Selasa, 17 Disember 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tahniah PDRM, Takziah KDRM

Posted: 17 Dec 2013 12:30 AM PST




Empat Pegawai Kastam Ditahan, Dadah Bernilai RM14 Juta Dirampas
17 Dis 2013

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan sindiket penyeludupan dadah dengan penahanan 11 individu, termasuk empat pegawai Jabatan Kastam dan merampas dadah bernilai RM14 juta.

Difahamkan pegawai Kastam berkenaan bekerjasama dengan sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Antara lain yang ditahan dalam serbuan itu adalah empat warga Nigeria dan seorang warga India, yang merupakan anggota sindiket.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, polis membongkarkan sindiket itu berikutan siri serbuan di Nilai dan Lembah Klang antara 14 dan 16 Disember.

"Kita percayai mereka terlibat dalam aktiviti ini selama setahun.

PAS DAN NGO AKAN MENGADAKAN BANTAHAN SERTA SERAHAN MEMORANDUM TERHADAP REGIM BANGLADESH

Posted: 17 Dec 2013 12:29 AM PST




PAS DAN NGO AKAN MENGADAKAN BANTAHAN SERTA SERAHAN MEMORANDUM TERHADAP REGIM BANGLADESH

Tarikh : 27 Dis 2013
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Kedutaan Bangladesh KL

1. Bangladesh yang berpisah daripada Pakistan pada tahun 1971 mempunyai sejarahnya yang unik. Sinonim dengan bencana alam, keterpurukan sosial, kesenjangan jurang masyarakat malah tekanan kepada gerakan Islam negara tersebut.

2. Terkini , regim negara sub continent itu telah membunuh penolong Setiausaha Agong Jamiat Islami Bangladesh , maulana Abdul Qader Mullah serta memenjarakan lebih 40,000 aktivis gerakan Islam tersebut.

3. Regim Bangladesh juga sedang bersiap untuk membunuh lebih ramai sosok pimpinan Jamiat Islami Bangladesh serta akan berusaha untuk mengharamkan parti Islam terkuat di sub continent yang telah ditubuhkan oleh Maulana Maududi pada tahun 1941.

4. Regim Bangladesh telah memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap bantahan masyarakat antarabngsa. PAS dengan ini merasa terpanggil dan bertanggungjawab dengan penindasan sistematik regim tirani negara Bangladesh terhadap Jamiat Islami, juga sekatan misi bantuan kemanusiaan kepada muslim Rohingya.

5. Maka PAS bersama NGO-NGO Islam bahkan seluruh lapisan masyarakat yang cintakan keadilan akan mengadakan bantahan awam serta serahan memorandum pada kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.

6. Bantahan akan diadakan pada hari jumaat , usai solat jumaat pada 27 hb. Disember ini. Pimpinan utama PAS serta rakan-rakan NGO akan hadir menyuarakan aspirasi ummah yang sedang meraung kesakitan.

7. Luka mereka adalah duka kita kerana persaudaraan akidah melepasi batasan geografis dan negara bangsa. Semua ummat Islam negara ini dijemput ke himpunan sejuta ummah sebagai tanda solidariti kita.

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Tiada ulasan:

Pengikut