Isnin, 11 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Addin

Posted: 11 Nov 2013 11:27 AM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bukan tanggungjawab polis mengendalikan pertuduhan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, pertuduhan berhubung penyalahgunaan kuasa mesti dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.

"Ini bukan tanggungjawab polis. Anda harus bertanya kepada SPRM," katanya sebelum menyampaikan syarahan bertajuk "Polisi Masa Hadapan" di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.

Apabila ditanya pertuduhan yang dilakukan oleh Abdul Gani, Khalid berkata dakwaan tersebut berkait dengan beberapa kes yang telah lama selesai termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

"Ia telah diulang lagi dan lagi. Apa lagi yang mereka mahu?

"Segalanya pasti mempunyai had. Anda tidak boleh mempolitikkan semua perkara dan membuat orang ramai keliru," katanya.

Minggu lalu, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata Abdul Gani patut disiasat atas pertuduhan salah lakunya sementara Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Abdul Gani akan mengalu-alukan siasatan tersebut bagi membersihkan namanya.

Ia berikutan laporan bekas Pengarah Ketua Cawangan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menemui mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos bagi membincangkan pertuduhan salah laku Abdul Gani.

Turut hadir dalam pertemuan itu bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang, dan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan Datuk Ramli Yusof.

Ramli berkata perjumpaan itu menyentuh berhubung tuduhan salah laku Abdul Gani seperti pemalsuan bukti kes melibatkan mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhubung dakwaan Abdul Gani mengupah dua agen risikan CIA di pejabatnya dan sama ada polis melakukan siasatan, Khalid berkata "beliau tidak tahu tentang hal itu".

Katanya Abdul Gani yang perlu menjawab dakwaan tersebut.

Dalam pertuduhan baru-baru ini di mana syarikat perladangan dan pembalakan dari Melikin, Serian, Sarawak mengupah gengster bagi mengancam tuan tanah dan polis tidak mengambil tindakan, Khalid menafikan polis tidak mengambil tindakan.

Beliau mengesahkan ada pertelingkahan dan dua orang telah ditahan berhubung insiden itu.

"Kami telah menyiasat kes itu dan mendapati tiada unsur gangsterisme. Namun kami masih memantau mereka. Polis akan mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak," katanya.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing memberitahu The Malaysian Insider bahawa ancaman kepada pemilik tanah Hak Adat Orang Asal (NCR) di Serian menjadikannya mahu membawa perkara itu kepada Bukit Aman dan SPRM bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Masing mendakwa tiada tindakan daripada pihak polis dan itu membimbangkan beliau.

Pemilik tanah NCR mendakwa dua syarikat yang beroperasi di sana telah menceroboh tanah mereka.

Portal berita Sarawak Report mendakwa dua syarikat itu adalah United Teamtrade Sdn Bhd dan Memaju Jaya Sdn Bhd yang telah mendapat lesen di kawasan NCR.

Portal itu turut mendakwa syarikat tersebut mempunyai pertalian kuat dengan ahli politik Barisan Nasional di Sarawak. ~tmi




Telok Bakong Online

Posted: 11 Nov 2013 11:08 AM PST

Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.-MK

Msinc-Apasal tarik balik..saman ler,Ingatlah pendokong PR tidak akan berganjak dari menegakkan kebenaran dan keadilan.Langkah tersebut menunjjukan beliau tidak berkeyakinan untuk memenangi kes tersebut.Kemungkinan langkah saman ini hanya untuk menakut nakutkan Rafizi dan Zuraidah atau untuk mempamerkan bahawa Sharizat adalah berada dipihak yang benar.

Tiada ulasan:

Pengikut