Rabu, 18 Disember 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 17 Dec 2013 11:37 AM PST

PEJUANG BANGSA


MAT SABU DILANTIK PESURUHJAYA PAS , BERTAMBAH HEBAT LAGI JADI BONEKA DAP P.PINANG ! @dzainalabidin

Posted: 17 Dec 2013 12:24 AM PST




Akhirnya desas desus Datuk Salleh Man ditendang daripada  Pesuruhjaya  PAS P.Pinang terjawab bila jawatan tertinggi negeri  disandang  oleh Timb Presiden PAS Mohamad Sabu . Sudah la 1 kerusi DUN je menang , lepas tu jawatan pulak diterajang .

 Ia sekaligus mengetepikan pemimpin2 PAS negeri seperti  Roshidi Hussein ,  Afnan Hamimi  yang sebelum ini lantang bersuara di muktamar mengenai parti yang hanya menjadi boneka di bawah kerajaan DAP .

Berita ini pasti membimbangkan ahli PAS akar umbi kerana pendedahan 10 bukti Mat Sabu terlibat SYIAH pastinya akan membawa pengaruh besar faham itu  di negeri ditadbir DAP .

Manakala ia menjadi  berita gembira untuk Guan Eng kerana abangnya ini mampu mematikan terus suara akan umbi PAS yang cuba nak tunjuk hero menghentam kerajaan DAP .

Selepas ini PAS negeri  akan terus menjadi kuda tungangan terhebat DAP di P.Pinang berbanding zaman Salleh Man .


** Jangan terkejut selepas ini  jawatan YDP MAIPP pun Salleh Man akan hilang ...hahaha.... 

 

PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.

Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.

mat sabu pas youth agm 211113 01Bercakap dalam sidang media, Mustafa menjelaskan pelantikan itu sebagai "perubahan dan ubah suai" kepimpinan PAS negeri.

"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang, sudah biasa dengan Pulau Pinang. 

(Dengan) pelantikan pesuruhjaya ini, beliau akan meneruskan kerja-kerja dalam konteks dalam Pakatan Rakyat dan pengendalian kepada kerja-kerja organisasi.

"Timbalan presiden PAS dapat membantu banyak dan menyelaras kerja-kerja (PAS) di sana," kata Mustafa.

Kecuali Pulau Pinang, semua pesuruhjaya negeri telah dilantik awal bulan ini.

Pelantikan Mohamad, yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dilihat diberi tugas itu bagi melancarkan kembali gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri itu.

Mohamad yang hadir dalam sidang media tersebut, menganggap tidak ada masalah besar" dengan pertukarannya dengan Salleh sebagai pesuruhjaya.

"Pertukaran adalah perkara biasa dalam organisasi," katanya bagi menjawab soalan pemberita sama ada pertukaran itu dibuat ekoran isu yang dibangkit menjelang muktamar parti itu November lalu.

Dalam sidang media itu juga, Mohamad mengumumkan pelantikan lantikan baru untuk jawatan dalam jawatankuasa Pusat PAS, seperti berikut: 

  • Asmuni Awi dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Ahmad Yaakob yang memohon melepaskan jawatan kerana kesibukannya sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS Kelantan.
  • Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan, bekas setiausaha Pemuda Khairul Faizi Ahmad Kamil dan bekas naib ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dilantik sebagai penolong setiausaha.
  • Bekas pesuruhjaya PAS Anuar Tahir dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pusat dan mengetuai Lajnah Pekerja.
Mohamad juga mengumumkan penubuhan Lajnah Pusat Pengurusan dan Bencana yang diketuai Naib Presiden Salahudin Ayub.

Katanya, ia dijadikan biro tetap dalam jawatankuasa PAS untuk menyelaras bencana alam yang berlaku.

APA GUNA KDNK GAH TAPI REALITINYA KOS SARA HIDUP RAKYAT MENINGKAT @khairykj @NajibRazak

Posted: 16 Dec 2013 10:34 PM PST




GPB bersetuju dengan kenyataan YB Khairy Jamaluddin   hari ini , apa guna  KDNK negara mencatat pertumbuhan tetapi realitnya kos sara hidup rakyat meningkat dan tidak mengambarkan realiti sebenar ekonomi .

YB KJ cukup lantang dan peka kehendak generasi muda dan sebagai Menteri muda dalam kabinet , harap beliau dapat bawa rintihan dan kesempitan golongan ini di mesyuarat kabinet esok .


 Keresahan orang muda mengenai kenaikan kos sara hidup akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah membangkitkan isu itu rentetan kenaikan tarif elektrik, tol serta kesan gandaan yang bakal berlaku terhadap barangan dan perkhidmatan lain.

"Saya akan membawanya dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini sebagai mewakili pandangan orang muda dan kerisauan mereka tentang kenaikan yang datang sekali gus seperti tsunami.

"Ini adalah keresahan generasi muda berkaitan kos sara hidup, kita masih belum pasti penyelesaiannya tetapi perkara ini wajib saya bangkitkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kementeriannya dengan Intel Technology Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan MPBN Sidang 2 Penggal ke-29 yang dihadiri lebih 70 peserta mewakili majlis belia negeri-negeri.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Menurut Khairy, beliau membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini dan akan konsisten membawanya dalam mesyuarat Kabinet.

"Kenaikan banyak perkara secara serentak ini yang hendak dibincangkan, malangnya, kita tangguh (kenaikan) semua ini sudah lama, bila semuanya datang sekali, itu yang menjadi masalah kita hari ini," katanya.

Berhubung kenaikan tol, jelas Khairy, kerajaan terpaksa menanggung pampasan RM400 juta setahun kepada syarikat konsesi sekiranya kenaikan ditangguhkan, namun beliau berpendapat ada formula lain yang mungkin belum difikirkan.

"Semuanya ada kesan gandaan yang akan dirasai kemudian, memang bila kita naikkan tarif elektrik, kira-kira 70 atau 80 peratus isi rumah tidak nampak kesan dalam bil mereka tetapi ada kesan kemudiannya pada harga barangan dan perkhidmatan," katanya.

Menurut Khairy, beliau yakin kerajaan peka mengenai masalah yang berlaku kerana keutamaan negara adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya.

"Kita cakap kepada rakyat biasa bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan lima peratus tetapi jika apa yang rakyat rasa adalah kos hidup meningkat, itu adalah satu masalah kerana perangkaan ekonomi tidak menggambarkan realiti ekonomi sebenar," katanya.

KENAIKAN TOL : MENTERI LUPA AKUJANJI BN , PEMUDA UMNO BANGKIT BANTAH @azwanbro @khairykj @NajibRazak

Posted: 16 Dec 2013 05:39 PM PST



GPB sambut baik  bila pemimpin  Pemuda UMNO  seperti YB Khairy & Khairul Azwan Harun bingkas bangun membantah kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam ( LRT,monorel ) . Pemuda bantah tapi disertakan cadangan baik untuk kerajaan .

Ternyata Pemuda UMNO dapat merasai keresahan dan kesempitan golongan muda jika bebenan kenaikan tol   & tambang pengangkutan dinaikkan tahun depan . Menteri Pemandu seperti Wahid Omar bukan tahu bebanan rakyat samada di bandar dan luar bandar mengenai segala benda yang mereka nak naik ini .


Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol

. "Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya.Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan. Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat," kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

 "Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka," katanya. 

 Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik.

 "Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya," katanya. 

 Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi. Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR). 

 "Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar," katanya. Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1. 

 Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.

 "Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan. "Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR?

 Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan," katanya.

 Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.

 "Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel," katanya. Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan.

 Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet. Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu. Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan. 

 Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan. – 16 Disember, 2013.


Cuma yang GPB ingin persoalkan Menteri lantikan Najib ini , dia tahu atau tidak  Manifesto BN  yang berjanji akan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

Harap Najib dapat membatalkan segala kerja gila idea PEMANDU berhubung  kenaikan tol ini termasuk pengangkutan awam ( LRT-Monorel) ini .

Kalau  Najib teringin nak beri kerusi Perdana Menteri secara free kepada ANWAR &  DAP di PRU14 sebab tak mahu jadi kerajaan populis ...

Silakan NAIK kan  segala benda di Malaysia ini tahun 2014 ini ....















Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini. 

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. 



Tiada ulasan:

Pengikut