Isnin, 6 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 06 Jan 2014 03:45 PM PST

[TMI] Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari semalam, hari ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kenaikan harga barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka.

Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan.

"Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga.

"Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini.

Semalam, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.

Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu.

Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita harus terima hakikat bahawa negara kita ini perlu kurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan kita tidak mahu rakyat terlalu selesa dengan jumlah subsidi tinggi yang diberikan oleh kerajaan ini.

"Tapi rakyat perlu menerima hakikat kerajaan harus melakukan rasionalisasi dari segi pemberian subsidi ini," terangnya lagi.

Dalam mempertahankan langkah Putrajaya mengurangkan subsidi tersebut lagi, Ahmad Zahid menegaskan isu kenaikan harga barang bergantung kepada elemen pasaran.

"Hakikatnya, tidak ada sebuah negara pun yang tidak alami kenaikan barang.

"Bukan hanya dalam soal rasionalisasi subsidi, tapi hakikatnya apa yang berlaku di beberapa negara rantau Asean dalam kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana permintaan dan penawaran... ia ditentukan oleh elemen pasaran," katanya lagi.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.

"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.

"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.

Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.

Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia. – 6 Januari, 2014.

Biaqpila

Posted: 06 Jan 2014 03:31 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:31 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


DASAT!!! 4 EKOQ LEMBU NAIK WIRA

Posted: 05 Jan 2014 10:19 PM PST


Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta.
Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi. - Foto Bernama

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. 

Tiada ulasan:

Pengikut