Ahad, 16 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 16 Feb 2014 03:34 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:34 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


LAWAK AHAD: KACANG

Posted: 15 Feb 2014 05:00 PM PST

Ada sepasang suami isteri tua baru tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah teksi mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba2 selepas 10 minit si Isteri bertanya kepada pemandu teksi.

Makcik : Dik .. O .. Dik, kamu nak makan kacang?

Pemandu Teksi : Boleh juga Makcik.

Sambil dia menghulur tangan ke arah nenek tu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dgn pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulut.

Pemandu teksi: oii, sedap kacang makcik ni. Fresh ... tak bergaram....

Sepuluh minit kemudian makcik tu bertanya lagi.

Makcik: Dik, kamu nak lagi?

Pemandu teksi: Buleh juga..

Sambil menghulurkan tangan menadah..lagu dimasukkan kedalam mulut.

Pemandu teksi: Makcik dengan Pakcik tak makan kacang ke?

Makcik: Kau tau lah ... Kami ni tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja...kacangnya masih elok !

Pemandu teksi: Phuiiiiiii!!!

DIALOG RAKYAT

Posted: 16 Feb 2014 03:16 PM PST

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mendesak ADUN Bukit Naning, Datuk Saipolbahri Suib meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, PKR Johor memandang serius isu ini dan mengarahkan anggota parti membuat laporan kepada SPRM supaya satu siasatan segera dapat dilakukan.

SPRM Siasat Umno

"Saya rujuk laporan berita 10 Februari 2014 yang berkata Ketua Umno Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib dan ADUN Bukit Naning digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

"Pada masa yang sama, Adun Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tegasnya, politik wang yang cukup kronik dalam Umno tidak akan sekali-kali dibenarkan merebak dalam PKR terutama menjelang Pemilihan Parti 2014 sepert yang termaktub dalam undang-undang yang digariskan Jawatankuasa Pemilihan Parti  (JPP).EZY

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kecewa apabila Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar gagal 'mengsekolahkan' beliau seperti dilaungkan Noh ketika mencabar beliau berdebat dalam isu kalimah Allah.

Khalid berkata, kegagalan itu menyebabkan perdebatan bertajuk 'Muzakarah Kalimah Allah' anjuran Mob TV yang berlangsung lebih sejam baru-baru ini tidak menambahkan ilmu pengetahuan beliau.

khalid samad white pc 02

"Beliau (Noh) mengaku bahawa tidak pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima atau rujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

"Kalau Noh menganggap saya dan dia sama-sama tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat?

"Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?" kata Khalid dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini,semalam.

Kata Khalid, sikap yang ditunjukkan Noh itu, hanya membuktikan sikap tipikal pemimpin Umno yang gemar mempermainkan sentimen keagamaan dan bangsa semata-mata untuk memburukkan imej lawan mereka.

"Umno menambah mengelirukan orang Islam. Dia kata ini isu akidah tetapi mengapa di sini tak boleh (Kitab Bible dalam bahasa Melayu) dan di Sabah, Sarawak boleh pula. Akidah umat Islam Semenanjung berbezakah dengan Islam di sana?.

"Umno dan NGO pro Umno juga sering laungkan Allah milik kita, itu pun dah tak betul. Sebenarnya kita semua milik Allah, bukannya Allah milik kita" Kata Khalid lagi.

Kata Khalid lagi, mungkin Noh tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini dan terpaksa memilih jalan selamat dengan tidak memberi sebarang komen terhadap hujah yang dikemukakan.

"Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan kamu bukan ulama, kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS dan sebagainya.

"Itu sahaja kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan," kata beliau lagi.EZY

Oleh Nazli Ibrahim

SHAH ALAM : Orang Melayu dinasihatI tidak mudah mempercayai propaganda pihak tertentu yang memutar belit terjemahan video ONEderful-Malaysia terbitan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkataan 'malai saile' yang disebut dalam rakaman bermakna 'kuda datang dengan hebatnya' dan tidak menyentuh kaum Melayu di negara ini.

"'Ma' maknanya 'kuda', 'lai' maknanya 'datang', 'saile' bermakna 'dengan hebatnya' menjadikan terjemahannya 'kuda datang dengan hebatnya' kerana Tahun Baru Cina kali ini, tahun kuda tetapi Umno terjemah lain.

"Orang Umno mahu ajar cakap Cina kepada orang Cina. Bila Cina beritahu tak betul, tak nak dengar. Macam dia lebih tahu dari orang Cina," katanya pada sidang media di pejabatnya, baru-baru ini.

imagesMalah, Khalid juga difahamkan jika perkataan 'ma lai' diterjemah ke bahasa Melayu, ia memberi makna 'Melayu itu hebat'.

"Kalau pun nak terjemahkan 'malai' itu Melayu, 'ma lai saile' bermakna 'Melayu itu hebat'. Kalau orang Melayu, Cina akan sebut 'Malai ren' sebab setiap orang mereka akan tambah 'ren'. Malai ren maknanya 'orang Melayu'," katanya.

Beliau menyifatkan Umno tiada modal politik hingga memainkan apa jua isu khususnya perkauman, kemudian membuat laporan polis di sana sini, selain membuat provokasi lain.

"Ini semua kerja gila dan inilah yang saya sebut, Umno merosakkan Melayu. Memalukan, menjatuhkan maruah Melayu.- FZL

Oleh: HAFIZAN TAIB

AMPANG : Seramai lebih 60 pewaris dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 2 bernilai hampir RM100,000, di Dewan Orang Ramai Taman Putra di sini semalam.

Di majlis itu setiap pewaris menerima RM1,5000, menyusuli bayaran RM1,000 di Fasa 1.

mesra-usia-emasAdun Teratai, Tiew Way Keng berkata beliau menyampaikan tanggungjawabnya kepada pewaris, sebagai menzahirkan penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka yang telah berjasa kepada kemajuan negeri Selangor.

"Ia satu usaha menjaga kebajikan rakyat, serta memberi peluang seluruh warga negeri ini menikmati hasilnya," katanya.

Way Keng berkata setakat ini seramai lebih 200 pewaris di DUN Teratai sudah menerima sumbangan SMUE.

Pewaris, Abdullah Ismail, 74, dari Taman Muda menerima sumbangan berikutan kematian isterinya, Yun Osman, 63, pada 1 Februari tahun lalu akibat kencing manis.

"Skim ini membantu pewaris bila ahli keluarga meninggal dunia dan saya juga mengalu-alukan langkah untuk pemberian sagu hati ketika sambutan hari lahir warga emas," katanya.

Choo Fong Mei, 48, berkata, SMUE amat bermakna terutama kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di dalam urusan kematian ahli keluarga.

"Saya menerima sumbangan ini sebagai pewaris bagi bapa saya, Choo Beng Soon, 71, yang
meninggal dunia pada 11 Februari tahun lalu dan ibu saya, Liew Ngat Lan, 69, seminggu selepas itu.

Kedua-dua mereka mengidap barah," kata guru dari Taman Muda.

Sumbangan turut diterima R Subramaniam, 59, dari Pandan Perdana kerana kematian ibunya, K Valiamah, 104, akibat sakit tua pada Julai tahun lalu.

"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pemberian ini. Saya juga akan mendaftar dalam skim ini bila berusia 60 tahun pada September depan," katanya yang mengalami kesulitan fizikal di kaki kanan.

Pihak Way Keng turut memberikan baucer Jom Shopping SMUE bernilai RM400 seorang kepada warga emas pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sedia menghantar guru tuisyen ke pusat kebajikan anak yatim jika mereka memerlukan perkhidmatan itu, kata Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail

Beliau yang mengulas mengenai inisiatif untuk membantu anak yatim, berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan dari segi pendidikan dan kemahiran.

"Jika anak yatim memerlukan khidmat tuisyen, kita akan hantar guru ke pusat kebajikan itu. Kita juga turut menyediakan bantuan kemahiran bersesuaian untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merai 370 anak yatim dari 10 rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh Selangor dalam Majlis Tautan Kasih di Taman Tema Wet World.

Antara rumah kebajikan itu ialah Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih, Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Rumah Nur Hikmah, Rumah Perlindungan Nasuha, Rumah Siti Khadijah Anak Yatim Puteri Meru dan Rumah Siti Khadijah Anak Tahfiz Putera.

Selain itu, Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Cornerstone Selangor, Pusat Jagaan Persatuan Rumah Kanak-kanak Ini Disayangi, Pusat Jagaan Good Samaritan Home dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan.

Program tahunan anjuran Pejabat Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita sejak 2010 itu bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk bersantai dan berhibur pada hujung minggu sambil menekankan konsep kekeluargaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu, berkata program berkenaan merapatkan ukhwah sesama insan selain berpeluang mendekati anak yatim secara tidak langsung.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa membantu menyediakan keperluan asas kepada rumah kebajikan di Selangor demi memastikan nasib anak yatim terbela.

"Melalui program ini, kita dapat mendekati anak yatim. Saya gembira kerana keceriaan anak yatim jelas terpancar dan program ini dapat menghilangkan kebosanan atau rasa rendah diri mereka," katanya.

Rodziah berkata, kerajaan Selangor juga menyumbang RM50 kepada setiap anak yatim yang dimasukkan ke akaun Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk bukan Islam.

Katanya, anak yatim berkenaan turut menerima sumbangan cermin mata daripada syarikat CBR Network.- FZL

Oleh Afix Redzuan

SHAH ALAM : Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kononnya memainkan peranan dalam Ops Lalang 1987.

Beliau berkata, setiap masalah di negara ini 'semua salah Anwar' termasuk menahan 108 pemimpin pembangkang dan aktivis mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

"Ops Lalang, pertama kali saya dengar semua salah Anwar. Semalam saya diberi satu artikel (kononnya) saya terlibat dalam 13 Mei.

ann

"Lepas ini, keluar pula cerita Anwar terlibat perang dunia kedua," katanya secara sinis ketika berucap di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja di sini, hari ini.

Mahathir dalam satu portal berita tempatan membuat tuduhan tanpa bukti kononnya Anwar turut memainkan peranan penting menjayakan Operasi Lalang pada 1987.

Malaysia Kini pula hari ini memetik kenyataan Anwar yang tidak memberi jawapan berhubung persoalan sama ada mahu menjadi menteri besar  jika memang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Dalam lawatan Anwar itu, seorang pengundi menyatakan beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

"Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu," kata seorang guru Robert Tan.

Anwar kemudian menjawab: "Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:
"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul."- FZL

Tiada ulasan:

Pengikut