Selasa, 27 Ogos 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Politik Harian

Posted: 27 Aug 2013 03:34 AM PDT

Politik Harian


KJ Belasah Utusan Malaysia?

Posted: 27 Aug 2013 02:31 AM PDT


Tak de lah panas sangat pun pasal isu KJ belasah Utusan ni, cuma ada beberapa pihak suka mengambil kesempatan untuk memburukkan nama KJ.

Kononnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu mengkritik Utusan Malaysia berhubung tajuk muka hadapan kontroversi akhbar itu `Apa lagi Cina mahu?' beberapa bulan lalu.

Namun kritikan tersebut nyata tidak berasas kerana KJ pada majlis anjuran United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students di ibu negara itu hanya menjawab soalan daripada salah seorang mahasiswa yang hadir, yang dilihat sedikit liberal dan pro pembangkang.

Menurut salah seorang ahli UKEC, pelajar berkenaan telah bertanya adakah keputusan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Utusan menandakan kerajaan bersetuju dengan langkah akhbar itu yang seolah-olah menyalahkan sesuatu kaum (dalam kes ini Cina) berikutan prestasi kurang memberangsangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 lalu.

Sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO dan menteri Kabinet, sudah tentu KJ perlu menyatakan pendirian kerajaan yang tidak selari dengan tindakan mana-mana akhbar yang menyalahkan sesuatu kaum atau lebih teruk, cenderung melakukan provokasi terhadap kaum lain.

Adakah salah pendirian yang dinyatakan oleh KJ itu?

Kita semua tahu berita mengenai KJ dan Utusan itu telah dimainkan oleh meluas oleh portal propembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang dilihat bertujuan melaga-lagakan ketua sayap Pemuda itu dengan akhbar Utusan, apatah lagi pemilihan parti kini semakin hampir dan KJ telahpun menyatakan hasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Maka daripada berita propembangkang, blog-blog yang anti KJ menggunakan kesempatan untuk `spin' isu tersebut dan memburukkkan KJ.

Tidak terkecuali, pemimpin muda PKR, Nik Nazmi yang kini semakin lemas untuk kekal dalam barisan parti haprak itu juga tumpang sekaki untuk mengutuk KJ dan Utusan.

Lebih mengecewakan, NGO pro BN seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) turut `tumpang tui' memburukkan Ketua Pemuda UMNO berkenaan.

Apa yang admin pasti, golongan ini tidak berada dalam majlis UKEC itu dan mereka juga sudah pasti belum lagi menonton video KJ menjawab soalan tersebut.

P/S:-JMM dan Adiwijaya jangan ghairah sangat, selesaikan isu PSSGM dengan ROS baru boleh cerita.

-Nik who? takde tempt dalam PKR ke?

Ohpolitik!™

Posted: 27 Aug 2013 03:33 AM PDT

Ohpolitik!™


PLUS Bagi Rebat 20% sempena kemerdekaan 56 Tahun

Posted: 26 Aug 2013 06:48 PM PDT



Pengguna lebuh raya Plus berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.


Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Plus Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian Plus.

"Ia merupakan satu daripada langkah Plus menyemarakkan sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi Plus menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

"Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan Plus apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 Sept hingga 15 Dis ini," katanya sambil memberitahu tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.

Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, katanya.

-Bernama

TERKINI!! Cacai Pakatan Ranjang Sudah Pandai Makan BABI? WOW!

Posted: 26 Aug 2013 05:37 PM PDT


Mungkin bagi mereka ianya adalah perkara biasa tetapi bagi kita ianya amat menjijikkan malah menyimpang dari pegangan agama Islam itu sendiri.Apakah anak-anak muda yang celupar ini masih Islam atau hanya mengaku Islam ?

Gambar di atas merupakan salah satu daripada gambar yang di muatnaik oleh seorang pemegang akaun facebook bernama Komrad Haizal.Melihat kepada komen yang dinyatakan jelas mereka sedang mempermain-mainkan agama Islam itu sendiri.



Apakah motif anak muda ini mengeluarkan kenyataan dan gambar tersebut ? Jawapanya mudah , anak-anak muda ini hanyut dan rosak kerana nilai politik yang di terapkan kepada mereka jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya.

MMI rasa soal hukum halal haram sudah tidak lagi menjadi perkara utama kepada anak-anak muda ini dan mereka juga adalah sebahagian daripada macai-macai yang membantu kempen-kempen serta demontrasi jalananan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang atau mereka yang pro kepada pembangkang.

Selain dari itu mereka juga turut menjadi ancaman kepada kestabilan negara apabila gerakan dan aktiviti yang dijalankan lebih kepada mengagungkan perjuangan KOMUNIS !!

Rasanya gambar di bawah boleh memberikan sedikit pencerahan kepada anda ..



Apa yang MMI boleh katakan BAHAYA ! dan pihak berkuasa perlu segera memantau dan ambil tindakan yang bersesuaian.

Rasanya tak perlu MMI ulas panjang lebar , ampa semua boleh melihat sendiri di akaun facebook Komrad Haizal


Lihatlah bendera apa yang di pegangnya ...Sory MMI tak kasi link , kalau ampa nak buat lawatan sambil belajar cari sendiri di akaun facebook masing-masing. 

MMI

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 27 Aug 2013 03:32 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Ahmad Maslan tidak suka pembaziran

Posted: 27 Aug 2013 03:14 AM PDT


Dato Haji Ahmad Maslan adalah seorang yang banyak cerita perihal dirinya tapi Husin tertarik dengan cara dia bersalaman dan perkenalkan diri.

Dia akan sebut namanya sebagai Ahmad Maslan dan perkenalkan dirinya sekali sebagai Ketua Penerangan UMNO atau Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri mengikut kesesuaian majlis. Mudahkan orang untuk berurusan dengannya.

Lepas pilihanraya, Ahmad Maslan telah dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun ini satu portfolio yang mencabar, Ahmad Maslan sedia hadapi cabaran jawatan tersebut yang pernah diduduki pemimpin-pemimpin besar negara sebelum ini.

Lagi pun, dia sudah sediakan diri dengan ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dari New Zealand dan berijazah sarjana dalam Pengurusan Perniagaan.

Sejak matawang serantau mula menurun dan matawang ringgit pun sudah hampir 3.50 akibat merebaknya masaalah India, Ahmad Maslan amat berhati-hati dengan perbelanjaan negara.

Malaysia jangan terlalu boros dalam perbelanjaan, nasihatnya.

Ketika Ahmad Maslan berkunjung ke bandaraya Washington di Amerika Syarikat baru-baru ini untuk satu seminar kewangan dan pelaburan, pihak kedutaan telah mengatur beliau makan tengahhari di sebuah restoren yang posh sekali.

Selepas makan, dia meminta untuk melihat bil. Terkejut beruk dia belihat bil makan yang purata seorang hampir menjangkau beberapa ratus dollar Amerika Syairikat. Lalu dia bertanya pada seorang pegawai ktinggi kedutaan.

"Kenapa tempat ini mahal sekali?"

"Tempat ini mempunyai menu yang menarik dan pensajian makanan yang berkualiti, " jawab pegawai tersebut.

"Saya faham tetapi ini melampau sangat mahal! Kita kena berhati-hati dan peka dalam perbelanjaan. Duit yang kita belanja adalah duit rakyat. Jangan membazir"

"Memanglah mahal sedikit kerana ambiance...." terang pegawai tersebut.

"Sapa suruh order ambiance!!??"

Wow! Lain kali lauk ambiance jangan order.

Sahabat-Gunung

Posted: 27 Aug 2013 01:37 AM PDT

Sahabat-Gunung


Pemuda UMNO Anjur Sesi Brainstorming Pra Bajet 2014

Posted: 26 Aug 2013 11:12 AM PDT


Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menganjurkan sesi 'brainstorming' pra Bajet2014 bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan idea dari akar umbi untuk disalurkan kepada pihak kerajaan untuk dinilai dan dipertimbangkan untuk Bajet 2014.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, selain isu-isu pendidikan, keusahawanan dan orang muda, Pemuda juga mahu menampilkan perkara-perkara baru yang mungkin terlepas pandang dari anak-anak muda di luar yang mahu menyuarakan pandangan.

"Kita mahu idea-idea baru dari silent majoriti ini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai maklum balas dari peringkat akar umbi.

"Kita harap cadangan-cadangab ini dapat dipertimbangkan sebelum bajet2014 dibentangkan, kita harus mengambil pendekatan pro aktif kerana kebiasaannya kita membincangkan perkara ini selepas Bajet dibentangkan, jadi ia sudah terlambat untuk kita mengemukakan cadangan," ujarnya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pelaburan MARA Berhad di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempelawa orang ramai untuk memberi dan berkongsu maklum balas mengenai Bajet 2014, selaras dengan komitmen kerajaan untuk membentuk belanjawan yang diaspirasikan oleh rakyat.


Belanjawan 2014 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober ini.

Taipingmali (tm)

Posted: 27 Aug 2013 01:11 AM PDT

Taipingmali (tm)


Puteri Umno Bukit Gantang: 3 puteri bertanding?

Posted: 26 Aug 2013 11:03 PM PDT

Setakat hari ini 3 puteri disebut-sebut untuk pertandingan Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Gantang Perak.

Penyandang kerusi tersebut ialah Puan Jamilah bt Zakaria seorang guru yang berkhidmat dengan jabatan pendidikan.

Manakala AJK Puteri Umno Bahagian, yang disebut-sebut akan bertanding ialah Cik Hajah Hajar Hanim bt Hj Miskon dan seorang lagi masih samar-samar dan belum memberi hint atau buka mulut untuk bertanding.

Segalanya mungkin terjawab sebelum 28 September nanti.

Sama-samalah kita mengharapkan agar Umno Bukit Gantang kembali gagah seperti sebelum-sebelumnya.

Dahulu Umno Bukit Gantang merupakan kubu kuat Umno tetapi kini lemah dan hilang 3 kerusi penting iaitu Parlimen, Dun Changkat Jering dan Dun Sepetang.

BN kalah bukan kerana pembangkang kuat, tetapi kerana kurang koordinasi dalam BN dan Umno itu sendiri.

Harapan TM, ialah dengan perubahan dan tranformasi baru akan mengembalikan sinar yang hilang.

Next ialah Pemuda Umno Bukit Gantang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 Akan Rebut Kerusi Ketua Wanita Umno Bkt Gantang

Posted: 26 Aug 2013 10:40 PM PDT

Tiga ahli wanita Umno Bahagian Bukit Gantang Perak akan bertanding jawatan tersebut.

Pertama penyandangnya iaitu Pn Zananat bt Abd Samad, kedua ialah Pn Norizam bt Saleh dan Pn Salbiah bt Awang.

Pn Salbiah Awang menjadi calon favorite ketika ini adalah seorang penyelia KEMAS kawasan Parlimen Bkt Gantang memberi kelebihan kepada beliau.

Beliau juga adalah AJK Bahagian, berpengelaman lebih 20 tahun dalam politik dan dikenali ramai serta di senangi dan mudah didekati oleh semua ahli wanita bahagian tersebut.

Beliau diharapkan agar dapat membawa satu perubahan politik ke arah yang lebih baik kepada sayap wanita Umno Bukit Gantang untuk merampas kembali kerusi parlimen yang terlepas kepada Pas sejak 2 PRU lepas.

Dengan usaha agresif, wanita Umno akan lebih mantap sejajar dengan transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Diharapkan agar wanita mampu berhadapan dengan muslimah Pas untuk merampas kerusi Dun Changkat Jering dan Kuala Sepetang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ayo Yooooo Lagi Tembak kaaaa!

Posted: 26 Aug 2013 06:51 AM PDT

Seorang penternak lembu cedera di tangan selepas terkena tembakan sewaktu memandu lori yang sarat muatan makanan lembu di Sungai Division Kuala Muda Jalan Bukit Selambau di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang, mangsa, M. Yogeswaran, 30, hanya mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

Difahamkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal datang dari arah belakang lori dipandu mangsa. Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan ke arah mangsa namun hanya mengenai jari mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, tembakan itu menyebabkan lori dipandu mangsa terbabas manakala suspek terus melarikan diri.

"Mangsa masih dirawat hospital dan keadaannya dilaporkan stabil. Polis sedang menyiasat bagi mengesan suspek dan besar kemungkinan, mereka dikenali mangsa," katanya.

Khalil berkata, kejadian berlaku tidak ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kes-kes tembakan dilaporkan berlaku sebelum ini dan polis masih mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu. - UTUSAN ONLINE
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mencari pembunuh Altantiya

Posted: 26 Aug 2013 02:05 AM PDT

Blog Dap cukup cekap mengupas isu ini, mereka meletakkan tanda soal, siapa pembunuh warga monggolia,

So, eloklah kita tanya siapa pembunuh Teoh Beng Hock. Tak mungkin orang SPRM. Sebab mereka hanya melibatkan diri dalam soal siasat.

Semua orang tahu ada berlaku pergaduhan kecil dalam tandas antara Beng Hock dengan seorang lagi Taico Dap.

Kemudian TBH ditemui mati di lantai bangunan, nak cari siapa bunuh?

Lu pigi cari looo baru cakap itu monggolia punya kes!
http://t.co/2RUgoYxiMI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sidang Dun Perak : Bila ada sidang Dun baru nampak muka

Posted: 26 Aug 2013 01:50 AM PDT

Inilah sikap pembangkang Perak dari dahulu sampai sekarang.

Tm nak cerita sikit mengenai perangai Adun PKR Kuala Sepetang Perak.

2008 Kuala Sepetang diwakili oleh Tai See Ng dan 2013 Cik Chua Swee Eng china doll kesayangan Abang Nod dari Batu Pahat Johor.

Sejak menang PRU 13, hingga sekarang tak nampak muka dia turun padang jumpa rakyat.

Sudah ada rungutan rakyat, beberapa orang yang TM hubungi semuanya menyatakan tak pernah nampak mukanya turun kawasan, apa lagi untuk melihat masalah rakyat.

Ada apek yang komplen tentang perangai wakil rakyat Pkr dari zaman Tai See Eng hingga Chua Swee Eng, perangainya sama. Turun hanya untuk meraih undi sahaja, lepas menang muka pun tak nampak.

Hari ini bila sidang Dun yang pertama bermula, pandai pula dia hadir ke dewan. Turun kerana takut elaun hilang.

Bagi nya mungkin tugas wakil rakyat hanya bercakap dalam dewan Dun, bukan turun berjumpa rakyat.

Kawasan Melayu yang paling taksud dengannya ialah kampung Cheh, nah sekarang bila susah cari Umno jugak. Pi lah cari buah hati Abang Nod.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Aug 2013 11:37 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Sejak Bila Adegan Kencing Boleh Jadi BAHAN LAWAK? Aduhai Lembaga Penapisan Filem @Zahid_Hamidi

Posted: 26 Aug 2013 08:00 PM PDT


Kenyataan paling 'bijak' dari seorang Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia.
Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) tidak bersetuju dengan kritikan akhbar Utusan Malaysia terhadap filem terbaru Namewee, `Kara King', terutamanya dalam satu adegan tertentu.

Adegan itu menunjukkan Namewee (gambar), yang memegang watak utama, membuang air kecil di tepi jalan dan sementara cuba berpusing untuk merasuah seorang anggota polis, dia secara tidak sengaja terkencing atas pasangan kaum Melayu yang melintasi jalan itu dengan motosikal.

"Apa yang dihebohkan mengenai adegan itu? Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menterjemahkannya sebagai satu penghinaan kepada Melayu," kata Pengerusi LPF, Datuk Raja Azhar Abdul Manap dalam temubual dengan The Malaysian Insider.

Edisi mingguan Utusan Malaysia iaitu Mingguan Malaysia, mendakwa adegan itu tidak menghormati masyarakat Melayu.

Ahad lalu, Rosdan Ahmad menulis:"Susah sangatkah hendak membaca agenda Namewee untuk menghina orang Melayu dalam file mini? Menunjukkan orang Melayu terkena air kencing oleh Cina lepas dan tidak dipotong?"

Penulis itu juga mempersoalkan LPF mengapa adegan itu dibenarkan untuk tayangan.

Raja Azhar mengulas,"Air kencing itu secara tidak sengaja terpercik kepada pasangan Melayu itu. Ia satu komedi. Ia menunjukkan sikap pelakon utama dan tingkah laku buruknya. Tidak ada apa-apa yang berbau perkauman mengenainya. Sebab itu kita benarkan adegan itu.

"Kita melihat kepada keseluruhan filem, bukan hanya satu adegan. Ada mesej dalam filem itu. Pelakon utama yang berkeperibadian buruk akhirnya menjadi baik.

"Jika adegan itu dipotong, sikap pelakon itu tidak dapat ditunjukkan kepada penonton. Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menginterpretasikan ia seperti itu," katanya.

Baca seterusnya : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penghinaan-apa-lpf-faham-filem-namewee-tidak-faham-utusan

Sejak bila adegan KENCING boleh jadi satu bahan lawak?

Jangan terkejut kalau lepas ni ada budak-budak yang akan kencing kepada orang lain kerana merasakan lucu.

Jika itu berlaku, siapa yang perlu dipersalahkan?

*MyMassa nampak LPF semakin tak sensitif dalam menapis babak/adegan yang boleh memberi pengaruh buruk kepada masyarakat. Malah filem yang mengagungkan Komunis pun mereka tak nampak sebagai ancaman. Apa sudah jadi?

PANAS! Siapa Yang Bawa Band Hina Islam Buat Konsert Ke Malaysia?

Posted: 26 Aug 2013 06:00 PM PDT

Dikhabarkan satu band metal akan buat konsert selepas konsert Metallica, iaitu LAMB OF GOD.


Penganjur konsert tersebut adalah LIVESCAPE ASIA manakala tiket boleh didapati daripada AirAsia RedTix.

Persoalannya, tidakkah pihak yang meluluskan konsert ini tahu bahawa band LAMB OF GOD pernah menghina Islam? Ini buktinya...


MyMassa rasa Pemuda PAS telah tersilap bila membuat demonstrasi membantah konsert Metallica. Sepatutnya mereka membuat bantahan terhadap konsert ini.


Jika konsert ERYKAH BADU dibatalkan kerana menghina Islam (terdapat tatu Kalimah Allah di badannya), tidakkah band ini juga perlu dikenakan hukuman yang sama?

*Sebar-sebarkan supaya umat Islam sedar akan perkara ini.

Namewee semakin BANGSAT! NAMEWEE HINA ORANG MELAYU dalam filem terbarunya dengan AIR KENCING!

Posted: 26 Aug 2013 05:00 AM PDT




SELEPAS berjaya menghasilkan filem kontroversi berjudul Nasi Lemak 2.0, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee mengarahkan pula sebuah filem berunsur gengster yang menggabungkan tiga kaum terbesar, Hantu Gengster.


Ternyata rezeki memang berpihak kepadanya apabila kedua-dua filem ini mendapat pungutan yang tinggi jika dibanding dengan filem tempatan yang lain. Nasi Lemak 2.0 sahaja sudah mendapat kutipan sebanyak RM7 juta.

Terbaru, filem arahan ketiganya, Kara King pula menjengah panggung awal bulan lalu. Filem ini merupakan filem terbesar bagi Namewee apabila dijangka ditayangkan di beberapa negara Asia.

Bukan itu sahaja, filem ini juga dikatakan turut akan ditayangkan di Kanada. Memang pada dasarnya penghasilan serta perjalanan filem ini boleh dibanggakan kerana ia filem "buatan Malaysia".

Filem ini turut membariskan beberapa nama besar dalam industri seni antarabangsa sebagai barisan pelakon utamanya seperti seorang penyanyi Taiwan popular Gao Ling Feng dan juga pelakon senior Hong Kong yang pasti anda kenal, Ng Mang Tat yang cukup popular dan sering sahaja muncul dalam setiap filem komedi Hong Kong. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu peluang kepada pengarahnya untuk menembusi pasaran filem di Taiwan dan Hong Kong.

Namewee sememangnya satu nama yang "terkenal" di Malaysia, bukan semata-mata kerana penghasilan filemnya malahan melalui kontroversi yang dicipta untuk menyampaikan agendanya.

Jika diperhatikan memanglah filem Kara King tidak mempunyai apa-apa masalah, malahan kita sendiri cukup suka apabila filem-filem seumpama ini diterbitkan, tidaklah kita terpaksa menonton filem-filem lawak bodoh tempatan seperti yang dihasilkan selama ini.

Filem yang menjadikan muzik sebagai alat penyatuan dua hati ini merupakan satu perkara baru dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

Tidak mahu pergi jauh mengenai filem ini sekadar babak pertama sahaja kita sudah faham apa yang pengarah ini ingin sampaikan.

Seawal babak pertama filem ini sahaja sudah ada agenda tersendiri apabila Namewee (anak kepada Ng Mang Tat) kencing di tepi jalan. Selepas cuba merasuah polis, Namew ee pusing badannya ketika kencing dan air kencingnya terkena pada pakcik dan makcik yang Melayu, yang sedang menunggang motosikal.

Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?

Sekiranya ada filem Melayu yang memaparkan perkara seumpama ini, semestinya ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati akan memperbesarkan isu ini sehingga ditunda ke beberapa tarikh seperti yang berlaku terhadap filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba sebelum ini.

Perkara ini seakan-akan menjadi bahan lawak bagi Namewee sedangkan ini adalah satu cara baginya untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap orang Melayu. Perbuatan ini memanglah satu lawak baginya namun isu ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang kecil.

Walaupun sudah merangkul anugerah Best Asian New Director di Osaka, Jepun, janganlah dijadikan anugerah itu sebagai tiket untuk menghasilkan filem sampah seumpama ini. Bukan menaikkan isu rasis namun, inilah kenyataan yang dibawakan oleh anak muda yang berasal dari Muar, Johor ini.

Melalui Kara King yang dikatakan bercita-cita ditayangkan di beberapa negara luar ini, sememangnya akan membawa imej Malaysia yang terpesong di luar sana. Penonton luar akan menganggap apa yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah Malaysia padahal itu hanya agenda pengarahnya.

Malaysia yang digambarkan dalam filem Kara King didominasi oleh kaum Cina. Walaupun ada diselitkan beberapa watak Melayu dan India namun secara keseluruhannya ini adalah Cina. Ini dijangka akan merintis fenomena baru di mana filem tentang bukan Melayu yang mendominasi negara ini.

Kebiasaannya filem yang sudah siap perlu melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu sebelum ditayangkan. Namun adegan Cina kencing Melayu terlepas dari tapisan LPF seperti terlepasnya filem kontroversi The New Village. Kemungkinan besar LPF masih "buta" dalam membaca wacana dalam setiap filem. Adakah terlalu sukar untuk membaca agenda Namawee yang menghina orang Melayu dalam filem ini? Adegan Melayu dikencing Cina dilepaskan dan adakah ini tidak difikirkan oleh LPF?



Artikel Penuh: 


http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130825/hi_08/Kenapa-masih-buta?#ixzz2d2RzT4Zl © Utusan Melayu (M) Bhd
*Sepatutnya yang naik motor kena kencing itu, Nedim dengan bapanya!

sekupangdua

Posted: 26 Aug 2013 11:35 PM PDT

sekupangdua


LELAKI MONYET DI INDIA

Posted: 26 Aug 2013 06:00 AM PDT

Jika anda fikir Spiderman hidup hanya didalam Marvel komik dan filem Hollywood, berfikir lagi. Spiderman adalah benar, namanya adalah Jyothi Rai dan dia tinggal di India.

Bekas jurupembinaan 22 tahun menghabiskan kebanyakan masa beliau dengan acrobatically mendaki Chitradurga Fort. Beliau tanpa rasa takut dan dengan mudah mendaki dinding 300-kaki-tinggi tanpa abah-abah keselamatan dan beratus-ratus mata menonton dari bawah.

Rai berkata beliau membangunkan kemahiran memanjat dengan menonton monyet memanjat pokok dan cuba untuk meniru semula aksi dari filem-filem kegemarannya. Beliau berharap beliau diiktiraf sebagai pendaki yang terhebat di dunia.

Beliau berkata, beliau tidak pernah memakai peralatan keselamatan dan tidak pernah mengalami satu kemalangan pun. Beliau percaya keupayaan untuk melakukan sesuatu adalah bukti dia dilahirkan untuk mendaki. Beliau mengamalkan setiap hari dan yoga untuk mengekalkan fleksibiliti beliau.

Seorang peminat besar pendaki Perancis Alain Robert, Jyothi Rai berharap untuk mencapai kejayaan dan satu hari membuka sebuah sekolah bagi para pendaki.

Pastikan untuk menonton video di bawah.







           
Anda mungkin juga meminati:

BUAT RUMAH GUNA KOTAK ROKOK!

Posted: 26 Aug 2013 05:00 AM PDT

Wang Guohua mempunyai koleksi set kotak rokok yang di rekodkan dalam Guinness Book of Records.

Pengumpul dari Cina ini memulakan pencarian beliau untuk kotak rokok sejak tahun 2003 yang lalu dan kini dia adalah pemilik bangga dengan 30,000 pek rokok dari lebih 100 kawasan pengeluaran lebih daripada 10 buah negara. Dia telah menyediakan permohonan untuk Guinness Book of Records, sebagai manusia dengan koleksi terbesar pek rokok di dunia.

Seperti yang anda lihat dalam gambar, dia juga digunakan untuk menutup keseluruhan  bahagian dalam bilik di dalam rumahnya.





SEMUT JADI UDAP-KUDAP DI COLOMBIA

Posted: 26 Aug 2013 01:30 AM PDT


Semasa musim April-Jun, beribu-ribu petani Colombia mengumpul semut-semut gergasi, dinamakan ulonas,semut-semut ini dimasak dan dijual sebagai hidangan eksotik tradisional. Semut yang dipanggang dalam bekas berupa besen besar, di bungkus dan dihantar ke kedai-kedai di seluruh negara.

Sesetengah orang makan semut panggang, yang dikenali sebagai Culonas, seperti makanan ringan, sementara yang lain menggunakan mereka untuk membuat sos khas yang yang di makan bersama dengan kentang goreng.



APANAMA

Posted: 26 Aug 2013 11:34 PM PDT

APANAMA


ENDING the ENDLESS

Posted: 26 Aug 2013 02:26 AM PDT

oyabun

Posted: 26 Aug 2013 11:23 PM PDT

oyabun


Berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kenyataan bijak!

Posted: 26 Aug 2013 07:00 AM PDT


Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu terkandung perkara-perkara dasar mengenai Islam dan umat Islam tidak sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Ia sangat menarik untuk diteliti kerana fokus ucapan beliau itu adalah betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah diperkasa di Malaysia sebagai jawapan terbaik ke arah wahdah atau perpaduan dalam kalangan umat.

Secara langsung ucapan itu menghubungkan dengan pengaruh Syiah yang sedang menular di Malaysia. Ia adalah penegasan penting penolakan kerajaan terhadap ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan di kalangan warga umat.

Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi baru-baru ini dengan menyatakan terdapat 250,000 pengikut Syiah di Malaysia adalah sesuatu yang membimbangkan dan sifatnya mengancam.

Dalam ucapan itu Perdana Menteri menyebutkan antara lain, - " Dengan izin Allah, kita dalam keadaan bebas daripada peperangan, persengketaan mahupun bencana alam melampau seperti mana yang melanda saudara-saudara seaqidah di beberapa negara di seluruh dunia".

Alhamdulillah, Malaysia masih dalam keadaan damai walaupun pertentangan dalam kalangan kelompok politik sifatnya terkawal. Bukan tidak ada persengketaan di Malaysia yang boleh membawa apa yang berlaku di sesetengah negara Arab, tetapi kebijaksanaan kepimpinan negara ternyata masih ampuh dan strategik untuk meneruskan "jejak rekod" yang baik dalam pembangunan dan menyebabkan kesinambungan perubahan terjadi dengan terancang.

Bezanya Malaysia dan negara-negara umat Islam lain adalah idealisme Islam diterjemahkan secara beransur-ansur tetapi konsisten. Berasaskan pendekatan Siyasah Syariyyah kepentingan agama terpelihara dan Islam diterjemahkan dalam ilmu dan pendidikan, muamalah dan tijarah, perundangan dan kekeluargaan.

Amat penting gagasan besar Islam tidak saja dalam batas ritual dan rohaniah tetapi harus mampu diterjemahkan dalam pengurusan sumber supaya manfaatnya dirasakan.

Pemerhatian penulis, produktiviti rohaniah umat Islam relatif tinggi dalam konteks ibadah yang sifatnya rohaniah tetapi produktiviti amaliah umat Islam relatif rendah kerana tidak adanya perancangan konkrit dan strategik bagaimana Islam mampu berkembang dalam realiti masyarakat yang serba kompleks dan majmuk.

Sebab itu, Perdana Menteri menyarankan supaya pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan dijadikan pendekatan dalam situasi Malaysia baik dari segi dakwah dan tarbiyyahnya mahupun pendekatan politik yang diambil.

Pendekatan wasatiyyah bukan bermakna kita meleburkan soal prinsip tetapi ia memperlihatkan kebijaksanaan iaitu perimbangan idealisme dan realiti dalam gagasan yang praktikal dan relevan.

Tambah Perdana Menteri : '' Dalam konteks Islam dan Perpaduan Nasional - tiadanya ijmak atau kesepakatan dalam perkara asas beragama ditambah pula polemik tanpa berkesudahan yang akhirnya akan merugikan semua pihak".

Kenyataan Najib itu amat relevan di mana-mana dalam dunia Islam. Mesir, Tunisia, Syria, Libya, Iraq dan banyak lagi tidak pernah reda dengan pergolakan yang serius. Sesama Islam bersengketa dan berbunuhan.

Musuh-musuh Islam tidak perlu mengatur strategi untuk menghancurkan Islam lantaran di kalangan kelompok yang berbeza fahaman sedang menghancurkan yang lain dan akhirnya pihak ketiga yang akan mengaut keuntungan.

Tradisi muzakarah hampir pupus, jiwa tasamuh atau toleransi sudah hilang. Yang muncul kini ialah sikap kebencian yang melampau dan dendam kesumat yang tinggi sehingga hilang rasa muafakat terhadap hal-hal yang kita patut bersama.

Ia ditambah dengan polemik mencari kesalahan orang lain dan tidak pula menyumbang untuk membangun fikrah umat. Rasa tidak bersyukur terjadi. Yang dilihatnya hanya kuasa politik. Bila dapat kuasa politik program pembangunan dan perubahan untuk menyantuni masyarakat tidak ada. Syarah dan tazkirah dijadikan tunjangan menghina orang lain untuk memelihara muslihat sendiri.

Moga Ramadan yang berlalu dan Syawal yang perlahan-lahan meninggalkan kita ini membawa warga umat berfikir sejenak sehingga bila sengketa dalam kalangan umat akan berakhir.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

Posted: 26 Aug 2013 11:22 PM PDT

The Unspinners


Court Mammoth tindas orang masuk Islam... Boikot!

Posted: 26 Aug 2013 09:10 PM PDT

Retorik Abby tunjuk dirinya bodoh tak sekolah

Posted: 26 Aug 2013 06:10 PM PDT

Dah minta maaf dengan Dr Mahathir belum, Lokman?

Posted: 26 Aug 2013 06:25 AM PDT

Kita ajar anak budi bahasa, Mereka?

Posted: 26 Aug 2013 04:30 AM PDT

Altantunya: Berkali2 PR ditangkap bohong... Tahukah malu?

Posted: 26 Aug 2013 01:34 AM PDT

Belantan

Posted: 26 Aug 2013 11:19 PM PDT

Belantan


Kalau Cina pulaukan pemimpin Melayu, salah ke Melayu pulaukan barangan Cina?

Posted: 26 Aug 2013 09:21 PM PDT


Artikel menarik dari Blog. Zamkata ( Zainuddin Maidin ) mengenai kritikan beliau terhadap akhbar The Star dan bangsa Cina yang lupa asal usul mereka!

Apabila orang Melayu berpakat untuk memulaukan kedai Cina, barangan Cina dan semua produk syarikat Cina, maka akhbar The Star menjalankan kempen menentangnya kerana dakwanya membahayakan keharmonian sosial negara.

Tetapi apabila orang Cina menjalankan kempen untuk meruntuhkan dominan Melayu dalam sebuah kerajaan majmuk yang terbina sejak merdeka, The Star tidak pula nampak bahayanya.

Saya telah nampak bahayanya apabila ribuan orang Cina di kampong dan di bandar beratur panjang berbatu-batu, termasuk yang pulang dari luar negara untuk menenggelamkan kerajaan Melayu pada 5 Mei lalu.


Tindakan Buy Chinese Last oleh beberapa NGO Melayu adalah sebagai membalas tindakan orang Cina khususnya DAP yang mahu menghancurkan sebuah kerajaan yang bersifat multiracial tetapi telah tersasar membina sebuah kerajaan Bumiputra.

Jika orang Cina mahu melindungi perbuatan jahat menentang kepimpinan Melayu dengan kempen "Kami Suka Najib, Tetapi Tidak Suka BN," maka apa salahnya jika orang Melayu berkempen "Kami Suka Cina, Tetapi Tak Suka Barangan Cina."

Saya sendiri tidak percaya bahawa tindakan ini akan berkesan serta merta kerana kuasa ekonomi tidak sepenuhnya berada di tangan orang Melayu atau Bumiputra tetapi kempen Buy Chinese Last boleh berkesan jika dijalankan terus menerus dalam masa empat lima tahun akan datang secara profesional dengan strategi yang inovatif dan kreatif, halus dan bijak secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Benarkah Raja Petra simpan fail rahsia Azmin Ali?

Posted: 26 Aug 2013 09:34 AM PDT


Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dalam entri beliau bertajuk "MACC "Deep Throat" comes out of the closet". (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit. RPK berkata, fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.

Suara Politik
Belantan

Saya akan bekerja kuat untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR - Azmin Ali?

Posted: 26 Aug 2013 02:59 AM PDT


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu awal tahun depan.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan tumpuan utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian ... saya nak fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR.



"Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik." katanya lapor The Malaysian Insider.

Azmin juga turut menepis dakwaan wujudnya agenda memboikot Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya mengakui hubungan beliau selaku Pengerusi PKR Selangor amat rapat dengan Abdul Khalid yang juga Pengerusi PR Selangor.

"Kita ada muafakat cukup baik ... wacana agak berkala bagaimana parti boleh bersama kerajaan negeri melaksanakan manifesto. Hubungan kerja cukup baik, jangan layan fitnah dan tohmahan," katanya lagi.


Beliau juga berkata, hasil perbincangan ketika temu rapat antara pemimpin PR di Pulau Pinang pada Ahad dan Isnin lalu juga perlu dilaksanakan.

"Kita nak selaraskan dan laksanakan apa yang kita bincangkan di temu rapat," katanya ringkas di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di hari ini.

Laporan media sebelum ini berkata Abdul Khalid umpama dipinggirkan PKR negeri dalam aktiviti mereka dan hanya dilihat menghadiri program anjuran agensi-agensi kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa penyertaan pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adu) mahu pun pimpinan cabang PKR.



Malah, Khalid juga turut dikatakan dilihat hanya hadir dalam program-program anjuran Exco atau DUN yang diwakili oleh PAS atau DAP.



Perkara itu disedari apabila Majlis Rumah Terbuka hari raya pertama yang diadakan di Dataran SUK di Shah Alam yang hanya dihadiri kebanyakan pimpinan PAS dan DAP tanpa kehadiran pemimpin dan ADUN mahupun kepimpinan cabang PKR Selangor.

Ketika program hari terbuka Parlimen Gombak yang dianjurkan oleh Azmin baru-baru ini, Khalid juga tidak kelihatan walaupun ramai ADUN dan pimpinan PKR hadir.

Mungkin anak-anak muda perlu memikirkan samada mahu lagi memilih PKR sebagai haluan politik mereka jika mereka mendapati moral para pemimpin PKR adalah sama seperti mana dalam gambar-gambar diatas! Fikir dan renongkan lah sebelum terlambat!

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 26 Aug 2013 11:08 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Article: "Saya tawar diri bertanding untuk jawab tohmahan" -Mashitah | Astro Awani

Posted: 26 Aug 2013 12:56 AM PDT

Harap jika berjaya beliau boleh jadi Ketua Wanita pula

"Saya tawar diri bertanding untuk jawab tohmahan" -Mashitah | Astro Awani


Sent from my iPhone

Ancaman AS bangkit kemarahan Syria

Posted: 26 Aug 2013 12:03 AM PDT


BEIRUT 25 Ogos - Syria memberi amaran sebarang tindakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Damsyik akan membangkitkan kemarahan di seluruh rantau Asia Barat.

Menteri Penerangan Syria, Omran Zoabi berkata, sebarang tindakan ketenteraan tidak akan memudahkan dan menyelesaikan keadaan, sebaliknya menjadikan sesuatu krisis lebih kompleks.

"Sebarang campur tangan AS akan mewujudkan kesan sampingan dan satu gumpalan bola api yang akan membangkitkan kemarahan Asia Barat'," katanya yang dipetik oleh agensi berita SANA.

Iran turut menyokong kenyataan Syria memberi amaran supaya AS tidak mengambil tindakan ketenteraan terhadap Damsyik.

Timbalan Ketua Turus tentera Iran, Massoud Jazayeri berkata, Washington tidak sepatutnya melanggar 'garisan merah' yang disifatkan sebagai campur tangan AS di Syria.

"Sebarang campur tangan oleh Washington (di Syria) akan membawa kesan buruk.

"AS tahu had garisan merah barisan hadapan Syria dan sebarang pelanggaran (itu) akan memberi kesan buruk kepada White House," katanya yang dipetik oleh agensi berita Fars.

Presiden AS, Barack Obama sebelum ini keberatan untuk campur tangan dalam konflik di Syria, namun laporan berhubung pembunuhan beramai-ramai dekat Damsyik akibat serangan gas, baru-baru ini yang didakwa dilakukan tentera Syria, memberi tekanan ke atas White House untuk menunaikan janjinya yang dibuat pada tahun lepas untuk mengambil tindakan ke atas Damsyik sekiranya negara itu terbukti menggunakan senjata kimia. - REUTERS

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Rebat Tol 20 Peratus Sempena Hari Kemerdekaan | Terengganu Today

Posted: 26 Aug 2013 12:01 AM PDT

Pengguna lebuh raya Plus berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Plus, Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian Plus.

"Ia merupakan satu daripada langkah Plus menyemarakkan sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi Plus menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

"Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan Plus apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 September hingga 15 Disember ini," katanya sambil memberitahu tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.

Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, katanya.


http://terengganutoday.com/berita-utama/rebat-tol-20-peratus-sempena-hari-kemerdekaan


Sent from my iPhone

Kalimah Allah: Sikap ulama Pas mendukacitakan

Posted: 25 Aug 2013 11:25 PM PDT

Kalimah Allah: Sikap ulama Pas mendukacitakan

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sikap pemimpin Pas khususnya golongan ulama yang sehingga kini tidak mahu bertegas dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini amat mendukacitakan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, sikap tersebut sekali gus akan mengelirukan banyak pihak dan bakal menjerumuskan umat Islam ke lembah syirik serta murtad.

''Biarlah pemimpin Pas bersikap seperti 'anai-anai' menyokong pihak gereja tetapi pemimpin dalam kalangan ulama mesti membuat penjelasan.

''Mereka hendaklah membuat satu kenyataan yang tegas, dalam masa sama memanggil semua ketua dewan ulama negeri-negeri untuk diberikan penjelasan agar mereka boleh bertindak menerangkannya kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, merujuk kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebelum ini, perkara itu boleh membawa kepada syirik.

''Ertinya ini perkara besar dan urusan fiqhul akbar. Oleh itu, segala kekeliruan dalam kalangan umat Islam mesti dirungkai segera oleh pemimpin ulama di dalam Pas,'' katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Hafiz meminta pemimpin Pas, khususnya golongan ulama segera membuat pencerahan terhadap isu kalimah Allah supaya tidak timbul kekeliruan.

''Asasnya hendaklah merujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan,'' katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 26 Aug 2013 11:03 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Isu Mesir, Pendirian Fathul Bari Bedasarkan Nasihat Mufti Madinah...

Posted: 26 Aug 2013 10:00 PM PDT

Pendirian Dr Fathul Bari dalam isu Mesir :

1. Kezaliman dan pertumpahan darah adalah dilarang di dalam islam

2. Pemerintah muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut islam. Lihat ulasan panjang Ibnu Hajar Al Asqalaani (wafat 852h) yang mengulas shahih alimam albukhari: telah berijmak ulama-ulama fiqh bahawa wajib mentaati imam yang merampas kuasa imam sebelumnya.dan ketaatan itu disebabkan oleh usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah.

3. Jadi,kita sepakat tak setuju tindakan tentera menumpahkan darah. Mana mungkin individu bernama muslim menerima kejadian kejam seperti itu. Oleh itu,para ulama ahlussunnah yang konsisten antaranya mufti madinah syeikh soleh alsuhaimi; setelah beliau mengkritik tindakan kejam kudeta,beliau menyarankan supaya rakyat mesir pulang ke rumah ikut perintah darurat demi mengurangkan pertumpahan darah.

4. Hadis Nabi S.A.W  "bila berlakunya fitnah...patahkan busur-busur panah kalian,pukullah pedang-pedang kalian di batu,lazimilah rumah-rumah kalian.." (Riwayat ahmad)

5. Maka pesan Nabi S.A.W sangatlah jelas. Baginda bencikan fitnah dan pertumpahan darah kerana itu muslim yang jiwanya bersih pasti membenci hal yang berlaku.

6. Namun, oleh kerana belum ada kekuatan, tindakan yang dilakukan hendaklah rasional. Firman Allah: "hendaklah kamu persiapkan senjata-senjata dan kenderaan perang kamu sedaya mampumu dgn itu kamu akan menakutkan musuh-musuh allah dan musuh-musuh kamu".

7. Maka,apa kekuatan rakyat mesir?batu?demo?astaghfirullah.

8. Nabi Muhammad S.A.W membina kekuatan dengan berhijrah.

9. Sebelum berhijrah,berapa ramai sahabat Nabi S.A.W dibunuh kerana memeluk islam. Sumayyah dan ahli keluarganya. Bilal diseksa. Ibnu al-art diseksa..namun apa tindakan Nabi S.A.W ????? Demo? Bakar semangat supaya semua turun dijalanan? Berperang dengan arab jahiliyyah yang kuat ketika itu???? Jawapannya tidak! Nabi S.A.W himpun kekuatan dengan berhijrah.

10. Manakala keadaan rakyat mesir pada hari ini,sudah tentu mereka tidak mampu berhijrah. Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah pulang terlebih dahulu ke rumah dan elakkan pertumpahan darah. Jika kudeta ini datang ke rumah dan cuba mengambil hak-hak mereka,maka pertahankanlah hak-hak tersebut walaupun nyawa tergadai. Tapi,sudah tentu pertumpahan darah pasti berkurang.

11. Sabda Nabi S.A.W : "sesungguhnya darah umat islam haram ditumpahkan..."

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 26 Aug 2013 09:39 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


ISU MESIR : KENYATAAN FATHUL BARI YANG BIKIN PENTAKSUB ARAB SPRING PANAS !

Posted: 26 Aug 2013 01:49 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 26 Aug 2013 09:36 PM PDT

PenangWasabi


Malaysia perlu tolak TPPA - Dr. Mahathir!

Posted: 26 Aug 2013 03:24 AM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA.

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Penang Wasabi..

tok gajah

Posted: 26 Aug 2013 09:19 PM PDT

tok gajah


Apebile cine sudah bersatu dalam DAP .....................

Posted: 26 Aug 2013 08:45 AM PDT

Kini Tok peratikan bahawe orang melayu/islam sedang sebok memikirkan tentang hal2 yang sedang berlaku di Mesir, Syria dan Palestin. Siang malam di sane sini orang2 melayu/islam berbicare tentang musibah yang sedang menimpe umat islam di sane. Hinggekan mengadekan demo membantah kekejaman yang berlaku terhadap umat islam. Pehak alim ulamak juge turut mengade kan solat di masjid2 mohon rahmat kedamaian bagi umat islam di sane tu.

Sebenar nye umat islam di Malaysia ni juge sedang berade duduk di atas 'time-bom' yang pasti akan meletup pade bile2 mase jue. Orang melayu tahu bahawe kebobrokan yang sedang berlaku di negare Arab tu di sebab kan umat islam yang berpecah belah dan tidak mahu bersatu padu.

Orang melayu harus sedar bahawe keadaan di negare Arab dan di Malaysia sangat berbeze dalam berhadapan dengan 'musuh'. Di negare Arab mereke hanye bertempur sesame islam, sedangkan di Malaysia umat islam nye terbahagi due juge - pro-kerajaan dan anti-kerajaan. Malanye nye bagi umat islam di Malaysia ni, diantare pro-kerajaan dan anti-kerajaan  ade 'musuh' islam yang sedang tersembunyi.

Musuh islam ini nampak nye lebih bijak dari umat islam, mereke sudah pun bersatu di bawah satu panji2 iaitu DAP. Sedangkan umat islam sedang ber musuh2n han antare satu same lain dengan secare lisan. Walaupun 'permusuhan' ini tidak berbentuk perkelahian dan pertumpahan darah, tetapi ianye telah pun mendatangkan kesan yang sangat buruk terhadap kaum melayu/islam.

Perpecahan kaum melayu/islam secare 'lisan' ini lah yang menyebab kan kuase politik melayu/islam sudah menjadi lemah. Dengan kelemahan ini lah yang telah menyebabkan kaum kafir sudah berani dan lantang bersuare mempertikaikan itu dan ini. Tidak cukup dengan itu mereke juge sedang menuntut beberape perkare yang tidak masuk dek akal seperti - pengune an kalimah Allah kedalam bible versi bahasa melayu.

Kaum melayu/islam bukan sahaje sedang di himpit oleh kristian, tetapi kite juge sedang di himpit oleh cine Dong Zhong dan kaum hindu Hindraf - ini lah yang Tok maksud kan sebagai 'time-bom' yang akan meletup pade bile2 mase sahaje.

Umat islam harus bersatu sekarang ni juge, jangan sampai tunggu 'time-bom' tu meletup baru hendak bersatu. Kemungkinan ketike itu ianye sudah terlambat - jangan tunggu hingge nasik menjadi hangus, kalau jadi bubur ianye masih juge boleh di makan.
inikah musuh sebenar umat Islam di Malaysia???


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 26 Aug 2013 09:15 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Azlan Man Sudah Masuk Perangkap Budak Budak PKR & DAP Di Facebook?

Posted: 26 Aug 2013 09:45 AM PDT


Selepas pilihan raya umum ke-13, ada satu group baru bernama Republic of Anak Perlis (ROAPERS) diwujudkan di Facebook. Antara program pertama kumpulan ini adalah membuat jamuan hari raya di Kuala Perlis. 

Peliknya, jemputan pertama yang dibuat ke majlis tersebut adalah kepada Chan Ming Kai (ADUN PKR Indera Kayangan). Apa motifnya jemput YB PKR ini sedangkan ADUN Kuala Perlis (selaku tuan rumah) sendiri tidak dijemput pun? 

Bila ditanya mereka beri alasan R kerana nombor plat Perlis. Itu alasan yang dicipta untuk melindungi agenda tersirat Republik tersebut.

\

Azlan Man, MB Perlis yang baru pun turut dijemput sama hadir. Beliau hadir atas kapasiti Menteri Besar. Mungkin tidak sedar, group tersebut mempromosikan nama Republik. Mengapa nama Republik?

Republik ini bermaksud Ketua Negeri bagi Perlis adalah Presiden bukannya Raja sebagaimana yang ada sekarang. Ideologi yang sama cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim kini sudah mula dijaja di Perlis.

Perlis bukanlah sebuah negeri Republik kerana masih lagi bersultan dan beraja. Mengapa perlu promosikan idea Republik di Perlis? Apakah perkara ini disedari oleh Azlan Man sendiri?


Strategi pembangkang untuk mendekati anak muda sudah boleh dibaca. Mereka buat satu gerakan bertema dan bersimbol. 

Rakyat yang mengikut sesuatu simbol yang dicipta secara tidak sedar tidak tahu bahawa mereka sedang ditaksubkan dengan logo dan simbol tersebut. 

Begitulah gamaknya yang telah dibuat oleh "R" untuk Royalti Kelantan, kemudian tampal di belakang kereta. Perniagaan sticker Royalti Kelantan itu banyak memberi keuntungan kepada geng dan kroni Husam Musa yang berada di Kuala Lumpur. 

Apakah strategi yang sama digunakan oleh group Roapers? Majoriti admin Roapers bukannya berada di Perlis, tetapi di Kuala Lumpur.


Agenda group bernama Roapers mulai terbongkar bila turut sama membenarkan jemputan yang dibuat oleh  Ammar Ghazali (Ketua Pemuda AMK PKR Perlis). 

Bila ada orang komen mengatakan jemputan itu adalah bersifat politik, maka admin group tersebut iaitu Tok Ngulu (fake account) telah mula mempertahankan jemputan yang dibuat oleh Ammar Ghazali.

Lebih dahsyat lagi bila terus membuang komen komen yang cuba mendedahkan apa agenda sulit Anwar Ibrahim dan DAP di Perlis. Apakah Tok Ngulu itu berpihak pada PKR? 

Mengapa perlu gunakan fake account jika ROAPERS itu ada agenda yang baik untuk rakyat Perlis?


Bila terdapat komen yang cuba mendedahkan tentang agenda tersirat PKR dan DAP maka ada beberapa pengomen tegar dalam group ROAPERS cuba bertindak menjadi pembela. 

Antaranya yang bernama Mohammad Redzuan. Bila disemak, rupanya beliau adalah penyokong tegar PAS (gambar belakang berbaju hitam). Gambar dibawah ini bukti beliau adalah penyokong tegar PAS.



Oleh itu, apa sebenarnya agenda tersirat ROAPERS ini? Mempromosikan sticker untuk dipuja oleh anak muda dalam Facebook kemudian mengaut keuntungan politik dalam masa 5 tahun akan datang di Perlis ?

PRU13, PKR sudah bertapak di Perlis setelah sekian lama mencuba. Mereka mulai merancang untuk memaksimumkan sokongan pengundi muda dalam PRU14. 

Hari ini dia akan bercakap soal makan, kereta dan sebagainya. 5 tahun lagi dia akan promosi politik. 

Dalam tidak sedar ada unsur politik PKR dan DAP masuk. Bila ada menegur, mereka membantah ianya sebagai bukan politik. Apakah ini tidak disedari oleh Azlan Man? 

Rakyat Perlis perlu bijak menolak strategi politik halus PKR, DAP dan PAS ini. Mereka mahu meruntuh dan menawan Perlis sekarang ini di Facebook. 

MB sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak boleh tunggu dan lihat sahaja. Bertindaklah sebelum terlambat. Jangan terperangkap sama dengan strategi lawan.


Cardiff Menang Lawan Manchester City, Tetapi Kenapa Terbalikkan Bendera Malaysia?

Posted: 26 Aug 2013 07:41 AM PDT


Ini satu tindakan yang biadap.

Sertai Pertandingan Gambar & Video Kreatif Sempena Hari Kemerdekaan #Merdeka56 #IM56

Posted: 26 Aug 2013 05:11 AM PDT


Awas Dengan Taktik Pencuri Maybank2u Ini

Posted: 26 Aug 2013 01:08 AM PDT


Kisah kali ini merupakan kisah benar yang berlaku ke atas jiran BB. Bukan berniat nak menakut-nakutkan pengguna maybank2u apatah lagi untuk memburuk-burukkan perkhidmatannya, cuma sekadar membuka mata para pengguna supaya lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak berulang. (baca seterusnya di sini)


Video Ini Mendedahkan Mengapa Kalimah Allah SWT Mahu Digunakan Di Malaysia #SaveMaryam

Posted: 25 Aug 2013 10:30 PM PDT




Alfaizhamid

Posted: 26 Aug 2013 09:02 PM PDT

Alfaizhamid


BUAI LAJU-LAJU

Posted: 26 Aug 2013 08:14 PM PDT




Taman Tasik Ampang Hilir | 25 Ogos 2013

JURI RAKYAT

Posted: 26 Aug 2013 07:13 PM PDT

JURI RAKYAT


5 Rekor Manusia Tertinggi di Dunia

Posted: 25 Aug 2013 10:40 PM PDT

1. Robert Wadlow
 
5 Rekor Manusia Tertinggi di Dunia

Robert Wadlow mencatatkan namanya sebagai manusia tertinggi di dunia dengan tinggi badan mencapai 2,72 meter. Wadlow berasal dari Alton, Illinois. Ia lahir pada tahun 1918 dan meninggal pada tahun 1940 di usia yang sangat muda, yaitu 22 tahun. Meski begitu, ia tetap tercatat sebagai manusia tertinggi di dunia.


2. John Rogan

5 Rekor Manusia Tertinggi di Dunia

Manusia tertinggi kedua di dunia ditempati oleh John Rogan. Dengan tinggi badan mencapai 2,67 meter, ia sempat dinobatkan sebagai manusia tertinggi di dunia sebelum dipecahkan oleh Robert Wadlow. Rogan sendiri lahir pada tahun 1868. Ia meninggal pada tahun 1905 di usia 37 tahun.


3. John F. Carroll

5 Rekor Manusia Tertinggi di Dunia
Posisi tiga ditempati oleh John F. Carroll. Ia memiliki postur tubuh setinggi 264 centimeter.  Ia dikenal sebagai salah satu manusia tertinggi yang hidup di era 60-an. John F. Carroll meninggal dunia karena ia menderita sakit parah yang disebabkan oleh kelainan pada bagian tulang belakangnya.


4. Myllyrinne

5 Rekor Manusia Tertinggi di Dunia
Myllyrinne adalah manusia dengan rekor tertinggi di dunia berikutnya. Ia memiliki tinggi sekitar 2,51 meter. Dengan tubuh setinggi itu, maka Myllyrinne masuk dalam jajaran manusia tertinggi di dunia. Myllyrinne sendiri dilahirkan pada tahun 1909 dan wafat di usia 53 tahun pada tahun 1963.


5. Don Koehler

5 Rekor Manusia Tertinggi di Dunia
Posisi lima dalam daftar manusia tertinggi dalam sejarah adalah Don Koehler. Pria yang satu ini memiliki tinggi 2,49 meter. Koehler lahir pada tahun 1925. Ia lalu meninggal dunia pada tahun 1981 di usia 56 tahun. Postur tubuh Koehler yang tidak wajar diduga karena adanya syndrome genetis yang menyerangnya.


Itulah Daftar 5 Rekor Manusia Tertinggi di Dunia dalam sejarah manusia. Kelima orang itu memiliki tinggi yang ekstrem sehingga mereka bisa masuk dalam daftar lima rekor manusia tertinggi di dunia

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Aug 2013 03:09 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) 'Romen' dalam kolam mandi awam

Posted: 26 Aug 2013 09:32 AM PDT

Seorang pelayar web Stomp.sg berasa jelik melihat sepasang kekasih sedang berpeluk-pelukan di satu sudut di dalam kolam renang kompleks SAFRA di Jurong, Singapura di hadapan beberapa orang kanak-kanak.

Dalam laporannya, Yong Xian menulis:

"Pasangan tersebut berpelukan dalam keadaan ghairah di kolam renang awam di komplek SAFRA.

"Mereka bercium dan berpelukan - di hadapan kanak-kanak.

"Ada masanya mereka menyentuh kemaluan pasangan masing-masing tanpa segan silu."
Stomp.sg

'Isteri kasi panas, baru abang dapat hisap'

Posted: 26 Aug 2013 08:02 AM PDT

Gambar hiasan
Biasanya, perkara yang menyalahi undang-undang ini dilakukan anak muda tapi ini lain ceritanya. Si suami siap berbaju melayu manakala isterinya memakai baju kurung siap bertudung lagi. Baru balik beraya kot.

Jika dinilai dari mata kasar, pasangan ini sedang menghadap peralatan menghisap dadah.

Kalau betul, semoga mereka segera insaf. Bukan sahaja tak baik untuk kesihatan, silap hari bulan sama-sama merengkok dalam penjara nanti.

Tapi, tak tahulah pula kalau itu salah satu cara mengubat penyakit tertentukan.

Anda nilaikanlah sendiri.

mynewshub

Gareth Bale Pecah Rekod Dunia Sebagai Pemain Bola Sepak Termahal

Posted: 26 Aug 2013 07:01 AM PDT

Spurs setuju melepaskan Bale ke Real Madrid.
PEMAIN antarabangsa Wales, Gareth Bale pada Isnin memecah rekod sebagai pemain termahal dunia apabila kelabnya Tottenham Hotspurs bersetuju menjualnya kepada Real Madrid dengan harga £86 juta.

Dengan perpindahan itu juga Bale turut menandantangani kontrak enam tahun dengan pembayaran gaji sebanyak £300,000 seminggu.

Akhbar the Daily Mail dalam laporan eksklusifnya menyebut bahawa Pengerusi Spurs, Daniel Levy menerima lamaran Madrid dan mengesahkannya dalam mesyuarat lembaga pengarah kelab itu pada malam Ahad.

Bale adalah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris tahun lalu.

Penjualannya kepada Madrid memecah rekod yang sebelum ini disandang oleh Cristiano Ronaldo apabila Manchester United menjualnya kepada kelab yang sama pada tahun 2009 pada harga £80 juta.

Levy kembali ke London selepas mengadakan rundingan di Madrid dengan ejen Bale, Jonathan Barnett yang turut dihadiri oleh Pengarah Bolasepak Spurs, Franco Baldini.

Bale, 24, dibeli oleh Spurs enam tahun lalu dari kelab Southampton dengan harga £7 juta dan menjualnya pada harga £86 juta adalah satu keuntungan yang berlipat kali ganda dan tidak akan ditolak oleh mana-mana kelab pun dalam dunia.

Real, yang akan bermain menentang Granada pada Isnin akan memperkenalkan Bale dalam satu majlis besar-besaran di Bernabeu pada Selasa.

Penjualan Bale kini membuka laluan kepada Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas untuk meneruskan pembelian pemain baru lagi selepas membelanjakan hampir £60 juta sepanjang musim panas ini untuk memperkukuhkan skuad mereka.

Antara pemain ternama yang telah dibelinya termasuklah pemain antarabangsa Sepanyol Roberto Soldado dari Valencia dan pemain antarabangsa Brazil, Paulinho.

Kini Levy akan meneruskan perbincangan dengan kelab Itali, Roma untuk mendapatkan penyerang sensasi Argentina, Erik Lamela, selepas Chelsea 'mencuri' pemain yang sepatutnya dibeli oleh mereka iaitu Willian pada harga £30 juta dua hari lalu.

Belum pernah lagi dalam sejarah kelab itu, mereka berbelanja sebegitu besar dalam satu musim dalam usaha untuk menempatkan diri di kalangan empat kelab terbaik dalam liga bagi melayakkan diri dalam Liga Juara-Juara Eropah.

10 PEMAIN TERMAHAL DUNIA:

1. GARETH BALE (Spurs ke Real Madrid, Ogos 2013) - £85.9 juta

2. CRISTIANO RONALDO (Man Utd ke Real, Jun 2009) - £80 juta

3. KAKA (AC Milan ke Real Madrid, Jun 2009) - £56.1 juta

4. EDINSON CAVANI (Napoli ke Paris SG, Julai 2013) - £55 juta

5. RADAMEL FALCAO (At Madrid ke Monaco, Mei 2013) - £51 juta

6. FERNANDO TORRES (Liverpool ke Chelsea, Jan 2011) - £50 juta

7. NEYMAR (Santos ke Barcelona Mei 2013) - £48.6 juta

8. ZINEDINE ZIDANE (Juventus ke Real, Julai 2001) - £45.6 juta

9. ZLATAN IBRAHIMOVIC + SAMUEL ETO'O (Inter Milan ke Barcelona Julai 2009) - £40 juta

10. HULK (Porto ke Zenit St Petersburg, Julai 2012) - £39.5 juta

Senarai lengkap nama kumpulan kongsi gelap diumumkan KDN

Posted: 26 Aug 2013 05:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.

"Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

"Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah," katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

"Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak," katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

"Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).

"Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita," katanya.

Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.

EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. - BERNAMA

Pelajar tingkatan dua dinoda dalam semak

Posted: 26 Aug 2013 03:01 AM PDT

Gambar hiasan
Hulu Selangor: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan saja 'diculik' dan dibelasah, malah dia turut diperkosa dalam kawasan semak sebelum ditinggalkan di sebuah perhentian bas, Serendah, di sini.

Mangsa bernasib baik apabila diselamatkan orang awam yang menghubungi polis dan membawanya ke balai polis untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai memperkosa mangsa bagaimanapun sudah ditahan polis kelmarin, dalam tempoh kurang 48 jam selepas kejadian.

Menurutnya, kejadian terbabit berlaku jam 3.15 petang Rabu lalu apabila pelajar tingkatan dua itu pulang dari sekolahnya dengan berjalan sendirian ke Batang Kali, di sini.

"Suspek menunggang motosikal Honda EX5 menahan dan memaksa pelajar itu membonceng bersamanya. Gadis terbabit menolak ajakan itu, namun suspek membelasahnya.

"Berikutan itu, mangsa dibawa menghala ke Jalan Genting-Batang Kali. Tiba di satu kawasan semak, mangsa diperkosa," katanya.

Harian Metro

'Ahmad Idham bagai kacang lupakan kulit' - David Teo

Posted: 26 Aug 2013 01:01 AM PDT

Kadangkala kesian juga FINAS dibuatnya. Tolong salah, tak tolong pun salah. Selepas dibidas dan dipersalahkan atas kejatuhan kutipan filem tempatan oleh Ahmad Idham, Mejar David Teo tampil untuk mempertahankan badan tersebut dan membidas kenyataan rakan seperjuangannya itu.

Kata David Teo:-

Janganlah menuding jari kepada FINAS apabila filem tidak dapat sambutan. Saya harap produser atau pengarah dapat membetulkan diri. Saya meletakkan kesilapan pada produser itu sendiri sekiranya penonton tidak berminat menonton filem mereka, bukan salah FINAS, pawagam, penonton atau media. Strategi pemasaran tidak menjadi juga adalah sebabnya.

Jangan jadi produser filem sekiranya tidak bersedia mengambil risiko mengalami kerugian. Sekiranya tidak mahu rugi, lebih baik simpan saja duit dalam simpanan tetap di bank atau beli bangunan tiga tingkat sebagai pelaburan. Setiap bulan boleh kutip kadar faedah dan keuntungan.

Abang Nara sokong kata-kata Mejar David Teo. Buat filem memang ada untung ruginya. Bukan senang nak memikat penonton datang ke pawagam. Filem yang dihasilkan mestilah kena dengan selera rakyat Malaysia. Jangan main syok sendiri sahaja. Tambah David Teo lagi:-

Saya cukup kesal dengan kenyataan Idham. Sebelum ini dia ahli lembaga FINAS. Dulu, masa dia di FINAS dia tidak buat apa-apa cadangan untuk bantu filem. Dulu dia dapat duit berjuta-juta ringgit daripada rebat dan skim insentif FINAS tidak pula bising-bising. Saya harap Idham sedar diri!

Kenyataan Idham yang mempertikai dan merendahkan FINAS, malah mencadangkan lebih baik FINAS ditutup saja kalau tidak mampu memikul amanah kerajaan adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab. Idham boleh diumpamakan kacang lupakan kulit selepas mengaut keuntungan berjuta-juta. Sebagai bekas ahli lembaga FINAS, Idham seharusnya mempertahankan FINAS.

Fuh ~~ Memang pedas kata-kata David Teo. Namun ada kebenarannya kan? Abang Nara tak tahu apa sebenarnya terjadi di dalam industri filem, tetapi untuk menyalahkan satu pihak sahaja kerana kutipan filem anda tidak bagus adalah satu tindakan yang tidak wajar. Kena banyak buat kajian dan kadang kala perlu mengaku kesalahan sendiri. Tak gitu? Apa kata anda?

Beautiful Nara

Ali Rustam bakal dilantik sebagai senator

Posted: 26 Aug 2013 12:31 AM PDT

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

Pelantikan itu mencetuskan spekulasi bahawa Mohd Ali akan mengemudi Permodalan Nasional Berhad atau berkemungkinan dilantik sebagai Menteri atau penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri.

Namun Mohd Ali enggan mengesahkan mengenai pelantikan tersebut.

Ketika ditanya The Star Online sama ada beliau menerima surat pelantikan tersebut, Mohd Ali berkata: 'Sila semak dengan pejabat Ketua Menteri Melaka."

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan di Melaka berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan Mohd Ali jawatan Senator.

"Mohd Ali telah bekerja keras untuk membangunkan Melaka. Beliau meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia.

"Di samping itu, beliau juga berpengalaman sebagai pentadbir dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan," katanya.

Menurut seorang pemimpin Umno Melaka, Mohd Ali, yang tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu menerima surat yang memaklumkannya mengenai pelantikan sebagai Senator.

Beliau berkata sekiranya Mohd Ali dilantik sebagai menteri, ia merupakan buat julung kalinya selepas 20 tahun seorang ahli politik dari Melaka di lantik dalam barisan Kabinet.

Selepas Allahyarham Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, pemimpin Umno itu berkata tiada mana-mana pemimpin dari Melaka dalam senarai barisan Kabinet.

"Sudah agak lama, Melaka tidak mempunyai wakil pemimpin di peringkat Persekutuan," katanya.

Mohd Ali, yang memegang jawatan Ketua Menteri Melaka sejak 1999 hingga 2013, berhasrat untuk menyertai kerajaan Persekutuan apabila bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU-13, Mei lalu tetapi impiannya berkecai selepas tewas kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sejak itu, Mohd Ali sentiasa mengambil sikap berdiam diri walaupun memberi bayangan awal dalam temu bual baru-baru ini bahawa beliau mungkin bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Sehingga hari ini, Mohd Ali tidak mendedahkan jawatan yang akan ditandinginya nanti.

Hanya Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan tersebut.

Pada minggu lalu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda mengumumkan akan merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Mstar

Ada Ahli Politik Cuba Lindungi Kongsi Gelap Kaum India?

Posted: 26 Aug 2013 12:01 AM PDT

Kenyataan N. Surendaran mempertikaikan tindakan Polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai "racial profiling" sangat merbahaya dan boleh melemahkan moral anggota Polis yang mempertaruhkan nyawa melaksanakan tugas.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini dalam kenyataannya kepada Malaysiakini berkata berdasarkan hampir 70% penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan dari kaum India. Menurut beliau ini menunjukkan polis menjalankan profail berdasarkan kaum (racial profiling) bagi mencegah jenayah.

"More dangerously, it also results in rough treatment of Indians in police custody.That Indians have been victims in many high-profile death in custody cases is a clear result of consistent racial profiling."

Surendran juga berkata partinya (PKR) akan meminta diadakan satu siasatan bebas secara besar-besaran untuk menyiasat tindakan Polis melakukan "racial profiling" terhadap kaum India.

Apakah kenyataan ini bukan merupakan cubaan untuk melindungi penjenayah dari kaum India. Ini akan mewujudkan tekanan kepada Polis untuk mengurangkan tindakan dan tangkapan ke atas penjenayah kaum India.

Hakikatnya, rakyat tidak peduli apa kaedah yang digunakan oleh Polis selagi ia membantu membanteras jenayah dan tidak menyalahguna kuasa dengan menuduh mereka yang tidak bersalah sebagai penjenayah.

Sebahagian ahli politik yang berkepentingan, aktivis hak asasi manusia dan pejuang demokrasi ala Amerika mungkin tidak peduli dengan masalah rakyat bawahan yang dihimpit penjenayah.

Apakah setiap kali Polis ingin menangkap penjenayah mereka perlu melihat statistik dahulu sebelum melakukan tangkapan atau tindakan? Jika telah ramai kaum India ditangkap maka mereka perlu menghentikan tangkapan kepada penjenayah kaum India sehingga statistik tangkapan berasaskan kaum menjadi seimbang?

Tanyalah orang ramai di jalanan sama ada Melayu, Cina, India atau apa sahaja kaum lain, siapakah yang mereka paling takut dan gerun dijalanan? Jawapannya pasti kongsi gelap kaum India. Kongsi gelap kaum India terkenal dengan sikap kejam, ganas dan tidak mempunyai sebarang perikemanusiaan.

Tanya juga peniaga kedai makan 24 jam terutama restoran mamak yang terpaksa membayar duit perlindungan kepada kongsi gelap yang semuanya dari kaum India. Sekarang ini kedai runcit dan peniaga makanan kecil pun di sekitar Puchong terpaksa bayar wang perlindungan kepada kongsi gelap India.

Jika tidak dibayar wang pelindungan maka bermacam kejadian berlaku termasuklah pelanggan kedai makan di rompak secara terang-terangan.

Cukuplah persoalkan kaum mana yang diambil tindakan oleh Polis. Selagi mereka penjenayah mereka harus ditangkap. Jika melalui racial profiling memudahkan kerja polis membanteras penjenayah maka biarkanlah. Sebahagian pegawai atasan Polis sendiri dari kaum India termasuk pemangku Ketua Polis Selangor yang giat membanteras kongsi gelap kaum India bernama geng 08. Justeru apakah ia juga merupakan tindakan berasaskan kaum?

Mereka yang merpersoalkan mengapa kaum tertentu lebih ramai ditangkap polis sebenarnya bersikap perkauman melampau. Dan Polis perlu menyiasat apakah mereka ini dibiayai oleh penjenayah untuk menimbulkan isu-isu seperti? Di negara barat sudah ada kes ahli politik menerima wang daripada kongsi gelap bagi mengurangkan tekanan pihak berkuasa ke atas mereka. Apakah ini juga sedang berlaku di negara ini?

PKR dan N. Surendran wajar berfikir panjang sebelum mula mengenakan tekanan ke atas Polis dengan cara tidak masuk akal ini. Rakyat memerhati anda!

Jika ada mana-mana kaum pun yang membawa senjata api tanpa sebarang permit, membunuh orang, mencederakan orang dan melakukan kegiatan jenayah terancang sehingga mengancam keselamatan rakyat, maka tindakan harus diambil.

Jika N Surendran atau mana-mana pemimpin kaum India tidak mahu penjenayah kaum India ditembak, bantulah segera mereka meninggalkan kegiatan tersebut atau serah diri kepada Polis.

Belum ada kes Polis menembak penjenayah yang menyerah diri apatah lagi jika menyerah diri ke balai polis.

Faktanya – dalam kesemua kes tembakan membabitkan penjenayah kaum India, mereka mempunyai pistol tanpa lesen. Ini sekaligus menunjukkan mereka anggota penjenayah dan mmepunyai kemampuan membunuh anggota Polis dan rakyat.

PKR accuses cops of racial profiling

Is it possible for 71 percent of secret society members are from a community that makes up only seven percent of the population?

PKR vice-president N Surendran doesn't think so and believed that the figure was likely the result of racial profiling.

"We believe that this bloated figure is caused by systematic and long-term racial profiling of the Indian community by police and other enforcement authorities.

"The figure is as high as 71 percent simply because the police have been targeting the Indian community in their operations," he said in a press release today.

Surendran said that if the police were to be believed it would mean that there is a national crisis involving the Indian community.

"If true, why has this astonishing figure not been revealed to the public before?" he asked.

Surendran was referring to the racial breakdown of 40,000 suspected gang members tracked by the police released yesterday.

Of this number, 23 percent of suspects were Chinese and just under 5 percent were Malay, according to figures released by national CID director Hadi Ho Abdullah.

Inquiry needed

Surendran warned that the racial profiling methods allegedly employed by the police had led to the harassment, unlawful arrest and breaches of fundamental rights of many Indians.

"More dangerously, it also results in rough treatment of Indians in police custody.That Indians have been victims in many high-profile death in custody cases is a clear result of consistent racial profiling.

"Notorious examples are cases such as Francis Udayappan, A Kugan, C Sugumar, N Darmendran, P Karunanithi etc. A recent example of murderous racial profiling is the police fatal shooting of five young Indians in Penang," he said.

In light of this, Surendran said his party would like to see a full-scale independent inquiry be set up to look into racial profiling of Indians by law enforcement authorities.

"We further demand an immediate end to harassment and racial-profiling of Malaysian Indians by the home ministry and police.

"We call upon the prime minister to make an immediate public statement confirming that racial profiling will be ended and assure the Indian community of their safety," he said

mykmu

20 tahun jadi hamba nafsu bapa tiri

Posted: 25 Aug 2013 11:15 PM PDT

Buenos Aires: Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.

"Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga," kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. "Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak," katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai 'Orang Tua' ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

"Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu," kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka. - Agensi

(Gambar) PKR boikot majlis sambutan Aidilfitri Pas?

Posted: 25 Aug 2013 10:46 PM PDT

Bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Ampang, Pas telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Pusat semalam.

Blogger dan juga jurufoto Minaq Jinggo turut berada dilokasi. Seperti biasa, beliau akan berkongsi hasil-hasil dari lensanya untuk tatapan pembaca.

Apa yang menarik menurut laporannya, tiada kelibat pemimpin tertinggi PKR sepanjang beliau berada di lokasi. Lim anak beranak hadir pada awal majlis dan berada disana selama setengah jam lebih kurang. Kehadiran Mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib sedikit sebanyak memeriahkan majlis.

Apa sudah jadi? Adakah PAS tidak hantar jemputan (majlis hari raya perlu jemputan ke?) atau PKR masih berdendam dengan Hadi yang agak celupar ketika PRU lepas?

Lagi foto-foto menarik di blog Minaq Jinggo (tak dapat dikesan pula jemputan yang 'tapau' juadah yang disajikan)

Wanita terkejut, perogol adalah jirannya sendiri...

Posted: 25 Aug 2013 09:30 PM PDT

KAJANG - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol oleh jiran sendiri apabila jeritannya didengari isteri suspek dalam kejadian di sebuah rumah flat di Semenyih dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamu ternampak kelibat seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya.

Mangsa berusia 27 tahun dan telah mendirikan rumah tangga yang panik cuba lari ke dalam bilik tidur namun jatuh tergelincir di depan pintu bilik.

Kesempatan itu digunakan oleh suspek yang hanya memakai seluar pendek dan menutup muka dengan baju T untuk menindih mangsa.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa dan suspek bergelut sebelum baju yang melilit muka suspek berusia 30-an itu tertanggal.

Mangsa yang terkejut melihat lelaki itu merupakan jiran sendiri menjerit meminta tolong sambil merayu supaya tidak diapa-apakan kerana mendakwa dirinya sedang hamil.

Jeritan itu didengari oleh isteri suspek yang kemudian masuk ke rumah mangsa untuk melihat apa yang berlaku.

Suspek yang panik melihat kelibat isterinya muncul terus melarikan diri tanpa sempat merogol mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan pengsan akibat dicekik oleh suspek ketika bergelut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek terlibat yang masih menghilangkan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dengan niat hendak mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Kosmo!

Azmin Ali tanding jawatan Presiden PKR?

Posted: 25 Aug 2013 09:01 PM PDT

AMPANG: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu awal tahun depan.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan tumpuan utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian ... saya nak fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR.

"Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik." katanya lapor The Malaysian Insider.

Azmin juga turut menepis dakwaan wujudnya agenda memboikot Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya mengakui hubungan beliau selaku Pengerusi PKR Selangor amat rapat dengan Abdul Khalid yang juga Pengerusi PR Selangor.

"Kita ada muafakat cukup baik ... wacana agak berkala bagaimana parti boleh bersama kerajaan negeri melaksanakan manifesto. Hubungan kerja cukup baik, jangan layan fitnah dan tohmahan," katanya lagi.

Beliau juga berkata, hasil perbincangan ketika temu rapat antara pemimpin PR di Pulau Pinang pada Ahad dan Isnin lalu juga perlu dilaksanakan.

"Kita nak selaraskan dan laksanakan apa yang kita bincangkan di temu rapat," katanya ringkas di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di hari ini.

Laporan media sebelum ini berkata Abdul Khalid umpama dipinggirkan PKR negeri dalam aktiviti mereka dan hanya dilihat menghadiri program anjuran agensi-agensi kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa penyertaan pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adu) mahu pun pimpinan cabang PKR.

Malah, Khalid juga turut dikatakan dilihat hanya hadir dalam program-program anjuran Exco atau DUN yang diwakili oleh PAS atau DAP.

Perkara itu disedari apabila Majlis Rumah Terbuka hari raya pertama yang diadakan di Dataran SUK di Shah Alam yang hanya dihadiri kebanyakan pimpinan PAS dan DAP tanpa kehadiran pemimpin dan ADUN mahupun kepimpinan cabang PKR Selangor.

Ketika program hari terbuka Parlimen Gombak yang dianjurkan oleh Azmin baru-baru ini, Khalid juga tidak kelihatan walaupun ramai AdUN dan pimpinan PKR hadir.

Kalimah Allah: Sikap ulama Pas mendukacitakan umat Islam

Posted: 25 Aug 2013 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sikap pemimpin Pas khususnya golongan ulama yang sehingga kini tidak mahu bertegas dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini amat mendukacitakan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, sikap tersebut sekali gus akan mengelirukan banyak pihak dan bakal menjerumuskan umat Islam ke lembah syirik serta murtad.

''Biarlah pemimpin Pas bersikap seperti 'anai-anai' menyokong pihak gereja tetapi pemimpin dalam kalangan ulama mesti membuat penjelasan.

''Mereka hendaklah membuat satu kenyataan yang tegas, dalam masa sama memanggil semua ketua dewan ulama negeri-negeri untuk diberikan penjelasan agar mereka boleh bertindak menerangkannya kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, merujuk kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebelum ini, perkara itu boleh membawa kepada syirik.

''Ertinya ini perkara besar dan urusan fiqhul akbar. Oleh itu, segala kekeliruan dalam kalangan umat Islam mesti dirungkai segera oleh pemimpin ulama di dalam Pas,'' katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Hafiz meminta pemimpin Pas, khususnya golongan ulama segera membuat pencerahan terhadap isu kalimah Allah supaya tidak timbul kekeliruan.

''Asasnya hendaklah merujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan,'' katanya.

(Gambar) Separuh tubuh penyanyi Noorshila Amin terbakar dijilat api

Posted: 25 Aug 2013 07:15 PM PDT

Antara kesan melecur pada tangan dan wajah Noorshila.
PETALING JAYA: Hampir seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.

Noorshila, 49, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.

"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.

"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).

Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.

"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.

"Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," ujarnya.

Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.

"Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.

"Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.

"Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi," ujarnya.

Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa

Selain Admiena, 29, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27, Mohd. Daniel Durrany, 20, dan Mohd. Banni Basyishar, 18.

Ceroboh rumah, perkosa bekas isteri

Posted: 25 Aug 2013 06:01 PM PDT

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.

Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.

Selepas 'hajatnya' tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.

Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

"Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. "Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks," katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya.

Harian Metro

Apa Yang Tersirat

Posted: 26 Aug 2013 01:21 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Naib Presiden Umno: Kenapa Safie Gelabah?

Posted: 26 Aug 2013 04:21 AM PDT

JAWATAN NAIB PRESIDEN PARTI- Belumpun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuat keputusan sama ada mahu mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno atau bertanding jawatan Naib Presiden Umno, tetapi salah seorang penyandang jawatan itu yang mahu mempertahankan jawatannya "telah" gelabah.

Adalah mengejutkan apabila salah seorang penyandang jawatan itu Datuk Seri Shafie Apdal berkata, "Kalau ada (pemimpin) datang dari Sabah, pilihlah yang lebih afdal. Tapi saya yakin tak ada. Kalau ada, pilihlah yang afdal, kalau tak keberatan," katanya dalam satu Majlis di Negeri Sembilan minggu lalu.

Adakah Menteri Pembangunan Luar Bandar itu lebih AFDAL dari Musa Aman? Apakah maksud beliau berkata demikian seolah-olah beliau yang lebih afdal dari Musa yang telah terbukti berjaya memacu ekonomi negeri Sabah sejak mengetuai pimpinan negeri lapan tahun lalu.

Perseteruan di antara Musa dengan Shafie bukan rahsia lagi. Musa masih berdiam diri tetapi kenapa Shafie perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Apakah kejayaan Shafie yang boleh dibanggakan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar? Adakah prestasinya lebih baik dari Musa? seharusnya Shafie tak perlu mengangkat bakul sendiri  seolah-olah beliau lebih afdal dari Musa.

Memanglah mengendalikan kementerian di peringkat pusat memberi kelebihan kepada beliau untuk meraih undi tetapi perwakilan sudah matang dalam memilih Naib Presiden Umno kali ini.

Selain dari Shafie, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin turut mengeluarkan kenyataan yang bersifat rungutan. Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau "tidak nampak sebab besar" mengapa Musa perlu bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam hiraki parti itu.

"Kalau boleh, pada pandangan saya, wajar kita memberi (peluang) kepada pemimpin yang telah berada di situ untuk memastikan kesinambungan dalam kepimpinan tertinggi parti, demikian kata MP Kinabatangan itu.

"Kalau dua calon dari Sabah, saya nampak, (peluang) kedua-dua mereka pasti terjejas. Perwakilan mungkin tidak akan memberi sokongan kepada pemimpin dari Sabah untuk menerajui pimpinan yang lebih tinggi," katanya.

Nampaknya Shafie dan Bung Mokhtar membuat kesimpulan yang bersifat mendahului, sedangkan Musa tidak pernah mengesahkan akan bertanding walaupun didesak oleh 21 Bahagian di Sabah.

Di dalam soal ini, AYT memuji  ulasan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berkata mana-mana pihak tidak seharusnya membuat rumusan awal memandangkan Musa masih belum membuat apa-apa keputusan.

"Saya ingin menekankan bahawa Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini. Jadi, persoalan mengenai bertanding tidak timbul," katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Kota Belud Sabtu lalu yang bertempat di Dewan Datuk Musbah Kg Taungusi. Pada majlis itu Musa dan mantan Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam turut hadir.

Menurut Salleh, masih terlalu awal untuk mana-nama pihak membuat kesimpulan sama ada Musa akan bertanding atau tidak jawatan itu

Katanya, UMNO Sabah hanya menyatakan sokongan padu kepada Musa sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding dan apa sahaja keputusan Musa akan diterima baik.

Sebelum ini Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan menyatakan Musa adalah antara calon terbaik untuk bertanding jawatan itu dan mendapat sokongan daripada UMNO Sabah, menyusul cadangan daripada pihak-pihak tertentu agar beliau bertanding jawatan Naib Presiden, atas sebab keupayaannya dalam segi waktu dan jadual serta kemampuan beliau mengayumi bahagian-bahagian Umno terutama di Sabah.

Perebutan jawatan Naib Presiden UMNO dijangka sengit apabila tiga penyandangnya  telah menyatakan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti 19 Oktober ini.  Selain Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi , mantan penyandang jawatan itu Tan Sri Mohd Isa Samad akan turut bertanding. Seorang lagi mantan penyandang jawatan itu Datuk Ali Rustam juga mengintai jawatan yang pernah disandangnya itu.

Bagi AYT, sesiapa sahaja yang bertanding, berilah peluang kepada perwakilan untuk memilih Naib Presiden Umno yang benar-benar afdal dan dapat membantu Presiden dan Timbalan Presiden bagi menyusun hala tuju parti akan kekal relevan sepanjang masa demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Ali Rustam Bakal Menyertai Kabinet

Posted: 26 Aug 2013 01:48 AM PDT

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

Sekiranya mantan Ketua Menteri Melaka itu, menyertai kabinet, maka selepas 20 tahun, Melaka terwakili semula dalam kabinet.

Mohd Ali sebelum dilantik ke Barisan Kabinet Persekutuan, terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi kuota DUN Melaka.

Sebagai Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan, Mohd Ali bakal mengisi jawatan itu, kerana Menteri yang menjalankan tugas adalah Datuk Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan.

JEBAT BERKOKOK

Posted: 26 Aug 2013 01:19 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


PM pun tak bising..shhh...baik semua diam!!!

Posted: 26 Aug 2013 08:17 AM PDT


Bila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy mempersoalkan SOP pihak polis di dalam menangani gangster, banyak pihak khususnya sahabat blogger tampil melahirkan rasa berang.

Tidak cukup dengan blogger, Menteri Zahid Hamidi, Menteri Hishamuddin dan Menteri Shahidan Kassim pun terang-terangan menyuruh Timbalan Menteri Hindraf itu meletakkan jawatan kerana jelas etikanya itu bertentangan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri.

Dalam pada kita menjerit dan menggesa Timbalan Menteri Hindraf ini meletakkan jawatan, persoalan yang kian mutar ligat di dalam benak kita ialah apakah pendirian Perdana Menteri terhadap tingkahlaku Timbalan Menteri Hindraf ini? Bukankah Perdana Menteri Najib Razak yang melantik beliau? 

Sehingga artikel ini ditulis, Najib seakan kelu lidah dan tidak memberikan sebarang komen. Rasanya kalau melibatkan ahli-ahli UMNO sudah awal-awal lagi Perdana Menteri Najib Razak mengeluarkan kenyataan bahkan mungkin sahaja kata dua.

Perdana Menteri Najib Razak tampak seakan kelu lidah apabila isu yang melibatkan cinabeng dan kini kaum yang satu lagi itu. Apakah Perdana Menteri Najib sudah lupa bahawa undi Melayu lah yang meletakkan beliau di kedudukan sekarang?

Ahhh..bukan sekali dua kita mengingatkan Perdana Menteri Najib Razak tetapi lenggoknya tetap sama.

Jadi pesan Jebat kepada sahabat-sahabat....PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK PUN TAK BISING APAHAL PULAK KITA NAK BISING..KITA SIAPA DIA SIAPA..SO YOU ALL BETTER SHUT UP!!!

JUST READ pun nampak naik angin satu badan...Cukup sinis ayat blogger Just Read..Jom baca!!!

Mana 3 dalang pencerobohan Lahad Datu? Takkan senyap je!!!

Posted: 25 Aug 2013 07:27 PM PDT

Anonymous Anonymous said...
Dalam suasana kita menyambut Syawal ini saya seronok melihat ada pihak2 yang perihatin meraikan anak2 yatim. Bagus begitu. Teringat saya kepada anak2 wira kita yang gugur dalam Peristiwa Pencerobohan Lahad Datu. Agaknya macam mana mereka menyambut Syawal tanpa ayah. Kalau sebelum mengundi dulu nampak banyak pihak berebut nak meraikan mereka. Tapi selepas pilihanraya cerita tentang mereka senyap seperti senyapnya cerita SIAPA 3 ORANG DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU.

Rasanya dalam mood nak pemilihan Umno 2013 ini kena sangat lah kalau isu Dalang ini di ungkit sebagai panduan kepada perwakilan dalam memilih pemimpin Umno yang boleh dipercayai.

Masa nak PRU 13, Najib nak kepada WINABLE CANDIDATE sebagai calon untuk BN menang.

Masa nak PAU 2013, kita ahli Umno nak kepada TRUSTABLE CANDIDATE untuk memimpin parti kita.

Ahli Umno Titiwangsa   


Tulisan yang berwarna merah itu adalah komen daripada seorang pembaca di  beberapa blog yang sempat Jebat kumpul.
Pilihanraya umum ke 13 sudah berakhir, nama dalang masih menjadi teka teki.
Bulan Ramadhan sudah berakhir, nama dalang masih menjadi rahsia.
Syawal sudah menampakkan hujung, siapa dalang masih menjadi tanda tanya.
Gegak gempita Malaysia apabila perajurit menyembah bumi. Siapa dalang punya angkara?
Kita rasa marah dan dukacita tatkala melihat darah perajurit mengalir seperti sungai. Marah tatkala pahlawan negara di keroyok musuh durjana. Angkara siapa? Kenapa masih tidak terurai?
Gempita Malaysia kononnya nama dalang sudah diketahui tetapi di mana dan siapa?
Adakah kita sekadar berduka untuk seketika dan dibiarkan terus dalang bermahajarela?
Mudah-mudahan jangan ada di antara kita yang cakapnya SUKA BERDUSTA!!

THE FLYING KICK

Posted: 26 Aug 2013 01:18 PM PDT

THE FLYING KICK


PECACAI PAKATAN HEBAT... SLOGAN DARI KERAJAAN SEMUANYA DIKUNTAU, SLOGAN SENDIRI YANG BERSEPAH, DIPANDANG MULIA!!

Posted: 26 Aug 2013 02:32 AM PDT

BENGANG KIT SIANG TAK SUDAH, ADEGAN KENCING TIANG DALAM FILEM TANDA PUTERA, TETAP MERUJUK KEPADA DIRINYA!!!

Posted: 26 Aug 2013 01:00 AM PDT

KESIAN MAHFUZ OMAR... SEHEBAT-HEBAT DIA, HANYA 15 ORANG YANG BERTERIAK MACAM MONYET DEPAN PEJABAT MUKHRIZ MAHATHIR!!!

Posted: 26 Aug 2013 12:00 AM PDT

SAMA ORGASM DENGAN N.SURENDRAN, LATHEEFA KOYA MEROYAN BILA RAMAI SAUDARANYA YANG JADI GANGSTER MATI DIBUNUH POLIS!!!

Posted: 25 Aug 2013 10:47 PM PDT

DAP MAKIN SAKIT HATI, KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN PDRM TUBUH SKUAD KHAS BURU TAUKEH DADAH DAN 'GODFATHER' KONGSI GELAP PULAK!!!

Posted: 25 Aug 2013 08:30 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 26 Aug 2013 11:16 AM PDT

PEJUANG BANGSA


HABISLA .. KDN DAH BUAT GILA , NAK DEDAH NAMA KUMPULAN GANGSTER !!

Posted: 26 Aug 2013 07:37 AM PDT



Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.
"Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
"Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah," katanya.
Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.
"Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak," katanya.


Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.
"Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).
"Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita," katanya.
Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.
EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. – Bernama

BILA TUN M DEDAHKAN KONSPIRASI AMERIKA DISEBALIK TTPA !! @tunfaisal

Posted: 26 Aug 2013 05:36 AM PDT





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA. 

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).



*** Insyallah TTPA tidak akan disertai Malaysia bila Tun bersuara mendedahkan ia alat sebenar AS .

BOM & PELURU DITEMUI , TAK BAHAYA LAGI BAGI YB PAKATAN !!

Posted: 25 Aug 2013 09:06 PM PDT


Kalau dah pelbagai senjata merbahaya seperti ini ditemui Polis dalam OPS Cantas , apakah Surendran dan Rayer yakin   PENJENAYAH   ini akan serah diri jika diserbu ?? Biar je mereka tembak Polis sebelum habis peluru dah serah diri , begitu ??

BODOH PUNYA YB PAKATAN ...



 Op Cantas yang dilakukan polis negeri ini membawa penemuan mengejutkan apabila sebutir bom, 20 kelongsong peluru dan sebilah pedang samurai dirampas hasil serbuan di sebuah rumah flat di Machang Bubuk, Bukit Mertajam, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, polis turut menahan enam individu termasuk dua wanita yang semuanya berusia 21 hingga 48 tahun. 

Menurut sumber, semua yang ditahan berasal dari negeri ini dan Kedah dengan pemeriksaan awal mendapati mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

"Semua suspek dibawa ke balai polis dan hasil ujian saringan awal mendapati mereka positif dadah jenis syabu. Mereka kini direman untuk siasatan," katanya.

JATUHKAN MORSHI JUGA DEMOKRASI BAGI RAKYAT MESIR !!

Posted: 25 Aug 2013 07:41 PM PDT



- Kegagalan bekas Presiden, Mohammed Mursi membawa perubahan kepada ekonomi Mesir dalam tempoh setahun pemerintahan beliau terus menjadi alasan utama kepada kelompok rakyat yang menyokong pembentukan kerajaan sementara.

Beberapa penyokong kumpulan anti-Mursi atau Tamarod yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi tumpuan mereka di Dataran Tahrir di sini berkata, disebabkan itu, tindakan rakyat mendesak Mursi berundur menerusi bantahan besar-besaran di seluruh negara bulan lalu tidak boleh disalah anggap.
Menurut salah seorang daripada mereka, Hisham Ghazi, rakyat Mesir tidak boleh menunggu sehingga tempoh penggal perkhidmatan Mursi berakhir kerana percaya pada waktu itu keadaan sudah terlambat bagi menyelamatkan ekonomi negara ini.

Katanya, kelemahan pentadbiran Mursi cukup ketara bukan sahaja dari segi ekonomi, malah penyelesaian masalah rakyat sehingga membangkitkan kemarahan ramai.

''Bantahan besar-besaran 30 Jun hingga Mursi digantikan 3 Julai lalu bukan tidak demokratik kerana saya percaya majoriti rakyat bersama kami. Maka, itu juga suara ramai.

''Lagipun untuk menunggu tiga, empat tahun lagi untuk pilihan raya baharu diadakan, saya percaya waktu itu sudah terlambat untuk menyelamatkan Mesir daripada kegawatan ekonomi. Justeru, Mursi perlu digantikan untuk menyelamatkan Mesir ," katanya.

Seorang lagi penyokong kumpulan penentang Mursi, Malik Ahmed berkata, beliau percaya jumlah sokongan kepada Mursi tidak seperti mana yang digembar-gemburkan penyokong beliau.

''Rakyat Mesir bersama kami. Kami menyokong kepimpinan kerajaan sementara dan pihak tentera. Mereka lakukan tindakan betul menyingkirkan Mursi demi negara ini.

''Bantahan yang kami gerakkan bulan lalu adalah mewakili majoriti rakyat. Justeru, jika kumpulan pro-Mursi mahu turun ke jalanan, kami mahu tengok jumlahnya. Saya pasti mereka tidak mampu mewakili majoriti seperti kami," jelasnya.

Rakannya, Hussein Tabrawi berkata, selain itu, faktor Mursi yang dilihat cenderung mempunyai hubungan dengan beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan pengganas juga bukan suatu yang baik untuk negara ini.

''Kami tidak mahu Mesir menjadi sarang pengganas. Sebab itu Mursi perlu digantikan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Dataran Tahrir hari ini menyaksikan hanya beberapa khemah masih didirikan penyokong pergerakan Tamarod di bulatan di kawasan tersebut.

Selain itu, mereka turut mewujudkan galeri sementara mengenai perjuangan dalam mendesak penyingkiran Mursi yang berlaku bulan lalu.

Tamarod merupakan pergerakan yang ditunjangi golongan sekular Mesir dan kumpulan ini sering bertentangan pendapat dengan Mursi yang berorientasi Islam. - UTUSAN

GUAN ENG TAKUT DIJATUHKAN MUSUHNYA DALAM DAP !!

Posted: 25 Aug 2013 06:43 PM PDT



Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membelakangkan perlembagaan parti apabila tergesa-gesa menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan beliau takut musuh-musuh politiknya mengumpulkan tenaga untuk menjatuhkannya.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ini kerana sebagai pemimpin, Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.

Menurut Ramanan, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada 19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang 'memapah' beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik Ahli Parlimen Bagan berkenaan.

"Namun begitu, dalam keadaan Guan Eng tidak berpengaruh dalam kalangan ahli DAP kini, dia boleh juga meneruskan lakonannya di hadapan rakyat negara ini. Mungkin selepas ini jika Guan Eng kalah, dia boleh bekerja dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise di Amerika Syarikat.

"Kini Guan Eng hanya berlindung di Pulau Pinang. Dia takut memberi ahli DAP hak mereka untuk terlibat dalam pemilihan yang adil dan bebas seperti termaktub dalam Klausa 8 Artikel 13 Perlembagaan DAP," katanya di sini hari ini.

Menurut Ramanan, dalam perlembagaan itu jelas menyebut bahawa semua ahli yang menang di cawangan boleh bertanding di posisi CEC dalam pemilihan parti, namun Guan Eng membelakangkan fakta tersebut.

Walau bagaimanapun katanya, tindakan tidak membenarkan pemimpin DAP lain seperti Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass; Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan dan bekas ADUN Teratai, Jenice Lee bertanding pada CEC jelas bertentangan dengan perlembagaan tersebut.

Tegasnya, perkara itu serius memandangkan kesemua pemimpin DAP itu juga mempunyai hak untuk bertanding berikutan kesediaan beberapa cawangan mencalonkan mereka untuk CEC kali ini.

"Ironinya, setelah bertahun-tahun menabur penipuan bahawa kononnya Barisan Nasional (BN) tidak adil sambil melaungkan DAP sebagai parti paling demokratik, hari ini ramai ahli sudah sedar siapa Guan Eng sebenarnya.

"Dinasti Lim ingat mereka boleh mempergunakan ahli-ahli dengan menggunakan kaedah pecah dan perintah, namun hakikatnya pengaruh dinasti ini tidak sebesar mana. Mereka tidak mempunyai aura kepimpinan seperti yang dimiliki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

IPOHMALAY

Posted: 26 Aug 2013 09:09 AM PDT

IPOHMALAY


Rakyat Sweden Sokong Muslim Bertudung

Posted: 26 Aug 2013 01:05 AM PDT



Serangan ke atas seorang wanita Muslim yang hamil kerana memakai tudung telah menimbulkan bantahan meluas di Sweden. Ahli politik dan para selebriti mula menyuarakan sokongan ke atas mangsa.

Malah, ramai rakyat Sweden, lelaki dan perempuan mengenakan tudung, menangkap gambar masing-masing dan menyebarkan ke laman sosial.

Di Twitter mereka bergandingan di hashtag #hijabuppropet.

Wanita pakai tudung dibela

STOCKHOLM 25 Ogos - Sebuah pergerakan yang memperjuangkan hak wanita untuk memakai tudung sehingga menyebabkan rakyat Sweden berpecah-belah, kini mendapat sokongan daripada ahli politik dan selebriti di negara ini.

Pengkritik, bagaimanapun menyifatkan sokongan tersebut sebagai 'penindasan' terhadap golongan wanita.

Hal ini kerana mereka mendakwa golongan wanita di negara ini, mahupun ditempat lain sebenarnya terpaksa bertudung kerana mengikut adat dan budaya.

Beratus-ratus wanita di negara ini menyiarkan gambar mereka memakai tudung di laman sosial bagi menunjukkan tanda perpaduan selepas seorang wanita beragama Islam yang sarat mengandung diserang kerana memakai tudung.

Polis kini mencari saksi bagi menyiasat insiden tersebut yang disifatkan sebagai jenayah kebencian sehingga mencetuskan 'tunjuk perasaan' secara dalam talian.

Beberapa ahli politik berhaluan kiri dan selebriti turut menyiarkan gambar mereka memakai tudung menerusi akaun Twitter masing-masing sebagai tanda skokongan.

Sehingga Khamis lalu, lebih 2,000 rakyat negara ini menyiarkan gambar mereka bertudung berserta simbol hashtag 'permohonan bertudung'.

Laman sosial Facebook turut dipilih untuk menyebarkan kempen tersebut apabila sekumpulan aktivis berjaya mengumpul kira-kira 10,000 sokongan daripada golongan wanita di negara ini, namun akaun itu terpaksa ditutup ekoran dianggap bersifat rasis.

Seorang daripada penganjur kempen tersebut, Foujan Rouzbeh berkata, isu bertudung dalam kalangan wanita beragama Islam, bukanlah satu penindasan kerana ia merupakan satu tuntutan agama.

"Bertudung merupakan identiti bagi wanita Islam dan itulah yang membuatkan kami istimewa," katanya.

Selasa lalu, individu bertanggungjawab memulakan kempen itu, Fatima Doubakil bertemu Menteri Kehakiman Sweden, Beatrice Ask bagi membincangkan insiden membabitkan wanita bertudung yang diserang. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130826/lu_09/Wanita-pakai-tudung-dibela#ixzz2d3nEsJo3 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Orang Afrika Tidak Dibenarkan Mendiami Pangsapuri Ridzuan, Subang

Posted: 25 Aug 2013 09:50 PM PDT



Majoriti penduduk Pangsapuri Ridzuan di Sungei Way, Subang mengundi untuk tidak membenarkan penghuni Afrika dari mendiami unit-unit di kondominium tersebut hasil mesyuarat agung tahunan persatuan penduduk.

Mereka dikatakan telah cukup menimbulkan masalah khususnya kacau ganggu yang didakwa turut menyebabkan nilai hartanah kediaman mereka merosot.

Orang-orang Afrika yang menghuni kondominium tersebut diberi notis 3 bulan untuk mengosongkan rumah sewa mereka. 

Isu ini menimbulkan perdebatan oleh kalangan yang anti diskriminasi kaum. 

Punya la dasat penangan awang hitam ni.


SUBANG CONDO BANS AFRICAN TENANTS


PETALING JAYA – "African" tenants at a Bandar Sri Subang condominium here have three months to vacate their units after the building's management slapped an unprecedented occupancy ban on them last week.

The decision came after the majority of Ridzuan Condominium residents voted in an annual general meeting (AGM) held on July 6 against renting their units to foreigners from the continent, whom they allege to have "caused a lot of nuisance".

The Malay Mail Online sighted a copy of the memo circulated to Ridzuan residents explaining the ban, which has also been making the rounds online through Facebook.

"We refer to the above matter without prejudice and without malice," the memo dated August 19 started.

"As a result of the decision held in the AGM on 6th July 2013, the majority of the residents voted in the AGM to not letting their units for rental to Africans any more."

The memo on the move banning the renting of units to 'African' tenants affixed to a notice board at Ridzuan Condominium. The memo on the move banning the renting of units to 'African' tenants affixed to a notice board at Ridzuan Condominium. According to the memo, the presence of Africans has created "a lot of nuisance and problems to the community", which in turn has driven down the property value of units there.

It further asserts that owners have found it difficult to rent out or sell their units to other prospective customers due to the alleged situation.

"It was also resolved during the AGM that any resident who has an African tenant is to cancel the rental and to vacate them from their units within three (3) months from the date of this letter," it added.

It did not, however, specify the course of action — if any — that would be taken by the management should an owner or African tenant fail to comply.

It was also unclear how they plan to enforce the ban, with the only criterion being "African".

The circular neglected to specify if this ban will apply along the lines of ethnicity or nationality, nor does it mention who would be the final arbiter should any party dispute the "African" label.

The memo was signed by a Jerry Low Boon Chay, who was named as chairman of Joint Management Body (JMB) of Ridzuan Condominium.

A member of the JMB, who refused to be named, confirmed the authenticity of the memo to The Malay Mail Online through a phone call last week, and admitted to sending the memo to residents on behalf of Low.

During a subsequent visit to the condominium on Saturday, The Malay Mail Online discovered the same memo affixed to a notice board within the grounds of the property.

Ridzuan is a 14-year-old condominium situated near the PJS10 lake park, with units from 590-sq ft; rental starts from RM1,300 a month.

Residents are mostly families and working adults, and Ridzuan started out as a high-end condominium complete with a swimming pool, gymnasium and tennis court, but property analysts have noted a downward trend for its value in recent years.

Situated near a number of private tertiary institutions such as Sunway University, Taylor's University, the Malaysian campus of Monash University, and INTI International University, Ridzuan has been home to mostly Malaysian students since 2002.

None of the aforementioned institutions are within walking distance to the condominium, and students commute via shuttle buses provided by their schools or drive their own cars, contributing to daily traffic congestion around the area.

The condominium is, however, some 15 minutes' walk away from popular shopping mall Sunway Pyramid and close to the Sunway Mentari business area, which provides students access to entertainment and nightlife.

Property website PropWall has reported that Ridzuan frequently suffers from petty crimes due to lax security, while its previous management had also been embroiled in a recent financial fraud case.

The ban may be the first attempt of its kind reported in Malaysia after years of alleged discrimination and hostility towards the oft-maligned African community, including in mainstream media.

Despite being a continent of 54 countries with diverse and distinct ethnicities, cultures, languages and societies, its migrants are commonly pigeonholed using the "African" catchall, while the derogatory label "Awang Hitam" (literally, Black Fellow) is also used by Malay-language dailies in reference to their dominant skin colour.

The negative perception towards African migrants in Malaysia is believed to stem from the frequency of cases of drug smuggling, financial scams, frauds and sex crimes reportedly involving the group.

But it is also not a local stereotype. The ubiquity of online confidence tricks involving Nigerians, in particular, saw the global law enforcement community dub such swindles as the "Nigerian 419 scam", with 419 being a reference to the country's Criminal Code for fraud.

Malaysia's Immigration Department reported that a total of 79,352 Africans entered the country last year.

The department also issued 25,467 student visas to Africans in 2012 to study in public or private institutions. – The Malay Mail

Masjid Cina Muhammadiah - Kebanggaan Baru Negeri Perak

Posted: 25 Aug 2013 07:56 PM PDT

IPOH, (Bernama) -- Ketika sambutan Aidilfitri yang sudah menjangkau seminggu lamanya itu terus dirayakan, Masjid Muhammadiah di sini (gambar) turut melakar satu lagi peristiwa bersejarah bagi penganut agama Islam.

Ini dapat dilihat apabila bukan sahaja masyarakat Islam setempat malahan masyarakat Cina yang beragama Islam dari seluruh negara berkunjung ke masjid ini, yang mempunyai persekitaran unik dan indah untuk menunaikan solat.

Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya ini, yang dibina dengan konsep seni bina dan budaya Cina dan melalui proses ubahsuai, juga dikenali sebagai 'Masjid Cina' dalam kalangan penduduk tempatan di samping mencatat satu lagi mercu tanda baru di sekitar bandaraya Ipoh ini.

Masjid yang mengambil sempena masjid lamanya berasal daripada Madrasah Muhammadiah yang didirikan oleh Allahyarham Abdul Latif Mohd Kassim bersama-sama tujuh rakannya pada Mac 1973.

Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Ipoh, Hafiz Ng Abdullah dalam satu temubual dengan Bernama di Ipoh, berkata masjid itu kini diurus tadbir oleh gabungan dua buah jawatankuasa iaitu jawatankuasa Masjid Muhammadiah yang lama dan Persatuan Cina Muslim Cawangan Ipoh.

Konsep pembinaan masjid ini mengambil sepenuhnya idea seni bina tradisional dan budaya Cina dan kemudian diterjemahkan ke dalam keseluruhan bangunan terutama bumbung, pagar, dinding, dewan solat yang dapat dilihat menggunakan prinsip simetri dan seimbang.

STRUKTUR BINAAN YANG UNIK

Reka bentuk binaan lantai yang lebih tinggi daripada paras tanah, tiang-tiang besar berwarna merah tanpa dinding di samping sebuah menara berbumbung yang dihiasi motif Cina berwarna hijau menambah keunikan struktur binaan masjid ini.

Pintu masuk utama berwarna merah yang dihiasi tulisan Cina di bahagian kanan dan kiri dan perkataan 'Masjid Muhammadiah' dengan tulisan Melayu di bahagian atas seolah-olah mencerminkan perjalanan sejarahnya yang tersendiri.

"Bagaimanapun jika diperhatikan dengan lebih teliti, sebenarnya kita ubah seni hiasan bumbung kerana jika di China, mereka menggunakan motif bunga Teratai tetapi di masjid ini kita gunakan bunga Raya yang berwarna merah, melambangkan bunga kebangsaan," katanya.

Beliau berkata warna cat yang dipilih bagi menghiasi keseluruhan bangunan masjid juga adalah berdasarkan warna utama yang sering dilihat dalam budaya masyarakat Cina iaitu merah, hijau dan putih.

Ruang solat terbuka masjid berkenaan juga dihiasi dengan taman-taman kecil yang dipisahkan oleh laluan ke dewan solat dan ruang aktiviti di bahagian dalam masjid.

PERBEZAAN

Ketika ditanya mengenai perbezaan dengan masjid Cina yang ada di negeri lain, Hafiz Ng berkata jika membuat perbandingan, perbezaan Masjid Muhammadiah dengan masjid Cina lain yang sedia ada akan dapat dilihat secara jelas seperti masjid di Rantau Panjang, Kelantan, seni binanya sedikit bercampur dengan budaya masyarakat Thailand.

Hafiz Ng, yang juga timbalan pengerusi masjid berkenaan, berkata ruang aktiviti dengan konsep terbuka di masjid itu membolehkan umat Islam mengadakan majlis ceramah, forum dan aktiviti budaya yang menepati syariat Islam.

Masjid Muhammadiah yang menempatkan dewan solat dan ruang aktiviti itu adalah fasa pertama daripada keseluruhan kompleks dengan keluasan 0.4 hektar yang turut terdiri pusat dakwah dan rumah perlindungan, katanya.

"Rumah perlindungan itu bertujuan memberi dan menyediakan tempat tinggal sementara terutama kepada saudara baharu yang mungkin disisih oleh keluarga," katanya.

Selain itu, katanya dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 anggota jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang.

KUTIPAN DERMA

Pendakwah aktif itu berkata kos bagi peringkat fasa pertama iaitu pembinaan bangunan masjid bernilai RM4 juta manakala fasa kedua merangkumi pembinaan pusat dakwah serta rumah perlindungan memerlukan belanja sebanyak RM2.8 juta.

Pada 8 Okt, 2009 Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP), berkenan menyampaikan geran pelancaran bernilai RM2 juta bagi tujuan membina masjid berkenaan di samping memberi perkenan terhadap pelan dan senireka bentuk masjid berkenaan.

"Bagi tujuan pembinaan fasa kedua, kutipan derma dan sumbangan mana-mana pihak masih berjalan. Alhamdulillah, semasa kutipan untuk pembinaan masjid semua pihak memberi sokongan yang kuat untuk merealisasi masjid ini dan begitu juga bagi fasa kedua," katanya.

Pendakwah aktif itu menjelaskan bahawa cadangan pembinaan Masjid Muhammadiah ini dibincangkan oleh kedua-dua jawatankuasa pada November 2008 dan ia dapat persetujuan sebelum dimulakan pembinaannya pada Disember 2011.

"InsyaAllah fasa pertama ini akan sempurna dalam tempoh satu bulan lagi. Sekarang kita sedang melaksanakan kerja-kerja perincian terakhir," katanya.

Beliau berkata tujuan pembinaan masjid baharu ini adalah bagi menampung kapasiti umat Islam yang semakin bertambah di kawasan sekitarnya terutama bagi keperluan solat Jumaat.

TEMPAT DAPATKAN MAKLUMAT

"Ia bagi menghimpunkan saudara seagama terutama daripada masyarakat Cina yang segan dan malu untuk pergi ke masjid yang biasa. Masjid Muhammadiah ini membuka peluang kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan maklumat mengenai Islam," katanya.

Hafiz Ng berkata sesiapa sahaja boleh datang ke masjid ini untuk mendapatkan, merujuk atau bertanya mengenai agama Islam tanpa sebarang halangan dan ia adalah satu tarikan kepada bukan Islam untuk lebih mengenali agama Islam.

"Kita mahu menjadikan masjid ini sebagai satu tarikan kepada pelancongan di Perak. Ramai saudara baharu Islam dan bukan Islam dari Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur hadir semasa masjid ini mula dibuka pada 4 Ogos lepas," katanya.

Beliau berkata pihaknya hanya mengadakan majlis pembukaan secara kecil-kecilan dengan pelbagai program antaranya gotong-royong, tazkirah, solat maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih.

Walaupun pembinaan masjid masih belum sempurna, jawatankuasa masjid telah bersetuju membukanya untuk memberi kemudahan beribadah kepada umat Islam beribadah semasa bulan Ramadan, katanya.

--BERNAMA

Tiada ulasan:

Pengikut