Semua orang sudah tahu, Khalid Ibrahim sudah umumkan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi N25, DUN Kajang dalam satu sidang akhbar pada jam 11.00 pagi, 28 Januari 2014 di Ibu Pejabat Keadilan. Mengikut syarat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar gantikan Khalid Ibrahim.
Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim? Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014. Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang?
Kenapa ADUN Kajang yang perlu meletak jawatan? Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor. Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.
Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadang untuk menjadi MB Selangor. Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor?
Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor.
Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei. Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jgn dengar titah Sultan & Agong.
Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? Siapa yg baling molokov cocktail di gereja? Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan war cry Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam.
Apakah sudah terpadam cita cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar? Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor
Bukan soal gaji, tetapi rizab tunai di Selangor ada RM2.7 billion tertinggi sejak 1998. Untuk tahun 2014 sahaja, Selangor akan belanjakan RM2.28 billion. Duit & kuasa!!!
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Masuk Umno kerana mahu jadi PM.Tubuh parti baru PKR untok jadi PM. Kenapa tidak masuk sahaja pas jika iklas mahu tolong melayu. Rela pula buat pakatan jahat dgn DAP kononnya mahu menuntut keadilan rakyat, kerajaan Umno zalim.
Setelah strategi dlm PRU13 gagal maka bertambah lagilah perancangan gila-gila yang diatur. Kerusi N25 Kajang dikosongkan dgn tiada alasan yang kukuh semata memberi laluan kpd Anwar bertanding untok membolehkannya memegang jawatan MB Selangor yang baru bagi mengganti Khalid Ibrahim jika menang sekaligus menghina Hj Hadi dan Pas yang melantik Khalid Ibrahim sebagai MB sebelum ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman
Razali telah menegaskan pas tdk akan memberi kerjasama kpd pengkianat parti dan orang yang menghina Haji Hadi.Bagi pas Khalid Ibrahim ditendang dari memegang jawatan adalah kerana tdk dapat memunafaatkan agenda pribadi Anwar.
N25 : BUAT DULU BARU PANGGIL BINCANG, ADAKAH MENEPATI SEMANGAT SETIAKAWAN DALAM PR?
Silakan kaji Sirah Nabawiyyah
Pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dengan "perancangan belakang tabir":
a) Peperangan bani Nadhir, berpunca apabila pihak Yahudi melakukan perancangan belakang tadbir untuk mengkhianati perjanjian atau persepakatan dengan Islam. Mereka juga turut merancang komplot untuk membunuh Rasulullah S.A.W
b) Peperangan Ahzab, sekali Yahudi Bani Nadhir melakukan perancangan belakang tadbir, apabila bersepakat dengan Musyrikin Mekah, sedangkan di dalam perjanjian dan persepakatan bersama Islam, meletakkan larangan bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah.
c) Perang Bani Quraizah juga menyaksikan komplot Yahudi dan Musyrikin Mekah enggan melalui perbincangan dan perancangan belakang tabir mereka bagi membalas dendam terhadap Rasulullah S.A.W lantas mereka mengkhianati persepakatan bersama Islam.
d) Perang Khaibar terjadi kerana ia merupakan markaz atau pusat "perancangan belakang tabir" bagi orang Yahudi. Hasil daripada keputusan markaz ini ialah pengkhianatan terhadap persepakatan mereka bersama Rasulullah S.A.W.
Kita semua sedia maklum tujuan kesepakatan atau pakatan dibuat ialah untuk menolak kezaliman. Ia dibuat bukan tanpa tujuan itu, jika selain tujuan itu maka tidak akan wujudlah kesepakatan atau pakatan (tahaluf) Dan antara syarat tahaluf siyasi ialah "TIDAK MENJADIKAN TAHALUF SIYASI ITU SEBAGAI MATLAMAT, SEBALIKNYA IA HANYA DIJADIKAN SEBAGAI WASILAH ATAU CARA SAHAJA". Iaitu persepakatan atau pakatan hanya dijadikan sebagai saluran untuk menolak kezaliman, bukan sebagai matlamat perjuangan atau matlamat untuk mendapat kuasa atau untuk kepentingan individu semata-mata.
Apa yang berlaku di Dun Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab keuzuran dan memberi laluan kepada DSAI atau pimpinan PKR yang teratas dengan membelakangi syarat persepakatan atau pakatan iaitu menolak kezaliman.
Perbuatan ini telah melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR. Apabila perletakan jawatan tersebut secara rasmi, PKR mengumumkan perancangan tersebut tanpa perbincangan dan kesepakatan dengan rakan pakatan lain. Dah buat baru maklum (apakah ada perancangan dibalik tabir?)
Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar bersependapat dengan pendirian Pengerusi Lajnah Politik DPPM Saudara Sany Hamzan dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Al-Fadhil Ustadz Syarhan Humaizi supaya YB Lee Chin Chee dan PKR sendiri mengemukakan sebab bertulis mengosongkan Dun Kajang.
Sepertimana yang sedia maklum, setiap kali berlakunya PRK khususnya, semua jentera dari Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahlinya masing-masing untuk memenangkan kawasan tersebut bagi mengalahkan Barisan Nasional. Sehingga kemenangan Adun Kajang YB Lee Chin Chee ini juga hasil kesepakatan bersama dan hasil tolong-menolong antara ahli-ahli PAS, DAP dan PKR.
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR mengingatkan sekiranya permohonan kami iaitu alasan secara bertulis tentang perletakan jawatan Adun Kajang N25 tidak dibuat dalam masa terdekat ini, kami tidak teragak-agak untuk tidak menghantar petugas pemuda, lebih lagi memberi apa-apa sumbangan PRK Dun N25 Kajang.
HORMATILAH PERSEPAKATAN YANG DIPERSETUJUI…
Teguran Rakan Pakatanmu,
MOHD RAZALI BIN SAARI ELBANJARI NO.AHLI 753971 KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR 2013-2015
"Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…
"Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan termasuk PKR dan DAP…
"Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala… Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…
Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!
Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!
Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!
"Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…
"Satu pertanyaan ikhlas..
"Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?"
"Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan! Hilang terus segala jasa Dewan… Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan? Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?
"Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku.. Bukan redha manusia yg kita cari… Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..
"Hanyalah redha Ilahi…
"Takbir!! – albaluni," luahnya dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dewan Ulama PAS Pahang.
Akhbar China Press semalam menyiarkan pendapat pembaca mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Artikel bertajuk 'Sikap PKR lupa diri' itu ditulis oleh Kang Yong Qian yang disiarkan dalam ruangan 'Kedai kopi Orang ramai' di halaman C23.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) belum genap setahun, tetapi negara ini sudah melalui tiga kali PRK. Sebelum ini, ada dua PRK berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi hari ini PRK di Kajang pula diadakan disebabkan atas tindakan pemimpin dalam parti itu sendiri.
Sebelum ini, selepas PRU Ke-12, berturutan wakil-wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti. Walaupun tiada sebarang PRK dilakukan, sebenarnya mereka telah menggadai hasrat dan kemahuan rakyat.
Jawapan dan alasan yang diberi oleh PKR apabila berlakunya perkara ini adalah kerana mereka terlalu singkat untuk mengenal pasti calon-calon.
Namun apabila PRK kali ini diadakan, mereka sebenarnya tidak ada alasan lagi. Yang jelasnya, mereka sekali lagi telah menggadaikan kemahuan dan membazirkan masa serta wang ringgit rakyat.
Motif untuk mengadakan PRK dikatakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, supaya beliau dapat memegang jawatan Menteri Besar Selangor, bagi meredakan perbalahan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.
Sebelum Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang, Abdul Khalid masih lagi yakin jawatan menteri besar itu masih berpihak kepadanya. Anwar juga tidak mengaku yang dia akan bertanding dalam PRK untuk memegang jawatan berkenaan.
Tetapi hari ini perkara ini telah tersebar, Anwar sendiri menunjukkan reaksi beliau akan bertanding, ini bermakna khabar angin Abdul Khalid akan melepaskan jawatan digantikan dengan Anwar adalah benar.
Jika Anwar tidak mahu jadi menteri besar, dengan kedudukan beliau dalam politik kenapa dia turun padang untuk bertanding jawatan ADUN?
Ini kali kedua alasan Anwar untuk turun bertanding yang mengorbankan orang lain. Yang pertama dia telah menolak isterinya sendiri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepadanya.
Walaupun PRK di Permatang Pauh dikatakan telah membazirkan duit rakyat, pastinya tindakan beliau itu adalah jalan yang dibenarkan penyokongnya untuk mengembalikan Anwar ke Dewan Rakyat yang membolehkan dia memimpin pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).
Tetapi PRK di Kajang ini hanya untuk kepentingan peribadi Anwar bukan satu tindakan yang berada di landasan yang betul. Sedangkan Abdul Khalid dan Azmin sebenarnya ialah calon pilihan terbaik untuk menjadi menteri besar. Hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman parti, Anwar pula jadi payung terjunnya.
Ini jelas, Anwar tidak menghiraukan pilihan dan keputusan rakyat pada PRU 5 Mei tahun lalu, dan dengan tidak bertanggungjawab dia melakukan pembaziran masa dan wang ringgit rakyat.
Anwar sebagai pemimpin yang pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika beliau memegang jawatan menteri besar, bukankah ia hanya merendah-rendahkan martabat beliau?
Cuba kita tinjau di luar negara seperti Jepun dan Australia, perdana menteri mereka boleh bertukar posisi menjadi menteri dan bekas perdana menteri boleh bertanding jawatan Datuk Bandar. Di negara mereka tindakan seperti ini tidak dirasai pelik.
Tetapi di negara ini, pemimpin seperti Anwar yang begitu berkobar-kobar mahu menjadi perdana menteri tiba-tiba pada hari ini pula berubah fikiran mahu menjadi menteri besar.
Tiba-tiba pula dia mahu turun pangkat. Bukankah tindakan ini sangat tidak wajar. Orang akan beranggapan bahawa dia memang tamak kuasa.
Anwar juga perlu memberi penjelasan selepas dia menjadi menteri besar kelak, adakah dia masih berhasrat mahu jadi perdana menteri ataupun pada masa akan datang calon Pas yang akan bakal menjadi perdana menteri?
PKR mahukan PRK, seperti telah melupakan kemahuan dan hasrat rakyat. Adakah perkembangan ini akan menyebabkan pengundi akan merasa tidak puas hati, ataupun akan jadi satu pengajaran bagi Anwar?
Anwar boleh mempunyai semangat berkobar-kobar, tetapi jangan pandang rendah terhadap kebijaksanaan pengundi yang menilai. PRK hanya setapak langkah dalam permainan catur, umpama pepatah Cina mahu menghilangkan dahaga sanggup menyembelih angsa untuk minum seteguk darahnya yang membawa maksud mahu rasa sedap sekejap tetapi tidak fikir akibatnya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Yang sebenarnya Najib yang harus tampil menjawab sebagai respon kepada posting ini.
Jika posting ini benar (Apa kata Bloomberg.com) dan berasas ini bermakna rakyat ada asas menolak Najib sebagai Menteri Kewangan. Najib harus menumpukan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri sahaja.
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menangis betul betul atau hanya satu lagi lakonan untuk tarik simpati?. Dah jadi putera air mata pula Ahli Parlimen Pandan ini nampaknya. Macam macam lakonan yang sedang dibuat oleh pemimpin pembangkang hari ini.
Padahal tanggungjawab sebenar mereka setelah dipilih oleh rakyat pada Mei 2013 lepas adalah untuk berkhidmat di kawasan mereka. Sejauh mana mereka melaksanakan tanggungjawab itu di kawasan mereka sendiri?
Sejauh mana mereka turun dan benar benar mendengar masalah rakyat untuk di bawa dalam perbahasan parlimen? Ini antara jawapan yang rakyat wajib tanya kembali kepada semua pemimpin pemimpin PAS, PKR dan DAP.
RASANYA kalau ada anugerah untuk 'Artis Bertudung Kontroversi', mungkin ia sesuai diberikan kepada Shila Amzah.
Apa tidaknya, selepas satu, satu lagi cerita panas yang timbul.
Jika disenaraikan, ia termasuklah kisah 'Ombak Rindu'nya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, status Twitternya berkenaan filem 'Bencinta', 'teman tapi mesra' bersama Johan As'ari, dan kemudiannya gosip kononnya dia sudah berkahwin.
Terbaru, sekali lagi dia menjadi buah mulut orang ramai apabila memuatkan gambarnya sedang melakukan senaman atau 'yoga' yang kurang enak dipandang untuk seorang wanita bertudung.
Aksinya yang seolah-olah terkangkang membuatkan ramai peminat menegur perlakuannya itu.
Kami yakin Shila tidak berniat yang bukan-bukan, namun sebagai seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah sedia maklum bahawa setiap inci perbuatannya akan diperhatikan dan 'dihakimi' oleh orang luar.
Kalau ikutkan, ramai juga artis bertudung lain yang memuatnaik gambar di Instagram, tapi tidaklah sampai mencetuskan kontroversi sebegini.
Senang cerita, lihat sahaja Diana Amir dan Irma Hasmie. Tak ada pula yang mengata kan?
Sebabnya, mereka cukup menjaga setiap perlakuan mereka dan tidak sewenang-wenangnya memuatnaik gambar-gambar pelik di akaun sosial.
BESUT - Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa rogol kekasihnya sendiri ketika dia bersendirian di rumahnya dekat Jertih pada Oktober dan Disember tahun lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam kejadian pertama berlaku semasa mangsa yang berusia 21 tahun berada di rumah keluarganya dekat Jertih dan mendakwa dirogol sebanyak dua kali oleh lelaki yang dikenalinya pada Oktober tahun lalu.
Menurutnya, semasa kejadian mangsa berseorangan di rumah tersebut apabila didatangi suspek dan perbuatan sama berulang di tempat sama pada Disember tahun lalu.
"Kejadian ini terbongkar selepas kakak mangsa menyedari perubahan diri mangsa dan dikatakan perbincangan telah dibuat antara kedua-dua keluarga untuk menyelesaikan kes ini," katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa memberitahu walaupun dua kali perbincangan dilakukan, suspek enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya.
Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham mencetuskan kemarahan peminat filem tempatan di Twitter apabila membuat satu kenyataan yang dilihat menyinggung dan memperkecilkan peminat filem keseluruhannya.
Ahmad Idham antara lain membuat komen yang membawa maksud "kalau belum buat filem sendiri, jangan kritik filem orang lain."
Kenyataan Ahmad Idham itu bermula sebagai pergeseran pendapat antara beliau dengan kurator akaun Twitter @twt_filem Ashraff Mokhtar, seorang pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara Cawangan Lendu, Melaka.
Pergeseran pendapat mereka bermula apabila Ashraff menulis mengenai satu forum yang dihadiri oleh Ahmad Idham di UiTM itu yang segera mendapat reaksi daripada Ahmad Idham.
Ahmad idham masa dtg uitm lendu haritu, dia cakap dia nak ajar filem untuk pasaran malaysia. bukan untuk menang award. lol — twt_filem / Ashraff (@twt_filem) January 30, 2014
Tulisan Ashraff tu mendapat reaksi segera daripada Ahmad Idham.
"@Ahmad_Idham: @twt_filem ada masalah ke dgn isu itu?" tak ada, cuma tak rasa ke kita perlu tingkatkan kutipan sejajar dengan kualiti? — twt_filem / Ashraff (@twt_filem) January 30, 2014
Pertanyaan Ashraf itu kemudiannya mengundang respons daripada Ahmad Idham sehingga membawa kepada satu kenyataan yang disifatkan keterlaluan.
@twt_filem awk ni tak faham industri sebenarnya.Sila dtg bengkel sy utk faham. Jgn sedap tweet kalu diri sendiri belum penuh ilmu industry — Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 30, 2014
@twt_filem selagi awk tak pernah keluar duit sendiri utk terbit filem. Jgn nak kata diri dah boleh berbicara pasal industri. — Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 30, 2014
Kenyataan Ahmad Idham itu mendapat reaksi daripada peminat filem tempatan yang rata-ratanya merasakannya sebagai tidak wajar kerana sebagai penonton yang mengeluarkan wang untuk tiket di pawagam, mereka berhak untuk berkata sesuatu tentang filem yang mereka tonton.
Beberapa tweet lain anda boleh bacanya di Astro Awani
Tidak lama kemudian, seorang pengguna Twitter yang tentunya mengikuti perbalahan itu sejak awal kemudiannya pulang paku buah keras kepada Ahmad Idham selepas pengarah filem itu merungut mengenai mutu perkhidmatan sebuah restoran makanan segera.
@Ahmad_Idham jadi pekerja Kenny Rogers dulu baru ckp org tk reti kerja — ulfaghazali (@ulfaghazali) January 31, 2014
PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.
"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.
"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.
"Ia demokratik dan ia juga sadistik.
"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.
"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.
"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.
Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.
"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.
"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.
Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.
Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.
"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya).
"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.
"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.
Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.
"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya.
Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.
Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.
Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.
"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya.
Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.
Seorang perancang kewangan yang didapati bersalah memuatnaik dua petikan babak seks bekas teman wanitanya selepas mereka memutuskan hubungan dihukum penjara 10 minggu semalam.
Tertuduh yang berusia 25 tahun mengaku bersalah menggunakan menggunakan aplikasi elektronik memuatnaik babak dia dan bekas teman wanitanya yang berusia 24 tahun sedang melakukan seks oral, menurut laporan Straits Times Singapura.
Babak itu dimuatnaik ke laman web porno antarabangsa Xhamster pada Ogos lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu ketika kejadian sedang menikmati percutian di Batam, Indonesia pada bulan Jun tahun 2012 apabila wanita itu memberi izin merekod dua babak itu menggunakan telefon pintarnya.
Setahun kemudian, wanita itu bertindak memutuskan hubunagn cinta mereka dan akibat marah tertuduh memuatnaik rakaman video berkenaan ke internet.
Pada 11 Oktober tahun lepas, rakan mangsa memaklumkan kepadanya berkenaan video itu di laman porno berkenaan.
Mangsa mengenalpasti nama samaran yang digunakan individu yang memuatnaik rakaman itu yang merupakan bekas teman lelakinya.
Setiap rakaman itu berlangsung selama tiga hingga empat minit dan telah berada di internet lebih daripada dua bulan, menurut Chee.
Mangsa meminta tertuduh membuang semua rakaman video tetapi ia hanya dilakukan selepas tiga hari.
Chee meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sekurang-kurangnya tiga minggu penjara kerana dalam video berkenaan wajah mangsa jelas kelihatan dan ini menyebabkan mangsa berasa malu dan reputasinya musnah disebabkan rakaman itu.
Tertuduh dalam rayuannya berkata kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukannya dan dia berasa bersalah ke atas apa yang telah dilakukan.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksium tiga bulan dan boleh didenda.
Kota Bharu: Seorang guru wanita dan pekerja penyembur cat kereta didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, terhadap tuduhan melakukan mukadimah zina dalam kereta di tepi padang bola, November tahun lalu.
Hakim Syarie Nik Najib Nik Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Faridah Hanun Mohd Ariffin, 35, yang bertugas di sekolah rendah di Pengkalan Chepa dan Muhammad Zulaizal Azrul Roshdi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Nik Najib menasihatkan kedua-dua tertuduh supaya insaf dan bertaubat.
"Kamu sebagai guru di sekolah rendah sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kerana segala perbuatan kamu diikuti murid sekolah," katanya.
Mengikut pertuduhan, mereka melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berdua-duan dalam sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan lelaki berbogel duduk di bahagian pemandu manakala perempuan berada di kerusi sebelah dengan hanya berbaju-T tanpa seluar.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kereta di tepi padang bola Jalan Pantai Mek Mas, Kuala Besar, di sini pada jam 10 malam, 1 November 2013.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 12 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 Negeri Kelantan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau tiga sebatan jika disabitkan kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, pengadu yang juga pembantu penguat kuasa agama dan saksi melihat sebuah kereta di etakkan di tepi padang bola.
Apabila pemeriksaan dijalankan, pengadu melihat tertuduh lelaki berbogel manakala tertuduh perempuan yang berada di sebelahnya hanya memakai baju-T tanpa seluar.
Ketika soal siasat dijalankan, kedua-dua tertuduh mengaku bukan suami isteri.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana insaf dengan kesalahan selain sudah berkahwin pada 4 Januari lalu.
Bagaimanapun, Pendakwa Syarie Norhasney Ridhwan memohon hukuman setimpal.
Kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan semalam.
SHAH ALAM - Seorang doktor perubatan diperintahkan berkelakuan baik selama tiga tahun dan wang cagaran RM2,500 dengan dua penjamin selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang mahasiswi, empat tahun lalu.
Majistret, Nor Kamilah Aziz dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
"Mahkamah juga mengambil kira faktor usia dan masalah kesihatan yang dialami tertuduh iaitu diabetis kronik serta gangguan mental,"katanya.
Dr Wan Azman Wan Adnan, 56, didakwa menyentuh kemaluan dan memasukkan jari ke dalam dubur mangsa yang ketika itu berumur 21 tahun di sebuah klinik, Seksyen 7, dekat sini jam 1.30 petang pada 17 Julai 2010.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Husnita Mohd Radzi mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun atau sebatan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dir Kheizwan Kamaruddin bertindak sebagai peguam bela mewakili tertuduh.
Sepanjang prosiding, tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.
Noor Husnita yang ditemui wartawan, memberitahu pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Ada penduduk tempatan yang kurang menyenangi tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di situ.
Beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini masih kurang jelas akan manfaat pilihan raya kecil itu buat mereka.
Samuri Dahlan, 57, (kiri) tidak faham sebab pilihan raya kecil itu perlu diadakan kerana bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh masih hidup dan sihat.
Pemilik kedai makan itu berkata kerajaan negeri sepatutnya fokus kepada membangunkan bandar Kajang, dan bukan mencetuskan satu lagi pilihan raya kecil.
"Kenapa dalam masa terdekat kena ada pilihan raya? Sepatutnya (pilihan raya) ada bila wakil rakyat meninggal dunia.
"Jika penuhi kemahuan peribadi, tak perlulah menerusi pilihan raya.
"Tidak tahu kenapa ADUN itu letak jawatan, sudah pasti adanya pembaziran jika hanya suka-suka, buang masa dan duit," katanya yang memiliki nama sama dengan pengasas sate Kajang, Datuk Samuri Juraimi.
Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Lilyzurey, 35, dari Taman Sungai Kantan, merasakan tindakan tersebut mempermainkan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas.
"Bekas ADUN ini dia macam mempermainkan mandat rakyat kepada dia. Sesuka hati hendak bagi peluang kepada orang lain (Anwar).
"Sultan sudah perkenan dia sebagai ADUN. Sepatutnya kalau kes macam ini bekas ADUN perlu didenda. Dia tak boleh sewenang-wenang buat macam ini," katanya.
Rus Azlan Othman, 29, (kiri) dari Saujana Impian pula mahu kekosongan kerusi itu diisi segera demi manfaat penduduk Kajang.
"Tak tahu apa sebab dia (Lee) letak jawatan tapi tempat yang kosong tu perlu diisi dalam masa sebulan.
"Perkara ini ada pro dan kontra, buat dalam masa terdekat, PRK tak membazir sangat.
"Kalau buat lewat, kita rakyat tiada tempat mengadu, memang pembaziran masa, memang membazirlah PRK tu, tapi kalau tak buat PRK pun masalah juga," katanya.
Sementara itu, Chen Chooi Har, 36, berpendapat Anwar tidak diperlukan di Kajang dan berasa 'ditipu" dengan percaturan politik demikian.
"Saya rasa tertipu dengan PKR, Lee Chin Cheh menang dan saya tak nampak dia di sini, pengundi yang mengundi Lee pada 5 Mei buta sehingga menolak BN.
"Apa PKR buat sehingga ini belum jelas dan saya berasa ditipu," katanya.
Seorang suri rumah, Agnes Lee, 42, (kiri) kecewa kerana tahun lalu adalah kali pertama beliau mengundi di Kajang dan kini terpaksa keluar mengundi sekali lagi.
"Pilihan raya patut berlaku pada waktu khas, tetapi apabila anda (PKR) mengadakan pilihan raya itu sekarang, saya tidak bersetuju.
Beliau bagaimana pun masih belum membuat sebarang keputusan siapa yang mahu diundi pada pilihan raya kecil nanti.
PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Malaysia All Star, Soo Wincci memberitahu akan menyambut sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan pelakon Iqram Dinzly.
Wincci, 29, berkata, dia akan menghabiskan masa bersama Iqram pada hari kedua perayaan itu dan akan memasak untuk lelaki berkenaan.
"Seperti biasa pada hari pertama saya akan menghabiskan masa bersama keluarga manakala hari kedua saya akan memasak hidangan istimewa untuk Iqram di rumahnya.
"Tetapi jangan salah faham kerana saya memasak bukan hanya untuk dia tetapi rakan-rakan lain yang terlibat dalam projek sebuah drama lakonan kami," katanya kepada mStar Online. Telefilem Bini-Biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari ini menerusi slot Cerekarama.
Drama lakonan mereka berjudul Bini-biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari 2014 (Sabtu) pada 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.
Dalam pada itu, bercakap mengenai sambutan Tahun Baru Cina, Wincci berkata, dia hanya melakukan persiapan sederhana untuk keluarga dan dirinya sendiri.
Kata Wincci, bersempena dengan perayaan itu, dia berharap ia akan memberi lebih tuah kepadanya untuk terus melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon.
"Syukur tawaran berlakon dan nyanyian sama ada di Malaysia atau pun Taiwan cukup memberangsangkan dan berharap ia akan berterusan pada tahun ini," katanya.
Sementara itu, Wincci berkata, sebagai menghargai peminatnya, dia bakal muncul dengan sebuah buku masakan yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Kuala Lumpur: "Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah," kata Felixia Yeap.
Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.
"Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah," katanya.
Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang. Foto
FELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.
Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.
Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.
"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.
Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.
"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.
Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.
Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar) berkata, Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, tafsiran keseluruhan Perlembagaan Negeri Selangor pada pandangannya adalah baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan iaitu apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan.
Kedua, kata beliau, ialah dalam keadaan lain apabila Menteri Besar telah hilang keyakinan daripada majoriti Ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN.
"Satu lagi keadaan apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baharu bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.
"Pada pandangan saya kalau Menteri Besar Selangor sekarang meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN.
"Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Exco yang dilantik oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar seharusnya turut meletakkan jawatan.
Katanya, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan negeri bahawa Exco 'collectively responsible' terhadap DUN.
"Oleh itu, jika Menteri Besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan Exco juga harus meletakkan jawatan.
"Perlu diingat bahawa Sultan boleh memecat Exco pada bila-bila masa seperti dalam Perlembagaan negeri," katanya.
Kajang: PKR Selangor akan bertemu dengan pemimpin PAS dan DAP negeri bagi menjelaskan tindakan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selain menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan terbabit.
Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali, berkata beliau sudah menghubungi rakan sejawat kedua-dua parti itu semalam bagi menjelaskan perkara berkenaan dan mendakwa menerima reaksi positif. Katanya, perbincangan bersama kepemimpinan PAS dan DAP pada peringkat negeri akan diteruskan lagi masing-masing hari ini dan Isnin depan.
Azmin berkata, beliau memberi jaminan perbincangan hari ini tidak akan menyentuh isu pelantikan atau penggantian Menteri Besar, sebaliknya hanya memberi tumpuan terhadap gerak kerja memenangkan Anwar.
"Saya menghormati sentimen rakan dalam PAS yang dikemukakan melalui kenyataan semalam, saya sudah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berbincang panjang dengan beliau dan kita akan teruskan perbincangan pagi esok (hari ini).
"Saya juga mengadakan perbincangan dengan Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor) menerusi telefon atas semangat dan prinsip yang sama, sebelum ini saya sendiri adakan perbincangan secara empat mata dengan Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan malam semalam saya mengadakan perbincangan dengan Lim Guan Eng atas semangat dan prinsip yang sama," kata pada sidang media di majlis taklimat jentera PKR di sini, semalam.
Secara konsensus
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, kepemimpinan pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan kedudukan Menteri Besar dan keputusan menamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dicapai secara konsensus pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Katanya, wakil parti yang hadir bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai calon di kerusi DUN Kajang.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu, berkata Anwar tidak kemaruk menjadi ADUN kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding selepas perbincangan diadakan.
Katanya, keputusan menamakan Anwar sebagai calon diputuskan secara bersama selain menjadi strategi parti.
Azmin berkata, beliau dan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pernah menawarkan kerusi DUN masing-masing tetapi Anwar memilih DUN Kajang kerana kerusi itu mewakili sentimen rakyat negara ini.
"Kajang memiliki komposisi kaum 50 peratus Melayu, 40 peratus Cina dan bakinya India, sudah tentulah sesuai untuk beliau mewakili rakyat Kajang sebagai gambaran sebenar inilah sentimen rakyat Malaysia dalam usaha menawan Putrajaya," katanya.
SHAH ALAM: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Khamis mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.
"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.
Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
"Usaha untuk membawa masuk Anwar ke dalam pentadbiran Selangor juga dibuat kerana PKR percaya hanya Ketua Umum parti itu yang mampu meredakan keadaan tegang berikutan isu dalaman parti," katanya.
Mengulas dakwaan bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, bakal dipilih sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu, Khalid berkata, isu itu tidak timbul kerana pemilihan jawatan perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.
Sekiranya ada pertukaran jawatan Menteri Besar, katanya PAS juga akan menyerahkan nama calon bagi mengisi jawatan itu.
"Soal jawatan MB (Menteri Besar) tidak timbul kerana jawatan itu tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti sama ada PAS, PKR dan DAP di negeri ini. PAS secara sendirian pun tidak boleh tentukan jawatan MB kerana ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat) tidak mempunyai kerusi majoriti.
"Jika ada perubahan jawatan MB, ia perlu persetujuan daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kalau ada yang nak tukarkan MB (Menteri Besar), PAS juga akan serahkan nama calon...tapi kalau tidak ada, tidak ada la (serahkan nama)," katanya.
Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan rayakecil DUN Kajang.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - BERNAMA
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat setiap parti politik perlu meraikan demokrasi walaupun pelbagai spekulasi timbul dalam menghadapi pilihan raya.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, peletakan calon mewakili parti politik di PRK Dun Kajang khususnya perlu diteruskan walaupun ada pihak mendakwa ia sebagai pembaziran.
Menurutnya, BN dan PR perlu meletakkan calon untuk memberi pilihan kepada rakyat walaupun tidak menerima sokongan yang diingini.
"Seharusnya BN perlu meletakkan calon dalam semangat demokrasi.
"Tidak wajar untuk BN tidak meletakkan calon, sebab ia penting untuk bagi pilihan kepada rakyat walaupun penyokongnya tidak ramai," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Terbaru, mengikut laporan media, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan akan memutuskan sama ada untuk meletakkan calon atau tidak pada mesyuarat yang akan diadakan selepas perayaaan Tahun Baru Cina.
Pada Isnin lepas, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh mengesahkan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
Susulan itu, sebagai pengganti bekas Adun tersebut, PR sebulat suara telah memilih Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pada PRK Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Azizuddin berkata, dari segi kos untuk pilihan raya yang dikaitkan dengan pembaziran, pemimpin parti politik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersama mengawalnya.
"Kalau kos itu tinggi dan membazir, perkara ini sebenarnya SPR boleh kawal, mereka yang perlu mainkan peranan.
"Tak payah adakan tempoh kempen lama-lama, pemimpin BN dan PR juga perlu kawal perbelanjaan, tak perlu adakan perang poster dan sebagainya.
"Jadi kalau mahu jadikan sebab kos atau pembaziran sebagai untuk tidak meletakkan calon, ia sangat tidak wajar," katanya.
SHAH ALAM – PKR mendakwa kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang menyifatkan Kajang sebagai pekan sate dalam satu laporan media sebagai satu penghinaan.
Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, Kajang memang terkenal dengan satenya namun ia bukan pekan sate.
"Sebagai seorang pemimpin, Wee Ka Siong sepatutnya sedar bahawa memanggil Kajang sebagai pekan sate adalah sangat menghina dan merendahkan maruah penduduk Kajang.
"Kajang mungkin popular dengan sate, tapi pastinya ia bukan pekan sate atau penduduknya orang-orang sate," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, penduduk Kajang sudah menolak BN dan MCA dalam pilihan raya umum yang lalu, jadi, tiada keperluan untuk MCA untuk terus menghina penduduk Kajang.
"PKR adalah parti berbilang kaum, tidak timbul soal etnik calon. Pandangan mengenai Melayu atau Cina patut mewakili pengundi adalah ketinggalan zaman.
"Jika Malaysia mahu menuju ke arah negara berbilang kaum yang inklusif, langkah pertama adalah melangkaui tanggapan bersifat perkauman," katanya.
Di Kajang, 48.89 peratus penduduknya adalah kaum Melayu, 40.8 peratus kaum Cina dan 10 peratus adalah kaum India.
Tambahnya, Wanita PKR percaya bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dan MCA tidak lagi relevan untuk bercakap bagi pihak komuniti Cina.
Wakil penduduk Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Delima Kajang, Syed Mohd Noor Syed Abu Bakar (hadapan, kanan) bersama wakil penduduk (PDM) Sungai Kantan, Ezma Redza Rahim (hadapan, dua, kanan) bersama sebahagian ahli pertubuhan badan bukan kerajaaan (NGO) membuat laporan polis mengenai bantahan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan hari ini bagi membantah peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.
Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (Chai) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.
Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang tadi, mendakwa peletakan jawatan Chin Cheh mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Dun Kajang itu.
Kira-kira 50 wakil NGO dan penduduk tempatan berkumpul di hadapan IPD Kajang sambil memegang kain rentang dan sepanduk yang menolak Anwar untuk menjadi calon PKR bagi pilihan raya kecil kawasan itu.
Wakil NGO, Zakaria Mohd Ali berkata, laporan itu dibuat kerana Batas dan NGO lain tidak mahu Adun PKR sewenang-wenangnya meletakkan jawatan kerana ia merugikan rakyat.
Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama
SHAH ALAM – Penganalisis tidak menolak dakwaan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang sebagai tangga Ketua Umum PKR itu menjadi Perdana Menteri.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan meletakan Anwar sebagai calon, adalah untuk merealisasikan agenda lebih besar.
"Kemasukan Anwar sebagai Adun Kajang adalah tangga mencapai cita-citanya jadi perdana menteri.
"Jika cita-cita Anwar mahu menjadi perdana menteri tercapai maka Azmin akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rasional Dun Kajang dipilih sebagai jalan untuk Anwar dan PR ke Putrajaya.
Menurutnya, kemasukan Anwar dalam Selangor adalah strategi bagi memudahkan PR memenangi PRU14.
"Selangor merupakan negeri paling strategik dan mendapat perhatian masyarakat. Jadi sebarang usaha Anwar memajukan Selangor seandainya beliau menang di Dun Kajang akan membuka mata masyarakat.
"Ini seterusnya membuka peluang besar kepada PR menguasai PRU14," katanya.
Sebelum ini, PKR menjelaskan tindakan meletakkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang sebagai satu strategi radikal menawan Putrajaya.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun langkah ini tidak popular tetapi ia sesuatu diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuat dan dalam masa sama menjadi wadah PR menawan Putrajaya.
Samsul berkata, sokongan kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terhadap pencalonan Anwar dilihat mempunyai agenda tersembunyi.
Katanya, sokongan kuat Azmin terhadap Anwar berkemungkinan wujud habuan kepada Timbalan Presiden PKR itu berdasarkan perancangan yang diatur parti.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
NASIB baik peraturan pilihanraya di negara ini, hanya membolehkan seorang rakyat bertanding kerusi parlimen dan DUN dalam sesuatu masa, jika tidak PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN akan membolot kebanyakan kawasan samada peringkat dewan undangan mahupun parlimen.
Kini, Anwar selain sebagai pemimpin anugerah tuhan, juga pemimpin bertaraf dunia, selain tambahan kepada mahkluk politik (political animal).
Kajang bakal dikenal di serata dunia, kerana diwakili pemimpin anugerah tuhan. Kajang akan hilang jenamanya sebelum ini, Sate Kajang. Kajang bakal berubah wajah, status, dan panggilan, hanya kerana pemimpin anugerah tuhan mewakilinya.
Siapa yang boleh mengalahkan pemimpin anugerah tuhan? Demikian juga siapa yang boleh mengalahkan pemimpin bertaraf dunia? Atas sebab itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan angkuhnya mencabar Perdana Menteri bertanding!!!!.
Pengundi Kajang, bermula daripada sekarang perlu berbangga, perlu bersyukur, kerana meraka bakal diwakili pemimpin anugerah tuhan. Masalah kehidupan harian mereka, akan beres semuanya, kalau hujan datang, banjir tidak akan melanda Kajang, atas sebab pemimpin anugerah tuhan mewakili Kajang.
Sara hidup tidak akan menerpah Kajang, kenaikan harga barang tidak akan sampai ke Kajang, kerana sesiapa sahaja yang terlibat dengan rangkaian perniagaan sedar, bahawa mereka akan masuk wilayah yang diwakili pemimpin anugerah tuhan, pemimpin bertaraf dunia dan mahkluk politik.
Pada PRK yang bakal berlangsung, sesiapa sahaja calon pasti dilanyaknya, atas sebab semua penggundi akan gerun, kerana mereka berdepan pencalonan anugerah tuhan, kalau kalah nanti, Tuhan akan murka, maka bala akan menimpah pengundi Kajang.
Kajang merupakan kawasan yang hampir dengan Putrajaya, atas sebab itu, apabila pemimpin anugerah tuhan mewakilinya, maka saban hari beliau boleh meneropong Putrajaya, yang bakal didudukinya pada PRU-14, setidak-tidaknya itulah alasan atau rancangan besar menurut Azmin, atas sebab itu teman akrabnya itu patut bertanding kerusi DUN, dengan memaksa penyandang untuk meletakan jawatan.
Sejauh mana keberkesanan pemimpin anugerah tuhan pada PRK kali ini? sama-sama kita tunggu, kerana Najib dan BN juga punya kaedah atau strategi untuk melanyak pemimpin "anugerah tuhan" itu.
BUKAN calang-calang, Pakatan Rakyat menurunkan PEMIMPIN BERTARAF DUNIA bagi PRK Kajang yang bakal berlangsung.
Anwar Ibrahim yang dicalonkan oleh Pakatan Rakyat dinamakan oleh Pengerusi PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR Pusat sebagai pemimpin bertaraf dunia. Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail berkata Anwar adalah seorang pemimpin Anugerah Tuhan.
Azmin dalam satu taklmiat kepada jentera PKR Kajang selepas sahaja teman setianya itu diumumkan sebagai calon PR bagi PRK Kajang, menyatakan bahawa pengundi Kajang patut berbangga kerana pemimpin bertaraf dunia sanggup berkhidmat dengan mereka.
Azmin dengan bangganya memberitahu jentera parti itu "semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun."Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.
"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar. "Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang."
Sebenarnya, disebalik pencalonan Anwar bagi PRK Kajang, dan jika menang; beliau mahu menduduki jawatan MB Selangor.; atas sebab mantan Timbalan Perdana Menteri itu tidak dapat menunjukkan testimoni pencapaiannya, sebagai Ketua Kerajaan, Pentadbir, selain semasa dalam Umno.
Anwar sejak tahun 1998 diangkat sebagai individu yang boleh menjadi Perdana Menteri, persepsi itu berlarutan sehingga PRU-13 lalu, namun semuanya tidak menjadi. Anwar terlalu gahirah menjadi PM, sehingga jawatan MB, sepatutnya boleh beliau pangku seawal tahun 2008, tidak menjadi keutamaan.
Berlainan dengan Lim Guan Eng, MP Kota Melaka itu yang bertanding di Pulau Pinang bagi kerusi DUN, tidak terlalu memikirkan kedudukan di Putrajaya, selain itu, Guan Eng merupakan pemimpin tertinggi DAP, dan juga DAP mempunyai kerusi terbanyak, maka amat mudah beliau menjadi ketua kerajaan. Demikian juga di Kelantan, pemimpin PAS mudah sungguh menjadi ketua kerajaan, kerana kedudukan kerusi yang dimilki oleh parti itu di dewan undangan negeri. Berlainan dengan Selangor, di mana kekuatan antara tiga parti yang berpakat serta BN hampir seimbang, ertinya bagi menentukan kedudukan MB, diperlukan satu konsensi. Syukur, kerana Selangor, hanya wakil rakyat yang beragama islam sahaja boleh dilantik sebagai MB, atas sebab itu, DAP tiada suara, selain secara enbloc menyokong calon MB yang disepakti oleh PKR dan PAS.
Pada PRU-12 dan PRU-13, Khalid merupakan calon MB kompromi, walaupun tiada pengalaman dalam politik, akan tetapi berpengalaman dalam dunia koporat.
Walaupun jawatan MB adalah jawatan politik, maka cara berkerjapun mesti secara politik, bukan cara korporat, namun para pemimpin PR mempotertkan Khalid berjaya dalam tugasnya. Tetapi yang berlaku sebenarnya, adalah Khalid sebenarnya gagal bertugas sebagai MB yang berorentasikan politik, walaupun berjaya mengumul simpanan wang negeri, kerana atas kapasitinya sebagai seorang korporat.
Melihat kepada kegagalan Khalid dalam dunia politik, maka timbul konflik, konflik yang amat ketara adalah antara beliau dengan Azmin Ali. Di Selangor seolah-olah kelihatan ada dua harimau yang mendiami sebuah bukit, bercakaran untuk merebuat kawasan. Anwar melihat ini, sebagai kelemahan yang amat ketara, dan jika berlarutan, maka akan menjadi penghalang utama merampas Putrajaya, namun yang amat malang dirasakan, bahawa Selangor akan menjadi Kedah kedua pada PRU-14.
Anwar mahu menjadi penyelamat, selain mahu menggunakan Selangor sebagai batu loncatan untuk beliau menduduki Putrajaya, setidak-tidaknya inilah alasan yang diberikan kepada pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Hadi Awang, penyabab ADUN Kajang diminta meletakan jawatan untuk membolehkan Anwar bertanding.
Sebenarnya, Anwar mahu mencontohi Perdana Menteri dan Timbalannya kerana dua-dua pemimpin BN itu pernah menjadi Menteri Besar, dan testimoni salah satu pencapaian mereka sebagai ketua kerajaan dan pentadbir. Anwar tiada rekod itu, selain hanya mantan TPM semasa dalam Umno. Anwar tidak dapat menunjukkan pencapaiannya, atas sebab itu, beliau beria-ia sangat menjadi MB, agar supaya beliau boleh memberitahu rakyat mengenai pencapaiannya.
Selangor adalah negeri termaju di Malaysia, agak-agaknya apa yang Anwar boleh lakukan? apa kah masalah banjir, longkang, sampah, air boleh diatasi dengan segera? atau kah beliau dengan mudah menurunkan sewa premis perniagaan? menghapuskan rumah-rumah urut yang menjamur di Selangor, selain premis siber haram? atau setidak-tidaknya menurunkan harga sate kajang? atau membuka semula pusat giat mara yang ditutup?
Sudah tentunya pemimpin bertaraf dunia, tidak akan sibuk dengan masalah sampah, masalah banjir, masalah air, masalah longkang, masalah siber haram, masalah rumah urut, betul kah tidak?
Pada PRK Kajang nanti, AYT mahu melihat berapa undi majoriti yang bakal diperoleh Pemimpin Bertaraf dunia dan Anugerah Tuhan, apa kah melebihi yang diperoleh oleh Lee Chin Cheh, 6,824?
BN akan menggunakan PRK Kajang untuk melihat perubahan pola pengundian selepas 9 bulan dikuasai PKR. DUN Kajang mempunyai komposisi pengundi 48 peratus kaum melayu, 40 peratus cina dan selebihnya india.
BN akan ada peluang bersaing sengit, jika calon Umno bertanding, walaupun secara tradisinya kawasan itu diperuntukan untuk MCA. Melihat kepada sokongan kaum cina terhadap calon-calon MCA pada PRU-13 lalu, adalah wajar, pada PRK kali ini, parti itu perlu memberi peluang kepada Umno bertanding, mana tahu, sokongan kaum melayu pada Umno pada PRU-13 lalu, masih lagi berterusan.
KITA mengetahui bahawa perlantikan jawatan Menteri Besar bagi negeri-negeri yang beraja, mempunyai mekanismenya sendiri.
Telah berlaku selepas PRU-12, untuk negeri Terengganu dan Perlis; individu yang disyorkan oleh Presiden parti atau Perdana Menteri atau DUN tidak mendapat perkenan Sultan. Keadaan ini boleh saja berlaku di Selangor.
Idaman Anwar menjadi Menteri Besar, tidak semestinya menjadi, meskipun menang pada PRK Kajang.
Anwar mempunyai cabaran yang cukup hebat pada kali ini, selain mencuba menang juga cabaran mendapat perkenaan daripada Sultan untuk menduduki kerusi Menteri Besar.
Selain itu PRK Kajang tidak menjanjikan kemenangan mutlak Anwar, walaupun kerusi itu dimenangi oleh calon PKR pada PRU-13 lalu dengan majoriti 6,824 undi, di mana BN diwakili calon daripada MCA. DUN Kajang berasaskan daftar pengundi mempunyai komposisi 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus cina dan selebihnya india.
Jika BN meletakan calon, mungkin tidak lagi menggunapakai kaedah pemilihan yang biasa dilakukan akan tetapi berasaskan merit; maka akan berlaku saingan sengit. Melihat kepada kemampuan untuk mencapai kemenangan, calon paling berpeluang adalah calon daripada Umno, memandangkan kepada taburan dan komposisi pengundi.
Telah mula kedengaran bahawa Bn akan mengabaikan cara tradisi pemilihan calon, kerana gabungan berbagai parti itu melihat faktor calon boleh menang adalah pilihan utama, apatah lagi, calon daripda PR adalah Anwar sendiri yang dikatakan mahu menjadi MB Selangor.
Percaturan Anwar meminta ADUN PKR Lee Chin Cheh bagi Kajang meletakan jawatan, semata-mata untuk mengatasi konflik yang berlaku antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Konflik tersebut sebenarnya adalah salah satu babak dalam skrip yang dicipta Anwar sendiri.
Selain itu, salah satu penyebab Anwar masuk ke Selangor, adalah mengelak supaya Selangor jangan jatuh ke tangan BN sepertimana berlaku di Perak, inilah propagnada Anwar dan orang-orangnya untuk menakut-nakutkan para pemimpin negeri. Kumpulan Anwar menabur propagnda, bahawa satu gerakan sulit sedang berlaku, bahawa lebih 20 ADUN PR akan bergabung dengan 12 ADUN BN untuk menubuhkan kerajaan baru di Selangor; faktor inilah salah satu alasan yang menyebabkan Anwar sepantas kilat mau menjadi ADUN di Selangor dan seterusnya mahu dilantik sebagai MB.
Sebagai catatan, komposisi ADUN Selangor daripada 56 kerusi, DAP:15, PAS:15; PKR:14 dan BN:12. Dalam gerakan sulit itu, dikatakan wakil rakyat daripada PAS akan menjadi MB, dan wakil rakyat daripada PKR/DAP yang menyertai dilantik sebagai Speaker dan kerajaan itu akan dikenali sebagai kerajaan PAS Plus.
Anwar memang mempunyai kepakaran menutup isu yang melanda dirinya. Umum mengetahui bahawa Ketua Pembangkang itu mengalami krisis kekepercayaan daripada rakyat yang menjunam, ekoran terbongkarnya pembohongan beliau berkaitan dengan undi bangla semasa PRU-13, isu konspirasi kerajaan Jepun menghalangnya masuk ke negara itu, isu pencerian anak kesayangannya Nurul Izzah dan masalah liwat yang sedang dihadapinya.
PRK Kajang dan isu pergantian MB Selangor, setidak-tidaknya boleh menutup isu2 yang melanda Anwar untuk sementara waktu.
Berbelit betul cakap master mind PRK Kajang , Rafizi jambu ini .. jawatan MB Selangor dia buat macam bijik guli je . boleh tukar2 orang pulak seperti mana depa create PRK Kajang ini.
Sat nak lantik Anwar jadi MB , kini peranan Anwar hanya bantu bukan ganti MB pulak .....
Ini membuktikan PKR a.k.a parti kangkung rakyat hanya parti yang memperbodohkan rakyat Selangor..depa boleh sesuka hati letak siapa nak menduduk kerusi MB .
Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama 'langkah Kajang' penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.
"Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.
Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang," katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.MI
Tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja keterlaluan, malah cuba mencemarkan imej negawaran ulung itu.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, tuduhan bahawa Dr Mahathir sebagai dalang menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak boleh diterima akal.
Katanya, tuduhan itu sengaja dilemparkan Rafizi sebagai salah satu usaha PKR menutup kepincangan yang sedang berlaku dalam parti tersebut.
"Rafizi bijak membuat pembohongan agar rakyat melihat Umno sedang goyah, sedangkan hakikatnya parti itu yang sedang bermasalah.
"Rafizi juga sanggup melemparkan fitnah semata-mata mahu merealisikan hasrat ketuanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri," katanya, semalam.
Sehubungan itu, katanya, BN seperlu bertindak bijak agar tidak terperangkap dengan permainan PKR yang memainkan beberapa isu untuk mengalihkan perhatian rakyat.
Pada masa sama beliau juga mengharapkan rakyat tidak terperangkap helah yang dimainkan pakatan dalam usaha meraih simpati rakyat menyokong mereka.
Sementara itu Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin mengingatkan Rafizi supaya tidak meletakkan kelemahan diri sendiri di atas bahu orang lain apabila mengaitkan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang oleh wakil rakyat parti itu dengan Umno.
"Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno.
"Jangan sampai kerosakan rumah tangga sendiri, orang lain yang dituduh, kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat. Permohonan maaf yang keluar dari mulutnya hanyalah sebagai ulam politik semata-mata," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.
"Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program 'Dalam Radar Khas' terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.
Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang 'gila kuasa', Dr Mahathir berkata : "Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.
"Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya," katanya.
Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.
"Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya," katanya. Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.
"Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.
"Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja," katanya.
Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.
"Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : "Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia."
Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan. "Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.
"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu)," katanya.
Mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa meletakkan Anwar sebagai calon pada pilihan raya kecil itu sebagai pergerakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, Dr Mahathir berkata itu adalah tafsiran beliau.
Katanya sebenarnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah bermula sejak beliau menjadi perdana menteri dan tugas parti lawan ialah menjatuhkan parti pemerintah bagi membolehkan mereka menjadi pemerintah.
Katanya soal isu tidak penting dan parti lawan akan mengecam apa juapun yang dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi wang kepada mereka.
- Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.
Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.
"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.
Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.
"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.
Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan