Selasa, 27 Ogos 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 27 Aug 2013 03:07 PM PDT

3 Babak Tanda Putera Boleh Cetus Kecurigaan – DAP

[HD] KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, berdasarkan ulasan, jelas filem Tanda Putera dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa rekaan dan yang tidak disahkan sebagai benar-benar terjadi ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969. 

Katanya, babak-babak yang dipaparkan itu boleh menimbulkan salah faham dan mencetuskan kecurigaan, kebencian dan malah ketegangan antara kaum.

"Saya sebutkan di sini tiga babak yang disebutkan dalam ulasan filem tersebut," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Shuhaimi Baba seharusnya mempertimbangkan dengan serius nasihat saya agar beliau tidak menganggap filem berkenaan 13 Mei 1969, 'Tanda Putera', tergolong dalam genre 'filem hantu' seperti filem Pontianak yang beliau hasilkan sebelum ini. 

Beliau seharusnya lebih prihatin tentang keadaan negara ini, khususnya keadaan generasi kini dan masa depan, demi mempertahankan dan meningkatkan hubungan baik antara kaum, serta keamanan dan keharmonian dalam negara. 

Dengan itu, Shuhaimi perlu menyenaraikan babak-babak rekaan serta peristiwa-peristiwa 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam 'Tanda Putera' tetapi tidak disahkan sebagai peristiwa sebenar agar rakyat Malaysia tidak salah faham dan terhasut sehingga memburukkan hubungan antara kaum di negara ini.

Tindakan ini mesti diambil memandangkan Shuhaimi sendiri telah mengakui bahawa filem beliau menampilkan cerita-cerita rekaan di sekitar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Pada 21 Februari tahun ini, Malaysiakini menerbitkan ulasan filem berjudulTanda Putera a double-edged sword oleh seorang "penggila filem" yang telah berpeluang menonton filem berkenaan dalam salah satu sesi pra-tayangan yang diadakan untuk beberapa kelompok sejak beberapa bulan lalu. 

Berdasarkan ulasan filem tersebut, jelas bahawa filem Tanda Putera dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa rekaan dan yang tidak disahkan sebagai benar-benar terjadi ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969. Babak-babak yang dipaparkan itu boleh menimbulkan salah faham dan mencetuskan kecurigaan, kebencian dan malah ketegangan antara kaum.

Saya sebutkan di sini tiga babak yang disebutkan dalam ulasan filem tersebut:

1. Babak yang menunjukkan sekumpulan pemuda Cina telah kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor, di luar rumah menteri besar ketika itu, Harun Idris.

2. Babak di pawagam yang menunjukkan layar panggung tiba-tiba digelapkan, digantikan dengan tulisan dalam bahasa Cina di layar yang meminta para penonton Cina meninggalkan pawagam. Seorang penonton berteriak menanyakan mengapa ada tulisan Cina di layar dan menuntut supaya tayangan filem diteruskan. Setelah itu, tiba-tiba, semua penonton yang masih tinggal dalam pawagam itu dibunuh.

3. Dalam babak-babak yang membawa kepada kemuncak ketegangan dan menimbulkan rusuhan kaum, ada seorang lelaki Cina misteri yang memerhati segala yang terjadi. Dia kemudiannya didedahkan sebagai seorang pemimpin komunis–mengisyaratkan bahawa komunis mungkin terlibat sebagai dalang kekacuan.

Saya telah mempersoalkan kesahihan peristiwa kencing berkenaan sebelum ini.

Apakah "peristiwa" kedua dan ketiga di atas benar-benar terjadi atau ia juga merupakan khayalan dan rekaan pembikin filem?

Dalam ucapan pertama saya di Parlimen 42 tahun lalu, pada 23 Februari 1971, saya menyeru agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat kejadian 13 Mei 1969 bagi menyelidik puncanya dan menilai sejauh mana buruknya hubungan antara kaum di negara ini, selain untuk mengemukakan saranan-saranan bagi mencegah kejadian 13 Mei 1969 daripada berulang dan juga memastikan jurang antara kaum tidak melebar.

Saya menyeru agar wang rakyat tidak digunakan untuk membolehkan seorang pengarah filem menggunakan "lesen kreatif" beliau untuk mereka-reka cerita tentang peristiwa-peristiwa yang kononnya membawa kepada rusuhan 13 Mei 1969. Sebaliknya, saya menyeru Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja esok bagi menyiasat kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969.

RCI berkenaan 13 Mei 1969 perlu diberi tugas untuk mengenalpasti peristiwa sebenar dan punca-punca rusuhan kaum 13 Mei serta pihak yang bertanggungjawab menimbulkan rusuhan tersebut, tetapi bukan untuk menyalahkan atau menghukum para pelakunya, memandangkan 44 tahun telah berlalu sejak tragedi itu, sebaliknya untuk mendedahkan sejarah sebenar supaya diketahui oleh generasi kini dan masa depan, selain untuk merawat luka lama perkauman yang parah dan mencegah 13 Mei daripada terus dijadikan momokan untuk menakut-nakutkan pengundi daripada menggunakan hak mereka yang sah dalam pilihanraya, seperti yang sering dilakukan dalam setiap pilihanraya selepas tahun 1969, atau untuk menghalalkan dasar-dasar yang memecah-belahkan dan tidak adil. - 27/8/13

Kerabu Bersuara ®

Posted: 27 Aug 2013 03:01 PM PDT

Oleh: Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak perlu melantik tenaga asing dalam beberapa jawatan penting untuk memulihkan syarikat itu kerana Malaysia mempunyai banyak kepakaran tempatan.

Sebaliknya, kata Ahli Majlis Perwakilan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul, MAS perlu menghakis campur tangan ahli politik dalam syarikat penerbangan negara itu.

"Kita mempunyai banyak contoh seperti syarikat penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh Tan Sri Tony Fernandes dan AirAsia X yang juga dimiliki oleh anak tempatan tetapi mereka berjaya mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa," ujarnya ketika dihubungi.
Beliau mengulas kontroversi berhubung pelantikan PlaneConsult sebagai perunding dan melantik lapan warga asing untuk memegang beberapa jawatan penting dalam MAS.

Menurut Johari, beliau tidak menolak keperluan mendapatkan kepakaran asing sekiranya diperlukan tetapi tindakan itu tidak seharusnya mengabaikan potensi anak tempatan.
Menurutnya lagi, masalah yang dihadapi MAS bukan berpunca daripada pengurusan syarikat sebaliknya hasil campurtangan politik kerajaan.

"Semasa Bekas Pengarah Urusannya, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman memimpin MAS, kita lihat prestasi syarikat itu begitu memberangsangkan.

"Tetapi selepas Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dengan melantik Tan Sri Tajudin Ramli sebagai pengarah urusan, kedudukan MAS jatuh merudum sehingga hari ini. Jadi ini iktibar yang harus difahami oleh pengurusan MAS," kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu.

Dalam pada itu, beliau percaya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan sedaya upaya mendesak kerajaan menswastakan MAS, sepertimana disuarakan baru-baru ini.

"Beliau merupakan seorang manusia yang tidak pernah puas dengan apa juga yang dimiliki," ujar Ahli Parlimen Sungai Petani itu.
Menurut Johari, desakan Mahathir supaya MAS dijual bertujuan membuat keuntungan berjuta-juta ringgit melalui modal yang diberikan kerajaan.

"Tetapi kita tahu, jika GLC ini bankrap walaupun selepas diswastakan, kerajaan jugalah yang perlu membeli semula syarikat ini manakala Mahathir pada ketika itu hanya diam membisu," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut