat. Langsung tidak terpengaruh berbagai dakwaan terutama yang dilakukan oleh mereka yang mahu beliau turun segera.
BERLEGAR-LEGAR difikiran AYT, mengapa Kapten Airasia QZ8501 meneruskan penerbangan? sedangkan awan comulunimbus (CB) membentang panjang menghalang lintasan terbang.
Apakah Juruterbang atau pembantunya tidak membaca keadaan cuaca? sedangkan pada masa itu, awan CB merentangi laluan. Panjang awan itu berasas foto satelite mencecah 160km sepanjang perjalanan laluan Surabaya Singapura.
Dua pilihan juruterbang itu. Pertama membatalkan atau menunda penerbangan, kedua meminta laluan baru.
Pada jam 6.12 pagi, selepas 42 minit terbang, kapten tiada pilihan terpaksa meminta pindah laluan dan menambah ketinggian. Memindah laluan dibenarkan, namun menambah ketinggian ditangguhkan atas sebab pada ketinggian itu ada pesawat lain.
Lima minit selepas kontak antara pesawat dengan ATC Jakarta, hubungan terputus dan satu minit kemudian pesawat hilang di skrin radar.
Apa kah penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang termasuk kru, di mana 16 kanak-kanak dan seorang bayi, merupakan panggilan ilahi??? kerana jenis awan yang cuba direda pesawat itu mengandungi butiran ais dan litrik. Ais boleh membekukan enjin pesawat, sehingga menghalang kelajuan. Inilah penyebab pesawat itu "stall".
Anggota penyelamat misi banjir di Pantai Timur bersabung nyawa untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Dalam kejadian di kawasan perumahan Kursial, Tanah Merah, Kelantan, sebuah helikopter Ecureuil Unit Udara Polis telah terhempas.
Helikopter berkenaan dalam misi untuk menghantar makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang tadi. Helikopter berkenaan terhempas di kawasan perumahan menyebabkan 3 orang pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan kejadian tersebut di laman sosial Twitter beliau seperti di bawah:
Harapnya pihak blogger dapat menghebahkan kepada semua NGO yang hendak beri bantuan supaya menyelaraskan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diketuai oleh Pegawai Daerah yang berkenaan melalui Setiausaha Keselamatan Daerah supaya tidak timbul kejadian seperti tahun lepas di mana ada kampung yang dapat bantuan sampai 4 ke 5 kali, tetapi ada kampung yang hanya dapat bantuan JKM sahaja hingga menyebabkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana menyangka bantuan NGO itu adalah bantuan dari kerajaan.
Semoga para NGO dapat memberikan kerjasama kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang hanya melihat orang lain saja dapat tapi dia tak dapat.
Ini bukanlah untuk pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana nak merampas bahan itu dari pihak NGO, tetapi untuk penyelarasan supaya tidak timbul isu rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang ketinggalan.
Ini disebabkan NGO tidak mempunyai maklumat kawasan mana yang dah dapat sampai dua tiga kali, dan kawasan mana yang tak dapat lagi, hanya dapat dari JKM sahaja.
Oleh itu, berilah kerjasama untuk memudahkan kerja. Sekian, terima kasih. Kata Pakteh: Terima kasih atas meklumat berkenaan.
You are subscribed to email updates from Betoika blog To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikecam seorang penulis di sebuah portal ekoran kenyataannya yang seolah "menambah saham ke neraka" dengan persepsi buruk yang dilihat mampu memecah-belahkan rakyat.
Kata penulis berkenaan, sewaktu seluruh jentera kerajaan termasuk Perdana Menteri dan pak-pak Menteri yang lain sedang berjerih payah membantu lebih 200,000 mangsa banjir di Pantai Timur, bekas Mufti itu seakan tidak membantu memperbetul persepsi, namun lebih menjurus menjadi "batu api.
"Ketika ramai antara kita bertungkus lumus membantu mangsa banjir, menghulur derma barangan dan membetulkan fitnah yang berleluasa, seorang bekas mufti yang "gila populariti", Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) memilih untuk menyebarkan prasangka buruk dan fitnah yang boleh memecah belah rakyat.
Musibah yang berlaku di kebanyakan tempat di Pantai Timur semakin teruk dan sangat-sangat memerlukan pertolongan serta bantuan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Keadaan banjir itu dikatakan antara yang terburuk dalam tempoh hampir 43 tahun di sesetengah tempat seperti di Kuala Tahan, Kuala Krai dan Gua Musang.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, pelbagai cara boleh kita salurkan untuk membantu mereka dalam meringankan beban yang sedang ditanggung. Ini kerana yang pasti kemusnahan harta benda, malah kehilangan nyawa sedang berlaku di sana.
Antara cara yang boleh disalurkan adalah dengan menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit, keperluan asas dan sebagainya. Bolehlah untuk sama-sama menolong mana yang terdaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan banjir yang melanda negeri ini sebagai malapetaka besar dan bukan fenomena biasa.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan kerajaan akan membina kediaman sementara dalam bentuk blok supaya mangsa banjir di negeri ini dapat menduduki kediaman tersebut untuk sementara waktu sehingga penempatan kekal dibina.
Beliau berkata, pihaknya perlu berunding dengan Kerajaan Pas Kelantan terlebih dahulu sebelum penempatan kekal dapat dibina.
''Hari ini saya membuat tinjauan di daerah Gua Musang dan Kuala Krai, kedua-dua daerah ini merupakan kawasan yang paling berat atau teruk sekali.
''Saya juga melihat keadaan di jambatan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru yang mana air di kawasan itu naik hampir ke paras tiang lampu, cuba bayangkan jambatan itu sudah tinggi tetapi air naik lebih tinggi sehingga mencecah lampu jambatan ini.
''Keadaan ini menggambarkan betapa dahsyat malapetaka menimpa negeri ini khususnya kawasan Kuala Krai sebab itu lawatan saya telah dapat kesimpulan, kita perlu melihat ini sebagai satu bencana atau malapetaka yang sangat berat dan bukan banjir biasa,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan sehari meninjau mangsa banjir ke Gua Musang dan Kuala Krai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.
Najib berkata, malapetaka tersebut berlaku disebabkan pembukaan tanah secara berleluasa terutama pembalakan yang berlebihan sehingga memberikan kesan kepada alam sekitar.
''Tidak ada keadaan semula jadi yang boleh menahan air daripada turun ke sungai dengan begitu pantas. Kedua, balak yang mengalir dalam sungai membawa kesan sebab balak itu menutup laluan jambatan yang menyebabkan air melimpah kiri dan kanan jambatan Manek Urai,'' katanya.
Sementara itu, katanya, pembinaan rumah sementara itu tidak termasuk dalam peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan untuk negeri-negeri yang ditimpa bencana alam itu.
''Ini semua kos tambahan yang saya dapat andaikan besar kali ini kalau kita hitungkan keperluan untuk seluruh negara, ini merupakan keperluan perbelanjaan yang cukup besar dan tidak dirancang tetapi perlu diperuntukkan oleh kerajaan.
''Saya tanya berapa rumah yang musnah di Kuala Krai mereka tidak dapat bagi tahu saya secara tepat tetapi beratus buah rumah yang telah musnah sama sekali.
''Yang tidak musnah pun mengalami kerosakan yang begitu berat sekali, saya berasa amat sedih dan apa yang saya lihat menyayat hati saya,'' katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri sebagai luar biasa dengan kemusnahan yang serius dan dahsyat.
Najib berkata, kerugian yang besar bukan sahaja ditanggung pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat kerajaan Persekutuan.
"Saya diberitahu sampai tiga hari tak ada bekalan makanan sebab keadaan kali ini amat luar biasa. Air naik begitu mendadak dan arus amat deras.
" Tentu sekali skala kerosakan dan kemusnahan pada kali ini sangat dahsyat dan serius. Kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar," kata Najib pada sidang akhbar selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO/BN di Menara Dato' Onn hari ini.
Jelas Najib, kerajaan juga bakal berhadapan dengan perbelanjaan tambahan yang tidak terduga dengan jumlah amat besar terutama sekali bagi membaik pulih kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah dan lain-lain.
Menurut Najib, kerajaan telah mengambil tindakan fasa pertama iaitu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir telah dilakukan dengan berjaya.
Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara dan memastikan bantuan-bantuan terutama makanan disampaikan kepada mereka.
Ketika ini pihak kerajaan sedang membuat anggaran awal jumlah kos yang bakal ditanggung bagi kerja-kerja bantuan dan baik pulih.
"Kita belum tahu lagi jumlah kerugian. Saya telah minta anggaran awal terutama bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sam sekali.
"Saya mahu tahu jumlah dahulu kemudian kita akan bina rumah sementera iaitu rumah panjang kemudian rumah tetap. Kerajaan akan buat keputusan selepas itu," kata Najib.
Skuad Sayang Wanita UMNO/BN yang dilancar Najib berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.
Kira-kira hampir 200,000 ahli Skuad Sayang Wanita UMNO/BN di seluruh negara telah digerakkan bagi tujuan tersebut.
Selain itu ibu pejabat UMNO turut membuka bilik gerakan bantuan banjir dikendalikan oleh Pergerakan Wanita UMNO yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.
Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi ibu pejabat UMNO dan agihan bantuan akan disalurkan melalui bahagian dan cawangan UMNO.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil-UTUSAN ONLINE
Unjuran Weather Underground hari ini menunjukkan Ribut Tropika Jangmi telah melemah dan tidak akan bergerak menuju Semenanjung dan hanya berlegar dalam bentuk depresi tropika di Laut Sulu.
Ini merupakan satu pencerapan yang melegakan memandangkan negeri-negeri pantai timur semenanjung sedang dalam proses pemulihan selepas dilanda bah terburuk dalam sejarah.
Cerapan hari ini.
Cerapan kelmarin
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Tiada ulasan:
Catat Ulasan