Rabu, 10 Julai 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 10 Jul 2013 03:04 PM PDT


Dr Azman Ibrahim,

Tepat jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut, 24 Julai ini.

Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long.

Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut.

Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan.

Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami.

Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan.

Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.

Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul.

Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini.

Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat.

Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang.

Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!!

Penulis ialah AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu.

PENYAPU SIAL

Posted: 10 Jul 2013 01:25 PM PDT

Pelantikan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC),  di anggap  merompak wang rakyat  dan  sebagai 'upah' pilihan raya.

Kita  menggesa bayaran kepada mereka didedah kepada umum kerana ini melibatkan  keentingan rakyat .yang  mana   kebimbangan terhadap perlantikan bekas menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet yang berlebihan sebagai ganjaran sebagai pembaziran wang rakyat..

Terlalu ramai yang diberi upah begitu besar. Kalau tak layak, tak payahlah lantik jadi penasihat atau apa-apa jawatan dan ini  merujuk pelantikan beberapa bekas menteri dan timbalan menteri dalam GLC, antaranya menteri  perabis amah  Rais Yatim, betina kaki joli Ng Yen Yen, mamak paria pembodek  Azeez Abdul Rahim dan beberapa  kerat lagi.

Antara yang terbaru, Rais sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ng (Pengerusi Tourism Malaysia) dan Abdul Azeez (Pengerusi Lembaga Tabung Haji).

Kebimbangan kita akan  dengan beban yang terpaksa ditanggung Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam memberi ganjaran kepada pemimpin BN serta mahukan Putrajaya mengeluarkan senarai penuh pelantikan itu.

Kita mahu tahu daripada Perdana Menteri ( Najib Razak) apa beban di JPM dan berapa banyak pemimpin BN yang dilantik..

Pada 29 Jun lalu, satu  sumber memberitahu Ahli Parlimen BN yang tidak diberikan jawatan kerajaan diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka.

Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti diberikan ganjaran.

Pada masa lalu, perdana menteri berhati-hati untuk meletakkan terlalu ramai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah GLC, bimbang akan menyebabkan pertembungan budaya dan keutamaan dengan pihak pengurusan yang profesional dan sudah tentu akan menyebabkan kelemahan prestasi syarikat berkenaan.

Tetapi Najib perlu menggunakan pendekatan baru kerana dua sebab – barisan panjang ahli politik Umno di luar pejabatnya sejak pilihan raya umum 5 Mei dan pemilihan parti hujung tahun ini.

Dalam dua acara baru-baru ini, perdana menteri menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melantik pengerusi di dua GLC, mengenepikan senarai calon diberikan eksekutif GLC itu.

Terdapat lebih kurang 60 ketua bahagian Umno tidak diletakkan sebagai calon pada pilihan raya 5 Mei termasuk ahli Parlimen mengalahkan tokoh besar pembangkang tetapi tidak diberikan jawatan Kabinet dan terakhir, golongan yang memberikan laluan kepada calon baru di kerusi Parlimen mereka.

Beberapa ahli politik Umno diberikan jawatan kanan di GLC dan agensi kerajaan termasuk Abdul Ghani Othman yang dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah.

Beliau baru-baru ini dilantik menjadi pengerusi bagi salah satu syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby.

Nor Mohamed Yakcop  pula  dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, agensi pelaburan strategik kerajaan.

Tiada ulasan:

Pengikut