Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Jul 2013 03:08 PM PDT Dua Finalis Miss Malaysia Pertikai Keputusan Larang Sertai Ratu Cantik [MynewsHub] DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu. Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama. Menurut Wafa Johanna, "Saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia. "Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian," katanya. Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992. Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan. "Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding. "Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?" katanya. Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik. "Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal," katanya. Oleh: AUDREY LEE Sumber rujukan: Malay Mail P/s: Tuan Mufti mana mahu jawab soalan ini? |
Posted: 22 Jul 2013 01:24 PM PDT KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai empat gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang dipilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini. Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini. Mereka dipilih berdasarkan kemampuan membawa diri dengan penuh keyakinan, personaliti dan cara mereka mengikut tema pertandingan iaitu 'Kecantikan Dengan Tujuan'. Peserta yang dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti. Penganjur pertandingan, Datuk Anna Lim ketika dihubungi mengesahkan penyertaan empat finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini. "Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang," katanya. Menurutnya, selain gelaran utama, peserta turut akan merebut lapan lagi gelaran yang disediakan iaitu Miss Fashion Metrojaya, Miss Body Beautiful Wacoal, Miss Beautiful Eyes Optimax, Miss Personality, Miss Photogenic, Miss Beautiful Skin dan Miss Elegance. Katanya, Miss Malaysia World 2013 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan menjadi duta bagi beberapa produk. Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik. Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik. Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992. Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997. Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak. penyapu sial INI DAH TERANG-TERANG HINA FATWA Islam jadi cacamarba bila ulamak takut dan tidak berani menegakkan hukum dan menzahirkanya dengan tegas! Jangan salahkan yang jahil, tapi salahkan yang bijak pandai tapi takut sebab lebih sayangkan pangkat dan darjat anugerah manusia dari darjat dan kemuliaan yang dijanjikan Allah. khabarnya JAKIM cuma bleh bertindak terhadap kasta bawahan.. bg gulongan atas kayangan.. goyang pelir dan rembat duit zakat yang dia pandai...!!!! |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan