Pakatan Rakyat |
Posted: 23 Jan 2014 03:11 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:11 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
Posted: 23 Jan 2014 11:18 AM PST Acara menyuapkan kangkung sedikit sebanyak menaikkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR untuk penggal pertamanya sebagai wakil rakyat meskipun berdepan dengan ancaman pertumpahan darah. Lee berkata, tindakannya itu sebagai satu cara kreatif menghantar mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan memberikan contoh kangkung. "Melalui cara kreatif itu, kita boleh menggalakkan rakyat tampil memperjuangkan perkara yang salah. "Ramai memberi respon positif terhadap acara itu dengan mengatakan ia satu acara yang menarik dan menyeronokkan. Ia seperti mendapat kuasa. Kita tidak harus menyuarakan pandangan hanya di Facebook tetapi tampil untuk didengari," katanya. Beliau berkata, pertunjukannya itu bukan satu-satunya cara kreatif membidas kenyataan kangkung Najib tetapi ramai yang melakukannya melalui Facebook dan Twitter. Katanya, tugasnya sebagai wakil rakyat ialah berbicara tentang isu berkaitan rakyat seperti kenaikan harga barang. "Jelas objektif acara itu terpesong oleh pihak tertentu," katanya kepada The Malaysian Insider. Lee berkata, Umno memanipulasi objektif acara itu dengan mendakwanya memalukan Najib, orang Melayu dan agama Islam yang sememangnya dinafikan. Katanya, mengkritik kerajaan bukan satu perbuatan jenayah tetapi apa yang berlaku adalah ada pihak tertentu cuba menafikan kebebasan bersuara. "Jika kita menentang mereka, mereka menggunakan alasan menghina pemimpin, kaum dan agama," katanya. Pemimpin Umno mendakwa Lee tidak menghormati Najib dan sejurus selepas acara itu, dua demonstrasi diadakan hujung minggu lalu di Seberang Jaya dan Alma oleh Umno Pulau Pinang dan badan bukan kerajaan (NGO). Atas nama mempertahankan Najib dan kaum Melayu, ratusan peserta termasuk pemimpin Umno menghina Lee, memanggilnya kailan dan membakar gambarnya. Lee berkata, peserta acara itu tidak semua berbangsa Cina dan tidak menimbulkan sebarang isu perkauman kerana bahasa Melayu dan Cina digunakan dalam acara itu. "Segalanya berlangsung dengan aman. Kami tidak membakar apa-apa," katanya. Acara menyuapkan kangkung itu diadakan selepas tiga hari Najib berucap di Kemaman dan menggunakan kangkung sebagai contoh penurunan harga di pasaran. Di majlis itu, Najib menyelar rakyat kerana selalu menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang tetapi tidak memuji kerajaan apabila ada barangan yang diturunkan harga. Lee berulang kali menolak untuk meminta maaf berhubung acara itu meskipun Umno dan Penasihat DAP Lim Kit Siang menyarankan untuk mempertimpangkan permohonan maaf. Walaupun dihina, gambarnya dibakar, menerima mesej ancaman melalui Facebook dan telefon, Lee berkata, program bagi menerangkan kenaikan harga barang dan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat akan diteruskan. "Mereka boleh mengarahkan saya untuk berdiam diri tetapi saya tidak akan tunduk kepada ancaman sedemikian," katanya. Selepas pilihan raya umum 2008, Lee dilantik sebagai setiausaha politik kepada ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong selama setahun sebelum dilantik menjadi ahli Majlis Perbandaran Selayang dari 2009 hingga April tahun lalu. Katanya, peralihan daripada seorang ahli majlis kepada Adun memberinya lebih kuasa dan tanggungjawab menyuarakan isu berkaitan rakyat. Sebagai Adun, katanya, beliau membawa isu kerajaan tempatan ke sidang DUN bagi menggesa kerajaan negeri menyelesaikan masalah berkaitan. "Menjadi sebahagian daripada kerajaan tidak bermakna saya tidak mengutamakan ketelusan. "Jika ada kelemahan dan masalah dalam sistem, kami mesti menyelesaikannya," katanya menafikan dakwaan dirinya mengabaikan masalah banjir kilat di kawasan terjejas. Lee berkata, pelan sistem saliran di kawasan Seberang Prai Tengah masih dalam perancangan pihak berkuasa tempatan. "Kami memahami masalah itu. Machang Bubuk terlibat dalam banjir kilat kerana pembangunan berlebihan dan longkang yang tidak mencukupi terutamanya di kawasan kampung. "Kami mengenal pasti kawasan banjir dan mencari penyelesaian secara holistik. Pelan utama masih belum dapat disiapkan," katanya. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan