Isnin, 6 Januari 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Halal darah: Pemuda PAS Kelantan lapor polis

Posted: 06 Jan 2014 08:00 PM PST


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan turut membuat laporan polis ke atas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan peserta Himpunan Turun 31 Disember 2013 lepas sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.

Laporan polis tersebut dibuat serentak di seluruh negeri Kelantan oleh semua Dewan-Dewan Pemuda PAS Kawasan di negeri itu petang semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat bertujuan memohon polis menyiasat dakwaan Mufti Perak itu yang disifatkan boleh menyebabkan huru-hara dan menghasut.

Bahkan katanya, jika dibiarkan tidak mustahil fatwa 'halal darah' yang dikeluarkan itu akan digunakan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

"Hari ini sahaja, 6 kawasan di seluruh negeri Kelantan membuat laporan polis iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa.

"Laporan polis ini dibuat di kawasan masing-masing. manakala selebihnya akan membuat laporan hari ini, katanya ketika mengetuai rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas semalam.

Beliau berharap, dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negeri itu, pihak keselamatan mengambil serius dan melakukan siasatan segera.

Katanya, sebarang kelewatan di dalam menyelesaikan siasatan itu akan menyebabkan rakyat beranggapan fatwa 'halal darah' itu diterima dan tidak merupakan satu kesalahan.

"Ianya juga akan mengelirukan rakyat berhubung perkara itu," ujarnya lagi. ~harakahdaily



Tiada ulasan:

Pengikut