Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
Kenapa UMNO Masih Memimpin Kita? – Aspan Alias Posted: 08 Dec 2013 07:50 AM PST Kekurangan kesedaran orang Melayu yang masih menyokong Umno itu sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan pembangkang juga. Malahan pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan sikap tidak mahu berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli Umno, yang dianggap pembangkang sebagai bebal itu. Itu sebabnya saya tidak pernah menggunakan istilah kasar-kasar terhadap Umno walaupun selemah mana pun pemikiran pemimpin mereka kerana mereka juga tidak mahu terjebak dalam situasi keluar daripada "mulut buaya tercampak pula dalam mulut naga". Isu yang membuatkan pembangkang mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti pembangkang itu 100%. Mereka mengundi pembangkang kerana rasa marah dan geram mereka terhadap Umno itu. Setelah pilihan raya berlalu ramai yang saya temui melalui perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah dengan Umno tetapi bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah menyebut tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan itu adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya. Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya "viable" untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan semata-mata. Rakyat tidak mahu seorang pemimpin utama yang masih menjadi persoalan dalam hal peribadinya kerana kekurangan dalam imej dan persoalan peribadi merupakan persoalan yang utama dalam memilih pemimpin utama kerajaan. Rakyat sedang berada dalam keadaan serba salah. Itu sebab mereka terpaksa juga mengekalkan kepimpinan yang mereka tidak suka untuk memastikan peralihan kepada pihak lain itu tidak menjadi pilihan yang silap lagi. Pihak pembangkang juga tidak menunjukkan kesatuan yang erat di antara pemimpin utamanya dan semakin hari semakin jelas Anwar tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan keyakinan untuk menjadi pimpinan alternatif. Keadaan ini tidak menampakkan penambahbaikan dan jika ditimbang-timbang kerajaan tetap berada di tangan Umno lagi di dalam pilihan raya akan datang. DAP adalah parti yang sudah sampai ke peringkat "saturation" dan parti itu sudah memenangi semua kerusi yang sepatutnya dimenanginya. Parti ini sudah sampai ke tahap optima dan graf kemajuannya tidak mudah untuk menunjukkan kenaikan selain penurunan selepas ini. Sokongan orang Melayu terhadap parti itu tidak mungkin menaik lagi dan pilihan raya yang lepas merupakan sokongan Melayu tertinggi kerana keadaaan Umno dan BN yang sedang dalam ketenatan semasa itu. Lagi pun DAP mempunyai masalah dalaman dan kesahihan serta "legitimacy" barisan kepimpinan parti itu masih belum jelas selagi pendaftar pertubuhan belum lagi menentukannya. Sedikit kuasa yang mereka rasai di Pulau Pinang telah menunjukkan sikap parti itu sebenarnya dan sikap itu tidaklah seperti yang mereka laungkan selama 46 tahun lalu. Ramai berpendapat, termasuk dikalangan rakan-rakan kaum Cina saya berkata, "DAP has tasted a bit of blood, and the party does not show much difference than PKR and UMNO. I think some Chinese are going back to MCA and some of the Malays' support is back to BN. If they remain against UMNO, they have only one choice i.e to support only PAS." Bagi saya DAP tetap parti kaum Cina dan ramai tidak menerima parti itu sebagai parti "multiracial" seperti yang mereka laungkan. Pelbagai cara ramai orang Melayu untuk memujuk hati untuik mengatakan parti itu sebuah parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak nampak sebarang "attribute" sebagai apa yang terkandung dalam perlembagaan parti itu. Semalam semasa saya bertemu dengan 30 orang yang memanggil saya untuk memberikan pandangan kepada kumpulan sebuah taman perumahan, ada dua orang yang bangun berkata, "How can DAP rests its laurel on one Malay Law-Maker and claims to be multiracial? It's too deceiving man.." Saya tidak dapat menjawab soalan itu. Saya bersetuju dengan seorang lagi yang hadir yang berpendapat, "DAP should remain as an opposition party as the party is doing splendid job as an opposition. Just give what is best for them." Situasi paparan saya ini adalah penyebab yang menjadikan Umno itu masih tidak dapat ditolak oleh kebanyakkan orang Melayu dan ia tetap akan menjadi begini selagi pembangkang tidak memperbaiki diri dan jujur dalam perjuangan dan niatnya untuk negara. Permainan "kong kalikong" diantara parti-parti dalam PR itu tidak akan membawa mereka kemana-mana. Mungkin PAS boleh memperbaiki keadaannya dengan mudah jika parti itu melakukan tindakan yang pernah mereka lalui, iaitu mula bercakap dengan parti lain atau individu-individu penting dalam negara ini. Ini adalah untuk masa depan manusia dan bangsa yang mereka perjuangkan dengan benar-benar melaksanakan perjuangan Islam untuk kepentingan semua bangsa itu. Yang penting untuk mendapatkan pemimpin yang merupakan individu yang boleh diharapkan untuk mendapatkan sebuah negara yang bebas dari elemen hina seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa keterlaluan, serta pemimpin yang tahu asas keagamaannya. Perjuangan ini wajar dilakukan oleh semua pihak kerana negara kita kekal, yang tidak kekal itu kita kerana semua diantara kita akan kembali ke asal dan Pencipta kita. Negara kita yang kekal ini wajar diberikan jaminan yang ia berada dalam keadaan yang menyamankan bagi generasi yang akan datang untuk hidup semasa kita semua sudah tiada. Malahan jika usaha dan perjuangan ini timbul daripada naruni yang bersih kita juga boleh membawa bersama bekalan untuk kita sendiri di alam lain yang kekal nanti. Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan