Jumaat, 23 Ogos 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Ohpolitik!™

Posted: 23 Aug 2013 03:34 AM PDT

Ohpolitik!™


HaraPrakDaily Lupa Nak Tulis Kejayaan Islam Mempertahankan Kalimah Allah?

Posted: 22 Aug 2013 06:11 PM PDT

Aku semalam ada nampak wartawan haprak ni, tapi hari ni takdepun berita yg ditulis>> ehem!

Selain akhbar Katolik, The Herald, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hari ini melahirkan kebimbangannya terhadap beberapa pihak yang mempertahankan kalimah Allah ini demi kepentingan peribadi mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, ini kerana mereka hadir di perkarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini dilihat hanya berjuang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu sahaja sekaligus menimbulkan syak wasangka terhadap umat Islam di negara ini yang bimbang jika akidah umat Islam berjaya dipesongkan oleh pihak berkenaan.

"Secara pasifik timbul persoalan kenapa hanya Bible versi Bahasa Melayu sahaja yang hendak digunakan kalimah ini sedangkan versi lain tidak.

"Jadi itu yang menimbulkan persoalan dan syak-wasangka dan saya rasa ini satu perancangan yang berstrategi pihak-pihak tertentu," katanya kepada Antarapos, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Nasharuddin meminta PAS yang kini menjadi rakan sekutu kepada DAP dan PKR perlu berbalik kepada perjuangan asal dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah.

Katanya lagi, PAS perlu berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan bukan tunduk kepada keputusan bersama DAP dan PKR yang sebelum ini berlawanan dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu.

"Saya berpegang kepada Majlis Syura Ulama PAS kerana pandangan Majlis Syura Ulama PAS ini sangat jelas dalam isu ini dan saya lihat, perkara ini duba dikeluarkan daripada perbincangan sebenarnya kerana mungkin ada percayuturan-percaturan politik diambilkira.

"Pada saya isu yang berkaitan dengan akidah Islam ini tidak harus dipolitikkan, dan mereka harus berpegang kepada prinsip tambahan pula kenapa hanya Bible versi Bahasa Melayu saja yang hendak diguna oleh mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas dilihat mengikuti prosiding Mahkamah Rayuan hari ini yang mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk mengenepikan larangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan, The Herald.

Sementara itu salah seorang perayu , Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mengemukakan rayuan bagi membatalkan penggunaan kalimah Allah digunakan dalam The Herald menegaskan sepatutnya pihak Gereja Roman Katolik perlu menunggu September ini untuk mendengar keputusan kalimah Allah.

Bagaimanapun katanya, pihak Gereja didakwa cuba untuk membatalkan rayuan daripada sembilan perayu yang merayu supaya kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam akhbar itu.

"Sepatutnya keputusan rayuan adalah pada bulan depan, sepatutnya keputusan 10 September, jadi pihak kami menunggu untuk hadir pada perbicaraan itu tetapi tiba-tiba pihak sebelah itu minta rayuan kita dibatalkan kerana ada surat daripada Perdana Menteri mengatakan kabinet sudah membenarkan Bible dalam Bahasa Melayu diimport dan dicetak di sini.

"Oleh kerana itu, mereka kata masalah kalimah Allah itu tidak timbul lagi sebab mereka kata dalam Bible itu sudah ada perkataan Allah dan kerajaan sudah benarkan Bible itu sudah diimport.

"Jadi sekarang ini kita menunggu keputusan Mahkamah samaada membenarkan untuk membatalkan hujahan rayuan," katanya.

Malah katanya yang menjadi persoalan kini ialah mengapa pihak berkenaan turut mahu menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar mingguan mereka sedangkan sebelum ini kabinet hanya membenarkan ianya digunakan dalam kitab Bible saja.

"Hujahan kita ialah masalah keputusan kabinet tiada kene mengena dengan perkataan Allah, itu semua ada kaitan dengan Bible itu saja," katanya.

Julai lalu Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik The Herald menggunakan kalimah Allah.

Setakat ini di Mahkamah Rayuan, sesi pendengaran tersebut akan disambung semula pada jam 3 petang ini dengan lima perayu dijangkakan akan mengemukakan sebab kenapa kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam akhbar itu. - Antara POS.


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 23 Aug 2013 03:12 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Pingat Kedaulatan Negara untuk Azilah dan Sirul

Posted: 22 Aug 2013 10:26 PM PDT


Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan bahawa Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar sebagai tidak bersalah.

Laporan mengenai hujah penghakiman sedang ditunggu tapi yang ada disebut oleh Peguambela mereka dalam suratkhabar sebelum rayuan bermula bahawa salah satunya ialah motif pembunuhan tidak dapat dijelaskan.

Dengan bebasnya mereka berdua, bertepatan sekali Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Dato Akhmar Mokhles (dengan sokongan Ketua Pengarah Kementeriaan Penerangan, Dato' Haji Ibrahim bin Abdul Rahman) mencadangkan supaya Azilah dan Sirul diberi Pingat Kedaulatan Negara.

Sebelum ini, wartawan-wartawan, editor-editor, blogger-blogger, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kementeriaan Penerangan yang terlibat membuat liputan media mengenai peristiwa Lahad Datu telaah diberi pingat tersebut.

Turut dianugerahkan pingat adalah wartawan Malaysiakini dan Malaysian Insiders yang hanya menyusahkan pasukan keselamatan dengan laporan spekulasi, fitnah dan putarbelit.

Alasannya adalah mereka telah menggadaikan nyawa pasukan keselamatan polis dan askar untuk memelihara mereka untuk mereka cari berita sensasi di Lahad Datu. KKalau pasukan keselamatan mati, mereka beruntung dapat naik pangkat untuk balu mereka dapat lebih pencen.

Sirul dan Azilah layak juga mendapat pngat yang sama memandangkan mereka telah menunjukkan "keberanian dan ketabahan" yang luarbiasa dalam berhadapan dengan maut selama tujuh tahun di penjara menunggu bicara dan hukuman.

Mereka bakal merupakan dua anggota keselamatan pertama yang mendapat pingat yang sepatutnya  disematkan ke dada anggota-anggota pasukan keselamatan, khususnya askar dan polis yang menunjukkan kecemeralngan, keberanian dan dedikasi yang luar biasa dalam menjalankan tugas.

Wow! Bila Penasihat diusik, gelap masa depan blogger bebas

bumiyang

Posted: 23 Aug 2013 03:11 AM PDT

bumiyang


Perjuangan Kalimah Allah Juga Sama Penting Dengan Palestine, Syria dan Mesir?

Posted: 22 Aug 2013 05:21 AM PDT

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengetepikan permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible disambut dengan laungan takbir oleh kira-kira 150 ahli NGO Islam yang berkumpul di perkarangan mahkamah sejak pagi tadi. Mereka turut berselawat dan menangis sebagai tanda syukur selepas mengetahui keputusan panel

Sahabat-Gunung

Posted: 23 Aug 2013 01:35 AM PDT

Sahabat-Gunung


Anwar `Bapa Sandiwara’, Demi Survival Politik Peribadi – Nizar Zakaria

Posted: 23 Aug 2013 12:30 AM PDT


Bersandiwara dengan penipuan mega yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bermula dengan 16 September dan yang terkini, kerajaan perpaduan adalah memang dah jadi `makanan' Anwar, ujar Naib Ketua Bahagian UMNO Parit, YB Mohd Nizar Hj Zakaria.

"Itulah Anwar Ibrahim, jika dia tidak memanipulasikan cerita yang bersifat sensasi, maka bukanlah namanya Anwar Ibrahim. Dia sedang mencari apa kaedah yang boleh mendapat simpati orang ramai padanya, sedangkan sesuatu perkara tersebut tidak betul sama sekali.

Sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan, 16 September, Bajet Pakatan bajet terbaiklah, pengundi hantu, pengundi warga Bangladeshlah,  dakwat yg tak kekallah, pencerobohan Lahad Datu, Bersih dan sebagainya, kes-kes ini jelas menunjukkan pelakunya ialah Anwar Ibrahim," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Tambahnya, itulah kehebatan Anwar Ibrahim, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik peribadi dan kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

"Kini, Anwar Ibrahim bermain "sandiwara Kerajaan Perpaduan" demi kelangsungan politiknya yang kian lemah. Dia cuba memanipulasi keadaan demi kepentingan dirinya selepas gagal menjadi perdana menteri.


"Anwar kini memikirkan kerajaan perpaduan dan mengenepikan rakan-rakannya dalam Pakatan. Beliau hanya berminat akan kuasa politik untuk dirinya sendiri," tambahnya lagi. 

Pelan Pertumbuhan Strategik Ekonomi Untuk Wujudjan Keseimbangan Pembangunan Johor

Posted: 22 Aug 2013 04:45 AM PDT


Kerajaan negeri Johor akan memperkenalkan pelan pertumbuhan strategik ekonomi berdasarkan kekuatan sumber ekonomi yang terdapat di setiap daerah negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelan itu dapat memperlihatkan usaha kerajaan dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri sekaligus membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan di setiap daerah.

"Tujuh daerah yang berpotensi telah dikenalpasti hala tujunya untuk  pembangunan melalui Rancangan Tempatan Daerah iaitu Johor Baharu, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing," katanya pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata Johor Baharu dirancang untuk dibangunkan sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa, Muar sebagai destinasi pelancongan warisan, agro dan industri berasaskan kayu dan proguk kayu manakala Batu Pahat sebagai pusat perindustrian kluster tekstil dan sumber pertanian.

Beliau berkata Kluang pula akan dibangunkan sebagai pusat industri pembuatan, perkayuan dan pertanian moden, Segamat sebagai destinasi agro dan ekopelancongan, tanaman dusun serta pertanian, Kota Tinggi sebagai pusat pelancongan pantai dan semula jadi manakala Mersing sebagai pusat pelancongan berasaskan pantai dan pulau.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sentiasa memantau prestasi dan perkembangan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri Johor bagi memastikan berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata beberapa anak-anak syarikat dilihat mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dan ada yang perlu pengstrukturan semula.

"Johor Corporation telah mengambil beberapa tindakan proaktif bagi memulihkan divisyen perhotelannya termasuk perubahan struktur pengurusan serta penubuhan 'Special Administration Division' (bahagian pentadbiran khas) sejak awal 2013," katanya.


Beliau berkata pemantauan secara berterusan oleh divisyen itu dan langkah-langkah positif yang diambil telah menampakkan pertumbuhan aliran tunai yang baik dan hasilnya kadar penginapan hotel pada bulan Jun tahun ini meningkat kepada 71 peratus berbanding 49 peratus, enam bulan lepas.

Jangan Banyak Bercakap Tanpa Tindakan – Amiruddin Sutero

Posted: 22 Aug 2013 01:35 AM PDT


UMNO Selangor berpandangan inilah masa untuk Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengotakan janji beliau menyelesaikan masalah air,  kerana pada penggal lepas, krisis air melanda di Selangor yang menjadi sumber utama pengagihan air ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi perkara serius selepas beberapa masalah bekalan air tidak mencukupi terjadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Amiruddin Sutero berkata, kalau masih tidak ada sebarang tindakan seperti 5 tahun yang lepas, sia-sia sahaja rakyat Selangor memilih beliau menjadi MB Selangor sekali lagi.

"Hingga kini, selepas masuk penggal kedua Khalid memegang jawatan besar untuk terus memerintah dan mentadbir kerajaan negeri Selangor, Khalid masih lagi tidak mengambil sebarang gerak kerja atau tindakan dalam menyelesaikan masalah air yang kerap tidak ada di beberapa kawasan yang terlibat.

Sudah 100 hari pentadbirannya penggal kedua ini, bukan sahaj tidak selesai malah masih lagi nak menganjurkan forum awam atau seminar dalam mendapatkan pandangan orang awam untuk melaksanakan manifesto pembangkang PRU13 lalu," ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online.

Tambahnya, jangan bercakap sahaja, jangan beretorik dan berjanji sahaja, kerana banyak bercakap tanpa tindakan yang sewajarnya merupakan satu lagi bukti kegagalan kerajaan Selangor.


"Sampai bila rakyat nak menunggu segala manifesto atau masalah air ini diselesaikan, ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab oleh kerajaan negeri Selangor dan Khalid Ibrahim," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor. 

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Aug 2013 01:23 AM PDT

Taipingmali (tm)


Masjid Jamek Kamunting Perlu Penilaian semula

Posted: 23 Aug 2013 12:34 AM PDT



Masjid Jamek Kamunting adalah salah sebuah masjid yang tertua di kawasan Parlimen Taiping. Masjid ini, ikut cerita orang lama diasaskan oleh pekerja islam syarikat perlombongan Kamunting Tin Dredging Mining Ltd.

Masjid ini sudah beberapa kali mengalami penggubah suaian, tahun 70an ia hanya binaan kayu, kini semuanya batu dan konkrit.

Penambahan dibuat secara beransur-ansur tanpa menutup fungsi masjid. Kini ada lagi projek pembaharuan yang akan dilakukan.

Antaranya ialah membina pusat pengurusan jenazah seperti yang terdapat di masjid-masjid lain.

Urusan pembinaan sedang dalam rundingan dengan pihak pembinaan dan masjid merayu kepada anak-anak kariah supaya dapat memberi sumbangan kepada projek tersebut.

Wang permulaan telah diambil dari sumbangan orang ramai dalam usaha membeli van jenazah, tetapi setelah mendapat sumbangan van daripada bank rakyat maka duit tersebut digunakan untuk projek lain.

Dr Zambry dalam lawatan ke masjid ini Mac lalu telah memperuntukkan RM 300 ribu untuk membaiki bumbung bangunan lama di bahagian belakang yang bocor.

Selain itu masjid dalam proses menggantikan permaidani baru dan kosnya setakat ini mencecah RM 28 ribu

Masjid ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin keseluruhannya. Tetapi projek hawa dingin ini dianggap gagal kerana pihak masjid tidak mendapat rundingan pakar. Walaupun kesemua penghawa dingin dipasang ia tidak membantu mengurangkan atau menurunkan suhu dalam ruang solat yang sangat besar itu. Difahamkan masjid ini mampu mengisi lebih 3 ribu jemaah.

Apa yang perlu dilakukan ialah menambah tirai angin atau air curtain untuk menghalang udara luar masuk. Ini kerana jemaah hanya tahu membuka pintu tetapi tidak tahu menutup semula pintu, inilah yang menyebabkan udara panas dari luar masuk ke dalam masjid.

Seterusnya ialah tapak letak kereta yang dahulu makan ruang dan kurang sesuai kini dalam proses penambahbaikan. TM mencadangkan agar ditambah pintu keluar masuk ke masjid, ini kerana terhadap satu pintu sahaja dan saiznya cukup-cukup untuk dua buah kereta berselisih.

Setiap kali solat Jumaat terdapat individu yang pentingkan diri meletakkan kereta di laluan masuk dan menghalang laluan, tambahan lagi bila orang tersebut lambat keluar kerana wirid yang panjang.

Seterusnya ialah pintu masuk ke dalam ruang solat, setakat hari ini hanya terdapat 5 buah pintu jenis sliding standard rumah iaitu bersaiz 10kaki x 7 kaki.

Jika berlaku sesuatu kes kecemasan ia akan menyebabkan makmum akan pijak memijak untuk keluar menyelamatkan diri. Oleh itu pihak masjid perlu melantik seorang jurutera civil untuk melihat dan menilai semula keseluruhan bangunan masjid tersebut.

sekian.

Tuan Berahim marah kepada cadangan membawa masuk warga Bangladesh

Posted: 22 Aug 2013 11:59 PM PDT

Orang kanan Pas Tuan Berahim marah benar dengan cadangan kerajaan membawa masuk lebih setuja pekerja Bangladesh dan akan diberi kad pengenalan diri yang khas buat mereka.

Kenapa marah?

Pekerja Bangladesh merupakan pekerja yang rajin, cekap dan mahu belajar. Ini bagi menampung keperluan tenaga kerja yang semakin tinggi dalam negara.

Daripada membawa masuk warga cina atau India seratus kali lebih baik bawa masuk warga Bangla.

Lain-lain alasan ialah warga Bangla kurang mendatangkan masalah kepada keselamatan, politik dan sosio budaya kepada negara.

Selain itu mereka juga bergama Islam dan dari negara miskin. Sebagai sebuah negara yang boleh dianggap kaya dan maju elok lah Malaysia membantu rakyat mereka, sekurang-kurang wang yang mereka bawa balik atau hantar ke negara mereka dapat juga membantu sektor ekonomi negara tersebut.

Apakah Tuan Berahim tak nampak itu semua?

Umno dan kerajaan tidak perlu mendabik dada seperti Pas dengan slogan 'Negara Berkebajikan'.

Pas dengan slogan tersebut sepatutnya menyokong usaha kebajikan yang dilakukan oleh Umno terhadap rakyat miskin/Islam Bangladesh.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kata Tun Mahathir Kepada Pak Lah

Posted: 22 Aug 2013 10:12 PM PDT


NASIHAT YANG BANKRAP NEGARA
Aug22nd 201317 CommentsWritten by chedet






1. Saya gembira kerana Tun Abdullah telah menjelaskan bahawa beliau tidak menulis tentang bagaimana negara akan bankrap jika dia mengikuti nasihat saya. Ia adalah penemuduga.

2. Saya harap dia tidak keberatan membersihkan nama saya saya atas apa yang penemuduga itu menulis dalam "Kebangkitan itu". Ya, saya bersetuju bahawa saya adalah seorang Perdana Menteri yang boros selesai semua wang kerajaan membina Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Pelabuhan Barat, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan pelbagai orang lain.

3. Tun Abdullah telah berjaya saya sebelum ini semua ini akan berhenti untuk menyelamatkan Malaysia daripada muflis. Oleh kerana, beliau berjaya menghentikan jambatan bengkok dan kereta api landasan berkembar dan projek bekalan elektrik.

4. Jambatan ini akan kos hanya di bawah 1 bilion Ringgit. Pembatalan itu kos Kerajaan 200 juta Ringgit dalam pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

5. Projek kereta api dari Johor Bahru ke Padang Besar telah akan kos 14 bilion Ringgit - lebih sedikit daripada 2 bilion setahun selama enam tahun. Empat belas bilion Ringgit diselamatkan.Tetapi kemudian ia didapati perlu untuk membina landasan kembar dari Ipoh ke Padang Besar.Kos adalah 12 bilion Ringgit.

6. Kontrak diberikan kepada syarikat asing untuk membina landasan yang dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu apa yang ia kos. Kelihatan seperti 14 bilion disimpan telah dibelanjakan untuk landasan yang lebih pendek, kira-kira satu pertiga panjang.

7. Namun, ada sesuatu telah banyak wang yang disimpan. Jet kecil saya yang digunakan adalah baik hanya untuk Timbalan Perdana Menteri. Sebuah jet besar telah dibeli tidak melalui saluran biasa tetapi oleh beberapa individu persendirian. Terdapat penafian oleh Kerajaan yang A320 telah dibeli untuk digunakan oleh Perdana Menteri. Tetapi pesawat itu sehingga ke hari ini yang digunakan oleh Perdana Menteri. Tertanya-tanya mengapa perjanjian itu melanda. Yang benar-benar memiliki pesawat? Berapa banyak wang yang telah disimpan oleh Kerajaan dari perjanjian ini?

8. Kemudian terdapat koridor untuk dibangunkan. Setiap satu berharga 70 bilion Ringgit.Kemudian ia belajar bahawa peruntukan termasuk pelaburan sektor swasta. Sebelum bajet Kerajaan adalah tentang bagaimana Kerajaan akan membelanjakan wang Kerajaan. Di bawah Tun Abdullah belanjawan Kerajaan kepada sektor swasta untuk berbelanja. Tetapi itulah allright kerana angka kelihatan baik.

9. Namun kerana tiada koridor berlepas, berbilion-bilion telah diselamatkan.

10. Ia mesti telah menjadi kerajaan yang sangat kaya yang pergi untuk Pilihan Raya Umum ke-12. Malangnya rakyat tidak menghargai berbilion-bilion yang telah diselamatkan. Mereka menolak parti Kerajaan, memberikan 5 negeri dan satu wilayah persekutuan kepada pembangkang, dan hanya majoriti kecil kepada pihak yang berjimat cermat.

11. Bayangkan berapa banyak berbilion-bilion lebih akan disimpan jika saya telah meletak jawatan lebih awal sebelum membina Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, menara berkembar Petronas dan pelbagai projek-projek mega yang lain. Kami akan duduk di atas gunung Ringgit.

google translator

DATUK ROSLI HUSSIN PERTAHANKAN JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG

Posted: 22 Aug 2013 09:44 PM PDT

Rosli Hussin

Setakat hari ini TM mendapat info bahawa Datuk Rosli Hussin mantan Adun Trong akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagaian.

Pencabarnya juga adalah hebat-hebat belaka antaranya ialah Dato Syed Hussin bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian terbut era 90an, beliau adalah seorang ahli koperat yang berjaya di Kuala Lumpur.

Seorang lagi calon juga seorang usahawan yang hebat iaitu usahawan kolej kejururawatan yang terkenal dan pengerusi sebuah pertubuhan NGO yang sering membantu orang miskin di Bukit Gantang iaitu Saudara Habidi Zain .

Tokoh lain ialah Datuk Captain Razak Baba yang sering turun padang membantu rakyat terutama di sekitar Kuala Sepetang. Beliau juga merupakan sabahat kepada Perdana Menteri Najib Razak dan juga Tun Abdullah Badawi. 

Dan calon terakhir yang terkenal sebagai penulis ialah Saudara Aziz Shariza. 

ADUN TRONG KALAH BERTANDING KETUA CAWANGAN

Posted: 22 Aug 2013 09:23 PM PDT

Petikan di atas adalah daripada blog Cikgu Din SMK St Goerge Taiping atau nama blog  'sisi bukit', beliau juga menjawat tugas sebagai pegawai khas kepada Nizar Jamaluddin sejak sekian lama.

Cerita sebenarnya adalah;

Dr Zabry tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dan keseluruhan ahli yang aktif telah bermuafakat untuk melantik En Tahir bin Khalid (40an) sebagai Ketua Cawangan yang baru. Ia di persetujui oleh Dr Zabry juga.

Pada tarikh persidangan cawangan ada dua orang ahli yang bersikap haru-biru dan suka kacau dan sengaja ingin memalukan Dr Zabry telah bertindak dengan mencadangkan Dr Zabry sebagai calon ketua cawangan. Orang tersebut ialah Puan Nurainun bt Abd Majid dan disokong oleh En Haris Nawi.

Dr Zabry pun satu hal,  sepatutnya bangun dan menarik diri daripada dicalonkan. Ini diam macam kayu, akibatnya dia kena getah oleh orang yang ingin memalukan dan menjatuhkan maruah beliau.

Cawangan Kg Temelok memang ramai ahli dan mencecah 200 orang dan kehadiran dalam persidangan tersebut lebih kurang 60 orang.

Bagaimana pun perwakilan ke persidangan cawangan tersebut sebulat suara memilih Dr Zamry sebagai salah seorang daripada 5 perwakilan ke persidangan bahagian.

sekian.




ISU KEMENANGAN DALAM MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH LANGSUNG TIDAK MENDAPAT TEMPAT DALAM HARAKAH

Posted: 22 Aug 2013 05:09 PM PDT


TINDAKAN BACUL D.A.P MEMALUKAN, SEPATUTNYA LAWAN DAN SAMAN R.O.S

Posted: 22 Aug 2013 04:42 PM PDT



DAP telah menetapkan 29 September untuk mengadakan banyak yang bercakap-tentang pilihan raya semula bagi jawatan kuasa eksekutif di tengah-tengah (CEC), Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengumumkan hari ini .

Walaupun tunduk kepada perintah itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS), Lim berkata parti itu akan menampilkan barisan yang sama calon yang bertanding untuk jawatan pada 15 Disember tahun lepas di pemilihan baru, kecuali satu - bekas Seremban MP, John Fernandez, yang berhenti DAP sebelum 5 Mei pilihan raya umum.

Lim juga berkata bahawa perwakilan yang telah dipecat keluar dari parti itu juga akan dibenarkan untuk mengundi dalam pertandingan baru, jika mereka memilih untuk kembali.

"Mesyuarat hari ini memutuskan bahawa perwakilan yang telah dipecat daripada parti akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya semula mereka harus memilih untuk mengambil bahagian sudah tentu," kata Lim pada sidang akhbar.

Beliau berkata parti itu juga telah memutuskan untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan bagi Jawatan kuasa Perhubungan Kawasan Parlimen dan konvensyen negeri lain sehingga selepas ia menyimpulkan pertandingan CEC kontroversi.

MP Seremban Anthony Loke Siew Fook akan Kongres Pengerusi Jawatan kuasa Pemandu Khas dan Serdang MP Dr Ong Kian Ming sebagai Pegawai kembali untuk pilihan raya semula.

The RoS telah mengarahkan DAP untuk menjalankan pilihan raya yang lain untuk pemimpin tertinggi pada awal bulan ini selepas beberapa ahli tidak puas hati mendakwa pemilihan Disember telah rigged untuk membolehkan individu-individu tertentu untuk menjadi kapal CEC.

Pengawal selia masyarakat berpindah ke bertindak selepas Lim mendedahkan pada 4 Januari bahawa audit dalaman menunjukkan kesilapan dalam penjadualan undi daripada pemilihan parti Disember yang katanya adalah disebabkan oleh masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan ke komputer menggunakan Microsoft Excel program.

The RoS kemudiannya mengarahkan pusingan baru pilihan raya, berkata ia adalah "tidak berpuas hati" dengan penjelasan DAP.

Tidak berpuas hati, parti pembangkang persekutuan enggan mematuhi arahan RoS, berkata ia telah gagal untuk membenarkan perintah melampaui berkata ia adalah "tidak berpuas hati".

Tetapi takut pembatalan pendaftaran, DAP mengalah di bawah

PERANG SEMAKIN HANGAT DI PASIR SALAK

Posted: 22 Aug 2013 10:58 AM PDT


Zaman Anwar berkuasa Tajudin Rahman pernah dipecat dari Umno atas kesalahan rasuah politik, Semua nya kerana Tajudin memberi bantuan basikal kepada  anak-anak sekolah di kawasannya, Oleh itu hasrat Tajudin untuk bertanding jawatan Ketua Umno Pasir Salak gagal dan Ramli Ngah Talib kekal sepenggal lagi.

Berkat kesabaran Tajudin akhirnya berjaya juga memegang jawatan Ketua Bahagian. Kini sudah ada muka baru yang sekali lagi sedang berusaha untuk menjatuhkan Tajudin.

Siapakah individu tersebut?

Kerana nak sambung kontrak tandas ditutup sementara

Posted: 22 Aug 2013 10:32 AM PDT




Ini tandas awam Putrajaya... 

Dilarang guna oleh kontraktor maintainance sebab pihak berkuasa Perbadanan Putrajaya nak buat inspection ! 

Jika kotor mungkin tender tak akan disambung lagi... (ditugaskan seorang tukang cuci kat depan itu untuk menghalang orang ramai dari menggunakannya)

Kenapa kereta Proton di Australia lebih murah daripada Proton di Malaysia?

Posted: 22 Aug 2013 10:15 AM PDT





GAMBAR ini adalah propaganda yang sedang meluas dikongsi di FB. Ia disebarluaskan untuk menghasut kebencian terhadap Proton dan kerajaan dengan menggunakan data yang cukup mengelirukan. Sebelum kita membuat penilaian, ada baiknya kita membuat analisa secara objektif.
...
Persoalannya, adakah benar kereta Preve lebih murah di Australia berbanding Malaysia? Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Ia adalah lebih murah di Australia kerana cukai tidak dikutip sepenuhnya ketika pembelian dibuat.

Di Malaysia, kereta Proton juga tertakluk kepada cukai eksesais walaupun cukai import bagi Proton adalah lebih kecil.

Tahukan anda bahawa di Malaysia, kita memberi subsidi petrol tetapi di Australia, bukan sahaja petrol tidak disubsidikan, malah mereka mengenakan dua jenis cukai eksais petrol dan kemudian GST petrol?

Ini bermakna, setiap kali anda mengepam petrol atau memandu, kerajaan Australia mengutip cukai daripada anda. Petrol di Australia adalah kira-kira RM4.46 seliter berbanding RM1.80 seliter di Malaysia. (Semua harga berdasarkan negeri Victoria. Sydney adalah lebih mahal)

Cukai jalan di Australia pula adalah kira-kira RM2,100 setahun manakala Malaysia adalah RM90 untuk model ini Proton Preve. Insurans di Australia adalah RM2700 setahun berbanding hanya RM1700 setiap tahun di Malaysia.

Jika dibuat pengiraan, purata 20,000 km perbatuan setiap tahun, pemvbelian Proton Preve adalah masih murah di Malaysia. Pada tahun pertama, Proton Preve (Australia) adalah RM61,805,23. Proton Preve (Malaysia) adalah RM61,336,80.

Selepas tiga tahun, Proton Preve (Australia) adalah RM89, 376,83. Proton Preve (Malaysia) adalah RM72, 203,40. Perbezaan ini adalah lebih besar jika anda membandingkan model yang lebih murah seperti Saga atau Gen2.

Apapun, diharap Kerajaan BN akan menepati janji mereka untuk mengurangkan harga kenderaan Malaysia sebanyak 30% dan ini akan meningkatkan lagi perbezaan.

Jangan bandingkan dolar untuk dolar kerana kita juga perlu membandingkan cukai Australia dan juga lebih tinggi (dijangka akan menjadi lebih tinggi tahun ini) kadar pengangguran dan kepesatan ekonomi mereka. Dalam soal ini, proton juga tentunya mengambil kira faktor-faktor ini bagi memastikan jenama dan produk mereka boleh berkembang di luar negara termasuk Australia.

7 Ribu Pemuda Pas Bantah Konsert Metallica

Posted: 22 Aug 2013 06:35 AM PDT

Pas melaporkan 7 ribu ahlinya berada di Stadium Merdeka bagi membantah konsert tersebut.

Tetapi amatlah pelik kerana 7 batang pun tak nampak muka Pas untuk mempertahankan isu kalimah Allah di Mahkamah Rayuan.

Memang hangit punya Pas Pis Pus.

Selepas ini eloklah Pas Pis Pus membantah tindakan Sham Kamekaze yang usung gitar dan menyanyi Rock dalam masjid.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Logo Baru Parti Kencing Rakyat

Posted: 22 Aug 2013 06:31 AM PDT

SEGAMBUT, 22 OGOS 2013 : Parti Kencing Rakyat Hari ini melancarkan logo barunya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang. Mursyidul Amnnya, Saudara Anuuuuar Berahi hari berkata, sejajar dengan Reformasi, Ubah, Ini Kalilah, beliau ingin membawa paradigma baru dalam partinya itu.

"Kita yakin, 400 Ribu Bangla akan diimport masuk dalam PRU14 yang akan datang" ujarnya.

Ditanya mengenai perancangannya pada masa akan datang sekiranya parti pemerintah jatuh dalam PRU 14, beliau berkata;

"Kita sudah sediakan pelan untuk menempatkan mereka-mereka yang kalah dalam sebuah kampus untuk memastikan ilmu-ilmu mereka dapat dikongsikan bersama-sama mahasiswa."

"Insyallah kalau pemerintah jatuh, kita akan lantik mereka semua jadi proffesor."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Waytha Moorthy tak layak jadi menteri di Jabatan Perdana Menteri

Posted: 22 Aug 2013 05:22 AM PDT

Sudah dua isu besar yang melanda orang India selepas PRU 13.

Pertama isu 'kantin dalam tandas' dan isu kedua ialah serangan polis terhadap kongsi gelap India dari kumpulan 04.

Dalam isu pertama di SK Pristina Sungai Buloh, tidak nampak peranan W. Moorthy tetapi apabila kes ambush dan bunuh terhadap Kongsi Gelap 04, tiba-tiba suara W.Moorthy muncul dan seolah-olah tak puas hati dengan tindakan PDRM. Beliau juga mendesak diadakan inkues.

Tindak tanduk Moothy semenangnya mengguris perasaan Polis dan juga rakyat yang cintakan keamanan.

Ia juga seolah-olah campur tangan dalam urusan polis.

Apakah motif sebenar Moorthy?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masuk Pas lebih mudah daripada masuk Umno

Posted: 22 Aug 2013 05:02 AM PDT

"Cilabai betul la.. nak daftar ahli umno pon susah.aku igt aku dh jadi ahli umno. Rupanya sampah.. dah dekat 2 tahun daftar. Tp masih xdak jadi2 lg umno. Geleng kepala betoi. Masalah xpernah selesai2.. apa masalah umno pb pon aku xtaw. Mintak boss campurtangan solve problem ni. Kalau tak.masalah ni takkan selesai" (pb bermaksud Umno Parit Buntar Perak)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagaimana Bas Uzur Boleh Beroperasi?

Posted: 22 Aug 2013 04:57 AM PDT

Ada penumpang bas yang selamat menyatakan bas sudah uzur dan pemandu ada memberhentikan bas di tepi jalan sebelum kejadian dan kemudian meneruskan perjalanan sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.

Mengikut kebiasaan JPJ, bas akan diperiksa mengikut jadual dan sudah tentu bas tersebut lulus ujian Puspakom.

Adakah benar bas tersebut menjadi pemeriksaan atau hanya main lulus atas kertas sahaja.

Nampaknya bukan saja bas yang perlu disiasat, tetapi Puspakom juga perlu disiasat.

SPAD kena siasat Puspakom sampai kelubang cacing, Hasil siasatan jangan jadi pekasam ikan SEPAT.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

The Unspinners

Posted: 22 Aug 2013 11:34 PM PDT

sekupangdua

Posted: 22 Aug 2013 11:29 PM PDT

sekupangdua


TERPULANG PADA KORANG, BERANI ATAU BODO ATAU MEMANG NAK MAMPUS

Posted: 22 Aug 2013 06:00 PM PDT

Jom tengok koleksi gambar manusia- manusia berani mati. Ada berani? Kalau saya… naik motor pun memang tak pandai la… apa lagi nak terbang-terbang macam ni..haha
bm1 Berani Mati Punya Orang
bm2 Berani Mati Punya Orang
bm3 Berani Mati Punya Orang
bm4 Berani Mati Punya Orang
bm5 Berani Mati Punya Orang
bm6 Berani Mati Punya Orang
bm7 Berani Mati Punya Orang
bm8 Berani Mati Punya Orang
bm9 Berani Mati Punya Orang
bm10 Berani Mati Punya Orang
bm11 Berani Mati Punya Orang
bm12 Berani Mati Punya Orang

AWAS GAMBAR NGERI! MANUSIA DILUAR PEMIKIRAN MAKAN MERCUN

Posted: 22 Aug 2013 07:00 AM PDT

BETIS TERTUSUK KAYU KETIKA BERBASIKAL


ANGKARA JUDI DALAM VIDEO GAMES, KAWAN DIKERAT-KERAT...?


MASAK ANAK SENDIRI...?

KERANA MABUK, MERCUN PUN DIMAKAN....?

Dunia kini makin pelik...? Kes-kes yang berlaku di sekeliling kita, kadang-kadang memang pelik dan sukar diterima oleh akal yang sempurna. Manusia kadangkala sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan sehingga binatang pun terpaksa mengaku kalah....?

BILA GILA INGIN BERKUASA, TOLAK DEMOKRASI DAN RAMPAS KUASA

Posted: 22 Aug 2013 05:00 AM PDT




TENTERA MESIR GEMPUR RAKYAT SENDIRI...GILA...?


Adly Mansour seorang Kristian

General Abdel Fattah al-Sisi








Beginilah jadinya bila kuasa yang menjadi rebutan, tak kira samada gagal demi tamak dan gila  kuasa pilihan rakyat melalui demokrasi pun ditolak dan tetap mahu merampas kuasa sehingga akhirnya tentera akhirnya membunuh rakyat sendiri, Demokrasi tidak lagi jadi pilihan rakyat keran segelentir yang tamak kuasa sekalipun gagal akhirnya merampas kuasa dengan mengulingkan kerajaan yang sedia ada, ianya sudah tentu tidak berakhir dengan baik sebaliknya  setiap hari kita akan membilang nyawa rakyat yang terkorban...

Presiden sementara (GILA) Mesir, Adly Mansour mengisytiharkan perintah darurat selama sebulan bermula semalam dan mengarahkan tentera membantu Kementerian Dalam Negeri mengetatkan tahap keselamatan (yakni membunuh rakyat sebangsa sendiri) semata-mata cita-cita rakus politik sempit yang sadis dan mabuk darah. Tanggapan penulis, tiada bangsa di dunia ini sezalim dan seganas Yahudi meleset sama sekali. Rupa-rupa adanya seekor 'dajal' yang lebih ganas daripada DAJJAL kini. Dan Dajjal itu ialah Presiden sementara Mesir sekarang iaitu Adly Mansour. Ya Allah, Engkau hapuskan mereka yang zalim dari muka bumi-Mu ini...!!!!

MADE IN INDIA, KEH KEH KEH

Posted: 22 Aug 2013 01:00 AM PDT













Sebenarnya pekara pelik dan kadangkala melucukan seperti gambar-gambar nie menghairankan kita tetapi ianya sebenarnya bukan asing bagi mereka sebaliknya menjadi kebiasaan didunia mereka, cuma bagi kita ianya tak sepatutnya berlaku di negara kita yang tidak sedaif mereka...
Sesetengah perkara atau kejadian amat lucu di tempat kita tetapi sangat biasa di tempat lain. Lain padang, lain belalang....!

BELANJA MATI YANG PALING MAHAL DIDUNIA (5 JUTA) HANYA UTK IBUNYA

Posted: 21 Aug 2013 11:43 PM PDT



Pada 4 mac , seorang usahawan tempatan China mengadakan upacara pengebumian mewah untuk ibunya, tapak majlis itu ditetapkan, beribu-ribu2 orang menabur bunga. Bilangan saudara mara dan pekerja syarikat yang datang merakamkan ucapan takziah mereka dan jumlah orang awam yang datang mececah 20 ribu.. Kos upacara ini memcecah 5 juta yuan (793 905 U.S. dollars)











MEMANG BINATANG BETUL LA, BUAT SEKS DITEMPAT AWAM LAGI...

Posted: 21 Aug 2013 08:50 AM PDT

                                        

GAMBAR-GAMBAR TENGAH BUAT SEKS DI TEMPAT AWAM, BINATANG TUL LER... TANPA SEGAN SILU LAGI, DAH LER TAK BERBAJU, TAKDA SEURAT BENANG PUN MENUTUP BADAN.... EKEKEKE.... 
 terselubung.blogspot.com  terselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.com  terselubung.blogspot.com terselubung.blogspot.comterselubung.blogspot.com









Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Aug 2013 11:28 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Memang Benar Slogan Pelancongan Malaysia Sama Slogan Negara Israel !

Posted: 22 Aug 2013 07:12 AM PDT

Slogan 'Endless Possibilities': Malaysia Lancar Lebih Awal Dari Israel

Slogan 'Endless Possibilities' yang bakal dilancarkan pada 17 September menjadi topik hangat di kalangan beberapa blog dan pelayar internet kerana ia dikatakan menyamai slogan Kementerian Pelancongan Israel iaitu 'One Place, Endless Possibilities'.

Memandangkan Malaysia telah pun menggunakan slogan Satu Malaysia, maka penambahan 'Endless Possibilities' menjadikan persamaannya begitu ketara.

Justeru, pantas, Malaysia dituduh sebagai meniru Israel, sekali gus, motif kerajaan diragui.

Hakikatnya, Malaysia telah pun memperkenalkan slogan 'Endless Possibilities' jauh lebih awal dari Israel iaitu ketika menghadiri World Economic Forum di Davos pada 13 Disember 2012. Untuk itu, satu video bertajuk 'Malaysia-Endless Possibilities' dibuat yang memaparkan Dato' Seri Najib sendiri mempromosi Malaysia. ( http://www.youtube.com/watch?v=04_aNZ8nK_M (Preview) )

Video tersebut telah pun dimuatnaik ke Youtube pada tarikh 5 Februari 2013.

Kementerian Pelancongan Israel pula hanya menggunakan slogan 'One Place, Endless Possibilities' di dalam laman web promosi mereka pada sekitar Mei 2013. Slogan tersebut tidak pernah dilancarkan secara rasmi, tetapi hanya menjadi 'tagline' pelancongan bagi negara Israel yang tidak diiktiraf.

Jelaslah bahawa Malaysia tidak meniru Israel tetapi mungkin Israel yang meniru Malaysia, sama ada secara sengaja dan mungkin juga secara tidak sedar.

Persoalannya, kenapa ramai yang terus menuduh Malaysia yang meniru Israel dan tidak sebaliknya? Apakah ia kerana 'persepsi' atau sememangnya rakyat Malaysia tidak pernah punya keyakinan diri?

Mungkin sudah tiba masanya rakyat Malaysia menukar cara kita berfikir dan tidak terlalu memandang rendah kepada diri sendiri. Yang lemah dan buruk tidak semestinya dari kita, dan yang bijak dan cantik itu tidak semestinya bukan dicipta oleh orang kita.

Inilah -Wajah Wajah Penyokong Tegar Kalimah Allah di Mahkamah Rayuan Sebentar Tadi

Posted: 22 Aug 2013 02:16 AM PDT




Mana pergi Hj Hadi Nik Aziz ??? Sedangkan mereka pemimpin parti politik Islam ??? 

Hanya Nasaruddin Mat Isa yang sanggup hadir demi agama.

Jangan tanya ke mana Najib dan Muhyidin kerana mereka telah menghantar Pemuda Umno diwakili Datuk Razali Ibrahim serta pemimpin yang lain seperti Lokman Adam, Armand PJU, Tun Faisal, untuk hadir.

Sekali lagi mana pergi pemimpin pemuda PAS ??? 

Mana slogan Islam jika bab kalima Allah pun gagal tunjukkan kejantanan kerana takut hilang sokongan bukan Islam.

Pundeklah !!!

Inilah Wajah Peguam-Peguam Layak Digelar Perwira Bela Kalimah Allah di Mahkamah Rayuan

Posted: 22 Aug 2013 01:44 AM PDT





Tahniah diucapkan kepada semua peguam yang telah berjuang demi kesucian agama Islam...


Waythamoorthy told to quit over allegation - Minister DS @Zahid_Hamidi

Posted: 22 Aug 2013 01:15 AM PDT

PUTRAJAYA: Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has asked Deputy Minister in the Prime Minister's Department, P. Waythamoorthy, to quit his post if the latter insists on speaking out against the police force.

Answering to the senator's allegation that five members of the Gang 04 were "executed" by the police raiding team several days ago, Ahmad Zahid said Waythamoorthy should not interfere in police work.
"Even I do not intervene in police matters and let them do their work as they deem fit," he told a press conference today.
He said the former Hindu Rights Action Force (Hindraf) chairman's allegation was unbecoming as he was now part of the government and no longer a leader of the non-governmental organisation (Hindraf).
"He (Waythamoorthy) is now part of the government but if he wants to comment on government's policies, then he better go back to heading the NGO," Ahmad Zahid said.


Read more: Waythamoorthy told to quit over allegation - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/waythamoorthy-told-to-quit-over-allegation-1.342059?localLinksEnabled=false&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter#ixzz2cgT6I1lz

Kalimah Allah: Permohonan gereja ditolak

Posted: 22 Aug 2013 12:59 AM PDT


PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130822/ma_10/Kalimah-Allah-Permohonan-gereja-ditolak#ixzz2cgPn1w00
© Utusan Melayu (M) Bhd

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 22 Aug 2013 11:27 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


ALHAMDULILAH Permohonan Gereja Guna Kalimah Allah Di TOLAK

Posted: 22 Aug 2013 12:54 AM PDT


Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE

Berita penuh...

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak
permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna
prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.-UTUSAN ONLINE

Belantan

Posted: 22 Aug 2013 11:05 PM PDT

Belantan


Yuktes Vijay, bekas pembantu peguambela Anwar kemuka bukti?

Posted: 22 Aug 2013 09:55 PM PDT


Bekas pembantu peguambela utama Anwar Ibrahim menyerahkan dokumen dan surat rasmi kepada Peguam Negara semalam, yang didakwa sebagai bukti penipuan Ketua Pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kesnya di mahkamah.

Yuktes Vijay, yang pernah menjadi pembantu Sankara Nair selama dua setengah tahun bermula Oktober 2010, berkata bukti itu termasuk salinan laporan, e-mel dan sijil cuti sakit palsu yang digunakan Anwar.

Kemuka sijil cuti sakit palsu

"Semua ini beliau (Anwar) gunakan sebagai alasan untuk tidak menghadiri sesi perbicaraan mahkamah bagi kes perhimpunan BERSIH 3.0 pada September tahun lalu. Saya bukan hanya membuat dakwaan semata-mata, setiap apa yang saya katakan turut dikemukakan dengan bukti.

Yuktes hari ini telah menyerahkan bukti sijil sakit palsu Anwar Ibrahim kepada wakil Pejabat Peguam Negara. Menurut Yuktes sijil tersebut adalah palsu dan telah diuruskan oleh Rafizi atas arahan Anwar.

"Antara sebab beliau (mengemukakan sijil cuti sakit palsu) bukan hanya untuk melengahkan kes, tapi memberi kelebihan kepadanya untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya selepas menyerahkan dokumen berkenaan kepada Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Peguam Negara, Za'ba Abu Bakar, di sini semalam.

Yuktes sebelum ini membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas Anwar berhubung perkara sama.



Beliau juga berharap Peguam Negara akan mengambil tindakan secepat mungkin kerana walaupun sijil cuti sakit palsu dianggap perkara kecil, ia adalah satu kesalahan besar apabila membabitkan institusi kehakiman negara.

Katanya, beliau sudah menghubungi beberapa badan luar negara yang selama ini menyokong Anwar atas dasar simpati bagi mendedahkan perkara yang sama.

Suara Politik
Belantan

Arab Spring gagal : MB Khalid kritik dan salahkan PM?

Posted: 22 Aug 2013 05:15 PM PDT


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kerana didakwa gagal memainkan peranan dengan baik berhubung isu keganasan di Mesir.

Abdul Khalid berkata, kegagalan Malaysia untuk memainkan peranan utama di peringkat antarabangsa untuk mengajak badan dunia menamatkan krisis itu amat mengecewakan.

Menurutnya, krisis di Mesir kini menjadi bencana kemanusiaan yang tidak boleh digunakan untuk mendapat kelebihan politik tempatan.

"Ini dibuktikan oleh komen Perdana Menteri pada hari-hari awal krisis, di mana beliau menggunakan penderitaan rakyat Mesir sebagai satu peluang untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati terhadap perubahan.

"Malaysia sepatutnya memanfaatkan kedudukannya terutama di kalangan negara-negara Islam untuk membawa penyatuan bagi menolak keganasan ini dengan memberi tekanan di peringkat antarabangsa untuk membincangkan krisis di Mesir termasuk pihak yang terlibat melakukan keganasan tersebut," katanya melalui kenyataan akhbar di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, keganasan berterusan yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat Mesir perlu menjadi satu perkara yang membimbangkan semua pihak.

Menurutnya, keganasan dan tindakan keras oleh tentera bukan penyelesaian kepada mana-mana krisis politik.

Katanya, dalam jangka masa panjang, tindakan sebegini untuk mencapai matlamat politik sentiasa berakhir dengan kegagalan dan penderitaan bagi rakyat.

"Seperti keadaan sekarang yang terus berlaku di luar kawalan, kami menyeru semua pihak dalam konflik Mesir untuk menghentikan keganasan dan kembali kepada proses demokrasi yang aman.

"Peningkatan keganasan oleh mana-mana pihak bukan sahaja meningkatkan pertumpahan darah tetapi juga merumitkan lagi krisis politik dan sosial hingga semakin sukar dikawal," katanya.

Abdul Khalid berkata, tindakan keganasan oleh tentera Mesir ini mendapat kecaman di seluruh dunia.

Menurutnya, penggunaan kuasa tentera hanya akan membawa lebih kematian dan melemahkan pergerakan politik dan sosial.

Katanya, pihak yang terlibat dalam keganasan sama ada pemimpin-pemimpin tentera atau sebahagian daripada pemimpin kerajaan mesti dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana melakukan jenayah kemanusiaan seperti yang berlaku dalam kes-kes besar melibatkan pencabulan hak asasi manusia seperti konflik di Bosnia-Herzegovina.

Beliau berkata, keadilan mesti dilakukan dan proses politik damai berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi tulen perlu dimulakan segera.

Inilah masalahnya apabila tidur sambil bercakap! Jaga tepi kain sendiri dahulu sebelum nak jaga tepi kain orang? Tak tahu hal sebenar, jangan cuba nak jadi HERO! Pening..pening dapat MB kuat TIDOR sambil bercakap macam Khalid ni!!!

Suara Politik
Belantan

Nasharuddin Gesa PAS Kembali Perjuangan Asal Pertahan Kalimah Allah?

Posted: 22 Aug 2013 06:57 AM PDT


Selain akhbar Katolik, The Herald, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hari ini melahirkan kebimbangannya terhadap beberapa pihak yang mempertahankan kalimah Allah ini demi kepentingan peribadi mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, ini kerana mereka hadir di perkarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini dilihat hanya berjuang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu sahaja sekaligus menimbulkan syak wasangka terhadap umat Islam di negara ini yang bimbang jika akidah umat Islam berjaya dipesongkan oleh pihak berkenaan.

"Secara pasifik timbul persoalan kenapa hanya Bible versi Bahasa Melayu sahaja yang hendak digunakan kalimah ini sedangkan versi lain tidak.

"Jadi itu yang menimbulkan persoalan dan syak-wasangka dan saya rasa ini satu perancangan yang berstrategi pihak-pihak tertentu," katanya kepada Antarapos, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Nasharuddin meminta PAS yang kini menjadi rakan sekutu kepada DAP dan PKR perlu berbalik kepada perjuangan asal dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah.

Katanya lagi, PAS perlu berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan bukan tunduk kepada keputusan bersama DAP dan PKR yang sebelum ini berlawanan dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu.

"Saya berpegang kepada Majlis Syura Ulama PAS kerana pandangan Majlis Syura Ulama PAS ini sangat jelas dalam isu ini dan saya lihat, perkara ini duba dikeluarkan daripada perbincangan sebenarnya kerana mungkin ada percayuturan-percaturan politik diambilkira.

"Pada saya isu yang berkaitan dengan akidah Islam ini tidak harus dipolitikkan, dan mereka harus berpegang kepada prinsip tambahan pula kenapa hanya Bible versi Bahasa Melayu saja yang hendak diguna oleh mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas dilihat mengikuti prosiding Mahkamah Rayuan hari ini yang mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk mengenepikan larangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan, The Herald.

Sementara itu salah seorang perayu , Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mengemukakan rayuan bagi membatalkan penggunaan kalimah Allah digunakan dalam The Herald menegaskan sepatutnya pihak Gereja Roman Katolik perlu menunggu September ini untuk mendengar keputusan kalimah Allah.

Bagaimanapun katanya, pihak Gereja didakwa cuba untuk membatalkan rayuan daripada sembilan perayu yang merayu supaya kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam akhbar itu.

"Sepatutnya keputusan rayuan adalah pada bulan depan, sepatutnya keputusan 10 September, jadi pihak kami menunggu untuk hadir pada perbicaraan itu tetapi tiba-tiba pihak sebelah itu minta rayuan kita dibatalkan kerana ada surat daripada Perdana Menteri mengatakan kabinet sudah membenarkan Bible dalam Bahasa Melayu diimport dan dicetak di sini.

"Oleh kerana itu, mereka kata masalah kalimah Allah itu tidak timbul lagi sebab mereka kata dalam Bible itu sudah ada perkataan Allah dan kerajaan sudah benarkan Bible itu sudah diimport.

"Jadi sekarang ini kita menunggu keputusan Mahkamah samada membenarkan untuk membatalkan hujahan rayuan," katanya.

Malah katanya yang menjadi persoalan kini ialah mengapa pihak berkenaan turut mahu menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar mingguan mereka sedangkan sebelum ini kabinet hanya membenarkan ianya digunakan dalam kitab Bible saja.

"Hujahan kita ialah masalah keputusan kabinet tiada kene mengena dengan perkataan Allah, itu semua ada kaitan dengan Bible itu saja," katanya.

Julai lalu Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik The Herald menggunakan kalimah Allah. – Antarapos

Suara Politik
Belantan

Keputusan terkini isu Kalimah Allah : Alhamdulillah...Permohonan gereja ditolak! Allah hu akbar!!

Posted: 22 Aug 2013 12:59 AM PDT


Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Berita penuh...

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.-UMO

Suara Politik
Belantan

Terkini : Keputusan rayuan penggunaan Kalimah Allah?

Posted: 21 Aug 2013 11:40 PM PDT



Keputusan rayuan Ketua Biskop Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan Putrajaya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu akan didengar pada jam 3.00 petang ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Samah Nordin yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof untuk mendengar rayuan itu.

Mahkamah pada ketika ini sedang berhenti untuk rehat. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kemenangan berada di pihak kita...insyaAllah!

Suara Politik
Belantan

PenangWasabi

Posted: 22 Aug 2013 09:35 PM PDT

PenangWasabi


Apa sudah jadi DAPig Guan Eng...!!! Mengapa pelabur-pelabur sudah mula tinggalkan Pulau Pinang?

Posted: 21 Aug 2013 11:12 PM PDT


Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.

Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion. Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73% sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.


Lebih malang lagi, Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion. Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.

Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional wajar mencermin muka sendiri. Di manakah 'cekapnya' DAP jika jumlah pelaburan terus susut dan hilang dari setahun ke setahun?

Persoalannya apakah punca masalah ini?

Paling menarik, DAP yang terkenal dengan sikap rasis dilihat seolah-olah turut mengamalkan rasisme dalam menarik pelaburan. Ini berdasarkan kenyataan Penyelaras BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah, bahawa Lim Guan Eng hanya berminat untuk menarik pelabur dari Taiwan, China, Hong Kong dan Korea iaitu negara-negara yang 'sebangsa' dengannya. Walhal, selama ini Pulau Pinang itu lebih banyak menerima pelaburan dari Amerika, Jepun, Jerman dan Netherland.

Penyelaras BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah (gambar, tengah)

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang Ketua Menteri yang bersifat 'global' yang mampu duduk setanding dan sebaris dengan para pelabur asing apatah lagi berurusan dengan duta-duta dan juga Menteri-menteri negara lain. Sedangkan, untuk menarik pelaburan langsung asing, seorang Ketua Negeri harus memainkan peranan besar dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang terbabit.

Selain itu, delegasi pelaburan juga perlu mempunyai karisma dan kebolehan untuk membuat promosi melalui media di negara-negara terbabit iaitu perlu menjalinkan hubungan dengan akhbar dan majalah yang berkaitan.

Melihat dari cara DAP mentadbir di mana pembentangan projek mega seperti terowong bawah laut yang kontroversi juga boleh tersalah taip dan mengira undi CEC yang tidak sampai 2000 juga boleh tersalah kira, maka kita memahami kenapa pelaburan di Pulau Pinang merudum.


DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu, reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa 'cuak' di kalangan pelabur.

Selain dari pelancongan, Pulau Pinang banyak bergantung kepada pelaburan dari segi ekonomi. Walaupun begitu, Lim Guan Eng nampaknya tidak begitu risau dengan apa yang berlaku. Malah, beliau lebih berminat untuk 'meraikan' kuasanya di negeri itu melalui projek merepek seperti membina 'Burung Ubah'.

Di awal pemerintahannya pula, Lim Guan Eng sibuk mencabar agama Islam sambil memperkukuhkan kedudukan Kristian di negara ini. Beliau juga sibuk berpolitik menyerang UMNO dengan tidak henti-henti membangkitkan isu perkauman.


Kini sikap Guan Eng yang rasis, tidak prihatin dan samseng mula membawa kesan buruk kepada Pulau Pinang. Dengan reputasi Guan Eng yang cukup buruk sebagai Setiausaha Agong Parti, dan kelemahannya sebagai Ketua Menteri, DAP wajar memikirkan semula kedudukannya di dalam parti.

Apakah hanya kerana beliau merupakan anak kepada Lim Kit Siang maka semua orang perlu menutup mata atas segala kebebalan beliau? Atau apakah benar tiada siapa yang lebih layak dari Lim Guan Eng untuk menerajui Pulau Pinang, mahupun memegang jawatan Setiausaha Agong di dalam parti DAP?

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Aug 2013 09:28 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Mangsa Nahas Bas Menceritakan Detik Detik Cemas Bas Sebelum Terjatuh

Posted: 22 Aug 2013 08:49 PM PDT



Kalimah Allah : Permohonan Gereja Ditolak

Posted: 22 Aug 2013 01:11 AM PDT






PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE

Video Ini Mendedahkan Syiah Cuba Menyebarkan Fahaman Itu Pada Kanak Kanak Di Lembah Klang

Posted: 21 Aug 2013 09:30 PM PDT




GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Aug 2013 09:21 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


GAP DESAK DIHARAMKAN SYARIKAT CINABENG GUNA NAMA/LOGO ISLAM/MELAYU DALAM PRODUK MEREKA.

Posted: 22 Aug 2013 02:55 PM PDT

URGENT : BLOGER JOHOR WAJIB HUBUNGI GAP !

Posted: 22 Aug 2013 12:13 PM PDT

tok gajah

Posted: 22 Aug 2013 09:10 PM PDT

tok gajah


Dimane letaknye kedaulatan Negara Islam Malaysia...............

Posted: 22 Aug 2013 05:00 PM PDT


Pusingan kali ni nampak nye telah memehak kepade umat Islam Malaysia khasnye dan juge bagi umat2 Islam di seluruh donie am nye. Rate2 umat Islam di Malaysia berase lege dengan peputusan Mahkamah Rayuan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah bagi kaum kristian.

Sebenar nye perjuangan kite ini baru bermule, makin banyak lagi ranjau2 yang pasti kite akan menempuh nye di hari muke nanti. Kaum kristian tidak akan mudah angkat tangan mengak, mereke akan terus berusahe untuk mencapai hasrat nye dengan apecare juge.

Kite sudah tiade lain pilihan selain kembali bersatu padu untuk menentang 'musuh2 Islam' yang sudah pun bertapak dan berdiri tuguh di hadapan mate. Mereke sudah dapat menghidu kelemahan umat Islam di Malaysia yang sedang berpecah belah dalam penguasaan politik.

PAS sudah memang tidak boleh di haraf lagi, hari ini halatuju parti itu sudah jauh terpesong dari sasaran nye untuk membele untung nasib agama Islam. PAS sudah tunduk tersungkur sujud di hujung kaki kaum kafir. PAS terpakse berbuat demikian se mate2 untuk mendapat sokongan dari kaum kafir demi kepentingan parti politik nye.

Kini kite sudah tiade yang lain untuk bergantung haraf selain dari UMNO yang sudah ternyate kebenaran nye dan ke ikhlasan membele agama Islam di Malaysia ini. Perjuangan UMNO memang ternyate benar2 telah membele nasib kaum melayu dan agama Islam selame memerintah negare.

Tok sangat yakin hanye UMNO sahaje yang boleh mempertahankan kedaulatan dan maruah agama Islam dari di cemari oleh kaum laknatullah yang ujud di muke bumi Malaysia. Tanpa perjuangan UMNO Tok yakin kaum kafir ni sudah pun tercapai niat dan cite2 yang mereke idamkan, iaitu memurtad kan sebanyak mungkin orang2 Islam di Malaysia ini.

Khamis, Ogos 22, 2013


Kalimah Allah: Permohonan gereja ditolak


PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130822/ma_10/Kalimah-Allah-Permohonan-gereja-ditolak#ixzz2cgOj5Yx6
© Utusan Melayu (M) Bhd

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Aug 2013 03:31 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Iklan coli paling seksi tanpa tapisan!

Posted: 22 Aug 2013 04:02 PM PDT

Mujurlah iklan coli di Malaysia ini tidak begitu terbuka seperti di negera-negara seberang.

Kalau tidak, mahu ada yang terkedu, kalau yang tengah makan tu, boleh jadi terhenti seketika...hehehe!

Gurau-gurau malam Jumaat yaa!

(Gambar) Menyusu anak sambil berbogel dan....

Posted: 22 Aug 2013 08:16 AM PDT

Menyusu anak adalah amalan yang mulia. Malah susu ibu memberi khasiat yang amat baik kepada anak.

Pelbagai alasan ibu-ibu zaman sekarang berikan untuk tidak memberikan susu badan mereka kepada anak mereka. Kesibukan, kepenatan, susu habis dan kering menjadi alasan biasa bagi mereka.

Namun bagi pasangan Woodruff ini, berlainan pula ceritanya. Menurut laporan Daily Mail, sterinya yang yang sering menjadikan yoga sebagai rutin harian terkejut apabila didatangi anaknya yang sedang lapar.

Kejadian tersebut berlaku ketika beliau bermeditasi secara terbalik (rujuk gambar), anaknya Naia tiba datang dan terus ke payudaranya untuk menyusu. Kejadian spontan tersebut berjaya dirakamkam oleh suaminya.


Macam-macam hal!


'Saya sudah rasa macam ada tak kena' - Mangsa nahas bas

Posted: 22 Aug 2013 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.

"Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan," katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.

"Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung," katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini.

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas," katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.

"Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.

"Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki)," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya.

Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Nor Fazli Sahazmi Ahmad Sharuddin, 26, berkata beliau bersama ibunya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada ayahnya yang mengatakan adiknya terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands.

"Ayah hubungi saya selepas seorang anggota bomba menelefonnya menggunakan telefon adik dan memberitahu adik selamat tapi cederanya agak teruk. Masa itu pukul 3.30 petang, saya tidak fikir apa terus pergi sana.

"Sejam kemudian saya sampai di tempat kejadian, saya buntu, saya pergi ke khemah yang menempatkan mayat-mayat, saya lihat satu persatu mayat sebab tidak pasti keadaan adik dan tak jumpa," katanya.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang, abang iparnya menelefon beliau memaklumkan Nur Maizatul berada di Hospital Sungai Buloh.

"Masa itu, rasa bersyukur sangat adik selamat, cuma mengalami cedera di muka, patah di bahagian tulang punggung, betis dan paha," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa warga Korea yang dirawat di Unit Kecemasan (ICU) Hospital Sungai Buloh, Kang Byoung Kuk berusia 60 tahun tidak dapat
ditemubual kerana masih tidak sedar diri. - Bernama

Kaki Dan Cebisan Organ Dalaman Manusia Ditemui Di Lokasi Nahas

Posted: 22 Aug 2013 05:01 AM PDT

Anggota keselamatan pada Khamis, kelihatan mengangkat dan mengumpul sisa-sisa barangan milik penumpang bas yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands, Rabu. Nahas tersebut meragut 37 nyawa dan menyebabkan 16 penumpang cedera. -fotoBERNAMA
GENTING HIGHLANDS: Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.

Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.

"Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan," katanya.

Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas.

"Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam," katanya.

Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma.

Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu. - BERNAMA

Kalimah Allah: Mahkamah Tolak Permohonan Gereja

Posted: 22 Aug 2013 02:32 AM PDT

Orang ramai dan beberapa kumpulan berhimpun di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya sebelum keputusan mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' dibuat.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Katolik, Herald.

Keputusan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Julai lalu, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh majalah 'Herald'.

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dankalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

(Video) Pelakon drama selak baju tayang lurah di Sport Planet, Ampang

Posted: 22 Aug 2013 01:01 AM PDT

Video di bawah menyaksikan beberapa pelakon orang lelaki dan wanita yang baru selesai bermain futsal di Sport Planet, Ampang.

Mungkin sedang berehat-rehat selepas penat bermain. Apa yang menarik, salah seorang wanita di dalam video ini, di dakwa adalah seorang pelakon drama yang popular satu masa dahulu, Spa Q.

Beliau berpakaian agak seksi dengan hanya menyarungkan sehelai singlet biru hingga menampakkan lurah payudaranya yang berpeluh serta menghisap rokok.

Kami sebenarnya kurang pasti siapakan pelakon yang dimaksudkan. Apabila diteliti pada ruangan komen, tiada pula yang memberi nama pelakon tersebut.

Bagaimana pula dengan pembaca? Benarkah beliau seorang pelakon drama tersebut?

Tragedi bas: PUSPAKOM bakal diheret bersama?

Posted: 21 Aug 2013 11:15 PM PDT

Bas yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands semalam telah disenaraihitamkan oleh pihak polis.

Semakan portal Malaysiakini mendapati bas itu tidak pula ada dalam senaraihitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini mengikut lamanweb JPJ.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap JPJ berkata senarai hitam itu merujuk kepada saman terkumpul, manakala saman polis trafik berbeza dengan saman JPJ.

Bagaimanapun, katanya, JPJ tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai nahas bas tersebut kerana ia masih menunggu laporan daripada pihak polis.

Seorang wakil syarikat bas Genting Highlands Transport Sdn Bhd, yang memiliki bas tersebut, berkata dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai hitam tersebut.

"Orang yang bertanggungjawab dalam hal ini akan masuk tidak lama lagi, jadi saya nasihatkan anda menelefon kemudian," katanya.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan mangsa nahas tersebut mendakwa bahawa kemalangan itu, yang mengorbankan 37 orang dan dikatakan yang paling buruk dalam sejarah Malaysia, adalah akibat kegagalan brek.

Bas yang berkapasiti memuat 44 penumpang itu mengangkut 53 orang pada masa kemalangan itu yang berlaku berhampiran Tokong Chin Swee dalam perjalanan turun menuju ke Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa berkata bahawa lebih separuh daripada penumpang adalah warga asing dari China, Bangladesh dan Thailand.

Malaysiakini

Tahniah...Malaysia layak ke Piala Dunia 2014!

Posted: 21 Aug 2013 10:31 PM PDT

Skuad hoki kebangsaan akan mengharungi Piala Asia pada hujung minggu ini yang menyediakan satu tempat ke slot Piala Dunia 2014 di Belanda.
KUALA LUMPUR - Kegagalan Ireland layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Eropah semalam secara matematiknya mengesahkan tempat Malaysia di Piala Dunia 2014.

Teknikalnya, Malaysia hanya menunggu pengumuman rasmi selepas semua kejohanan antara benua menutup saingan masing-masing.

Ireland menjadi pasukan terakhir yang mampu mencuri tempat ke Piala Dunia selepas Republik Czech dan Poland dari benua Eropah (pasukan yang belum layak melalui kelayakan Liga Hoki Dunia) tersingkir awal selepas mencatat dua kekalahan, namun keputusan seri 2-2 dengan England menyebabkan mereka tercicir tempat ke separuh akhir dan sekadar menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B, hanya dibezakan dengan perbezaan satu jaringan oleh England yang turut meraih empat mata.

Malaysia yang berada dalam senarai menunggu selepas Sepanyol kini hanya perlu menantikan keputusan secara rasmi kejohanan hoki Oceania yang bakal berlangsung pada 28 Oktober hingga 3 November ini sekiranya gagal menjuarai Piala Asia yang akan bermula pada 24 Ogos ini.

Dalam kejohanan Oceania yang hanya disertai empat negara itu, antara Australia dan New Zealand, salah satunya pasti akan menjadi juara kerana terlalu gagah buat Papua New Guinea (ranking 69 dunia) dan Samoa (ranking 72 dunia).

Mengikut format Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sekiranya pasukan yang layak menerusi pertandingan Liga Hoki Dunia baru-baru ini menjuarai kejohanan benua masing-masing, slot itu akan diberikan berdasarkan urutan ranking Liga Hoki Dunia.

Sebelum kejohanan mengikut benua bermula, Belgium, Australia, New Zealand, Jerman, Argentina dan England telah layak termasuk Belanda selaku tuan rumah manakala Korea Selatan yang menduduki tempat keempat di Kuala Lumpur berada dalam senarai menunggu pertama diikuti dua pasukan di tangga kelima, Sepanyol dan Malaysia.

Apabila kejohanan Piala Pan American melabuhkan tirainya pada 17 Ogos lalu, Argentina yang telah pun layak muncul juara selepas menewaskan Kanada 4-0 pada perlawanan akhir sekali gus mengesahkan tempat buat Korea Selatan yang menjadi senarai menunggu pertama.

Ini diikuti benua Eropah dengan mana-mana pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014 menjuarai kejohanan tersebut, slot itu akan diberikan kepada Sepanyol walaupun mereka muncul juara atau sebaliknya.

Seandainya skuad negara menjuarai Piala Asia yang akan berlangsung di Ipoh pada 24 hingga 1 September nanti, India akan menjadi pasukan terakhir layak dalam senarai menunggu selepas Malaysia apabila kejohanan benua Ocenia berakhir nanti.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130822/su_02/Malaysia-boleh-bersiap-ke-hoki-Piala-Dunia-2014#ixzz2cfiSbdeb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelakon lelaki popular bersekududukan tanpa rasa bersalah?

Posted: 21 Aug 2013 10:11 PM PDT

Gambar hiasan
Kalau cerita pasal duduk serumah, tak perlu cakap selebriti, orang biasa di Malaysia ini pun ada yang duduk serumah walau belum berkahwin. Namun apa boleh buat, nak dihalang, tak ada orang yang ambil peduli. Tapi itulah, bila selebriti yang buat perkara sebegini, yang berkokok tak lain tak bukan, rakyat Malaysia juga.

Baru-baru ini, OHBULAN! telah menerima berita yang agak mengejutkan daripada sumber-sumber rapat mengatakan ada seorang artis popular yang pernah memenangi beberapa buah trofi dari majlis berprestij, dipercayai duduk serumah dengan teman wanitanya.

Menariknya, teman wanita artis popular tersebut pula adalah seorang pelakon yang boleh dikatakan baru dan jujur kami katakan, memang idaman setiap lelaki. Menurut sumber-sumber yang sama lagi, mereka ini tidaklah duduk bersama didalam satu rumah setiap hari. Tapi, selalunya si teman wanita pasti akan datang bersama teman-temannya untuk lepak di rumah artis popular itu.

Namun, itu yang kita tahu, yang kita tak tahu bagaimana pula? Janganlah sampai jadi seperti kes sebelum ini, mungkin kita tak buat salah, tapi ada saja manusia yang mempunyai hasad dengki. Kalau tiba-tiba jabatan agama datang serbu, tak ke niaya nanti. Habis karier yang tengah berkembang tu dik.

Biasalah kalau sudah teman lelaki kan, memanglah suka hati nak pergi lepak atau pun jumpa. Tapi, tak sedaplah dipandang orang lain jika mereka bersama didalam satu rumah. Al-maklumlah keduanya memang dikenali ramai dan juga pernah menghiasi drama-drama dan filem tempatan.

Nasihat OHBULAN!, kalau nak melepak, jumpa teman lelaki atau pun rindu, buatlah aktiviti yang sihat. Tak salah kalau pergi pusat membeli-belah beramai-ramai bersama rakan-rakan. Sekurang-kurangnya tidak ada pandangan serong masyarakat terhadap anda berdua.

P/S : Teringat kes tangkap khalwat Shahrizal Jaszle yang katanya telah diperangkap sebelum ini.

Oh Bulan

(Gambar) Guru 'miang keladi' terima padah digantung tugas

Posted: 21 Aug 2013 08:02 PM PDT

Ew ew ew ew, ew ew ew.

Seorang guru lelaki sekolah menengah telah digantung tugasnya setelah beberapa keping gambar beliau bercium dengan pelajarnya tersebar secara meluas di internet.

Zhang Tunhua, seorang guru sekolah menengah di daerah Linxia, semenanjung Gansu, mengarahkan semua pelajar perempuan yang tamat dari kelasnya mencium pipinya sebelum menerima sijil masing-masing.

Tanpa rasa malu dengan perbuatannya, beliau tersenyum ketika gambar-gambar tersebut diambil.

Pentadbir di sekolah itu memberitahu China Youth Daily bahawa guru berkenaan telah pun digantung tugasnya.

(Video) Iklan Merdeka Petronas Ciplak P&G Olympic 2012?

Posted: 21 Aug 2013 07:01 PM PDT

Seorang pelayar internet bernama Sanjeev Kumar meninggalkan komen berbunyi Dah takde idea ke? copycat P&G Olympic 2012 punya idea :( sebagai ulasan kepada iklan Merdeka dan sambutan hari Malaysia 2013 di Youtube.

Ketika rencana ini ditulis, komen berkenaan merupakan komen yang paling top.

Bermakna mungkin ramai yang bersetuju dengan komen berkenaan.

Justeru, penulis juga terpanggil untuk membuat perbandingan antara kedua iklan berkenaan.

Ia tidaklah 100 peratus sama namun memang ada ruang untuk memperkatakan iklan Petronas berkenaan telah diciplak. Bayangkan muzik yang digunakan iklan berkenaan adalah sama. Bagaimana tidak ia dipersoalkan?

Mungkin juga ia hanya satu kebetulan….

Di bawah ini penulis paparkan kedua-dua iklan berkenaan dan biarlah pembaca  pula yang membuat penilaian yang jujur dan adil.



Mynewshub

Bas terjun gaung, saksi dakwa kenderaan usang dan tayar botak

Posted: 21 Aug 2013 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ulang-alik di Genting Highlands petang ini mendakwa bas itu berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk membawa penumpang.

Zaid Ismail, 25, teman lelaki kepada salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu, teman wanitanya ada memaklumkan bas berkenaan dalam keadaan usang dan kurang disenangi untuk dinaiki dia dan adiknya.

Katanya, teman wanitanya itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, yang terselamat bersama adiknya, Nur Fathiah, 21, juga memberitahu, dia menyedari tayar bas itu telah haus dan berasa kurang senang sepanjang perjalanan turun ke ibu negara.

"Nur Syamimi dan adiknya, Nur Fathiah sepatutnya menaiki bas pada pukul 1.30 petang tetapi ketinggalan dan terpaksa menaiki bas itu pada pukul 2 petang.

"Menurutnya, dia memang berasa kurang senang dan tidak sedap hati menaiki bas berkenaan kerana ternampak tayar bas itu botak selain keadaannya kurang memuaskan.

"Malah Syamimi sendiri memberitahu, dia berharap perjalanannya cepat sampai ke destinasi apabila bas itu berhenti secara tiba-tiba sebelum kemalangan itu berlaku.

"Tidak sangka, perasaannya yang kurang senang sebelum bas itu bergerak itu rupa-rupanya petanda bas itu akan terlibat dalam kemalangan," katanya.

Nur Syamimi dan Nur Fathiah antara lapan penumpang bas itu yang dirawat di Hospital Selayang dan mereka kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu, salah seorang mangsa nahas bas Genting Highlands yang terselamat dalam tragedi semalam sempat menceritakan detik-detik cemas dilalui kepada majikannya.

Shyed Ali Haider Shyed Haider, 46, pekerja warga Bangladesh yang mendapat status penduduk tetap menceritakan detik cemas kepada majikannya, Siti Rahamutun Yusof yang sempat melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.

Melalui cerita mangsa yang disampaikan oleh Siti Rahamutun, mangsa membawa empat saudaranya untuk bercuti di Genting Highlands dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel.

Menurutnya, mangsa mendakwa bas tersebut gagal dikawal kerana dipandu melebihi had laju dan brek gagal berfungsi dengan baik.

tun faisal dot com

Posted: 22 Aug 2013 01:34 PM PDT

tun faisal dot com


Memahami Proseding #KalimahAllah - Aqidah Islam terselamat kerana Menteri Dalam Negeri?

Posted: 22 Aug 2013 05:33 AM PDT




Perpaduan Islam demi Islam dan Ummah.. Selagi umat Islam Malaysia tidak berpegang kepada ketaatan kepada ulil amri dan gagal memahami keperluan untuk bersama di bawah satu imam demi memelihara agama dan maslahat ummah, maka selagi itulah mereka akan diperkotak katikkan. Tiada ertinya bersatu hanya dalam perkara ini, jika akhirnya ketika mengundi, kita memilih parti yang memperjuangkan kesamarataan dan pluralisme beragama. Akhirnya mereka ini yang akan menyama ratakan kedudukan Islam dengan agama lain di parlimen.







Photo: Pemimpin tidak mengenal ideal politik bersatu berdiri sebagai umat Islam zahirkan bantahan penggunaan kalimah Allah di mahkamah rayuan hari ini.Mudah-mudahan pasukan peguam kita berjaya


KALIMAH ALLAH


Apakah ini kesan membenarkan kalimah ALLAH kepada kaum kristian?
 
Salam 2 all.
Alhamdulillah hari ini Khamis 15 Syawal 1434 bersamaan 22 Ogos 2013, dalam keadaan umat Islam masih meraikan kemenangan Ramadhan dan negara menanti sambutan kemerdekaan, kes permohonan Titular Archbishop Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan yang dibuat oleh Kerajaan berkaitan isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Gereja melalui penerbitan akhbar The Herald.

Kes permohonan didengar di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya diketuai oleh YA Dato' Abu Samah Nordin yang bersidang bersama YA Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato' Rohana Yusof.

Sebagai latarbelakang, kes kemelut kalimah ALLAH ini bermula apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan notis bertarikh 07 Januari 2009 melarang akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitannya.

Pada 16 Februari 2009, Archbishop Murphy Pakiam mewakili pihak Titular Gereja memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan pelarangan KDN tersebut. Alasan mereka antara lain ialah kristian juga berhak menggunakan kalimah ALLAH sebagai gantinama God didalam Bible terbitan Bahasa Melayu mereka.

Permohonan didengar dihadapan Hakim YA Datuk Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 31.12.2009, enam hari selepas perayaan Krismas dan sehari diambang sambutan Tahun Baru Kristian, mengeluarkan perintah membatalkan pelarangan KDN tersebut.

Kesan daripada keputusan itu bermakna kristian berhak menggunapakai kalimah ALLAH dalam apa bentuk sekalipun.

Kerajaan telah memfailkan rayuan yang septutnya didengar oleh Mahkamah Rayuan Malaysia. Rayuan itu telahpun ditetapkan pada 10 Sept 2013. Sementara menunggu rayuan, kesemua pihak bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi itu.

Bagaimanapun, sementara menanti rayuan didengar, pihak Gereja Kristian telah memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan yang dibuat oleh Kerajaan. Alasan mereka ialah kerana selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu surat mengandungi 10-Point Resolution bertarikh 11.04.2011 yang antara lain membenarkan kristian mengimpot masuk Bible dalam semua bahasa.

Peguam pihak Gereja, Porries Ryan menhujahkan bahawa surat tersebut memberi kesan membatalkan pelarangan KDN tersebut, maka isu rayuan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH adalah tidak relevan dan hanya bersifat akademik.

Barisan peguam Kerajaan dan Majlis Agama Negeri-Negeri termasuk Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) menghujah balas dengan menyatakan bahawa surat tersebut tidak relevan kerana ianya tidak menyentuh tentang kebenaran menggunakan kalimah ALLAH, sebaliknya hanya mengenai soal kemasukan Bible ke dalam negara ini. Selanjutnya, surat tersebut tidak mempunyai kesan undang-undang kerana ia tidak boleh membatalkan budibicara Menteri Dalam Negeri yang dibuat menurut Seksyen 6 Akta Percetakan & Penerbitan.

Setelah mendengar hujah kesemua pihak, Mahkamah telah menangguhkan keputusan ke jam 03.00 petang. Kesemua pihak berdebar menanti keputusan tersebut terutamanya umat Islam. Kehadiran umat Islam yang begitu ramai daripada pelbagai latarbelakang dan mewakili pelbagai pertubuhan (termasuk Timbalan Menteri Dato' Razali turut kelihatan) telah memeriahkan suasana.

Disiplin dan akhlak baik yang ditunjukkan oleh umat Islam yang berada diluar Kompleks Istana Kehakiman dengan berzikir, bersalawat dan membaca ayat-ayat Al Quran memberikan satu harapan baru untuk ukhwah Islammiyyah. Manakala umat Islam yang penuh sesak didalam dewan perbicaraan Mahkamah telah hadir dengan penuh sopan dan berakhlak.

Walaupun wakil gereja dan penganut agama asing serta kumpulan media asing turut hadir termasuk wakil beberapa kedutaan termasuk Kedutaan Amerika, namun mereka langsung tidak ganggu oleh umat Islam, malah mereka dapat hadir bersama dengan aman harmoni didalam Mahkamah.

Bagi umat Islam, sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan Titular Archbishop KL tersebut untuk membatalkan rayuan Kerajaan, maka sekaligus dan serta-merta pihak kristian sudah boleh menggunapakai kalimah ALLAH. Malah saperti yang saya sebut kepada beberapa wakil media asing, "if the Court were to allow the application to strike out, it means that the Christians can start publishing their publication using the word ALLAH almost immediatley"!

Tepat jam 3.30ptg, ketiga-tiga Hakim telah keluar memasuki Dewan Mahkamah. Suasana sepi menanti keputusan. Yang Arif Dato' Abu Samah Nordin, yang mempengerusikan sidang menyatakan bahawa Mahkamah telah mencapai keputusan sebulat suara. Dengan keputusan 3-0, Mahkamah menolak permohonan Titular Archbishop Gereja KL atas alasan surat PM itu tidak relevan dalam menentukan isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH.

Ini adalah kerana hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh mengeluarkan larangan dan membatalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH menurut Akta Percetakan & Penerbitan. Memandangkan Menteri KDN sendiri telah menmbuat Surat Akuan Sumpah bahawa pelarangan tersebut masih kekal dan belum dibatalkan, maka isu pelarangan kalimah ALLAH itu masih kekal berkuatkuasa dan perlu dibicarakan sepenuhnya dalam rayuan nanti.

Keputusan Mahkamah itu disambut dengan gemaan laungan takbir ALLAH huakbar oleh mereka yang hadir di Kompleks Istana Kehakiman.

Mahkamah juga mengarahkan supaya rayuan Kerajaan mengenai keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan bertarikh 31.12.2009 membatalkan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH hendaklah dihujahkan sepenuhnya dalam perbicaraan rayuan yang ditetapkan pada 10 Sept 2013.

Alhamdulillah, kita dimenangkan ALLAH bagi pusingan ini. Kita berdoa kepada ALLAH supaya memenangkan kita pada 10.09.2013 nanti.

Saya bagi pihak rakan peguam yang lain mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang hadir dan memberi sokongan sepenuhnya. Malah ada yang datang sejauh Johor dan Kedah. Kepada mereka, saya ingin rakamkan penghargaan kami. Kehadiran mereka semua memberi semangat dan kekuatan kepada para peguam untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kalimah Tauhid ini.

Kepada semua umat Islam, marilah kita terus memberikan sokongan dengan hadir beramai-ramai pada hari Selasa 04 Zulqaedah 1434 bersamaan 10 Sept 2013 jam 09.00pagi di Mahkamah Rayuan Malaysia, Kompleks Istana Kehakiman Putrajaya. Ketepikan sentimen politik jumud, assobiyyah dan sempit; sebaliknya marilah kita umat Islam bersatu untuk mempertahankan aqidah kita.

Kita umat Islam Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah; sewajarnya kita menjadi Satu Umat!

Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah, serta menganugerahkan kita istiqomah dalam keimanan kepada ALLAH.

Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
15 Syawal 1434
22 Ogos 2013

JEBAT BERKOKOK

Posted: 22 Aug 2013 01:31 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Alahai Puad Zarkashi!!

Posted: 21 Aug 2013 07:03 PM PDT

 
Salam sejahtera buat Dr Puad kita..bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 
Dr Puad jangan keliru.
 
Kenapa Dr Puad rasa terpanggil untuk meminta The Star memberikan penjelasan apabila The Star memetik tulisan Ketua UMNO Bahagian Cheras yang mahukan Ketua Wanita UMNO memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui Wanita UMNO?
 
Penjelasannya begini Dr Puad; The Star tu akhbar dan adakah pelik jika akhbar membuat laporan dan analisis terhadap apa yang mereka fikirkan berita yang perlu dimaklumkan? Dr Puad pernah baca akhbar Utusan Malaysia yang sering memetik penulisan para blogger? Apa yang peliknya?
 
Dr Puad pernah dengar Tun M kritik Tun Abdullah? Dr Puad pernah dengar Tun M secara sinis perli Najib? Dr Puad lupa bagaimana Muhyiddin Yassin suruh Pak Lah letak jawatan? Adakah Dr Puad rasa semua kritikan dan teguran ini untuk melaga-lagakan dan memecah belahkan UMNO? Apakah apabila Utusan Malaysia ataupun mana-mana akhbar melaporkan kritikan di atas maka dianggap sebagai melaga-lagakan? Kenapa Dr Puad tidak bersuara pada ketika itu dan minta akhbar tersebut memberikan penjelasan?
 
Jebat orang biasa yang tidak ada platform untuk tahu secara terperinci apa yang berlaku di dalam UMNO tetapi sebagai penyokong kuat UMNO Jebat rasa berterima kasih kepada media arus perdana yang memberikan berita dan fakta terhadap sesuatu yang berlaku. Mujurlah ada media arus perdana jika tidak tentulah Jebat akan selalu tersalah hitung dan perkiraan.
 
Adakah kerana The Star milik MCA maka The Star hanya perlu menulis yang elok-elok sahaja tentang UMNO dan BN? Di mana telusnya? Bukankah The Star juga pernah menulis tentang Chua Soi Lek? Pasal Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat?  Adakah apabila Utusan Malaysia menulis tentang kemelut Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek maka kita beranggapan akhbar itu hendak melaga-lagakan mereka?
 
Isunya di sini ialah Syed Ali mahukan Sharizat memberikan laluan kepada muka baru. Itu isunya. Dan apa yang ditulis oleh The Star itu sekadar memetik penulisan Syed Ali. Jika Dr Puad mahukan penjelasan maka eloklah Dr Puad minta penjelasan daripada Syed Ali atau Shahrizat sendiri. Itu lebih baik!! Jika benar ada kemelut di antara Shahrizat dan Syed Ali eloklah Dr Puad leraikan yang kusut itu.
 
Dr Puad perlu tahu untuk meleraikan benang yang kusut kenalah mencari di mana pangkal di mana hujungnya!!
 
Berita selanjutnya tentang perkara ini di JUST READ ..Sebagai wartawan otai, Just Read membuat kupasan menarik tentang isu ini!!!
 
p/s: Dekat-dekat pemilihan UMNO ni ramai yang cari bahan untuk menonjolkan diri..!! Taip undi dan hantarkan ke pengetahuan Tok Najib..yeeahhhh!!!!

THE FLYING KICK

Posted: 22 Aug 2013 01:29 PM PDT

yeopPERAK

Posted: 22 Aug 2013 01:28 PM PDT

yeopPERAK


Penjagaan Handphone umpama menjaga wanita

Posted: 22 Aug 2013 06:33 AM PDT


Tips Penjagaan Handphone

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.

Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Aug 2013 01:14 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kenapa PM @NajibRazak Terpaksa Tulis Bahasa Cina Di Twitter? Ambil Hati Mereka Lagi Dato Seri?

Posted: 22 Aug 2013 12:00 AM PDT


CTS tidak faham kenapa Perdana Menteri Malaysia harus berbahasa Cina sama ada loghat Mandarin atau Kantonis atau Hokkein? Apakah Rakyat Malaysia terutama berketurunan Cina tidak faham Bahasa Malaysia atau Bahasa English? Ini siapa yang tulis sebenarnya. Perdana Menteri sendiri atau Punahsihat beliau? Bahasa Jiwa Bangsa, Dato Seri, tak gitu? Berikut adalah balasan pengikut-pengikutnya di Twitter:



Kenyataan Akhbar Pengerusi SPAD Mengenai Kemalangan Bas di KM 3.5 Genting Highland

Posted: 21 Aug 2013 10:00 PM PDT


KENYATAAN YBHG TAN SRI DATO' SERI SYED HAMID ALBAR

PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Kenyataan Akhbar
Kemalangan Bas Ulang-Alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland.

21 Ogos 2013- SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas ulang-alik ke Genting Highland yang terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak.

SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Jalan Genting Klang. 

SPAD akan bekerjasama dengan semua agensi - agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah – langkah pencegahan supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di masa hadapan. 

Selain daripada itu, SPAD juga akan memberi tumpuan yang lebih khusus kepada audit keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan ekspres.

Tindakan susulan dan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sekiranya terdapat bukti pelanggaran akta tersebut.

Keputusan Rayuan Penggunaan Kalimah Allah Di Dalam Bible Bahasa Melayu - Mana Pemimpin UMNO & PAS?

Posted: 21 Aug 2013 09:30 PM PDT


Kemaskini 3.50 p.m.:


Barisan "Hero" Pembela Kalimah Allah Hari Ini



Alhamdulillah. Permohonan gereja Roman Katholik untuk ketepikan rayuan KDN dan Majlis Agama ditolak Mahkamah Rayuan. Rayuan untuk membatalkan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible akan akan diteruskan pada 10 September 2013.

Kemaskini 3.45 p.m.:



Debaran menantikan keputusan berhubung penggunaan kalimah Allah. Doa dibacakan sementara menantikan keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan.

Kemaskini 12.50 p.m.: 

Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula jam 3.00 petang.

Posting Asal:

Sekarang sedang berlangsungnya rayuan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu di Istana Kehakiman, Putrajaya. Permohonan didengar oleh 3 orang hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh DS Abu Samah Nordin. Dua lagi hakim adalah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof. Mahkamah telah memulakan prosiding sejak jam 9.42 pagi. 

Hari ini 3 hakim berkenaan akan mendengar rayuan Murphy Pakiam, Ketua Bishop Roman Katholik, untuk ketepikan rayuan Kerajaan Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu. Turut hadir dalam kamar adalah pengarang akhbar mingguan The Herald, Father Lawrence Matthew.

Terdapat 9 perayu (appellants) iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kerajaan Malaysia, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terangganu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor dan Malaysian Chinese Muslim Association.








"1Malaysia - Endless Possibilities" Tiru "1Israel - Endless Possibilities"? Con Sultans @NajibRazak Buat Gila Lagi

Posted: 21 Aug 2013 07:39 PM PDT


Pendedahan yang dibuat oleh Bloggers ikon CTS, Jebat Must Die dan OutSyed The Box harus dipandang serius dan perlu dikongsi. Belumpun reda isu kegagalan slogan "1Malaysia" yang diperkenalkan oleh Con Sultan dan punahsihat DS Najib, Kerajaan hari ini telah mengeluarkan motto dan slogan terbaru, "Endless Possibilities". 

Slogan "Endless Possibilities" tidak mengantikan konsep "1Malaysia" sebaliknya ianya dibaca bersama dan seiringan (to complement) dan menjadikan slogan Negara Malaysia sekarang "1Malaysia-Endless Possibilities". Baca kenyataan DS Najib di sini.

Kita tidak kisah kalau berpuluh slogan baru diperkenalkan oleh Kerajaan namun kenapa mesti slogan "Endless Possibilities" diciplak oleh Con Sultan dan Punahsihat PM Najib Tun Razak daripada motto dan slogan negara Israel? Lihat bukti di bawah:




Berapa banyak wang Rakyat Malaysia yang dikeluarkan bagi membolehkan Con Sultan dibayar dengan hanya menciplak motto dan slogan Negara Israel? Con Sultan dan Punahsihat di sekeliling Najib banyak merosakkan nama baik Perdana Menteri. 

CTS tidak faham bagaimana DS Najib tidak berupaya melihat Con Sultan dan punahsihat yang beliau miliki sekarang merupakan satu liabiliti yang bakal menjatuhkan beliau.

Isu terbaru ini mempercepatkan Kerajaan berubah tangan di dalam PRU-14. Seperti kata blogger Jebat Must Die, "What are the possibilities Barisan Nasional to lose the next general election? Endless!"

P/S: DS Farid Ridzuan, salah seorang punahsihat PM, turut mempromosikan video "Endless Possibilities" seperti di atas, di dalam laman sosial Twitternya.

SPAD Kaji Perkhidmatan Rel Ke Pantai Timur

Posted: 18 Aug 2013 05:00 AM PDT

Penduduk Pahang, Terengganu dan Kelantan menerima khabar gembira apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kemungkinan akan menyediakan perkhidmatan sistem rel untuk lokomotif menghubungkan Kuala Lumpur ketiga-tiga negeri itu.

Ketua Bahagian Pembangunan SPAD, Azmi Abdul Aziz berkata, perancangan melaksanakan projek laluan landasan itu memang terdapat dalam pelan utama suruhanjaya berkenaan untuk manfaat tiga negeri tersebut.

Menurutnya, berdasarkan faktor demografi pula, laluan rel atau landasan seumpama itu hanya menghubungkan negeri-negeri sebelah utara ke selatan Semenanjung sedangkan untuk ke Pantai Timur tidak wujud disebabkan halangan kawasan pergunungan. Azmi seterusnya memberi jaminan, pihaknya mengemukakan perkara itu kepada kerajaan dan pelaksanaannya kelak berkemungkinan akan mengambil tempoh masa agak lama dan secara berperingkat. 

Beliau menjelaskan, hasil kajian SPAD juga mendapati projek berkenaan mampu memberi manfaat kepada para penduduk dan juga sektor pelaburan di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Berasaskan kajian, katanya, laluan rel itu bermula dari Kuala Lumpur yang akan menempuh Banjaran Titiwangsa, seterusnya menghubungkan Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

"Kita sedia maklum, sekarang ada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), ramai pelabur datang ke Pantai Timur dan pastinya lebih meyakinkan para pelabur domestik dan asing selain membantu meningkatkan lagi potensi pelaburan di tiga negeri tersebut," katanya.

Duke of UMNO

Posted: 22 Aug 2013 01:09 PM PDT

Duke of UMNO


TERBAIK..!!! SALUTE 100% PADA POLIS TRAFIK NI..!!!

Posted: 22 Aug 2013 07:37 AM PDT


Gambar kat atas ni aku amik dari blog brader SAK kat sini... Memang terbaik! Selama ni, korang asyik dok kutuk je polis trafik, kan? Pantang nampak diorang kat jalan, korang "daring" je jeling anggota polis trafik tu.. padahal dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan...

Kita selalu buruk sangka kat polis trafik. Kononnya diorang suka makan rasuah la.. suka cari salah korang la.. itu tak kena..ini tak kena.. ada je mulut korang nak kutuk polis trafik, kan? Padahal polis yang korang nampak tu takde dosa pun dengan korang..kan?

Aku tak nafikan, ada polis trafik yang suka makan rasuah. Tapi tak ramai bilangannya. Ramai lagi polis trafik yang amanah dan adil dalam tanggungjawab diorang. Contohnya Sub Inspektor Zakarian Abdul Razak kat atas tu... korang pernah dan boleh buat apa yang dia buat tu?


Dalam kejadian tu, Brader Zakarian tu sempat mendoakan mangsa kemalangan, Allahyarhamah Puan Shamsiah Kisan, yang meninggal dunia di tempat kejadian di Plus Highway kat area Bukit Tagar tu.

Korang marah dengan polis trafik apasal? Diorang just laksanakan tanggungjawab diorang, salah ke? Kita yang buat salah kot? Undang-undang tak kasi modified ekzos besar tin milo, korang buat jugak. Orang tak kasi pakai tinted gelap sangat, korang degil. Bila kena saman, korang nak salahkan polis trafik? Agak-agak la brooo...

Alfatihah untuk Allahyarhamah dan sekalung tahniah pada Brader Zakarian kita ni. Ternyata brader kita ni lain dari yang lain. Ada "wow factor" padanya... Salute..!!!

PERGHH..!!! MUJOQ KEDAH TAK JADI MACAM SELANGOR & PENANG..!!!

Posted: 22 Aug 2013 05:37 AM PDT

Khalid-Gagap
Terkejut saya melihat prestasi pelaburan negeri Selangor untuk tahun 2012 yang begitu "memberangsangkan"! Sebuah negeri termaju dan termoden di Malaysia hanya mampu mencatat pelaburan tahunan berjumlah RM1.8 bilion saja?

Itu sajakah yang mampu dijana Khalid Ibrahim sepanjang tahun 2012? Di mana penasihat ekonomi "RM1"? Dia goyang kaki saja, kah? Mentang-mentang hanya dibayar RM1 saja sebulan, pelaburan di Selangor merosot pun dia buat tidak tahu saja…

Pelaburan sebanyak RM1.8 bilion itu merupakan satu perkembangan yang menarik untuk diulas. Penurunan sebanyak 86% dari jumlah pelaburan tahun 2011 sebanyak RM11.7 bilion menunjukkan Khalid dan Anwar sememangnya "ekonomis" yang gagal!


Begitu juga Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang menyaksikan penurunan jumlah pelaburan sebanyak 73% berbanding sebelumnya. Dua negeri Pakatan Haram yang dulunya begitu meriah ekonominya mengalami penurunan mendadak di dalam sektor pelaburan?

Saya tertanya-tanya, apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan teruk pada kedua buah negeri tersebut?

Pertama, mungkin kerana para pemimpin Pakatan Haram terlalu banyak menghabiskan masa dengan berpolitik sepanjang tahun. Maklumlah, sejak tahun 2012 lagi mereka sudah mula berkempen untuk PRU ke-13. Mana ada masa nak tarik pelabur, bukan?

Siang ceramah, malam pun ceramah. Esoknya ada jamuan amal untuk "merompak" duit penyokong Pakatan Haram di hotel mewah. Kemudian berlepas dengan pesawat peribadi mengelilingi negara memenuhi jadual kempen. Mana sempat nak jumpa pelabur…

Kedua, mungkin kerana terlalu banyak "pelaburan maksiat" di Selangor, maka para pelabur takut untuk masuk melabur di negeri itu. Maklumlah, "pelaburan maksiat" selalunya di dalangi "gangster" dan kongsi gelap. Macam mana pelabur nak yakin..?

Bila wujudnya kegiatan kongsi gelap yang berleluasa, apatah lagi kegiatan itu dipercayai mendapat "perlindungan istimewa" dari orang politik sesebuah negeri, sudah tentu pelabur takut untuk melabur wang mereka di situ. Nanti mereka kena bayar "wang perlindungan" pula..kan?

Ketiga, mungkin juga para pelabur merasa tidak yakin pada kepimpinan Khalid dan Anwar. Maklumlah, yang seorang itu kalau bercakap pun selalu tergagap-gagap. Seorang lagi pula terlalu banyak skandalnya, tabiatnya pun luar biasa "diluar tabii".

Kalau kemudahan asas seperti krisis air yang mudah diselesaikan pun dia "gagap" dan gagal tangani dengan baik, siapa yang mahu melabur di Selangor? Hinggakan banyak kilang di negeri itu terpaksa cari alternatif memproses air sendiri untuk menampung bekalan air? Teruk betul..!

Selain itu, antara faktor lain yang menyumbang pada penurunan pelaburan di Selangor mungkin berpunca dari keghairahan puak-puak Pakatan Haram yang cintakan huru-hara. Kalau boleh, setiap hari mereka mahu adakan demonstrasi jalanan…

Itu belum lagi disentuh mengenai kelulusan dan kreadibiliti "sesumpah" pada Anwar Ibrahim. Walaupun dia "famous" di luar negara, popularitinya itu bersifat negatif. Cuba bayangkan, video rakaman skandal seksnya tersiar di salah sebuah laman porno di Jepun! Orang seperti itu ada kreadibiliti, kah?

Sebetulnya Selangor dan Pulau Pinang sedang berundur ke belakang. Namun kerana bijak bercakap dan pandai memutarkan lidah di depan rakyat, mereka mampu sembunyikan segala kepincangan mereka di sebalik karpet merah…

Namun fakta tetap fakta, ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Tahniah pada seluruh pengundi di Selangor dan Pulau Pinang. "Hebat" betul prestasi Khalid, Anwar dan Guan Eng. Mana nak cari pemimpin "legenda perosak ekonomi" seperti mereka, kan?

Mujurlah Kedah berjaya ditawan BN semula. Belum sampai 100 hari, Mukhriz sudah umumkan pelaburan masuk ke Kedah hampir berjumlah RM8 bilion. Jangan marah..! BN juga yang cakap serupa bikin, kan?

Sumber: Mykmu.net

HOT..!!! KHATIB YANG DIFITNAH "CIUM MULUT" TAMPIL TANGKIS TUDUHAN..!!!

Posted: 22 Aug 2013 01:37 AM PDT

Tak payah aku ulas panjang. Baca kat bawah ni cerita sebenar yang berlaku di masjid Paya Kerchut yang aku cerita hari tu... mengesahkan kesahihan cerita aku, kan? Heh!
Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.

Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.


Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.

Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.

"Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya.

"Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.

Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.

"Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan.

"Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini," katanya.

Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat.

Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.

Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.

"Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang.

"Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.

"Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar," katanya. - Sinar Harian

TERKINI..!!! USTAZ AZIZAN ANGKAT SUMPAH, ADA YANG SAKIT HATI..???!!!

Posted: 21 Aug 2013 11:37 PM PDT

Kenangan Ustaz Azizan di waktu riang sihatnya..
Sekalung tahniah aku ucapkan pada bekas MB Kedah, Tan Sri Azizan Razak, yang mengangkat sumpah sebagai ADUN Sg Limau tengahari semalam. Walaupun ia dilakukan di wad ICU, ia cukup untuk mengesahkan dirinya sebagai ADUN Kedah.

Dengan angkat sumpah itu, aku yakin, ramai yang "kecewa" khususnya puak-puak PAS yang sebelum ini beriya-iya mahu dia meletak jawatan sebagai ADUN. Ada ke patut puak PAS sendiri desak dia suruh letak jawatan..? Ish..ish...ish...!!!

Dulu masa dia jadi MB, dia selalu jugak sakit dan keluar masuk hospital. Tapi masa tu sapa pun tak berani suruh dia letak jawatan, kan? Sekarang ni dia dah tak jadi Pesuruhjaya PAS, dah tak jadi MB, depa kutuk dan kata macam-macam kat Ustaz Azizan...

Err... bila orang PAS nak ubah akhlak ni?

Selain itu, dengan tindakan angkat sumpah Ustaz Azizan tu, maka ia sekaligus menafikan desas-desus mengenai Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau. 


Jadi, tak payah la korang dok gosip-gosip liar kata PRK akan diadakan di Kedah dalam masa terdekat ni. Tak payah la nak cari rumah sewa nak berkampung di Sg Limau tu. Umur Ustaz Azizan tu panjang lagi dan dia masih larat nak jadi ADUN...

Walaupun Ustaz Azizan tu PAS dan aku ni UMNO, aku hormat kat dia. Walaupun dia bukan lagi Pesuruhjaya PAS pun, aku tetap hormat kat dia...

Pendirian tu sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan Mahfuz. Aku langsung takdak rasa hormat kat Mahfuz. Tak payah aku terangkan sebab kenapa aku tak hormat Mahfuz tu. Korang sendiri boleh agak perbezaan antara Ustaz dengan Mahfuz, kan?

Dulu, masa kami berusaha keras nak merampas Kedah, pemimpin PAS yang paling aku susah hati ialah Ustaz Azizan. Selagi dia "lead" PAS Kedah, agak susah UMNO/BN nak rampas Kedah semula. 

Tapi mujurlah masa tu ditakdirkan Allah, Phahrolrazi dan konco-konconya buat hal, habis PAS pecah belah dan Mahfuz pun tumpang sekaki huru-harakan keadaan, maka UMNO/BN berjaya jugak rampas balik Kedah ni...Tu pun menang simple majoriti jer...

Tambahan pula Ustaz Azizan ada masalah kesihatan masa PRU hari tu. Kalau dia sihat, mungkin BN payah nak rampas Kedah semula...Tapi tu la takdir Allah. Aku terima takdir tu dan Ustaz Azizan pun terima takdir yang sama. Cuma ada la pulak yang tak mau terima takdir Allah tu..kan? Heh!

Justeru itu, aku mendoakan agar Allah kembalikan kesihatan Ustaz seperti biasa. Walaupun tidak sesempurna dulu, memadailah dikurniakan kesihatan yang memampukan Ustaz berkhidmat pada rakyat di Sg Limau.. Kami doakan...InsyaAllah...Amin...

HOT..!!! IDRIS AHMAD PERNAH "SKODENG" MAT SABU & NORMAH..???!!!

Posted: 21 Aug 2013 09:37 PM PDT

Inilah sifat RETORIK puak - puak Parti Angguk Saja ni yang sebenarnya. Diorang dok asyik tuduh orang lain mengamalkan Assobiyah. Tapi kalau diorang buat?

Jelas, apa yang dilakukan oleh Mantan Ketua Penerangan PAS ini juga boleh dianggap sebagai satu tindakan Assobiyah. Membela mereka yang berada dikalangan mereka sahaja.

Hanya semata - mata kerana Si Mat Syabun ni Timbalan Presiden PAS, maka dia cuba sedaya upaya untuk menafikan penglibatan 'Bang Mat' dengan Syiah.
 
Cuba kalau Mat Syabun tu bukan Timbalan Presiden PAS. Tak mustahil awal - awal lagi Bang Mat akan dikerat dari dalam jemaah PAS.

Kata Si Derih Ahmad ni, dia dah lama berkawan dengan Bang Mat. Tak pernah pulak dia tengok Bang Mat mengamalkan Syiah secara terang - terangan.
Mengulas kaitan Mohamad dengan fahaman Syiah, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menafikan perkara tersebut sambil menegaskan bekas wakil rakyat itu tidak pernah menunjukkan ciri-ciri ajaran itu.
"Saya berkawan lama dengan dia (Mohamad), saya kenal dia sejak dari zaman universiti lagi.
"Waktu itu dia kena tangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kuala Pilah, saya pergilah dengan motorsikal buruk saya dengan kawan-kawan lain.
"Saya kenal dia dan tidak pernah tengok dia sembahyang gunakan batu dan sebagainya. Syiah itu kita tahu macam mana (amalannya) tapi tidak pernah tengok dia tunjukkan," katanya.
Sekarang meh kita tanya Si Derih Ahmad ni sikit. Pernah tak dia tengok Bang Mat 'bersama' dengan isteri dia? Mesti tak pernah kan?

Adakah itu bermakna Bang Mat tak pernah 'bersama' isteri dia seperti mana pasangan lain yang sudah pun mendirikan rumah tangga? Hah! Boleh jawab tak Derih?

Hakikatnya, tak mustahil sekiranya benda yang kita tak nampak tu orang tu tak buat. Selama hari ini pun, kita tak tau yang Pak Mus tu ada 'skandal' lain.

Tapi, bila dah keluar video dan sebagainya, baru la kita tau. Pun PAS masih jugak menafikan perkara tersebut dengan alasan yang bukan - bukan. Jadi, kalau benda tu kita tak nampak, boleh ke kita kata ianya tak wujud!!! - SemutHitam

TERKINI..!!! BLOGGER PAKISTAN DITAHAN POLIS DI DAKWA DERHAKA..???!!!

Posted: 21 Aug 2013 07:37 PM PDT

bakistani

Sebelum ini, institusi DiRaja sering menjadi mangsa serangan puak-puak DAP. Bermula dari Pengerusinya, Karpal Singh, hinggalah pasukan propaganda terlatih parti itu, Red Bean Army, selalu mencetus kontroversi dan seolah-olah sengaja "cari gaduh" dengan sistem beraja di Malaysia.

Sudah banyak laporan polis dibuat terhadap puak DAP yang menghina dan membuat provokasi melampau terhadap DYMM Sultan, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong. Tindakan biadap dan kurang ajar itu sering mencabar kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara kita.

Ada di antara mereka yang disabitkan kesalahan dan dihukum, tapi ada juga yang terlepas. Kebanyakkannya terlepaslah. Maklumlah, peguam-peguam DAP memang terkenal dengan helah teknikal yang mewajarkan tuntutan keadilan gagal dilaksanakan pada mereka…


Namun apa yang mengejutkan saya ialah tentang seorang blogger PAS yang dikenali sebagai "ustaz" Wan Ji Al-Bakistani, yang bukan saja menghina institusi DiRaja di Malaysia, malah kenyataannya yang disiarkan di laman Youtube itu jelas menunjukkan dia memerangi sistem beraja di negara kita.

Wan Ji mungkin tidak mengangkat senjata atau menyerang secara terbuka seperti komunis dan kumpulan Panji Hitam dari Empayar Langkasuka Nusantara. Tapi perang Wan Ji terhadap institusi DiRaja kita merupakan perang saraf yang mampu menjejaskan kedaulatan institusi itu.

Ia ibarat "api dalam sekam", kalau dibiarkan, habis terbakar semuanya. Elok kalau api itu dipadam segera ke dalam penjara atau dinyahkan saja dari bumi berdaulat ini. Dasar penderhaka tidak wajar dibiar bermaharajalela!

Kalau ditonton rakaman klip video yang dimuatkan itu, Wan Ji merancang untuk merepublikkan Malaysia pada tahun 2030. Tak kiralah apa alasannya untuk menafikan kenyataannya itu, tapi yang jelas, rakaman tersebut membuktikan dia bermotif untuk menghapuskan institusi Diraja di Malaysia.


"Fiqh Tawaqqu"? Cuma contoh perancangan? Alasan tersebut langsung tidak masuk akal dan tidak relevan sama sekali untuk diterima. Apa yang tersiar, jelas dia memerangi DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Tak payahlah Wan Ji berdolak-dalik, "sekilas ikan di air, sudah kenal jantan betinanya"…

Saya tidak hairan jika DAP mahu hapuskan sistem monarki di negara kita. DAP memang begitu. Mereka memang tidak suka pada institusi DiRaja memandangkan institusi itulah yang menjamin kedudukan Islam, Melayu dan Tanah Melayu di bumi bertuah ini.

Sebagai sebuah parti yang bertunjangkan PAP, sudah tentu DAP mempunyai agenda untuk mencontohi parti "kembar" mereka di Singapura. Jika Singapura boleh "direpublikkan" Lee Kuan Yew, mengapa pula "Dinasti Lim" tidak boleh berbuat demikian?

Yang peliknya, kini puak PAS pula turut bersekongkol dengan ideologi yang sama! Sejak bila PAS berani berkurang ajar dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu? Sejak berkawan dengan DAP?

Mungkin PAS jadi begitu sejak berkawan dengan DAP. Sejak berkawan dengan "adik kesayangan" PAP itu, Nizar Jamaluddin berani berseteru dengan DYMM Sultan Perak dengan "sembah derhaka"nya.

Merujuk pada ideologi dan "game" Wan Ji itu, saya tertanya-tanya apakah DAP sudah berjaya "mentarbiyah" PAS supaya akur serta taat pada ideologi perjuangan mereka? Sampai tergamak melancarkan "perang" menghapuskan institusi DiRaja?

Kalau di zaman Hang Tuah, saya yakin umur Wan Ji akan "ditamatkan" di hujung mata keris. Kalau habis "ihsan" sekalipun, sudah tentu Wan Ji tidak akan dibenarkan memijak bumi bertuah ini atau dia akan muntah darah ditulah kedaulatan Sultan…

Dimanakah Wan Ji letakkan kedudukan Rukunegara yang ke-2, "Kesetiaan kepada Raja dan Negara"? Jika seorang muslim tidak menunaikan rukun Islam, maka dia boleh dikatakan tidak sempurna Islamnya.

Bagaimana pula dengan seorang warganegara Malaysia yang tidak akur pada rukun negara? Wajarkah dia dianggap berstatus warganegara? Atau Wan Ji lebih layak digelar "penderhaka"?

Pada saya, pihak berkuasa tidak boleh memandang remeh tentang isu ini. Sesiapa saja yang bertindak membuat provokasi melampau perlu diambil tindakan sewajarnya. Apatah lagi individu yang memerangi institusi DiRaja seperti Wan Ji.

Kalau tidak ada akta yang boleh disabitkan kesalahan, ia boleh digubal secepat mungkin. Di zaman pembangkang serba kurang ajar begini, puak-puak biadap itu bukannya boleh diberi muka! Lebih baik dikekang sebelum ada yang mati kena tikam keris, kan?

Sumber: Mykmu.net

PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Aug 2013 11:38 AM PDT

PEJUANG BANGSA


MACAI PAKATAN KERJA PUTRAJAYA MEROYAN KUTUK KERAJAAN ISU PTPTN DI FACEBOOK !!

Posted: 22 Aug 2013 10:49 AM PDT


Korang tentu kenal mamat ni ?? Bekas penjaga gol bola sepak kebangsaan  semasa Sukan Sea 2001 dan kini bekerja sebagai kakitangan kerajaan di SPA Putrajaya .

 Berkerja  kerajaan   di pejabat baru yang tesergam  cantik di Putrajaya tapi sayang  kuat meroyan di   facebook  hingga seronok menyebar  " Kenapa nak bayar balik PTPTN "  & menyalahkan BN

Sebabnya macai ni merupakan penyokong tegar Pakatan tapi  makan gaji setiap bulan dengan kerajaan  BN.

Dia nak pendidikan negara percuma tapi sayang majoriti orang Melayu tak sebodoh dia yang percaya bulat-bulat cakap pakar strategik fitnah PKR , Rafizi Ramli.

Dengan PTPTN ini lah ramai anak Melayu luar bandar yang miskin & susah boleh sambung berlajar di IPTA dan selepas itu mendapat pekerjaan yang baik & gaji lumayan . Nak harap duit ibubapa mereka untuk hantar sudah tentu tak mampu .

Kalau nak pendidikan percuma  di negara  seperti dijanjikan PKR , tak mampu rasanya kerajaan menanggung semua kos termasuk pelajar di  IPTS . Selain itu , jika semua free , apakah pelajar itu akan berlajar bersungguh-sungguh atau main-main ?



Kenapa pinjam PTPTN? "Sebab nak sambung belajar" 

 Kenapa nak sambung belajar? "Sebab nk kerja bagus"

 Kenapa nak kerja bagus? 

"Sebab nak bayar balik PTPTN'' oh malaysia tanah airku


Akhirnya sekali , GPB nak jawab sebaran macai PR  yang menghasut pelajar-pelajar agar  benci PTPTN ini . Memang selepas dapat kerja bagus perlu bayar  wajib bayar balik sebab itu dituntut dalam agama .

Tak kan berkerja sebagai  Engineer , Executive , Supervisor , Guru , Pegawai Kerajaan yang bergaji  lumayan tak mampu nak bayar hutang PTPTN yang minimum RM50 ?  kereta baru boleh beli tapi hutang RM50 pun tak mau bayar .

 PTPTN setiap tahun perlu sediakan berbilion ringgit untuk pelajar baru mendaftar dan bayangkan kalau hutang ini tak dibayar ??  Bagaimana mereka nak bayar balik duit kepada  KWSP dan bank-bank komersial yang dipinjam untuk menyediakan pinjaman kepada pelajar baru  setiap tahun ?







Menteri KDN mengamuk Ketua Hindraf campur tangan kerja Polis !

Posted: 22 Aug 2013 07:39 AM PDT



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.
Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan. 

"Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.
Mengenai status filem 'New Village' yang masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada LPF.
Filem itu mengundang kontroversi umum apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan

Terkini ! Kalimah Allah kekal mutlak milik agama Islam , mahkamah tolak rayuan Gereja !!

Posted: 22 Aug 2013 01:59 AM PDT



- Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.


Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE


Pemuda UMNO hadir ke mahkamah sokong kalimah Allah , di mana Pemuda PAS ? @tunfaisal @razaliibrahim

Posted: 21 Aug 2013 11:18 PM PDT


Makhamah Rayuan di Putrajaya Khamis jadi tumpuan bila ia mendengar permohonan  pihak Gereja Roman Katholik untuk ketepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu.
Lebih 200 ahli NGO Islam dan Perkasa serta beberapa pemimpin UMNO berkumpul di luar mahkamah untuk menanti keputusan yang bakal dibuat.

Antara yang turut kelihatan di situ ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Ada kalangan mereka yang berdoa,bersalawat dan membaca Yasin.
Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin. Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.




Keris Pusaka Melayu

Posted: 22 Aug 2013 11:27 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Video Tragedi Terburuk Nahas Bas di Genting (Agenda Daily)

Posted: 21 Aug 2013 04:36 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/weuoQvHN_AE


IPOHMALAY

Posted: 22 Aug 2013 09:05 AM PDT

IPOHMALAY


Bas Jatuh Gaung Tiada Rekod Senarai hitam

Posted: 22 Aug 2013 07:31 AM PDT


Bas awam yang jatuh gaung dan mengorbankan 37 orang di Genting Highlands semalam tidak disenaraihitamkan. Pengerusi SPAD , Syed Hamid Albar menyatakan ianya hanyalah khabar angin.

Bas tersebut juga tidak melebihi muatan kerana muatan yang dibenarkan ialah 65 -  45 duduk dan 20 berdiri.

Cuma yang belum difahamkan, bas tersebut tidak layak dipandu dimukabumi sedemikian. Manakala penumpang berdiri untuk perjalanan yang jauh hingga ke puncak gunung dan sebaliknya adalah tidak bersesuaian sama sekali.

GENTING BUS TRAGEDY UPDATE: 

Bus not overloaded: Syed Hamid


Meanwhile, Syed Hamid said the bus was not overloaded as claimed by certain quarters adding that it had a seating capacity of 45 and 20 for standing.
"The bus at the time of the incident was not overloaded (it was ferrying 53 passengers), according to the conditions of the (vehicle) license (permit)."
Syed Hamid also quashed rumours that the bus was black-listed for various traffic offences.
Meanwhile,  Wong explained that the road condition, environment and especially the competency of the bus driver would be among the matters to be looked into.
"We want to carry out an in-depth study and too early to even speculate on what measures could be taken," he said.

KLIK UNTUK BACAAN LANJUT

19 Maut Kemalangan Bas Di Indonesia, 5 Jam Sebelum Kemalangan Di Genting Highlands

Posted: 22 Aug 2013 06:24 AM PDT

Lima jam sebelum kejadian bas masuk gaung di Genting Highlands , 19 maut dalam kemalangan bas di Cisarua, Bogor, Indonesia- dengan sebab yang sama.

Bas yang membawa rombongan penganut Kristian dari sebuah organisasi gereja, kegagalan brek dan melanggar warung sebelum terhumban ke parit.

Rabu, 21/08/2013 22:00 WIB

Ini Kronologi Jatuhnya Bus Giri Indah di Cisarua

M Iqbal - detikNews

Bus Giri Indah masuk jurang (Hasan/ detikcom)

Cisarua - Bus Giri Indah terjun ke jurang di Cisarua, Bogor dan menewaskan 19 orang. Polisi merekam kronologi sementara detik-detik kecelakaan maut tersebut berdasarkan keterangan saksi.

Bus yang membawa rombongan jemaat Gereja Bethel Indonesia (GBI) itu disopiri oleh Amin (40). Ia membawa serta seorang sopir cadangan, mekanik dan kondektur sehingga total kru bis 4 orang.

Berikut kronologi sementara kecelakaan maut bus Giri Indah yang disampaikan oleh Kanit Lantas Polsek Cisarua AKP Mashudi, di RSPG Cisarua, Bogor, Rabu (21/8/2013):

-07.00 WIB

Bus melaju dari arah Cianjur menuju Jakarta dengan kondisi yang kurang layak jalan karena speedometer tidak berfungsi. Sang sopir bahkan membawa seorang mekanik untuk mengantisipasi jika terjadi kecelakan.

-08.00 WIB

Bus melaju dengan kecepatan masih normal dan tidak ugal-ugalan. Begitu tiba di jalan menurun yaitu sekitar puncak, tepatnya sekitar kebun teh di kampung pengasuhan kondisi bus mulai tak stabil. Sekitar 400 meter sebelum lokasi kejadian, kecepatan bus tiba-tiba bertambah.

-Pukul 08.10 WIB

Saat menyadari rem blong, sopir mulai tak bisa mengendalikan laju busnya, dan begitu tiba di jalan yang agak berbelok ke kiri, bus langsung menabrak carry pengangkut elpiji, motor dan warung yang ada di sebelah kanan.

Mobil pengangkut elpiji itu ikut terdorong ke dalam jurang yang terdapat aliran sungai. Bus jatuh kemudian terbalik. Saat itulah warga bahu membahu mengevakuasi penumpang dari dalam bus.


Bas Masuk Gaung Di Genting Highlands : Hantu Lapar Disalahkan

Posted: 22 Aug 2013 02:29 AM PDT



Nampaknya ada alasan untuk dipersalahkan oleh ramai kalangan kaum itu di negara ini atas kejadian bas masuk gaung di Genting Highlands yang mengorbankan 37 orang itu.

HUNGRY GHOST FESTIVAL

Oleh kerana menurut kalendar Cina, bulan ini masih lagi dalam 'Bulan Hantu Lapar' di mana kemuncaknya ialah pada bulan mengambang kelmarin yang merupakan bulan ke 7 dalam kalendar Cina, ramai pula yang menyalahkan hantu-hantu lapar yang mencari mangsa.

Menurut budaya mereka, dalam bulan ini hantu-hantu lapar, kononnya roh-roh nenek moyang, akan menghampiri suku sakat mereka yang tidak memberinya makan pada hari Cheng Beng selain mengganggu orang lain.

In Chinese tradition, the fifteenth day of the seventh month in the lunar calendar is called Ghost Day and the seventh month in general is regarded as the Ghost Month (鬼月), in which ghosts and spirits, including those of the deceased ancestors, come out from the lower realm. Distinct from both the Qingming Festival (in spring) and Chung Yeung Festival (in autumn) in which living descendants pay homage to their deceased ancestors, on Ghost Day, the deceased are believed to visit the living.

The first day of the month is marked by opening the gate of a temple, symbolizing the gates of hell. On the twelfth day, lamps on the main altar are lit. On the thirteenth day, a procession of lanterns is held. On the fourteenth day, a parade is held for releasing water lanterns. Incense and food are offered to the spirits to avoid them visiting homes and spirit paper money is also burnt as an offering.[9] During the month, people avoid surgery, buying cars, swimming, and going out after dark. It is also important that addresses are not revealed to the ghosts.

Namun, di negara ini, istilah salahkan hantu-hantu lapar tidak boleh dipakai. Ia hanyalah dongeng tradisi mistik penuh khurafat yang telah 'dipelihara' atas nilai keagamaan. Tapi agama apa? Bukan keagamaan. Hanya kepercayaan semata-mata.

Kementerian Pengangkutan harus bertegas dalam isu ini memandangkan ia merupakan kemalangan paling buruk dalam sejarah negara.

Bukan hantu yang lapar. Tetapi kelihatannya pengusaha pengangkutan itulah yang lapar wang dan mengabaikan keselamatan bas sewajarnya.

Sebagai pengguna tetap pengangkutan awam, teman marah.

Mangsa dakwa bas usang

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ulang-alik di Genting Highlands petang ini mendakwa bas itu berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk membawa penumpang.
Zaid Ismail, 25, teman lelaki kepada salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu, teman wanitanya ada memaklumkan bas berkenaan dalam keadaan usang dan kurang disenangi untuk dinaiki dia dan adiknya.
Katanya, teman wanitanya itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, yang terselamat bersama adiknya, Nur Fathiah, 21, juga memberitahu, dia menyedari tayar bas itu telah haus dan berasa kurang senang sepanjang perjalanan turun ke ibu negara.
"Nur Syamimi dan adiknya, Nur Fathiah sepatutnya menaiki bas pada pukul 1.30 petang tetapi ketinggalan dan terpaksa menaiki bas itu pada pukul 2 petang.
"Menurutnya, dia memang berasa kurang senang dan tidak sedap hati menaiki bas berkenaan kerana ternampak tayar bas itu botak selain keadaannya kurang memuaskan.
"Malah Syamimi sendiri memberitahu, dia berharap perjalanannya cepat sampai ke destinasi apabila bas itu berhenti secara tiba-tiba sebelum kemalangan itu berlaku.
"Tidak sangka, perasaannya yang kurang senang sebelum bas itu bergerak itu rupa-rupanya petanda bas itu akan terlibat dalam kemalangan," katanya.
Nur Syamimi dan Nur Fathiah antara lapan penumpang bas itu yang dirawat di Hospital Selayang dan mereka kini dalam keadaan stabil.
Sementara itu, salah seorang mangsa nahas bas Genting Highlands yang terselamat dalam tragedi semalam sempat menceritakan detik-detik cemas dilalui kepada majikannya.
Shyed Ali Haider Shyed Haider, 46, pekerja warga Bangladesh yang mendapat status penduduk tetap menceritakan detik cemas kepada majikannya, Siti Rahamutun Yusof yang sempat melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.
Melalui cerita mangsa yang disampaikan oleh Siti Rahamutun, mangsa membawa empat saudaranya untuk bercuti di Genting Highlands dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel.
Menurutnya, mangsa mendakwa bas tersebut gagal dikawal kerana dipandu melebihi had laju dan brek gagal berfungsi dengan baik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_02/Mangsa-dakwa-bas-usang#ixzz2cgV13UtD
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kalimah Allah: Permohonan gereja ditolak

Posted: 22 Aug 2013 01:02 AM PDT


PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130822/ma_10/Kalimah-Allah-Permohonan-gereja-ditolak#ixzz2cgOj5Yx6 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nama 15 dari 37 Mangsa Maut Kemalangan Bas Di Genting Highlands

Posted: 22 Aug 2013 12:06 AM PDT



1.       Nama: Chan Fook Choy 
K/P: 511105-08-5421
Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara,  47100 Puchong, Selangor

2.       Nama: Chan Lai Huat
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

3.       Nama: Sub Moy @ Sak Moy
KP: 420806-10-5596
Jantina: Perempuan
Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur

4.       Nama: Sukhviv Singh
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

5.       Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh 

6.       Sek Sooi Chan
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

7.       Nama: Lee Fok Wah
KP: 510409-10-5319
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

8.       Nama: Law Tiaw Meng
KP: 771015-14-5339
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

9.       Nama: Law See Kee
KP: 940715-08-5838
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia

10.   Nama: Auther Mash
KP: Tiada
Jantina: Lelaki
Warganegara: India

11.   Nama: Yap Hing
KP: 520313-10-5807
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia

Alamat: Tiada

12.   Nama: Muhammad Rasid bin Jantan
KP: 520828-04-5305
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada.

13.   Nama: Ng Ah Heng
KP: Tiada
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

14.   Nama: Choo Peng Kwan
KP: 470131-08-5363
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat: Tiada

15.   Nama: Bhuiyan Rifique Ali
No Pasport: QC 692665
Jantina: Lelaki
Warganegara: Bangladesh 

Ada Rasuah Dalam Pembinaan Parcel F ?

Posted: 21 Aug 2013 09:35 PM PDT

Ada tiga syarikat Melayu yang cukup syarat kewangan termasuklah teknikal. Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan telah ditolak dengan arahan daripada CEO PJH,  Azlan Abdul Karim. 
Biarpun terdapat klausa yang menghalang perbuatan melobi projek, tetapi Azlan Abdul Karim lebih bijak menggunakan kuasa dan kedudukannya bagi memastikan projek pembangunan Parcel F diserahkan kepada syarikat-syarikat yang dipilihnya.

Tiga syarikat terakhir yang lambat menghantar borang tender adalah SUNCON, WCT Berhad dan MITRAJAYA. Azlan Abdul Karim telah keluarkan arahan supaya ketiga-tiga syarikat diberikan keutamaan kerana ketiga-tiga syarikat itu milik Cina.

SUNCON atau Sunway Construction adalah penerima sebenar kerja-kerja pembangunan Parcel F bagi pihak Persona Metro (Pesona). 
Pesona merupakan syarikat yang dicipta oleh SUNCON bagi mendapatkan projek-projek kerajaan atas keistimewaan Melayu dan Bumiputera. 
Operasi utama Pesona adalah dapatkan projek dan diserahkan kepada SUNCON. Pesona hanya mengambil upah dan komisyen daripada kerja-kerja SUNCON
Baca seterusnya... 
Baca artikel penuh blog DOUBLE Y



Fakta : 75% Pengundi Mesir Tidak Memilih Morsi

Posted: 21 Aug 2013 06:53 PM PDT

Setelah menyentuh tentang penumbangan kerajaan secara tidak sah yang tidak wajar yang dilihat membela penyokong Morsi, kali ini teman nak sentuh tentang sikap penyokong Morsi yang wajar tidak dicontohi rakyat Malaysia.

Melakukan provokasi dengan demonstrasi.

Walaupun sistem pengundian memihak kepada mereka, mereka seharusnya sedar bahawa terdapat 75% lagi warga Mesir yang tidak menyokong mereka. 

Malah, majoriti senyap masih menyokong Hosni Mubarak.

Pada pilihanraya pusingan pertama, peratusan keluar mengundi adalah 46% menyaksikan kumpulan sekular mendapat 56% undi dari seluruh pemilih. Morsi mendapat 25% undi sahaja. 

Pusingan kedua menyaksikan kumpulan sekular terbesar yakni pimpinan Anwar Shafik memperoleh 48.2% undi manakala Morsi memperoleh 51.8% dari keseluruhan peratusan keluar mengundi sebanyak 52%. Pusingan kedua menunjukkan pemilihan Morsi hanya mewakili 25% dari pengundi di Mesir.

Terdapat 75% lagi yang merupakan majoriti senyap dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menangani mereka.

Krisis inilah mencetus kacau bilau kerana terlalu didorong sikap datang dari luar bandar, berkampung dalam kota yang mereka tidak menang di dalamnya untuk berdemonstrasi.

Apabila provokasi demi provokasi dibuat, maka pertempuran pun berlaku.

Bagaimanakah sebuah pihak minoriti bersikap keras untuk kekal memerintah? 

Kita akui dasar-dasar Morsi itu baik dan bagus tetapi keengganan partinya bekerjasama dengan lebih ramai pihak agar suara undi terkumpulnya tinggi menjadi ruang yang terbuka untuk kudeta oleh tentera berlaku.

Sementelahan, pengepaman wang dari dana menghancur negara Islam digunakan dengan nama Allah ke jalan kehancuran. Untuk apakah ini semua?

Kita akui tindakan tentera Mesir amat kejam dan menentang perlakuan tersebut. Tetapi nyatakah kepada kita bahawa kumpulan minoriti TIDAK BOLEH MEMERINTAH? Itulah prinsip demokrasi! Tetapi manipulasi politik memperbodohkan orang!

Jika penyokong Morsi tidak bodoh, mereka seharusnya balik dan merancang strategi yang lebih ilmiah. BUKAN MELALUI CARA BERDEMONSTRASI DENGAN TAJAAN DANA KAFIRIN agar negara mereka menjadi luluh lantak.

Morsi hanya dipilih oleh 25% rakyat Mesir. Ini bermakna ia hanya mempunyai mandat dari 13 juta penduduk Mesir yang layak mengundi. Terdapat 37 juta pengundi lagi tidak menyokong Morsi.

Lalu demonstrasi diadakan dengan keras, dengan meninggalkan kampung-kampung dan berkhemah di ibukota yang mendatangkan benci kepada majoriti senyap.

Untuk rekod, Morsi kalah di Kota Kaherah. 

Ini kepadatan penduduk di Mesir


Ini pula peta kawasan yang dimenangi Morsi (hijau) dan Shafik (merah) dalam pilihanraya Presiden pusingan kedua yang menyaksikan hanya 52% keluar mengundi. Morsi menang dengan undi popular 51.8%.

Inilah yang dipraktikkan oleh penjahanam Barat ke atas Malaysia dengan menghalau lembu-lembu politik ke ibukota dan berkhemah. Bibit-bibit ini di semai melalui dana-dana yang disalurkan.

Untung Malaysia masih makmur ekonominya buat masa ini.  Maka rakyat masih ada kerja untuk diperbuat. Lembu-lembu politik akan berdemonstrasi untuk beberapa jam sahaja bimbang keluarga tidak makan.

Tetapi pavement untuk huru-hara ini telah disiapkan. Berbeza dengan Kaherah,di KL, kawasan bandar dimenangi puak yang pro melahap dana Barat supaya kacau bilau dimulakan untuk dijadikan punca runtuhnya negara.

Terdapat khabar angin bahawa ekonomi Malaysia kini sedang di serang supaya lesu. Apabila pengangguran meningkat akibat kemelesetan ekonomi, lebih ramai lembu-lembu dapat dikerah untuk mengkucar-kacirkan Kuala Lumpur. Kini tukaran wang asing merudum. Perbuatan siapa? 

Kita sebenarnya harus berjaga-jaga di semua sudut kali ini. Jika masih belum sedar untuk bersatu, kita akan menghadapi kesusahan pertama selepas 56 tahun merdeka.

Pemandu Bas Maut Di Genting Bekas Pemandu Bas Di Singapura

Posted: 21 Aug 2013 04:21 PM PDT






Sementara itu Ong Cheng Hoe, 54, berkata saudaranya Lim Kok Hoe, 44, baru dua bulan bekerja sebagai pemandu di syarikat bas berkenaan dan tinggal bersamanya di Pandan Indah.

Sebelum ini Lim yang berasal dari Johor, bekerja sebagai pemandu bas di Singapura, katanya menambah lelaki itu keluar dari rumah pada pukul 8 pagi. Lim antara mangsa yang disahkan maut. 
.BERNAMA

Kebanyakan yang teman dengar, bas GENTING ini selalunya dipandu laju. Tetapi saksi dalam kejadian ini menyebut bas dipandu poerlahan. Mungkin kerana pemandunya baru dan rajin menekan brek.

Bas yang kemalangan di pinggir puncak Genting ini membawa 53 penumpang. Bermakna terdapat kira-kira 10 penumpang berdiri. Namun tak lah dinamakan kemalangan jika selama bertahun-tahun, setiap hari ia dipandu laju pun, tiba harinya, ia menjunam ke gaung.

NAMUN APABILA IA MELIBATKAN KEGAGALAN BREK SEPERTI MENURUT SAKSI,  IA TENTU SEKALI BUKAN KESALAHAN PEMANDU MELAINKAN PIHAK YANG MENYELENGGARA BAS TERSEBUT YAKNI SYARIKAT.

PIHAK GENTING PERLU MEMBAYAR PAMPASAN SEWAJARNYA KEPADA KELUARGA MANGSA.

Dan sebuah lagi bas yang telah bertahun menguasai lebuhraya MEX antara Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan kelajuan 'mengerikan' iaitu RapidKL E1. Perjalanan KL ke Putrajaya pada ketika tertentu hanya memakan masa 24 minit! Bas ini juga sarat dengan penumpang berdiri pada ketika tertentu.

Boleh untuk dipandu laju jika undang-undang DAN REKABENTUK BAS membenarkan. Dengan cermin tingkap seluas hingga ke peha penumpang yang sedang duduk, bayangkan bas yang ada ketikanya membawa hampir 80 orang, dipandu laju dan mengalami kegagalan. Maka tragedi yang dapat dilihat cukup mengerikan.



Nampaknya buat masa ini, penguatkuasaan undang-undang trafik yang keras hanya berjaya menakutkan pemandu kenderaan persendirian.

Bantahan Umat Islam Di Putrajaya 22 Ogos 2013

Posted: 21 Aug 2013 10:15 AM PDT

Demonstrasi yang mewakili sebilangan kecil suara seperti di Mesir dan dalam misi menjayakan matlamat peribadi seseorang individu atau penjajahan anti-establishment  mengikut konspirasi tertentu juga ditakrifkan sebagai bodoh malah jahat kerana kaya dengan penipuan dan pengambilan kesempatan atas ketengingan sekelompok marhaen yang diselewengkan.

Namun apabila ia melibatkan kepentingan Islam, ia melibatkan 64% dari keseluruhan penduduk negara ini. Ia adalah suara majoriti. Ia adalah suara orang-orang yang layak memerintah kerana memiliki suara majoriti. Itu harus diingat.

Demonstrasi yang ditakrifkan sebagai bodoh dan sia-sia adalah demonstrasi yang diselit provokasi membuta tuli dan disertai puak anarkis yang akhirnya menimbulkan kerosakan harta benda awam contohnya kereta polis! Bukan harta polis. Itu harta dari wang kita.

Begitulah yang berlaku ketika kesilapan demonstrasi sebelum ini yang kemudiannya bertukar aman dan patuh arahan ke Stadium Merdeka.

Berhimpun dan menunjuk perasaan sebagai cara menyuarakan pandangan adalah diizinkan perlembagaan. Jadi wajarlah kita manfaatkan dengan cara yang tegas berotak serta sedar akan permainan pihak-pihak tertentu.

Janganlah langsung terjebak dalam kerusuhan dan bersifat anarkis yang bersekongkol dengan perkataan 'demo'yang kita fahami sekarang kerana ada pihak lain yang menunggu peluang,  walau apa pun keputusannya khususnya untuk demonstrasi bantahan di bawah.



Bersama kita tunjukkan perasaan. Dijemput hadir beramai-ramai. Tolak anarki.

Tiada ulasan:

Pengikut