Isnin, 22 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kenyataan Ketua Polis Negara amat membimbangkan kita semua

Posted: 22 Jul 2013 02:10 AM PDT




Kenyataan Ketua Polis Negara yang sebelum ini beria-ia benar mengatakan kes penculikan Ng Mun Tatt ada kaitan dengan isu mempersenda Islam gambar Bak Kut Teh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee adalah amat membimbangkan kita sebagai rakyat. Bagaimana seorang Ketua Polis Negara boleh mengaitkan isu culik ini dengan isu agama? Apakah jenayah di negara ini sudah tidak terkawal lagi sehingga seorang Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan kenyataan sebelum mahkamah membuat keputusan?

Empat lelaki didakwa kerana culik penganggur
22/07/2013 4:47pm

SHAH ALAM - Empat lelaki dihadapkan ke mahkamah majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang pengganggur untuk meminta wang tebusan berjumlah RM3,000 di sebuah restoran di Taman Sri Muda di sini, minggu lalu. Keempat-empat tertuduh, Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd. Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal, namun tiada pengakuan direkodkan. Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh bersama dua orang yang masih bebas telah menahan seorang lelaki, Ng Mun Tatt, 21, untuk mendapatkan tebusan iaitu wang berjumlah RM3,000.

Penculikan Ng Ada Kaitan Dengan Tindakan Alvin, Vivian
Sabtu Julai 20, 2013 MYT 7:30:00 PM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan penculikan Ng Mun Tatt ada kaitan dengan paparan sensitif di Facebook yang dilakukan oleh penulis blog seks kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee. Beliau berkata tindakan itu ada kaitan dengan paparan mempersendakan umat Islam, walaupun Ng menafikan penculikannya ada kaitan dengan komen agama yang dibuat pasangan kontroversi Alvivi.

Apa lagi yang penjenayah mahu?

Posted: 21 Jul 2013 06:09 PM PDT

Dirompak di tepi jalan

22 Julai 2013 - Tindakan seorang lelaki berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon mengundang padah apabila menjadi mangsa samun empat lelaki di Jinjang di sini, kelmarin menyebabkan kerugian kira-kira RM20,000.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa berusia 28 tahun yang sedang memandu kereta berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang mengetuk cermin tingkap kenderaannya dengan hulu parang.

Menurut sumber, kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan mangsa tidak sempat melarikan diri apabila pintu keretanya dibuka suspek yang meminta menyerahkan barangan berharga.

"Mangsa yang ketakutan kemudian merayu dilepaskan tetapi tidak diendahkan suspek yang terus merampas telefon bimbitnya.

"Ketika kejadian itu, datang sebuah lagi motosikal dinaiki dua lelaki yang terus membuka pintu penumpang depan dan merampas beg kecil berisi wang tunai milik syarikat serta merentap rantai leher emas dipakai mangsa," katanya.

Sumber itu berkata, sebaik merampas barangan mangsa, suspek terus melarikan diri tanpa mencederakannya.

"Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jinjang," katanya.


Rumah Bekas Exco pun tak selamat lagi dah

Posted: 21 Jul 2013 06:08 PM PDT



Rumah Bekas Exco Melaka Dipecah Masuk 

21 Julai 2013 : Tatkala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka Datuk Ab Karim Sulaiman sibuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut, rumahnya di Sungai Udang di sini dipecah masuk awal pagi Ahad.

Menantu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu, Amir Ariffin, 37, berkata, kejadian itu disedarinya apabila pulang ke rumah itu pada 11.30 pagi Ahad dan mendapati televisyen 43 inci, set teater rumah dan beberapa beg pakaian hilang.

"Ketika kejadian semua keluarga saya berada di sebuah lagi rumah kami di Kampung Seri Jeram (di sini). Ketika pulang ke rumah ini saya dapati pintu belakang rumah telah diumpil dan ada kesan tapak kaki di pagar juga rumput di belakang rumah.

"Jiran saya ada terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di tepi rumah ini pada pukul 5.30 pagi tadi dan kembali semula mengambil orang itu kira-kira sejam selepas itu. Beliau (Ab Karim) telah dimaklumkan perkara ini dan akan pulang malam ini," katanya kepada pemberita di Sungai Udang di sini, Ahad.

Amir yang merupakan pegawai di Jabatan Ketua Menteri Melaka berkata, kira-kira dua bulan lepas rumah itu juga cuba dimasuki pencuri tetapi gagal.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes sedang disiasat. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Pengikut