Ahad, 8 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 08 Dec 2013 03:06 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:06 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Cerdik Dan Geliga Otak Menteri Shabery

Posted: 07 Dec 2013 05:13 PM PST

OLEH: RAIHAM MOHD SANUSI

Tarikh: December 8, 2013

KEMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.

Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.

"Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.

"Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas," katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.

"Cuma kita lihat situasi banjir selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk?

"Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis.

"Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.

"Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta mangsa banjir di Kemaman kekal berada di pusat pemindahan kerana pada malam ini (malam semalam) akan berlaku fenomena air laut pasang.

"Saya harap mangsa banjir bersabar dan kita akan berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan," katanya.

DIALOG RAKYAT

Posted: 08 Dec 2013 03:04 PM PST

 
 
MENTAKAB: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah hari ini turun padang memberi bantuan kepada penduduk Kampung Bintang melibatkan 30 buah rumah yang terputus hubungan akibat banjir.

Menurut beliau, jalan raya yang menghubungkan kampung yang terletak di seberang Sungai Temerloh itu telah dinaiki airsehingga menyebabkan penduduk yang mahu keluar terpaksa melalui jalan tikus yang mengambil masa kira-kira satu jam berjalan kaki.

"Pejabat ADUN Mentakab sangat prihatin terhadap kesulitan yang berlaku dan cuba seberapa daya mungkin untuk meringankan beban penduduk kampung ini," kata beliau ketika dihubungi Roketkini.

Tengku Zulpuri berkata, sehingga kini tidak ada laporan kehilangan nyawa yang berlaku dan sebahagian kampung berdekatan yang dinaiki air pula seperti Kampung Gantok dan Kampung Tok Embun telah pun di pindahkan ke pusat pemindahan banjir.

"Penduduk kampung mangsa banjir ini memerlukan bantuan.

"Kita amat mengalu-alukan sebarang sumbangan barangan keperluan mahupun kewangan bagi meringankan beban mereka," ujarnya.

Bagi yang mahu memberi sebarang sumbangan boleh menghubungi Pejabat ADUN Mentakab di talian 019-3296564. – Roketkini.com
Oleh : Nurul Izzah Anwar

Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.

Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.

Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, "rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara."

Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody's telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan.

Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu? Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?

Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui 'cukai pemiutang'' seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan – untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).

Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.

Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?

Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.

Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.

Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.

Saya masih lagi tidak melihat mana-mana pemimpin atau perwakilan yang menuntut agar isu TPPA yang bakal merobah arena ekonomi tempatan melalui 'penjajahan ekonomi', termasuk ekonomi Melayu Bumiputra sendiri didebatkan secara khusus.

Apakah keselamatan dan kedaulatan negara tergadai tidak penting bagi UMNO?
Ketiga; Orang belajar tinggi, rakyat dididik rendah

Isu kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang dilaporkan dalam kajian PISA tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Apakah perasaan ibubapa apabila mendapat tahu bahawa anak-anak dari Singapura, Korea Selatan dan Vietnam dari darjah 5 dan 6 berpendidikan sataraf dengan para pelajar Tingkatan 3 dari negara kita.

Kegagalan dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan agar kekal bersaing secara global akan terus menggelapkan masa depan anak-anak kita yang akan mewarisi kadar gaji yang malar dan budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup yang semakin meninggi.

Masa depan anak-anak Melayu nampaknya perlu terus dibantu ibubapa dengan menumpang rumah, meminjam belanja dan berkongsi kereta.

Apakah pendidikan berkualiti untuk berpendapatan tinggi tidak penting bagi UMNO?

Kesimpulannya, UMNO hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli UMNO terpilih sahaja.

Jelas, masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap dibawah UMNO jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.

*Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

SELANGOR KINI

KUALA TERENGGANU  : Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu terus meningkat kepada 22,391 orang pagi ini, berbanding 22,040 orang malam tadi.

BERNAMA melaporkan, portal Majlis Keselamatan Negara memperlihatkan peningkatanberlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan jumlah mangsa 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga, sebelum ini.

Banjir Kuantan 2

Bagaimanapun, tidak berlaku peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu (6), Hulu Terengganu (19) dan Marang (26).

Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu ke Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan pada umumnya paras air semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya, pagi ini.-NFN-

Oleh : Norhayati Umor

KLANG : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau persatuan penduduk perlu diwujudkan di setiap kawasan untuk menyaksikan keberadaan mereka dalam masyarakat dihormati, sekali gus menjadi rujukan dalam usaha mengekang isu jenayah dan setempat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata semua pihak harus bekerjasama bagi membuang tanggapan negatif berhubung tugas dan fungsi KRT itu.

shah_alam_mp_khalid_samad

Katanya, KRT diwujudkan supaya menjadi agensi saluran kepada penduduk untuk membawa sebarang masalah atau isu berbangkit.

"Ramai orang anggap, tugas utama KRT membuat rondaan waktu malam. Tetapi penduduk perlu tahu fungsi sebenar KRT yang sebenarnya lebih besar berbanding menjalankan rondaan.

"KRT juga perlu agresif menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis dalam usaha membantu mengekang isu jenayah," katanya pada Majlis Mengenali Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Jiran di Taman Summit, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Yusof dan beberapa pegawai polis dari balai polis Klang.

Khalid berkata, beliau berharap lebih ramai penduduk dan generasi muda menyertai KRT di taman perumahan masing-masing supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan.

"Peruntukan untuk KRT ada daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan kerajaan pusat. Jadi ia boleh digunakan dengan cara yang betul.

"Kekuatan perlu diketengahkan pemimpin KRT dan ia sangat penting kerana setiap aktiviti yang diadakan bertujuan meningkatkan semangat muhibah antara mereka," katanya.-NFN-

Tiada ulasan:

Pengikut