Rabu, 10 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Lepas ni jual pisang goreng dan burger pun tak selamat

Posted: 09 Jul 2013 06:38 PM PDT




Kafe siber pun tak selamat, bukan satu, tapi tiga kafe siber diserang. Lepas ni berniaga pisang goreng dan burger pun akan jadi sasaran penjenayah.

4 lelaki parah diserang
10 Julai 2013

Empat lelaki parah, dua daripadanya tidak sedarkan diri selepas diserang dengan parang oleh sekumpulan lelaki dipercayai geng kongsi gelap di sebuah kafe siber di Jalan Slim, Jelutong di sini semalam. Kejadian berlaku pukul 5.45 petang apabila sekumpulan 12 lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam kafe siber lalu menyerang penjaga premis dan pelanggan.

Difahamkan ketika kejadian kesemua mangsa berusia lingkungan 20-an sedang bermain komputer bersama lapan hingga 10 pelanggan di dalam premis berkenaan. Menurut sumber itu lagi, polis turut menerima laporan di dua buah lagi kafe siber yang terletak berdekatan dan dipercayai perbuatan itu dilakukan suspek yang sama.

Tiada ulasan:

Pengikut