Ceramah Anwar Ibrahim di Gereja Holy Family, Kajang pada 16 Februari 2014. Tanpa rasa segan dan malu pada umat Islam, Anwar Ibrahim masuk untuk berceramah dalam gereja tersebut.
Semata mata untuk kuasa dan kedudukan sebagai MB Selangor, Anwar Ibrahim sanggup buat sahaja, biarpun perlakuan itu boleh melukakan hati umat Islam. Nilaikanlah bagaimana sebenarnya kelakuan dan perangai Anwar Ibrahim ini. Masih mahu percaya orang sebegini?
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tamat sudah perlawanan JDT menentang Selangor dengan keputusan 4-1. Terima kasih buat semua penyokong yang memenuhi Larkin malam nie, JDT mahupun Selangor ..... buat sahabat-sahabat yang akan balik ke Selangor malam nie, berhati2 ..... Pandu cermat, jiwa selamat ..... Kita jumpa di Shah Alam plak nanti yea.....
Khabar dari Stadium Larkin setakat 45 minit pertama nie, JDT mendahului Red Giant 2-0 hasil jaringan BAIHAKKI KHAIZAN di minit ke 11 dan HARRIS HARUN di minit ke 33.
LIGA SUPER 2014
Kesebelasan utama yang akan beraksi sebentar nanti.
JOHOR DARUL TA'ZIM
BAIHAKKI KHAIZAN ( C), ASRARUDDIN PUTRA OMAR, NURSHARUL IDLAN TALAHA, NURUL AZWAN ROYA, HARRIS HARUN, MOHD SHAKIR SHAARI, AMRI YAHYAH, MAHALI JASULI, LUCIANO FIGUERO, IZHAM TARMIZI ROSLA ( GK) DAN MOHD FADHLI SHAS
SELANGOR
MOHAMAD AZMI MUSLIM, PANTELEDIS STILIANOS, ABDUL SHUKUR JUSUH, PAULO RANGEL, JUNIOR, MOHD BUNYAMIN OMAR (C), GURUSAMY GOVANDAR, KUNANLAN , MOHD RIZAL FAHMI, MOHD FARIZAL MARLIAS (GK), DAN MOHD FITTRI SHAZWAN
Dalam dua tulisannya berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, seorang ulama Pas, Dr. Mohd. Abdul Rahman Kajani mengkritik keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi tersebut.
Melalui tulisan pertamanya, Dr. Mohd. Abdul Rahman mengemukakan persoalan berikut:
* Kenapa rakyat perlu mengorbankan masa dan wang mereka untuk melunaskan maksud PKR ini? Sucikah perjuangan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar?
* Adakah Abdul Khalid terbabit dengan salah laku sebagai Menteri Besar yang menjadi teras perjuangan PKR dan PR (Pakatan Rakyat)?
* Adakah Abdul Khalid gagal menerajui kerajaan negeri Selangor?
* Adakah Abdul Khalid 5 tahun dulu berjaya mengurus Selangor sehingga PR menang besar PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13), tetapi gagal lapan bulan terakhir ini selepas PRU-13?
Dr. Mohd. Abdul Rahman turut menjawab persoalan itu dengan berkata, ''Sebenarnya tidak. Abdul Khalid tidak gagal. Tetapi yang gagal ialah sebahagian kepimpinan PKR yang gagal mendapat apa yang mereka mahukan daripada Abdul Khalid.
''Abdul Khalid di mata rakyat telah berjaya mentadbir Selangor. Kerana itu rakyat memberi mandat kali kedua kepada PR untuk mentadbir Selangor. Abdul Khalid dilihat sangat berhati-hati dengan pengurusan kewangan negeri. Ketelusan pentadbiran kewangan beliau tidak dipertikaikan dan gagal digugat oleh UMNO/BN."
Dalam tulisan keduanya bertajuk, ''Projek Kajang bakal meranapkan kejayaan PR.' Dr. Mohd. Abdul Rahman berhujah;''Projek Kajang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dengan matlamat menjatuhkan Khalid sebagai MB.
''Walaupun pelbagai alasan dan hujah direka oleh Rafizi Ramli bagi mewajarkan PRK Kajang hakikatnya tetap satu iaitu menurunkan Abdul Khalid daripada jawatan MB Selangor.''
''Rafizi boleh berhujah kononnya "gerak kajang penentu kejayaan menawan Putrajaya" tapi hakikatnya ialah pintu kepada kemusnahan PR dan hancurnya impian PR ke Putrajaya."
Persoalannya, apakah yang dinyatakan oleh Dr. Mohd. Abdul Rahman dikongsi oleh kepimpinan Pas yang sudah pun membuat keputusan untuk membantu PKR dalam PRK tersebut? Kenapa Pas sejak mengadakan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP terus dilihat sekadar 'pak turut' sehingga ia memberikan keberanian luar biasa kepada kedua-dua parti itu untuk membuat percaturan politik?
Hakikatnya ini bukanlah kali pertama Pas tidak dibawa berunding dalam sebarang percaturan politik yang dilakukan oleh kedua-dua parti itu, sudah acap kali tetapi ia masih belum menyedarkan kepimpinan Pas biar pun ada tekanan dalam parti itu sendiri yang mahu tahaluf siyasi dikaji semula.
Pas terlalu ghairah untuk terus bersama pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya sehinggakan apa sahaja yang dilakukan oleh PKR atau DAP, Pas hanya ikut sahaja. Di manakah jati diri Pas sebagai parti Islam? Sepatutnya kalau Pas benar-benar memperjuangkan Islam mereka hanya akan mengikut rentak politik PKR dan DAP kalau tindakan itu betul.
Tetapi apa yang kita saksikan Pas hanya berperanan sebagai 'pak turut', sebab itulah PKR dan DAP tidak pernah mempedulikan pandangan Pas. Begitulah juga untuk PRK Kajang, PKR yakin Pas bukan sahaja bersetuju dengan tindakan PKR tetapi juga akan mengerahkan jentera dan penyokongnya memastikan kemenangan Anwar.
Biar pun sebelum ini keputusan yang dibuat oleh PKR sama sekali tidak dirunding terlebih dahulu dengan Pas, tetapi Pas akur kononnya atas semangat pakatan pembangkang. Oleh itu adalah satu mimpi kalau kita mengharapkan Pas akan menentang jika Abdul Khalid disingkirkan daripada kerusi Menteri Besar. Sudah terbukti keberanian Pas bertempat, kelantangan Pas terhad.
Kalau dengan BN atau UMNO, Pas paling lantang sehingga di Kedah, majlis selawat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu orang diperlekehkan oleh salah seorang pemimpin Pas negeri itu dengan menganggap ia retorik politik, sedangkan Pas sendiri tidak pernah mengadakan majlis seumpama itu.
Tetapi apakah pemimpin-pemimpin Pas mempunyai keberanian untuk menyanggah politik kotor PKR di Kajang? Apakah tindakan PKR itu selaras dengan ajaran Islam apabila amanah rakyat dikhianati dan janji kepada rakyat dimungkiri? Kalau berani sangat kritiklah tindakan Anwar dan PKR? Namun itu tidak berlaku kerana sudah adat kepimpinan Pas hanya berani menentang BN dan UMNO tetapi kecut perut bila berhadapan dengan PKR dan DAP.
Selain itu dalam satu majlis di Kajang, seorang pemimpin Pas bukan sahaja memperlekehkan slogan ketuanan Melayu dan 'Hidup Melayu' tetapi juga mempersoalkan sampai bilakah Melayu hendak menolak meritokrasi dan sampai bila orang Melayu harus berlindung di sebalik keistimewaan.
Begitulah wajah sebahagian pemimpin Pas yang terikut-ikut dengan perangai sesumpah sesetengah pemimpin PKR sehingga sanggup memperlekehkan bangsa sendiri semata-mata untuk memastikan kemenangan PKR di Kajang.
Politik kebencian dan melihat BN khususnya UMNO sebagai 'musuh kamu yang paling nyata' telah menyebabkan Pas semakin terhakis maruahnya bukan sahaja sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi sebuah parti yang suatu ketika dahulu dikagumi oleh kawan dan lawan.
Berikutan keadaan itulah, Pas diperkotak-katikkan oleh PKR, dipermainkan oleh DAP dan kedua-dua parti itu berasa gembira kerana apa pun mereka lakukan Pas akan menyokong dan penyokong mereka akan mengikut arahan kepimpinan untuk terus bersama pakatan pembangkang.
'Kelemahan' Pas ialah apabila Anwar terus mencadangkan impian ke Putrajaya sehinggakan pengikut-pengikut juga menjadi teruja. 'Putrajaya' seolah-olah 'magic word' yang melemahkan Pas untuk menentang apa juga kehendak PKR dan DAP.
Sebab itulah biarpun dari segi moral politiknya, PKR tidak patut membenarkan PRK Kajang diadakan tetapi Pas hanya membantah seketika, kemudian terus akur apabila Anwar menyatakan Kajang penting dalam usaha pakatan pembangkang mengaturkan langkah Ke Putrajaya.
Secara logiknya, apa kena mengena DUN Kajang dengan Putrajaya, kenapakah semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, PKR tidak menyusun sejak awal lagi hendak menjadikan Selangor sebagai perintis ke Putrajaya? Atau kenapa ketika itu Anwar tidak memilih kerusi Parlimen Putrajaya untuk beliau bertanding supaya ia benar-benar dilihat sebagai pembuka jalan?
Fakta ini tidak pernah difikirkan oleh Pas dan mungkin kalau pun terfikir mereka tidak akan mengendahkannya. Oleh itu timbul persoalan bilakah Pas akan sedar bahawa mereka hanya menjadi 'alat' dan 'pak turut' dalam pakatan pembangkang?
Sebab itulah muncul insan-insan seperti Dr. Mohd. Abdul Rahman yang bersedia memberi pandangan dan kritikan kerana mungkin beliau sudah bosan dengan permainan politik PKR, mual dengan sandiwara politik DAP dan muak apabila Pas terus dipermainkan!
Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak bersikap lepas tangan berhubung tindakan sebuah syarikat pemaju di negeri ini yang mengenakan bayaran tambahan terlalu tinggi kepada pembeli rumah pangsa kos rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir di sini.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, Guan Eng perlu campur tangan kerana pemaju berkenaan secara terang-terangan telah mencabuli polisi perumahan kos rendah yang digubal Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.
"Dalam hal ini, pembeli yang majoritinya orang Melayu dan golongan berpendapatan rendah menjadi mangsa sikap rakus pemaju berkenaan dan setakat ini Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya berdiam diri.
"Pembeli dikejutkan pada saat-saat akhir apabila mereka diminta membuat bayaran tambahan untuk kos pengubahsuaian rumah yang dilakukan tanpa pengetahuan dan tidak mengikut pelan serta perjanjian asal yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Rahmad mengulas bebanan yang terpaksa ditanggung kira-kira 150 pembeli projek perumahan berkenaan selepas MPPP meluluskan pelan pengubahsuaian yang dibuat pemaju ke atas rumah itu yang harga asal ditawarkan dan dipersetujui adalah RM72,500.
Pelan pengubahsuaian yang diluluskan itu sebanyak RM59,000, diikuti caj lot tempat letak kereta serta lain-lain caj tambahan sehingga RM50,000 menyebabkan harga rumah berkenaan mencecah RM180,000.
Kumpulan pembeli berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian membuat aduan dan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo, namun menemui jalan buntu.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata, beliau berasa pelik bagaimana MPPP boleh meluluskan permohonan pemaju untuk membuat pengubahsuaian sehingga status kos rendah bertukar menjadi kos sederhana.
"Saya difahamkan kumpulan pembeli berkenaan telah membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Oleh itu, saya berharap satu siasatan terperinci dapat dilakukan," katanya.
Dalam hal ini Rahmad menegaskan, seolah-olah wujud satu gerakan untuk menafikan hak pembeli berkenaan memiliki rumah apabila bayaran tambahan yang dikenakan terlalu tinggi.
"Kumpulan pembeli terbabit terpaksa menanggung pelbagai kesan antaranya mungkin berhadapan dengan masalah pinjaman kewangan daripada pihak bank kerana ada yang bekerja kilang dan terdiri daripada warga emas.
"Ini semua berada di luar kemampuan kewangan mereka dan tidak patut dibiarkan berlaku oleh kerajaan negeri," katanya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lain hanyalah 'Parti Keanwaran' kerana perjuangannya tertumpu kepada kepentingan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Mahathir berkata, PKR ditubuhkan bukan atas perjuangan ideologi atau kepentingan bangsa dan agama tetapi lebih sebagai jentera untuk merealisasikan cita-cita Ketua Pembangkang itu menjadi Perdana Menteri.
Katanya, penggunaan perkataan 'keadilan' dalam PKR adalah tidak sesuai memandangkan Anwar sendiri tidak berlaku adil apabila cuba mengelak daripada dibicarakan di mahkamah.
''Kalau Anwar adil, pergilah mahkamah dan bukannya lari dari mahkamah sekali lagi. Dia (Anwar) tidak suka dibicarakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dijadual didengar pada 12 Februari lalu ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan yang ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah berikutan menolak permohonan Anwar untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira memberi keterangan.
Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, Anwar turut bertanggungjawab dalam Operasi Lalang kerana pemimpin pembangkang tersebut tidak pernah membantah dalam Kabinet ketika operasi tersebut dilancarkan pada 1987.
''Apa yang Anwar lakukan (semasa Operasi Lalang)? Dia tak komen apa-apa mengenainya dan ini bermakna dia bersetuju dengannya.
''Sebagai anggota dalam Kabinet, Anwar harus ambil tanggungjawab melainkan dia umum letak jawatan pada ketika itu kerana tidak bersetuju (dengan Operasi Lalang).
''Dia bagaimanapun tidak pernah berbuat demikian (letak jawatan), dia bersetuju dengan banyak perkara termasuk yang berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, Anwar merupakan seorang ahli pidato dan ahli putar belit yang mahir dalam menafikan apa yang pernah dikatakan selain mewujudkan imej sebagai 'orang yang tidak pernah bersalah'.
''Anwar orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan (diri) dan bukan kebenaran. Bunyinya cukup baik sehingga saya pun pernah diyakinkan bahawa dia masuk UMNO kerana perjuangan," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dari apa yang dikatakan, Anwar tidak akan menyelesaikan masaalah Selangor. Lagi dengan masaalah dalaman seperti PKNS tak akan diselesaikan.
Baca ABITW SINI, SINI, dan SINI. Isu cakap tak serupa bikin.... Kata BN gini dan gitu tapi tak juga bertambah baik dalam PKNS.
Yang muda usah nak komen kerana bukan zaman awak. Masa reformasi dan sebelum tu kamu masih kanak-kanak. Yang ingat masa zaman Mahathir cuba tanya diri sendiri apa jasa Anwar dari mula masuk jadi Menteri hingga ke TPM/MOF?
Berenti main isu seks Anwar kerana yang percaya dah percaya. Yang tak percaya tak percaya. Yang percaya pun ada tak mahu lihat itu saja perkiraan tapi mereka mahu lihat UMNO berubah menjadi baik dulu.
Berenti beri tajuk posting yang ada nama dia. Benda kecil usah nak hentam. Hentam benda utama. Kalau hentam tak payah sebut nama.
Berhenti sebarkan isu-isu yang dia mula.
Malah blogger dan media sosial pro UMNO dan pro BN terlalu membantu hidupkan isu-isu yang pihak mereka bangkitkan dengan hal kecik pun kita (termasuk Unspinner) nak komen.
Elok kita bangkitkan iisu-isu sendiri dan dedahkan pembangkang. ... bukan bantu kembangkan isu mereka.
Panglima - Tak cukup minta maaf bahkan wajar dikenakan tindakan kerana memburukkan nama Malaysia melalui fakta tidak benar yang disampaikan.
Memburukkan Malaysia lebih besar dosa dan ancamannya kepada negara dan rakyat amnya akibat fitnah yang memburukkan nama negara di mata dunia.
Walaupun didakwa sekadar lawak namun lawak memburukkan negara bukan lawak tetapi laknat !
Teresa Kok mesti dihukum !!!
KUMPULAN Profesional Cina (dari kiri), Phoenix Low Kai Lay, Loh Wei Jing, Wong Kok Fye, Ryan Ng Chun Yie dan Alex Lee Keat Woon pada sidang akhbar membidas Teresa Kok berhubung penghasilan video 'ONEderfull Malaysia CNY 2014' di Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA 15 Feb. - Sekumpulan lima individu yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Profesional Cina hari ini membidas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran penghasilan video 'ONEderfull Malaysia CNY 2014' yang mencetuskan kontroversi semasa sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar di sini, mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya meminta Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bertanggungjawab atas pelbagai kesan buruk kepada masyarakat ekoran penghasilan video tersebut, walaupun video itu mungkin tidak menyalahi undang-undang.
Mereka juga kesal kerana video tersebut memberikan gambaran negatif kepada kaum-kaum lain bahawa perbuatan memburuk-burukkan dan menghina orang adalah sebahagian daripada tradisi sambutan Tahun Baharu Cina sedangkan ia tidak benar sama sekali.
Ahli Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA), Dr. Wong Kok Fye berkata, kandungan klip video berkenaan jelas memaparkan 'keganasan halus' yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda.
"Teknik psikologi yang digunakan dalam video itu boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti menyampaikan mesej kepada generasi muda bahawa tidak salah untuk menghina dan membuat serangan karakter terhadap seseorang individu," katanya.
Seorang peguam, Ryan Ng Chun Yie pula mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan Teresa dalam klip video yang jelas 'menghentam' seteru politiknya.
Beliau berkata, daripada menghasilkan video yang mempersenda individu lain, adalah lebih baik Ahli Parlimen itu menghasilkan video yang menunjukkan sumbangan beliau kepada masyarakat.
"Itu yang orang ingin lihat kerana mereka mempunyai harapan tinggi terhadap wakil rakyat yang dipilih. Saya cadangkan semua wakil rakyat tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menggugat perpaduan yang sekian lama wujud dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya.
Seorang pekerja sosial, Alex Lee Keat Woon yang telah membantu lebih 100 pesakit buah pinggang dan kanser di negara ini meminta Teresa mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
"Bak kata peribahasa, jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Jangan hanya berani bercakap kuat di belakang tetapi takut untuk mengaku.
"Tindakan mengkritik pemimpin dan negara, kalau dibiarkan akan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia," katanya.
Seorang pendidik Loh Wei Jing berkata, tindakan menghasilkan klip video berbaur sindiran dan fitnah terutama ketika sambutan Tahun Baharu Cina bukan sebahagian budaya kaum Cina.
Beliau berkata, tindakan menghasilkan klip video itu merupakan satu propaganda murahan daripada Teresa demi kepentingan politiknya.
"Kita mempercayai serta memegang teguh Rukun Negara kita dan apa yang dilakukan Teresa dalam klip video itu 100 peratus bercanggah dengan Rukun Negara. Perbuatannya menghasilkan klip video itu ketika sambutan Tahun Baharu Cina tidak boleh diterima dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya dengan tegasnya menggesa Teresa untuk meminta maaf terhadap kerosakan yang telah dia lakukan," katanya.
Jurulatih korporat, Phoenix Low Kai Lay berkata, Ahli Parlimen terbabit tidak sepatutnya menghasilkan klip video yang menggalakkan orang ramai supaya mempersenda kekurangan orang lain.
Sebagai jurulatih, Phoenix berkata, beliau sering menggalakkan orang ramai berfikiran positif serta tidak menyerang kelemahan orang lain.
"Teresa sepatutnya menyampaikan mesej yang menekankan perpaduan antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan menyebarkan pemikiran positif bukan menyindir kekurangan orang lain," katanya.
MUSIBAH BESAR APABILA JERSEY SELANGOR DIPAKAI ANWAR
JDT menunjukkan taring sebenarnya dan terlalu gagah buat Selangor apabila masih berupaya menjaringkan empat gol meskipun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak seperti Pablo Aimar dan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan. Red Giants tewas umpama tewasnya seorang peliwat di kandang babi. Tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit kesepuluh menerusi tandukan kapten pasukan malam tadi, Baihakki Khaizan yang terus menerjah ke gawang gol dan jaringan kedua melalui tandukan seorang lagi pemain dari Singapura, Harris Harun pada minit ke-33. Anak buah Mehmet Durakovic terus hampa apabila JDT memperoleh gol ketiga pada minit ke-52 menerusi penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa hasil hantaran Amri Yahyah dan pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas turut meletakkan diri selaku penjaring pada minit ke-59. Pasukan Selangor yang lemah longlai akhirnya diberi gol Belas Kasihan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel pada minit ke-59 namun sudah terlewat buat Selangor untuk mengelak daripada kalah buat kali kedua selepas lima perlawanan.
Apakah rakyat Selangor mahu terus merana diliwat kiri dan kanan, depan dan belakang, di mana akhirnya bukan sahaja tewas di cukai pintu rumah, bukan saja tewas di pintu cukai lesen berniaga, tetapi juga tewas di tengah padang...semuanya angkara sang peliwat yang dibiarkan bermaharajalela?
Setelah video debat beliau muncul di Youtube, maka kita boleh membuat analisis hujah-hujah yang dikemukakan dalam debat tersebut. Oleh kerana debat ini agak panjang dan banyak isu-isu yang perlu diberi perhatian, maka ulasan ini di pecahkan kepada dua posting supaya ia tidak terlalu panjang.
Ulasan ini lebih tertumpu pada hujah-hujah YB Khalid Samad kerana beliau dilihat lebih banyak mengeluarkan pendapat berbanding dengan YB Noh Omar yang lebih banyak mengemukakan fakta berkaitan dengan perundangan. Dalam ulasan ini, kita akan mengelak dari mengemukakan hujah balas kecuali bila kesalahan fakta itu amat jelas kerana adalah sia-sia untuk melawan hujah atas hujah atas dasar kejahilan kerana hujah-hujah kita adalah tafsiran orang awam yang tidak ada authoriti dalam agama. Ini selaras dengan keberhatian kita dalam menyentuh soal-soal agama agar kita tidak memperkatakan sesuatu tentang agama dalam kita tidak berkelayakan untuk membicaranya.
Pendkatan Pendebat Di antara pendebat, YB Noh Omar memilih pendekatan mengemukakan fakta-fakta berkaitan undang-undang negeri dan persekutuan yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Dalam isu teologi, YB Noh Omar sekadar mengemukakan pendapat dari majlis fatwa dan juga pendapat yang dikeluarkan oleh majlis syura PAS sendiri. Ini selaras dengan penekanan beliau bahawa beliau bukan orang yang "pakar" dalam mentafsirkan atau mengeluarkan hukum dalam isu-isu ini.
YB Khalid Samad pula pendekatan beliau lebih kepada mengeluarkan pandangan, pendapat serta tafsiran beliau dalam sudut teologi mahupun dalam aspek perundangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Tindakan YB Khalid amat jelas sehinggakan forum atau debat ini seperti 2 lawan 1, iaitu antara YB Noh dan Moderator vs YB Khalid Samad dalam persoalan tentang kelayakan, kepakaran dan tafsiran individu dalam isu agama mahupun perundangan.
Isu Kepakaran Oleh kerana YB Khalid Samad banyak timbulkan isu tafsiran, isu kepakaran adalah satu topik hangat yang dibincangkan yang mana YB Khalid Samad mendakwa, sekiranya kepakaran beliau (dan juga YB Noh Omar) dipertikaikan, maka mereka tidak sepatutnya mereka dijemput untuk menjadi ahli panel dalam perdebatan ini. Persoalannya benarkah dakwaan YB Khalid Samad?
Adakah apabila kita dijemput menjadi ahli panel, kita secara automatik mempunyai kepakaran dalam suatu hal? Pada pendapat saya, YB Khalid Samad dijemput kerana YB adalah orang yang paling lantang dikalangan YB pembangkang dan YB orang Islam yang mempertahankan tindakan golongan Kristian. YB dijemput bukan kerana kepakaran sebab dari segi kelulusan akademik mahupun pengalaman, ternyata YB bukan dari pengajian Islam mahupun dari latar belakang perundangan (sebagaimana tajuk perdebatan ini). Sekurang-kurangnya YB Noh Omar merupakan seorang yang mempunyai latar belakang perundangan. Jadi apakah aspek kepakaran yang boleh kita sandarkan?
YB Khalid Samad dijemput kerana kelantangan YB mempertahankan orang Kristian dalam menggunakan kalimah Allah. Itu sahaja. Jadi orang ramai ingin mendengar sendiri, apakah yang membuatkan YB Khalid Samad begitu yakin dan lantang menyokong mereka sendangkan para ulama sama ada dalam UMNO mahupun PAS sendiri menentangnya.
Ternyata dalam debat tersebut, apa yang penonton dengan tidak lebih daripada pendapat serta tafsiran YB sendiri dalam isu tersebut. Jadi timbul persoalan dihati penonton, mahupun YB Noh Omar dan moderator sendiri, apakah kepakaran YB yang melayakkan YB untuk mentafsirkan nas dan mengeluarkan "fatwa" yang bertentangan dengan mereka yang mempunyai lebih kelayakkan. Sekirannya semua orang ambil pendekatan seperti YB, maka caca marba agama ini kerana setiap orang akan mentafsirkan nas menurut kecenderungan sendiri.
Mungkin YB Khalid Samad akan berkata, daripada mempertikaikan "kepakaran" anda, adalah lebih baik kita keluarkan hujah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan YB. Jadi YB sepatutnya pergi bersemuka dengan mereka dan perdebatkan isu ini dengan mereka. Kita tak tau sama ada YB dah buat ke belum (minta pencerahan), kalau boleh kita nak berbaik sangka, tapi tingah laku YB dalam program debat ini seolah-olah YB meremehkan pandangan mereka seolah-olah mereka ini membuat fatwa atas dasar kejahilan.
Masalah Al-Illah - Kepakaran yang Tersasar Dalam majlis tersebut (dan jugadi blogbeliau sebelum ini), YB Khalid mendakwa perkataan Allah ini adalah gabungan Al Illah ataupun dalam terjemahan literalnya ialah The God. Benarkah dakwaan ini? Bagi mereka yang mempelajari asas tatabahasa Arab, apabila perkataan YA digunakan dihadapan suatu perkataan, AL akan digugurkan. Misalnya nama dan sifat-sifat Allah didahului dengan Al, misalnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Ghafur bagi menunjukkan THE most merciful, dll. Tetapi dalam doa, kita menyebut Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Ghafur, dll. Ini kerana dari sudut tatabahasa Arab, perkataan Al akan digugurkan bila YA berada dihadapan perkataan. Sekarang ni kita nak tanya YB Khalid, anda sebut YA Allah atau YA illa. Sekiranya benar perkataan Allah ini adalah gabungan perkataan Al illah (The God), maka kita akan sebut YA illa. Tetapi kita tidak pernah dengar mana-mana orang Islam sebut Ya illa, sebaliknya kita sebut Ya Allah. Ini menunjukkan perkataan Allah itu bukan gabungan perkataan, sebaliknya adalah satu nama khas bagi Tuhan semesta alam yang esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Di sini sahaja kita sudah lihat bagaimana mereka yang mengaku pakar boleh tersasar dalam isu yang begitu mudah. Bagaimana pulak mahu mengeluarkan fatwa yang melibatkan urusan kepentingan umat Islam?
KETUA PEMUDA PAS MENGIDAP PENYAKIT MENTAL "HALUSINASI" ?
Di Malaysia ada beberapa orang gila, antara ciri-ciri orang gila ialah dia tahu dia kalah tapi dia kata dia menang, dia tahu dia bukan Perdana Menteri tapi dia kata dialah Perdana Menteri, teringat kata DS Samy Vellu, ada banyak orang gila sekarang tempat mereka di Tanjung Rambutan. Ulangan anda di sini http://mymassa.blogspot.com/2014/01/sammy-vellu-saya-tiada-cakap-anwar.html
Baru-baru ini kita dikejutkan apabila kejadian seorang suami membunuh dan mengelar anak-anaknya, walaupun dia dikhabarkan seorang yang kaki masjid. Dalam medical terms, tentu anda pernah membaca satu penyakit mental yang disebut sebagai halusinasi. Dirinya, fikirannya, mindanya malah tindakannya berlaku secara halus dan tanpa disedarinya secara sedar kerana history backround patient tersebut.
Dalam konteks Ketua Pemuda PAS Kelantan di atas, sekiranya dia mengidap penyakit mental disorder seperti Halusinasi ini, ianya amatlah berbahaya kepada orang di sekelilingnya. Kita menasihati agar beliau menjalani rawatan mental memandangkan pemikirannya di atas menunjukkan ianya terbawa-bawa sehingga ke mimpi. Itu adalah sindrom atau tanda-tanda penyakit mental dan sindrom Halusinasi peringkat awal.
Pengidap penyakit ini sangat berbahaya kepada keluarga dan orang di sekelilingnya!
Seperti penyakit kanser, lebih baik ianya dibuat pemeriksaan awal dan jika didapati ada simptom-simptom tersebut, beliau patut menyerah diri kepada doktor-doktor penyakit mental. Di Malaysia, antara Hospital Sakit Mental yang establish ialah di Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah.
Sumber : http://kelateloni.blogspot.com/2014/02/bila-kp-pas-kelantan-mimpi-tembak-pm.html
SELEPAS DIANUGERAHKAN HUGUAN SIOU MALAYSIA, KINI MAHU MENJADI MB SELANGOR
Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.
Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.
Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.
Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.
Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan.
Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.
Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.
Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.
Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' – kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.
Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.
Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya.
Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.
Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.
Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang.
Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor.
Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama.
Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.
Baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor.
Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu.
Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno.
Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan Umno
Kerajaan BN harus bertindak segera dan tegas sebelum terlambat. Sekarang kedudukan BN dalam keadaan amat merbahaya. Ancaman dari parti lawan semakin mengugat BN terutamanya UMNO.
Ancaman yang paling merbahaya ialah ceramah2 parti lawan, setiap ceramah mereka menghasut dan menghamburkan fitnah supaya membenci kerajaan. Semua bentuk CERAMAH harus di HARAM kan. Penceramah yang telah terbukti menghasut perlu dikenakan hukuman yang setimpal mengikut akta hasutan.
Perhimpunan haram juga akan membawa padah yang sangat buruk terhadap kerajaan. Penganjur PERHIMPUNAN HARAM mesti dikenakan hukuman mengikut akta ISA.
Cara kerajaan bertindak menangani masalah ancaman yang sedang mengugat keharmonian dan keamanan negara terlalu lemah dan tidak berkesan. Sepatutnya kerajaan perlu bertindak lebih berkesan dengan melaksanakan segala akta dan undang2 yang sah untuk membendung masalah ini.
Jika kerajaan gagal bertindak segera, ada kemungkinan kerajaan akan menghadapi masalah besar pada PRU14 nanti.
BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.
You are subscribed to email updates from tok gajah46 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gunung Kelud adalah gunung api tipe A di Jawa Timur yang sangat aktif dengan letusannya didominasi oleh letusan eksplosif cukup kuat sejak masa pra sejarah hingga peradaban modern.
Sejak tahun 1300 Masehi, gunung ini tercatat aktif meletus dengan rentang jarak waktu yang relatif pendek (9-25 tahun), menjadikannya sebagai gunung api yang berbahaya bagi manusia. Pada abad ke-20, Gunung Kelud tercatat meletus pada tahun 1901, 1919, 1951, 1966, dan 1990. Tahun 2007 gunung kembali meningkat aktivitasnya.
Sejak abad ke-15, Gunung Kelud telah memakan korban lebih dari 15.000 jiwa. Letusan gunung ini pada tahun 1586 merenggut korban lebih dari 10.000 jiwa.
Mengapa Kelud bisa berbahaya, karena gunung ini unik yakni adanya danau kawah. Konon dalamnya lebih dari 600 meteran dan mampu menyimpan air sampai 40 juta m3. Bayangkan kalau air sebanyak ini dipakai untuk menggelontor pasir-pasir lepas di sekitarnya.
Atas dasar itu, sebuah sistem untuk mengalihkan aliran lahar telah dibuat secara ekstensif pada tahun 1926 dan masih berfungsi hingga kini setelah letusan pada tahun 1919 memakan korban hingga ribuan jiwa akibat banjir lahar dingin menyapu pemukiman penduduk. Letusan di 1919, termasuk yang paling mematikan karena menelan korban 5.160 jiwa, merusak sampai 15.000 ha lahan produktif karena aliran lahar mencapai 38 km, meskipun di Kali Badak telah dibangun bendung penahan lahar pada tahun 1905. Karena letusan inilah kemudian dibangun sistem saluran terowongan pembuangan air danau kawah, dan selesai pada tahun 1926. Secara keseluruhan dibangun tujuh terowongan. Pada masa setelah kemerdekaan dibangun terowongan baru setelah letusan tahun 1966, 45 meter di bawah terowongan lama. Terowongan yang selesai tahun 1967 itu diberi nama Terowongan Ampera. Saluran ini berfungsi mempertahankan volume danau kawah agar tetap 2,5 juta meter kubik. Letusan 1990 berlangsung selama 45 hari, yaitu 10 Februari 1990 hingga 13 Maret 1990. Pada letusan ini, Gunung Kelud memuntahkan 57,3 juta meter kubik material vulkanik. Lahar dingin menjalar sampai 24 kilometer dari danau kawah melalui 11 sungai yang berhulu di gunung itu. Letusan ini sempat menutup terowongan Ampera dengan material vulkanik. Proses normalisasi baru selesai 1994. Berarti empat tahun area sekitar baru kembali normal. Road to 2014 Sebelum mencapai puncaknya dengan erupsi 13 Januari 2014 kemarin, aktivitas gunung ini meningkat pada akhir September 2007 dan masih terus berlanjut hingga November tahun yang sama, ditandai dengan meningkatnya suhu air danau kawah, peningkatan kegempaan tremor, serta perubahan warna danau kawah dari kehijauan menjadi putih keruh.
Status awas dikeluarkan oleh Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi sejak 16 Oktober 2007 yang berimplikasi penduduk dalam radius 10 km dari gunung (lebih kurang 135.000 jiwa) yang tinggal di lereng gunung tersebut harus mengungsi. Namun letusan tidak terjadi.
Setelah sempat agak mereda, aktivitas Gunung Kelud kembali meningkat sejak 30 Oktober 2007 dengan peningkatan pesat suhu air danau kawah dan kegempaan vulkanik dangkal. Pada tanggal 3 November 2007 sekitar pukul 16.00 suhu air danau melebihi 74 derajat Celsius, jauh di atas normal gejala letusan sebesar 40 derajat Celsius, sehingga menyebabkan alat pengukur suhu rusak. Getaran gempa tremor dengan amplitudo besar (lebih dari 35mm) menyebabkan petugas pengawas harus mengungsi, namun kembali tidak terjadi letusan.
Terakhir, Kamis (13/2) di 2014, gunung yang berada di Kediri itu kembali meletus sekitar pukul 23.00 WIB. Ribuan warga mengungsi ke penampungan. Hujan batu pun mulai melanda hingga Jawa Tengah.
Namanya Fredy, anjing jenis Great Deane. Usianya baru 18 bulan, namun kalau ia berdiri dengan kaki belakangnya, tingginya mencapai 2,25 meter. Nah, bayangkan bila nanti beranjak dewasa.
Anjing raksasa yang ramah ini kepunyaan Claire Stoneman di Essex, Inggris. Anjing Great Deane memang dikenal memiliki ukuran tubuh super. Saat ini rekor tertinggi menurut Guinness World Record masih dipegang Zeus, asal Michigan, Amerika Serikat, ini memiliki tinggi 1,1 meter yang diukur dari kaki hingga tulang belikatnya.
Sementara bayi Fredy, bila iukur dari kaki hingga tulang belikatnya mencapai 1 meter. Namun ingat, Fredy masih sangat muda dan bakal terus bertumbuh. Boleh jadi beberapa tahun lagi ia akan merebut rekor Zeus.
Uniknya, Fredy saat ditemukan di dekat tempat sampah hanya anjing kecil seperti umumnya. Namun, mengalami pertumbuhan pesat hinga ukurannya sekarang.
Punya anjing raksasa memang asik kedengarannya. Asal sanggup memberi umpan. Kabarnya, Claire menghabiskan 4.000 poundsterling atau Rp 80 juta setiap tahun hanya untuk makanan si Fredy saja.
Masalah lainnya, dengan ukuran super pasti kotorannya juga besar. Itulah yang dikhawatrkan Claire, takut Fredy membuang kotoran ukuran ekstra pula di taman. Karenanya, perempuan yang tinggal di Leigh-on-Sea, Essex, ini harus bangun pagi-pagi untuk mengajak Freddy jalan-jalan.
Mengajak jalan-jalan sebenarnya juga jadi masalah bagi wanita 38 tahun ini. Soalnya tinggi Claire hanya 1,63 meter saja. "Jika dia mau mengejar anjing di depannya, saya tidak bisa menghentikannya," ujar Stoneman.
Kondisi hujan dan banjir yang masih terjadi cukup merepotkan dalam menjaga ponsel. Basah, lalu rusak dan mati total tentu paling dihindari. Menaruh di dalam plastik jadi cara termudah agar tak terpapar air, walau kadang kita tak bisa menebak peristiwa tak terduga. Plastik bolong, jatuh ke dalam banjir, dan lain-lain.
Kalau mau aman, pakai saja ponsel yang tahan air. Android generasi baru sudah banyak yang membungkus produknya dengan keunggulan ini. Misalnya 5 merk berikut.
Caterpillar CAT B100
1. Caterpillar CAT B100
Mampu tetap berfungsi meski jatuh dari ketinggian 1,8 meter dan bertahan di suhu minus 25 derajat celcius. Terbayangkan sudah bagaimana kekokohan ponsel ini. Selain tahan banting, Caterpillar CAT B100 juga anti air.
Ponsel ini akan tetap menyala meski terendam air di kedalaman satu meter selama setengah jam. Miliki waktu bicara 30 jam dengan standby 23 hari. Dirilis pada eksibisi tahunan CES beberapa waktu lalu di Las Vegas, Amerika Serikat, belum terkuak harga yang dibanderol untuk ponsel ini.
2. Sony Xperia Z
Dibalut dengan sertifikasi IP55 dan IP57, Sony Xperia Z miliki keunggulan tahan debu dan air. Bilamana terendam di air tawar sedalam satu meter selama 30 menit, ponsel ini tetap mampu bertahan.
Berdapur pacu prosesor quad-core 1.5GHz Snapdragon S4 dengan RAM 2GB dan mengusung sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean (upgradeable 4.2), Sony Xperia Z dibanderol cukup mahal di harga Rp 7,5 juta.
Xperia keluarga Z
3. Sony Xperia Z1
Telah bersertifikat IP55 dan IP58 yang membuatnya juga tahan debu dan air. Mampu bertahan selama 30 menit bila terendam di air tawar dengan kedalaman maksimal 1,5 meter. Cukup tangguh dibanding model sebelumnya Sony Xperia Z.
Sony Xperia Z1 mengusung layar terbentang 5 inch Full HD Triluminos. Casing full alumuniun dan dipersenjatai prosesor Qualcomm Snapdragon 800 quad core 2,2 Ghz, RAM 2GB, dan internal memori 16GB yang bisa diperluas dengan microSD up to 64GB. Harga Rp 8,4 juta.
4. Sony Xperia Z Ultra
Sama dengan dua model Sony Xperia sebelumnya namun mengusung bentangan layar lebih lebar 6,4 inch. Mampu bertahan di kedalaman maksimal 1,5 meter selama 30 menit untuk jenis air tawar.
Xperia Z Ultra miliki bentangan layar Full HD 1080 piksel, memori internal 16GB yang bisa diperluas dengan microSD up to 64GB. Mengusung kamera utama 8 mega piksel dengan 11 jam waktu bicara serta 120 jam non stop memutar musik. Harga Rp 7,5 juta.
5. Samsung Galaxy S4 versi Active
Samsung Galaxy S4 versi Active
Varian turunan dari Samsung Galaxy S4 dengan kemampuan tahan debu serta air. Miliki sertifikat standar ketahanan internasional IP67 yang memungkinkan smartphone ini diajak menyelam hingga kedalaman maksimal 1,5 meter selama 30 menit.
Samsung Galaxy S4 versi Active miliki bentangan layar 5 inch Super AMOLED Full-HD 1920 x 1080 piksel dengan prosesor quad-core 1,9GHz dan RAM 2GB. Untuk memori internal berkapasitas 16GB dan baterai 2.600 mAh.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mariah Carey melancarkan video klip terbaru bertepatan Hari Valentine, single berjudul You're Mine (Eternal) versi Remix bersama rapper Trey Songz.
Dalam video klip You're Mine, Mariah Carey tampil bogel dengan tidak mengenakan pakaian di bahagian atas tubuhnya dan duduk di bawah pancuran air terjun.
Rapper Trey Songz pula bernyanyi dalam sesi fotografi dengan memperlihatkan otot tubuhnya. Penghasilan video ini dilakukan dalam sebuah hutan hujan di Puerto Rico, seperti yang dikutip dari web AceShowbiz.
Versi asli You're Mine (Eternal) dijadualkan akan disertakan dalam album The Art of Letting Go, yang akan dilancarkan pada 6 Mei 2014.
Awal pagi tadi, sebuah akhbar telah melaporkan seorang bekas pelajar AF telah ditahan kerana mencuri sebuah basikal yang berharga lebih kurang RM14,000.
Beliau bersama tiga orang lagi rakannya telah pun ditahan pihak berkuasa.
Namun begitu, identiti bekas pelajar tersebut tidak dinyatakan hinggalah petang ini, sebuah blog Oh Artis telah menyiarkan beberapa keping foto yang menyaksikan beliau ditahan bersama rakan-rakannya.
Menurut beberapa komen yang diterima dari blog tersebut, pelajar tersebut adalah Suhada dan rata-rata dari mereka amat terkejut dengan kejadian ini kerana beliau dikatakan anak orang yang berada.
bar di laman sosial daripada sebuah buku terbitan untuk kanak-kanak mendapat perhatian umum ekoran gambar tersebut disifatkan kurang sesuai untuk peringkat umur tersebut.
Gambar pertama menunjukkan huruf Z dengan ilustrasi kanak-kanak lelaki seolah-olah sedang membuang air kecil sementara bagi buku jawi pula huruf Sad diberikan contoh Salib.
Beberapa laman 'page' Facebook seperti Oh! Media dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad berkongsi gambar tersebut dengan pengikut-pengikutnya.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa ibu bapa yang pernah membeli buku tersebut telah membuang atau mengoyakkan bahagian buku itu setelah mendapati ia mengandungi gambar berupa alat kelamin lelaki.
Azura Ahmad Zue berkata, "sudah pernah beli buku ini dan apabila anak-anak baca, mereka tak sebut alat kelamin itu tetapi mereka sebut orang buang air kecil."
Alyn Abd Aziz pula berkata, "saya pun ada terbeli yang ada Z itu. Memalukan apabila anak tanya... mama, malu kencing. Terus papa dia koyak helaian yang Z itu dan buang."
Ramai juga yang berpendapat Z dan Sad itu boleh mewakili beberapa contoh lain.
Nurul Key, "kita dulu-dulu Z itu zoo atau zirafah sahaja."
Lyza Nuryn, "dulu kalau Z itu zip atau 'zebra'".
Azizah Ns, "adalah lebih baik sad untuk solat, kenapa salib?."
Ekoran kandungan buku itu kecoh diperkatakan, penerbit buku tersebut tampil menjelaskan perkara tersebut berkenaan melalui akaun Facebook atas nama Ladybug Books.
"Buku itu untuk mendidik soal anggota badan dan terma manusia secara umum. Perkara ini sudah dibawa ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan disarankan untuk meletakkan pelekat untuk menutup bahagian alat sulit lelaki itu.
"Orang yang menyebarkan gambar ini telah membuang pelekat tersebut. Saya akan membuat laporan polis terhadap orang itu," tulis akaun tersebut.
Sementara bagi perkataan salib pula, pihak penerbit menyebut perkara itu tiada isu kerana pihak KDN memberitahu tiada masalah dengan buku itu.
"Untuk isu huruf Sad untuk salib, KDN telah menjelaskan perkara ini pada 6 Mac 2013 yang menyebut bahawa tiada masalah dengan buku itu.
"Tetapi sebagai penerbit yang bertanggungjawab, kami telah membuat keputusan untuk meminda buku itu. Saya bagi pihak penerbit memohon maaf jika menyinggung perasaan orang Islam.
"Tujuan dan niat kami hanya untuk memperkenalkan perkataan salib di mana ibu bapa boleh memainkan peranan dengan mendidik anak-anak mereka perkara yang haram di sisi agama Islam," tulis akaun itu lagi.
Meskipun ramai yang marah dengan kandungan itu, ada juga pemilik akaun Facebook yang menyifatkan perkara itu sebagai didikan awal untuk kanak-kanak mengenal anggota badan mereka.
Aruza Halludba menulis, "terangkanlah (ia) kemaluan lelaki. ALLAH cipta untuk kencing dan membezakan lelaki dengan perempuan. Ajar (juga) tak boleh selalu disebut, tak manis. Begitu sahaja."
Muhamad Zaini pula berkata, " tak perlu malu. Pendidikan seks adalah perlu diberitahu agar dia boleh membezakan alat sulit lelaki dan perempuan. Ia bergantung pada ibu bapa. Jangan fikir ini semua lucah."
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa MCA supaya tidak menjadikan dirinya sebagai hamba Umno, tetapi sebaliknya harus berani bersuara untuk masyarakat Cina.
Beliau membuat gesaan itu di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kajang malam tadi, sebagai menjawab kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa Anwar yang menyebabkan 'Ops Lalang ' pada tahun 1987.
Anwar mengecam MCA dan presidennya kerana kurang keberanian untuk mengkritik kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terlibat dalam operasi itu.
"Siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib. Tetapi, adakah dia (Liow) berani menuduh mereka? Tidak, dia tak berani," katanya kepada 600 hadirin di majlis tersebut.
Seramai 106 ahli politik dan aktivis NGO ditangkap sepanjang tempoh pentadbiran Mahathir dan kemudiannya menandatangani perintah tahanan dua tahun terhadap lebih 40 orang.
Najib dilaporkan mengetuai perhimpunan Melayu besar-besaran di Kampung Baru untuk membantah demonstrasi yang diadakan sebelumnya oleh NGO pendidikan Cina dan parti politik yang dicetuskan oleh keputusan kerajaan untuk menghantar kakitangan yang tidak boleh berbahasa Cina ke sekolah-sekolah vernakular.
Semalam, Liow memberitahu masyarakat Cina Kajang bahawa Anwar yang menyebabkan berlakunya Operasi Lalang pada tahun 1987.
Ini, tegasnya, kerana Anwar telah mengerahkan guru-guru yang tidak faham Mandarin ke sekolah-sekolah Cina.
BERLIN 15 Feb. - Menteri Pertanian Jerman, Hans-Peter Friedrich mengumumkan, beliau rela meletak jawatannya hari ini ekoran pembocoran maklumat sulit tentang siasatan berkenaan pemilikan bahan pornografi kanak-kanak, menurut laporan media.
Oktober tahun lalu, Friedrich bertindak memberitahu Pengerusi Parti Sosial Demokrat, Sigmar Gabriel tentang penyiasatan terhadap Ahli Parlimen, Sebastian Edathy kerana disyaki memiliki bahan pornografi berkenaan.
Menteri Pertanian Jerman, Hans-Peter Friedrich
Edathy yang baharu meletak jawatan minggu lalu menolak dakwaan tersebut, manakala Friedrich percaya tindakannya itu tidak melanggar undang-undang.
Namun begitu, beliau bersedia meletak jawatan sekiranya pihak pendakwa tidak bersetuju dengan tindakannya. - REUTERS
Ampang: Seorang pengawal keselamatan berusia 40-an diburu polis selepas dipercayai mencabul dua beradik perempuan berusia enam dan tujuh tahun dalam kejadian di taman permainan sebuah apartmen di Ukay Perdana, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7 petang itu dikatakan berlaku ketika dua beradik itu sedang bermain di taman permainan berkenaan sebelum didatangi lelaki terbabit. Sebaik mencabul mangsa, lelaki itu memberi sejumlah wang bagi merahsiakan perbuatannya.
Namun, dua beradik itu menceritakan kepada bapa mereka yang berusia 32 tahun dan bekerja sebagai juruteknik sebelum bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Menurut sumber, mangsa memaklumkan, seorang lelaki memegang kemaluan selain memeluk dan mencium mereka.
Beliau berkata, lelaki itu juga dilaporkan memberikan wang sebanyak RM5 setiap seorang kepada mangsa dipercayai untuk menyogok bagi merahsiakan kejadian berkenaan.
Katanya, selepas mengetahui kejadian itu, bapa mangsa turut mencari pengawal keselamatan itu di kawasan perumahan berkenaan namun gagal.
Sehubungan itu, bapa mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Harian Metro difahamkan, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Ipoh: Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda.
Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis.
"Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang.
"Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan," kata sumber itu.
Kuala Lumpur: "Kenapa orang kita mudah bangga kalau melihat jodoh tempatan dengan orang putih, tetapi memandang serong kepada yang bersuamikan warga Afrika?
"Paling sedih masyarakat kita sentiasa dimomokkan cerita negatif mengaitkan warga asing ini dengan dadah, penipuan dan aktiviti menjual jam, sedangkan tidak semuanya begitu," luah Presiden Pertubuhan Antarabangsa Malaysia-Afrika (MAYA) Siti Norhazwani Hamzah.
Menurutnya, persepsi rakyat negara ini terhadap warga Afrika seolah-olah sukar diperbaiki hingga tempiasnya meragut kebebasan anak yang lahir hasil perkahwinan campur dengan bangsa berkenaan.
"Sedar atau tidak, negara kita sebenarnya tidak pernah menghalang perkahwinan campur. Ramai orang Malaysia bertemu jodoh dengan orang putih dan menetap di negara asing.
"Malah di sini, ada yang memilih warga Thailand, Melayu tempatan bertemu Indonesia, India tempatan bertemu warga India, Cina di sini berkahwin dengan Cina Singapura dan itu tidak pernah menjadi masalah.
"Justeru, kami (golongan bersuamikan lelaki Afrika) jadi hairan. Kenapa perkahwinan kami dinilai secara negatif oleh kebanyakan pihak," katanya yang turut bersuamikan lelaki Afrika.
Atas dasar ingin mengubah persepsi itu, Siti Norhazwani nekad mengumpulkan pasangan Malaysia-Afrika menerusi laman Facebook AfroAsian dan mewujudkan persatuan.
"Setakat ini kita mempunyai seramai 531 ahli, terdiri daripada lebih 100 pasangan Malaysia-Afrika yang sudah berkahwin serta masih bujang," katanya.
Kota Kinabalu: Seorang artis lelaki kelahiran program realiti popular dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.
Artis berusia 22 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis 'Bianchi' dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Sebaik memperkenalkan diri, semua mereka terkejut dan gagal meloloskan diri lalu ditahan.
Pemeriksaan menemui beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.
Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
"Sebaik menerima laporan dibuat mangsa, polis melancarkan Op Cantas Khas dan mengesan semua suspek di sebuah kafe.
"Sepasukan polis kemudian memperkenalkan diri lalu menahan mereka termasuk artis terbabit," katanya.
Jauteh berkata, polis masih menjalankan siasatan termasuk kemungkinan cuba menjual barangan berkenaan kepada pihak ketiga.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 12 Februari lalu, mangsa dihubungi jirannya memaklumkan pintu belakang rumahnya terbuka dipercayai dipecah masuk.
Mangsa bergegas pulang ke rumah dan mendapati jeriji belakang dipotong sebelum mendapati keadaan rumah berselerak.
Pemeriksaan mendapati beberapa barang berharga miliknya termasuk mesin jahit elektrik, dua radio, jam tangan berjenama, kasut, pakaian, basikal lumba dan wang tunai hilang.
ANGGOTA JHEAIK menyoal siasat pasangan yang ditangkap khalwat (duduk dan kiri sekali) di sebuah hotel bajet, Jalan Lencong Barat, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR - Sambutan Hari Kekasih semalam menjadi igauan ngeri kepada seorang janda berusia 30 tahun apabila ditangkap bersama pasangannya kerana berkhalwat.
Mereka ditahan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Lencong Barat, Tandop di sini dalam Ops Kekasih yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) kira-kira pukul 12 tengah malam semalam.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEAIK, Sheikh Mohd. Sulaimi Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya terpaksa menunggu sehingga 40 minit di luar pintu bilik itu sebelum ia dibuka oleh seorang lelaki berusia 31 tahun.
Katanya, lelaki itu memberi alasan tinggal bersendirian di dalam bilik tersebut dan tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa kerana tertidur.
"Hasil pemeriksaan, kami berjaya menemui seorang wanita yang sedang bersembunyi di dalam bilik air dalam keadaan lengkap berpakaian," katanya di sini semalam.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu merupakan seorang janda dan menetap bersama ibu angkatnya di Simpang Kuala di sini manakala pasangannya yang bekerja di Langkawi mengaku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
"Mereka juga mengaku mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun yang lalu dan memberi alasan sedang berbincang mengenai masalah rumah tangga," katanya.
Pasangan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkhalwat, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini pada 4 Februari lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Lans Koperal T. Thivakar (gambar), 37, antara pukul 4.11 petang dan pukul 4.50 petang di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan pada 4 Februari 2014.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa memohon satu tarikh sebutan untuk mendapatkan laporan kimia dan laporan bedah siasat mangsa.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang tertuduh untuk melantik peguam.
LUMUT 14 Feb. - Seorang guru lelaki yang didakwa mengamuk sebelum membelasah empat pelajar sebuah sekolah di Sitiawan dekat sini sehingga ada yang tercedera kelmarin, dipercayai mengalami masalah mental.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Idris Ramli memberitahu, tindakan guru berusia 34 tahun itu bukanlah perlakuan normal seorang pendidik dan ia kemungkinan didorong oleh tekanan yang dihadapinya.
Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak sekolah, ia bukan pertama kali dilakukan guru berkenaan kerana dia pernah melakukan perbuatan sama 22 Januari lalu tetapi kes itu diselesaikan secara baik.
"Guru ini mungkin ada masalah dari segi mental dan tidak makan ubat. Tindakannya dalam kejadian itu dalam keadaan pantas dan bukan sikap seorang guru yang normal.
"Jika dia menggunakan rotan bagi menghukum pelajar itu adalah perkara biasa di sekolah. Bagaimanapun tindakan guru itu menumbuk dan menerajang pelajar sukar diterima," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Rabu lalu, empat pelajar sekolah itu termasuk dua pelajar perempuan cedera di beberapa bahagian badan ekoran dibelasah seorang guru sekolah itu.
Idris berkata, pihaknya telah menghantar dua pegawai ke sekolah berkenaan bagi melakukan siasatan dan mendapatkan gambaran terperinci berhubung kejadian itu sebelum sebarang tindakan diambil.
Bagaimanapun, katanya, pihak jabatan telah mengarahkan guru yang telah tiga tahun mengajar di sekolah terbabit menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Seri Manjung.
"Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Komputer itu telah diberi cuti rehat selama tujuh hari bermula 13 hingga 19 Februari ini.
"Sebaik cuti rehat itu tamat, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Manjung sehingga siasatan kes berkenaan diselesaikan," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, setakat ini pihaknya telah menerima empat laporan berhubung kejadian tersebut yang dibuat keluarga mangsa.
Katanya, pihaknya juga telah mengambil keterangan dan merakam percakapan guru berkenaan ketika dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung semalam.
"Siasatan kes ini sudah selesai dan kini hanya menunggu laporan perubatan mangsa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Johor Bahru: Tun Dr Mahathir Mohamad, (gambar) berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.
Bekas Perdana Menteri berkata, pengundi sendiri boleh menghukum pemimpin terbabit dengan tidak mengundi mereka pada pilihan raya kecil (PRK). "Saya berpendapat kalau dia (wakil rakyat) mahu berhenti, dia berhentilah. Kita (Barisan Nasional) boleh lawan.
Kita pun kadang-kadang mahu berhenti juga, saya berhenti ketika masih lagi wakil rakyat pada masa itu, bukan ada apa-apa pun dan kalau kita tidak bersetuju, jangan pilih tetapi kalau kita pilih, maknanya kita bersetujulah.
"Tidak perlu (pinda) undang-undang kerana undang-undang bukan boleh mengawal segala-galanya. Yang penting moral manusia dan sekatan ini kena datang dari dalam hati kita. Jangan buat benda yang tidak baik.
"Rakyat kalau tidak suka, bagi dia kalah. Ajar dia supaya jangan buat lagi, " katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan Dari Perspektif Global (ICFI 2014), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini semalam.
Persidangan itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim itu. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut dan Ketua Ekskutif Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Prof Dr Md Som Sujimon turut hadir. Dr Mahathir berkata demikian mengulas cadangan SPR untuk mengkaji keperluan dan cadangan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan berkata pindaan itu bagi mengelak 'penyakit' meletak jawatan tanpa sebab merebak kepada wakil rakyat lain, selain dilihat tidak bermoral.
Sementara itu, Dr Mahathir turut meminta kerajaan menyemak semula sukatan mata pelajaran pendidikan agama di sekolah bagi memastikan setiap pelajar disemai dengan nilai Islam yang baik.
"Silibus (pendidikan) agama perlu disemak semula sebab tekanan kepada nilai hidup Islam tidak disemai dengan baik kerana apabila mereka ke luar negara atau menyambung pelajaran di sana, mereka terpengaruh dengan cara (kehidupan) orang barat," katanya.
"Jika iman tidak kuat, dia mudah terpengaruh, malah, dia soal kita kenapa tidak mengamalkan kebebasan dan sebagainya. Ini yang menjadi masalah kepada kita," katanya.
LIOW TIong Lai memberi sumbangan limau mandarin kepada salah seorang pengunjung di Pasar Sungai Chua, Kajang, semalam.
HULU LANGAT 14 Feb. - Pengundi Cina akan memberikan pengajaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana beliau pernah menindas sistem pendidikan Cina di negara ini semasa menjadi Menteri Pendidikan (dulu dikenali Menteri Pelajaran) dahulu.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai berkata, pendidikan Cina merupakan satu perjuangan yang kuat dalam kalangan masyarakat Cina di Kajang dan di sini juga terletak ibu pejabat Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
"Anwar ada rekod buruk dalam pendidikan Cina. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan, beliau pernah menindas pendidikan Cina dan dialah yang mencetuskan 'Ops Lalang' pada 1987 dan ketegangan yang timbul selepas guru besar dan guru yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina dihantar ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
"Episod tersebut masih diingati oleh orang Cina. Anwar juga yang menghantar pekeliling kepada semua negeri supaya semua tanah sekolah tidak dirizab kepada SJKC tetapi hanya kepada Sekolah Kebangsaan (SK)," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Sungai Chua di sini hari ini.
Dalam program tersebut, Tiong Lai yang diiringi Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dan Pengerusi MCA Bahagian Hulu Langat, Lee Ban Seng memberikan bunga dan coklat kepada penduduk di sini sempena sambutan Hari Kekasih dan perayaan Chap Goh Mei hari ini.
Menurut Tiong Lai, Dong Zong juga mengetahui bahawa perjuangan Anwar tidak boleh dipercayai apatah lagi selepas beliau memanipulasi sistem demokrasi bagi membolehkan beliau bertanding di DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor, sekali gus meminggirkan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Anwar telah datang ke Dong Zong dan buat pelbagai janji. Saya sebagai pemimpin MCA perlu dedahkan bahawa janji-janji tersebut bukan boleh ditepati.
"Anwar kata beliau bertanding kerana hendak berkhidmat di Kajang. Kita tahu beliau tidak akan berikan perkhidmatan kepada penduduk tetapi hanya janji-janji kosong," katanya.
Beliau berkata, seorang pemimpin perlu ada perjuangan untuk rakyat dan generasi masa hadapan, sebaliknya Anwar menggunakan PRK DUN Kajang sebagai platform untuk agenda peribadi.
Ditanya mengenai janji Anwar untuk membawa kembali bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam kerajaan negeri sekiranya beliau menang di Kajang, Tiong Lai berkata, Ketua Pembangkang itu belum tentu akan mengotakan apa yang dijanjikan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai memberitahu, MCA telah membuat persiapan terperinci untuk menghadapi PRK DUN Kajang dan beliau mengarahkan semua pemimpin tertinggi MCA untuk turun padang bagi bersama dengan penduduk di sini.
Beliau berkata, MCA akan melancarkan bilik gerakannya untuk PRK DUN Kajang Ahad ini dan telah mengatur pelbagai siri ceramah untuk mendedahkan dakyah Anwar kepada penduduk di sini.
KOTA BHARU 14 Feb. - Pas seolah-olah memberi isyarat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh sewenang-wenangnya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ia terbukti apabila Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, sebarang rancangan pemilihan atau pertukaran bagi jawatan Menteri Besar Selangor hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan semua parti dalam pakatan pembangkang.
Oleh itu beliau menegaskan, jawatan itu bukan hak eksklusif atau menjadi milik automatik mana-mana parti sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan.
"Soal Menteri Besar perlu kepada muafakat, bukan hak eksklusif," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Sebelum ini beberapa pemimpin Pas turut enggan menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung ura-ura PKR mahu menggantikan Tan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Kedudukan Abdul Khalid dikatakan tergugat berikutan langkah PKR meminta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Anwar turut membayangkan beliau akan menggantikan Abdul Khalid walaupun Pas dikatakan lebih berhak memandangkan menguasai 15 kerusi di DUN Selangor berbanding PKR (14 kerusi).
Pendirian Pas yang dilihat seolah-olah tidak merestui Anwar menggantikan Abdul Khalid semakin jelas apabila pada Isnin lalu, Pas Selangor menegaskan belum menetapkan sebarang persetujuan berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Yang Dipertua Pas Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, Pas Selangor masih berpegang pada keputusan Pas Pusat sebelum ini iaitu isu perubahan jawatan Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.
Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat juga secara terbuka menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor selain menyifatkan polemik DUN Kajang itu tidak perlu mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan jawatan tersebut.
KUCHING: Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima Tan Sri Adenan Satem berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Balingian tidak boleh disamakan dengan PRK DUN Kajang.
Beliau berkata senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat.
Katanya pilihan raya kecil Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara sengaja oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.
"Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan sebab Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri," jelas beliau pada sidang akhbar di sini, Jumaat.
Setakat ini, belum dipastikan sama ada PRK Balingian akan diadakan berikutan belum ada keputusan sama ada Taib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri bagi mengganti Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Rabu lepas, Taib yang juga anggota DUN Balingian mengumumkan akan berundur sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Feb ini. - BERNAMA
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peletakan jawatan Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P. Waythamoorthy adalah mendukacitakan.
"Pendekatannya mungkin berbeza, tetapi beliau sepatutnya berjumpa dan berunding mengenainya sebelum mengumumkan peletakan jawatan.
"Keputusannya amat mengecewakan kerana ia dibuat selepas beliau memeterai Perjanjian Persefahaman dengan Barisan Nasional untuk memperjuangkan agenda masyarakat India," kata Najib dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Najib berkata, beliau menerima peletakan jawatan Waythamoorthy anda mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usahanya pada masa hadapan.
"Bagi menjayakan persefahaman ini, P Waythamoorthy seharusnya menyesuaikan diri di dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalinkan kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan," katanya.
Sementara itu, Najib menegaskan selaras dengan pendekatan kerajaan di bawah pimpinannya yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, kerajaan akan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi kepada kaum India seperti kaum-kaum yang lain.
PETALING JAYA: Isteri kepada bekas pemimpin Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana Shamsuddin Alias mengizinkan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Zaid mengumumkan persetujuan isterinya itu menerusi laman sosial Twitter dan Facebook sebaik saja beliau memberitahu tertarik untuk bertanding pada PRK itu.
"Suliana kata setuju tentang Kajang - hadiah sempena Valentine," tulisnya pada Jumaat.
Terdahulu, Zaid menegaskan hasratnya untuk mengambil bahagian dalam PRK itu bergantung kepada persetujuan isterinya.
"Isteri dan anak-anak tidak gembira mengenai kemungkinan saya untuk kembali dalam politik terutamanya apabila serangan peribadi berniat jahat dilancarkan terhadap saya.
"Saya beritahu mereka selagi saya seorang pengulas politik, sukar untuk melarikan diri dari kecaman dan penghinaan. Namun, boleh jadi tiada demokrasi atau kebebasan di negara ini sekiranya setiap individu terus berdiam diri kerana takut dihina," katanya.
Zaid berkata mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara.
"Menulis di dalam blog ini amat seronok tetapi bagus juga kalau dapat bercakap terus kepada orang ramai secara bersemuka, mendengar luahan mereka, sudah tentu makan sate bersama mereka.
"Berbual dengan pengundi Kajang turut menguji penerimaan beberapa idea saya, seterusnya ia boleh digunakan sebagai maklum balas kepada pembuat dasar," katanya dalam blognya. (www.zaid.my).
Zaid meninggalkan PKR pada 2011 dan menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Zaid berkata beliau telah menyenaraikan beberapa perkara yang akan disuarakan dalam tempoh berkempen, termasuk kepentingan memerangi punca polarisasi kaum, usaha memulihara keamanan dan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam serta program ekonomi dan pendidikan bagi membina kemahiran.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bukan sahaja kaum Melayu dan India yang muak dengan video kontroversi Teresa Kok, kaum Cina sendiri mula membuat bantahan dan protes secara terbuka. Pagi tadi, Kumpulan Profesional Cina telah mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' terbitan Teresa Kok berikutan dikatakan mengandungi elemen keganasan lembut (soft violent) yang boleh mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara positif.
Kumpulan itu juga bersepakat mendesak Teresa harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun mereka tahu beliau tidak akan berbuat demikian. Di dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berlakon sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina.
Tiga tetamu undangannya itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah. Video itu didakwa turut dikatakan menghina kaum Melayu menerusi perkataan 'Malay Si' yang membawa maksud 'Melayu Mati'. Selain itu, kandungan video tersebut turut memperlekehkan insiden pengganas di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan beberapa pasukan tentera di negara ini.
Rentetan daripada 50 pemandu lori pasir yang bertindak biadap menghadang jalan keluar masuk JPJ Johor di Taman Daya pada 12/02/2014, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) hari ini mengeluarkan kenyataan media tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana operator atau pemandu lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Darat 2010.
Pada lewat petang kejadian hari berkenaan, 50 pemandu lori bertindak samseng memberhentikan kenderaan berat mereka, menghadang laluan keluar masuk Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Johor terletak di Taman Daya, Johor Bahru. Tindakan biadab ini dikatakan sebagai reaksi terhadap operasi berterusan SPAD Wilayah Selatan, membanteras muatan berlebihan sehingga berkebarangkalian mengancam nyawa pengguna jalanraya lain. Pejabat SPAD turut ditempatkan di bangunan JPJ Johor ini. Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Taman Setia Indah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan kemudian dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Sebanyak 674 kesalahan melibatkan pemandu lori di zon selatan direkodkan SPAD dari 2013 hingga Januari tahun ini. SPAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesalahan paling banyak dilakukan adalah lebih muatan dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi pengguna jalan raya lain. SPAD amat memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ia berisiko tinggi dan membahayakan pengguna jalan raya. Justeru, semua pemandu lori diminta mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain berbincang dengan SPAD jika mempunyai masalah.
Pengurus Besar Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad berpesan kepada pengguna-pengguna teksi di Malaysia agar jangan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak SPAD sekiranya mereka menaiki teksi dan melihat wajah pemandunya atau slanga percakapannya seperti orang asing tetapi mengaku warganegara Malaysia.
Che Hasni yang ditemui pemberita selepas Ops Tegas Alien (Operasi Membanteras Pemandu Teksi Warga Asing) semalam, berkata, kebelakangan ini SPAD banyak menerima aduan daripada orangramai mengenai kegiatan warga asing yang bekerja sebagai pemandu asing. Che Hasni berkata hasil maklumat yang diterima daripada rakyat Malaysia yang prihatin, pihaknya telah mengenalpasti kawasan-kawasan di mana warga asing beroperasi sebagai pemandu teksi.
"Daripada operasi ini kami berjaya merekodkan 32 kes di mana 21 pemandu didapati tidak mengunakan meter, lima cuba menetapkan harga tambang, seorang tidak mempunyai kad pemandu dan seorang enggan mengambil penumpang. Tiga orang pemandu dokumennya dirampas oleh JPN untuk disemak kesahihannya. Daripada tangkapan itu enam disyaki warga Pakistan tetapi memiliki kad pengenalan Malaysia. JPN sedang menyemak kad pengenalan mereka. Kita akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa kerana kegiatan ini menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan."
Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai mendakwa bahawa OPS Lalang pada tahun 1987, sebenarnya berpunca daripada tindakan Anwar yang menghantar guru-guru yang tidak mahir bercakap cina ke sekolah cina. Tindakan beliau itu, menyebabkan bantahan besar-besar persatuan cina yang mendukung sekolah jenis venakular itu.
Sementara itu Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Ops Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab. "..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA,"
Dr Mahathir juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai 'ahli putar belit' dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.
Katanya, Anwar sentiasa mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik.
"Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi.
"Dia memang ahli putar belit, ahli (parti) menafikan apa yang dia kata dulu dan memberi imej baharu seolah-olah dia ini tak pernah berdosa, tak pernah salah dan selalunya betul. Kalau Anwar betul, hari ini dia jadi Perdana Menteri," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata Anwar mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi orang ramai dengan cara berilmiah, tetapi pada hakikatnya beliau bukan seorang pemikir atau pemimpin yang boleh memimpin negara ini.
"Dia bukan pemikir, tetapi dia pandai berpidato. Dia pandai bercakap untuk meyakinkan orang tentang kebenaran dirinya. Orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan, bukan menggunakan perkataan untuk kebenaran. Inilah Anwar.
"Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin. Dia menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah," demikian menurut mantan Perdana Menteri itu seperti yang dipetik BERNAMA.
Artikel ini telah mengesah dan memperkukuhkan kenyataan YB Khairy Jamaluddin bahawa pemimpin BN syok sendiri dan itu mengakibatkan BN kalah dalam perang siber.
Dalam artikel ini saya telah menyimpulkan bahawa -
".. pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut."
Fenomena ini berlaku mungkin kerana pemimpin UMNO/BN :-
1. tidak berminat
2. pandang remeh
3. terlalu sibuk dengan perkara lain
4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau
5. SYOK SENDIRI
dan saya nak tambah satu lagi - 6. JAHIL TENTANG SOSIAL MEDIA, menyebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk terlibat dan mengukur penglibatan mereka serta prestasi penasihat-penasihat dan pengendali-pengendali media sosial mereka.
Hari ini selepas hampir seminggu, nampaknya terdapat sedikit perubahan di kalangan pemimpin BN. Jika sebelum ini kehadiran mereka mungkin tidak kelihatan, namun pada 14 Februari 2014, kehadiran sejumlah kecil daripada mereka sudah mula kelihatan. Mari kita lihat prestasi mereka untuk #PRKKajang dan #Kajang.
1 - Analisis #PRKKajang
Analisis Rankings Penyumbang
Analisis REACH - Lebih ramai pemimpin UMNO/BN sekarang - Didahului oleh @AnwarIbrahim, @NajibRazak, @TunFaisal, @KhairyKJ, @TengkuAdnanREAL, @RafiziRamli dan @Khalid_Ibrahim
Analisis IMPACTS - Didahului oleh @TunFaisal, @NajibRazak, @KhairyKJ, @TengkuAdnanREAL, @AnwarIbrahim, @RafiziRamli dan @Khalid_Ibrahim
2 - Analisis #Kajang
Analisis Rankings Penyumbang - seperti di atas, paling ramai adalah
di kalangan bekas penggiat UMB atau UMB-X
Analisis REACH juga menunjukkan SEMAKIN ramai pemimpin UMNO/BN sekarang - Didahului oleh @AnwarIbrahim, @Tun_Faisal, @KhairyKJ, @NajibRazak, @TunFaisal, @TanKengLiang, @TengkuAdnanREAL, @AhmadMaslan, @ShaberyC, @AzwanBro, @DrNovandri dan @AzminAli
Analisis IMPACTS menunjukkan trend didahului oleh @KhairyKJ, @TunFaisal, @NajibRazak, @AnwarIbrahim, @TengkuAdnanREAL, @AhmadMaslan, @ShaberyC, @TanKengLiang, @AzwanBro, @DrNovandri dan @AzminAli.
Alhamdulillah, nampaknya ada sejumlah pemimpin UMNO/BN dan penasihat-penasihat media sosial mereka yang peka tentang apa yang perlu dibuat supaya tidak kelihatan SYOK SENDIRI seperti mana yang disimpulkan oleh YB Khairy dalam wawancaranya bersama Berita Harian. Begitupun, masih ramai pemimpin UMNO/BN dan penasihat-penasihat beserta punasihat-punasihat media sosial mereka yang masih tidak peka dengan perubahan lanskap politik dan komunikasi hari ini. Atas sebab itu, mereka tidak kelihatan dalam perbualan #PRKKajang dan #Kajang. Nasihat yang sama ingin saya berikan :-
Tidak guna mempunyai jumlah follower yang ramai atau klout score yang tinggi jika anda tidak memanfaatkannya. Pegawai Media Sosial anda seharusnya menasihati anda mengenai perkara ini? Mereka dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk menasihati anda di pejabat menteri dan kementerian masing-masing! Walaupun mungkin tidak sebanyak yang dibayar oleh di Perbadanan Kemajuan Negeri tertentu sehingga ada yang dipecat baru-baru ini, tetapi mereka masih dibayar. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya nasihat mereka dan UKURLAH PRESTASI mereka...
* Nota - Gembira dan tumpang bangga melihat prestasi rakan-rakan seperjuangan yang pernah bersama di dalam UMB dulu.. gerak kerja mereka masih tersusun dan terukur seperti sebelum ini.
Korang pernah masuk rumah hantu tak? Seram ke? Saya pernah la jugak masuk 2-3 kali dengan kawan-kawan dan keluarga, tapi kami siap boleh gelak ramai-ramai dalam rumah hantu tu.. lawaknya lebih dari seram.. biasa la.. rumah hantu funfair.. nampak sangat faked hantu-hantunya...
Tapi tak semua rumah hantu macam tu... Contohnya, rumah hantu kat Kanada kat bawah ni...Walaupun saya tak tengok hantu dalam rumah hantu tu, saya rasa hantu-hantu kat situ mampu buat ramai tak tidur malam...
Paling best, rumah hantu tu siap rakam gambar aksi pengunjung yang tengah takut tu... Kah! Kah! Kahhhh..!!! Memang lawak saya tengok aksi depa.. mamat bertatoo pun boleh takut sakan! Ada yang peluk bini... sampai terangkat kaki pun adaaaa..!!! Muka depa toksah cerita laaa...
Cuba tengok kat bawah...kah! kah! kah! Terbaik dari Nightmares Fear Factory kat Kanada... teringin jugak nak pergi sana nih... heh!
Semalam, ramai umat Islam di Malaysia yang rasa lega bila muzakarah terkini Majlis Fatwa Kebangsaan sepakat memutuskan hukum pelaburan dalam ASB dan ASN itu "HARUS". Secara automatik, segala keraguan yang cuba ditimbulkan sebelum ni dah selesai...
Cuma, dalam kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, ada beberapa ayat yang saya rasa "double meaning" dan seolah-olah sengaja ditegaskan bertujuan bagi menyedarkan beberapa pihak yang cuba "tunjuk pandai"....
Cuba baca kenyataan di bawah dan fikir betul-betul apa makna yang tersurat dan tersirat...
"Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.
"Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang telah dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya.
Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri.
Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang melibatkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan.
Okay...? Dah baca? Agak-agak pada siapa dituju kenyataan di atas? Siapa yang diberikan authority untuk menentukan hukum di Malaysia? Siapa pulak yang sebok nak tunjuk pandai jadi "Ahli Fatwa" yang tak diiktiraf dan mengelirukan rakyat?
Saya heran... golongan ni faham tak tentang hak-hak Ulil Amri? Lepas tu suka pertikai hukum yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan... bila umat Islam keliru, Majlis Fatwa pulak yang dipersalahkan..
Bila Majlis Fatwa bermuzakarah dan mengeluarkan sesuatu hukum yang depa suka, maka Majlis Fatwa dipuji melangit. Tapi kalau Majlis Fatwa keluarkan hukum yang bertentangan dengan depa, maka depa kutuk Majlis Fatwa sampai lumat... adil ke macam tu? Macam tu ke Islam?
Wajar ke macam tu? Patut la orang kafir pandang rendah pada Islam... Mana depa belajar? Mat Sabu ke? Tak payah dengar la Mat Sabu tu... Ustaz-Ustaz PAS sendiri ngaku kata Mat Sabu ti Syiah... nak kata apa lagi?
"Bila balik bertugas, bertemu rakan sepasukan, mereka bertanya, berapa banyak telinga dapat hari ini?," ujar Hussain Abas, 71 tahun.
"Telinga?," soal saya.
"Sebelum menjadi komando berpangkat trooper (prebet) bermula pada tahun 1965, saya bertugas di Regimen Askar Melayu Diraja. Saya mengerat telinga musuh sebagai bukti mereka ditewaskan sewaktu kejadian 13 Mei 1969. Kalau masih hidup mereka mesti menjerit," balasnya selamba. Di kalangan rakan seperjuangan, beliau dikenali sebagai 'Hussain Telinga'.
Hussin, kini peniaga asam pedas, saya ditemui digerai miliknya, 'Commando Kiosk' di Medan Selera, Taman Dagang Avenue, Ampang, Kuala Lumpur.
Anak kelahiran Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang itu bersusuk kecil tetapi memiliki semangat kental. Beliau mula menyertai Angkatan Tentera Darat pada tahun 1962. Tiga tahun kemudian Hussain nekad menyertai pasukan komando.
"Saya mengikuti latihan komando di Kem Majidi, Johor Bahru, Johor, ketika berusia dalam lingkungan 22 tahun. Biar saya kongsikan sedikit maklumat. Saiz tubuh bak pembina badan, mampu mengangkat meja dengan menggunakan satu jari sekalipun bukan fakta penentu kekentalan semangat," jelas ayah kepada lima anak itu.
"Apakah antara kejadian sukar dilupakan sewaktu melaksanakan tugas sebagai komando?," soal saya.
"Tahun 1967, saya bertugas di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan saya diarahkan ke Betong, Perak. Sepasukan Polis Hutan menaiki 3 trak diserang hendap oleh komunis diketuai komander wanita. Enam belas polis terkorban dalam kejadian hitam itu. Seorang daripada pemandu trak terpaksa berpura-pura mati, kalau tidak, dia menjadi mangsa ke tujuh belas. Kami memburu komunis terbabit sehingga ke sempadan Thailand tetapi tentera tidak dibenarkan masuk ke negara itu," ujarnya bersemangat.
Tambahnya, gaji sewaktu mula menyertai pasukan komando, RM120 sebulan manakala gaji pegawai, RM360.
"Ceritakan sedikit fasal 13 Mei," pinta saya.
"Petang 13 Mei, penyanyi tersohor, S.M Salim, kita Datuk S.M Salim, membuat pengumuman di Pesta Mandi Safar di Teluk Kemang, Melaka. Beliau berkata, Kuala Lumpur kecoh sebelum saya datang tadi. Kira-kira jam 9 malam, beliau sendiri memaklumkan, semua anggota pasukan komando, sila laporkan diri di kem, sekarang. Saya masa itu menunggang motosikal Norton, BH 9466, balik. Dalam tempoh 2 jam, bergerak bersama pasukan dan tiba di Kuala Lumpur, pada jam 2.30 pagi, 14 Mei. Ketua Turus ketika itu, Jenaral Hamid Bidin menunggu kami di MINDEF," jelasnya.
"Kemudian?"
"Di antara 14 dan 15 Mei, saya pergi ke empat tempat sewaktu misi itu. Panggung Majestic, Petaling Jaya, Selangor. Kami menemui longgokan senjata di bahagian bawah layar putih panggung wayang itu termasuk M-16, pistol dan pedang. Pasukan saya kemudian menggeledah sebuah bangunan di Chow Kit serta di banglo terletak di lokasi Time Square (sekarang ini) serta sebuah banglo di Sentul. Pelbagai jenis senjata kami rampas. Pada waktu itu, hanya pasukan komando sahaja menggunakan senjata M-16, hairan, komunis pun ada juga," terang Hussain.
"Potong telinga musuh juga?," tanya saya.
"Masa itu, apabila kita mendesak musuh keluar dari rumah, mereka tampil dengan parang dan menyerang pasukan saya. Kami mempertahankan diri, melepaskan tembakan, sebilangan mereka tersungkur. Dalam sehari, saya boleh mengumpul di antara dua dan enam telinga musuh. Pisau komando setiap hari diasah, itulah waktu berpeluang digunakan. Perbuatan musuh lebih zalim, ramai Melayu lelaki dan wanita maut akibat dirodok menggunakan senjata tajam, mayat mereka bergelimpangan di luar dan dalam rumah, tepi jalan. Saya melihat jenazah mereka dengan mata kepala sendiri. Keadaan huru-hara, banyak bangunan terbakar, macam pesta api ," katanya.
Hussain bertugas di Lembah Klang selama sembilan hari.
"Untuk memastikan kejadian seperti 13 Mei tidak berulang kembali, masyarakat Malaysia pelbilang kaum harus bertindak menggunakan pemikiran waras. Elakkan ketegangan kaum daripada tercetus. Jangan bertindak didorong oleh emosi secara semberono. Usah sesekali menjadi musuh dalam selimut. Saya telah menyaksikan banyak kematian, cukuplah. Sekali berlaku kejadian seperti 13 Mei Izinkan anak cucu kita hidup dalam suasana aman di negara berdaulat dan merdeka ini.
Isterinya, Halimah Abdul Wahab berada di gerai, melayan pelanggan ketika saya makan tengahari.
"Hari ini, harijadi dia (isteri), boleh tolong ucapkan selamat harijadi?," pinta Hussain.
Pantas saya bergerak ke arah wanita itu.
"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 68 puan. Semoga terus sihat dan diberikan rezeki berganda," ujar saya.
Halimah berasal dari Bukit Baru, Melaka itu, mengukirkan senyuman dan mengucapkan terima kasih. -Mazidulakmal.com
Gara-gara memuatnaik gambar yang boleh menimbulkan salah faham, seorang gadis bernama Maznira Jalubi menjadi mangsa fitnah yang berat.
Segalanya bermula apabila seseorang mengirim surat dinamakan 'Surat Khas Kepada Allah' di laman blog ipeliks.blogspot.com lalu meminta ia disiarkan.
Surat tersebut berbunyi:
Salam perkenalan kepada semua pembaca. Nama saya Maznirah Jalubi. Inilah luahan hatiku.Kepada siapa lagi aku nak meluah? Kepada siapa lagi aku nak ceritakan segala bebananku? Kepada siapa lagi memandangkan Allah yang diagungkan oleh manusia sebenarnya tidak wujud.
(Nota: isi kandungan selebihnya tidak disiarkan kerana ia cukup menghina agama Islam)
Admin ipeliks.blogspot.com turut menyertakan salinan print screen bagi membuktikan emel berkenaan diterima daripada seseorang yang mengaku dirinya Maznira Jalubi.
Pos ini mendatangkan kemarahan penganut Islam di laman siber dan turut disebarkan ke blog lain.
Bagaimanapun berdasarkan pos terkini di ipeliks.blogspot.com, pemilik nama Maznira Jalubi mendakwa dirinya difitnah.
Berikut adalah petikan status Facebook Maznira yang menjadi mangsa pihak tidak bertanggung jawab.
Pada masa sama, dia menjelaskan gambar di hadapan tokong yang diambilnya itu tidak membawa maksud dia terpesong dari agama Islam dan mahu mengikut cara penganut agama lain beribadah.
Dipercayai, gambar Maznira ini dicuri oleh salah seorang rakan Facebooknya sendiri.
Memang melampau betul pengarang surat ini. Sudahlah terang-terangan mengaku murtad, difitnah pula orang lain bagi melindungi identiti diri.
Apa pun, semoga penulis surat ini dan kita semua sentiasa mendapat hidayah Allah SWT agar hidup dan mati kita cuma dalam agama Islam yang syumul
Kita dimaklumkan media semalam tentang pasangan Azizul - Shalwati yang dikenakan hukuman penjara terlebih dahulu sebelum dihalau keluar dari Sweden sekiranya didapati bersalah di mahkamah negara itu nanti...
Itu yang dijelaskan oleh peguambela pasangan tersebut, Kristofer Stahre. Kalau dilihat dari satu sudut, penjelasan itu menunjukkan peguambela pasangan tu macam tak confident nak menang dalam kes tu...
Pelik betul. Takde langsung diceritakan apa yang akan terjadi kalau kedua pasangan itu didapati tidak bersalah. Bersalah saja yang disebut, tapi tidak bersalah depa tak sentuh langsung... apahal?
Kalau Azizul - Shalwati menang, boleh tak kalau undang-undang negara tu dan Kerajaan Sweden tu mintak maaf kat Azizul - Shalwati, Kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia?
Macam tu la undang-undang dunia. Tak kira la kat Sweden ke.. kat Brazil ke.. kat Malaysia sekali pun, dah tentu ada kelemahan. Maklumlah.. ciptaan manusia. Nak harapkan PAS nak buat hudud? Depa buat draf pun "lobang sana, lobang sini"... bising je pandai.. nak buat tak reti!
Undang-undang kat Malaysia ni misalnya, dah sepakat dah sahkan fakta air mani jumpa dalam salur anus tu milik siapa.. tiba-tiba hanya disebabkan kononnya "tak ikut prosedur pakar Ostolia" (padahal prosedur biasa pun dah memadai!), tiba-tiba penjenayah boleh lepas??? Itu contoh saja... bukan betul pun... heh!
Berbalik pada pasangan Azizul - Shalwati, rasanya kita perlu bersedia dengan berita buruk. Expecting the worst, hoping for the best. Kita buat solat hajat ramai-ramai kalau boleh. Konsisten doakan saudara kita kat sana yang sedang diuji Allah demi memastikan anaknya sujud padaNya...
Selain tu, kita pun kena la rajin solat. Mana yang tak cukup tu, cukup-cukupkan la... Mana yang dah cukup tu, tambah la dengan yang sunat... mana yang dah ada extra bekalan tu, boleh la ajak kawan-kawan tambah bekalan sama-sama... innamal mukminuuna ikhwah..kan?
P/s: Kalau kita mintak pada Allah dan Allah kabulkan, mahkamah mana sekali pun tak boleh lawan punyaaa...
Pejabat Pendakwaraya Sweden telah mengemukakan permintaan agar kedua-dua pasangan dari Malaysia yang didakwa melanggar integriti anak-anak mereka supaya dihantar pulang.
Pendakwaraya, Anna Ardell telah meminta untuk dakwaan itu dikenakan kerana kedua-dua pasangan tersebut disyaki telah melakukan keganasan terhadap anak-anak mereka.
Kristofer Stahre, peguambela yang mewakili Shalwati Nor Shal berkata bahawa kedua-dua anak guamnya termasuk suami Shalwati, Azizul Raheem Awaluddin hanya akan dihantar pulang sekiranya mereka didapati bersalah dan telah menjalani hukuman di penjara.
Stahre menambah, jika anak guamnya itu didapati bersalah oleh mahkamah, maka ia akan tertakluk di luar bidang kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada mereka akan menjalani hukuman itu di Sweden atau Malaysia.
Kadangkala, perjanjian dua hala antara negara-negara menetapkan sama ada atau tidak seseorang warga negara asing itu boleh menjalani hukuman di negara dimana mereka didapati melakukan kesalahan itu.
Namun, itu adalah sesuatu perkara yang lazimnya diangkat di peringkat politik dan bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah.
Apabila ditanya pandangannya mengenai persoalan kemungkinan Shalwati dan Azizul dihantar pulang dari Sweden dengan kadar segera sebelum mereka dihadapkan untuk perbicaraan semula yang dijangka akan memakan banyak kos kewangan.
Stahre berkata kewangan tidak menjadi isu dan semua individu adalah sama disisi undang-undang Sweden.
Mahkamah Sweden dan pendakwa raya di Sweden tidak pernah mengambil kira kos kewangan demi untuk keadilan dimana ini membawa maksud bahawa setiap individu adalah sekata di sisi undang-undang.
Tidak kira sama ada, individu itu kaya atau miskin dan dari mana juga dia berasal, kesemuanya akan diberi layanan yang sama di Sweden.
Shalwati dan Azizul dijangka akan dihadapkan secara berasingan ke mahkamah untuk perbicaraan yang akan bermula pada 18 Februari 2013.
Shalwati, adalah seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin yang merupakan pengarah Tourism Malaysia telah didakwa di Mahkamah Stockholm pada Isnin atas tuduhan memukul anak mereka.
Pada 1979, Sweden menjadi negara yang pertama mengharamkan hukuman yang berbentuk fizikal terhadap kanak-kanak. - Mynewshub.my
Cuba tengok gambar di atas. Cerita tentang isu ni boleh dapatkan dari Dr. Novandri.. Tapi melihat seorang bangsa Melayu terpaksa merayu sampai melutut menyembah Guan Eng begini, sayu dan membara betul hati saya... mengetap bibir menahan geram!
Tak lama... baru 5 tahun lebih saja DAP dan Guan Eng perintah Penang, tapi dah ada bangsa Melayu yang terpaksa melutut dan menyembah dia macam "tokong"... Cuba bayangkan kalau DAP dan Guan Eng memerintah 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun... apa akan terjadi pada Melayu di Penang?
Sebenarnya kat atas tu kes rumah. Bila sebut rumah, maka ia menyentuh keperluan asas hidup bagi seseorang. Orang tu berbangsa Melayu dan diperintah oleh orang yang bersifat chauvinis ultra kiasu yang cuba menjadikan Penang macam Singapura...
Kita tahu apa yang berlaku di Singapura, kan? Kita tahu nasib bangsa Melayu di sana yang "hilang tanahair" dijajah oleh rejim PAP, kan? Saya tertanya-tanya, apakah bangsa Melayu di Penang dah kena strategi yang sama?
Sekarang Melayu di Penang memang terdesak sangat. Kalau tak terdesak, takkan la depa sanggup melutut merayu sampai macam tu sekali.. saya rasa, Mohd Fairul kat atas tu parah mengalir airmata mengenangkan nasibnya yang tidak terbela...
Setahu saya, sebelum ni pun Penang diperintah oleh Gerakan, pun Cina jugak. Koh Tsu Koon namanya. Tapi takde sorang pun la bangsa Melayu yang terdesak sampai sanggup melutut dan menyembah memohon belas ehsan dari Koh Tsu Koon....
Kenapa? Sebab Koh Tsu Koon dan UMNO Penang memang sepakat jaga rakyat. Time tu mana ada api perkauman kat Penang. Cina, Melayu, India, Anak Mami, dan banyak etnik di Pulau Pinang hidup aman dan boleh berkongsi cari makan tanpa prejudis antara satu sama lain..
Tapi kenapa Guan Eng tak boleh buat macam Tsu Koon? Sudah jelas lagi bersuluh.. sebab dia CHAUVINIS ULTRA KIASU laaa...kan? Tak tahu apa makna ungkapan tu? Sila cari dalam kamus Dewan... sia-sia la jadi warganegara kalau tak tahu bahasa Melayu.. kan?
Apa??? RM30,000..???!!! Tak abih-abih Kerajaan nak susahkan rakyat... Apa cerita ni sampai RM30,000 ni? Mana nak cari RM30,000 seketul..? Gaji pun dalam RM24,000 je setahun... nak kumpul RM30,000 macamana?
Ni yang saya pening dengan Najib ni... tengah orang marah dia pasal tarik subsidi, dia bagi pula RM30,000 kat rakyat berpendapatan rendah. Tak payah la bagi subsidi RM30,000 tu... kan orang dok tuduh BN ni zalim laa... firaun laa... jahat laaa... seleweng laaa... lagi mau tolong rakyat ke?
Cepat.. saya dengar bermula 1 April ni ramai yang dapat RM30,000. Tapi khas untuk golongan berpendapatan rendah la.. yang dah berpendapatan okay tu tak payah la ngada-ngada apply... bersyukur la dengan apa yang ada... bukan boleh bawak mati pun...kan?
Syabas kepada Pemuda UMNO Pmtg Pauh yang menganjurkan MINI JOB FAIR 2014 hari ini di MINI MAHA 2014 untuk anak muda yang masih lagi mencari kerja. Ini baru program yang membantu & mendekati sepenuhnya anak muda yang sedang mencari pekerjaan untuk mereka setelah tamat persekolahan mahupun lepasan siswazah .
Sekurang-kurangnya Pemuda UMNO telah menyediakan platform bagi membantu golongan muda mendapat pekerjaan sekaligus membantu mendapat pendapatan . Ia lebih manfaat daripada pembangkang yang setiap hari hanya sibuk bercakap siang malam menyalahkan kerajaan dalam isu kos sara hidup meningkat yang tiada langsung langkah penyelesaian membantu rakyat.
BUKIT MERTAJAM - Hari ini telah berlangsungnya MINI JOB FAIR sempena MINI MAHA 2014 anjuran Pemuda UMNO Permatang Pauh dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja P.Pinang di tapak parking AEON Bandar Perda. Ia bermula 10 pagi tadi menawarkan 195 jawatan untuk lepasan siswazah dan 400 lagi jawatan untuk bukan siswazah . Sambutan yang diterima amat menggalakan dan ia menarik ramai golongan muda , graduan yang masih lagi mencari pekerjaan yang mana bukan sahaja dar Seberang Perai tetapi juga dari Kulim & Sungai Petani .- mypenangonline -
Beginilah nasib orang MELAYU P.Pinang bila terpaksa menebal muka melutut SEMBAH Tokong DAP iaitu Guan Eng ketika demontrasi membantah kenaikan harga rumah kos sederhana Pangsapuri Centrio Avenue yang dibeli daripada pemaju .
Sebelum ini mereka telah bersuara termasuk di media cetak tetapi tidak diambil tindakan oleh kerajaan DAP . Ekoran daripada itu , kelmarin mereka telah nekad berkumpul bagi menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri campur tangan menyelesaikan masalah mereka dengan pemaju perumahan tersebut.
Mereka tidak berpuas hati kerana merasakan diri mereka telah ditipu. Ini kerana rumah mampu milik yang ditawarkan kepada mereka ialah RM72,500. Tetapi apabila surat tawaran yang diterima itu bukannya menawarkan rumah berharga RM72,500 tetapi RM165,500 !
Bila rakyat terpaksa berdemo dan meluahkan perasaan marah mereka , baru lah Exco Kerajaan DAP bertindak dan itu pun dengan jawapan RETORIK & tiada jaminan !!
Berapa kali agaknya penjelasan yang kerajaan DAP perlukan ?
Ini kerana Exco itu mengaku mereka telah berjumpa 2 kali pertemuan dengan pemaju . Jika sudah 2 kali pertemuan perbincangan dibuat , mengapa rakyat masih lagi dikehendaki membayar RM 165,500 ??
Adakah ini membuktikan kerajaan DAP sendiri gagal membantu rakyat yang ditipu pemaju dalam pembelian rumah ?? Polisi dibuat kerajaan negeri dan mengapa mereka takut nak menggunakan dan bertindak ke atas pemaju yang menganiayai pembeli rumah ??
Exco panggil pemaju beri tunjuk sebab
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri.
"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini.
"Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja.
"Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini," tegas Jagdeep yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang pada pagi tadi di sini.
Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut.
Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas..
Hey excellent website! Does running a blog similar to this require a lot of work? I've virtually no understanding of coding however I was hoping to start my own blog in the near future. Anyway, should you have any recommendations or tips for new blog owners please share. I understand this is off subject nevertheless I simply had to ask. Thanks a lot!